-PERTEMUAN INI-
Hasyim termenung sambil merenung ke luar jendela. Baru sebentar tadi dia mendapat panggilan telefon dari salah seorang pegawai kanannya. Azmi memberitahu syarikatnya berjaya merebut satu projek yang bernilai jutaan ringgit. Ya, Hasyim sudah tersenyum untuk kejayaan itu. Namun, dia sering teringatkan seseorang. Sudah 20 tahun dia tak bertemu insan itu. Kadang-kadang dia rasa menyesal kerana memilih untuk pergi ke London 20 tahun lalu. Sungguh demikian, Hasyim sedar. Dia tidak boleh lari dari suratan takdir. Pasti setiap kejadian yang berlaku ada hikmah yang Allah ingin berikan. Di manakah agaknya Nurul Ain sekarang?
20 tahun lalu.
“Apa? Tapi, kenapa?” Hasyim terkejut mendengar cadangan abang sulungnya yang ingin meletakkan Nurul Ain di bawah jagaan rumah anak-anak yatim.
“Along rasa itu yang sebaik-baiknya.” Tambah Hamzah, abang sulungnya.
“Kenapa along atau angah tak nak ambil Ain? Dia bukan orang lain. Anak saudara kita. Anak adik along dan angah. Anak kakak saya.” Ungkit Hasyim.
“Along dan angah masing-masing dah ada anak-anak. Kau tu masih belajar lagi. Lagi tiga minggu kau akan ke London sambung belajar.” Celah Hassan, abang kedua.
“Kalau yapun along dan angah taknak jaga dia, sekurang-kurangnya carikalanlah keluarga sebelah ayahnya. Saya tak sanggup nak biarkan dia tinggal kat rumah anak-anak yatim tu. Dia masih ada saudara mara yang boleh menjaga dia.” Bangkit Hasyim.
“Kita ada urusan lain yang lebih penting. Aku takda masa nak cari mencari ni. Kau tak payah nak membantah cakap aku.” Bentak Hamzah.
“Along, kita bukan orang susah. Harta arwah mak dan abah tak habis sampai ke anak cucu kita.” Ungkit Hasyim lagi.
“Tapi, arwah Linda dah habiskan bahagian dia untuk lelaki tak guna tu.” Pintas Hassan.
“Tak baik angah cakap macam tu. Arwah abang Riduan kan dah takda. Kerana harta along dan angah sanggup buang keluarga sendiri. Ain tak salah apa-apa. Kenapa dia perlu menjadi mangsa?” Hasyim tak puas hati dengan tindakan abang-abangnya itu.
“Kau jangan nak banyak cakap. Makan minum kaupun aku yang tanggung!” Marah Hamzah.
“Along marah sangat dengan arwah abang Riduan. Arwah mak dan abah sudah boleh terima dan maafkannya, kenapa along dan angah masih berkeras hati?” Ungkit Hasyim.
Walau apapun kata-kata Hasyim, hati Hamzah dan Hassan tetap keras. Hasyim baru berusia 20 tahun. Masih terlalu muda dan tak mampu untuk menghalang setiap tindakan abang-abangnya. Kalaulah dapat diputar masa, Hasyim takkan sanggup tinggalkan anak saudaranya itu.
“Ain jaga diri baik-baik ya! Nanti pak usu balik, pak usu bawa Ain keluar dari sini.” Bicara Hasyim tanpa dapat menahan airmatanya.
“Pak usu janganlah nangis.” Balas Nurul Ain yang baru berusia 8 tahun itu. Hasyim memeluk erat anak saudaranya itu.
“Kalaulah pak usu boleh bawa Ain sama.” Hasyim menangis lagi.
“Pak usu janganlah sedih. Pak usu pergilah belajar. Lepas pak usu kerja, kumpul duit banyak-banyak. Pak usu janganlah risau ya. Kawan-kawan Ain kat sini semuanya baik-baik. Cikgu-cikgu kat sinipun baik semuanya.” Pujuk Ain. Lagilah Hasyim tak dapat menahan sebak di dadanya. Airmata lelakinya gugur dan mengalir laju.
* * *
“10 tahun lepas abang kembali ke Malaysia. Abang terus ke rumah anak-anak yatim tu. Tapi, menurut pengetua di situ ada sepasang suami isteri telah mengambil Ain sebagai anak angkat tak lama lepas abang ke London. Patutlah Ain tak pernah balas surat-surat yang abang kirimkan padanya selama 10 tahun abang di London. Abang kesal. Kerana marahkan along dan angah, tak pernah sekalipun abang balik ke Malaysia selama 10 tahun abang di sana. Abang begitu yakin Ain masih di rumah anak-anak yatim itu tanpa memikirkan sebarang kemungkinan yang Ain mungkin sudah diambil sebagai anak angkat. Abang cuba tanya kalau mereka tahu siapa orang yang mengambil Ain itu. Apa yang pihak rumah anak-anak yatim tu tahu, mereka membawa Ain tinggal di Kanada. Abang ada juga ke sana dengan niat ingin menjejaki mereka yang hanya dikenali sebagai Roslan dan Amina. Tapi, tak jumpa.” Cerita Hasyim pada isterinya, Siti Aisyah.
“Sekarang ni dah 20 tahun. Abang masih tak tahu mana anak saudara abang tu.” Tambah Hasyim.
“Insya Allah, satu hari nanti abang akan jumpa juga Ain tu. Dengan doa dan usaha tanpa henti, mungkin satu hari nanti dia sendiri yang akan datang pada abang.” Siti Aisyah cuba memujuk hati suaminya.
