Akashah hanya memandang dari jauh. Ariana sudah pun masuk ke dalam perut kereta Proton Waja berwarna hitam itu. Kereta yang sering kelihatan menghantar dan menjemputnya dari tempat kerja. Akmal masuk ke dalam kereta. Akashah masih tidak bergerak. Akmal memandang kearah mata Akashah tertumpu. Kereta proton Waja itu sudah berlalu pergi.
“Hmmm, rasanya tak jatuh maruah seorang boss minta maaf pada pekerjanya. Kau rasa bersalah kan marah-marah dia tadi?” Akmal bersuara. Akashah kembali ke alam nyata. Dia mula memandu keluar dari kawasan itu. Akmal menggeleng kepala. Memang ego. Akashah tak macam ni pun dulu. Sejak kematian tunang tercinta dia berubah menjadi seorang yang ‘beku’. Marah-marah tu dah jadi geng rapat dia.
“Mana fail Armada Hotel yang saya minta?” Tanya Akashah tegas.
“Saya dah serah pada encik Akashah pagi tadi.” Jawab Ariana tenang.
“Kalau dah serah, mana failnya?” Herdik Akashah. Ariana tersintak.
“Saya memang dah serah pagi tadi. Lepas encik minta saya terus berikan pada encik.” Jawab Ariana yakin.
“Awak jangan nak menjawab yer. Awak pergi cari fail tu sekarang.” Tengking Akashah. Ariana terus keluar dari bilik Akashah. Akmal segera masuk ke dalam bilik Akashah. Suaranya yang menjerit-jerit tadi dah sampai ke pengetahuannya. Nora cepat-cepat memberitahunya tentang Akashah yang mengamuk-ngamuk.
“Kenapa dengan kau ni?” Tanya Akmal.
“Aku minta dia fail Armada Hotel dari pagi tadi. Pukul 3 nak meeting.” Jawab Akashah marah. Akmal menggeleng kepala.
“Kau sepatutnya ke mahkamah petang ni. Aku yang akan ke Armada Hotel. Fail tu kau yang bagi pada aku tadi.” Beritahu Akmal. Akashah terkedu.
“Kalau aku jadi Ariana tu, mahu sahaja aku hempuk kau dengan kerusi ni. Aku rasa bilik kau ni kena pasang cctv. Biar senang nak review balik apa yang berlaku.” Bebel Akmal. Akashah terdiam.
“Kau ingat sikit, dalam 3 tahun ni dah 10 kali kau tukar PA. Ariana tu yang masih bertahan selepas 15 bulan ni. Kau nak cabar kesabaran dia ke?” tambah Akmal.
“Tak salah bro kalau kau minta maaf. Ini bukan first time kau buat dia macam tu. Aku tahu kau stress kes mahkamah dengan ex bakal abang ipar kau tu kan? Please, jangan emosi sangat boleh tak?”
Akashah meraup mukanya. Memang aku ego. Susah sangat nak minta maaf. Aku boss. Malulah aku. Tapi maruah Ariana yang aku injak-injak tu? Aku marah dia sampai satu office dengar. Aku beri arahan dengan wajah yang tak pernah manis. Apa yang aku perlu buat? Tapi, kenapa dia tu sabar sangat? Kadang-kadang aku yang rasa tercabar dengan kesabaran dia tu.
“Minggu depan seminggu tau abang takde. Ariana drive yer?”
“Abang nak nak kemana?” Tanya Ariana. Arshad yang sedang menonton tv berpaling. Tersenyum.
“Pergi jumpa buah hati.”
“Amboi!” Ariana mengangkat kening. Arshad ketawa.
“Outstation lah. Lagi mahu tanya.” Arshad mencubit manja pipi Ariana sebaik dia duduk di sebelahnya.
“Aisyah macam mana?”
“Mummy kan ada?” Arshad mengangkat kening berulangkali.
“Ariana yang kena hantar dan jemput ke sekolah ke?”
“Takdalah. Abang dah beritahu kak Siti. Hantar dia awal sikit. Nanti dia transit kat rumah kak Siti jek. Kalau Ariana balik lambat, Aisyah tunggu situ jek.” Jelas Arshad.
“Kalau macam tu, malaslah nak ‘drive’. Naik teksi jek.”
“Hai, dia punya malas nak drive tu, sanggup naik teksi.” Ejek Arshad.
Dah seminggu Akashah melihat Ariana menunggu teksi. Mana lelaki yang selalu menjemputnya itu? Dah ‘clash’ ke? Ish, aku ni! Ada ke patut fikir sampai macam tu. Macam sesuai je masa ni. Akmal dah balik awal tadi. Dia nak ke Istanbul esok. Kereta Akashah meluncur pergi. Keretanya berhenti betul-betul di hadapan Ariana yang sedang berdiri menunggu teksi. Ariana berkerut dahi. Rasanya ini kereta encik Akashah. Apahal pula ni?
“Belum balik lagi ke?” tegur Akashah. Ariana tersenyum sambil menggeleng kepala.
“Lambat pula teksi hari ni yer. Hujan-hujan ni.” Balas Akashah.
“Jom! Saya hantar kan.” Pelawa Akashah. Ariana terkedu seketika. Biar betul? Si beku ni offer nak hantar aku.
“Takpelah encik Akashah. Lagipun haluan kita tak sama. Buat susah encik Akasahah je nanti.” Ariana menolak baik pelawaan Akashah.
“Eh, mana awak tahu haluan kita tak sama?”
“Err..” Ariana mati kata. Takkan nak beritahu yang aku dah siasat macam-macam pasal dia ni. Nak tahu kenapa dia ni beku sangat. Sampai 10 PA berhenti kerja sebab tak tahan kerja dengan dia.
“Kenapa? Takut cik abang marah ke?” Tanya Akashah. Ariana diam tak bersuara.
“Saya risau. Dah lewat ni. Hujan pulak tu. Sebagai majikan, saya prihatin kebajikan pekerja saya. Lebih-lebih lagi awak tu PA saya. Orang penting saya. Kalau apa-apa jadi kat awak, saya jugak yang susah. Siapa lagi yang boleh tahan dengan baran saya ni kalau bukan awak.” Bicara Akashah. Ariana tertawa kecil mendengar pengakuan itu.
“Tak payahlah sampai macam tu sekali encik Akashah. Saya ok jek ni. Sekejap lagi adalah teksi tu.”
“Saya akan tunggu sini sampai teksi datang.” Akashah terus keluar dari keretanya. Ariana terkejut dengan tindakan Akashah itu. Ini kalau kawan-kawan office nampak ni, habislah kecoh. Confirm kena bahan kaw-kaw ni.
“Eh, jangan sampai macam tu encik Akashah.”
“Kalau tak nak saya duduk sebelah awak rapat-rapat sampai timbul gossip. Jom ikut saya. Saya hantar awak balik.” Amboi, dia ugut pulak. Ugut ke?
