Skip to main content

Suami Yang Dibenci


Siti terdiam.  Dia benar-benar tak sangka kebenaran ini bakal mengubah segala persepsi pemikirannya selama ini.  Lelaki yang telah berjaya memecahkan tembok keegoannya itu, lelaki yang telah berjaya mencairkan kebekuan hatinya, lelaki yang telah membuatkan dia mengenali cinta…lelaki inilah yang selama ini dibenci.  Dimaki, dihina, dicerca biarpun tak pernah bertemu.
Sah!Empat orang saksi telahpun mengesahkannya.  Dan kini Siti telah sah menjadi isteri kepada Farizal.  Macam mana aku nak menempuhi hidup aku bersama selepas ini?  Kenapalah terlalu lambat aku tahu kebenaran ini?  Kenapa aku nak juga teruskan perkahwinan ini?  Kerana aku tak tergamak nak memalukan keluarga.  Melihat tangisan gembira ibuku.  Aku tak mahu dia menangis kerana terpaksa menanggung malu.
“Itulah ayah kandung Zarul.  Bekas tunang kak Reen.  Dia tinggalkan kak Reen masa Kak Reen mengandungkan Zarul.  Dia hilang macam tu je.  Kesian kak Reen.”  Bagai nak gugur jantung Siti bila Rozana memberitahu hal itu padanya.  Rozana adalah adik kandung Rozareen.  Arwah Rozareen yang telah meninggal dunia selepas melahirkan Zarul.  15 tahun Siti dan keluarganya menetap di Australia.  5 tahun lepas, keluarga Rozana menumpangkan Rozareen di rumah mereka.  Kerana keluarganya malu Rozareen mengandungkan anak luar nikah.  Masa tu memang berbakul sumpah seranah Siti terhadap lelaki yang dipanggil Ahmad Faisal.
Selepas kak Reen meninggal dunia, keluarganya tak mahu menjaga anak itu.  Mereka mahu serahkan anak itu ke rumah kebajikan.  Keluarga Siti dengan rela mengambil kanak-kanak itu untuk dibesarkan.  Kebetulan kakak sulung Siti, Sharina baru sahaja melahirkan anaknya yang kedua.  Maka jadilah dia saudara susuan Zarul.
Farizal tak faham.  Kenapa isterinya berubah sikap. Sangat dingin.  Tak mahu berbicara.  Tiada sebarang tindakbalas setiap kali Farizal  cuba membelai manja. Ada ketika dia menepis kasar.  Siti lupa ke yang mereka kini dah sah menjadi suami isteri.  Sudah tiada batas antara mereka .  Farizal sudah halal untuknya.  Mungkin dia masih kekok dengan keadaan ini.  Dia maklum Siti sangat menjaga batas pergaulannya sebelum ni.  Walaupun dia mengaku mencintai dia tidak pernah mahu keluar berduaan.  Tak suka bergayut di telefon.  Dia lebih suka berbicara menggunakan aplikasi whats’app atau pun mesej peibadi.  Katanya, suara juga boleh menggugat keimanan.
“Zarul. Mama mana?”  Tanya Farizal bila dia tak nampak kelibat isterinya di mana-mana dalam rumah itu.
“Mama keluar.  Mama cakap dia nak pergi jumpa anty Zana.”  Jawab Zarul petah.
“Dia tak beritahu Ijal ke?”  Tanya puan Sarah, ibu Siti.
“Takde pulak.  Mungkin dia ada cakap masa Ijal kat bilik air tadi kot.  Ijal yang tak dengar.”
Lima minit selepas Farizal dan Zarul keluar, Siti pun balik.  Puan Sarah menggeleng kepala.  Puan Sarah memanggil Siti sebelum anak bongsunya itu berlari masuk ke bilik.  Siti menghampiri ibunya yang sedang ‘bermesra’ dengan pokok-pokok bunganya.
“Adik kena ingat.  Adik tu dah ada suami.  Nak kemana-mana kena minta izin suami dulu.  Mama pelik tengok adik ni. Hari tu macam tak sabar sangat nak kahwin.  Ni bila dah kahwin, asyik lesap je.”
“Mana ada mama.  Adik jumpa kawan-kawan adik jelah.  Kan adik nak kena pindah KL minggu depan.” Alasan Siti.
“Adik, mama kenal anak mama.  Adik tak payah nak tipu mama. Mama tahu.  Mesti Zana ada cakap apa-apa  pasal Farizal kan?”  Tafsir puan Sara.  Siti terdiam.
“Adik.  Adik kena ingat, Farizal tu suami adik.  Adik kena hormat dia.  Adik kena taat pada dia.  Ada apa-apa masalah bincang sama-sama.  Jangan ambil keputusan sendiri.”  Syarah puan Sara.  Siti masih tak bersuara.
Ouch! Siti mengurut kakinya yang terseliuh. Ada sebuah basikal berhenti tak jauh dari tempat dia terjatuh.  Lelaki itu meluru ke arahnya.  Ish, inilah mamat yang aku ‘pintas’ tadi.  Mesti dia sumpah aku ni tadi.  Dia tak puas aku pintas dia,  diapun sumpah aku terjatuh.
“Adik okey ke?”  Tanya lelaki itu.  ‘Farizal’. itu nama yang tertera pada t.shirt yang dia pakai.
“Adik okey tak ni?” Dia cuba membantu Siti bangun.
