Skip to main content

Bagaimana Untukku Jatuh Cinta

 Calon terakhir untuk hari ini.  Mohd Rafiq Harraz. 30 tahun. Masih bujang. Aneesa memandang wajah pada foto bersaiz kecil itu.  Eh, ini senior aku ni!  Abang handsome yang menjadi rebutan masa sekolah dulu.  Aku ada dengar cerita yang mengatakan dia dah jadi jutawan, dah tu apasal minta kerja jadi pengawal peribadi pulak ni?

"Alah,rumors je tu. Saya orang biasa jek. Sedang cari kerja. Baru resign sebab company tutup."

"Macam ni sahajalah, sebab saya kenal abang, saya akan hired abang. Tapi kerja abang bukan setakat bodyguard jek tau, abang juga adalah driver dan assisstant saya. You have to be with me 24 hours. You kena tinggal dengan I, I mean at my family's house. Saya akan beri cuti sebulan after six months, is it okey with you?"

"Okey, saya okey je."

"Sorrylah, it's my father's rules. Selagi saya tak kahwin dia nak saya sentiasa dikawal. Nak gerak bebaspun terbatas."

"So, sebelum ni ada bodyguard jugalahye?"

"Yes, cuma yang sebelum ni tak jaga saya 24 hours..8-5 jek. Since, saya hampir dirompak hari tu..he's being very paranoid. Kalah saya. Ni,  kalau dia tahu saya hired my ex schoolmate, 100% dia agree, sebab orang yang kenal."

"So, bila saya boleh mula bertugas?"

"As soon bila you boleh start?" Soal Aneesa kembali.

"Kalau cik Aneesa nak, sekarang pun boleh."

Aneesa tertawa kecil.. Ish, tak sabar-sabar mamat ni.

"Takperlah, abang prepare dulu barang abang. Next week abang boleh pindah rumah family saya dan start kerja."

"Baiklah. Terima kasih cik Aneesa."

" You're most welcome. And please, takyah ber'cik' dengan saya. Rasa janggal pulak."

" Tapi, cik Aneesa kan dah jadi boss saya, nanti apa pula orang kata."

"Alah, takyah pedulilah orang nak kata apa. For me you still abang pengawas senior yang sangat protective juniornya."

Sudah 3 bulan Rafiq bekerja dengan Aneesa, hubungan mereka memang akrab. Ke sana sini asyik berdua sahaja. Ada mata yang tidak senang memandangnya. Tapi, bukanlah kerana cemburu, cuma tak sedap hati.

"Aku tengok bukan main lagi kau dengan bodyguard kau tu yer. Macam belangkas." Komen Zara, sepupu dan juga best friend Aneesa.

"Hei, mana ada macam belangkas. Kami tak pernah berkepit yer." Nafi Aneesa.

" Memanglah kau tak berkepit. Tapi kau faham maksud aku kan?"

" Dia kan assistant aku, memanglah sentiasa ada dengan aku. Ini pun sepatutnya dia ada sama, kau yang sibuk kata nak privacy. Apa yang privacy sangat? Ni kalau ayah tau dia takder ni, bising dia nanti."

"Alah, dia dekat je kan."

"Cepatlah, hal apa yang kau nak cakap sebenarnya?" Gesa Aneesa.

" Kau rapat sangat dengan ' bodyguard' kau ni, tunang kau tak bising ke?" Tanya Zara.

"Hai, sebelum ni kau tak suka sangat dengan tunang aku tu. Sekarang risau pulak pasal dia." Perli Aneesa.

"Aku bukan risaukan dia. Aku risaukan kau. Kalau kau gaduh dengan dia, kau cari siapa? Aku jugak kan?" Balas Zara. Aneesa ketawa.

" Ish, ketawa pulak dia." Marah Zara.

" Kau jangan risau. Aku tak cari kau dah. Abang Rafiq kan ada."

"Hah, ye..nak menghangatkan lagi suasana." Zara naik geram.

"Janganlah marah. Aku dengan Badrul okey jek. Aku ada beritahu dia pasal ayah aku suruh cari bodyguard tu. Dan ayah aku pun dah ready kerja untuk abang Rafiq tu kalau aku kahwin nanti."

"Kau serius ke nak kahwin dengan Badrul tu?"

"Ish, kau ni! Dari aku mula tunang kau macam tak reda jek. Kenapa ni?"

" Entahlah, cuma aku rasa dia bukan lelaki yang baik untuk kau. Aku rasa kau deserve someone better."

" Macam siapa? Abang Rafiq?"

"Ish kau ni! Ke situ pulak. Kau nak ke abang Rafiq tu?"

"Why not? Dia tu handsome, sado, caring..dulu menjadi kegilaan tau kat sekolah. Kalau dapat couple dengan dia boleh dianggap satu kejayaan tau."