“Yelah. Tapi, janji terus hantar balik rumah yer.”
Akashah tersenyum sendiri. Teringat wajah cuak Ariana sewaktu dia acah-acah nak duduk sebelah tadi. Nampak macam nak bersilat pun ada. Aish, kenapalah lambat jumpa dia ni. Kalau tak dah lama aku sambar. Takkan nak jatuh cinta pada isteri orang pulak. Comel pulak tu. Sudahlah Akashah. Orang berhati beku macam kau tu, jangan kata isteri orang, orang bujang pun tak nak pandang kau tu.
“Kenapa senyum sorang-sorang ni?” Tegur satu suara. Akashah menoleh. Ibunya bersama secawan kopi di tangan. Akashah tersenyum.
“Lama ke Angah ke Istanbul?” Tanya Datin Umairah.
“Dua minggu mama.” Jawab Akashah.
“Mama nak tanya sikit boleh?”
“Tanya lah mama.” Balas Akashah.
“Angah tu masih dengan Asmidar lagi yer?” Tanya datin Umairah serius.
“Biarlah diorang mama. Angah tu dah angau dengan Asmidar tu.”
“Kan mama suruh pecat je Asmidar tu.”
“Mana boleh mama. Mama kena ingat dia tu anak saudara mama juga. Nanti kalau pak usu tanya kenapa pecat Asmidar, along nak jawab apa. Lagipun Asmidar tu pekerja yang bagus. Rugi lepaskan dia.” Balas Akashah.
“Orang dah suka minum air Pepsi, janganlah paksa dia minum Coke. Nampak macam sama, hitam, berkarbonat. Tapi tetap tak sama.” Sambung Akashah.
“Mama bukan tak suka Asmidar tu. Mama Cuma tak suka kahwin dengan sepupu sendiri. Takut keluarga tak berkembang. Tak kisahlah mama. Nanti Along cari jodoh bukan sepupu yer.” Pujuk Akashah. Datin Umairah diam sahaja.
“Dah ada ke?” datin Umairah kembali bersuara. Akashah tertawa kecil.
“Belum lagi.”
“Nak cari Nescafe juga ke? Atau nak cari yang macam Nescafe. Coffee ke?”
“Ish, mama ni! Dia pun nak guna contoh air juga.” Akashah ketawa lagi.
“Mama tak kisahlah anak mama nak cari Nescafe ke, coffee ke, Milo ke, ovaltine ke. Yang penting anak mama happy. Mama tak nak tengok anak mama sedih-sedih lagi.” Datin Umairah mengusap kepala anak sulungnya itu. Dia dapat rasakan kesedihan anaknya itu. Tinggal dua minggu sahaja lagi majlis perkahwinannya dengan arwah Aleeya dulu. Allah lebih sayangkan gadis itu.
Dah lama juga rasanya tak menziarahi kubur arwah Aleeya. Esok nak pergilah. Biarlah terserempak dengan Ali sekalipun. Aku tahu dia marah. Dia salahkan aku atas kemalangan adiknya. Dia tak terfikir ke betapa deritanya aku selepas apa yang berlaku. Kereta yang sepatutnya aku yang pandu, kereta itu yang terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa insan yang aku sayang.
Hujan turun dengan lebatnya. Tiba-tiba sahaja. Sebaik selesai membacakan surah yassiin, hujan turun. Sempat Akashah berlari ke pondok wakaf di kawasan perkuburan itu. Seorang wanita melintasi pondok itu bersama payungnya. Awak tumpang boleh? Heheeehe…ada kena ketuk dengan payung nanti. Hujan ni macam lambat lagi je nak berhenti. Tiba-tiba wanita tadi berpatah balik. Di tangannya ada sekaki payung berwarna biru. Mesti dia nak bagi aku ni. Teka Akashah dalam hati. Memang tepat tekaannya.
Perkenalan dengan Amanina sudah mencecah dua bulan. Ibu tunggal anak tiga ini seorang yang sangat aktif. Pertuturannya, kegemarannya, hampir keseluruhan keperibadiaannya sama dengan arwah Aleeya. Amanina kehilangan suaminya yang terlibat dengan kemalangan jalanraya 3 tahun lalu. Kebetulan, sama dengan arwah Aleeya. Sama-sama kehilangan insan kesayangan. Tapi, Amanina nampak lebih tenang. Cepat ‘move on’ demi anak-anak. Nampak ceria, walaupun hatinya sentiasa merindui arwah suaminya. Tak macam Akashah. Sikapnya berubah 100%. Dia yang banyak cakap, manja, suka melawak, kuat mengusik menjadi seorang yang sangat beku. Tak banyak cakap. Di pejabat pun hanya bercakap bila perlu. Kalau dengan pekerjanya sentiasa menyinga. Mujurlah ada Akmal yang sentiasa menenangkan keadaan.
“Saya nak awak taip balik surat ni. Betulkan ikut yang saya dah amend tu.” Arah Akashah dengan nada suara yang agak luar biasa. Nada suara yang agak mendatar, tidak tegas seperti selalu. Ariana mengangguk tanda faham arahan tersebut.
“Sebelum tu, tolong buatkan air kopi o untuk saya.” Arah Akashah sebelum sempat Ariana keluar.
“Kopi?” Ariana ingin kepastian. Yelah, selalunya minta Nescafe. Hari ni minta kopi pulak. Kopi o pulak tu. Bukan ke dia ni peminum tegar Nescafe tarik.
“Sekali sekala tukar selera.” Jawab Akashah. Tersenyum. Sekali lagi Ariana terkejut. Lain macam je si ‘beku’ ni sejak akhir-akhir ini. Hmm, lain pulak rasanya tak kena marah-marah. Ariana tersenyum. Dia terus keluar. Dan ke pantry untuk membancuhkan secawan kopi untuk encik boss.
Tepat jam 12:00 tengahari, pejabat mulai lengang. Ramai yang dah keluar makan tengahari. Ariana masih di mejanya menyiapkan beberapa tugasan yang masih belum selesai. Hanya memesan pada Azeera untuk membelikan makanan. Pejabat mulai kosong. Akashah masih dalam biliknya. Aish, tak keluar pula mamat ni hari ni. Selalunya dah sibuk nak balik makan tengahari di rumah. Akashah memang selalu balik rumah waktu tengahari, berbeza dengan Akmal yang lebih suka makan tengahari bersama rakan sepejabat atau buah hati kesayangan. Satu pejabat tahu kisah cintanya dengan sepupu sendiri, Asmidar.
“Hmm, sudah-sudahlah tu menaip cik adik.” Tiba-tiba satu suara menyapa. Terkejut Ariana. Akashah ketawa. Sekali lagi terkejut.
“Hah, tulah! Buat lagi kerja sorang-sorang. Lepas tu leka. Nasib baik saya. Kalau orang jahat ke.” Bebel Akashah. Ariana hanya tersengih.
