Setibanya di KLIA, Haiqal dijemput oleh pemandu keluarganya,
Pak Osman. Dah bertahun-tahun pak Osman
bekerja dengan keluarganya. 5 tahun dia tidak pulang ke Malaysia. Sebak rasa di dada. Tak sempat nak jumpa arwah papa. Papa telah pergi buat selamanya sebelum
sempat aku meminta maaf darinya.
Lantaran sering terasa hati dengan adik-adiknya, Haiqal akhirnya memilih
untuk melanjutkan pelajarannya di luar negara, dan tidak mahu pulang. Dia tahu, papa sangat merinduinya. Dia sendiripun sangat merindui lelaki yang
sangat dihormatinya itu.
Mereka
bersungguh-sungguh nak Haiqal balik pun sebab pembacaan wasiat tu. Kalau tidak, tak mungkinlah mereka beriya
sangat nak aku balik. Kalau tak kerana
papa, aku tak nak balik lagi ke rumah itu.
Maafkan Along papa.
“Itu syarat
papa. Along kena kahwin dengan perempuan
tu. Kalau tak, semua harta akan
dibekukan. Dan kalau bercerai sebelum
ada anak, harta akan disita.”
What? Kenapa pula arwah papa buat syarat macam
tu? Haiqal diamanahkan untuk menguruskan
syarikat. Dan saham 51% saham syarikat
tu atas nama Eyra Syadira. Kalau Eyra
Syadira tu taknak kahwin dengan aku macam mana?
Ingat hal nikah kahwin ni soal main-main ke? Siapa Eyra ni? Kenapa dia termasuk dalam wasiat arwah papa?
“Dia isteri
kedua papa.” Jelas dato’ Hairul, peguam
kepada papa Haiqal, dato’ Amri.
What? Aku kena kahwin dengan isteri papa? Biar betul.
Apa yang cuba papa buat sebenarnya ni?
Eyra baru
sahaja tiba di butik miliknya. Hari ni
dia tiba lewat, tidak seperti selalunya.
Pening kepala memikirkan syarat yang telah dikemukakan oleh dato’
Amri. Kalau diikutkan, dia tak peduli
pun takpe. Dia tak hadap pun syarikat
besar tu. Dia dah ada butik sendiri, duit yang banyak dalam bank. Peduli apa kalau keluarga tu tak dapat harta
sekalipun. Tapi dia tahu. Dia tak boleh pentingkan diri sendiri. Menderu-deru panggilan telefon masuk. Malas nak ambil peduli. Dah tahu sangat panggilan dari siapa. Sekejap anak yang no 2. Tak lama lepas tu anak yang no 3. Sekejap lagi yang bongsu pulak. Mendesak. Yang disuruh kahwin dengan aku tu tak pernah
pula telefon. Takkan aku pulak yang nak
masuk meminang dia. Atau nak nikah koboi
jek. Nanti apa pula kata ayah dan ibu di
kampung. Atau aku perlu rahsiakan dari
mereka? Kalau perut dah memboyot nanti,
aku nak sorok macam mana. Dahlah kalau tak balik sebulan saja dah berdesing
telinga mendengar bebelan adik-adik yang rindu kononnya.
Dahlah nak
minta tolong orang. Bahasa tak reti nak
jaga. Me’laser’ saja kerjanya. Geram pun
ada. Mujurlah anak yang no 3 ni lain
sikit. Ayshah Afrina. Dia berbicara
dengan penuh berhemah. Tak macam anak
yang no. 2, Aqma Azrina dan anak yang bongsu Azra Adriana. Haiqal Azran tu
lagilah. Muka tak pernah manis. Bercakap pun tidak. Ini ke yang akan jadi suami aku nanti? Beza betul dia ni dengan dato’ Amri. Mungkin sebab dia ni anak angkat kot. Perangai langsung tak sama.
“ Betul ke
kakak nak kahwin ni? Tiba-tiba
sahaja.” Tanya ayahnya serius.
“Betullah
ayah. Takkan hal macam ni kakak nak buat
main pulak.” Jawab Eyra.
“Jadi bila
keluarga lelaki tu nak masuk meminang?”
“Ahad
depan.”
Sebulan
selepas bertunang, majlis pernikahan pun berlangsung. Eyra Syadira selamat dinikahkan dengan Haiqal
Azran. Malam pertama yang mendebarkan.
Tak tahulah apa yang akan berlaku.
Entah apa pula perjanjian yang akan termeterai malam ni. Adakah lagi penambahan syarat seperti yang
telah dibincangkan sebelum Eyra setuju menjadi isterinya.
“Kalau macam
nilah cara awak, saya tak inginlah kahwin dengan awak. Tak boleh ke bincang elok-elok. Sekarang ni awak nak minta tolong saya tau.”
Marah Eyra.
“Okey, aku
minta maaf.” Haiqal mengalah.
“Baiklah
saya setuju kahwin dengan awak. Tapi, saya
nak awak ikut adat. Saya masih ada mak
ayah di kampung. Kalau awak taknak orang
KL ni tahu perkahwinan ni, itu awak punya pasal. Kita buat majlis kat kampung saya
sahaja.” Syarat Eyra.
“Saya taknak
tinggal dengan keluarga awak. Kita mesti
tinggal di apartment saya. Dan saya
takkan jumpa keluarga awak, selagi mereka belum boleh terima saya.” Itu syarat Eyra.
“Kalau macam
tu aku pun ada syarat.”
“Apa dia?”
“Aku akan
beritahu selepas kita nikah nanti.”
Jawab Haiqal.
Dua hari
selepas majlis berlangsung, mereka pun pulang semula ke Kuala Lumpur. Perjalanan yang memakan masa selama 3-4 jam itu hanya ditemani
suara radio sahaja. Hanya sesekali
terdengar suara Haiqal yang menyanyi mengikut lagu yang tersiar dalam radio. Kadang-kadang Eyra pula membuat hal yang
sama.
“Nanti kau
share location alamat rumah kau. Malam
nanti atau esok pagi aku ke sana.” Itu bicara Haiqal sewaktu Eyra menurunkan
Haiqal di rumah banglo milik keluarganya.
“Kau tak nak
masuk dulu.”
“Ingat
syarat saya kan?” Balas Eyra.
Eyra
membaringkan badannya ke atas sofa di ruang tamu rumahnya sebaik sahaja sampai
ke rumah. Matanya memandang kipas yang
ligat berpusing. Kembali mengingati kata kata Haiqal pada malam hari pernikahan
mereka.
