Semester baru dah bermula. Nadia sedang sibuk menyusun buku di rak. Haleeda masuk ke dalam bilik. Tersenyum melihat sahabatnya yang sering dilabel sebagai ‘minah study’. Nadia cukup jaga buku-bukunya. Dapat sahaja buku, perkara pertama yang akan dilakukan sebelum menggunakannya ialah menyampul kemas buku itu. Buku-bukunya dah macam baru dibeli di kedai. Nak pinjam pun takut-takut. Takut ter’rosak’ tanpa sengaja.
“Hmm, kau ni mesti lebih sayang buku-buku kau dari pakwe kau kan?” Usik Haleeda. Nadia tertawa kecil.
“Mestilah. Jangan kata kau, dia nak sentuh pun kena minta izin dulu tau.” Balas Nadia.
“Uish, kesianlah pakwe kau. Eleh, kau tu bercakap macam ada pakwe.” Usik Haleeda. Saja jek nak mengusik, mana tau tetiba orang tu nak pecah rahsia pasal boyfriend dia. Kalau ditanya, jawabnya takde. Tapi ada masa tengok dia bermesej boleh tahan juga. Lebih-lebih lagi kalau lepas exam atau test, tersenyum sorang-sorang depan handphone.
Laju jari membalas mesej dari mamat rambut kerinting beralun itu. Beberapa bulan lepas dia membiarkan panjang rambutnya. Hmm, ramai pula peminat yang tidak setuju dengan imej barunya itu. Ada pula yang tidak berkenan. Macam nilah bila dah jadi 'public figure'. Tak semua yang dia buat orang suka. Orang yang membenci pun apa kurangnya. Namun, dia tidak mudah patah semangat. Dia dah fikirkan itu semua sebelum menyertai program realiti tv, Akademi Anak Seni.
"Nad. Jom makan." Ajak Haleeda. Nadia menjeling jam tangannya. Dah pukul 10.
"Nak makan kat mana?" Nada malas kedengaran. Haleeda bukan tak tau kawannya yang satu ni. Memang tak berapa suka keluar lewat malam. Dalam masa yang sama dia juga tidak suka menghampakan permintaan kawan-kawan.
"Sara baru sampai. Mak dia ada bekalkan laksa Johor." Beritahu Haleeda.
"Ok. 5 minit lagi aku keluar." Balas Nadia.
Kalau 12 orang penghuni rumah sewa 2 tingkat itu sudah berkumpul, maka meriahlah suasana rumah bagaikan pasar pagi. Dengan kadar sewa RM200 sebulan termasuk bil api dan air setiap seoarang, 12 orang pelajar dari jurusan kejuruteraan ini kekal tinggal di situ sejak dua tahun lalu. Ada tempoh setahun lagi untuk menamatkan pengajian masing-masing.
"Handsome betullah R-Min ni. Dah macam artis Korea pun ada." Puji Sara akan penyanyi pujaannya, naib juara AAS musim pertama.
"Tapi sayangkan. Sepatutnya dia yang jadi juara." Celah Mardiana.
"Eh, apa pulak. Kamil memang layak menang." Lyza tidak setuju dengan pendapat Mardiana.
"Dah. Tak payah nak bergaduh pasal mamat dua orang tu. Dua-dua memang best. Beza undian sikit jek." Haleeda cuba meleraikan perbezaan pendapat yang tidak mustahil boleh mencetuskan pertengkaran.
"Kalau kau, kau suka siapa Nad?" Lyza memandang ke arah Nadia.
"Kau tanya aku?" Nadia terkejut.
"Entah kau ni. Nad bukan amik tau hal-hal artis ni." Sampuk Zana pula. Nadia tersengih saja.
"Tapi kau tahulah jugak sikit-sikit kan?" Tanya Lyza.
"Kalau budak-budak AAS tu tau sangat lah aku. Hari-hari korang asyik bercerita pasal diorang tu." Jawab Nadia.
"Aku rasa mesti kau minat R-Min kan?" Teka Mardiana.
"Aku rasa Nad lebih minat Kamil." Lyza pula dengan pendapatnya. Nadia tergelak. Dua peminat tegar R-Min dan Kamil ini sedang meraih undi darinya.
"Aku minat Syeera." Nadia memilih jawapan selamat.
"Hahahhaha....jawapan selamat." Haleeda mengekek ketawa. Lyza dan Mardiana mencebik.
"Tapi, memang jelas kan? Antara kita 12 orang ni, memang majoriti lebih minat R-Min kan? Walaupun bukan dia yang jadi juara." Ungkit Mardiana.
"Hai, tak habis lagi ke?" Luna pula yang mencelah.
"Tapi, kau minat jugak Kamil kan Mar?" Tanya Haleeda.
"Ish, gila kau! Handsome tu. Suara pun power."
Seisi rumah ketawa. Entahlah bila sebut nama Kamil memang ada rasa tak 'best'. Jealous? Untuk apa? Kalau R-Min, hmmmmm.
Hari pertama kelas. Dapat jadual, terus ke library. Jumpa abang library yang sado tu. Biasalah nak tengok kalau-kalau ada buku rujukan yang sesuai untuk dipinjam.
"Korang perasan tak? Abang Rashid tu nampak sangat minat kat Nad kan?"
"Mengarutlah kau ni." Nadia menafi kenyataan Lyza.
"Yelah, bila nampak kau masuk tadi dia dah senyum sampai ke telinga." Usik Zana pula.
"Dia anggap aku adik jelah. Kalau korang nak tau, dia tu sepupu salah seorang mamat AAS yang korang gilakan sangat tu."
"Hah! Kau serius ke ni?" Ternganga kawan-kawannya. Nadia ketawa. Nadia ni boleh dikatakan seorang yang serius. Memang susah nak tengok dia ni bergurau atau membahankan orang. Pap, satu hempukan padu dari Lyza. Nadia ketawa lagi.
“Kau ni kan sejak masuk semester baru ni lain macam sikit. Dah pandai loyar buruk pun yer. Kalau tak serius jek kan kau tu.” Kata Zana.
“Korang jugaklah yang jadi sifu nya. Hari-hari asyik kena dengan korang jek. Kali ni korang pulak lah merasa.” Balas Nadia sambil tersenyum nakal.
“Eh, Korang nak dengar cerita best tak?” Mardiana tiba-tiba muncul sebaik mereka bertiga melangkah keluar dari perpustakaan.
“Ish, kau ni dari mana?” Terkejut Haleeda. Mardiana ketawa sahaja.
“ Aku pergi jumpa puan Maria tadi. Aku kena ‘carry’ satu paper lah. Sayanglah. Satu subjek jek fail. Kali ni mesti ‘struggle’ habis-habis ni.” Cerita Mardiana.
“Kau mesti boleh buat punye. Lagipun kau fail pun sebab kau demam masa jawab paper tu kan. Asyik pergi toilet jek la muntah-muntah. Dah macam perempuan pregnant.” Ungkit Lyza. Mereka ketawa.
“Kau cakap tadi ada cerita best. Apa yang best? Kalau setakat kau nak carry satu paper, takdelah best sangat.” Ungkit Zana pula.
Serius?? Eh, macam tak boleh terima pulak. Kenapa dengan students engineering pulak? Budak Mass-Com kan ada. Lebih ada kaitan dengan diorang. Pelik betullah. Semua pelajar semester 5 jurusan kejuruteraan tidak boleh balik cuti tahun baru cina nanti. Semuanya terlibat dengan aktiviti perkhemahan 3 hari 4 malam di Taman Negara. Dan sekumpulan 12 orang peserta AAS musim pertama akan turut terlibat dalam perkhemahan terbabit. Ish, langsung tak faham. Apa kaitannya?
“Tak faham. Kenapa budak engineering?” Nadia masih tak puas hati.
“Puan Maria cakap, budak Mass-Com akan terlibat dengan filem diorang. Yang perkhemahan tu memang ada dalam perancangan Councelor, pihak pengurusan yang request mereka joint camping kita ni. Mungkin nak tarik perhatian kita supaya lebih bersemangat untuk ikut perkhemahan ni nanti.” Jelas Mardiana.
“Eee, tak sabarnya nak jumpa R-Min.” Lyza dah tersengih sampai ke telinga.
“Hah, nanti bolehlah kau jumpa Syeera tu.” Usik Haleeda. Nadia mencebik. Aduhai, cuti seminggu tapi tak dapat balik rumah.
“Relaxlah Nad. Kita kan cuti sembilan hari. Nanti ada lagi baki cuti 5 hari. Aku tahu, kau tension sebab tak dapat balik kampung kan?” Pujuk Haleeda.
“Kau tak sabar nak jumpa boyfriend eh?” Usik Mardiana pula. Nadia tersengih sahaja. Nak jumpa apanya kalau dia di KL. Hmm, takkanlah aku tak excited nak jumpa ‘abang.’
Seramai 120 orang penuntut jurusan kejuruteraan aka engineering kampus UPM akan berkampung selama 4 hari 3 malam di Muar. Mula- mula dengar kena camping, jiwa dah kacau. Dengar sahaja lokasi diubah ke Muar, tersenyum sampai ke telinga. Dah tak jauhlah nak balik rumah.
Kamil, Juara Akademi Anak Seni musim pertama. 25 tahun. Kacak, berbakat. 5 bintang. R-Min, naib juara. 25 tahun. Tak kurang hebat. Persaingan rapat Kamil. Tapi mereka berdua ni kawan rapat sejak AAS lagi. Syeera, pemilik no. 3. Baru 21 tahun. Cantik tu memang bonus, ditambah kelunakan suaranya. Zalya, tempat keempat. Paling suka menyakat orang. Semua orang nak dibahannya.