“Encik Akashah tak keluar lunch ke?” tanya Ariana ramah.
“Nak buat macam mana. Teman lunch saya ada hal pulak. Terpaksa cancel date last minute.” Jawab Akashah hampa.
“Jomlah. Lunch dengan saya.” Ajak Akashah.
“Eh, takpelah encik. Saya dah pesan Azeera belikan makanan.” Ariana menolak baik ajakan Akashah. Akashah menyeluk sakunya. Mengeluarkan handphone.
“Hello, Azeera! Awak tak payah belikan makanan untuk Ariana yer. Dia keluar lunch dengan saya ni. Ok, tq.” Terbeliak mata Ariana mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Akashah.
“Jom. Jangan banyak alasan lagi. Ini arahan boss.” Tegas Akashah. Nak tak nak kena juga ikut. Ish, macam-macamlah encik boss ni.
10 minit memandu barulah tiba ke restoran yang dituju. Mak ai, jauhnya dia bawa aku lunch. Dah kenapa dengan encik Akashah ni. Dia memang nampak lain sejak akhir-akhir ini. Baik semacam. Kena rasuk ke? Atau kena bomoh? Siapa pulak yang bomohkan dia. ish, apalah yang aku mengarut ni. Akashah memesan hidangan istimewa restoran itu. Ocean On The Plate namanya. Makanan laut yang dipanggang dan dimakan dengan sos istimewa. Hmm, tak tanya pun aku ni boleh makan seafood ke tak.
“Your favorite kan? Seafood.”
“Mana encik tahu?” tanya Ariana hairan.
“Saya buat research lah.” Jawab Akashah. Ketawa. Ariana berkerut dahi.
“Saya tahu. Mesti awak pelik kan tengok saya. Don’t worry. Nothing serious. I just want to apologize. Saya nak minta maaf atas sikap baran saya pada awak selama ni.” Akashah akhirnya berterus terang.
“Tapi, semua ni pun berpunca dari awak juga.” Sambung Akashah.
“Encik tak payahlah minta maaf. Memang salah saya. Kerja tak betul. Memang patut pun saya kena marah. Terima kasih sebab encik tetap beri saya peluang untuk terus kerja dengan encik walaupun saya selalu sangat buat silap.” Balas Ariana lembut. Pang! Rasa macam kena lempang pula muka ni. Malunya dengan Ariana ni. Tenang je dia.
“Jangan cakap macam tu Ariana. Saya minta maaf. Saya betul-betul minta maaf. Saya banyak guna emosi, sampai saya lupa nak jaga maruah awak sebagai manusia. Saya marah-marah awak. Saya tengking awak. Saya rasa amat bersalah. Dan awak tu. Sabar sangat. Cubalah melawan sikit.”
“Saya nak melawan? Encik ni biar betul. Tak pasal-pasal kena pecat pulak nanti.” Celah Ariana. Akashah ketawa.
“Seriously, I’m really sorry about thing I’ve done. I really appreciate it if you can forgive me. And be my friend. Susah nak cari orang macam awak. Awak sorang jelah yang sabar dan faham saya.” Akashah ikhlas meminta maaf.
“Here, I have a present for you. I bought this from US. You minat Chelsea kan?” Akashah menghulurkan sebuah jersi kepada Ariana.
“How do you know?”
“Kan saya cakap, saya buat research.” Jawab Akashah.
Amanina tersenyum mendengar cerita Akashah. Satu langkah yang bijak apabila dia mula meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya terhadap Ariana. Bukan senang nak mengubah pendirian seseorang kan? Tapi, untuk orang yang disayangi apapun boleh berubah kan? Keakraban Amanina dan Akashah mula dapat dikesan oleh Akmal. Akashah nampak banyak berubah. Dia dah boleh tersenyum. Dah boleh bergurau. Nampak dia ketawa. Dan yang paling penting, dia dah pandai mengusik kembali. Yang selalu jadi mangsa usikannya sekarang ialah Ariana.
“Awak dah makan tengahari belum?” Tanya Akashah sewaktu Ariana masuk ke biliknya untuk menghantar fail yang diminta.
“Belum lagi.”
“Hmm, suka sangat skip lunch kan?”
“Mana ada. Saya ada bawa bekal hari ni. Sekejap lagi saya makanlah. Encik juga yang minta saya siapkan dokumen ni sebelum pukul 1 kan?”
“Bawa bekal? Awak masak ke?” tanya Akashah sambil mengangkat kening. Ariana angguk.
“Hah, baguslah macam tu. Jom!” Akashah bangun dari tempat duduknya.
“Jom? Jom ke mana?”
Kecoh tengahari itu. Gossip hangat di pasaran. Ada orang nampak encik Akashah dan Ariana makan berduaan di pantry. Ariana yang terpaksa menahan malu akibat perbuatan Akashah yang teringin sangat merasa air tangan Ariana. Puas Ariana berjanji akan masakkan untuknya esok, tapi Akashah berkeras nak juga rasa asam pedas ikan pari yang dimasaknya pagi tadi. Gara-gara Aisyah yang merengek nak bawa bekal nasi pagi tadi.
“Ish, takkanlah! Akashah takkan buat macam tu.” Akmal tak percaya dengan apa yang dia dengar. Takkanlah Akashah nak kacau isteri orang. Itu bukan Akashah. Tapi, manusia boleh berubah. Takkanlah dia nak gunakan istilah ‘the best man win’. Isteri orang tu ‘bro’.
Arshad ketawa mendengar cerita Ariana. Sudahnya Akashah yang makan bekalan makanannya itu. Dia hanya menongkat dagu melihat Akashah yang begitu berselera makan. Siap minta buatkan air pulak tu. Mujurlah dia ganti dengan sekotak pizza. Kalau tak, kelaparanlah jadinya.
“Abang tengok boss Ariana tu lain macam je sekarang. Dia tu dah jatuh cinta ke?”
“Hmm, ya kot.”
“Dengan awak ke?” Teka Arshad. Ariana ketawa berdekah mendengar tafsiran Arshad.
“Mengarutlah abang ni. Rasanya dia tu tengah ‘in love’ dengan single mother yang dia kenal 2-3 bulan lepas. Dia ada cerita tadi. Saja je tanya dia, kenapa dia nampak lain sangat sekarang ni.” Cerita Ariana.
“Hai, macam frust jek suara tu. Ariana dah jatuh cinta ke?”
“Hah, mengarut lagi. Nanti, kalau Ariana ni betul-betul dah jatuh cinta abang yang susah nanti.” Balas Ariana. Arshad ketawa.
“Apa pulak yang susahnya? Senang sikit hati abang. Ada orang lain jaga. Dahlah abang ni selalu outstation.” Arshad mengusik lagi.
