Skip to main content

DOKTOR AJAIB (kesinambungan 'Nurse Ajaib'

 

100 hari dah berlalu.  Dah 100 hari dah mak tinggalkan Na.  Na rindukan mak.  Esok Na nak nikah dengan abang Mad.  Seperti yang Na dah janji, Na akan kotakan.   Betullah kata mak.  Malam hari tu, malam terakhir kita tidur bersama.  Malam terakhir Na dapat berpeluk dengan mak.  Walaupun tempoh kemesraan kita itu singkat, tapi ianya cukup bermakna untuk Na.  Kenangan yang takkan mungkin Na lupakan. 

Sekejap sangat mak dapat duduk rumah baru mak tu.  Abang Aqeed rindu kat mak.  Dia nak pindah sini.  Dia nak jaga rumah mak.  Dia nak dekat dengan mak.  Dia pun dah minta ayah Aleesha carikan jodoh untuk dia.  Kami nikah sama-sama esok. Buat satu majlis sahaja. Dia nak jadi orang kampung.  Dia rasa lebih tenang di sini.  Papa?  Papa jadi pendiam.  Itu yang mama ceritakan.  Papa menyesal atas apa yang berlaku.  Dia cuba untuk maafkan diri sendiri.  Mama minta Na tolong pujukkan.  Na masih belum bersedia jumpa papa.  Katanya dia akan walikan Na esok.  Mungkin masa tu baru hati Na terbuka untuk bertemu mata dan berbicara.  Na sedih.  Kenapa papa tak datang lebih awal untuk jumpa mak?  Mahal sangat ke ucapan minta maaf tu? Macam apa yang mak pesan, Na akan cuba untuk maafkan papa atas kesalahannya terhadap mama.  Cuma minta maafkan?  Tak susahpun.

Na akan cuba tunaikan janji Na pada mak.  Na akan cari keluarga mak.  Sampaikan apa yang mak nak Na sampaikan.  Beritahu keluarga ayah dan ibu kebenaran.  Na harap, mereka boleh terima.  Kalau ikut hati Na, biarlah apa yang dah berlaku.  Namun, kalau dah itu yang mak Na buat, Na akan buat.

“Besar sangat pengorbanan mereka untuk kita Na.  Kami bertiga ni berkawan sejak kecil lagi.  ayah Na tu lembut.  Yang kami berdua ni pulak kasar.  Tak pernah pun wujud rasa cinta antara kami.  Tapi, kami nikah atas rasa kasih sayang.  Ayah dan ibu Na, tak bagi mak serahkan Na pada nenek.  Mereka nikah, dan jadikan Na sebagai anak mereka.  Bila kami balik kampung, orang-orang kampung mula mengata.  Ada yang kata Na anak luar nikah. Ayah dan ibu langsung tak buka mulut pasal mak.  Mak dan ayah mak larang mak berkawan dengan mereka.  Masa tu mak memang nak berterus terang sahaja.  Ayah dan ibu Na tak bagi.  Kami pentingkan keselamatan Na.  Taknak, orang-orang suruhan nenek ambil Na kalau dia tahu Na adalah kembar Aqeed.  Mereka nekad nak merantau jauh dari kampung.  Mula-mula tu memang mak taknak ikut diaorang.  Mungkin kerana naluri seorang ibu itu, mak tukar fikiran.  Kami bertiga sama-sama lari dari kampung.  Dan kami pilih Melaka.”

“Dah lama sangat Na.  Mak tak tahu apa khabar keluarga mak di kampung.  Mak, ayah, adik-adik. Dan keluarga ayah dan ibu Na pun tak tahu pasal kematian mereka.  Mak pernah janji dengan ayah Na, nak balik Perlis cari mereka.  Tapi, mak tak mampu Na.  Mak takut mak tak kuat.”

Menitis lagi airmata Areeana.   Baiklah mak, Na akan tunaikan hasrat mak tu.  Mak akan cuba jejak atuk dan nenek.  Pak Ngah, mak ude, mak lang dan ucu.  Harap-harap mereka dapat terima Na.  Dan dapat maafkan atas apa yang berlaku.

Mak nak tahu.  Nenek pun nak duduk kat kampung.  Dia nak habiskan masanya di kampung.  Nenek betul-betul menyesal mak.  Tak sampai hati Na nak marah-marah.  Lagipun, Na belajar dari mak.  Memaafkan.

“Pengalaman hidup benar-benar mengajar mak.  Dan pengalaman hidup juga buatkan mak jadi takut dan trauma dengan kisah silam.  Kalau Na nak tahu kenapa mak pukul Na dengan teruk pasal basikal tu, sebab mak takut Na.  Mak takut kalau Na betul-betul curi basikal tu.  Memang mak silap tak tanya betul-betul.  Mak trauma.  Masa zaman mak dulu, siapa ada handphone, dah dikira macam orang yang berduit.  Papa hadiahkan mak handphone tu.  Mak happy sangat.  Tayang kat kawan-kawan. Dan masa itu jugalah kebetulan, peti cash kilang kena curi.  Masa tu, mak dipandang serong.  Suara-suara halus menuduh mak yang curi.  Nenek panggil mak ke pejabat.  Mak disoal siasat dan diugut nak dibawa ke balai polis.  Masa tu mak takut sangat.  Dan masa tu jugalah papa datang mengaku dia yang bagi handphone tu pada mak.  Dan di situlah nenek tahu hubungan mak dengan papa.  Sejak itulah, macam-macam nenek buat untuk singkirkan mak.”