Siti Aisyah dinikahi 8 tahun yang lalu. Mereka masih belum dikurniakan cahayamata. Dalam usia yang sudah mencecah 40 tahun Hasyim redha ketentuan Illahi. Aisyah dikenali sewaktu belajar di London dulu. Aisyah pulang selepas tamat pengajian. Hasyim pula mencari pekerjaan di London. Hasratnya ingin bekerja dan mengumpul wang yang banyak. Hasyim tahu sebaik mencapai usia 23 tahun dia sudah layak menguruskan sendiri harta yang diwariskan kepadanya. Namun dia ingin berdikari sendiri. Ditambah pula dengan perasaan marah dengan sikap abang-abangnya yang terlalu taksub dengan harta.
“Kenapa along dan angah marah sangat pada arwah abang Riduan tu?” Aisyah ingin tahu.
“Abang Riduan ada perniagaan. Perniagaannya tak menjadi sampai diisytiharkan muflis. Masa tu arwah Kak Linda minta tolong mak dan abah untuk selesaikan segala hutang abang Riduan. Dia tak mahu suaminya diheret ke mahkamah dan mungkin akan dipenjarakan. Arwah mak dan abah serahkan saham hak kak Linda. Dengan wang jualan saham tulah semua hutang dapat diselesaikan. Tapi, masih tak cukup. Arwah mak dan abah berikan geran tanah pada arwah kak Linda. Masa tulah along dan angah mengamuk. Kak Linda satu-satunya anak perempuan, kesayangan mak dan abah. Itu yang along dan angah bangkitkan. Hakikatnya, mak dan abah tak mahu abang Riduan dipenjarakan. Mereka kesiankan kak Linda dan anak-anaknya. Along dan angah langsung tak boleh terima alasan tu.” Cerita Hasyim. Aisyah tekun mendengar suaminya bercerita.
“Selepas semuanya selesai, abang Riduan berusaha untuk bangun semula dari bawah. Dia mula mencari pekerjaan. Ditakdirkan, satu hari tu arwah dapat bonus selepas setahun bekerja sebagai pembantu akaun di sebuah syarikat. Jadi dia nak bawa kami sekeluarga makan malam di sebuah restoran. Mereka pergi naik van. Dan bertembung dengan lori. Cuma Ain seorang saja yang selamat dalam kemalangan tu.
Hasyim kehilangan mak dan abahnya, serentak dengan kehilangan kakak dan abang iparnya. Sekaligus kehilangan dua orang lagi anak saudaranya yang masih kecil. Segalanya berlaku dalam sekelip mata. Sepatutnya Hasyim turut serta waktu itu, namun Hasyim memilih untuk menunggang motosikal. Dan sememangnya segala-galanya adalah takdir Allah dan pastinya ada hikmah di sebaliknya.
“Hikmahnya abang menjadi seorang yang lebih berdikari. Semasa arwah mak dan abah masih hidup, abang banyak bergantung pada mereka. Semua perkara tak pernah buat sendiri. Dan abang dapat lihat sendiri macam mana dendam itu benar-benar telah merosakkan hati manusia.” Bicara Hasyim tenang dalam usaha menahan sebak di dada.
Sampai ke hari ini Hamzah dan Hassan masih lagi marah dengan Hasyim yang terang-terangan menentang abang-abangnya itu. Mereka masih marah atas apa yang berlaku dulu. Dan hati mereka masih tak boleh terima apa yang Haslinda lakukan untuk suaminya, Riduan. Marah dan tamak harta telah meluputkan sikap kemanusiaan di hati mereka. Ya, Allah. Kau bukakanlah pintu hati saudara-saudaraku agar mereka menyedari kesilapan mereka. Bawalah mereka ke jalan yang benar. Doa Hasyim tanpa henti untuk saudara-saudaranya itu.
“Pak Usu sihat?” Tanya Nadia, anak bongsu Hamzah yang berkunjung ke rumah.
“Alhamdulillah.” Jawab Hasyim.
“Inilah Farid. Tunang Nadia.” Nadia memperkenalkan tunangnya pada Hasyim.
“Dah dua bulan bertunang, baru hari ini datang rumah pak usu.” Ungkit Hasyim. Nadia tersengih.
“Sorrylah pak usu. Farid ni bukan selalu ada kat sini. Masa bertunang hari tupun dia takda. Inspector polis yang sentiasa sibuk dengan tugasnya.” Alasan Nadia sambil menjeling sekilas ke arah tunangnya.
“Baguslah tu. Dah kena pun. Seorang polis, seorang lagi ‘lawyer’.” Kata Hasyim.
“Nadia ada bercerita dengan Farid pasal Ain. Insya Allah, Farid akan usahakan sesuatu untuk cari Ain tu.” Beritahu Nadia. Hasyim tersenyum.
“Ayah tak bising?” Tanya Hasyim.
“Ayah tak tahu. Nadia dah pesan pada Farid, jangan sesekali buka cerita depan ayah.” Jawab Nadia.
“Insya Allah pakcik, saya akan usahakan semampu saya.” Farid bersuara.
“Kak Long ke Kanada minggu depan. Bolehlah dia cuba-cuba cari. Manalah tahu, berkat doa dan usaha kita yang tak henti ni, dapat jumpa dengan Nurul Ain tu.” Ujar Nadia penuh berharap.
“Kanada tu besar.” Celah Aisyah.
“Zaman sekarang ni kan zaman teknologi tinggi. Kita boleh gunakan system yang terkini. Insya Allah, yang penting, usaha. Betul tak pak usu?” Nadia memandang Hasyim. Hasyim tersenyum. Nadia gembira melihat senyuman di bibir bapa saudaranya itu. Dia tahu sudah terlalu lama bapa saudaranya itu menderita merindukan Nurul Ain.