Malam itu bagaikan anak kecil, Akashah merengek mintakan mamanya masakkan lauk asam pedas. Pening kepala datin Umairah nak melayan karenah anak sulungnya ini. Dah balik dah perangai manja dia tu. Memang Akashah nampak berubah sejak 2-3 bulan kebelakangan ni. Mesti ada seseorang yang dah mengusik tangkai hati anaknya ini.
“Setahu mama along ni tak suka makan pedas-pedas. Kalau mama masak pedas, dia punya merungut seminggu tak habis.”
“Sekali-sekala mama. Baru hari ni along dapat merasakan betapa nikmatnya makan makanan pedas.” Balas Akashah.
“Makan apa? Kat mana?”
“Mengecek bekal Ariana.” Jawab Akashah jujur.
“Ya, Allah! PA along tu kan? Habis dia makan apa? Tak mungkinlah anak mama makan sikit je kan?”
“Along habiskan semua. Tapi, along ganti dengan pizza untuk dia.” jawab Akashah sambil ketawa. Teringat peristiwa tengahari tadi. Tak tentu arah Ariana dibuatnya. sudahnya, dia menghulurkan bekas makanannya kepada Akashah. Tak cakap banyak, Akashah terus makan. Siap ‘order’ air lagi. Ariana layankan sahaja.
“Dah balik dah perangai manja dia tu kan. Dengan isteri orang jangan buat macam tu. Tahu dek suami dia nanti. Tak pasal-pasal lebam biji mata awak tu nanti.” Suara Akmal mencelah. Akashah senyum sahaja.
“Ariana tu dah kahwin?” datin Umairah terkejut mendengar kenyataan yang keluar dari mulut Akmal.
“Mama jangan risaulah. Along takkan kacau isteri orang.” Perlahan Akashah bersuara. Sepinggan nasi sudah habis, tangannya mencapai senduk nasi. Wah, bertambah lagi.
“Uish, asam pedas mama? Tak bising pula orang ni.” Giliran Akmal pula yang terkejut melihat Akashah yang begitu berselera makan lauk asam pedas ikan pari yang dimasak oleh mamanya.
“Macam mama pernah cakap. Tengok sahaja dah cakap tak sedap. Rasa dulu baru tahu sedap tak sedap.” Balas Akashah. Datin Umairah dan Akmal saling berpandangan.
“Macam dalam cinta. Selagi kita tak kenal apa itu cinta, kita takkan tahu cinta itu, pahit atau manis. Bila kita dah jatuh cinta, barulah kita tahu cinta itu ada pahit, ada manis. Terpulang pada kita untuk mengadun rasa tu.” Sambung Akashah. Sekali lagi datin Umairah dan Akmal saling berpandangan.
Akmal menghampiri abangnya yang sedang merendam kaki di kolam renang di luar rumah banglo mewah itu. Sesekali dia terlihat abangnya itu tersenyum sendiri. Entah apalah yang mencuit hatinya. Akmal menyapa lalu duduk di sebelah abangnya.
“Amanina apa khabar?”
“Ok.” Ringkas jawapan.
“Kau nampak dah banyak berubah sejak kau kawan dengan dia. Are you in love?”
“Yes.” Ringkas jawapan Akashah.
“Alhamdulillah. I’m happy for you. So, kau dah luahkan pada dia ke?”
“No.” Jawapan Akashah tetap ringkas.
“Why? Kau tunggu apa lagi?” Akmal tak sabar.
“Aku mengaku memang aku happy sangat sekarang ni. I’m happy with her. She light up my life after three years. In fact, kehadiran dia dalam hidup aku banyak mencabar kesabaran, keegoan dan kebekuan hati aku ni.” Luah Akashah.
“Dia jek yang faham hati aku. Kau yang dah bertahun-tahun jadi adik aku pun tak faham aku.” Tambah Akashah.
“Wah, sempat mengutuk aku.” Balas Akmal.
“So, bila kau nak melamar dia? I mean, bila kau nak luahkan perasaan kau pada Amanina tu?” Soal Akmal serius. Akashah ketawa.
“Like I said. You never understand me. Good night bro. Esok nak masuk office.” Akashah terus bangun dari situ.
Dah kenapa abang aku ni. Kalau bukan Amanina takkan Ariana kot? Ish, tadi beria cakap dengan mama takkkan ganggu isteri orang. Atau dia ada orang lain yang aku tak tahu. Setahu aku dia sekarang ni memang rapat dengan Amanina dan Ariana sahaja. Hmm, mungkin Ariana tahu sesuatu. Misi mencari jawapan akan bermula esok.
Sebaik tiba di pejabat Akmal terus ke kafe untuk bersarapan bersama Asmidar. Akashah terus naik ke pejabat. Entah apa mimpi beria suruh mama masak nasi berlauk pagi tadi. Siap bawa bekal pulak tu. Akashah tersenyum melihat Ariana sudah ada di mejanya. Entah apalah yang dibelek pada i-pad tu. Mesti tengah tengok jadual aku hari ini.
“Good morning.” Sapa Akashah. Ariana sedikit tersintak.
“Hah, tulah! Kalau buat kerja tu tekun sangat. Tak hirau orang keliling.” Pagi-pagi dah membebel encik Akashah ni. Ariana tersenyum sahaja.
“Nah, seperti yang saya janjikan. Saya ganti balik lauk asam pedas awak tu dengan air tangan mama saya. Asam pedas ayam.” Akashah meletakkan bekalan yang dibawanya di atas meja Ariana.
“Buat susah je encik Akashah ni. Kan saya dah cakap tak payah semalam.”
“Hmm, rugi betul saya. Dah 34 tahun hidup, baru saya tahu betapa nikmatnya makan pedas. Arwah Aleeya dulu kuat makan pedas. Kami kadang-kadang bergaduh pasal makan pedas ni.” Alamak, tetiba tersyahdu pulak. Ariana diam sahaja.
“Sekarang saya dah faham kenapa dia suka makan pedas. Memang nikmat.” Akashah kembali ceria.
“Makan tau. Susah payah saya tolong mama potong lada kering tadi. Mama tu kalau masak tak suka guna yang ‘instant’. Rempah asli pilihan mama. Macam awak jugak kan? Untunglah suami awak kan.” Sambung Akashah. Ariana menerima juga bekalan itu.
“Hari ini awak ada bawa bekal tak?” Tanya Akashah. Ariana angguk perlahan. Ayam masak lemak cili padi. Memang pedas giler. Mahu menangis orang yang baru belajar makan pedas ni makan nanti. Eh, macam dia nak makan bekalan aku. Hmm, tak tahu juga. This man is unpredictable lately.
“Encik Akashah!” Panggil Ariana. Akashah menoleh.
“Sabarlah. Takkan cepat sangat dah rindu.” Akashah mengusik.
“Encik ni. Saya seriuslah.”
“Ya, apa dia?” Akashah berpaling dan melangkah menghampirinya.
“Eh, takyahlah datang balik. Saya cuma nak cakap terima kasih je.”