"Ayah kau bagi ke?"

" Itulah, masalahnya. Ayah aku dah pilih Badrul untuk aku. Terima jelah."

"Eh, okelah jom kita makan." Ajak Aneesa.

"Hmm, orderlah."

"Eh, jap. Hal privacy yang kau nak cakap pasal Badrul je kan? Kira dah habislah kan?"

"Ya.  Kau nak panggil abang Rafiq kau tu kan? Panggillah."

Selepas makan tengahari bersama, Aneesa memilih untuk balik semula ke pejabat. Niat nak membeli belah terpaksa dibatalkan kerana ada klien dari Jepun nak datang. Rafiq memandu dengan tenang walaupun laju. Sesuatu yang Aneesa suka,Rafiq seorang tetap tenang walaupun dalam situasi yang agak kalut.

"Ingatkan lama berbincang tadi." Rafiq mula bicara.

"Bukan hal penting sangatpun. Zara  tu dah rindu agaknya. Lama jugak kami tak lunch sama."

" Dia pun schoolmate kita ke? Yelah, awak cakap dah kenal dia dari kecil, so saya expect dari zaman sekolah kan."

" Taklah. Dia homeschool. Parents dia lebih paranoid dari ayah saya. Tapi masa dia kecik jelah, dah besar parents dia dah bagi dia bebas. Actually dia cousin saya. Dia memang tak banyak kawan, saya ni lah bestfriend dia. Jadi kadang-kadang dia jaga saya macam baby. Janganlah cuba-cuba nak sakitkan hati saya, teruk nanti dia kerjakan."

" Ish, takut saya."

" Bukan awak je, tunang sayapun takut dengan dia."

" Tunang?! Awak dah bertunang?" Rafiq terkejut.

" Ya. Kenapa? Terkejut ke?"

" Terkejutlah juga. Selama 3 bulan saya kerja dengan awak ni, tak pernah pulak awak cerita pasal tunang awak."

"Dating pun takder kan?"..Aneesa ketawa.

"Ye, betullah tu."

"Sebenarnya, sayapun kadang-kadang lupa saya dah bertunang. Saya bertunangpun ayah saya yang aturkan. Because of business deal. But I still love him, kami memang jarang dating, tapi kami selalu call and akan ada good morning and goodnight call setiap hari. Tapi, Zara tak suka dia." Aneesa ketawa.

" Kenapa pula?"

" Entah, sejak awal kami bertunang lagi dia macam tak suka. Mungkin sebab kami bertunang sebab family business, lagipun company bapa dia tu klien terbesar syarikat saya, kalau dia tarik diri, ayah kena bayar ganti rugi nanti. Zara rasa macam mereka mengugut pula. Mungkin sebab itu Zara tak suka." Cerita Aneesa. 

" Tak kisahlah, yang penting awak saling mencintai kan?" 

"Hmmm.." Respond Aneesa.

" Khamis nanti ada meeting kat KL, nak drive atau naik flight?" Aneesa beralih topik.

"Kereta tak sempat servis lagi. Saya book flight je. Nanti di KL pihak sana akan sediakan kereta."

"Okeylah macam tu. Kebetulan tunang sayapun ada kat sana. Bolehlah jumpa dia. Dah lama jugak kami tak jumpa." Aneesa tersenyum teruja. Rafiq turut tersenyum. Senyuman yang memendam satu rasa. Ya, kecewa. Kerja dengan dia sebab nak dekat dengan dia. Tapi dia sudah berpunya. Mungkin sudah masanya aku undur diri. Biarkan dia bahagia dengan pilihan hati. 

Langkah pertama ialah berhenti kerja. Beritahu masa di KL nanti sajalah. Atau bila balik dari KL nanti. Takut nanti makan hati pulak tengok dia dan tunangnya. Takkanlah nak dating nak ajak aku. Rafiq merungut sendiri. Patah hati dibuatnya. Hilang mood. 

Selepas meeting dengan klien dari Jepun itu, Aneesa terus nak balik. Katanya, penat. Rafiq turutkan sahaja. Baguslah. Boleh juga dia berehat awal. Bila di rumah, Aneesa memang jarang memerlukan khidmatnya. Dia cuma akan panggil bila tiba waktu makan. Ataupun waktu ayahnya ajak solat jemaah bersama. 

Tiba di bilik, Rafiq membuka almari baju. Esok hari Selasa, nak pergi KL hari Khamis. Rasanya awal lagi kalau nak mengemas. Entahlah, tak tau nak buat apa. Jiwa benar-benar kacau. Rasa macam nak lari malam ni juga. Tapi tak sampai hati nak buat Aneesa macam tu. Dia tak bersalah. Aku yang bersalah kerana jatuh hati pada orang salah. Datang secara baik, pergipun mestilah secara baik. Sekurang-kurangnya, aku nak cukupkan 6 bulan. 