“Kau dah
jadi isteri aku. Jadi segalanya tentang
kau dah jadi hak aku. Dan aku berhak ke
atas kau. Kau kena ingat tu. Takde istilah suami isteri tapi tinggal
asing-asing. Aku akan tinggal di apartment kau.
Sebilik, sekatil dengan kau. Terus terang aku memang tak pernah harap
apa-apa pun dengan pernikahan ini. Aku
buat ni semua kerana arwah papa. “
Baru dua
hari jadi isteri dia. Aku tak nampak
masa depan yang cerah. Mampu ke aku
bertahan sampai kami ada anak. Kenapa
daddy buat macam ni? Kenapa daddy tak
berterus terang saja dengan semua orang hubungan kita? Bila dah jadi macam ni, siapa yang
derita. Sabar Eyra.
Telefon
berbunyi. Satu nombor yang tidak dikenali tertera di skrin kecil telefon Samsung
Galaxy A7 miliknya. Eyra menyentuh skrin
untuk menjawab.
“Share
location cepat. Aku nak ke sana ni.”
Tanpa memberi salam, Haiqal memberi arahan.
Eyra menjeling jam di dinding.
Hai, cepatnya! Tak sampai 10
minit pun lagi aku sampai rumah.
Sebulan
berlalu. Mak dan ayah Eyra baru sahaja
pulang semula ke kampung selepas menghabiskan masa seminggu di rumah anaknya
itu. Haiqal mengadakan majlis resepsi di Kuala Lumpur
atas permintaan datin Raudhah, mamanya.
Mereka kembali berdua di rumah itu.
“Kau dah
siapkan sarapan ke?”
“Dah.” Jawab Eyra ringkas. Dia sedang bersiap-siap untuk ke butik.
“Kau nak
pergi kerja jugak ke? Tak penat ke?”
“Pandai awak
ni berlakon ya? Depan mak ayah saya, ‘abang’ ‘sayang’. Diorang bertolak balik tak habis 24 jam lagi
dah ‘aku’ ‘kau’ balik.” Sindir Eyra
tanpa menjawab soalan Haiqal.
“Oh, kau
sindir aku ya.” Haiqal bangun dari katil
dan menghampiri Eyra yang baru sahaja ingin menyarung tudungnya.
“Eh, awak
nak apa ni?” Eyra terkejut dengan tindakan Haiqal yang tiba-tiba sahaja berdiri
dekat dengan dia.
“Semalam mak
kau pesan apa? Ikut cakap suami kan?” Haiqal
mengingatkan.
“Awak nak
apa?”
“Aku nak
kau.”
Eyra tiba lewat
ke butik pagi itu. Jam 11 pagi butik dah
penuh dengan pelanggan dari pelbagai golongan.
Pagi ini dia ada mesyuarat dengan beberapa orang penting Butik Syadira
bagi membincangkan perancangan mewujudkan satu lagi cawangan di Johor Bahru. Sebelum ini mereka telah membuka satu
cawangan di Kuantan.
“Selamat
pagi puan.” Ucap Noreen, salah seorang
pekerja Butik Syadira.
“Wah!
Berseri-seri pengantin baru ni.” Usik
Najwa, orang kanan Eyra, yang juga sahabat baiknya. Melihat sahabatnya ini, rasa bersalah pun
ada. Selama ini antara mereka tak pernah
ada rahsia, tapi kali ini dia terpaksa merahsiakan tentang perancangan
perkahwinan yang tidak pernah diimpikan ini.
Dia yakin pasti Najwa tak setuju dengan pernikahan ini. Dia tahu, pasti
Najwa tak mahu dia lalui semua ini. Dia
tahu pasti Najwa mahu dia berterus terang sahaja dengan keluarga Haiqal. Bukan
dia tak mahu, ini semua adalah
permintaan arwah dato’ Amri.
“Penat
ke? Kan aku dah suruh tangguhkan je dulu
meeting hari ni. Kau degil, nak proceed
jugak.”
“Dah berapa
kali tangguh. Tak sedaplah macam
tu. Lepas meeting nanti aku
baliklah. Memang si Haiqal tu taknak
lepaskan aku pun pagi tadi.” Jawab Eyra
sedikit berseloroh. Tertawa kecil. Tapi,memang betul pun. Eee…geram betullah bila mengingatkan balik
hal pagi tadi.
“Biasalah
masih dalam mood honeymoon kan.” Najwa
mengusik lagi.
“Hmm…”…
Balas Eyra.
“Haiqal dah
start kerja belum?”
“Tak
lagi. Sebab tulah susah sangat nak
lepaskan aku pergi kerja.”
“Yelah dia
nak ‘kerjakan’ kau dulu, barulah dia nak pergi kerja.”
“Ish, kau
ni!” Marah Eyra. Najwa ketawa.
Mentang-mentanglah dia dah lama kahwin, anak pun nak masuk yang ketiga,
bukan mainlah lagi berkata-kata.
“Oh,ya! Semalam ada orang dari Hairul Law Firm datang
hantar surat. Itu peguam dato’ Amri kan? Ada hal yang tak settle lagi ke?”
“Pasal
tandatangan hak milik saham tulah. Kalau
aku tak sain, banyak benda yang tertangguh nanti. Aku pun dah suruh uncle Hairul buatkan sekali
surat serah amanah pada Haiqal. So,
lepas ni tak payahlah sibuk-sibuk cari aku untuk tanda tangan itu ini. Malaslah nak sibukkan hal syarikat tu.” Jawab Eyra lebar.
Ini satu
lagi masalah. Tak pasal-pasal nak kena
ambil tahu hal syarikat dato’ Amri pula.
Biarlah Haiqal sahaja yang uruskan. Adik-adik iparnya memang tak puas
hati kerana bukan suami mereka yang dapat hak pengurusan syarikat tu. Betullah apa yang arwah dato’ Amri pernah
cakap dulu. Sebab tulah dato’ Amri
mahukan Haiqal yang mengambil alih syarikat.
Bukan tak percayakan menantu-menantunya, tetapi tidak yakin dengan
anak-anaknya sendiri. Okey, sabar Eyra.
Kau kena selesaikan satu persatu. Yang
pertama, jadi isteri Haiqal. Done. Yang kedua, jadi pengurus syarikat.
Done. Yang ketiga, persediaan menghadapi
apa sahaja kemungkinan selepas ini.
“Haiqal
Azran. Anak angkat saya. Dia sepatutnya
dah balik Malaysia. Tapi, dia taknak
balik. Saya Cuma harapkan dia sahaja
yang boleh uruskan syarikat ni.