“Kasih diterima.” Akashah tersenyum mengusik. Ariana berkerut dahi. Akashah ketawa. Suka tengok wajah gelabah Ariana.
“Err, lagi satu.”
“Apa dia cik adik sayang?” Akashah tersenyum mengusik lagi.
“Hari ini ‘lunch’ kat mana?”
“Dengan awaklah. Dekat pantry. Tepat pukul 12 berhenti bekerja. Tunggu saya kat pantry ok.”
Eeeesssh, dia ni! Aku tanya sebab nak set appointment dia. Ada pulak dia ingat aku nak ajak dia date. Hmm, bila dah tak beku mamat ni rasa lain pulak. Rasa cair pulak hati bila dia minta apa-apa. Takpelah, sekurang-kurangnya dia dah tak beku. Taklah serius je sepanjang masa.
“Saya takut nak berbaik dengan orang. Saya takut nak sayang seseorang. Bila saya kehilangan dia, hidup saya jadi kosong. Saya takut, bila saya jatuh cinta, saya dah bersedia hidup dengan dia, dia pergi tinggalkan saya. Saya susah nak ‘move on’. Hari-hari saya tak boleh nak lupakan arwah Aleeya.”
“Anak-anak kekuatan saya. Kalau nak ikutkan, saya memang tak kuat. Arwah suami meninggal semasa saya tengah mengandungkan Rayyan 3 bulan. Rayqal dan Raisya yang jadi kekuatan saya. Kita kena redha. Awak kena kuat semangat. Bukan untuk diri sendiri sahaja, tapi untuk orang-orang yang sayangkan awak. Dan orang yang awak sayang.” Bicara Amanina.
Kalau aku beritahu dia, dia nak ke terima aku? Hubungan aku dengan dia ok je kan? Selepas aku luahkan perasaan, dan kalau dia tak terima. Mungkinkah hubungan kami akan kekal baik macam sekarang?
Ariana tersenyum sendiri. Teringat Akashah yang bersungguh-sungguh makan lauk yang dimasaknya itu. Lemak cili padi. Walaupun dah berpeluh-peluh, dia nak juga habiskan nasi bekalan Ariana itu. Bila tengok dia tersenyum, tengok dia ketawa, tengok dia mengusik, Ariana tahu lelaki ini sedang bahagia. Mungkin kerana Amanina. Nampaknya ibu tunggal itu dah berjaya mengubah Akashah yang dulunya berwajah beku, kini berwajah ceria. Yang pasti hubungan mereka pun agak rapat. Namun, Ariana tetap menghormati Akashah sebagai majikannya. Taknaklah nanti orang cakap naik kepala pula. Biarpun berulangkali Akashah pesan tak payah ber’encik’ bila mereka berdua sahaja, Ariana tetap ada rasa janggal nak buat macam tu.
“Hmm, dari tadi abang tengok asyik senyum sorang-sorang sahaja. Ada apa-apa ke?” Tegur Arshad. Ariana yang berada di awang-awangan sebentar tadi tersedar. Kembali ke alam nyata.
“Abang ada hal nak cakap ni.” Arshad duduk berdepan dengan Ariana.
“Macam serius je.”
“Memang serius pun.” Balas Arshad.
“Abang dapat projek kat Sarawak. Dua tahun kat sana.” Beritahu Arshad. Ariana terkedu. Sarawak? Dua tahun? Kena pindah lagi ke?
“Abang nak Ariana ikut abang. Ni projek besar. Abang kena sentiasa ada kat sana. So, abang rasa kita kena pindah.” Sambung Arshad. Perkara yang Ariana dah jangkakan.
“Ariana dah penatlah abang. Asyik pindah jek. Dua tahun kat KL, lepas tu dua tahun kat Selangor, dua tahun kat Perak, dua tahun kat Penang. Dari Aisyah tu baby, sampai dah masuk tadika.” Ariana seakan merungut.
“Selama ni Ariana ok je. Kenapa kali ni macam berat pulak nak berpindah?” Tanya Arshad serius. Ariana diam sahaja.
“Jadi, betullah Ariana sebenarnya dah jatuh cinta dengan boss Ariana tu?” Tegas Arshad.
“Jangan nak mengarutlah.” Nafi Ariana.
“Kalau tak, kenapa berat sangat nak pindah. Sebelum ni okey je.”
“Kan Ariana dah cakap. Ariana penat. Kita asyik pindah sana, pindah sini.” Jelas Ariana.
“Tak boleh ke kalau Ariana tinggal je kat sini?” Pinta Ariana.
“Sini? Sorang2? No! Abang takkan benarkan.” Arshad begitu tegas dengan keputusannya.
“Abang ni memang kan. Pentingkan diri sendiri. Nak orang dengar cakap abang je. Nak ikut kehendak abang je. Abang pernah tak fikir apa kehendak Ariana? Apa kehendak orang lain?”
“Ariana dah lain sekarang ni. Ini mesti ada sebab kenapa Ariana beria sangat taknak pindah kan? Jadi betullah apa yang Aisyah cerita pada abang. Ariana dengan Akashah tu.”
“Apa yang dia cerita? Tolong jangan mudah sangat nak percaya tanpa usul periksa.” Tegas Ariana. Ariana terus berlalu masuk ke bilik. Arshad melepaskan nafas kesal. Salahkah aku?
Seperti biasa, Arshad menghantar Ariana ke tempat kerja. Walaupun hati masih marah, Ariana tidak lupa untuk salam tangan Arshad. Arshad menggenggam tangan itu. Ariana diam membisu.
“Maafkan abang kalau abang terlalu mengongkong Ariana. Ariana amanah abang. Abang dah janji yang abang akan jaga Ariana. Andai ada orang lain yang boleh jaga Ariana, beritahu abang. Abang akan lepaskan Ariana pergi dengan dia. Selagi orang itu belum ada, abang yang akan jaga Ariana.” Luah Arshad ikhlas. Ariana mencium tangan Arshad. Arshad mencium dahi Ariana. Sempat Ariana meminta maaf sebelum keluar dari kereta.
“Amboi, macam orang kepoh tengok macam tu sekali.” Usik Asmidar. Akmal tersengih. Tak tahu nak fikir apa. Semalam dia nampak bekalan yang Akashah bawa ada atas meja Ariana. Bersungguh-sungguh tolong mama masak sebab nak ganti asam pedas Ariana. Mungkin betul apa yang Akashah cakap. Aku yang bertahun-tahun jadi adik dia, tapi tak faham dia.
Ariana tersenyum. Ada sebuah beg kertas atas mejanya. Semalam bercerita dengan Akashah yang dia dah lama tak makan rendang ayam. Nak masak sendiri belum lulus. Akashah berjanji yang dia akan mintakan datin Umairah masakkan. Tapi, ye ke dalam beg tu ada rendang ayam. Ariana duduk di tempatnya. Mengintai apa yang ada dalam beg kertas itu. Bau dah dapat. Rasa je belum. Macam mana nak beritahu dia ni. Walaupun lagi dua bulan, kena juga beritahu.