"Ayah takde. So abang solat kat rumah je yer hari ni. Malam ni kita pergi makan sate nak? Teringin nak makan sate kat warong. Asyik makan kat restoran jek. Ayah takder ni bolehlah langgar pantang. Mama pun dah on tu, tapi mama tak ikut. Kita pergi berdua jek. Kita bungkus je untuk mama." Ajak Aneesa.

"Boleh, tapi biar abang pilih tempatnya. Tempat ni, mesti Aneesa tak pernah pergi. Tempat yang abang selalu pergi masa ponteng tuisyen dulu."

" Ada lagi ke tempatnya?"

"Ada. Sebenarnya, tempat tu jugak abang selalu bawa ayah Aneesa bila kiteorang balik dari masjid."

" Ooh.. ayah mengelat yer. Tak bagi orang makan kat warong, dia boleh pulak."

" Jangan citer dengan ayah pulak, nanti abang kena pecat nanti." Rafiq mengingatkan.

" Eh, abang kerja dengan Aneesa, bukan dengan dia. Okey, kita pergi lepas isya' yer."

Hubungan rapat ini dah macam adik beradik. Itulah pandangan orang-orang yang dekat dengan mereka. Dan Aneesa sering jadikan Rafiq tempat meluah perasaan. Sampaikan kadang- kadang buat Zara terasa hati, bila dia bukan lagi orang pertama yang tahu pasal Aneesa.  Bertekak juga kadang-kadang. Dah macam rebut makwe kata puan Natrah, mama Aneesa. Puan Natrah pun rasa macam ibu anak tiga, walaupun hakikatnya dia ibu anak tunggal. 

Cukup 6 bulan bekerja dengan Aneesa. Rafiq rasa sudah masanya untuk dia pergi. Lagipun Aneesa ada beritahu, yang majlisnya akan berlangsung 6 bulan lagi. 

"Abang, minggu depan kita pergi Penang nak?" Ajak Aneesa.

" Eh, mestilah boleh. Abang kan kerja dengan Aneesa."

" Abang ni lupalah tu."

" Lupa apa?"

"Abang kan dah 6 bulan kerja dengan Neesa, minggu depan kan abang cuti sebulan."

"Pasal cuti tu boleh tangguh. Takpe, seminggu je kan?"

" Wah, terima kasih abang. Abang ni memang terbaiklah." Aneesa tersenyum teruja. 

" By the way kita nak ke Penang ni atas urusan apa? Kerja ke? Setahu abang kita takde klien dari sana."

"Sebenarnya hal personal. Minggu depan ni birthday Badrul. Nak surprise kan dia. Ayah & Mama memang tak bagi pergi sorang. Diaorang cuma percayakan abang dan Zara je. Zara pulak taknak ikut, sebab dia ada function kat London. "

Aduh, makan hati lagi. Hari tu dah makan hati masa teman diorang dating masa kat KL. Aneesa nipun satu. Nak dating pun ajak aku.  Rafiq mengukir senyuman terpaksa. Dia angguk tanda setuju dengan permintaan Aneesa. 

Aneesa tersenyum ceria.  Tiba-tiba teringat kata-kata Zara. Macam mana kalau Rafiq tu sebenarnya suka kat dia? Kadang- kadang aku nampak sangat back up dia.

" Kau jangan mainkan perasaan orang Neesa. Tak baik tau."

" Mengarutlah kau ni. Abang Rafiq tu taulah aku anggap dia abang je. Dan dia pun anggap aku ni macam adik je."

" Abang yang sanggup buat apa saja untuk adik yang bukan adik kandungnya?  Sanggup tak balik jumpa family demi kau?"

" Dah memang itu syaratnya kan? Aku dah beritahu masa interview. Dan dia dah setuju." Ungkit Aneesa.

"Ya, betul. Tapi, masa adik dia accident, dia tak balik kan? Dia lebih pentingkan kau dari adik dia sendiri." Bangkit Zara. Aneesa terdiam. Rafiq kata, adiknya tak cedera parah. Yang parah cuma kereta sahaja.

Penang.

Rafiq menanti di lobi hotel. Aneesa masih belum turun lagi dari biliknya. Rafiq menanti setia. Tiba-tiba datang seseorang yang memakai sut Bugs Bunny duduk di hadapannya. 

"Aneesa?" Teka Rafiq. Aneesa ketawa. 

"Hebatlah abang ni. Terus dapat teka yer." Puji Aneesa.