Menantu-menantu saya tu kerjanya bagus, Cuma satu sahaja yang tak bagus. Ikut sangat cakap isteri.” Luah dato’ Amri satu masa dulu. Semasa mereka bertemu buat kali ketiga di
sebuah rumah kebajikan. Dato’ Amri rajin datang ke situ memberi sumbangan dan
membuat pelbagai aktiviti di situ.
“Kalau tiba
masa dia masih tak balik, daddy nak Eyra yang handle syarikat tu. Boleh?”
“Eh, takkan
Eyra pula?” Eyra terkejut dengan
permintaan dato’ Amri itu.
“Eyra
tolonglah sayang. Please. Untuk daddy.”
Pinta dato’ Amri seakan memujuk.
Tapi, kenapa
mesti kena kahwin dengan anak daddy tu?
Dia bukan suka Eyra pun. Depan
mak ayah jek bukan main lembut. Kalau tak
memang kasar sangat layanan dia. Minta
makan minum macam minta dari orang gaji.
Main bahasa ‘aku’ ‘kau’ je. Kalau
nak sesuatu tu tak pernah nak minta elok-elok.
Dahlah masa nak ajak kahwin tu main ugut-ugut. Dia ingat aku harap sangat ke nak kahwin
dengan dia. Kalau tak kerana daddy, aku
pun tak ingin kahwin dengan dia.
Cadangan
asalnya ingin pulang semula ke US selepas selesai urusan wasiat arwah
papa. Tak sangka pula dia terpaksa kekal
di bumi Malaysia gara-gara diamanahkan untuk mengambil alih urusan
syarikat. Rasa bersalah pun ada pada
adik-adik iparnya. Selama 5 tahun ni,
mereka yang banyak membantu arwah papa.
“Kami okey
je Along. Along jangan risaulah. Kami akan bantu apa yang boleh.” Kata-kata
semangat dari adik iparnya, Haziq suami Aqma.
Sejak dah
kerja ni, jarang-jarang pula dapat jumpa si isteri. Balik kerja lewat malam, si dia dah
tidur. Bila balik awal, si dia pula yang
balik lambat. Atau dia sengaja nak
mengelak dari aku? Hmm, baru dua bulan keadaan macam ni. Takkan aku dah rindu
kot kat dia. Ish, tak boleh jadi
ni. Hari ni mesti balik awal.
Ada pun
kereta dia. Mesti dia dah ada kat
rumah. Haiqal tak sabar nak sampai
rumah. Rindu ke? Dah 3 hari si isteri ke Kuantan kerana urusan
butiknya di sana. Masuk sahaja dalam rumah
dia tidak nampak kelibat isterinya.
Haiqal masuk ke dalam bilik. Terdengar suara air di dalam bilik air.
Buka sahaja
pintu bilik air, Haiqal sudah menunggu di depan pintu. Eyra menjerit kerana terkejut. Haiqal ketawa jahat. Geram je tengok mamat ni. Suka hati dia sahaja buat aku terkejut macam
ni. Nasib baik tak tertanggal tuala
aku. Kalau tak dapat tayangan free jek
mamat ni.
“Tak
beritahu aku pun kau nak balik. Aku
ingatkan perompak ke tadi.”
“Agak-agaklah. Takkan perompak nak tumpang mandi kot.” Marah Eyra.
Haiqal ketawa lagi.
“Kau tak
rindu aku ke?” Tanya Haiqal sambil berjalan
menghampiri Eyra.
“Mandi dulu
boleh?” Arah Eyra.
“Jomlah,
mandi sekali.” Haiqal tersenyum nakal.
“Jangan nak
mengada-ngadalah.” Marah Eyra. Haiqal ketawa lagi.
Dah kenapa
ntah mamat ni. Ada hati pulak nak usik
mengusik petang ni. “Kau tak rindu aku
ke?” Teringat soalan Haiqal tadi. Hmmmm,
jangan-jangan dia yang rindu kat aku.
“Minggu
depan kau ikut aku.”
“Ke
mana?” Tanya Eyra.
“Ikut
sahajalah.” Tegas Haiqal.
“Awak ni
memang tak boleh cakap baik-baik ke? Seingat sayalah dato’ Amri cakap awak ni
baik sangat. Kalau bercakap penuh
berhemah. Tapi, hakikatnya macam ni
perangai awak ye.” Eyra tak puas hati.
“So, kau
nak beritahu yang kau rindukan suami
pertama kau tulah.” Bangkit Haiqal
dengan suara yang sedikit meninggi. Eyra
terdiam. Ya, memang aku rindukan dato’
Amri.
“Jawablah
aku tanya.” Haiqal meninggikan lagi
suaranya.
“Layanan dia
lebih baik dari aku kan? Mesti seronok
kan dapat layanan dari orang tua yang gatal beristerikan perempuan muda?”
‘Pang!’ Satu tamparan hinggap ke pipi Haiqal.
“Orang yang
awak cakap tu papa awak! Orang yang
sayang awak macam anak sendiri. Tergamak
mulut awak cakap macam tu.”
“Kau…!” Haiqal dah naik tangan.
“Go ahead! Tunjukkan pada saya siapa awak
sebenarnya. Apa yang awak tunjuk pada
saya sekarang ni langsung tak sama dengan apa yang arwah papa awak pernah
ceritakan pada saya.” Takde sedikit pun rasa gentar pada Haiqal. Kalau selama ini dia tak mahu berbahas dengan
Haiqal, tapi bila berkait dengan hal dato’ Amri yang sudah tiada itu. Eyra jadi
berang. Haiqal terus keluar dari
bilik. Terdengar pintu dihempas
kuat. Pasti Haiqal keluar dari
rumah. Eyra duduk di birai katil. Airmatanya mengalir laju.
Haiqal tak
tahu mana mahu pergi. Dia tak mahu balik
ke rumah banglo keluarganya. Penat nak
melayan karenah adik-adiknya yang akan mencadangkan pelbagai idea jahat untuk
mengenakan Eyra. Apa lagi yang mereka
mahukan pun aku tak tahu. Kereta Haiqal
berhenti di hadapan sebuah masjid.
Terdengar sayup suara azan Maghrib berkumandang. Haiqal menangis. Kerana ego, telah hilang cinta aku pada
Allah.
Alarm
berbunyi. Haiqal tersedar dari
lena. Dia memilih untuk bermalam di
hotel malam tadi. Dia perlu ke pejabat hari ini. Hari ini ada mesyuarat petang jam 11:00
pagi. Selesai solat subuh yang sudah
hampir habis waktunya, Haiqal bersedia untuk pulang ke rumah. Hari Sabtu
biasanya Eyra hanya akan ke butik waktu tengahari. Sengaja kan?