Hasyim masih ingat lagi. Dia dan Haslinda memang begitu rapat sekali. Sering belajar bersama. Jarak usia mereka agak jauh. 10 tahun. Mulanya disangkakan Haslinda itulah anak bongsu. Takdir Allah menentukan, Hasyim lahir ketika Haslinda bersekolah dalam tahun 4. Lahirnya Hasyim melengkapkan keluarga Dato’ Mazlan dan Datin Hasyimah. Kedua suami isteri itu menjalankan perniagaan bersama. Mereka begitu gigih berusaha untuk mencari kesenangan untuk anak-anak mereka. Sungguh demikian mereka sering menekankan sikap berdikari pada anak-anak mereka. Hasyim sebagai anak bongsu terlebih manjanya. Kalau tidak dengan ibubapanya, pada Haslinda tempat dia meminta dan merengek. Haslinda banyak menemani adik bongsunya itu. Banyak memberi tunjuk ajar.
Hasyim mengalirkan airmata. Rindu waktu bersama insan-insan yang disayanginya itu. Mak dan abah begitu sabar melayan karenah anak bongsu mereka. Ditambah pula Haslinda juga sangat memanjakan satu-satu adiknya itu. Bila belajar, Haslinda sering menemankannya di waktu malam. Tolong buatkan air. Tolong jelaskan sekiranya ada yang Hasyim tak faham. Biarpun waktu itu dia sudah berkeluarga, namun Hasyim tetap mendapat perhatian penuh darinya.
“Pak usu sayangkan semua anak-anak saudaranya. Sebab tulah, pak usu nak sangat cari Nurul Ain tu. Kesian Pak usu.” Luah Nadia pada tunangnya.
“Nadia tak cuba pujuk ayah Nadia?” Tanya Farid.
“Tunggulah dulu. Dah jumpa Ain nanti baru kami cuba pujuk ayah tu. Ayah tu pantang kalau sebut pasal Ain. Masa kami budak-budak dulu, pernah sebut pasal Ain. Teruk kami kena marah. Ayah tu keras hati. Bukan senang nak pujuk dia. Dulu masa kecik, memang kami tak boleh buat apa-apa. Sekarang ni, dah besar, cuma usaha macam ni sajalah yang kami boleh buat untuk merealisasikan impian pak usu untuk bertemu dengan Nurul Ain tu. Nadia harap sangat satu hari nanti ayah sedar, dan tak marah lagi. Arwah pak uda dan mak uda dah lama meninggal. Adalah lebih baik doakan mereka, bukannya terus membenci hingga membuang saudara sendiri. Kami adik-beradik dan sepupu-sepupu yang lain tak nak pak usu terus bersugul. Selama ini, pak usu banyak memberi semangat pada kami baik dari segi pelajaran mahupun kehidupan harian. Kami tak mahu pak usu bersedih lagi.” Luah Nadia lagi. Farid menangguk tanda faham. Dia sudah sebelah kaki masuk dalam keluarga ini. Sewajarnya dia mengambil berat setiap apa yang berlaku dalam keluarga ini, di samping mengambil kisah ini sebagai iktibar.
Nadia anak bongsu Hamzah. Dia empat beradik semuanya. Nadia seusia arwah adik bongsu Nurul Ain, arwah Nurul Aisya iaitu 3 tahun lebih muda dari Nurul Ain. Adik beradik Nadia yang sulung ialah Diana, diikuti Nazri dan Danish. Anak-anak Hassan, iaitu pakngahnya, Hazli, Haikal Mazni dan Mastura. Yang bongsu Hidayat. Hasyim begitu baik dengan mereka. Menyayangi mereka tanpa berbelah bagi. Hasyim tidak pernah kedekut berbelanja untuk mereka. Malah, mereka lebih senang meminta dari pak usu berbanding ayah mereka sendiri. Sungguh demikian, tidak pula mereka mengambil kesempatan di atas kebaikan pak usu mereka itu. Antara 9 orang anak saudara Hasyim itu, hanya Hidayat seoran g saja yang masih belajar.
“Teksi!” Hidayat menahan sebuah teksi yang kebetulan dalam perjalanan keluar dari kampus Universiti Teknologi Malaysia itu. Setelah memberitahu destinasi yang ingin dituju, teksi itu meluncur pergi.
“Saya selalu nampak teksi abang kat sini. Ada pelanggan tetap ke?” Tanya Hidayat ramah.
“Hantar orang rumah.”
“Pensyarah ke?” Tanya Hidayat lagi. Pemandu teksi itu angguk mengiyakan.
“Adik tak ada kelas ke hari ni?” Pemandu teksi itu pula bertanya.
“Sepatutnya ada. Tapi dibatalkan. Lecturer cuti emergency. Kelas seterusnya petang nanti. Pukul 2. Lagi 6 jam nak tunggu. Tu yang bergerak ke luar ni.” Cerita Hidayat.
“Adik ambil kursus apa?”
“Engineering.” Jawab Hidayat.
“Isteri abang nama apa? Manalah tahu, lecturer saya ke.”
“Siti Aisyah.” Jawab pemandu teksi itu.
“Oh, lecturer account tu. Saya ada ambil kelas tambahan dengan dia. Nama isteri abang sama dengan mak usu saya. Lemah lembutnya pun sama. Tapi, tegas. “ Balas Hidayat.
“Oh, ya! Saya Hidayat. Siapa nama abang?” Hidayat semakin ramah.
“Ihkwan.” Jawab Ikhwan ringkas.
Perbualan mereka semakin rancak. Pelbagai topik mereka bualkan. Sikap Hidayat yang peramah itu menambah kerancakan perbualan mereka. Selepas 15 minit ditambah dengan kesesakan lalu lintas tibalah mereka ke destinasi yang dituju.
“Eh, pak usu nak ke mana ni?” Tanya Hidayat yang baru nak turun dari teksi.
“Naik balik.” Arah Hasyim. Hidayat turut. Hasyim naik sama. Mengarahkan Ikhwan menuju ke satu destinasi.
“Kelam kabut semacam pak usu! Kereta pak usu mana?” Tanya Hidayat.