"Ni, Neesa yakin ke Badrul kat hotel tu? Buatnya salah. Malu nanti."

"Abang, PA dia tu spy Neesa. Kalau dia salah bagi info, siaplah dia." 

"Ni, confirm ke nak pakai sut rabbit ni dari sini?"

"Confrm. Alah, bukan jauh pun." Jawab Aneesa. Rafiq tersenyum reda. Hmm... nampaknya memang takde peluanglah aku. Mereka berjalan menuju ke pintu untuk keluar, dalam masa yang sama seseorang yang cukup dikenali masuk melalui pintu yang sama. Langkah Aneesa terhenti. 

"Badrul? Tapi Lynn cakap dia tak duduk di hotel ni." Aneesa mula rasa curiga dalam hati. Dia menarik Rafiq untuk mengekori Badrul tanpa bicara. Rafiq menurut sahaja.  

Badrul naik ke tingkat 15. Dia bertukar senyuman dengan Rafiq. Dia tidak mengingati wajah lelaki yang pernah ditemui 3 bulan lalu. Langkah Badrul berhenti di hadapan sebuah pintu bilik. Loceng ditekan sekali. Daun pintu terbuka, dan satu tangan menarik Badrul masuk. Dan Aneesa yakin itu adalah tangan perempuan berdasarkan gelang yang dipakai.  Aneesa terkedu seketika. Rafiq tak tahu nak buat apa. Yang pasti dia perlu ada di situ bersama Aneesa. Aneesa beranikan diri untuk tekan loceng pintu. Dua tiga kali juga baru daun pintu itu terkuak  Seorang perempuan berdiri di muka pintu.

"Ya? Cari siapa?" Tanya perempuan itu.

"Encik Badrul ada?" Tanya Rafiq bagi menjawab soalan perempuan itu.

"Siapa tu sayang?" Terdengar suara Rafiq. 

" Ni ada maskot cari you. You ada beritahu sesiapa ke you kat sini?"

" Eh, mana ada."

" You ni yang 'surprise'kan I kan?" Badrul berdiri disebelah perempuan itu sambil memeluk pinggang perempuan itu. Aneesa betul-betul sudah mati kata- kata. Airmata sudah membasahi pipi. Rafiq turut terdiam. Bunga dan kek di tangan dihulurkan. Aneesa terus berlari pergi bersama kotak hadiah.

" Eh, nanti! Hadiahnya!" Jerit Badrul.

Rafiq terus berlari mengejar Aneesa. Badrul tak faham. Badrul mengambil kad kecil pada jambangan bunga yang diterima. 

'HAPPY BIRTHDAY FUTURE HUSBAND'

FROM: YOUR BELOVED FUTURE WIFE

Badrul terduduk. Misteri pun terungkai. Dia yakin pasti di dalam maskot itu ialah Aneesa. 

Sepanjang memandu pulang ke Johor Bahru, Aneesa hanya diam membisu. Rafiq pun tidak berbicara. Aneesa suruh dia naik flight dan dia ingin memandu sendiri. Demi keselamatan Aneesa Rafiq berkeras tak mahu mendengar arahan. 

Setiba di Johor Bahru, Aneesa tidak mahu terus pulang ke rumah. Fikirannya benar-benar kusut di waktu itu. Dan Rafiq pun tetap setia bersamanya walaupun mereka tidak berbicara.  

Encik Hazran mengamuk bila mendengar cerita dari Rafiq. Apa nak jadi, jadilah. Dia sakit hati bila anak tunggalnya disakiti. Sejak pulang dari Penang Aneesa asyik berkurung dalam bilik. Dan Rafiq terpaksa buka mulut dan ceritakan hal yang terjadi.

"Saya tak kira. Saya nak awak batalkan kontrak kerjasama tu.  Berapa nak kena bayarpun, saya sanggup." Tegas encik Hazran.

" Tapi, encik Bakhtiar nak teruskan juga."  Balas Rafiq. 

" Saya dah taknak ada kena mengena dengan mereka lagi." Bicara encik Hazran keras.

"Bukan ke kita patut tanya Aneesa dulu? Ini kan syarikat dia." Bangkit Rafiq.

"Dah seminggu Aneesa tak keluar bilik.Makan pun kena paksa. Awak ingat dia peduli ke soal syarikat?"

" Jangan ikut sangat marah tu bang. Syarikat tu dah macam nyawa bagi Aneesa. 5tahun dia bangunkan syarikat tu. Lagipun Bakhtiar tak bersalah. Lagipun kontrak usahama tu akan tamat 3 bulan lagi. Kita teruskan saja 3 bulan ni. Lepas tu tak payah sambung kontrak." Puan Natrah mencelah.