“Saya okeylah.  Takyah nak pegang-pegang.  Saya boleh bangun sendiri.”  Balas Siti dengan nada yang tegas.
“Adik, abang ni nak tolong. Bukannya nak ambil kesempatan.”
“Tahu.  Tapi, saya tak suka orang yang bukan muhrim saya pegang-pegang saya.”  Tegas Siti.
“Okey, abang faham.  Tapi sekarang ni, kita berdua sahaja.  Takde orang lain.  Abang pegang baju je.  Nampak kaki adik dah bengkak ni.”
“Aaah!” Siti mengerang sedikit.  Farizal pula yang tak tentu arah. Dia terus mengeluarkan telefon bimbitnya.  Dia menekan aplikasi MyTaxi.
            Siti cukup senang dengan sikap Farizal yang sangat menghormati pendiriannya.  Mereka tidak pernah keluar berduaan. Tidak suka bergayut di telefon.  Tidak suka melepaskan kerinduan dengan mendengar suara. 3 bulan mengenalinya, Siti sudah bersedia bila Farizal tidak mahu menunggu lama.  3 bulan mereka mengikat tali pertunangan. 
            Oleh kerana Zarul sangat rapat dengan Siti,dan Farizal pun setuju Zarul tinggal bersama mereka. Zarul ikut pindah ke KL bersama Siti.  Kehidupan baru bermula kini. Farizal yang sudah selesai urusan kerjanya selama setahun di Australia.
            “Insha Allah, masa majlis pihak sana nanti, kami sekeluarga akan balik Malaysia.”  Janji ayah Siti, encik Shahrul.
            Puan Sara termenung jauh.  Encik Shahrul dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena.  Baru beberapa hari anak bongsu berpindah ke Kuala Lumpur mengikut suaminya.  Rindu.  Ya mungkin.  Tapi, isterinya lebih nampak kelihatan gusar, bimbang, tak tentu arah.  Mungkin bimbang anak bongsu mereka itu tidak dapat menyesuaikan diri tinggal dengan keluarga lain.  Tapi, Farizal ada beritahu yang dia sudah ada rumah sendiri, dan mereka akan tinggal di situ sebaik sampai ke Malaysia.
            “Sara risau.  Sejak Zana datang hari tu, Siti tu nampak lain.  Dia macam taknak teruskan perkahwinan tu.  Tapi, mungkin kerana nak jaga air muka kita, dia teruskan juga.”  Luah puan Sara.
“Apa yang awak merepek ni? Abang tengok ok je.”
“Saya ni mama dia.  Selama 25 tahun ni adik tu membesar depan mata Sara bang.  Kalau dia cakap dia taknak kahwin, saya sanggup malu bang, daripada biarkan anak saya derita.”  Balas puan Sara.
“Ish, awak ni!  Cubalah fikir yang baik-baik sahaja.  Doakan kebahagiaan anak kita tu.”  Bicara encik Shahrul tegas.  Tidak dinafikan, terbit juga rasa risau di hatinya mendengar kata-kata puan Sara.  Selama ini Siti tidak pernah jauh dari mereka.  Kalau sebelum ni, rasa berat nak tinggalkan kehidupan di Australia ini, tapi sekarang encik Shahrul sudah mula mencari-cari peluang untuk kembali ke Malaysia , Kuala Lumpur khususnya.
Kuala Lumpur
            Ya, Farizal nampak semua itu.  Siti seolah sengaja nak menjauhkan diri. Biarpun mereka tinggal sebumbung, tidur sekatil, makan semeja, layanan Siti sangat dingin.  Dah 3 bulan mereka menjadi pasangan suami isteri.  Zarul sangat rapat dengan Farizal.  Dan Siti nampak tidak senang dengan keadaan itu.
            “Siti nak kerja.”  Siti membuat permintaan.  Farizal memandang tepat ke wajah insan kesayangannya itu. 
“Bosan duduk rumah.”  Alasannya.  Zarul nanti macam mana?
“Kita hantar nursery.  Siti dah survey beberapa tempat kat kawasan ini.  Ada tempat yang sesuai untuk Zarul.”  Sambung Siti tanpa sempat Farizal bertanya lanjut.
“Takpe.  Kita hantar rumah mak abang je. Bolehlah jadi kawan mak nanti.”
“Janganlah susah kan mak.  Mak nak rehat-rehat, nak suruh jaga cucu pulak.”  Siti tak setuju.
“Bukan orang lain.  Cucu dia jugak kan.  Lagipun mak memang pernah minta nak jaga Zarul tu.  Tapi, masa tu Siti tak cakap nak kerja.
            Kepercayaan. Itu perlu ada dalam menjaga hubungan rumah tangga.  Jujur, itu wajib ada.  Ada masalah, bincangkan.  Macam mana nak selesai kalau Siti lebih banyak memendam.  Farizal akui, dia memang tidak begitu mengenali isterinya ini.  Pertemuan kali pertama itu yang telah membuat dia jatuh hati.  Dia sangat menghormati pendirian isterinya yang sangat menjaga batas pergaulannya.
            “Sementara Siti belum kerja ni, apa kata kamu berdua pergi ‘honeymoon’.  Pergi luar negara ke?” Cadang puan Faridah, ibu mertua Siti.
“Ish, awak ni!  Siti kan dah bertahun-tahun duduk luar negara.  Apa kata Ijal bawa Siti ke Cameron Highlands.  Boleh tengok sekali ladang teh atuk.”  Cadang encik Fahmi, ayah Farizal.