"Amboi, panjang lebar description kau." Sampuk Haleeda, Lyza mencebik. Peminat tegar AAS ni memang pantang diusik artis2 AAS dia tu.
"Kalaulah R-Min atau si Kamil tu ada girlfriend, kau akan minat dia giler2 macam sekarang ni lagi ke?" Soal Haleeda menguji. Lyza mencebik lagi.
"Dan kalau aku yang jadi girlfriend dia?" Celah Zana pulak.
"Huh, secara automatik kau telah menjadi musuh aku." Mardiana menyampuk. Yang lain ketawa. Nadia tersenyum kelat. Sampai macam tu sekali.
"Maknanya si Syeera tu dah jadi musuh no.1 kaulah kan?" Sara pula bersuara.
"Sebab?" Yang lain tak faham.
"Hai, tiba-tiba blur plak korang ni. Kan hangat sekarang ni gossip R-Min dengan Syeera. " Jelas Sara akan maksudnya.
"Bukan dengan Kamil ke?" Tiba-tiba Nadia mencelah.
"Hai, kaupun berminat jugak ke?" Usik Lyza yang faham sangat kawannya yang seorang ini.
"Dari tadi asyik topik ni jek, telinga aku ni dah tarik informasi korang ke otak aku." Balas Nadia selamba. Yang lain ketawa.
"Yang aku tahu Kamil tu sepupu ke dua pupu. Kira ada hubungan saudara." Beritahu Mardiana.
"Dia tu adik abang Rashid tu lah."
"Yelah tu Nad. Hari tu ko cakap sepupu, sekarang adik pulak." Lyza mencebik tak percaya. Nadia ketawa.
Sekumpulan 12 orang bekas pelajar AAS sudah tiba ke destinasi. Hmm, topik perbualan mereka tadi dah sampai ke sinambungannya. Dah sampai pun yang dinantikan. Semua pelajar mula berkumpul ke tempat yang telah ditetapkan. Pembahagian kumpulan sudah dibuat sebelum mereka tiba lagi. Cuma sekarang menunggu kumpulan manakah para bekas pelajar AAS akan masuk. Nadia tidaklah teruja melihat para pelajar AAS tu. Tapi, terusik jugalah hati memandang si dia tu.
“Okey, so Kamil akan jadi ketua dan Nadia yang akan jadi pembantu.” Itulah keputusan hasil undian yang dibuat sebentar tadi. Nadia tahu, memang kawan-kawannya sengaja mengenakan dia. hakikatnya memang Nadia lebih layak kerana dia ni bukan sahaja budak DL every semester, dia juga seorang ketua yang sangat komited dan berdedikasi.
“Hai, awak. Assalamua’laikum.” Tegur Kamil.
“Boleh saya duduk?” Pinta Kamil.
“Saya janji. Tak dekat-dekat.” Kamil mengangkat tangan tanda berjanji. Nadia tersenyum kecil. Dia angguk tanda memberi izin Kamil duduk berdepan dengannya.
“Awak tengah marah yer?” Tanya Kamil. Nadia berkerut dahi tak faham.
“Yelah. Dari tadi saya tengok muka awak serius betul. Takut nak tegur.” Kata Kamil. Nadia tertawa kecil.
“Haa, comel pun bila senyum.” Usik Kamil.
“Awak nak cakap apa sebenarnya ni?” Nadia bersuara.
“Haa, adapun suara.” Kamil mengusik lagi.
“Nak ajak bincang pasal tugasan ahli kumpulan ni. Awak ok tak?”
“Hmm, okey.” Nadia tersenyum lagi. Aduhai, rasa macam dah cair hati tengok senyuman Nadia ni.
R-Min leka melayan karenah ahli kumpulannya. Apatah lagi Lyza ada dalam kumpulannya. Sekilas R-Min memandang ke arah Kamil yang sedang rancak berbincang dengan Nadia. Sesekali dilihatnya gadis itu tergelak. Kamil kan memang pandai mengambil hati perempuan. Senang saja hati perempuan boleh cair dengan dia ni.
“Menyanyi? Taknaklah.” Nadia berkeras menolak bila ahli kumpulan yang lain mencadangkan dia yang menyahut cabaran menyanyi untuk pertandingan seterusnya.
“Nad, suara kau kan power. Hari tu kau nyanyi lagu ZZ relax jek.” Celah Hamdan.
“Bila masa kau dengar aku nyanyi?” Marah Nadia. Hamdan ketawa. Nadia ni memang garang sikit kalau dengan kawan-kawan lelaki.
“Nad, kau dah lupa ke masa camping minggu orientasi dulu?” Haleeda mengingatkan. Nadia berkerut dahi. Aku nyanyi lagu Ziana Zain ke masa tu? Confuse.
“Kamil lah nyanyi. Kan dia memang penyanyi.” Nadia masih tidak mahu menurut cadangan kawan-kawannya.
“Kan syaratnya budak AAS tak boleh. Menyanyi tu kan ‘makanan’ diorang. Mana datang cabarannya?” Celah Nasruddin pula.
“Dalam kumpulan kita ni ada 12 orang tau. Bukan aku sorang.” Tekan Nadia.
“Kita berduet nak?” Ajak Irfan. Hmm, mamat macho dan sado dalam kumpulan itu menawarkan diri.
“Okey jugak tu.” Kamil bersuara. Mata Nadia berkalih ke arah lain. Aish, mamat handsome ni dipandang pula tepat ke mata aku. Serentak itu jugalah Nadia terpandang lagi si dia. Gembiranya dia kat sana yer.
“Nad. Okey tak?” PErtanyaan Kamil mengembalikan Nadia kepada kumpulannya.
“Hmm…yelah. Nak lagu apa?” Akhirnya Nadia mengalah.
“Lagu Achik dan Nana lah. Itu jek kot lagu yang kau selalu nyanyi kat rumah.” Cadang Haleeda. Pap! Tak pasal-pasal kena tepuk. Pecah rahsia lagi. Haleeda dah ketawa mengekek.
“Hah, ada satu lagu diaorang yang aku hafal. Tajuk tak ingat. Liriknya : usik mengusik senda gurauan menjadi rindu…” Irfan seakan setuju cadangan Haleeda.
“Hah, sesuailah tu. Kau kan memang selalu usik Nad dalam kelas.” Kata Haleeda. Pap! Sekali lagi mendapat. Haleeda ketawa lagi. Irfan dan Nadia dah tersenyum malu. Pantas Haleeda lari dari situ sebelum satu lagi hempukan padu singgah ke pehanya. Kamil pula yang tersenyum buat-buat. Ish, mereka berdua ni ada apa-apa ke? Melepaslah aku.
Siapa sangka kan? Jadi juara pula untuk cabaran menyanyi ni. Zalya segera mendapatkan Nadia bila dia berpeluang mendekati gadis itu. Zalya menghulurkan salam perkenalan.
“Nad, power juga suara awak yer.” Puji Zalya. Nadia tersenyum sahaja.
“Mana ada. Awak lagi best kan?”
“Awak boleh tolong saya tak?” Pinta Zalya dengan muka serius.
“Tolong apa?” Tanya Nadia.
“Tolong ye. Habis belajar nanti terus jadi engineer. Janganlah jadi penyanyi. Tak boleh cari makan saya nanti.” Pinta Zalya. Lepas tu dia ketawa.
“Ish, awak ni. Ingatkan apa lah tadi. Saya nyanyi tak best mana pun. Saya yang tak dapat cari makan nanti.” Balas Nadia. Zalya ketawa. Selesa berbual dengan gadis ini. Memang kelakar giler. Betullah kata kawan-kawannya, Zalya memang suka mengusik orang.
“Yang duet dengan awak tadi tu boyfriend awak ke?” Zalya merisik lagi nak tahu.
“Taklah. Course-mate jelah.” Nafi Nadia.
“Eh, Lya! Kau buat apa kat sini?” Kamil tiba-tiba muncul.
“Eh, suka hati akulah. Aku tengah dok merayu-rayu kat Nadia ni.” Seloroh Zalya.
“Kau ni biar betul.” Ish, biar betul. Aku tahulah si Zalya ni kasar, berperwatakan macam lelaki, tapi takkanlah dia ni tak ‘straight’ kot. Lagipun, dia kan dah ada Ryzal.
“Aku merayu kat dia jangan jadi penyanyi. Nanti susah aku nak cari makan.” Jelas Zalya. Kamil ketawa. Eeh,,,rasa nak lempang pun ada minah ni.
“Okeylah, Nad. Lya tak nak kacau awak berdua date. Nak balik kat group. Cuma nak sampaikan salam dari Khai dan Ruzz. Tu tengok sana.” Zalya menunjuk ke satu arah. Pemilik no. 6&7 pelajar AAS itu melambai sambil tersenyum.
“Wah, glamor awak sekarang.” Puji Kamil.
“Mana ada.” Nafi Nadia.
“Esok dah last. Rindulah nanti saya kat awak.” Kata Kamil. Nadia tersenyum sahaja. Hmm, dah nak habis pulak. Kenapa masa mula-mula sampai kat sini rasa tak sabar nak balik. Tapi, bila tiba masa nak balik, rasa berat pula kaki ni. Nadia memandang lagi ke satu arah.
Pagi esoknya para peserta program perkhemahan itu sedang berkemas-kemas untuk balik ke kampus. Ada juga yang terus pulang ke kampung. Nadia sedang menyusun beberapa peralatan. Datanglah si Kamil ingin menghulur bantuan. Hmmm…macam mana nak cakap nak minta no phone ni. Snap. Kamil mengambil gambar.
“Ish, awak ni! Suka ambil gambar curi tau.”