"Betul tu paklong. Takper, nanti Zara akan bantu Rafiq dapatkan klien besar yang baru." Zara yang membisu sedari tadi bersuara. 

Selepas sebulan, akhirnya Aneesa kembali bertugas. Mula kembali menyibukkan diri.  Ingin meneruskan hidup. Encik Bakhtiar berulangkali datang ke pejabat meminta maaf bagi pihak anaknya dan ingin menyambung kontrak kerjasama. Namun, Aneesa menolak dengan baik, kerana Rafiq telah dapatkan klien lain untuknya.

"Abang tak teringin nak cuti ke? Kan abang sepatutnya cuti sebulan lepas?"

" Takpelah, kerja tengah banyak ni." Balas Rafiq.

"Neesa rasa, abang takyahlah jaga Neesa 24 jam lagi. Abang kerja office hour jek. 8-5. Macam bodyguard Neesa sebelum ni. Kalau abang tak tinggal kat rumah Neesa pun takpe. So, bolehlah abang jumpa family tiap minggu."

" Family abang dah lama pindah Kedah. Abang kat sini dengan adik abang. Cuti panjang nanti abang balik Kedah." Balas Rafiq. Aneesa tersenyum. Rasa bersalah pula. Gara-gara dirinya, Rafiq tak jadi nak bercuti jumpa keluarga. Si Badrul tak guna tu..dahlah buat salah. Langsung tak minta maaf. Eehhh...geram betullah. Kita ni punyalah berusaha nak sayangkan dia. Dia boleh buat macam pulak. Curang tu satu hal, berzina pulak tu. Aku ingatkan dah kahwin. Rupanya skandal dengan isteri orang. Haish....macam manala aku boleh jatuh sayang kat dia. Move on Aneesa. Move on.

"Siapa call tadi? Nampak serius jek." Tegur Aneesa pada Rafiq yang baru sahaja menamatkan perbualannya di talian telefon.

"Adik."Jawab Rafiq.

"Adik kat kampung ke?"

"Eh, taklah. Adik yang duduk JB ni."

"Kenapa nampak serius jek? Family semua okey?"

"Family okey. Ada masalah kerja sikit." Alasan Rafiq.

"Ada masa bawalah Neesa jumpa adik abang yang duduk JB tu."

" Ye, Insha Allah."

Rafiq bingung juga memikirkan masalah ni. Sebelum dia jumpa keluarga aku, aku mesti lakukan sesuatu. Nampaknya masalah aku ni lebih kurang je macam Aneesa. Mungkin dah tiba masanya luahkan perkara yang sebenar pada dia. Mungkin dia boleh bantu selesaikan masalah aku ni.

"Zara, kita singgah rumah abang jelah rumah abang. Adik abang pun tkder. Nak balik office...lagipun lepas hujan lebat ni...jalan pun basah. Tak boleh nak laju sangat." Cadang Rafiq. 

"Rumah abang area sini ke?"Tanya Zara.

" Alah, boleh jelah. Perut aku sakit sangat ni." Celah Aneesa.

" Tulah. Makan tak ingat dunia." Bebel Zara.

Zara dan Aneesa masuk ke dalam apartment itu. Aneesa terus lari ke tandas. Rafiq masuk ke dalam rumah selepas berbicara di telefon.

"Alamak. Zara rasa Zara tertinggal handphone kat keretalah. Zara turun sekejap pergi ambillah. Minta kunci kereta." 

Lamanya Zara ambil handphone. Aneesa pun dah keluar dari tandas. Rafiq sedang duduk di ruang tamu. Nampak gelisah. Aneesa terperasankan hal itu. Tiba-tiba daun pintu ditiup angin dan tertutup dengan sendirinya. Kedua-dua mereka terkejut. Dan pintu diketuk. Pasti Zara. Rafiq membuka pintu. Lagi sekali kedua-duanya terkejut.


"What?! Kahwin?!" Aneesa terkejut dengan arahan tegas ayahnya itu.

"Ayah..kan Zara dah cakap tadi. Dia ada dengan kami tadi. Masa dia on the way nak balik dari amik.handphone kat kereta, someone hit her."

"Maksudnya apa?"

" Maksudnya ada orang nak perangkap kami."

" Yes, itulah sebabnya kamu kena kahwin." Tegas encik Hazran.

"But why?" Tanya Aneesa masih tidsk berpuas hati.

" Kalau ini adalah perangkap, that person will try again selagi you selalu berdua."

"We will be more careful."

"No. You choose, either you two get married or Rafiq berhenti and you move to France and live with pak ngah." Encik Hazran begitu tegas.

" Kalau Neesa pindah France, syarikat Neesa macam mana?"

"Jual saja, and build up new business at France." Balas encik Hazran.

"5 tahun ayah I set up my business to be successed, senang je you nak suruh I jual?"