            What? Honeymoon? Apa ni? Siti jadi rimas.  Tak suka.  Tapi, macam mana dia nak lari dari semua ini.  Farizal langsung takde rasa bersalah.  Dia tahu tak yang aku sekarang ni sedang dalam proses membencinya.  Bukannya dalam proses mencintainya.
            Sejuknya.  Tiba-tiba terasa ada tangan yang melingkar dan memeluknya dari belakang.  Terasa hangat.  Entahlah, dia rasa selesa dipeluk oleh suaminya.  Terasa kehangatan pelukan seorang suami.  Tak tahu kenapa kali ini dia tidak menepis atau menolak mahupun melarikan diri dari pelukan Farizal.  Farizal memalingkan badan Siti agar memandang ke arahnya.  Mata mereka bertentangan.  Siti tahu, kali ini dia takkan mampu berdalih lagi.  Tiada lagi alasan ‘belum bersedia’. 6 bulan Farizal menunggu malam pertama mereka.
            “Mama dan papa nak ke mana nenek?”  Tanya Zarul sewaktu Farizal dan Siti sedang bersiap-siap untuk berangkat ke Cameron Highlands.
“Nak cari adik untuk Zarul.”  Usik encik Fahmi.  Puan Faridah ketawa mendengar jawapan suaminya.  Farizal hanya tersengih.  Siti pula yang jadi malu.
“Yeah!” Zarul bersorak gembira.
Jauh merenung ke luar jendela.  Farizal menghampiri isterinya.  Siti marah ke pasal semalam? Tapi dia tak menghalang pun macam selalu.  Takde pun sebut ‘belum bersedia’ seperti sebelum ini.  Farizal sangat bersabar dengannya.  Namun itu masih belum mampu membuang rasa bencinya terhadap lelaki yang telah merosakkan kak Reen dan meninggalkannya begitu sahaja. Lelaki yang memberi harapan, namun memilih melepaskan tanggungjawab bila dapat tahu kak Reen mengandungkan anaknya.  Dan membiarkan kak Reen menderita merindukannya.
            “Bagus budak tu bang.  Solat tak tinggal.  Sedap betul suara dia masa jadi imam tadi.  Saya rasa tak salah pilihan Siti tu bang.”  Puan Sarah memuji melambung Farizal sewaktu kali pertama dia berkunjung bertemu keluarga Siti.  Rupanya encik Shahrul kenal dengan Farizal yang selalu dia temui belajar mengaji di rumah seorang ustaz di kawasan perumahannya.  Maklum sahajalah bila berada di negara yang bukan islam agama rasminya, ada kala susah nak cari guru-guru agama ni.  Golongan ini agak terhad.  Dan kebetulan mereka berguru dengan orang yang sama.
            “Alhamdulillah pakcik.  Inipun ada kawan yang beritahu kat sini ada ustaz yang buat kelas mengaji.  Tu yang saya ikut sekali.”
“Ijal ni dah memang pandai mengaji encik Shahrul.  tak banyak yang perlu saya ajar.”  Celah ustaz Aizat.
            Tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini.  Setiap manusia tak dapat lari dari membuat kesilapan.  Kalau seseorang itu pernah ada kisah silamnya yang hitam, dan dia sudah kembali bertaubat, siapa kita nak menghukum dia.  Kalau dia sudah berubah menjadi baik, kenapa kita nak buang dia.  Kita benci dia kerana dosa silam dia, tapi Allah sayang dia kerana taubatnya.  dan kita dapat dosa kerana membenci sesama manusia.
            “Kak Reen. Jauh termenung.”
“Eh, Siti!  Takdelah.  Mana ada kak Reen termenung.  Kak Reen tengah tengok ikan berenang tu.  Seronoknya tengok ikan-ikan ni.  Mereka dengan dunia mereka sendiri.  Berenang sesuka hati selagi air ada dalam kolam ni.
“Akak rindukan seseorang kan?”  Tafsir Siti bila dilihat kak Reen mula mengusap perutnya yang kian membesar.
“Sampai hati dia.  Akak sayang dia separuh nyawa.  Bila dah jadi macam ni, dia pergi macam tu sahaja.”  Rozareen tiba-tiba menangis.  Siti serba salah.  Dia maksudkan keluarga, tak sangka pula kak Reen teringatkan lelaki tak guna tu.
            “Sayang! Sayang!”  Laungan suara Farizal mengembalikan Siti ke alam nyata.  Farizal berlari ke arah isterinya yang sedang duduk sambil menikmati teh strawberi panas yang baru sahaja dihidangkan oleh pekerja atuk Farizal di ladang the milik datuknya itu.  Selepas menjadi isterinya barulah Siti tahu, Farizal ini bukan orang biasa-biasa.  Keluarganya mempunyai empayar perniagaan yang sangat besar.  Bukan sahaja di Malaysia, malah di beberapa buah negara lain termasuklah Australia.
“Hai, teruknya berlari.  Abang Ijal dari mana ni?”  Sapa Hairina, pekerja yang baru sahaja menghidangkan teh padanya sebentar tadi.  Amboi, peramah nampak.  Hello!  Tu suami aku. Tak payah nak acah-acah peramah sangat ye.
“Dari kebun teh lah.  Nak ajak Siti petik daun teh.”
“Rina tak nak ajak sekali ke?”  Hairina mengusik.  Eh, lebih pulak minah ni.