Sebab dia tahu hari Sabtu biasanya aku akan bekerja separuh hari, dan
akan pulang untuk makan tengahari. Dan
dia akan keluar ke butik bila aku balik.
Haiqal masuk
ke dalam rumah. Dia terpaku di depan
muka pintu. Si isteri sedang membuat
senaman yoga sambil telinganya disumbat dengan earpiece. Mungkin sambil-sambil mendengar lagu. Melihat si isteri membuat pelbagai
pergerakan, tiba-tiba rasa macam tergoda pula.
Isteri aku kan? Tak salah rasanya.
Tiba-tiba kakinya tersandung sendiri dan….buk!
“Aduh!” Haiqal mengadu kesakitan. Walaupun telinganya tersumbat, dia masih
dapat mendengar satu bunyi yang seakan-akan nangka busuk jatuh. Eyra menoleh.
Dia menahan gelak.
“Tolonglah. Jangan gelak je.” Marah Haiqal.
“Nak minta
tolong orang kan? Tak reti cakap elok-elok ke?”
Balas Eyra. Eyra bangun dan
mendapatkan Haiqal yang sudah terduduk sambil memegang kakinya.
“Rasanya
terseliuh ni.” Kata Eyra. Eyra memapah Haiqal masuk ke bilik.
“Awak tak
mandi lagi ke? Ni pakai baju semalam.”
“Nak tahu
aku dah mandi ke belum mari sini aku peluk.” Haiqal mengacah nak peluk Eyra.
“Eh, awak
ni!” Eyra melepaskan Haiqal. Lelaki itu terjatuh sekali lagi. Haiqal mengaduh kesakitan sekali lagi.
“Sorry..”Eyra
menghulur tangan.
“Aku kena
pergi pejabat hari ni. Pukul 11 ada
meeting penting. Kau hantar aku. Aku tak
boleh nak drive ni kalau kaki aku sakit macam ni.”
“Sikit je
ni.” Eyra memulas pergelangan kaki
Haiqal dan….
“Aaaah!!!” Haiqal menjerit.
“Kan dah
okey.”
Betullah. Memang dah rasa okey sikit. Hmm, boleh tahan juga dia ni. Walau bagaimanapun, Haiqal tetap berkeras
mahu Eyra menghantarnya ke pejabat hari ini.
Lagipun Eyra pun perlu tahu perjalanan syarikat. Nak taknak ikut jelah
kehendak si suami yang memang mengada-ngada. Terhencut sedikit je pun nak jugak
aku hantar. Lepas tu saja je nak tumpang paut lengan aku. Dah nampak macam pasangan yang romantik lah
kononnya. Huh!
“Makan
jom. Aku lapar ni.” Ajak Haiqal.
“Makan kat
rumah je boleh tak?”
“Kenapa? Kau malu orang tengok kau makan berduaan
dengan aku?”
“Dah kenapa
awak ni? Saya nak ke butik. Lepas saya belikan makanan, saya hantar awak
balik.”
“Aku tengah
sakit macam ni kau nak tinggalkan aku sorang-sorang kat rumah?” Haiqal tidak
puas hati.
“Sikit je
kot.”
“Aku telefon
mak kau. Beritahu dia yang anak dia ni
lebih pentingkan kerja daripada suami sendiri.”
Ugut Haiqal.
“Dah kenapa
nak main ugut-ugut macam ni?” Geram
pulak dengan mamat ni.
“Aku tak
kira. Kau nak pergi butik, kau boleh pergi. Tapi kau kena teman aku makan
dulu.”
“Yelah. Macam-macam
lah awak ni.” Eyra akhirnya mengalah. Haiqal tersenyum puas hati.
Haiqal
gembira mendengar kepulangan kawan-kawannya dari US. Cadangnya dia mahu ke sana, tetapi
memandangkan kawan-kawannya sudah mengambil keputusan kembali ke Malaysia dia
membatalkan niatnya. Mereka merancang pertemuan di sebuah restoran.
“Selamat
pengantin bro. Sorrylah kiteorang tak
dapat datang majlis kau. Mana wife
kau? Kata nak bawa sekali.” Fauzan memeluk sahabat baiknya Haiqal.
“Sorrylah
beb, dia sibuk sikit.” Jawab Haiqal.
“Perh! Seri
pengantin belum hilang.” Usik seorang lagi kawannya, Badree.
“Eh, kita
order makan dulu.” Ajak Haiqal. Haiqal
membuat isyarat memanggil pelayan restoran itu.
“Hoi! Kau tengok apa Riz?” Haiqal memetik jari di hadapan muka seorang
lagi kawannya, Hariz.
“Betullah
kata Jamal Abdillah. Siapa bilang gadis
melayu tak menarik, tak menarik hati tiada terpikat.” Hariz menyanyi.
“Kau ni,
perangai US kau tak hilang-hilang.
Pantang nampak awek cantik.”
Komen Haiqal.
“Korang
tunggu sini kejap ya.” Hariz terus
bangun dari tempat duduknya yang berhadapan dengan Haiqal.
“Ya, encik
nak makan apa?” Tanya pelayan restoran
itu. Tidak jadi Haiqal menoleh untuk
melihat si gadis yang telah menggugat perasaan kawannya itu.
“Kau tengok
tu. Selamba je dia. Terus duduk depan perempuan tu.” Kata Badree.
“Memang
cantik pun perempuan tu.” Puji Fauzan.
“Cantik
sangat ke? Ada macam wife aku tak?”
Tanya Haiqal. Tetiba teringat
pula pada si isteri.
“Aku mana
kenal wife kau. Cuba kau tengok
sendiri.” Jawab Badree. Haiqal menoleh.
“Cantik. Memang cantik.” Haiqal terus bangun dari tempat duduknya. Dia
berjalan menuju ke meja perempuan cantik yang disebut-sebut.
“Bolehlah.”
Hariz seakan merayu.
“Sayang. Buat apa kat sini?” Tiba-tiba sahaja Haiqal
duduk di sebelah Eyra yang memang tampak tidak selesa dengan kehadiran Hariz di
situ.
“Eh, abang!” Ingat Haiqal je pandai berlakon. Aku pun
bolehlah.
“Sayang buat
apa sorang-sorang ni?” Haiqal merangkul
bahu isterinya.