“Awak marah ke?” Tanya Kamil. Nadia tidak terus menjawab.
“So, macam mana saya nak send gambar ni pada awak?” Tanya Kamil lagi. Minta-minta menjadilah taktik ni.
“Eleh, cakap jelah awak nak minta no phone saya.” Nadia dapat mengagak niat Kamil. Kamil ketawa.
“Hmm…tak menjadi pulak. Pandai awak baca hati saya ye.” Kamil menggaru kepalanya yang tak gatal. Nadia tertawa kecil.
“Kamil!” satu suara memanggil. Khai ni nak apa pula?
“Pergilah. Takper saya boleh buat sorang jek ni.”
“Yelah. Janji jangan angkat barang-barang ni. Nanti kita angkat sama-sama dengan ahli kumpulan yang lain. Diaorang tengah sibuk mandi tu. Kejap lagi sudahlah tu.” Kamil berlalu meninggalkan Nadia.
Nadia cuba nak mengangkat satu beg khemah, tiba-tiba ada seseorang datang membantunya. Dia tersenyum manis pada Nadia. Nadia sedikit terkejut.
“Abang Rezza. Abang buat apa kat sini?”
“Nak jumpa buah hati abanglah.” Jawab Rezza.
“Ish, abang ni! Jangan cakap bukan-bukan boleh tak? Orang dengar nanti.” Marah Nadia perlahan.
“Tak rindu abang ke?” Tanya Rezza.
“Abang.” Nadia menjengil mata. Rezza ketawa.
“Sombong yer dengan abang. Kalau dengan Kamil tu bukan main rancak lagi berbual.”
“Cakap Nad. Yang abang tu bukan main lagi bergembira ketawa mesra dengan ladies kat sana tu.” Balas Nadia.
“Cemburu?”
“Abang nak apa sebenarnya ni?” Nadia malas nak melayan usikan Rezza.
“Abang rindulah. 9 bulan 10 hari tau. Kalau mengandung, dah beranak dah.” Jawab Rezza. Nadia ketawa.
“Comel sayang abang ketawa.” Usik Rezza.
“Balik JB terus ke nanti?” Soal Rezza lagi.
“Haah, abah amik nanti.” Jawab Nadia.
“Kita jumpa kat rumah nanti yer.”
“Abang nak balik JB juga ke?”
“Lusa abang ada ‘show’ kat sana. Ni kena balik KL dulu. Amik kereta dulu.” Jelas Rezza.
“Abang!” Syeera memanggil dari jauh. Dia dan Zalya dah tersengih-sengih ke arah mereka.
“Mengurat ke? Marah Kamil nanti.” Usik Zalya. Merah muka Nadia menahan malu. Dah kulitnya cerah, terus berubah merah.
Nadia tersenyum. Sempat Rezza mengenyit mata padanya sebelum berlalu pergi. Tiba-tiba hati berbunga ceria. Perasaan yang tersimpan selama ini. Kamil terpandangkan wajah ceria itu. Gembira nak balik kampung atau gembira bila ……..
Seronoknya bila dapat menghempaskan badan ke atas tilam empuk miliknya yang sudah digunakan hampir 10 tahun. Nadia membuat aksi kuak lentang di atas tilamnya itu. Matanya dipejamkan. Teringat kenangan berkhemah dan berkampung di Ladang Nasuha. Tersenyum sendiri. Terlepas juga rasa rindu walaupun dapat berbual hanya seketika.
"Abang. Kamil minta no phone. Boleh bagi tak?" Tanya Nadia.
"Ikut suka sayang lah." Balas Rezza. Dia tersenyum.
Rezza tersenyum sendiri. Ternyata gadis kesayangannya itu masih menghormati hubungan mereka biarpun dia sendiri berkeras nak 'off' sementara dari relationship ini. Paranoid? Mungkin. Macam mana aku nak yakinkan dia yang hati aku takkan berubah walaupun aku dah jadi public figure sekarang ni.
"What?! Break off?" Terkejut besar apabila Nadia menyuarakan hasrat hatinya pada pertemuan petang itu. Suaranya yang agak kuat itu mengejutkan Nadim dan Nadzri yang sedang bermain basikal di halaman rumah. Menyedari itu, Rezza cuba mengawal emosinya.
"Kenapa? Apa salah abang?" Suaranya diperlahankan sedikit.
"Nad dah tak sayangkan abang?" Tanya Rezza lagi.
"Bila abang dah popular nanti, mesti abang akan lupakan Nad." Nadia tidak terus menjawab soalan Rezza.
"Apa yang Nad merepek ni. Nad kita kenal bukan sehari dua tau. Nad tak percayakan abang?" Soal Rezza serius.
Nadia diam.
"Atau Nad yang dah ada orang lain kat universiti tu. Dah jumpa orang yang setaraf pendidikan dengan Nad. Yelah, abang faham. Abang ni kan anak boss restoran nasi ayam jek. Ada diploma jek. Lainlah Nad, budak degree." Rezza tunduk merendah diri.
"Jangan mengarutlah. I just focus on my study jek." Nafi Nadia keras.
"Nad, masa Nad nak sambung belajar dulu, abang takde sikit pun rasa sangsi yang abang akan kehilangan Nad. Abang yakin dengan kesetiaan Nad. Abang yakin dengan hubungan kita ni. Abang nak masuk program tu sebab abang nak kejar cita-cita abang. Bukan kerana nak kejar glamour. Dan abang nak realisasikan impian abang dengan arwah Nazim dulu." Bicara Rezza seakan memujuk. Nadia diam sahaja. Sanggup ke dia berdepan dengan situasi itu nanti.
"Ok. Kalau Nad nak break jugak, terpulang. Tapi bagi abang hubungan kita still on." Itu kata putus Rezza.
Nadia mengeluh perlahan. Memang aku cemburu gila bila kawan-kawan sibuk mengerumuni dia. Sampai terjejas 'mood'. Sampaikan si Kamil nak tegur pun tak berani. Mungkin Rezza bukan juara, namun dia tu juara di hati gadis-gadis di luar sana. Handsome kot
pakwe aku tu. Syeera pun panggil abang, abang. Huh!
"Kakak, oooh kakak!" Terdengar suara Nadim memanggil-manggil sambil mengetuk pintu.
"Jangan kacau. Kakak nak rehat." Jerit Nadia dari dalam bilik.
"Abang datang." Jerit Nadim pula dari luar bilik. Nadia dah tersenyum sampai ke telinga. Tapi, ego perlu dipertahankan.
"Taknak keluar. Kakak merajuk." Balas Nadia.
"Kalau kakak tak nak keluar, nanti abang masuk." Ugut Nadim.
"Cubalah kalau berani. Kena belasah dengan abah nanti." Balas Nadia lagi.
"Kalau abang masuk, abah nikahkan terus." Terdengar pula suara abahnya menyampuk. Ish, abah ni! Boleh pulak dia berkomplot dengan adiknya, Nadim. Nadia mengintai dari tingkap. Rezza sedang menunggu di halaman rumah. Memang itulah tempat mereka ber'dating'. Nadim dan Nadzri akan bermain di situ. Nadia mencapai tudungnya. Dan menyarung baju lengan panjang.
"Kata nak balik KL dulu."
"Tak jadi. R-Min tu dah tak sabar nak jumpa girlfriend dia." Balas Rezza sambil tertawa kecil. Nadia mencebik bila mendengar nama itu. Rezza ketawa lagi. Inilah wajah yang dirinduinya.
"R-Min tu ada girlfriend ke?" Saja tanya, nak mengusik.
"Kenapa? Jealous?" Rezza cuba menguji gadis kesayangannya itu.
"Nad bagi ke no phone pada Kamil?" Rezza beralih topik. Nadia tersengih. Ada niat nak persendakan buah hatinya ini.
"Abang rasa?" Nadia tidak menjawab soalan Rezza.
"Lama cuti abang?" Suara Hj Marzuki mencelah perbualan mereka.
"Tak cuti pun abah. Kebetulan abang baru habis program kat Muar. Lusa ada show kat dataran bandaraya. Tu yang singgah sekejap. Nak jumpa orang merajuk ni." Sekilas menjeling Nadia.
"Hmmm, abah ingat dengan abah je kuat merajuk. Dengan abang pun sama. Nasib abanglah kalau dah kahwin nanti."
"Yelah abah. Itupun kalau dia sudi nak jadi isteri abang." Balas Rezza merendah suara.
"Kalau dia tak sudi, abah paksa." Seloroh Hj Marzuki. Rezza ketawa. Nadia mencebik. Hj Marzuki memang suka mengusik anak tunggal perempuannya ini.
"Kalau ikutkan abah, taknak biar kamu berdua ni bercinta lama-lama. Tak elok. Tapi, memandangkan masing-masing ada cita-cita, abah tak dapat nak halang. Lagi pula sekarang ni dah dekat. KL dgn Selangor jek. Tapi jauh dari kami orang tua ni. Pandai-pandai jaga diri." Pesan Hj Marzuki serius.
"Insha Allah abah. Abang pegang kata-kata abah tu." Janji Rezza. Nadia diam sahaja.
Lumrah percintaan, sudah pasti ada pahit manis masam tawarnya. Memang inilah yang Nadia selalu bimbangkan. Dia takut dia tidak kuat hadapi semua ini. Dalam masa yang sama, dia juga tak sanggup kehilangan insan yang dia sayang.
"Nad, petang ni kau 'free' tak?" Tanya Haleeda, sahabat baiknya.
"Kenapa?" Nadia tidak terus menjawab soalan Haleeda.
"Nak ke library. Teman aku."