“Jomlah.”  Siti terus bangun.  Tak sempat Farizal nak melabuhkan punggungnya untuk duduk di sebelah Siti.
“Lah, sabarlah.  Bagilah abang minum teh yang Rina buat ni dulu.”
“Kalau abang lambat, Siti tak nak pergi.”  Balas Siti tanpa menoleh lagi.  Farizal terus berlari mendapatkan isterinya yang semakin jauh pergi.
            “Sayang laju-laju sangat ni nak kejar apa?”  tanya Farizal sebaik dia berjaya berjalan seiringan dengan isterinya itu.
“Bukan main mesra lagi abang dengan Rina tu ye.”
“Sayang dia tu kawan abang dari kecik.  Abang anggap dia tu adik jelah.”
“Adik konon.”  Siti mencebik.
“Sayang marah-marah ni kenapa?  Sayang jelous ye?”
“Hello! Excuse me! Me? Jealous?  Not in my life.”  Nafi Siti tegas.  Farizal ketawa.  Yes, dear.  You are jealous.
            Aku cemburu?  Ooh, please!  Dah kenapa pulak aku nak cemburu.  Lantaklah diorang tu.  Kalau ada ‘affair’ pun tak pe.  Senang sikit aku nak cari alasan untuk bercer…  cer…cera….eh, kenapa susah sangat nak sebut perkataan ni?
            “Dengar cerita abang Ijal tu nikah kat Australia. Betul ke?  Dia kahwin dengan mat salleh ke?” Terdengar pula ada suara-suara yang sedang berbual tentang suaminya itu.
“Yang Rina cerita memang nikah kat Australia.  Mat salleh ke bukan aku tak tahu.  RIna kan tak pergi majlis abang Ijal tu.  Frust kot.”
“Ish, tak baiklah kau ni!  Kan abang Ijal dengan Rina tu macam adik beradik je.”
“Itu kata abang Ijal, tapi kau bukan tak tahu Rina tu.  Sikit-sikit abang Ijal, abang Ijal.  Si Bahar yang syok kat dia macam nak mati tu, tak pulak dia layan.”
“Amboi! Seronoknya bersembang.  Dah banyak ke daun teh dalam bakul tu.”
“Eh, abang Ijal.  Bila abang sampai?  Rina ada cerita abang nak datang dengan isteri.  Mana dia?”  Tanya Eita.  gagap sedikit.  Terkejut dengan kemunculan Farizal yang tiba-tiba tu.
“Tu, yang berdiri kat belakang awak berdua tu.”  Farizal menunjuk ke arah Siti yang berdiri tidak jauh dari mereka.  Eita dan Nora dah menekup mulut.  Sah-sah mesti dia dengar apa yang mereka bualkan tadi.
“Siti Nurhalyza.  Nama sama, tapi ejaan berbeza. Nurhalyza with ‘y’ not ‘i’.”  Siti menghulurkan tangan bersalam.  Eita dan Nora menyambut salam itu.
“Sayang, ini pun kawan-kawan abang sejak kecil.  Abang dah anggap diaorang ni macam adik je. Mereka berdua ni  anak pekerja atuk.  Dari kecik diorang dah buat kerja petik daun teh ni.  Sekarang ni tengah belajar di university. Bila cuti semester mesti datang sini.”
            Aish! Dia sorang saja ke lelaki kat sini.  Pergi situ orang panggil ‘abang’.  Pergi sini pun orang panggil ‘abang’.  Nasib baik takde yang panggil sayang.  Kalau tak ada juga kasut aku ni melayang.  Eh, macam cemburu jek bunyinya.  Aku cemburu ke?
            “Kata nak bawa Siti pergi petik daun teh.”  Siti memaut lengan Farizal.  Saja nak tunjuk kemesraan.  Farizal tersenyum.
“Jom.”  Farizal terus membawa isterinya pergi dari situ.  Eita dan Nora mengurut dada tanda lega.
“Eh, kau rasa kak Siti tu dengar tak?”  Tanya Eita.
“Gila kau tak dengar.  Jarak 10 tapak jek kot dari kita tadi.”  Balas Nora.
“Itulah kau, cakap tak pandang kiri kanan.”  Marah Eita.
“Eh, bukan kau ke yang mulakan cerita tu dulu.”  BIdas Nora.
“Cantik kan wife abang Ijal tu.  Aku ingatkan mat saleh.  Tapi, orang melayu juga.  Muslimah pulak tu.  Patutlah abang Ijal tersangkut.  Abang Ijal tu kan ala-ala ustaz juga kadang-kadang.”
“Memang sepadanlah mereka berdua.” Eita tersenyum memuji.
“Hai, meranalah cik Rina kita tu.”
“Eh, dahlah! Tak baik tau.  Kesian Rina tu.  Kau suruh jelah Bahar tu ‘adjust’ balik.  Peluang dia dah kembali cerah tu.  Nampak gaya abang Ijal kepit isteri dia tadi, macam taknak lepas.”  Eita ketawa.  Nora tersenyum.  Cantiknya kakak Siti Nurhalyza with ‘y’ not ‘i’ tu.
            Farizal memimpin isterinya sampai di tengah ladang.  Di situ ada beberapa orang pekerja yang sedang memetik daun teh.  Farizal menghampiri mereka.  Farizal menyatakan hasratnya ke situ.  Dengan tekun Siti mendengar penerangan dari pemuda bernama Ehsan itu. Farizal memaut bahu isterinya.  Saja nak tunjuk kemesraan.  Cemburu melihat si isteri terlalu memberi tumpuan pada pemuda yang tak kurang kacaknya di hadapan mereka itu.  Siti tersenyum.  Tak sabar nak cuba.