“Taklah,
Najwa pergi toilet sekejap. Tengah
tunggu ‘client’ yang sayang cakap dengan abang tadi.” Semakin mantap lakonan Eyra.
“Wife kau
ke?” Teka Hariz. Haiqal hanya tersenyum
sambil mengangguk.
“Inilah
kawan abang yang baru balik dari US tu.
Yang lain-lain ada kat sana tu.”
Haiqal menunjuk ke arah satu lagi meja tak jauh dari tempat mereka.
Haiqal dan
Hariz kembali semula ke meja mereka.
Fauzan dan Badree sudah ketawa terkekeh-kekeh. Padanlah dengan muka Hariz tu. Perangai buaya tu tak kira tempat. Tahu-tahu isteri member sendiri. Mujur tak kena tumbuk tadi.
“Itulah
kau. Kan aku dah cakap, perangai US kau
tu jangan bawa balik.” Badree masih lagi
mentertawakan kawannya itu.
“Sudahlah. Kesian member.” Celah Fauzan.
“Qal,
barang-barang kau dah sampai?”
“Dah. Dua
hari lepas. Terima kasihlah tolong
kemaskan barang-barang aku kat sana.”
Jawab Haiqal.
“Sebenarnya
ada satu barang kau yang tertinggal. Kau
ingat tak kau ada parcel yang sampai masa kau dapat berita papa kau meninggal
tu? Kau tak sempat lagi buka. Benda tu pulak ada dalam bilik aku. Masa aku kemas-kemas aku terjumpa. Tapi, aku tak bawa hari ni. Esok kau datang dinner rumah aku. Nanti aku bagi.”
“Parcel dari
mana ye? Aku tak ingat.”
“Parcel tu
dari papa kau. Mesti dia pos sebelum dia
meninggal.”
Malam esok
Eyra terpaksa juga mengikut Haiqal ke majlis makan malam di rumah kawan baik
Haiqal, Fauzan. Haiqal pulang membawa
sebuah beg kertas. Lalu dihulurkan
kepada isterinya. Dia meminta Eyra
memakai pakaian itu. Ikutkan
sahajalah. Nanti dikata derhaka
pulak. Haiqal tu dahlah suka main
ugut-ugut. Nak mengadu dengan mak kat
kampung. Eleh, ingat aku takut ke? Aku hormatkan kau sebagai suami aku jek.
“Apasal awak
tengok saya macam tu?” Eyra pelik bila
dilihat Haiqal memandangnya dengan satu pandangan yang ‘menyeram’kan.
“Awak nak
apa ni?” Tanya Eyra bila Haiqal berjalan menghampirinya.
“Aku nak kau
lah.” Bisik Haiqal.
“Jangan nak mengada. Dah jom cepat. Nanti kawan awak tunggu lama.” Eyra segera menjauhkan diri dari Haiqal. Haiqal ketawa jahat.
Hmm, kalau
ada anugerah, memang Haiqal akan menang pelakon terbaik. Bukan main lagi dia
kepit Eyra. Langsung taknak
berenggang. Sampai berpeluh tangan gara-gara
si Haiqal langsung taknak lepaskan tangan dari memegang tangannya. Kalau dia lepaskan pun, tangannya akan
memeluk pinggangnya pula. Aduh! Fake
betullah Haiqal ni.
Eyra
menunggu di dalam kereta terlebih dahulu sementara Haiqal menunggu Fauzan
mengambil parcel yang disebut semalam.
Ish, mamat ni! Sembang apa lagi tu.
Dah pukul 12 tengah malam ni.
Haiqal masuk ke dalam perut kereta.
“Hai, panas
ke? Sampai no 3 buka aircond.” Sindir
Haiqal. Dia tahu Eyra geram kerana kena
tunggu dalam kereta hampir setengah jam.
“Tak payah
nak sindir-sindir saya.” Balas
Eyra. Haiqal ketawa jahat lagi.
“Kalau ada
anugerah pelakon terbaik ni, confirm awak menang.”
“Wah! Kalau
kau sindir aku boleh pulak ye.”
“Dah memang
betul kan. Pegang tanganlah, peluklah,
sayanglah, abanglah…please lah. Fake
sangat.” Tambah Eyra. Haiqal ketawa.
“Kau suka
kan sebenarnya.” Usik Haiqal. Eyra mencebik. Haiqal menarik bibir nipis itu.
“Eh, apa
ni!” Marah Eyra.
“Cebiklah
lagi. Nanti aku cium kat sini jugak.” Kata
Haiqal.
“Dahlah. Bila nak gerak ni?” Eyra memegang bibirnya yang baru sahaja
ditarik Haiqal.
“Sabarlah.” Haiqal membuka sampul parcel yang diambil
dari Fauzan tadi. Ada beberapa keratan
akhbar. Ada sekeping gambar. Haiqal memandang Eyra.
“Apa?” Eyra tak faham. Haiqal memasukkan semula gambar itu.
Haiqal terus
memandu pergi keretanya untuk pulang ke rumah.
Setelah
yakin Eyra sudah tidur, Haiqal keluar dari bilik dan pergi ke bilik dia selalu
buat kerja. Perlahan-lahan dia membuka
semula sampul tadi. Keratan akhbar
mengenai kemalangan 15 tahun lalu.
Kemalangan yang meragut nyawa ayah kandungnya. Ayahnya bekerja sebagai pemandu peribadi
dato’ Amri. Selepas kemalangan yang
mengorbankan nyawa ayahnya itu, Haiqal diambil menjadi anak angkat dato’ Amri. Dan ada sekeping gambar. Yang misterinya sekarang ialah, gambar itu
adalah gambar Eyra Syadira. Di belakang
gambar itu ada sedikit info tentang isterinya itu. Ada satu lagi sampul kecil dalam sampul
itu. Ada sekeping surat. Haiqal membacanya dengan teliti. Yang pastinya, airmatanya mengalir laju
sewaktu dia membaca surat itu. Dan tanpa
dia sedar Eyra sedang mengintainya di balik pintu. Memang Eyra rasa pelik sejak pulang
tadi. Haiqal tak pernah biarkan dia
terus tidur. Mesti ada saja permintaan
dia. Nak minumlah. Nak minta
urutlah. Ni tidak. Dia biarkan sahaja melihat Eyra sudah menarik
selimutnya.
Haiqal
kembali semula ke biliknya. Eyra sudah
kembali dan berpura-pura tidur di atas katil.
Haiqal memandang wajah isterinya itu.
Tangannya membelai wajah itu.