“Ini yang pak usu tengah bingung ni. Semalam ‘driver’ pak usu minta cuti. Pagi tadi telefon cakap nak berhenti pulak. Pagi tadi minta tolong Haikal hantar. Balik nanti tak tahulah. Tengah bingung ni, ada problem pulak kat tapak.” Cerita Hasyim.
“Kenapa pak usu tak ‘drive’ sendiri saja?”
“Dah tua. Dah malas.” Alasan Hasyim sambil tersenyum. Dua beranak itu ketawa. Lima minit kemudian mereka tiba ke destinasi yang dituju. Hasyim meminta Ikhwan datang semula selepas setengah jam. Ikhwan memberikan kad pada Hasyim. Pada kad itu tertera nama dan nombor telefon untuk dihubunginya. Juga terdapat nombor telefon operator teksi. Sekiranya dia tak dapat dihubungi, Hasyim boleh mendapatkan khidmat teksi lain melalui nombor tersebut. Selepas menerima upahnya, teksi Ikhwan meluncur pergi.
* * *
Di mana agaknya anak saudara aku yang satu ni? Bagaimana agaknya keadaan dia? Sihat ke tidak? Harap-harap dia tidak menderita. Mungkinkah dia sudah berumah tangga? Kini sepatutnya dia sudah berusia 28 tahun. Sekiranya mereka bertembung, mungkinkah Ain mengenalinya? Dan aku sendiri, mungkinkah aku dapat mengecam Nurul Ain? Tin……..!!!!!! Terdengar satu bunyi hon yang panjang. Tak sempat menoleh, terasa ada seseorang menangkapnya dan mereka sama-sama tergolek di tepi jalan raya. Kereta itu berhenti. Pemandunya keluar.
“Encik tak apa-apa?” Tanya Ikhwan. Hasyim yang masih terkejut terdiam. Rupa-rupanya dia nyaris dilanggar oleh sebuah kereta. Dan Ikhwan yang menyelamatkannya.
“Okey ke?” Tanya wanita muda yang juga pemandu kereta itu.
“Saya okey. Encik ni luka sikit.” Jawab Ikhwan.
“Kita bawa ke klinik ye?” Kata wanita muda itu. Ikhwan setuju. Kereta itu bergerak menuju ke sebuah klinik yang tak jauh dari situ."
“Tak ada apa. Cuma terkejut saja. Sekarang dah okey.” Beritahu doktor yang merawat Hasyim.
“Maaf encik.” Ucap wanita muda itu.
“Tak apa! Saya yang leka tadi. Mujurlah ada Ihkwan ni.” Balas Hasyim, sekilas memandang Ikhwan.
“Marilah saya hantar balik.” Pelawa wanita muda yang masih belum diketahui namanya itu.
“Saya Nurul Aina. Panggil saja Nurul!” Wanita itu memperkenalkan diri. Hasyim dan Ikhwan melakukan perkara yang sama.
“Nurul macam nak cepat saja.” Tegur Hasyim.
“Errr…sebenarnya saya dalam perjalanan nak pergi interview kerja. Tapi, dah terlewat. Tak pastilah diterima ke tidak ni.”
“Syarikat apa?” Tanya Hasyim.
“Han Siew Printing.” Jawab Nurul.
“Tak apa. Nanti saya telefon Mr. Lim. Dia tu HR Manager kat situ. Kawan saya tu.” Janji Hasyim. Nurul tersenyum. Tak dapat kerja, dapat pergi interview pun tak apalah. Menghadiri sesi temuduga juga adalah satu pengalaman.
Ikhwan menghantar Hasyim pulang ke pejabat. Hasyim mempelawa Ikhwan minum bersama.
Ingin berbual seketika. Ada perkara yang ingin dibincangkan. Sementara waktu ini, Ikhwan telah ditugaskan untuk mengambil Hasyim setiap petang di pejabat. Kebetulan Ikhwan berada di situ tengahari itu.
“Mula-mula lagi saya dah tegur semasa encik Hisyam keluar dari bangunan tu! Tapi, encik tak
jawab. Saya rasa tak sedap hati. Saya tengok encik macam sedang kebingungan. Macam orang ada masalah. Sebab tulah saya ikut encik Hasyim.” Cerita Ikhwan.
“Saya teringatkan anak saudara saya. Saya betul-betul tertekan. Tak lama lagi ‘birthday’ dia. Lagilah saya bingung memikirnya. Saya betul-betul terleka tadi. Sebab tulah saya tak berani nak memandu. Isteri saya selalu pesan, nak ke mana-mana mesti bawa kawan. Tapi, saya ni degil.” Sambung Hasyim lagi.
“Boleh saya tahu? Kenapa dengan anak saudara encik Hasyim tu?” Ikhwan bertanya tanda prihatin. Hasyim memandang Ikhwan. Mungkin tak salah berkongsi cerita dengan anak muda ini. Hasyim menceritakan kisah anak saudaranya yang sudah lama tidak ditemuinya itu. Paling tidakpun, kalau tak dapat bertemu, dapat tahu khabar berita pun jadilah.
“Mesti encik sayang sangat kat dia. Insya Allah, satu hari nanti encik pasti akan berjumpa dengan dia. Encik janganlah fikir-fikirkan sangat. Ia boleh menjejaskan kesihatan encik. Encik juga kena fikirkan perasaan isteri encik. Dia risaukan encik. Insya Allah, orang yang dicari itu pasti ditemui.” Nasihat Ikhwan. Hasyim tersenyum.
“Awak tak nak kerja dengan saya ke? Senang. Dapat gaji tetap setiap bulan. Jadi ‘driver’ saya.” Hasyim membuat tawaran.
“Sebenarnya bawa teksi ni kerja sambilan saja. Saya sedang cari kerja yang sesuai dengan kelulusan saya.” Cerita Ikhwan berterus terang.
“Awak ada kelulusan apa?”