“Awak ni, walaupun awak tersenyum. Walaupun awak ketawa. Walaupun awak buat muka ‘sweet’. Saya tahu awak ada sesuatu yang awak nak cakap dengan saya. Dah dekat dua minggu awak berperangai macam ni. Are you hiding something from me?” tanya Akashah pada suatu hari.
“Yelah tu. Hebat encik ni, boleh baca isi hati saya.”
“Eh, mestilah! Saya kan rajin buat research pasal awak.” Balas Akashah sambil ketawa. Ariana mencebik.
“Comel juga awak buat muka macam tu.” Akashah mengusik lagi.
“Saya memang tengah ada masalah ni.” Akui Ariana.
“Masalah apa?”
“Saya nak kena pindah. Maknanya saya nak kena…”
“Berhenti kerja?” Tafsir Akashah. Ariana angguk. Akashah mengeluh berat.
“Siapa yang nak jaga saya nanti. Awak tahu kan? Awak sorang je yang boleh tahan dengan saya ni.”
“Saya terpaksa. Saya pun tak nak berhenti. Dah dua minggu saya fikir, tak tahu macam mana nak cakap dengan encik.”
“Kenapa nak pindah?”
“Saya kena ikut abang Arshad. Dia dapat projek besar di Sarawak. Dua tahun kat sana.” Jelas Ariana. Akashah terdiam.
Datin Umairah bertanyakan kepada Akmal. Tapi, anak keduanya itu takde jawapan. Akashah banyak termenung sejak akhir-akhir ini. Apa yang sedang dia fikirkan? Dah seminggu dia tak merengek minta masakkan lauk pagi-pagi. Hmm, macam ada sesuatu yang tak kena. Pasal Amanina ke? Mungkin ibu tunggal itu menolak cintanya. Dia ada bercerita tentang Amanina yang memiliki perangai sama seperti arwah Aleeya. Mungkin ibu tunggal itu belum bersedia menerima pengganti arwah suaminya. Bila ditanya, dia cuma jawab : ‘pening ni. Ariana nak berhenti. Siapa yang nak ganti dia nanti.” Macamlah sebelum ni tak pernah bertukar PA.
“Ariana, encik Akashah ke mana hari ni?” Tanya Akmal. Walhal dia dah tahu dah. Saja cari modal nak menegur si Ariana ni. Nak korek rahsia sikit ni.
“Dia tak masuk hari ni. Dia akan ke Muar tengahari nanti. Hussien yang ‘drive’ nanti.” Beritahu Ariana.
“Bukan awak tahu ke? Kan tadi awak yang beritahu saya.” Celah Asmidar hairan. Akmal tersengih. Alamak, lupa pulak.
“Alah, saja jek tanya.” Kata Akmal sambil menahan segan.
“Jom ‘lunch’ dengan kami.” Ajak Asmidar. Yes, macam tahu-tahu jek Asmidar ni. Sorak Akmal dalam hati.
“Takpelah. Malas nak kacau orang dating.” Ariana menolak baik pelawaan dua orang atasannya itu.
“Hari-hari dating Ariana. Dah naik bosan saya.” Asmidar ketawa kecil.
“Memang pun. Hari-hari makan dengan dia. Jomlah. Saya belanja. Bukan senang tau encik Akmal ni nak belanja orang.” Sampuk Akmal. Bersungguh sangat diorang ni.
Rancak betul si Akmal ni bercerita. Ramah sangat. Memang berbeza dengan Akashah. Akashah nampak lebih tegas. Dia kuat mengusik. Memang berbeza dibandingkan dengan Akashah yang dia kenali hampir dua tahun yang lalu. Dan Ariana tahu, kisah silamnya yang sedih buatkan dia jadi macam tu. Dan mungkin kerana kehadiran orang baru dalam hidup dia, dia kini dah jauh berubah.
“Oh, ya! Akashah ada cakap yang awak nak berhenti kerja. Betul ke?”
“Ya. Ikut abang pindah ke Sarawak.” Jawab Ariana.
“Abang? Yang selalu hantar awak tu ke?” Tanya Akmal sibuk nak tahu. Ariana angguk.
“Suami awak tu kerja apa ya?” Tanya Akmal lagi.
“Suami?” Tanya Ariana dan Asmidar serentak.
“Yelah suami. Yang selalu hantar awak tu, suami awak kan?”
“Itu abang dialah.” Celah Asmidar.
“Ariana ni solo lagi tau. Belum kahwin.” Tambah Asmidar.
“Lah, ye ke?”
“Dah kenapa awak ni? Satu office tahu yang Ariana ni ‘single’ lagi.” Bebel Asmidar.
“Satu office? Akashah tahu?” tanya Akmal. Ariana angguk.
“Eh, tak mungkin! Dia sendiri cakap dengan saya yang awak tu dah kahwin.” Akmal tak percaya.
“Memang sebelum ni dia ingat saya dah kahwin. Dia samalah macam encik Akmal ingatkan abang saya tu suami saya.”
“Sejak bila dia tahu?”
#throwback
“Encik, nak minta tolong boleh?”
“Nape? Nak singgah kedai?”
“Taklah. Nak singgah amik anak buah saya kat rumah pengasuh. Rumah dia tak jauh dari rumah saya. Kalau encik nak turunkan kat situ je pun takpe. Nanti saya jalan kaki je balik rumah.”
“Nampak tak hujan ni? Takper, saya tunggu. Mana rumah pengasuh anak buah awak tu?”
Aisyah melompat keriangan bila melihat Ariana. Melompat-lompat sambil berkata, ‘yeah, mummy dah sampai.’
“Wah, manja betul awak ni ya.” Akashah mencubit manja pipi Aisyah yang lebih selesa duduk di atas riba Ariana daripada duduk di tempat duduk belakang yang sememangnya kosong.
“Siapa ni mummy?” Tanya Aisyah.
“Ini boss mummy.” Jawab Ariana.
“Ooh, boss.”
“Panggil uncle Kasha jek.” Pinta Akashah.
“Kata tadi nak amik anak buah. Cakaplah nak amik anak.” Akashah memandang Ariana.
“Memanglah ni anak buah saya. Anak abang saya. Yang selalu hantar dan jemput saya tulah ayah budak kecik ni.”
“Yang selalu hantar tu abang awak? Bukan suami awak?”
“Mummy belum kahwinlah uncle.” Aisyah menyampuk. Akashah ketawa.
“Lah, saya mati-mati ingatkan lelaki tu suami awak.”
“Hmm, patutlah saya ni susah nak dapat pakwe. Encik ni bukan orang pertama yang ingatkan abang kandung saya tu, suami saya.”