Kenapa? Kenapa? Siapa kau sebenarnya? Kenapa kau terlalu istimewa di mata papa? Kalau papa nak aku kahwin dengan kau, kenapa
dia kahwin dengan kau? Atau kau
sebenarnya bukan isteri papa. Tapi
kenapa uncle Hairul cakap kau isteri kedua papa?
“Kali
pertama mereka bertemu, Eyra memberi bantuan kecemasan pada papa kau yang
terkena serangan jantung di tempat letak kereta. Dan kali kedua, di hotel yang sama, sedang
papa kau makan tiba-tiba dia tercekik.
Dan Eyra yang sedang bekerja sebagai cleaner kat situ yang tolong. Sebab
tu, dato’ Amri rasa berhutang dengan dia.”
“Takkan
kerana itu sahaja?” Celah Haiqal.
“Eyra tu
baru sahaja habis SPM. Kerana masalah kewangan, dia bekerja untuk kumpul
duit. Dia nak jadi doktor. Dato’ Amri nak bantu, tapi dia tak mahu. Sebab dia tahu nak jadi doktor bukan sedikit
belanjanya.”
“Habis
tu? Macam mana tiba-tiba jadi fashion
designer pulak?” Haiqal semakin tak
faham. Dato’ Hairul menggeleng kepala. Tak sabar-sabar budak ni.
“Fashion is
her passion too. So, dia decide nak
dulukan bidang fashion dulu. Selepas
tamat belajar, dato’ Amri modalkan untuk buka butik. Alhamdulillah selepas dua tahun, dia mampu
bayar balik modal tu. Tapi, dato’ tak
amik pun duit tu. Eyra tak pernah kikis
harta dato’ pun kalau itu yang ada dalam fikiran Haiqal. Ada sebab kenapa dato’ Amri nak Haiqal kahwin
dengan Eyra.”
“Kalau papa
nak saya kahwin dengan Eyra, kenapa papa kahwin dengan Eyra.?
“Mereka tak
pernah kahwin pun. Ini permintaan
dato’. Dia suruh cakap macam tu sebab
dia tak mahu ada orang pertikaikan hak Eyra.
Haiqal sendiri tahu kan adik beradik Haiqal macam mana.”
“Siapa Eyra
sebenarnya?”
“Anak angkat
dato’ Amri. Dato’ Amri nak sangat Haiqal balik.
Tapi, Haiqal merajuk teruk sangat.
Sebab tu uncle cadangkan papa Haiqal hantar keratan akhbar dan gambar
Eyra tu.”
“Apa kaitan
Eyra dengan kemalangan tu?” Semakin
misteri pula.
“Tengok
ni.” Dato’ Hairul menunjukkan
gambar-gambar kecil pada keratan akhbar tentang kemalangan itu. Ada tiga gambar mangsa kemalangan yang
maut. Salah seorangnya ialah ayah
kandung Haiqal.
“Ini mak dan
ayah Eyra.”
throwback
Haiqal
sedang duduk di bendara. Haji Razak
menghampiri menantunya itu. Jauh
termenung pagi-pagi ni. Tak selesa ke
dia bermalam di rumah kampung. Menurut
Eyra, menantunya ini dah lama tinggal di luar negara. Rumah di Kuala Lumpur rumah banglo.
“Haiqal okey
je ayah.” Jawab Haiqal bila ditanya.
“Eyra mana?”
“Ada di
dapur. Katanya nak siapkan sarapan.”
“Aish! Budak-budak ni. Pantang kakak dia balik,
mesti nak request lempeng kelapa. Tak
fikir kakak dia tu pengantin baru.”
Komen haji Razak tentang anak-anaknya.
“Takpelah
ayah. Esok lusa kakaknya dah balik KL.
Saya pun nak merasa juga lempeng kelapa tu.”
balas Haiqal.
“Haiqal, ada
perkara yang ayah nak cakap ni.” Haji
Razak mengambil tempat duduk di sebelah Haiqal.
“Eh, macam
serius bunyinya ayah.”
“Eyra tu,
walaupun dia bukan anak kandung ayah, ayah dah anggap dia macam anak
sendiri. Dia sama macam arwah abang
ayah, seorang sangat protective. Kami ni
bukan senang sangat. Sebab tulah, habis
sahaja sekolah dia dah sibuk nak kerja.
Nak kumpul duit. Nak sambung
belajar. Dia tu bercita-cita nak jadi
doktor. Kalaulah tiba masa dia dah
bersedia, Haiqal izinkanlah ya. Ayah tak
mampu nak sekolahkan dia tinggi-tinggi.
Yang bantu besarkan rumah ni pun, hasil titik peluh Eyra. Dia tu rapat sangat dengan adik-adik dia.
Ayah bukan tak tahu macam-macam kerja dia buat kat KL tu.”
“Kenapa dia
nak kerja sampai KL ayah? Kat sini saja
kan boleh.” Haiqal hairan.
“Sebab dia
nak dekat dengan kenangan dia dan arwah mak bapa dia. Lagipun kalau nak sambung
belajar nanti kan kat sana juga. Dan
mungkin juga sebab nak bertemu jodoh dengan kamu.” Jawab haji Razak tersenyum.
“Tolong jaga
anak ayah dengan baik ya.” Pinta haji
Razak. Haiqal angguk.
Kau mungkir
janji Haiqal. Kau janji nak jaga Eyra
dengan baik. Tapi, kau tengoklah apa yang kau dah buat pada dia. Kau berkasar
dengan dia. Kau selalu sakitkan hati
dia. Bila dia sebut sahaja pasal dato’
Amri kau mula melenting. Kau sebenarnya
cemburu kan? Kau cemburu sebab kau
sangka ada lelaki lain dalam hati dia.
Kau kecewa sebab dia bukan cinta pertama kau. Kau sebenarnya dah jatuh cinta pada dia
kan? Tapi kau ego. Kau sebenarnya rasa bersalah terhadap papa
kau kerana merajuk tak nak balik Malaysia.
Kau lepaskan rasa bersalah kau tu dengan marah-marah pada Eyra. Sedangkan Eyra tu sebenarnya telah
menggantikan tempat kau yang merajuk tu.
Dia yang teman ayah kau selama 5 tahun kau takde. Dia yang menggantikan
kau sebagai orang yang setia mendengar segala keluhan dan masalahnya. Kau tahu
yang adik-adik kau tidak pernah ada masa untuk dia.