“Saya ada ijazah perakaunan.” Jawab Ikhwan.
“Kebetulan. Syarikat saya memang tengah cari seorang pembantu akaun.”
"Tapi, orang yang pernah muflis macam saya ni, tak ada orang berani ambil bekerja. Saya pernah buat business dulu. Tapi, gagal. Teruk saya kena tipu. Nasib baiklah keluarga isteri saya banyak membantu. Sekurang-kurangnya, saya tak perlu masuk penjara kerana hutang yang keliling pinggang tu. Saya ni bukan nak cerita buruk diri sendiri, Cuma saya taknak encik menyesal ambil saya nanti.” Balas Ikhwan jujur.
“Isteri kamu kerja apa? Dan, anak berapa orang?”
“Isteri saya pensyarah di UTM. Hidayat kenal dia. Anak dua orang.”
“Isteri awak tak kisah ke awak kerja bawa teksi?” Hasyim bertanya lagi. Ingin mengetahui lebih dalam lagi kisah anak muda yang jujur ini.
“Saya bersyukur sangat encik. Saya dikurniakan seorang isteri yang sangat memahami dan sanggup bersusah senang bersama saya. Isteri saya tu bukan orang susah. Dia sanggup nak beri modal untuk saya mulakan perniagaan baru. Tapi, saya tak mahu susahkan dia lagi. Rumah yang kami tinggal tu rumah isteri saya, sekurang-kurangnya bil-bil dan makan minum, biarlah saya yang tanggung. Sebagai suami saya taknak menumpang kesenangan isteri saya. Dan isteri saya pun selesa dengan kehidupan kami yang sederhana ini.” Cerita Ikhwan. Hasyim terdiam sejenak. Seperti kisah arwah kakaknya dulu. Sekurang-kurangnya Ikhwan bernasib baik kerana tidak tertekan dengan keluarga isterinya. Hasyim terpanggil untuk memberi peluang pada Ikhwan mengubah nasib dirinya. Dia tak mahu nasib Ikhwan seperti nasib arwah abang Riduan.
“Untung awak. Isteri awak sanggup bertolak ansur. Kenal di mana?” Hasyim ingin mengetahui lagi kisah Ikhwan.
“Saya kenal isteri saya semasa kami belajar di USA dulu. Dia tinggal di sana bersama keluarganya. Lepas nikah 4 tahun lepas, kami balik Malaysia. Dia jadi pensyarah, dan saya buka business. Ayahnya ada syarikat kat sini. Dia yang jaga akaun syarikat. Ayah mertua suruh saya ambil alih, tapi saya tak berani. Lepas gagal sekali, saya cukup berhati-hati sekarang ni.”
“Apa kata kalau saya bagi awak peluang?” Hasyim membuat tawaran.
“Peluang?” Ikhwan tak faham.
“Peluang untuk awak memperbaiki kesilapan awak. Kalau setiap peluang yang datang awak tolak, macam mana awak nak buktikan yang awak boleh menjadi yang lebih baik. Ambil peluang ni. Kerja dengan saya. Saya ada super-senior yang boleh membimbing awak.” Terang Hasyim akan maksudnya. Ikhwan berfikir sejenak. Sama seperti yang isterinya pernah cakap. ‘kalau semua peluang abang tolak, bila abang nak buktikan yang abang boleh jadi lebih baik’. Itu kata-kata Aisyah sewaktu dia menolak untuk bekerja sebagai akauntan di syarikat ayah mertuanya.
* * *
Mastura bersalaman dengan ibu saudaranya, Siti Aisyah. Mastura memperkenalkan teman yang baru dikenalinya. Siti Aisyah menyambut huluran salamnya. Hasyim keluar dari biliknya.
“Encik Hasyim kan?” Teka Nurul.
“Errrr…. Nurul kan?” Hasyim cuba mengingati. Nurul angguk mengiyakan tekaan Hasyim.
“Pak usu kenal ke?” Celah Mastura.
“Kami nyaris ‘accident’ dua minggu lepas.” Cerita Nurul.
“So, macam mana? Dapat kerja tu?” Hasyim ingin tahu. Diapun tak bertanyakan pada Mr.Lim. Hanya menghubunginya untuk memaklumkan kelewatan Nurul untuk sesi temuduga hari itu.
“Alhamdulillah. Saya dapat kerja tu. Saya satu pejabat dengan tunang Mas, Amir.” Jawab Nurul ramah. Hasyim tersenyum.
“Nurul ni baru lagi kat sini. Tu yang saja bawa Nurul jalan-jalan hari ini.” Beritahu Mastura.
“Sebut pasal Amir, kamu berdua bila nak kahwin? Bercinta dah 6-7 tahun.” Celah Siti Aisyah yang baru keluar dari dapur bersama sedulang minuman.
“Tak tahulah mak usu. Kami kan muda lagi.” Alasan Mastura sambil tersenyum. Hasyim hanya mengangkat kening.
“Umur Nurul berapa?” Risik Aisyah ingin tahu.
“28 tahun.” Jawab Nurul ringkas.
“Dah kahwin?” Tanya Aisyah lagi.
“Sudah.” Sampuk Mastura. “Dah ada anak?” Hasyim pula bertanya.
“Baru dua bulan kahwin.” Jawab Nurul tersenyum.
“Inai pun tak hilang lagi.” Celah Mastura sambil menunjukkan jari-jari Nurul. Tertawa. Mereka berbual lagi. Lewat petang baru mereka pulang. Suami Nurul seorang juruterbang. Bekerja dengan sebuah syarikat penerbangan. Dua tiga hari sekali baru balik. Sebab itulah suaminya membenarkan dia keluar berkawan dengan syarat menjaga setiap tingkah laku dan batas-batas pergaulannya.
“Lain macam saja abang tengok Nurul tu tadi.” Tegur Siti Aisyah.