            “Takkanlah dengan abang Ehsan tu pun nak jealous kot.”  Usik Rina bila Farizal meluahkan rasa tidak puas hatinya bila dilihat Siti begitu rancak berbual sambil minum teh.  Farizal terus bangun dan duduk di sebelah isterinya.
“Kalau puan Siti dan encik Farizal senang, boleh lah saya tunjukkan baka baru strawberi yang kami tengah buat tu.  Tak luas sangatlah. Dalam setengah ekar.”  Cerita Ehsan.
“Sayang nak pergi ke?”  Tanya Farizal.  Sekali lagi dia memaut bahu isterinya.  Siti yang memang sedang kedinginan tidak menolak dipeluk begitu.  Alah, dah halal kan.
“Kenapa?  Abang taknak pergi ke?  Oh, ya esok petang kita nak balik kan?”
“Kalau sayang nak pergi, boleh jek.  Kalau nak sambung ‘honeymoon’ kita seminggu lagi pun takpe.”  Jawab Farizal.
“Kalau nak sambung ‘honeymoon’ Siti nak pergi tempat lain.  Taknak tempat yang sejuk-sejuk macam ni. Nanti…”  Siti terhenti.  Ehsan dan Farizal memandang tak mengerti.  Siti tersengih.
“Sedaplah teh yang Rina buat ni.  Nak minta tambah lagi lah.”  Siti terus bangun dari situ.  Mukanya dah merona merah.  Takkan nak cakap tak nak pergi tempat sejuk-sejuk sebab nanti Farizal akan ambil kesempatan. Asyik nak peluk sahaja.  Tak salah kan?  Dia kan suami aku.  Tapi suami yang dibenci.  Benci?  Tadi bukan main membara lagi api cemburu, kau nak kata kau benci dia.  Ini mesti sebenarnya BENar-benar CInta.  Tidak…..
            Siti ketawa mendengar nenek Farizal menceritakan kisah kanak-kanak Farizal.  Farizal dibesarkan oleh atuk dan neneknya di Cameron Highlands.  Sewaktu dia berusia 10 tahun, ibubapanya sudah mula meninggalkan ladang teh ini dan mula mengorak langkah membuka perniagaan sendiri bermula di Johor.  dan semakin berkembang.  Ketika usianya 20 tahun barulah dia berpindah ke Kuala Lumpur memandangkan dia ingin menyambung pelajarannya.
            “Dia tinggalkan kak Reen macam tu je.  Aku tahu sepanjang kak Reen mengandung, memang kak Reen asyik ingatkan dia.  tapi, kau tengoklah sekarang.  Dia buat tak kenal jek dengan aku dan abang aku.”
            “Ya, Allah Zana!  Hampir aku tak kenal kau.  Lainnya kau sekarang.”  5 tahun tak jumpa.  Mungkin kerana itu Farizal langsung tak cam Rozana.  Atau dia pura-pura tak kenal.
            Semalam ulangtahun kelahiran Farizal. Dia hanya meminta Siti masakkan lauk asam pedas ayam.  Lauk yang dia bersungguh belajar dengan nenek semasa di Cameron Higland bulan lepas. Walaupun 15 tahun hidup di luar negara, ibunya tidak pernah lupa mengajar anak-anaknya tradisi dan masakan orang melayu.  Jadi taklah kekok sangat bila dihidang dengan pelbagai masakan melayu.
            “Sedap sayang masak.”  Puji Farizal ikhlas.
“Yelah tu.”  Balas Siti.  Tak percayalah.  Dia ni saja je nak puji-puji aku.
“Sayang, abang nak tanya sesuatu boleh?”  Tiba-tiba Farizal menyuarakan soalan itu.  Siti memandang suaminya.
“Abang tengok sayang rapat betul dengan sepupu sayang yang datang Australia masa kita nikah tu.  Siapa nama dia?”
“Rozana.  Kenapa dengan dia?”
“Sayang kerja dengan dia ke sekarang ni?”  Tanya Farizal lagi.
“Taklah.  Siti tak dapat kerja lagi.  So, sajalah lepak-lepak kat butik dia tu.”
“Kerja dengan abang je kan senang.  Kalau taknak kerja dengan abang, banyak lagi ruang untuk sayang kalau sayang nak.  Atau apa kata sayang buka syarikat sendiri.  Abang boleh modalkan untuk sayang.”
“Taknaklah.  Siti nak mula dari bawah.  Kenapa abang tak sabar sangat nak Siti kerja?  Hari tu macam berat sangat nak bagi Siti kerja.”  balas Siti.
“Bukan macam tu.  Abang ….”
“Kenapa?  Abang tak suka Siti lepak-lepak dengan Zana ke?” Pintas Siti.
“Sayang ni  Ke situ pulak dia fikir.  Abang tahu sayang tu bersungguh nak kerja.  Why not, sebelum sayang dapat kerja yang sayang nak, sayang kerja je dulu dengan abang.  dah dapat kerja yang sayang nak, sayang berhentilah.”  Farizal menjelaskan maksudnya.  Siti diam sahaja.  Hmm, nampak sangat tak suka aku baik-baik dengan Zana.