"Pukul 3 ok. Pukul 2 aku nak kena jumpa prof Adam. Hopefully tak lama discussion kami nanti." Balas Nadia.
Malam itu.
"Yang abang nak marah-marah Nad kenapa? Bukan Nad yang suruh dia datang." Balas Nadia geram.
"Abang tak marah. Abang tanya je."
"Dahlah abang. Nad nak study ni. Nad ada exam. Please, jangan ganggu Nad." Nadia terus mematikan talian tanpa sempat Rezza berkata apa-apa. Handphone pun terus dimatikan.
"Nad, kenapa ni?" Tiba-tiba ada seseorang datang menggosok bahunya. Nadia terkejut sedikit. Seingat dia, masa dia masuk bilik tadi dia seorang sahaja.
"Sorry. Tak niat pun nak skodeng kau. Aku masuk nak amik buku ni." Haleeda menunjukkan buku di tangannya.
"Kau ok tak ni? Gaduh dengan boyfriend ke?" Haleeda tetap nak tanya walaupun Nadia diam sahaja dari tadi.
"Hei, janganlah stress sangat macam ni. You know you need someone to talk to." Pujuk Haleeda.
"Dia cemburu aku dengan Kamil." Akhirnya Nadia bersuara. Semua gara-gara kes petang tadi di library. Boleh pula tiba-tiba si Kamil muncul kat situ. Konon katanya nak jumpa Rashid. Boleh pulak ada sesi selfie wefie. Gara-gara Kamil ajak bergambar berdua dan gambar tu terpapar dalam akaun instagram Kamil, menjadi punca perbalahan Nadia dan Rezza.
"Sorry. Kalau aku tak ajak kau pergi library tadi, mesti tak kecoh kau dengan boyfriend kau."
"Aku tak kisahlah pasal tu. Aku stress sebab aku rasa dia macam dah tak faham aku. Dia tahu aku tak suka diganggu masa minggu2 exam. Dia kacau aku masa ni. Aku geram." Luah Nadia.
"Dia memang macam ni ke? Maksud aku, kuat cemburu?"
Nadia tidak terus menjawab. Takkan nak beritahu Haleeda yang Rezza cemburu hubungan baik aku dengan Kamil. Hmm, gaduh pasal nombor handphone hari tu pun belum selesai. Semua gara-gara abang Rashid yang sukahati dia je bagi no hp aku pada Kamil.
"Dia ok. Ntah lah Leed. Aku tak tahulah." Keluh Nadia.
"Dahlah. Kau jangan stress sangat. Sekejap lagi mesti dia call kau minta maaf. Kau couple dah lama kan. Mestilah dia rasa tergugat sikit, yelah Kamil tu kan popular." Pujuk Haleeda. Nadia tersenyum. Kalaulah Haleeda tahu yang mereka tu duduk serumah.
"Confident jek aku couple dah lama."
"Nad, kita ni sebilik dari first semester lagi tau. Walaupun kau tak pernah mengaku yang kau ada BF, tapi aku tahu, you have someone." Balas Haleeda dengan tahap keyakinan yang tinggi.
"So, apa nama dia?" Haleeda merisik nak tahu.
"Amboi, sempat nak korek rahsia."
"Alah, dengan aku pun nak berahsia. Hidup ni kalau banyak sangat simpan rahsia, berat tau otak kita." Haleeda tersengih. Nadia tertawa kecil.
"Hah, nampak tu." Haleeda memusingkan kepala Nadia agar memandang cermin.
"Muka kau yang tegang giler tadi dah kendur. Apa salahnya kau upah aku dengan bagitahu nama dia." Kata-kata Haleeda itu membuat Nadia ketawa sekali lagi. Betul cakap Haleeda, aku perlukan seseorang untuk berbicara meluahkan rasa. Barulah hati rasa lega. "Rezza." Ringkas jawapan Nadia. Haleeda tersenyum.
"Senior kita tu ke?" Teka Haleeda.
"Bukanlah. He was my childhood friend. Abang angkat yang dah jadi boyfriend angkat sekarang. One fine day aku akan cerita dengan kau. So, sekarang ni mood aku dah datang balik, aku nak study."
Sejambak bunga bersama cokelat Fererro Roche. Hmmm, kecohlah satu rumah. Nadia dah tegang muka menahan malu. Tak dapat call, emel tak dibalas, Rezza mengambil inisiatif mengirim bunga tanda minta maaf. Dia tahu Nadia tak suka bunga. Tapi, kajian ada mengatakan, perempuan yang merajuk mudah sejuk bila dapat bunga. Entah ya atau tidak teori tu.
Hmmm, dah agak dah mesti kena bebel. Tapi, Rezza tak kisah. Sekurang-kurangnya dia dapat dengar suara Nadia. Tak kisahlah kena marah atau kena bebelpun. Tak dinafikan, perasaan sebenarnya sedikit teruja menerima bunga itu. Cuma emosi sedikit terganggu bila ada yang ternampak nama si pengirim. Yang jadi suspek utama sebagai 'Abang Rezza' si abang super senior course mereka.
"Nad masih marahkan abang?"
"Abang, please. Jangan kacau Nad. Nad nak exam ni. Please, understand me. Abang kenal Nad dah lama kan. Kalau selama ni abang boleh faham Nad, kenapa sekarang tidak?"
“Nad buat abang susah hati.” Balas Rezza.
“Please, give me a break. Kalau abang nak ajak Nad gaduh ke, tunggu lepas Nad habis exam.” Pinta Nadia. Nada suara yang sangat serius. Tapi lembut.
R-Min sedang memetik gitar. Mungkin sedang mencipta lagu. Dalam 12 orang pelajar AAS ini, memang R-Min seorang sahaja yang rajin cuba mencipta lagu. Impiannya bukan sahaja ingin menjadi seorang penyanyi dan pelakon. Dia juga berminat menjadi pencipta lagu.
“Aku macam pernah dengar kau main lagu ni masa kat akademi dulu. Kau taknak release ke lagu ni?” Tanya Khairudin atau nama glamournya , Khai.
“Belum lagi. Aku tengah cari lirik yang sesuai. Lagu ni aku cipta dengan arwah kawan baik aku dulu. Kami sama-sama bercita-cita nak jadi artis. Yang paling kami minat, inilah. Cipta lagu. Masa tu kami baru 15 tahun. Humming jek lagu ni…tapi aku ingat sampai sekarang.” R-Min meluahkan cerita sedih. Teringat arwah sahabat baiknya.
“Lama tu. Nak dekat 10 tahun jugak.” Celah Kamil yang juga rakan serumah R-Min.
“Lagu ni macam ‘pusaka’ tau. Sebab tu aku kena buat lirik yang betul-betul sesuai. Aku nak lagu ni meletup, tak kisahlah kalau bukan aku yang nyanyi sekalipun. Ini hasrat arwah kawan aku tu.” Tambah R-Min.
“Oh, ya Syeera call tadi. Dia ajak dinner rumah dia Sabtu ni. Birthday party dia. katanya nak suruh kau nyanyi. Nanti dia call kau.” Beritahu Kamil, menukar topik.
“Kau ni bukan main smart lagi. Nak ke mana? UPM ke?” Usik Khai. Kamil tersengih.
“Kau nak buat apa ke sana?” Tanya R-Min serius.
“Nak jumpa buah hati dialah.” Khai yang tolong jawabkan.
“Maksud kau?” R-Min tak faham.
“Kau tak tahu ke yang dia ni tengah angau dengan budak juara nyanyi kat hutan hari tu. Siapa nama dia aku lupa pulak.”
“Nadia.” Kamil tolong jawabkan. Tersenyum.
“Kenapa? Kau pun suka kat dia ke?” Soal Kamil menguji. R-Min diam sahaja.
“Kalau dah suka tu, jangan pendam sahaja. Be gentleman macam aku ni.” Tambah Kamil.
“Kau tak terfikir ke yang kau tu akan mengganggu dia. Dia kat situ kan nak belajar.” R-Min tak puas hati.
“Hah, tu handphone kau bunyi tu. Mesti Syeera tu.” Kamil tidak menjawab soalan R-Min.
Eish, rasa macam nak tumbuk pun ada mamat ni. Mentang-mentanglah kau popular, ramai orang suka, kau ingat boleh suka-suka hati nak kacau girlfriend orang. Nak saja aku ‘flying kick’ mamat ni. Tapi tak boleh nak salahkan dia. Dia bukan tahu yang salah seorang dari 5 orang rakan serumah dia ni adalah kekasih hati pengarang jantung si gadis Marisya Izara Nadia tu.
“Abang. Kau nak ikut aku tak? Aku nak pergi beli hadiah untuk Syeera ni.” Ruzz bersuara. Rezaa menjeling jam tangannya.
“Malaslah. Aku bagi duit, kau tolong belikan sekali.” Jawab Rezza. Mood nak meneruskan kerja takde, mood nak keluar dari rumah pun takde. Dahlah tengah buntu dengan awek yang asyik merajuk jek ni. Bukan asyik merajuk. Tapi rajuk yang tak sudah-sudah. Apa nak buat ni?
Zalya memandang Rezza lama. Tadi cakap ada benda nak minta tolong. Tapi dari tadi diam sahaja. Ini mesti masalah dengan awek ni. Tu yang susah sangat nak cakap ni. Kalau aku cakap, nanti dia tau aku ada girlfriend, dan kalau kecoh benda ni, confirm lagi panjanglah rajuk buah hati aku tu. Memang antara ramai-ramai pelajar perempuan dalam AAS dulu, Zalya antara teman rapatnya. Dan Syeera pula orang yang selalu digossipkan dengannya.
“Lya pernah tak merajuk panjang dengan Ryzal?” Soalan itu yang terpacul keluar dari mulut Rezza.