“Mungkin dah tiba masa awak keluar dari bawah ketiak abang awak.” Balas Akashah. Ariana tertawa kecil. Kelakar juga sebenarnya mamat ni.
“Aisyah. Aisyah suka tak kalau mummy kahwin?” Soal Akashah pada Aisyah.
“Suka. Mummy nak kahwin dengan siapa?”
“Dengan uncle boleh? Lepas ni Aisyah ada mummy dan daddy. Nak tak?”
“Nak! Nak!” Aisyah bersorak keriangan.
“Ish, encik Akashah ni kan. Janganlah cakap bukan-bukan. Budak ni nanti kecoh tau.” Merah padam muka Ariana menahan malu. Akashah tersenyum.
“Mak Aisyah kat mana?” Makin ramah pula mamat ni.
“Kakak ipar saya tu cikgu kat Penang. Abang saya tu kerja tak tentu. Kalau ada projek besar, dia akan stay kat satu-satu tempat tu dalam 2 atau 3 tahun. Kakak ipar saya susah sikit asyik nak transfer kerja je. sebab tu Aisyah ikut ayah dia, sebab waktu kerja dia ikut suka dia.” cerita Ariana lebar. Selebar senyuman di bibir Akashah.
“Awak ni dah kenapa? Dari tadi macam serabut je saya tengok. Ke awak teruja sebab tahu yang Ariana tu belum kahwin. Awak suka dia ye?” Tanya Asmidar.
“Ish, awak ni! Ke situ pulak. Susah payah saya nak pujuk mama terima hubungan kita, takkanlah senang-senang saya nak beralih kasih.” Jawab Akmal, menafikan tafsiran Asmidar. Asmidar ketawa.
“Saya tak fikir along tu berubah pasal Amanina. Dia tu berubah sebab dia tahu yang Ariana tu belum kahwin. Memang balik dari Istanbul dia nampak lain sangat. Dengan perangai dia yang suka menyakat dan mengusik Ariana.”
“Ish, awak ni. Takyah sibuk hal orang boleh tak. Kalau betul along tu suka kat Ariana, mestilah dia dah halang Ariana tu berhenti kerja.” Asmidar tak setuju dengan pandangan Akmal.
“Tapi, lepas dia tahu Ariana nak berhenti, dia nampak serabut sangat. Asyik termenung jek.”
“Tapi, dia tetap juga menyakat si Ariana tu kan? Maknanya dia okey jek Ariana tu nak berhenti. Mungkin sebab Amanina tak terima cinta dia kot.”
“Hmm, pandailah korang berdua ni. Jaga cinta sendiri. Tak payah sibuk hal orang.” Tiba-tiba ada satu suara menyampuk perbualan mereka.
“Eh, along!” Dua-dua terkejut.
“Biarlah dia nak berhenti. Siapa kita nak halang dia. kalau dia memang dah tak nak kerja kat sini, takkan along nak halang pulak.” Kata Akashah.
“Abang Kasha boleh cuba kan halang dia. Abang Kasha juga cakap dia sorang jek yang faham perangai abang Kasha.” Balas Asmidar. Akashah hanya tersenyum.
Dengan perlahan pintu bilik Akashah diketuk. Terdengar suara Akashah memanggil masuk. Ariana masuk bersama sepucuk surat di tangannya. Surat yang disiapkan bukan atas kehendak Akashah, tetapi atas kehendaknya sendiri. Surat yang dikarang malam tadi. Surat yang ditaip malam tadi. Surat yang dicetak malam tadi.
“Maaf, saya tak boleh terima surat perletakan jawatan awak ni.” Akashah menolak balik surat itu pada Ariana. Ariana tak faham.
“Kalau awak berhenti kerja, siapa nak jaga saya? Awak sorang je yang faham saya. Awak sorang je yang tahu apa yang saya nak.”
“Encik kan boleh cari PA baru.” Balas Ariana lembut.
“Takkan sama macam awak.” Keluh Akashah berat.
“Awak juga cakap kan. Orang selalu ingatkan abang awak tu suami awak. So, dah tiba masanya awak ubah pandangan orang.” Sambung Akashah.
“Encik, saya ni amanah arwah mak dan abah kami. Ini memang janji abang pada mereka. Depan kubur arwah ibubapa kami abang dah berjanji dia akan jaga saya sampai ada orang lain yang boleh jaga saya.” Jelas Ariana.
“Kalau macam tu biar saya yang jaga awak.” Luah Akashah tanpa selindung. Ariana tertawa kecil.
“Saya tak bergurau Ariana. Saya nak kahwin dengan awak. Dan saya akan jaga awak seumur hidup saya.” Akashah bersungguh.
“Bukan encik dah ada Amanina ke?” Ariana ragu-ragu.
“Amanina tu kawan baik saya. Ye, betul perangai dan keperibadiannya sama macam arwah Aleeya. Tapi, saya tak pernah pun jatuh cinta pada dia. Saya nak amik semangat dia. Dia kematian suami semasa dia sedang mengandungkan anak bongsunya. Saya kagum dengan kekuatan dia. Dia ibu tunggal anak tiga, saya ni lelaki. Saya sepatutnya lebih kuat dari dia.” Jelas Akashah akan hubungannya dengan Amanina.
“Awak cemburu ye? Tu maknanya awak pun suka saya kan?” Akashah tersenyum mengusik.
“Ish, perasanlah encik Akashah ni.” Wajah Ariana berubah warna. Merah menahan malu diusik begitu.
“Saya serius encik Akashah. Saya memang terpaksa berhenti dan ikut abang saya.” Bicara Ariana sekali lagi.
“Ariana, awak tahu tak, selepas kematian Aleeya saya takut untuk jatuh cinta. Saya takut nak sayangkan seseorang. Saya takut dia akan tinggalkan saya, dan saya akan kecewa. Tapi, semuanya salah awak. Hati saya berubah kerana awak.”
“Saya pulak?” Ariana menuding jari ke wajahnya sendiri.
“Yelah. Awak tu penyabar sangat. 10 orang PA lari tak tahan kerja dengan saya. Tapi awak boleh bersabar. Kesabaran awak tu buatkan saya rasa tercabar. Dan rasa tercabar tu akhirnya buatkan saya jatuh cinta pada awak. Saya sengaja buat awak semakin tertekan. Sebab saya nak awak berhenti kerja. Saya takut saya tak dapat kawal perasaan saya. Sebab selama ni saya ingat awak tu isteri orang.” Cerita Akashah.
“Saat yang paling bahagia dalam hidup saya ialah bila saya dapat tahu yang awak tu sebenarnya belum kahwin. Saya rasa macam nak melompat keriangan. Kalau boleh masa tu juga saya nak lamar awak jadi isteri saya. Tapi, saya sedar. Saya dah banyak sangat buat salah dengan awak. Selalu sakitkan hati awak. Sebab tu, selama beberapa bulan ni saya nak berbaik dengan awak. Mulanya saya rasa saya tak berhak halang awak untuk pergi. Tapi, bila baca surat letak jawatan ni, saya tak boleh terima. Saya ikhlas Ariana.” Sambung Akashah. Ariana terdiam. Kau ingat kenapa aku boleh sabar. Entahlah, mungkin betul apa yang orang selalu cakap. Cinta itu memang buta. Abang Arshad pun pernah cakap, hanya kesabaran jek yang boleh tundukkan orang yang baran macam Akashah ni.