            Tak baik tau buruk sangka dengan suami sendiri.  Mungkin memang niat dia nak mudahkan isteri dia.  Dia tahu dia mampu untuk menampung kehidupan mereka tanpa perlu Siti bekerja.  Namun, kerana desakan isterinya itu, dia izinkan.  Semua benda nak buat sendiri.  Nak berdikari.  Biarpun kalau boleh Farizal nak layan isterinya itu bagaikan permaisuri.
            Baik macam mana pun dia, bila aku teringat wajah kak Reen aku jadi marah.  Perlu ke aku tanya dia?  Perlu aku dengar pengakuan dia?  Lepas tu?  Ke mana arah perkahwinan ini.  Kalau dia dah insaf, dan menyedari kesilapannya dan ingin menebus segala dosa-dosanysa, mampukah aku maafkan dia.  Kak Reen dah tak de.  Zarul, sanggup ke aku serahkan Zarul pada ayah kandungnya yang tak guna tu?
            “Tahniah puan! Memang sah puan mengandung.  Dah masuk 4 minggu dah.”  Ucapan dari doktor Lizzy itu benar-benar mengejutkan.  Senyuman terukir di bibirnya.  Siti memegang perutnya yang kini berisi janin milik dia dan Farizal.  Senyumannya termati.  Mungkinkah Farizal akan pergi tinggalkan aku sebagaimana yang dia pernah buat pada kak Reen dulu?  Tidak!  Sebelum dia tinggalkan aku, aku yang akan tinggalkan dia.
            Dah dua minggu.  Siti langsung taknak bercakap dengannya.  Kenapa?  Dia tak faham.  Dah mula kembali nak ke mana-mana dia tak bagitahu.  Tahu-tahu sahaja dia tiada di rumah. dan kemuncaknya bila Farizal terjumpa sesuatu yang tidak sepatutnya dirahsiakan.
            “Kenapa sayang tak beritahu abang yang sayang mengandung?”  Tanya Farizal tegas.  Dia terjumpa alat uji kehamilan di bawah sinki. Mungkin sewaktu mencampakkanya ke dalam tong sampah, Siti tergesa-gesa dan tak perasan benda itu tidak masuk ke dalam tong sampah.
“Kalau abang tau, abang nak buat apa?”  Tanya Siti sinis.
“Tentulah abang happy sayang.  Kita akan ada anak.”  Farizal ingin memeluk isterinya.  Siti mendorong Farizal agar tidak memeluknya.  Farizal tak faham.
“YElah tu.  Bukan abang nak tinggalkan Siti?  Macam abang tinggalkan arwah kak Reen dulu.”
“Kak Reen?”
“Rozareen. Familiar dengan nama tu?”  Siti mengingatkan.  Farizal meraup mukanya.
“Sayang sebut arwah tadi.  Reen dah meninggal ke?”
“Ya,  5 tahun lepas.  Meninggal selepas lahirkan Zarul.”
“Jadi, Zarul tu anak Reen.”
“Ya.  Zarul tu anak abang.  Kenapa dah taknak mengaku anak pulak ke?”  Sindir Siti sinis.
“Abang bertunang dengan dia senyap-senyap.  Lepas tu abang dah buntingkan dia, abang tinggalkan dia.  Lelaki jenis apa abang ni?  Siti kecewa dengan abang.”  Siti menangis.
“Sayang, dengar dulu penjelasan abang.”  Rayu Farizal.
“Tak payah nak jelaskan apa-apa?  Siti dah tahu semuanya.”  Siti tidak mahu memberi peluang.
“Sayang, abang tak pernah bertunang dengan Reen.  Tapi, abang mengaku yang abang dan dia dah…”
“Terlanjur?”  Pintas Siti.  Farizal beristighfar. 
“Kami tak pernah terlanjur sayang.  Kami dah bernikah.”  Jelas Farizal.  Siti pengsan.
            Farizal menanti tenang.  Razlan tiba dengan kereta Hyundai hitamnya.  Farizal mengepal penumbuknya.  Sabar Farizal, sabar.  Konon pura-pura tak kenal.  Rupanya kau adik beradik masih simpan dendam dengan Ahmad Faisal.  Dan sekarang ni isteri aku yang jadi mangsa.  Mana janji-janji kau dulu.  Dulu kau merayu-rayu suruh aku nikah dengan kakak kau.  Tak nak keluarga malu konon.  Sekarang, rumah tangga aku pulak kau nak porak perandakan.  Sebab itulah aku tak nak Siti rapat sangat dengan Zana tu.
            “Hello, Ijal.  Siti dah hilang ni.  Mak ke tandas sekejap.  Mak keluar, dia dah takde.  Mak dengar bunyi kereta keluar tadi.”
“Relax.  Kau tenang.  Aku rasa mesti dia cari Zana.  Sekarang ni kau cerita dengan aku.  Apahal yang kau marah-marah sangat ni?”
“Kau dah janji kan akan beritahu perkembangan Reen.  Kenapa kau tak beritahu aku Reen dah meninggal?”
“Ini permintaan Reen. Dia tak nak susahkan kau lagi.”  Jelas Razlan.
“Dan dia taknak aku cari kau lagi.  Arwah pesan kat aku, kalau lepas ni aku jumpa kau, aku jangan mengaku yang aku pernah kenal kau.”
“Tapi, Zana cerita apa kat Siti?  Sampai Siti nak tinggalkan aku.  Dan cakap aku akan tinggalkan dia bila dapat tahu dia mengandung.”
“Siti dah mengandung?”