"Yang kamu berdua argue ni, ada tanya pendapat Rafiq? Dia pun mangsa kat sini." Celah puan Natrah.  Serentak kedua-duanya menoleh ke arah Rafiq yang hanya membisu memperhatikan perbalahan dua  beranak itu. Rafiq tak sangka akan jadi begini. Apapun, aku akan jadikan risiko ini sebagai kesempatan.

Balik dari akad nikah, Aneesa terus masuk ke biliknya. Rafiq dan encik Hazran duduk di ruang tamu berbincang. Lama jugalah topik yang dibualkan. Aneesa masih belum boleh terima hakikat bahawa dia kini adalah isteri Rafiq Harraz. Orang yang dianggap selama ini sebagai abangnya. Bagaimana untukku jatuh cinta?

Terdengar pintu diketuk perlahan. Dan terdengar daun pintu terkuak perlahan. Rafiq meminta izin masuk dan masuk tanpa menunggu respond dari Aneesa. Rafiq duduk mengadap Aneesa yang sedang duduk di atas katil.

"Kenapa abang setuju dengan permintaan ayah?"

"Abang tahu, Neesa sayang sangat syarikat Neesa tu kan. 5 tahun Neesa cuba bangunkannya."

" This is your future abang. Don't risk your future because of me."

"I'll do anything for you." Luah Rafiq. Aneesa terdiam. Keadaan membisu seketika.

"Abang ada beritahu ayah yang abang nak balik kampung 2 minggu. Abang takkan paksa Aneesa ikut abang. Abang pun taknak parents abang terkejut. Yalah, dahlah lama tak balik, tiba-tiba balik bawa isteri. Cuma ada sesuatu abang nak beritahu. Balik cuti nanti abang takkan kerja dengan Neesa lagi."

"Kenapa pulak?" 

"Ada sesuatu yang abang nak confess pada Neesa. Dan abang harap, kalau Neesa nak marah, please jangan lama-lama."

"Apa dia?"

" For your info, semua rumors yang Neesa pernah dengar pasal abang, it's not a rumors. I am a businessman. " Akui Rafiq.

"What?" Aneesa terkejut mendengar .

" Dan Seroja Permata tu syarikat abang."

"Seroja Permata? Klien baru tu?" Rafiq angguk mengiyakan.

"And syarikat encik Bakhtiar tu, syarikat abang yang ambil alih. I know, you like working with them, just because of your father, you taknak sambung kontrak dengan dia, so that's why I took over the company, for your sake."

"Neesa tak faham. Kalau abang businessman yang berjaya, kenapa apply kerja dengan Neesa?"

"Sebab abang nak dekat dengan Neesa. Abang suka Neesa dari kita zaman sekolah lagi. Bila dah habis sekolah, abang  cuba untuk move on. But I never fall to anyone or someone like you. One day abang nampak gambar Neesa kat majalah. So, abang terus cari info pasal Neesa.  I think I fall in love again. I was so frustated bila tahu Neesa dah bertunang. Abang dah bersedia untuk undur diri.  But, hari yang abang nak beritahu abang nak berhenti tu lah Neesa tahu pasal Badrul. I don't  think you were ready another bad news."

"But,  you're like a brother to me. I  need time to accept you as my husband."

"Abang faham.  Abang pun tak expect hubungan kita jadi macam ni. Aneesa berehatlah yer, abang nak balik bilik abang nak kemas barang."

" Eh, nantilah dulu. Kita kemas sama-sama ye. " Tanpa sedar Aneesa menarik tangan Rafiq. Rafiq tak jadi bangun.

"Abang cuma nak kemas baju je nak balik kampung. Barang-barang tu biar je dulu. Kalau Aneesa dah betul-betul bersedia, baru kita tinggal sebilik yer." 

Pertemuan ini bagaikan terbukaSatu rahsia didalam rahsiaKetika kita sama dikota cintaKenikmatan pengabdian yang suci
Dan di waktu itu kau dan aku satuBerlindung di dalam kebesaranTiada kenal erti perpisahanPenuh restumu oh Tuhan
Dan kini kita terbuang di awanganTerpisahlah dari kenyataanLalu ada yang terlupa pada perjanjianKerna leka dengan kepalsuan
Tersesat kita dalam perjalanan
Kau dan aku kini bertemu kembaliMenunaikan perjanjian sejatiDalam suka duka jauh terpisahTerbukalah rahsia cinta
Dan kini kita terbuang di awanganTerpisahlah dari kenyataanLalu ada yang terlupa pada perjanjianKerna leka dengan kepalsuanTersesat kita dalam perjalanan
Kau dan aku kini bertemu kembaliMenunaikan perjanjian sejatiDalam suka duka jauh terpisahTerbukalah rahsia cinta
Dalam suka duka jauh terpisahTerbukalah rahsia cinta

" Kau rindu Rafiq yer?"