“Tiba-tiba je tanya soalan macam ni? Girlfriend merajuk ea?” Zalya dapat mentafsir sesuatu. Rezza menggaru kepala yang tak gatal.
“Ok, Lya faham. Abang mungkin taknak cerita siapa girlfriend abang tu. Lya tak kisah. Yang Lya tahu, abang nak tahu macam mana nak pujuk dia kan?” Tafsir Zalya. Rezza angguk.
“Dia memang kuat merajuk ke?” Tanya Zalya.
“Taklah. Kami kawan dah lama. Sebelum ni tak macam ni pun. Lepas abang jadi artis ni jek.” Luah Rezaa.
“Abang kan dah popular. Jadi gilaan gadis pulak tu. Tambah lagi dengan gossip hangat abang dengan Syeera. Mestilah dia rasa terpinggir. Dan kalau abang betul-betul ikhlas dengan dia, abang kena berpegang dengan dua perkara.”
“Apa dia?” Tanya Rezaa.
“Pertama, jangan pernah ada niat nak khianati cinta dia. Dan yang kedua, abang jangan pernah putus asa dengan dia. Biarlah dia merajuk macam manapun, abang jangan putus asa. Kerak nasi abang, lama-lama lembut juga.” Nasihat Zalya.
“Lya dengan Ryzal pun macam tulah abang. Kami kenal sejak sekolah menengah lagi. Dia sanggup ikut sama-sama ujibakat AAS dulu. semata-mata tak nak jauh dari Lya. Tapi, dia tak lepas. Bergaduh kami bila dia tak bagi Lya teruskan dulu. Lya pujuk dan pujuk dan pujuk dan pujuk….dapat jugak. Nombor 4 pun nombor 4 lah.” Cerita Zalya sambil ketawa. Rezza tersenyum.
Kalau abang betul-betul ikhlas dengan dia, jangan pernah putus asa dengan dia. Pujuk dan pujuk dan pujuk dan pujuk. Masa tu jugak, abang boleh tahu betapa dalamnya kasih sayang abang pada dia. kalau abang mampu bersabar dengan dia, insha Allah dia akan nampak keikhlasan abang.
Nadia melangkah keluar dari perpustakaan. Terdengar namanya dipanggil. Nadia mencari dari mana arah suara itu. Kamil? Apa lagi lah mamat ni nak? Tolonglah jangan nak bagi alasan kau nak jumpa abang Rashid. Dah dekat tiga tahun aku kat sini, sebelum ni tak pernah pula nampak batang hidung kau datang jumpa abang Rashid.
“Buat apa kat sini?” Nadia berbasa basi.
“Jumpa abang Rashid.”
“Rajin pulak awak jumpa abang Rashid sekarang ni yer.” Sindir Nadia. Kamil tersenyum.
“Err, free tak. Jom kita pergi minum petang.” Ajak Kamil.
“Nad.” Satu suara menjerit memanggil namanya. Qalish berlari menghampiri Nadia dan Kamil.
“Prof Adam nak jumpa kau sekarang.” Beritahu Qalish.
“Eh, kita ka nada exam lagi setengah jam.”
“Aku tahu, aku dah beritahu dia. Sekejap jek. Nak suruh kau sain jek. Proposal kita tu dah dapat approval.” Cerita Qalish excited.
“Kau pergi jumpa prof sekarang. Kau sain apa yang nak kena sain. Dia nak terus ke pejabat pentadbiran. Kalau semua dah settle, hujung bulan depan kita fly ke US.” Tambah Qalish lagi. Nadia begitu teruja. Dia terus pergi tanpa cakap apa-apa pada Kamil.
Rezza tersenyum. Dalam rajuk tu masih ingin berkongsi gembira dengannya. Nadia pernah bercerita yang dia dan beberapa orang rakannya berusahasama dengan professor mereka untuk menghasilkan satu produk. Produk apa tak tahulah. Yang pastinya, projek yang diusahakan selama 2 tahun itu sudah menampakkan hasil.
“Amboi, senyum lebar. Dah siap ke lirik lagu?” Tegur Khai. R-Min senyum sahaja.
“Kau pergi tak majlis Syeera nanti?” Tanya Khai.
“Insha Allah, kalau tak ada apa-apa?” Jawab R-Min.
“Kau kenapa Mil? Masam jek muka. Tak dapat jumpa buah hati ke?” tegur Khai bila dilihat Kamil membisu sambil menonton tv. Itu bukan Kamil. Kamil kalau tengok tv, suara dia lebih kuat dari suara tv.
“Jumpa. Tapi, dia boleh blah tinggalkan aku macam tu jek. Dia ada exam. Wrong timing lah aku datang tadi.”
“Padanlah dengan muka kau. Students ni, jadual dia kau kena tahu. Bila diaorang nak exam, bila diorang nak study. Lain kali jangan main serbu jek.” Sindir R-Min.
Nadia gembira sangat. Akhirnya usaha mereka berlima sudah berhasil. Kerajaan bersetuju menaja mereka ke pertandingan antarabangsa dua bulan akan datang. Minggu ni nak kena balik JB. Ada beberapa dokumen yang perlu ditandatangani oleh ibubapanya. Haleeda dah setuju nak ikut balik. Haleeda akan drive ke JB.
“So, ini ke abang Reza kau?” Haleeda mengambil sebuah frame gambar dari atas meja Nadia.
“Ish, gila kau aku nak ambil gambar macam tu.” Nadia ketawa. Nak mati kena pelangkung dengan abah ambil gambar berpaut bahu macam tu. Walaupun masa tu dia baru berumur 12 tahun dan lelaki dalam gambar tu 14 tahun.
“Inilah arwah abang Nazim. Abang kandung aku. Dia ni kawan baik abang Rezza. Lepas dia meninggal, abang Rezza tu selalu datang rumah aku. Dia buat apa yang arwah abang aku selalu buat. Tolong mak aku berkebun. Tolong ayah sapu laman, potong rumput. Ajar adik-adik aku naik basikal, main macam-macam. Kami sekeluarga panggil dia abang.”
“Oooh, itu yang kau cakap dari abang angkat, jadi kekasih angkat tu.” Teka Haleeda. Nadia angguk.
“So, kau memang takde simpan gambar abang Rezza kau tu?”
“Aku simpan kat sini.” Nadia menunjuk ke hatinya. Halaeeda mencebik.
“So, tak dapatlah aku tahu mukanya macammana.” Keluh Haleeda. Nadia ketawa.
“Kau jangan bimbang, kalau tak hari ini, esok mesti dia datang. Kalau aku balik JB, wartawan tak bergaji kat bawah tu akan hantar laporan kat abang Rezza diaorang tu.” Haleeda tersenyum apabila Nadia memberi jaminan macam tu.
“So, kau selalu dating kat mana?” Haleeda sibuk nak tahu.
“Kat halaman luar tulah. Kalau dia nak datang, dia akan call dulu. Make sure parents aku ada kat rumah. Dan budak-budak dua orang tu kenalah bermain kat luar tu. Kami tak pernah keluar berduaan. Kalau keluar pun, mesti dengan famili. Samada family dia, atau famili aku. Itu syarat mak dan abah aku.” Terang Nadia. Haleeda tersenyum. Kagum dengan cara emak dan abah Nadia mendidik anaknya.
“Kau rasa dia akan datang hari ini atau esok?” Tanya Haleeda. Tak sabar sebenarnya nak tengok muka abang Rezza tu. Handsome tak orangnya.
“Esoklah kot. Rasanya hari ni dia pergi birthday party Syeera tu.”
“Hah, Syeera! Syeera mana ni?” Haleeda sedikit terkejut.
“Eh, kau penatkan. Jauh kau drive. Kau rehatlah dulu. Aku nak tolong mak aku buat kuih kejap.” Pantas Nadia beralih topik.
“Kakak!” terdengar suara si adik menjerit dari luar bilik. Nadia membuka pintu. Nadim yang sedang berdiri di depan muka pintu tersenyum. Di tangannya ada sebungkus cokelat Cadbury. Nadia tersenyum. Pasti Rezza ada di bawah. Cepat betul dia sampai. Dia tak pergi ke majlis hari lahir Syeera?
“Abang ada kat bawah.” Beritahu Nadim tanpa sempat Nadia bertanya apa-apa.
“Hah, ye ke?” Haleeda pula yang lebih teruja. Nadia tersengih. Nak tak nak, kena jugalah bawa kawan dia ni turun.
“Tapi, kau kena janji dengan aku sesuatu.” PInta Nadia sambil menyarung semula tudungnya. Haleeda memandang tak mengerti. Tudungnya yang senget sebab baring tadi dibetulkan semula.
“First, kau jangan menjerit. Kedua,kau jangan pukul aku. Ketiga, jangan terkejut.”
“Amboi, banyaknya syarat. Kenapa boyfriend kau tu artis eh?” Balas Haleeda . Nadia tersenyum sahaja.
Mereka turun ke halaman rumah. Rezza tersenyum melihat Nadia yang sedang berjalan menuju ke arahnya. Langkah Haleeda terhenti. Nadia tak faham. Dia membuat isyarat, sambil mengangkat kepalanya. Dalam erti kata lain bertanya, kenapa?
“Itu R-Min kan?” Tanya Haleeda macam percaya tak percaya.
“Itulah abang Rezza.” Jawab Nadia. Tersenyum.
“Itu R-Min lah.” Balas Haleeda. Masih tak percaya.
“Kau ni kan. Kata die hard fan sangat. Siapa nama R-Min sebenar?”
“Arminuddin lah.” Jawab Haleeda confident.
“Nama panjang dia.” Tekan Nadia.