“Ya.  dan sebab itu dia nak tinggalkan aku.  Aku nikah dengan Reen dulu sebab taknak dia gugurkan kandungan dia dulu.  Sekarang ni aku dituduh sanggup tinggalkan isteri bila dapat tahu isteri mengandung.  jahat sangat kau letak aku ni.”  Farizal kesal.
Kereta Razlan berhenti di hadapan butik adiknya.  Dah nampak kereta Siti di situ.  Sengaja Farizal tak bawa keretanya sebab taknak Siti tahu dia datang ke situ.  Sebaik sahaja Farizal dan Razlan melangkah masuk, terdengar bunyi enjin kereta.  Farizal menoleh.  Kereta Siti meluncur pergi.  Razlan menyerahkan kunci keretanya.  Farizal berlari pergi.
“Okey, kau bawa jauh-jauh.  Dia tengah follow kau tu.”  Zana bercakap dengan seseorang di telefon.
“Zana cakap dengan siapa tu?  Siti”  Tanya Razlan.  Zana hanya mengungkit bahu.
“Zana buat apa ni?  Apa yang Zana dah racun fikiran Siti?  Kenapa sampai dia nak tinggalkan suami dia?”
“BIar dia rasa macam mana ditinggalkan orang yang dia sayang.”  Jawab Zana bernada dendam.
“Tapi, Zana tahu dia tak bersalah kan?”
“Ya, dia bersalah.  Setiap hari kak Reen menangis teringatkan dia.”  Zana terasa sebak.  Razlan meraup mukanya.
“Zana, arwah Reen rindukan Ahmad Faisal.  Bukan Farizal.  Dan Farizal tak tinggalkan dia, tapi Reen yang suruh Farizal pergi.”
“Apa maksud abang Lan?”  Tiba-tiba Siti muncul di situ.
“Siti?  Jadi yang tadi tu?”
“Staff Zana.”  jawab Siti.
“Abang Lan.”  Siti memandang Razlan. Dia mahukan jawapan.  Dia dah takut dia sebenarnya tersalah sangka.  Kenapa aku tak beri peluang Farizal jelaskan segalanya.
“Ya, betul.  Memang Farizal dah nikah dengan arwah Reen dulu.  Sebenarnya, lepas dapat tahu Reen mengandung, memang abang marah gila.  Abang terus ke kolej cari dia.  Abang Lan tak tahu yang kat kolej tu ada dua orang yang bernama Ahmad Faisal. Ahmad Faisal Hazral atau orang panggil Ichal dan Ahmad Faisal Farizal.  Orang panggil dia Ijal.  Memang abang tak tahu yang abang dah tersilap tangkap orang. Abang bawa Ijal ke rumah.  Abang Lan kurung dia, pukul dia suruh dia bertanggungjawab.  Dia berdegil taknak mengaku.  Mujurlah Reen tahu hal abang culik dia tu.  Dan Reen yang beritahu abang dah salah orang.  Memang abang menyesal dengan perbuatan abang Lan yang terburu-buru tu.  Farizal tu memang baik.  Dia taknak laporkan perbuatan abang tu.  Sebab tulah Zana cuba ambil kesempatan.  Dia dah tahu Farizal tu baik.  Dia pujuk rayu Farizal supaya nikah dengan Reen.  Nak jaga nama baik keluarga konon.  Farizal setuju sebab dia taknak Reen gugurkan kandungan tu.  Anak tu tak bersalah.  Tapi, mama dan papa tahu jugak.  Teruk Farizal kena maki hamun.  Sebab tulah Reen suruh Farizal pergi.  dia taknak susahkan Farizal lagi.  dan dia berjanji akan lahirkan anak itu.  Memang dah ditakdirkan, keluarga Siti yang jaga anak arwah Reen tu.  Dan Siti bertemu jodoh dengan Farizal.”
“Jadi, abang Farizal memang tak bersalah.  Tapi, kenapa Zana…”  Siti memandang Zana.
“Maafkan aku Siti.  Selama ni aku berdendam dengan dia.  Sebab aku ingat dia yang tinggalkan kak Reen.  Aku jadi marah.  Bila aku nampak dia, aku ternampak air mata kak Reen.”  Zana benar-benar menyesal.  Handphone berbunyi.
“Hello boss.  Kereta yang kejar saya tu accidentlah.  Habis meletop terbakar.”  Beritahu Kamil.  terlepas handphone di tangannnya.
“Kenapa ni Zana?”  Tanya Razlan cemas bila dilihat reaksi adiknya selepas menjawab panggilan telefon itu.
“Accident.  Farizal accident.”  Berketar suara Zana menyampaikan berita.  Siti dah terjelepok di atas kerusi.  Mujur ada staff perempuan di situ yang sempat menyambutnya dari terjelepok di atas lantai.
“Abang.”  Sayu suara Siti.  Razlan dah terduduk di situ.
“Abang Lan, jomlah kita pergi tengok.” Gesa Zana.
“Kereta abang Farizal bawa tadi. Guna kereta Zana lah.”
“Aku nak ikut.”
“Kau tak kuat ni.  Aku pergi dulu. Nanti, aku call kau.”
“Tak nak.”  Tegas Siti.  handphone Zana berbunyi lagi.  Ada what’sapp masuk.  Zana dah terduduk.
“Dah meninggal.”  Itu yang tertera di skrin telefon pintarnya itu.  Mesej dari Kamil.
Razlan terus lari ke pintu.  Dia menarik pintu dan berlanggar dengan seorang yang mahu masuk ke dalam butik tu.