Ya. Memang aku cintakan dia. Aku sebenarnya dah jatuh cinta sejak malam
pernikahan kami lagi. Semuanya kerana
keegoaan aku. Sekarang ni, macam mana
aku nak beritahu dia. Saat aku nak
luahkan rasa cinta aku, dan dalam masa yang sama aku kena beritahu dia yang
ayah aku punca berlakunya kemalangan yang meragut ibubapa dia. Tapi, uncle
Hairul cakap Eyra tahu hal ini. Sebab
itulah dia setuju tawaran pertolongan dato’ Amri kerana dia tak mahu dato’ Amri
rasa bersalah.
“Biasanya
kalau hari Jumaat puan Eyra memang akan datang lambat.” Beritahu pembantu Eyra di butik itu.
“Eyra akan
ziarah kubur mak dan ayahnya. Lepas tu
dia akan ziarah kubur dato’ Amri.
Selepas itu dia akan ke rumah lama dia.
Dia sedang dalam usaha nak beli balik rumah tu.” Celah Najwa.
“Tapi…” Najwa memandang Haiqal. Haiqal tak faham.
“Boleh kita
bincang dalam bilik saya.” Najwa mengajak masuk ke pejabatnya.
“Sebenarnya
dah sebulan Eyra tak masuk butik.”
“Sebulan.
Tapi, setiap hari dia keluar rumah.”
Haiqal hairan.
“Sebenarnya
kami baru sahaja beroperasi semula selepas 2 minggu tutup. Selepas adik-adik encik Haiqal datang serang
dia.”
“Serang?” Haiqal terkejut.
“10 tahun
saya berkawan baik dengan dia. Inilah
kali pertama dia merahsiakan hal sebesar ini dari saya. Kalau saya tahu, saya takkan benarkan dia
kahwin dengan encik Haiqal. Saya tak
tahu apa lagi yang adik-adik encik Haiqal nak.
Eyra dah korbankan masa depan dia untuk kamu sekeluarga. Saya tak pernah
nampak Eyra marah sampai macam tu sekali.
Tahu tak yang itu boleh effect kandungan dia?”
“Jap. Eyra
dah mengandung?” Haiqal terkejut.
“Ya. Sebab
tulah dia dah serahkan surat kuasa pada saya untuk uruskan butik dia. Dia akan tinggalkan Malaysia untuk satu
jangkamasa yang lama. Dan bila dia balik
nanti, mungkin encik Haiqal dah boleh lepaskan dia.”
Eyra
terkejut sebaik sahaja Haiqal meluru masuk ke dalam rumah. Awalnya dia ni balik. Bukan tadi dia dah keluar ke? Eyra berpura-pura keluar dahulu pagi tadi.
Bila dia sudah pasti nampak kereta Haiqal sudah pergi, dia balik semula ke
apartment. Dia dah nekad. Dia akan pergi. Dia tak mahu gangguan dan tekanan akan
memberi kesan kepada janin yang sedang membesar dalam rahimnya.
“Dahlah kau
rampas papa dari mama. Lepas tu kau nak
rampas pula syarikat papa.” Marah Aqma.
“Lepas tu
nak berlagak tak tahu pulak. Konon tanya
kami nak apa.” Sindir Azra.
“Korang nak
syarikat tulah ya. Tunggu setahun
lagi. Bila anak aku dah keluar, aku akan
suruh abang kau ceraikan aku. Kalau itu
yang korang nak sangat. Bila kami dah
ada anak, semua syarat-syarat tu dah tak boleh pakai dah. Masa tu kau nak aku sain surat apapun aku
sain. Sekarang ni aku nak kau berdua
keluar.” Suara Eyra meninggi. Najwa yang
tidak sedap hati segera masuk ke bilik Eyra bersama dua orang pengawal
keselamatan.
“Kau
keluar. Aku taknak tengok muka korang
lagi. Atau kau nak pengawal keselamatan
ni heret kau keluar.” Ugut Eyra.
“Keluar!” Eyra menjerit. Najwa segera memeluk
Eyra. Eyra menangis semahu-mahunya. Dan barulah dia berterus terang dengan Najwa,
apa sebenarnya yang telah berlaku.
Haiqal
nampak ada satu bagasi besar sudah tersandar di tepi pintu. Haiqal menutup
pintu. Dia menarik semula bagasi itu
masuk ke bilik. Eyra terkejut dengan
tindakan itu. Dia mengekor Haiqal masuk
ke bilik.
“Awak ni dah
kenapa?” Tanya Eyra. Dia cuba menarik
semula bagasi besar itu keluar dari bilik.
“No! Awak
tak boleh pergi.” Tegas Haiqal.
“Bukan awak
dah pergi kerja ke tadi?”
“Awak
tu. Bukan awak dah ke butik ke
tadi?” Balas Haiqal.
“Tak. Awak
nak apa sebenarnya sekarang ni?”
“Awak tanya
apa tadi?” Haiqal meminta Eyra mengulang
soalannya.
“Saya tanya
awak nak apa?” Eyra mengulang soalannya.
“Saya nak
awak.” Jawab Haiqal tersenyum nakal.
“Nampak
ni!” Eyra menunjuk penumbuk.
“Amboi!
Garangnya. Tak baik tau!” Haiqal
tersengih.
“Awak ni dah
kenapa sebenarnya?”
“Eyra,
tolong jangan tinggalkan saya.” Haiqal terus memeluk Eyra.
“Saya
perlukan awak dalam hidup saya. Tolong
jangan tinggalkan saya.” Haiqal menangis.
Eyra terasa airmata lelaki itu membasahi bahunya.
“Bukan ini
ke yang awak mahu? Awak kan tak suka
saya. Saya ni menyusahkan awak.” Balas Eyra.
“Tolong
jangan peril-perli saya.” Semakin erat
pelukan Haiqal.
“Ish!
Lepaslah. Lemas saya.” Eyra meleraikan
pelukan Haiqal. Biar betul mamat ni
menangis. Ingatkan siling bocor ke tadi.
“Saya
mengaku saya bersalah. Saya layan awak
teruk. Selalu berkasar dengan awak. Saya yang selalu susahkan awak, bukan awak susahkan
saya. Walaupun saya layan awak buruk,
awak tetap jaga makan minum saya, pakaian saya.”
“Awak
berlakon ye?” Sampuk Eyra.
“Tak. Sumpah
saya tak berlakon.” Haiqal mengangkat
tangan tanda bersumpah.
“Saya
sayangkan awak Eyra Syadira.”
“Ni ada
kaitan dengan sampul yang awak dapat malam tu ke?” Tebak Eyra.
“Kenapa awak
tak berterus terang dengan saya yang awak sebenarnya tak pernah nikahpun dengan
ayah saya?”