" Mana ada." Nafi Aneesa.

"Sudahlah, taknak mengaku konon. Dari rumah tadi kau asyik bebelkan cara aku bawa kereta. And asyik compare jek cara aku dan Rafiq bawa kereta." Komen Zara. Aneesa diam.

"Maklong cakap setiap balik kerja, mesti singgah bilik Rafiq and kadang-kadang sampai tertidur kat situ kan?" Tambah Zara.

" Mengaku jelah memang kau rindukan dia. Kalau sebelum ni kau pernah tanya, bagaimana untuk kau jatuh cinta, so macam nilah caranya. Berpisah dan merasai kehilangan. Kau akan lebih menghargai bila dia ada nanti." Sambung Zara. Aneesa terdiam. Hari pertama Rafiq pergi, Aneesa singgah ke biliknya nak ajak sarapan sama. Melihat bilik yang kosong tak berpenghuni itu, hati terasa kosong dan sayu.

"Esok kau tolong aku yer." Pinta Aneesa.

" Tolong apa?" Tanya Zara. Aneesa tersenyum.

Dua minggu dah berlalu. Rafiq kembali semula ke rumah itu. Rindu pada si isteri yang belum tentu merindui. Ayah dan mama mertua ada di laman sedang minum petang.

" Ibu dan ayah kirimsalam. Mereka ada kat apartment adik, Insha Allah esok mereka datang."

"Wsalam. Baguslah kalau mereka nak datang, kita boleh bincang terus pasal majlis kamu berdua nanti." Kata encik Hazran.

"Aneesa okey ke?" Rafiq ragu-ragu.

"Tak okey pun..kena okey jugak. Kamu kan dah nikah." Balas encik Hazran.

"Aneesa tak balik lagi ke? Tak nampak kereta dia."

"Ada kat bilik. Dia dah malas nak drive, Zara yang amik dia  setiap hari. Ni, kereta Zara hantar servis, so Zara guna kereta dia." Beritahu puan Natrah.

" Okeylah, saya pergi letak barang dulu. Lepas tu.naik atas jumpa Aneesa." Rafiq minta diri.

"Rasanya Neesa dah bawa naik semua barang kamu. Semalam dia dengan Zara duk turun naik angkat barang." Beritahu puan Natrah. Eh, betul ke? Rafiq singgah juga di biliknya. Memang betul, barang-barangnya dah takde.  Dia membuka almari baju. Pun kosong. Rafiq tak tau nak senyum ke atau apa. Mungkin juga Aneesa buat ni semua atas arahan ibubapanya.

Rafiq mengetuk perlahan bilik Aneesa. Dia tetap masuk biarpun tiada respond dari Aneesa.  Rafiq melangkah masuk. Tiada kelibat Aneesa. Terdengar suara air dari bilik air. Pasti Aneesa sedang mandi. Badannya pun rasa tak selesa, rasa nak mandi. Rafiq mencapai tuala. Dia hanya bertuala paras pinggang. Tanpa baju menanti Aneesa keluar dari bilik air.  Dan pintu bilik air terbuka. Aneesa terjerit kecil kerana terkejut.

" Jom mandi." Rafiq terus mendorong Aneesa untuk masuk semula ke dalam bilik air.

Malam itu.

Aneesa tersenyum bahagia di sisi suaminya. Terlepas sudah rasa rindu yang terpendam. Rafiq rasa bahagia, rasa rindunya selama ini berbalas sebenarnya. Biarpun bukan ini yang dirancang, namun inilah kesempatan yang tidak akan dilepaskan.

" Sayang, abang ada benda nak confess ni."

"Ada lagi rahsia ke?"

"Abang janji ini last." Rafiq mengangkat 5 jari tanda bersumpah.

"Tau tak kenapa abang halang sayang jumpa Badrul dan marah dia pasal tangkap basah tu?"

"Sebab, takder bukti."

"Sebab memang bukan dia yang perangkap kita. Abang yang perangkap kita."

"What?"Aneesa terus bangun terduduk.

"Dengar dulu. Abang nak cerita. Ye betul abang ada buat plan kita kena tangkap, tapi bukan tangkap basah."

" You better explain now sebelum Aneesa jadi harimau."

"Kalau Aneesa ada encik Bakhtiar yang obses sangat nak jadikan Aneesa sebagai menantu, abang ada encik Nasir. Dia beriya nak jadikan abang menantu dia. Dia sampai plan nak jumpa family abang. Abang cuma plan dia yang tangkap abang berduaan dengan Neesa, tapi abang tak sangka pulak dia bawa orang jabatan Agama."