“Eh, kereta kau tak boleh start.”  Kata Farizal.  Razlan terpaku.
“Jadi, kau dari tadi kat luar ni je?”  Tanya Razlan.
“Eh, aku risau ni!  Tadi , lepas kereta Siti pergi ada satu kereta follow laju.  Aku takut orang tu ingat nak ajak race.  Cepatlah, jom kita kejar.”  Farizal segera menarik tangan Razlan.
“Dah, takpayah kejar.  Tu.”  Razlan menunjuk ke satu arah.  Farizal terus meluru ke arah isterinya.  Farizal tak sempat nak cakap apa-apa, Siti terus memeluknya erat.  Airmata mengalir laju.  Farizal membalas pelukan isterinya.  Tanpa sedar airmatanya turut mengalir.  Siti meleraikan pelukannya.
“Abang jahat!  Siti benci abang!”  Siti menumbuk dada suaminya.  Farizal hanya tertawa kecil kerana tak rasa apapun tumbukan tangan isterinya itu.
“She knows everything.”  Beritahu Zana lantas berlalu meninggalkan sepasang suami isteri itu.
“Buang airmata Siti jek.”
“Sebab tu sebagai suami isteri kita kena saling bertolak ansur, saling mendengar, jangan cepat melenting, bincang elok-elok.  Saling mempercayai antara satu sama lain. Abang sayangkan isteri abang tau.  Walaupun dia bencikan abang. Abang sanggup menjadi Suami Yang Dibenci.”
           

 25 Oktober 2018

Comments

Popular posts from this blog

ISTERI BOSS

Balqis masih mengadap komputer riba di atas meja belajarnya. Jarum jam sudah menunjukkan hampir ke pukul 1 pagi. Nadia yang baru pulang dari kerja ‘part-time’ di 7 eleven agak terkejut. Selalunya jam 11 malam Balqis dah tumbang. Kalau nak bangun study pun dia akan bangun seawal 4 pagi dan seterusnya akan berjaga sehingga masuk waktu subuh. Hmmm…sejak balik dari cuti semester baru-baru ni Balqis nampak berbeza. Suka termenung. “Aku nak tanya ni. Kau jangan marah tau.” Kata Nadia satu hari. “Macam serius je bunyinya.” “Memang serius pun.” Balas Nadia. “Pasal apa?” “Pasal kau.” Jawab Nadia. Balqis berkerut dahi. Kenapa pula dengan aku? Tanya Balqis dalam hati. Jangan-jangan….. “Kau nampak lain.” “Maksud kau? Aku dah gemuk ke? Atau aku dah kurus?” Tanya Balqis berseloroh. Walhalnya dalam hatinya berdebar juga menunggu soalan dari Nadia. Nadia ni bukan saja BFF aku, ada masa dia ni boleh jadi BFF mak aku jugak ni. Sama-sama suka korek rahsia pasal aku. “Muka kau ...

DENDAM SEORANG ISTERI

Apa yang kau dah buat? Kenapa Mia berdendam dengan kau sampai macam tu sekali? Apa yang kau dah buat? Cuba kau ceritakan hal sebenar. Kalau kau diam je macam ni, macam mana aku nak tolong kau. Hakimi meraup muka dengan kedua telapak tangannya. Ketika hati sedang berbunga cinta, kenapa ini yang terjadi? Apa yang lebih membimbangkan, Mia tu tak sihat. Selepas bertengkar semalam, Mia tiba-tiba pengsan. Bila dia sedar, dia marah-marah dan tak mahu ada doktor dalam rumahnya. Hakimi akurkan sahaja. Esok paginya, Mia hilang. “Aku rasa bersalah sangat. Selama ni aku sia-siakan peluang yang aku ada. Kesabaran dia, memang mencabar aku. Dia terlalu baik. Aku nak dia benci aku. Tapi, dalam masa yang sama, aku semakin menyayangi dia. Aku cuba untuk tak pedulikan dia. Tapi, bila dia balik lambat, aku jadi risau. Tak tentu arah. Memang aku tak cakap apa-apa. Bila nampak saja wajahnya menjengul di muka pintu, betapa leganya hati aku bila dia sampai ke rumah dengan selamatnya.” “...

Bagaimana Untukku Jatuh Cinta

 Calon terakhir untuk hari ini.  Mohd Rafiq Harraz. 30 tahun. Masih bujang. Aneesa memandang wajah pada foto bersaiz kecil itu.  Eh, ini senior aku ni!  Abang handsome yang menjadi rebutan masa sekolah dulu.  Aku ada dengar cerita yang mengatakan dia dah jadi jutawan, dah tu apasal minta kerja jadi pengawal peribadi pulak ni? "Alah,rumors je tu. Saya orang biasa jek. Sedang cari kerja. Baru resign sebab company tutup." "Macam ni sahajalah, sebab saya kenal abang, saya akan hired abang. Tapi kerja abang bukan setakat bodyguard jek tau, abang juga adalah driver dan assisstant saya. You have to be with me 24 hours. You kena tinggal dengan I, I mean at my family's house. Saya akan beri cuti sebulan after six months, is it okey with you?" "Okey, saya okey je." "Sorrylah, it's my father's rules. Selagi saya tak kahwin dia nak saya sentiasa dikawal. Nak gerak bebaspun terbatas." "So, sebelum ni ada bodyguard jugalahye?" "Yes, ...