“Cemburu?” Hasyim tersenyum mengusik. Siti Aisyah menjeling. Hasyim tertawa.
“Namanya Nurul Aina. Abang Cuma teringatkan Nurul Ain.” Terang Hasyim.
“Abang pernah terfikir tak? Manalah tahu kalau-kalau Ain tu dah tukar nama.” Siti Aisyah memandang suaminya.
“Mungkin jugak.” Hasyim setuju dengan pendapat isterinya. Terdiam sejenak. Hasyim merenung isterinya.
“Kenapa abang tengok Aisyah macam tu?” Aisyah hairan ditenung sedemikian.
“Saja. Tak boleh ke?” Hasyim tersenyum mengusik. Siti Aisyah mencebik. Hasyim ketawa melihat mimik muka isterinya. Insan yang sering menghiburkan hatinya.
“Abang ingat nak buat jamuanlah hujung minggu ni.”
“Jamuan apa?” Tanya Siti Aisyah.
“Saja nak jamu kawan-kawan dan saudara mara.” Jawab Hasyim. Siti Aisyah angguk tanda setuju dengan cadangan suaminya itu. Mereka terdiam sejenak. Siti Aisyah tahu, ada sesuatu yang mengganggu fikiran suaminya itu. 15 tahun mengenali lelaki ini, dan 8 tahun hidup bersama membuatkan Siti Aisyah sudah masak dengan perangai dan naluri suaminya itu.
“Teringat Nurul Ain lagi ke? Atau teringatkan Nurul Aina.” Usik Siti Aisyah memecah kesunyiaan. Hasyim tersenyum.
“Along datang pejabat tadi.” Cerita Hasyim.
“Pasal saham 40% tu?” Siti Aisyah dapat mengagak. Hasyim mengangguk. Siti Aisyah tahu, Hasyim pernah bercerita bahawa walaupun saham 40% atas namanya, namun 20% sebenarnya adalah hak milik arwah Haslinda. Dalam erti kata lain, ianya adalah milik Nurul Ain. Bukan Hasyim tak tahu tujuan abangnya nak beli saham 40% tu. Dia nak menguasai syarikat yang dibangunkan hasil titik peluh arwah dato’Mazlan dan datin Hasyimah dulu. Hassan dah lama menjual sahamnya pada Hamzah. Diapun sudah membina empayarnya sendiri hasil jualan saham-sahamnya itu. Dan perkhabaran yang Hasyim dengar membuatkan dia lebih berat untuk menjualkan sahamnya. Hamzah ingin menjual syarikat itu pada orang lain. Tidak! Hasyim takkan benarkan perkara itu berlaku.
“Abang selalu cakap, dendam tu boleh membunuh. Secara halusnya, marah dan dendam itu adalah sahabat. Abang fikirkan ya!” Pesan Siti Aisyah sebelum meninggalkan suaminya termangu di ruang tamu. Mungkin sudah tiba masanya Hasyim sekali lagi bertemu mata dengan abang-abangnya dan membangkitkan semula tentang Nurul Ain. Sampai bila mereka nak membuang anak itu? Dia tidak bersalah. Air dicincang takkan putus. Begitulah ikatan persaudaraan yang terhasil dari hubungan adik beradik kandung.
* * *
Siti Aisyah terdengar namanya dipanggil. Dia menoleh. Hidayat sedang berlari ke arahnya. Siti Aisyah berhenti. Menyuruh teman-temannya berjalan dahulu. Hidayat sampai ke tempat Siti Aisyah. Siti Aisyah tersenyum melihat Hidayat yang sedikit tercungap. Dia memberi masa untuk Hidayat bernafas dengan baik dahulu.
“Dah okey?” Tanya Siti Aisyah. Hidayat angguk.
“Abang Ikhwan ada beritahu puan tak?” Tanya Hidayat.
“Pasal apa?” Aisyah tak faham.
“Pasal jamuan rumah pakcik saya esok.” Jelas Hidayat akan maksudnya.
“Saya ada kursus di Pan Pacific Hotel 2 malam.” Beritahu Aisyah.
“Abang Ikhwan pergi tak? Kalau pergi, jangan lupa bawa kembar tu tau!”
“Awak nak tolong jaga?”
“Boleh, tak ada masalah.” Balas Hidayat tersenyum ceria. Aisyah turut tersenyum.
“Yalah, nanti saya beritahu suami saya.” Janji Aisyah.
“Anyway, prof Adam cakap awak ‘skip’ kelas semalam. Pergi mana?” Tanya Siti Aisyah prihatin.
“Saya demam.” Alasan HIdayat.
“Apapun beritahulah. Jangan hilang macam tu saja. Awak tu adik angkat suami saya, secara tak langsung saya ni dah jadi kakak angkat awak. Semua pasal awak, orang tanya saya tau.” Ungkit Siti Aisyah.
“Okey, sorry madam. Lain kali saya beritahu madam.” Hidayat tersengih sambil menabik hormat.
“Ada kelas kan dengan prof Adam sekejap lagi? Pergi cepat.” Arah Aisyah. Hidayat akur dan terus pergi sebaik meminta diri.
Siti Aisyah meneruskan perjalanannya menuju ke kafe. Di situ dua orang temannya sudah menanti. Masing-masing sudah memesan makanan. Aisyah terus ke kaunter minuman dan memesan milo o panas lalu ke kaunter kuih untuk memilih beberapa jenis kuih.
“Apa adik angkat you nak?” Tanya Nora sebaik Siti Aisyah duduk semeja dengannya, Ain dan Zarina.
“Dia tanya esok I pergi tak jamuan rumah pakcik dia.” Jawab Siti Aisyah.
“You ada ‘course’ kan esok?” Ungkit Zarina.
“Hmmm.. so Ikhwan jelah yang pergi.” Balas Aisyah.