“Arminuddin Haiqal. Eh, bukan! Rezza Arminuddin Haiqal.” Haleeda terlopong. Pantas Nadia menutup mulut sahabatnya itu.
Hmm tak cukup lagi ke bukti? Dia memang sayangkan kau dan memang tak mahu kehilangan kau. Aah, masih awal lagi. Baru setahun dua dia dalam dunia glamor ni. Dia akan bertemu dengan bermacam-macam orang. Tiba-tiba teringat video klip lagu Akim Ahmad, apa pulak tajuk dia. Mula-mula masa nak mengurat, bukan main lagi. Pikul teddy bear besar naik motor pun tak segan langsung. Tapi, bila dah jadi artis, dah popular. Mula lupa diri.
“You’re being paranoid.” Komen Haleeda.
“Yes. I agree with that. Memang aku takut. Hakikat sebenarnya aku takut kehilangan dia. Aku kena bermula dari sekarang. Aku kena belajar kehilangan dia.” balas Nadia.
“Jangan mengarutlah. Aku tahu dia ikhlas cintakan kau. Masa kau nak sambung belajar, dia tak de rasa sangsi macam kau pun. Tapi, bila dia nak jadi artis, kau pulak nak minta putus. Kesian dia tau.” Sambung Haleeda.
“Entahlah Leed. Aku tak berani nak menaruh harapan apa-apa dalam hubungan ini.” Balas Nadia.
“Beb, sekurang-kurangnya, nampak kan dia lebih pentingkan kau dari Syeera tu.” Ungkit Haleeda.
“Maksud kau?” Nadia tak faham.
“Dari minggu lepas lagi, Syeera dah citer kat insta dia yang dia nak buat birthday party hari ni. And dia ada mention yang R-Min akan perform satu lagu malam tu. Tapi, dia ada kat sini kan?” jelas Haleeda akan maksudnya.
“Aku pasrah je Leed. Kalau ada jodoh aku dengan dia, adalah. Kami berkawan bukan sehari dua. Dia pun dah kenal aku sejak aku bayi lagi. Aku akan tetap anggap dia macam abang aku sendiri, walau apapun yang terjadi.” Luah Nadia redha.
“Insha Allah Nad. Aku doa yang terbaik untuk kawan baik aku ni. Yang pandai sangat simpan rahsia ni.” Haleeda merangkul bahu sahabatnya. Nadia memeluk kawan baiknya itu.
Kembali ke Kuala Lumpur. Menjalani tugas seperti biasa. Rezza terbaring keletihan. Dia menonton tv sambil baring di atas sofa. Menonton sebuah rancangan tv dari luar negara: Amazing Video. Tajuk kali ini ialah ‘will you marry me?’. Wow, menarik! Macam-macam video mat-mat saleh ni buat untuk ajak girlfriend dia kahwin.
“Amboi, cari idea nak ajak Syeera kahwin ke?” Usik Ruzz. Rezza tersintak. Bila masa pulak mamat ni balik.
“Haha! Kau ingat dia nak layan aku buat kerja-kerja macam ni. Silap-silap dia reject aku siap-siap.” Balas Rezza yang memang tak setuju langsung dengan cara mat-mat salih ni melamar girlfriend masing-masing. Mungkin budaya melayu yang jauh berbeza dengan budaya barat membuatkan Rezza tak berminat langsung dengan cara mereka. Sah-sah aku kena basuh dengan abah.
“Sweet kan tu? Sama-sama buat bungee jump, lepas tu jerit ‘will you marry me?’. Sambil berpelukan.”
“Yang itu yang tak ‘sweet’. Belum nikah dah peluk-peluk. Agama dan budaya kita tak samalah.” Tegas Rezza.
“So, nak buat macam Hairul Hazrin? Tak pun macam Awal Ashari?” Teka Ruzz.
“Eh, jangan buat pasal. Satu Malaysia tengok tu. Kalau dia terima takpelah. Buatnya dia reject. Buat malu jek.” Rezza tak setuju.
“Kenapa? Abang takut Syeera reject abang ke?” Tafsir Ruzz. Rezza ketawa berdekah.
“Malaslah nak layan kau ni. Tak habis-habis dengan Syeera. Kau yang sebenarnya syok kat dia kan? Kalau betul kau suka kat dia, pergilah cakap kat dia. Jangan pendam lama-lama. Nanti, ada orang lain dah kebas, meranalah kau.”
“Betul tu. Tengok macam aku ni. Usaha tangga kejayaan tau.” Tiba –tiba sahaja suara Kamil mencelah masuk.
“Maksud kau budak UPM tu?” Khai pulak tiba-tiba muncul. Hai, tadi tenang je rasa perasaan. Bila masuk je mamat ni, rasa lain macam pulak.
“Yesza. Esok aku nak ke UPM. Tadi aku pergi, dia takde. Balik JB. Orang Johor rupanya dia tu. Tak jauh sangatlah kalau nak singgah.” Kamil tersengih.
“Buat apa kau nak kacau dia kat universiti. Dia kan nak belajar. Sekarang ni tengah exam pun.” Rezza tak selesa mendengar statement itu. Aku boyfriend dia pun tak pernah cari dia kat situ.
“Sebab tengah exam lah aku ke sana cari dia. Sebab, abang Rashid cakap masa minggu exam, dia selalu ke situ.” Balas Kamil selamba.
Sabar Rezza, sabar. Kalau aku call Nadia sekarang ni, mesti dia membebel. Punyalah payah nak pujuk dia gara-gara kacau dia masa minggu exam hari tu. Ni kalau dia merajuk lagi, masak aku nak memujuk lagi. Aku tak suka. Aku dah bosan. Mungkin dah tiba masanya keputusan dibuat. Nad yang paksa abang buat ini.
“Kenapa awak datang sini sebenarnya?” Tanya Nadia serius.
“Nak jumpa awak. Tak boleh ke?”
“Memang tak boleh. Tak manis kan orang pandang. Lagipun saya tak suka dating berdua macam ni. Saya minta diri dulu. lain kali jangan buat macam ni boleh tak. Konon nak minum ramai-ramai, tiba-tiba tinggal kita berdua macam ni. Berapa banyak awak upah kawan-kawan saya untuk buat macam ni?” Nadia memang betul-betul tak puas hati dengan tindakan Kamil dan kawan-kawannya.
Nadia tak berkata apa sejak balik tadi. Mardiana rasa serba salah. Dia yang beria sangat setuju dengan permintaan Kamil tu. Dia bukan tak tahu Nadia tu tak suka berduaan macam tu. Lagilah Kamil tu artis. Hmm…silap-silap viral benda ni. Tulah, nak buat sesuatu tak fikir dulu. Fikir seronok nak kenakan kawan jek kan. Terlupa pulak yang Nadia tu dah ada ‘abang Rezza’. Mesti nanti dia bergaduh dengan pakwe dia. Habislah aku.
“Nad marah ke?” Tanya Mardiana pada Haleeda.
“Kau rasa?” Haleeda tidak terus menjawab soalan Mardiana.
“Kau pun satu, dah tau kawan kita tu macam mana orangnya. Boleh pulak kau buat macam tu. Dengan boyfriend dia pun tak pernah dating berdua tau.” Marah Haleeda.
“Bukan aku yang beriya sangat. Lagipun, si Kamil tu yang ‘halau’ kiteorang. Dia beriya-iya suruh kiteorang panggil Nadia ke situ. Aku memang betul-betul menyesal ni. Aku dah siap patah balik ke kafe tu, tapi aku nampak Nad dah lari keluar dah. Muka dia memang tak manis langsung. Aku panggil dia buat taktahu jek.” Mardiana rasa bersalah sangat.
“Kalau dia gaduh dengan pakwe dia, habislah kau.” Haleeda sengaja cuba menakut-nakutkan Mardiana.
Rezza merengus geram. Dia tak percaya Nadia akan keluar berduaan dengan Kamil. Dia bukan sehari dua kenal Nadia. Takkanlah dia dah berubah sejak kenal Kamil. Tapi tak mustahil kan. Manusia boleh berubah. Mungkinkah Nadia dah berubah hati. Dia takkan telefon Nadia. Baru sahaja baik rajuknya. Takpe, sabar sikit je lagi. Rezza memandang handphonenya lama. Tangannya terasa-rasa nak buat panggilan. Mesti dia marah nanti. Tiba-tiba handphonenya itu berbunyi. Ada satu pesanan mesej dari no yang tidak dikenali. Si penghantar mesej memperkenalkan diri sebagai Haleeda. Kawan Nadia. Rezza tersenyum. Harap-harap ada berita gembira tentang Nadia.
“Kata nak pergi dating. Awal balik.” Tegur Khai. Kamil tersenyum sahaja.
“Kau pergi mana?” Tanya Ruzz. Kamil tidak menjawab. Senyum sahaja.
“Kau pergi cari Nadia lagi ke?” Tanya Rezza serius. Kali ini Kamil tidak senyum.
“Kalau aku cari dia, kenapa?” Balas Kamil.
“Kenapa mesti kau nak kacau dia? Dia tu student.” Rezza sangat serius.
“Yang kau nak serius sangat ni kenapa?”Kamil tak faham.
“Aku kacau girlfriend kau ke?” Tanya Kamil lagi.
“Aku tak suka kau kacau dia?” Jawab Rezza serius. Keadaan nampak tegang. Memang tegang. Apatah lagi selepas membaca mesej penerangan dari Haleeda tadi.
“Eh, relaxlah bro. Takkan pasal perempuan korang nak gaduh. Tak macho lah beb.” Khai cuba menenangkan keadaan.