“Dua minggu
sebelum daddy meninggal memang dia ada jumpa saya dan suruh saya jangan cakap
apa-apa. Dia cakap dia ada buat
perubahan pada wasiat dia. Dia nak saya
setuju. Dan dato’ Hairul suruh saya
mengiyakan sahaja sebab itulah adalah kehendak dato’ Amri.” Jelas Eyra.
“Lagipun
awak tak pernah bagi saya peluang.”
Sambung Eyra.
“Saya minta
maaf. Saya betul-betul minta maaf. Saya cintakan awak Eyra.” Luah Haiqal.
“Cinta?
Yelah tu. Bukan awak pernah cakap yang
awak takkan jatuh cinta dengan perempuan macam saya ni. Perempuan yang itulah,
inilah…macam-macam awak kutuk saya…”
“Eeee….”
Haiqal memegang bibir nipis itu lagi.
“Banyak
cakap tau mulut ni. Cium sat lagi.”
“Sakitlah.” Marah Eyra.
“Saya nak
romantik sikit pun tak boleh”
“Takde
maknanya.” Eyra masih memegang bibirnya
yang terasa sedikit perit ditarik mamat sabun ni.
“Sekejap. Awak ni serius ke cintakan saya? Kenapa
tiba-tiba? Ada wasiat baru ye?”
“Eyra. Awak
janganlah sindir-sindir saya lagi.”
Balas Haiqal.
“Eh, baru
saya perasan. Mana ‘aku’ ‘kau’ awak ye?”
“Tengok tu.
Awak sindir saya lagi.” Haiqal pula yang merengek macam budak kecil.
“Mengadanya.” Ejek Eyra.
“Awak tu
selalu sangat berlakon tau. Tak hairanlah kalau susah saya nak percaya
kata-kata awak” Ujar Eyra.
“Eyra.” Haiqal melutut di depan isterinya. Eyra terkejut dengan tindakan itu.
“I love you
so much. Deep inside my heart there is you.
Saya sedar saya dah banyak buat salah dengan awak. Berikan saya satu peluang untuk kita. Saya tak mahu kehilangan awak Eyra. Saya Cuma
ada awak seorang sahaja. Mak dan ayah
saya dah lama meninggal. Papa pun dah pergi tinggalkan saya. Adik-adik dari dulu lagi memang tak anggap
saya ni macam abang mereka. Saya tetap
anak pemandu di mata mereka. Afrina jelah yang tak pernah sakitkan hati
saya. Tapi, dalam masa yang sama dia
juga tidak pedulikan saya. Lainlah awak.
Walaupun keluarga awak tu bukan keluarga kandung awak, diorang sayang awak.
Bukan macam saya. Awak tak kesian kan saya ke?”
Haiqal cuba membuka cerita sedih untuk meraih simpati.
“Saya tak
tahu nak buat macammana lagi supaya awak percaya saya. Saya cintakan awak Eyra. Percayalah saya.” Bicara Haiqal lagi.
“Entahlah.
Awak cakap awak dah lama jatuh cinta pada saya.
Tapi, bagi saya tak mungkinlah.”
“Eyra, ambil
ni.” Haiqal menghulurkan satu fail yang diambil dari laci.
“Saya
berusaha bersungguh-sungguh untuk dapatkan balik rumah ni untuk awak. Saya pernah nampak awak ke kawasan situ. Saya nampak awak berhenti kat rumah tu. Bila
saya tanya pengawal keselamatan kat situ, dia beritahu awak dah banyak kali
datang situ dan tanya tuan rumah pasal nak beli rumah tu. Dan saya dah dapatkan
rumah tu untuk awak. Dan saya dah betulkan balik mini playground kat halaman
belakang rumah tu.”
“Mana awak
tahu?”
“Saya ada
banyak lagi kejutan untuk awak. ini fail yang kedua.”
“Fail apa
pulak ni?”
“Awak nak
jadi doktor kan? Lepas awak bersalin,
kita belajar sama-sama.” Haiqal mengeluarkan beberapa risalah pusat pengajian
luar negara.
“US?”
“Kalau tak
nak US pun boleh. Just name it.” Jawab Haiqal sambil tersenyum.
“Semua ni
saya dah rancang sebelum dapat sampul malam tu.
Itu bukti yang saya betul-betul cintakan awak. Cuma saya nak tunggu masa yang sesuai untuk
luahkan isi hati saya pada awak. Ya,
betul. Memang saya ego. Berikan saya satu peluang.”
“Peluang
apa?”
“Peluang
untuk lebih mengenali awak. Peluang untuk lebih menyayangi awak. Peluang untuk membahagiakan awak. Peluang
untuk melihat perut awak memboyot.
Peluang untuk saya menjadi lebih baik. Peluang untuk saya terus menjadi
suami awak sampai syurga. Peluang untuk saya menjadi cinta hati awak. Peluang untuk membetulkan keadaan. Peluang untuk
menciptakan satu demi satu kejutan yang membahagiakan untuk awak.”
“Banyak
sangat peluang yang awak minta tu.”
Balas Eyra.
“I love you
sayang.”
“Saya tak
tahulah nak cakap macam mana.” Respond
Eyra.
“I love you
sayang.”
“Jangan nak
goda saya.” Marah Eyra.
“I love you sayang.” Haiqal terus berbicara romantis.
“Eh,
sudahlah tu.”
“I love you
sayang.” Haiqal tidak berputus asa.
“Malaslah
nak layan.” Eyra nak berlalu pergi.
Haiqal menarik Eyra lalu si isteri berada dalam dakapan suami.
“I love you
sayang.”
“I hate
you.” Balas Eyra.
“I love you
sayang.” Semakin erat pelukan Haiqal.
“I love you
sayang.” Haiqal tidak berhenti melafazkan ucapan sayang itu.
“Okey-okey.
I love you too.” Eyra akhirnya mengakui perasaannya. Airmatanya mengalir juga.
“Hah, kan
senang. Cakap kita ego, dia pun sama.” Haiqal menyeka airmata isterinya.
"Mantap tak lakonan saya?" Tanya Haiqal.
"Hah!" Eyra dah bengang. Ada juga kena tumbuk ni.
"Janganlah marah. Bergurau jek." Haiqal ketawa. Sabar jelah Eyra.....
Berikan satu
peluang dalam hidup. Berikan satu peluang mengenali erti kehidupan. Berikan
satu peluang untuk menikmati kebahagiaan.
Cukuplah hanya satu peluang, dan peluang yang ada ini takkan
dipersiakan. Satu peluang.
Comments
Post a Comment