“Wah, membujanglah dia.” Usik Zarina.
“Eh, mana boleh. I suruh dia bawa si kembar tu sekali.” Balas Aisyah. Tertawa.
“Jatuhlah saham dia.” Seloroh Ain.
“Saham you yang naik. Pergi sorang-sorrang.” Celah Nora. Aisyah tersenyum.
Dan esoknya.
“Ini suami saya. Rosli.” Nurul memperkenalkan suaminya pada Hasyim. Mereka bersalaman. Hasyim terpandang Ikhwan.
“Wan, sorang je? Isteri mana?” Tanya Hasyim.
“Isteri saya ada kursus. Saya ada bawa anak-anak. Hidayat dah bawa masuk.” Jawab Ikhwan.
“Abang Wan.” Jerit Hidayat. Ikhwan meminta diri lantas berlalu menuju ke tempat Hidayat. Hasyim dan Aisyah sibuk menjadi penyambut tetamu. Haikal dan Mastura sibuk melayan tetamu.
Majlis malam itu Nampak begitu meriah. Hasyim nampak gembira. Aisyah gembira melihat suaminya tersenyum. Hasyim memang gembira dalam hidupnya. Namun masih ada satu kekosongan dalam jiwanya. Nurul Ain tak pernah luput dari ingatannya. Aisyah memandang para tetamu. Kalaulah salah seorang dari tetamu ini adalah Nurul Ain bt Riduan. Aisyah terpandang Hidayat yang sedang sibuk melayan karenah dua kanak-kanak yang mungkin berusia 2 atau 3 tahun. Seorang lelaki dan seorang lagi perempuan.
“Kembar. 3 tahun. Kembar tak seiras. “ beritahu Hidayat bila ditanya.
“Pak usu tu sibuk sangat. Dayat nak kenalkan dia dengan budak-budak comel ni.” Adu Hidayat. Aisyah tersenyum.
“Biarlah. Bukan selalu dapat tengok pak usu happy macam tu.” Celah Danish.
“Tak ada cerita lagi ke pasal Nurul Ain tu? Kesian pak Usu.” Luah Haikal.
“Hah, tu pak usu datang.” Mastura menunjuk kea rah Hasyim yang sedang berjalan menuju ke arah mereka. Seiring berjalan bersama Ikhwan.
“Inilah anak-anak saya. Nurul Iman dan kembarnya, Ahmad Aiman.” Ikhwan memperkenalkan anak-anaknya pada Hasyim. Hasyim memandang kanak-kanak itu. Dia memeluk dan mencium kanak-kanak itu. Tiba-tiba dia terasa sesuatu. Alangkah bahagianya kalau dia mempunyai cahayamata. Mencari Aisyah. Wanita itu memandangnya sambil tersenyum. Isterinya membalas senyuman itu dengan penuh keihklasan. Dia dapat membaca apa yang ada dalam fikiran suaminya itu.
“Comel. Yang lelaki ikut muka ayah. Yang perempuan mesti ikut emaknya.” Kata Hasyim. Ikhwan tersenyum. Dia bagai dapat merasa kekosongan dalam jiwa Hasyim. Kalaulah ada Nurul Ain dalam majlis mala mini. Hidayat ada menceritakan hal sepupunya itu. Hasyim sendiripun pernah meluahkan rasa hatinya suatu ketika dulu. Masa tu, Hidayat belum lahir lagi. Pada masa itulah Nurul Ain telah dilupuskan dari keluarga ayahnya.
* * *
Cuti semester dah bermula. Aisyah mencadangkan pada Ikhwan untuk bercuti bersama. Rasanya dah lama sangat mereka tidak bercuti. Tak dapat lama 3-4 hari pun jadilah. Dia bertanyakan pada Ikhwan kalau-kalau dia boleh bercuti.
“Yelah, nanti abang cuba tanya pada encik Hasyim.” Balas Ikhwan.
“Encik Hasyim? Bukan boss abang encik Razak ke?” Aisyah berkerut dahi tak faham.
“Encik Razak tu boss account department. Encik Hasyim tu boss besar.” Jelas Ikhwan. Diam.
“Kenapa bang?” Tanya Aisyah. Tak faham kenapa tiba-tiba air muka suaminya berubah sebaik menyebut nama encik Hasyim.
“Sebenarnya, abang kesian dengan boss abang tu.” Luah Ikhwan.
“Kenapa?” Tanya Aisyah ingin tahu.
“Dah lebih 8 tahun kahwin, tapi masih tak ada anak.” Cerita Ikhwan.
“Belum ada rezeki. Insya Allah adalah tu nanti.” Kata Aisyah.
“Tapi, ada satu perkara lagi yang abang lebih kesian.”
“Hal apa?” Aisyah tak faham.
“20 tahun dia merindukan Nurul Ain.”
“Nurul Ain?” Aisyah semakin tak faham.
“Nurul Ain binti Riduan. Anak saudaranya yang dah lama dia tak jumpa. Kadang-kadang tu bila dia asyik teringatkan Nurul Ain, sampai lupa keadaan keliling. Pernah sekali tu nyaris dilanggar kereta.” Cerita Ikhwan lagi. Ikhwan bercerita lagi. Aisyah tekun mendengar.
“Aisyah ada kawan nama Nurul Ain kan? Apa nama ayahnya?” Tanya Ikhwan.
“Ridzuan.” Jawab Aisyah ringkas.
“Jangan-jangan dia tak orangnya.”
“Sudahlah bang. Jangan difikir-fikirkan sangat. Esok, Aisyah hantar abang ya. Selalunya abang jek yang hantar Aisyah. Sempena cuti dua minggu ni, kita tukar tradisi.” Aisyah beralih topik. Seolah tidak berminat bercerita tentang Nurul Ain. Ikhwan tersenyum.
“Baiklah sayang.” Balas Ikhwan. Aisyah tersenyum.