“Tak. Sekarang ni aku nak tahu. Yang kau marah sangat aku nak mengurat Nadia tu kenapa? Kau pun suka kat dia ke?” Kamil masih tak puas hati.
“Aku tak suka kau kacau dia, sebab dia tu girlfriend aku.” Akhirnya pengakuan dibuat. Seisi rumah terdiam seketika.
“Maksud kau, adik arwah best friend kau ke abang?” Ruzz mencelah ingin kepastian. Rezza memang pernah menceritakan tentang adik angkatnya yang kini dah jadi kekasih hatinya. Rezza angguk.
“Kalau betul dia girlfriend kau, kenapa masa kita camping hari tu korang macam tak kenal jek?” Khai tak faham.
“Ini bukan kehendak aku. Awal-awal lagi dia dah ‘warning’ aku. Dia taknak orang tahu dia tu girlfriend aku. In fact dia pernah minta putus dengan aku masa aku mula-mula nak jadi artis.” Rezza mula bercerita.
Kamil terdiam. Masa hari terakhir camping hari tu, dia nampak Rezza main kenyit-kenyit mata dengan Nadia. Dia dengar Rezza panggil Nadia ‘sayang’. Dia dengar Nadia panggil Rezza @ R-Min ‘abang’. Kenapalah aku tak terfikirkan hal ini. Aku Cuma fikir R-Min nak ‘try’ mengayat awek. Masa tu dia Cuma fikir Nadia ni istimewa. Sebab tulah, R-Min yang dikategorikan sebagai ‘mamat skema’ dalam akademi dulu pun nak mengurat Nadia ni. Sekarang ni bukan setakat rasa bersalah dengan R-Min, rasa bersalah yang teramat sangat pada Nadia.
“Kami tak pernah pun keluar berdua-duaan. Itu memang pantang besar dia. Jadi, bila aku tahu kau duduk berduaan dengan dia, kau boleh faham perasaan aku macam mana. Aku sendiri pun tak pernah dapat hak untuk keluar berduaan dengan dia. Dan kami pegang prinsip tu walaupun kami jauh dari keluarga. Sekarang ni, kami dah jarang dapat jumpa. Benda-benda macam ni buatkan aku bosan.”
“Bosan???” Mereka yang lain tercengang.
Akhirnya Nadia keluar dari bilik. Airmukanya memang tak manis. Kenapa abang tak call? Abang marah ke? Kalau awal-awal beritahu aku ni dah ada boyfriend, mesti tak jadi hal ni. Mesti abang kecewa dengan aku. Kat UPM ni pun boleh pulak ada paparazzi tak bergaji. Eish, laju betul gambar tersebar. Takut-takut Mardiana nak dekati Nadia. Nadia duduk di sebelah Haleeda. Dan berbisik sesuatu ke telinga sahabatnya itu.
“Relaks ok. Jangan tegang sangat. Esok dah last paper ni. Jangankan kerana hal ni, tak pasal-pasal kena repeat paper.” Nasihat Haleeda. Nadia tak tahu kenapa perasaannya jadi lain sangat. Selalunya dia boleh lupakan hal lain kalau sibuk belajar. Dia taknak stress macam ni. Kenapa Rezza tak call? Dia marah ke? Hai, baru je berbaik-baik beberapa hari lepas. Silap aku jugak kot. Merajuk walaupun sepatutnya aku yang memujuk.
“Apa kata sekali-sekala kau yang mengalah.” Nasihat Haleeda. Nadia tak faham.
“Selalunya, samada salah kau atau salah dia, mesti dia yang call kau kan? So, apa salahnya kalau kali ini kau yang call dia. Mungkin dia tak nak call kau sebab taknak kacau kau yang nak study. Exam kan ada lagi. Atau mungkin dia tak call kau sebab dia cedera baru lepas bertumbuk dengan Kamil tu.”
“Ish, kau ni! Takkanlah sampai bertumbuk.” Marah Nadia bila Haleeda cakap macam tu. Haleeda ketawa.
“Yelah. Aku call dia sekejap lagi.” Nadia akhirnya mengalah. Dia mencapai handphone di atas meja. Haleeda berlalu jauh sikit, berikan privacy katanya. Nadia bangun dan menuju ke bilik. Belum sempat dia mendail, satu panggilan masuk. Nadia tersenyum.
“Abang nak jumpa Nad.”
“Tunggulah. Minggu depan Nad balik JB.”
“Tak. Abang nak kita jumpa sekarang.”
“Sekarang? Dah malam dah ni. Umi dan abah bising nanti.”
“Umi dan abah tak tau kan.”
“Abang ni dah kenapa? Jangan paksa Nad ubah prinsip Nad semata-mata kerana nak melayan marah abang tu.” Nadia naik berang.
“Sorry. Abang minta maaf. Abang tak niat tak baik pun. Abang tak patut cakap macam tu. Maafkan abang.” Rezza kesal dengan kata-katanya.
“Abang ada nak cakap apa-apa lagi tak ni?”
“Abang nak jumpa Nad. Esok. Lepas Nad habis exam.”
“Kenapa abang beriya-iya sangat nak jumpa Nad ni?”
“Ok, abang faham. Nad bawa Haleeda sekali. Kita takkan dating berduaan. Abang takkan langgar syarat tu walaupun kita jauh dari umi dan abah.” Rezza tidak menjawab soalan Nadia.
“Abang amik Nad kat university.”
“Takper. Haleeda ada kereta. Abang beritahu je nak jumpa kat mana. Tapi, Nad tak janji. Nad kena tanya Leed dulu.” Balas Nadia. Nada suara yang marah tadi dah mula tenang. Rezza tersenyum.
Nadia menjawab kertas soalan dengan tenang. Dia buang segala kekusutan fikiran. Mujurlah kertas hari ini tidaklah serumit mana. Senang cerita, paper hari ini makanan Nadia jek. Top student dalam kelas untuk subjek ini. Sebaik sahaja kertas dikutip oleh pengawas peperiksaan, Nadia segera mendapatkan Haleeda. Haleeda mengusik mengatakan Nadia tak sabar-sabar nak jumpa buah hati. Tak tahulah. Hati rasa berdebar-debar tiba-tiba. Apa yang abang Rezza nak sebenarnya. Macam serius sangat bunyinya.
Kereta yang dipandu Haleeda meluncur keluar dari pagar utama UPM. Nadia tak bersuara apa. Nervous semacam. Dah macam nak ambil ujian lessen memandu pulak rasanya. Nak ambil result SPM pun tak rasa macam ni. Abang nak minta putus ke? Mungkin hari tu dia gaduh dengan Syeera sebab tak datang masa birthday party tu. Mungkin masa tu dia dah tahu yang dia lebih sayangkan Syeera. Mungkin sebab itu Rezza tak marahpun pasal gambar Nadia berdua dengan Kamil di kafe tersebar. Am I being too paranoid? Atau memang itu yang akan berlaku. Nad, kau kena kuat. Kau sendiri pernah minta putus dulu. Kau sendiri pernah kata, kau akan terima andai satu hari nanti kau akan kehilangan dia. Kau kena kuat Nad. Jangan menangis depan dia. Kau kena kuat!!!!!!!!!
“Hei, kau dah kenapa?” Tanya Haleeda. Terkejut kawan tu bila tiba-tiba sahaja Nadia menjerit macam tu.
“Err…sorry.” Nadia tersengih. Tak sengaja pulak terjerit luar hati. Ingatkan nak jerit dalam hati jek.
“Kita dah sampai ni. Kau turun kat pintu masuk tu. Aku pergi parking jap.”
“Taknaklah. Kita turun sama-sama.” Nadia menolak cadangan Haleeda. Haleeda berkerut dahi. Aish, macam-macam minah ni.
Rezza sudah menunggu di dalam bilik khas itu. Nadia dan Haleeda masuk ke dalam bilik VIP yang telah ditempah oleh Rezza. Makanan sudah terhidang di atas meja. Rezza tersenyum menyambut kedatangan Nadia. Rezza mengajak makan dahulu.
“Ada apa abang nak jumpa Nad ni?” Tanya Nadia tak sabar.
“Nad, abang minta maaf. Abang tahu abang banyak sakitkan hati Nad sejak akhir-akhir ni. Nad, abang sebenarnya dah bosan..”
“Apa? Bosan?” Pintas Nadia. Kau kena kuat Nad.
“Betulkan cakap Nad. Suatu hari nanti abang akan bosan dengan Nad. Dari dulu lagi Nad kita berhentikan semua ni. Tapi, apa janji abang. Nak sayang Nad sampai matilah. Hati takkan berubahlah. Takkan lupakan kasih sayang kitalah. Hari ini, abang cakap abang dah bosan dengan Nad. Abang dah jumpa orang lain kan. Hati dah berubah. Tahniah. Tahniah sebab dah berjaya sakitkan hati Nad. Dan tahniah sebab dah ada orang lain yang boleh hilangkan kebosanan abang tu.”
“Nad. Jom, kita nikah.” Pintas Rezza.
“Abang cakap apa?” Nadia kurang pasti atau mungkin kurang yakin dengan apa yang dia dengar.
“Abang ajak Nad kahwin.”
“Abang cakap tadi abang dah bosan dengan Nad.” Nadia tak faham.
“Abang cakap dah bosan. Betul. Tapi abang tak cakap pun abang dah bosan dengan Nad. Abang dah bosan dengan keadaan kita sekarang ni. Asal jumpa jek gaduh. Asal jumpa je gaduh. Abang nak kita macam dulu. setiap kali kita jumpa kita happy. Abang tahu, keadaan kita sekarang ni yang buatkan kita selalu jadi macam ni. Gossip yang ntah apa-apa. Abang sayang Nad. Abang ikhlas. Hati abang tak pernah berubah. Sejak hari pertama abah dan umi, mama dan papa cadangkan kita disatukan, sejak hari itu abang dah tutup rapat hati abang untuk orang lain.”