"Jadi abang yang pukul Zara, sampai pengsan?"

"No, plannya sepatutnya Zara lambat je. Tak sangka pulak diorang buat Zara sampai pengsan."

"Ni, kalau Zara tau ni,mengamuk dia."

"I'm sorry sayang." Rayu Rafiq. Lama Aneesa merenung suaminya itu. 

"Macam manalah Neesa boleh jatuh cinta dengan abang. Nasib baik sayang." Bibirnya mengukir senyuman. 

"Kenapa abang taknak dengan anak encik Nasir tu?"

"Bagaimana abang nak jatuh cinta pada dia kalau abang dah jatuh cinta pada sayang?"








Comments

Popular posts from this blog

ISTERI BOSS

Balqis masih mengadap komputer riba di atas meja belajarnya. Jarum jam sudah menunjukkan hampir ke pukul 1 pagi. Nadia yang baru pulang dari kerja ‘part-time’ di 7 eleven agak terkejut. Selalunya jam 11 malam Balqis dah tumbang. Kalau nak bangun study pun dia akan bangun seawal 4 pagi dan seterusnya akan berjaga sehingga masuk waktu subuh. Hmmm…sejak balik dari cuti semester baru-baru ni Balqis nampak berbeza. Suka termenung. “Aku nak tanya ni. Kau jangan marah tau.” Kata Nadia satu hari. “Macam serius je bunyinya.” “Memang serius pun.” Balas Nadia. “Pasal apa?” “Pasal kau.” Jawab Nadia. Balqis berkerut dahi. Kenapa pula dengan aku? Tanya Balqis dalam hati. Jangan-jangan….. “Kau nampak lain.” “Maksud kau? Aku dah gemuk ke? Atau aku dah kurus?” Tanya Balqis berseloroh. Walhalnya dalam hatinya berdebar juga menunggu soalan dari Nadia. Nadia ni bukan saja BFF aku, ada masa dia ni boleh jadi BFF mak aku jugak ni. Sama-sama suka korek rahsia pasal aku. “Muka kau

DENDAM SEORANG ISTERI

Apa yang kau dah buat? Kenapa Mia berdendam dengan kau sampai macam tu sekali? Apa yang kau dah buat? Cuba kau ceritakan hal sebenar. Kalau kau diam je macam ni, macam mana aku nak tolong kau. Hakimi meraup muka dengan kedua telapak tangannya. Ketika hati sedang berbunga cinta, kenapa ini yang terjadi? Apa yang lebih membimbangkan, Mia tu tak sihat. Selepas bertengkar semalam, Mia tiba-tiba pengsan. Bila dia sedar, dia marah-marah dan tak mahu ada doktor dalam rumahnya. Hakimi akurkan sahaja. Esok paginya, Mia hilang. “Aku rasa bersalah sangat. Selama ni aku sia-siakan peluang yang aku ada. Kesabaran dia, memang mencabar aku. Dia terlalu baik. Aku nak dia benci aku. Tapi, dalam masa yang sama, aku semakin menyayangi dia. Aku cuba untuk tak pedulikan dia. Tapi, bila dia balik lambat, aku jadi risau. Tak tentu arah. Memang aku tak cakap apa-apa. Bila nampak saja wajahnya menjengul di muka pintu, betapa leganya hati aku bila dia sampai ke rumah dengan selamatnya.” “

KISAH SEMALAM, KISAH HARI INI

  Indah suasana pagi ini. Cuaca pun sangat baik.   Dania memilih untuk berjalan kaki sahaja ke tempat kerja hari ini.   Balik nanti, pandai-pandailah suruh sesiapa hantarkan.   Takpun berjalan kaki sahaja.   Tak jauh sangatpun, hanya lebih kurang 5-7 minit berjalan kaki dah sampai.   Kadang-kadang dia memilih untuk berbasikal.   Kalau hujan sahaja dia akan memandu kereta Axia miliknya.   Anak-anak pun dah ke sekolah dengan kak Zulaikha.   Kak Zu turut menghantar anaknya ke taska yang sama.   Dia sendiripun adalah pengurus taska tersebut. Dania bekerja sebagai pembantu di Klinik Wardah.   Bersebelahan dengan Restoran Warisan.   Di barisan rumah kedai ini ada bermacam premis perniagaan.   Atas Klinik Wardah ada pejabat peguam.   Baru-baru ini banyak kali juga Dania dan Zulaikha turun naik berjumpa pihak peguam.   Minta nasihat sebelum memanjangkan kes ke mahkamah.   Tuan Badrul Hamka banyak membantu.   Dia juga banyak memberi nasihat dan memperkenalkan beberapa orang peguam yang berpot