Pagi esoknya selepas menghantar Ikhwan, Aisyah meminta izin untuk bertemu temannya. Sempat Ikhwan berpesan supaya pergi bertanyakan pada kawannya yang bernama ‘Nurul Ain’ juga itu tentang hal encik Hasyim yang diceritakannya semalam. Aisyah hanya tersenyum mendengar pintaan suaminya itu. Ikhwan masuk ke dalam perut bangunan pejabat Tripple H Holdings itu. Ikhwan menjalankan tugasan hariannya seperti biasa. Kira-kira jam 11 pagi dia berhenti seketika. Tekak terasa nak minum air kopi o panas. Dia berjalan menuju ke pantry.
“Boleh saya jumpa encik Hasyim.”
“Cik ni siapa?” Tanya setiausaha Hasyim.
“Nurul.” Jawabnya ringkas.
“Sebentar ya.” Setiausaha Hasyim menekan butang di telefon atas mejanya. Melalui ‘loud speaker’ pada telefon itu, kedengaran suara Hasyim membenarkan Nurul masuk.
Nurul pun masuk. Hasyim tak faham. Airmata Nurul mengalir laju. Hasyim semakin tak faham. Hasyim bangun dan menghampiri gadis yang memperkenalkan diri sebagai Nurul pada setiausahanya sebentar tadi. Apakah mimpi atau realiti?
“Maafkan Ain pak usu.” Nurul Ain menangis. Hasyim terkedu.
“Nurul Ain?” Agak terkejut.
“Ya, sayalah Nurul Ain. Anak saudara pak usu yang dah 20 tahun pak usu cari tu.” Jawab Nurul Ain.
“Pak usu ingat tanda ni. Parut rotan yang paklong tinggalkan untuk Ain.” Nurul Ain menunjukkan kesan parut rotan di lengan kirinya. Hasyim menangis lalu memeluk Nurul Ain. Kesan rotan itu benar-benar mengguris hati Hasyim sebagai bapa saudara yang tak dapat menghalang kekejaman abangnya yang merotan kanak-kanak berusia 8 tahun itu hanya kerana dia bertanya mana ibu dan ayahnya.
“Maafkan Ain.” Pohon Nurul Ain.
“Tidak nak! Pak usu yang salah. Pak usu tak tunaikan janji. Pak usu abaikan Ain selama 20 tahun ni.” Airmata Hasyim mengalir laju. Nurul Ain menyeka airmata itu.
“Pak usu janganlah menangis. Ain dah ada depan pak usu ni kan?” Pujuk Nurul Ain sambil menyeka airmata yang laju mengalir.
“Mana Ain pergi selama ni? Pak usu cuba cari seluruh Kanada tu.” Hasyim ingin tahu kisah anak saudaranya selama 20 tahun ini.
“Tak lama lepas pak usu pergi, pak Long Rashid, abang arwah ayah datang. Dia mengamuk teruk bila dapat tahu Ain ditempatkan di situ. Mujurlah pengetua rumah anak-anak yatim tu kawan pakngah Razlan. Dari dialah Pak long Rashid dan Pakngah Razlan tahu pasal Ain. Ain ikut paklong Rashid ke USA. Pak long suruh encik Kamal rahsiakan hal ini dari keluarga arwah mak. Dan nama Ain juga ditukarkan.” Cerita Nurul Ain.
“ Tak apalah. Pak usu faham. Memang patutpun keluarga arwah ayah Ain marah. Yang penting sekarang, pak usu tahu anak saudara pak usu hidup bahagia. Itu yang lebih penting.” Balas Hasyim.
“Pak usu tak pernah putus berdoa agar kita dipertemukan suatu hari nanti.” Tambah Hasyim.
“Maafkan Ain. Kerana Ain pak usu selalu susah hati.” Pohon Nurul Ain.
“Tak ada yang susahnya.” Balas Hasyim.
“So, cerita dengan pak usu kehidupan Ain sekarang. Dah kahwin?” Hasyim ingin tahu perkembangan anak saudaranya itu.
“Sudah pak usu. Dah 4 tahun. Anak dua orang. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Kembar tak seiras.” Cerita Nurul Ain.
“Siapa suami Ain?”
“Pak usu kenal dia. Dialah yang membawa saya ke sini. Ahmad Ikhwan bin Ahmad Fahrin.” Jawab Nurul Ain.
“Ikhwan? Jadi, Ain ni…….” Terhenti.
“Ya. Sayalah Siti Aisyah. Nama pilihan saya sama kan dengan nama mak usu saya?” Sambung Nurul Ain sambil tersenyum. Hasyim tersenyum. Sesungguhnya pertemuannya dengan Ikhwan bukan hanya sekadar satu pertemuan. Satu pertemuan yang menjanjikan satu pertemuan yang membahagiakan.
“Kita terkurung dalam perasaan marah orang lain. Pak long Hamzah dan Pak Ngah Hassan marah sampai sanggup buang Ain. Dan paklong Rashid dan Pakngah Razlan pula sakit hati dan ingin lupuskan terus kaitan antara kita. Tapi, Allah tu Maha Berkuasa. Dia yang menentukan pertemuan dan perpisahan. Dan kita patut bersyukur kerana telah terpilih untuk bertemu semula.” Bicara hati Nurul Ain terluah. Hasyim tersenyum memandang Nurul Ain @ Siti Aisyah.
“Segala kejadian dalam dunia ini pasti ada hikmahnya. Syukur di atas pertemuan ini.” Balas Hasyim. Perasaan dendam kebencian, kemarahan dan keegoan Hamzah, Hassan, Rashid mahupun Razlan takkan dapat melawan takdir pertemuan ini. Pertemuan ini.
Disiapkan pada : 27 Disember 2006
Siap ditaip pada : 23 Januari 2012
Comments
Post a Comment