“Tapi, abang tak takut abang akan kehilangan peminat abang. Abang kan tengah top sekarang ni.” Soal Nadia ingin menguji.
“Abang lebih takut kehilangan Nad. Abang dah dapat apa yang abang nak. Abang nak jadi penyanyi. Abang dah dapat jadi penyanyi. Abang nak release lagu abang dengan arwah Nizam dulu. Abang dah dapat buat lirik yang sesuai. Cuma abang belum dapat menghalalkan hubungan kita. Abang tak kisah kalau abang dah tak diminati lagi. Abang masih ada orang yang abang sayang di sisi abang. Itu yang lebih penting. Abang nak Nad tahu yang abang ikhlas.” Luah Rezza Arminuddin Haiqal ikhlas. Nadia memandang Haleeda. Mungkin inginkan pendapat atau nasihat dari sahabatnya itu. Namun, Haleeda memberikan satu pandangan yang membawa maksud, tanya hati.
“Abang tahu, mungkin Nad belum bersedia lagi. At least kita bertunang dulu. Nad habis belajar, kita nikah.” Tambah Rezza. Nadia masih tak bersuara.
“Nad. Jom, kita nikah.” Ajak Rezza sekali lagi. Macam nak ajak pergi pasar malam pulak. Jom! Jom! Jom! Hmmm……
Hmm, nasib baik Haleeda belum ambil kereta dia. Boleh parking kereta kat ‘port’ dia. kereta Axia berwarna merah itu berhenti dengan selamat. Nadia mematikan enjin. Wah, sedap betul minah ni tidur. Mentang-mentang dah lama tak jadi ‘co-pilot’, mengambil kesempatan sungguh. Nadia menggoyangkan badan Haleeda. Haleeda tersedar dari lena. Dah sampai rupanya. Memandang Nadia. Tersengih. Padahal dah janji tadi taknak tidur. Dah puas tidur sepanjang perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur. Sedap betul dia tidur di kerusi belakang. Dah sampai Cheras tadi barulah dia beralih tempat ke kerusi depan.
“Eh, Leed. Kau balik naik apa? Kata tak bawa kereta.” Tanya Lyza.
“Aku dengan Nad. Kan aku cakap aku pergi rumah dia dua hari lepas.”
“Nad drive ke?” Tanya Lyza kurang percaya.
“Yang penting, hari ni aku puas tidur. Jadi co-pilot jek.”
“Wah, bukan main lagi Nad tu. Selalunya tak rajin nak drive. Dekat jek pun taknak. Ni dari JB dia drive.” Komen Zana pula. Haleeda tersengih. Hmmm, korang tak tahu. Ada orang lain yang drive sampai KL tadi. Minah tu drive tak sampai 10km pun.
“Mana dia?”
“Ada kat luar tu. Dia tengah dating dengan kereta abang Rezza dia.” beritahu Haleeda.
Nadia tersenyum sendiri. Cincin sudah tersarung di jari manis. Mungkin inilah pilihan yang tepat untuk aku. Hmm, macam manalah kalau kawan-kawan aku tahu hal ni. Diorang marah aku tak? Atau aku akan jadi musuh nombor 1 diorang.
“Amboi! Cantik cincin.” Tiba-tiba sahaja Sara muncul di situ.
“Ish, kau ni! Dari mana? Kereta mana? Kenapa naik motor? Motor siapa pulak ni?”
“Amboi, banyaknya soalan kau. Kau ingat aku ni kaunter pertanyaan.” Malas Sara berseloroh.
“Sibuk membelek cincin rupanya.” Sara menarik tangan kanan Nadia. Membelek cincin yang tersarung di jari manis kawannya itu.
“Cincin nikah ke?”
“Hish kau ni! Belum lagilah. Tunang je dulu.” Nadia menarik tangannya yang dibelek-belek itu. Sara ketawa.
“Ni, tak jawab lagi soalan aku. Kenapa naik motor? Kereta kau mana?” segera Nadia beralih topik.
“Nilah masalah kalau sibuk dating tapi tak cek minyak kereta. Tiba-tiba mati enjin tengah jalan. Risham call kawan dia. Aku nak cepat. So, aku balik dululah.”
“Sanggup kau tinggalkan pakwe kau tu kat tengah jalan.”
“Takpe. Kawan dia ada. Lagipun diorang bertiga tadi. Suspen jugak aku.” Sara tersengih jahat.
“Aku nak cepat sebenarnya. Rancangan Top Top Kebabom nak start dah ni. Ada R-Min. dengar kata dia dah bertunang. Mesti abang Bora tu korek rahsia malam ni.”
Abang Bora. Kawan-kawannya selalu cerita yang abang Bora ni pandai korek rahsia orang. Dia cakap belit-belit tup-tup orang mengaku. Hmm, nak buat macam mana. Redha jelah. Nadia masuk ke dalam rumah. Hmm, dah dengar dah cerita pasal tu. Tentang R-Min yang memuatnaik gambar tangan seorang gadis. Dengan sebentuk cincin yang tersarung di jari manisnya. Dengan hashtag: #alhamdulillah #inshaAllah8bulanlagi
Kamil yang jemput Rezza di Cheras tadi. Sempat juga dia meminta maaf atas sikapnya sebelum ini. Dia juga mendoakan kebahagiaan aku dan Rezza. Rezza dan Syeera hadir ke rancangan itu malam ini untuk mempromosikan filem lakonan mereka yang akan keluar di pawagam tak lama lagi. 10 minit pertama, memang mereka banyak berbincang tentang filem tersebut. Rakan-rakan serumah memang dah tak sabar nak tahu hal sebenar. Siapa sebenarnya tunang R-Min ni. Betullah cakap kawan-kawannya. Abang Bora ni memang pandai korek rahsia. Terlepas pulak cakap yang tunangnya itu adalah salah seorang ahli pelajar yang terlibat dalam perkhemahan 6 bulan lepas. Puas dipujuk untuk berkongsi nama tunangnya, Rezza memilih untuk terus berahsia. Hanya meminta menunggu 8 bulan lagi.
“Okeylah. Saya cerita sikit jelah yer. Ada orang pernah tanya kenapa saya pilih nama R-Min. Ramai yang ingat nama tu datang dari nama asal sayalah Arminuddin. Sebenarnya, R tu mewakili nama Rezza dan M.I.N itulah nama tunang saya.”
“So, siapa? Yasmin? Amina?” Abang Bora nak korek rahsia lagi. R-Min hanya ketawa tanpa memberi jawapan pasti.
Kecohlah teman-teman serumah bila mengetahui tunang R-Min tu bukan sahaja coursemate mereka, malah satu batch pulak tu. Mereka mula memikirkan siapa MIN? Ada lebih kurang 70 orang coursemate mereka. Boleh dikatakan mereka semua saling mengenali antara satu sama lain.
“Eh, kejap!” Tiba-tiba Sara menjerit.
“Dah kenapa kau?” Tanya Mardiana.
“Eh, tengok balik gambar cincin tu.” Pinta Sara. Mardiana menghulurkan handphonenya pada Sara. Lama ditatap gambar itu.
“Aku rasa aku macam kenallah jari runcing ni.”
“Amboi kau! Jari pun boleh kenal.” Kata Lyza.
“Serius. No! Cincin ni sebenarnya yang aku baru nampak di jari seseorang tadi.” Mata Sara terus memandang Nadia yang dengan perlahan cuba beredar dari situ. Gerak-gerinya terhenti blla semua mata tertumpu ke arahnya. Alah, Sara ni.
“M.I.N tu bukan Yasmin, Amina, Hazmin ke apa. Tapi, Marisya Izzara Nadia.” Sara terus menahan Nadia yang dah berdiri.
Aduhai, kantoi juga akhirnya. Teruklah kena bebel dengan kawan-kawannya. Alah, bukan taknak beritahu. Cuma nak tunggu habis semester ni jek. Hmm, memang inilah aku kena hadap bila dah jadi ‘someone’ dalam hidup selebriti. Nadia akhirnya mengaku jugalah.
“Patutlah, bila kita cerita pasal R-Min mula lah keluar muka jealous dia tu.” Ungkit Lyza.
“Eh, bukan kau cakap muka menyampah ke?” Bangkit Nadia pula.
“Masa tu aku tak perasan. Sekarang baru aku tahu, itu sebenarnya muka jealous.” Balas Lyza. Yang lain ketawa.
“Tapi korang janganlah kecoh-kecoh ye. Biar kita-kita jek tahu.” Pinta Nadia. Kawan-kawannya setuju.
“Eh, tadi R-Min ada cakap yang korang tak pernah keluar dating. Kalau keluar pun dengan family. Except masa dia nak ajak kau kahwin. Mesti romantic kan dia lamar kau. Ceritalah.”
“Mana ada. Takde special apa-apalah.” Jawab Nadia.
“Alah, ceritalah.” Desak Mardiana pula.
“Takde apa. Dia Cuma ajak pergi lunch. Then, dia cakap: Nad, jom kita nikah.” Cerita Nadia.
“Takkanlah macam tu jek. Bunga ke? Cincin ke? Takkan takde.”
“Memang takde. Tak percaya kau tanya Leed. Dialah saksi yang R-Min cakap tadi tu.” Nadia cuba meyakinkan.
“Ye. Memang betul. Dia Cuma cakap. Nad, jom kita nikah.” Haleeda bersuara.
“Jom, kita nikah?????” semua terngaga.
Comments
Post a Comment