“Kenapa awak diam je? Please say something Ariana.” Akashah mengharap jawapan dari Ariana.
“Encik Akashah betul-betul ke ni?” Ariana masih ragu-ragu. Yelah, Akashah ni kan suka menyakat.
“Saya serius. Sekarang juga saya boleh suruh papa dan mama pergi jumpa abang awak.” Akashah begitu bersungguh.
“Baiklah, saya bersedia beri peluang pada encik Akashah kalau encik serius. Tapi, saya ada dua syarat.” Jawapan yang mewakili ‘setuju’.
“1000 syarat pun saya sanggup.” Ujar Akashah yakin.
“Yang pertama, jumpa abang saya dulu.”
“Okey.” Akashah setuju.
“Yang kedua?” Tanya Akashah. Ariana tersenyum.
3 bulan berlalu.
Akashah meneliti surat yang baru sahaja siap ditaip oleh PA barunya, Aida. Akashah mengeluh berat. Dah sebulan lebih dia ni kerja kat sini. Masih belum menepati ciri-ciri yang dikehendakinya.
“Saya dah pesan, guna fon 12 jek. Awak taip fon 18, awak ingat awak taip buku cerita kanak-kanak? Dan saya juga dah cakap guna tulisan Arial atau Times New Roman. Awak guna tulisan Comic Sans ni kenapa?” Bebel Akashah. Aida diam sahaja.
“Dah pukul 06:00 dah ni. Awak baliklah dulu. Esok sahajalah awak betulkan surat ni. Lagi satu. Saya dah cakap kan, kalau buat air milo untuk saya, jangan letak susu. Lepas ni awak tak payah buat air untuk saya.” Arah Akashah. Aida mengambil balik surat itu.
Akashah memusingkan kerusinya berkali-kali. Dia mencapai telefon bimbitnya. Ingin menghubungi seseorang. Sebaik sahaja skrin telefon itu menyala, wajah Ariana yang menghiasi ‘wallpaper’ telefonnya itu.
“Sebab tulah berat sangat saya nak tunaikan syarat kedua awak tu.” Akashah berbicara dengan gambar Ariana. Dah seminggu dia di Sarawak. Tak ingat ke orang kat sini?
Akashah masuk ke dalam rumah. Beg kerjanya diletakkan di atas sofa. Bibirnya mengukir senyuman. Secawan milo sudah terhidang di atas meja. Akashah mengambil cawan itu dan dibawa ke sofa. Dia menghirup perlahan air yang sudah suam itu. Tersenyum.
“Inilah milo o panas yang paling sedap sekali di dunia.” Komen Akashah.
“Hai, tak jemu-jemu ke minum milo hari-hari?” Satu suara menyapa. Akashah tesenyum.
“Sehari tak jumpa, bagaikan setahun.” Jawab Akashah.
“Tak beritahupun nak balik.”
“Saja nak ‘surprise’kan abang. Hmm, tau-tau balik lambat.” Rengek si isteri. Ariana duduk di sebelah suaminya. Akashah terus baring di atas riba isterinya.
“Sayang, please jadi PA abang balik. Dalam 3 bulan ni dah 3 orang PA bertukar ganti.” Rayu Akashah.
“Wah, dah nikah boleh pulak nak langgar syarat eh.” Balas Ariana sambil mencubit manja pipi suaminya. Akashah tersengih.
“Butik tu baru sebulan beroperasi. Bila semua dah okey, barulah sayang boleh fikirkan permintaan abang tu.”
“Terima kasih sayang. Sebab realisasikan impian arwah Aleeya. Memang dia nak sangat buka butik tu selepas kami kahwin.” Ucap Akashah ikhlas.
“Sebab tulah abang kena sabar.” Balas Ariana. Akashah mencebik. Ariana ketawa. Betullah kata ibu mertuanya, dia memang kena sabar dengan sifat manja Akashah ini. Sifat manja yang hilang lebih 3 tahun yang lalu. Kini telah kembali. Kerana sabarlah akhirnya aku jatuh cinta dengan si mamat beku ni. Kerana terlalu sabarlah, sikap baran dia tu dah jadi macam hiburan pula. Tetapi, bila dia berubah jadi manja ni, adakala boleh jadi hilang sabar. Love is blind.
“Abang tak suka makan pedas kan sebelum ni? Tapi, kenapa abang beria sangat nak makan asam pedas yang sayang masak dulu tu?”
“Sebab abang nak rasa air tangan sayang.” Jawab Akashah.
“Demi sayang, abang sanggup ambil risiko melakukan sesuatu yang abang tak suka lakukan.” Tambah Akashah. Ariana ketawa.
“Hmmm, disebabkan sayang jugalah, telinga ni redha jek kena herdik dengan abang, hati ni sabar jek bila kena marah dengan abang dulu.”
“Hah!” Akashah terus terbangun.
“Oh, jadi betullah tekaan abang. Sayang sanggup bertahan kerja dengan abang sebab sayang dah jatuh cinta dengan abang kan?”
“Eh, tolong sikit. Jangan nak perasan.” Nafi Ariana.
“Eleh, mengaku cepat. Betullah, sayang ‘stalk’ abang kan?” Akashah tersenyum mengusik. Wajah Ariana dah merona merah. Macam manalah boleh terlepas cakap ni. Ariana terus bangun. Malulah tu.
“Cepat sayang mengaku.” Akashah menarik tangan Ariana lalu si isteri terjatuh atas ribaan si suami.
“Okey. Honestly, my first impression on you on my first day was.. ‘dah kenapa mamat ni? Datang bulan ke? Asyik berangin jek.’ Cerita Ariana. Akashah ketawa.
“Yes, memang sayang ‘stalk’ abang. Just wanted to know why this ‘mamat’ hari-hari berangin.” Sambung Ariana. Akashah terdiam.
“Knowing your history, made me want to know you more. And made me to be more patient. And I still don’t understand why must I fall in love with you.” Luah Ariana. Akashah tersenyum.
“Macam abang pernah cakaplah. Love is blind. But I’m not blind when I chose you. Cinta memang buta, tapi hati abang tak buta untuk jatuh cinta pada sayang.” Luah Akashah.
“Kerana cinta, hati yang beku pun cair.” Sambung Ariana.
“Bila si beku dah cair, cik Milo panas pun jadi milo ais.” Balas Akashah.
“Cinta si beku dan Milo Panas. JADILAH CINTA MILO O AIS.”…..

Comments
Post a Comment