 

HANYA majlis nikah sahaja.  Areeana tak mahu bersanding.  Cukuplah nanti, bersanding di kampung bakal suaminya.  Kalau betul kata abang Aqeed, papa akan datang untuk mewalikan Na.  Mama pun cakap perkara yang sama.  Na masih bersedih lagi mak.  Tak sampai hati nak bergembira.  Hidup tetap perlu diteruskan mak.  Janji tetap perlu dikotakan.  Na sayang mak.

“Tahniah kak.”  Ayra memeluk erat kakaknya.  Rindu.  Dah lama tak jumpa.  Areeana Sofea telah sah menjadi isteri kepada Ahmad Syazrul.  Al-hamdulillah.

“Mama mana?”  tanya Areeana.

“Ada kat luar.  Dia nak masuk tadi, Jumpa mak Ikin bukan main happy dia.  Bersembang tak ingat.”  Cerita Ayra akan mamanya.

“Akak dengar Ayra nak pergi UK? Betulke?”

“Ish, cepat ye berita sampai.  Ni, kalau tak nenek mesti abang Aqeed yang kepoh ni.”

“Finally, adik akak ni nak keluar juga dari kepompong lama.  Apa-apa pun Ayra kena jaga diri baik-baik.  Dahlah awak tu jauh nanti, kat tempat orang.  Jaga kesihatan, dan jangan skip makan ubat dan rawatan setiap bulan.”

“Baiklah puan nurse ajaib.”  Ayra mengangkat tangan tanda berjanji.

“Akak jangan risau ya.  Ayra janji akan jaga diri.  Tak lama pun, dua tahun sahaja.  Selesai Master, Ayra balik. Lagipun Ayra kenal sangat papa tu.  Nampak je macam tak kisah, mesti dia akan upah orang jaga Ayra dari jauh.”

“Apa-apa pun, jaga diri baik-baik.  Apa-apa beritahu akak.  Akak akan sentiasa ada untuk Ayra.  I promise.”  Janji Areeana.

INSHA ALLAH kak Na.  Ayra taknaklah susahkan kakak.  Walaupun Ayra tahu yang akak akan sentiasa ada untuk Ayra.  Kak Na lah kekuatan Ayra tau.  Ayra pilih untuk pergi jauh ni pun, sebab Ayra taknak akak asyik fikirkan pasal Ayra.  Abang Mad mesti boleh jaga akak.  Dah tiba masanya akak fikirkan kebahagiaan akak.  Lagipun akak ada hasrat mak yang perlu ditunaikan.  Izinkan Ayra pergi jauh untuk tunaikan hasrat Ayra pula.  Be happy sis.  Macam yang akak pernah cakap, semua orang berhak untuk bahagia.  Orang sakit pun berhak untuk bahagia.  Dan akak juga berhak untuk bahagia bersama orang yang akak cinta.

UNITED KINGDOM

Jika ada masa lapang, di sinilah tempatnya dia menghabiskan masa.  Turut sama dengan ahli-ahli seni jalanan yang lain.  Ada yang menyanyi di tepi jalan.  Ada yang melukis di kaki lima.  Ada juga yang menulis sesuatu pada buku nota di tangan.  Tak kurang juga yang sibuk menangkap gambar di sana sini.  Ayra?  Dia akan duduk di satu sudut dan mengeluarkan sketch book.  Dengan sebatang pensel, dia mula melakar apa sahaja yang datang dalam fikirannya.  Atau apa sahaja yang berada di hadapannya.  Tiba-tiba….klik!

Hi!  Sapa lelaki di hadapannya itu.

“I’m Johan.  From Malaysia.”  Lelaki itu memperkenalkan diri.  Lalu menghulurkan sekeping gambar dari kameranya kepada Ayra.  Gambar Ayra yang sedang leka membuat lakaran dalam sketch book nya.  Nice picture.  Tak jadi nak marah.

“Ayra.  Malaysian too.”  Balas Ayra.

“Oooh, ye ke?  Mesti faham cakap melayu kan?”

“Mestilah.  Kalau tak faham, saya tak mengaku jadi orang Malaysia.”

“Bestnya.  Dah lama tak dapat berborak cakap melayu.”  Balas Johan.

“Hmm, mesti awak dah lama kat UK ni kan?”

“Lama jugak.  Dah hampir 10 tahun.  Lepas habis belajar, kawan-kawan serumpun ramai yang dah balik.  So, dah kurang bercakap melayu.”  Cerita Johan tanpa dipinta.  Ayra tersenyum.  Hmm, yelah tu.  Entah-entah ini orang suruhan papa yang disuruh menyamar. 

“Kenapa awak senyum?  Awak tak percaya ke?”

“Memang susah nak percaya.  Awak cakap dah 10 tahun, tapi cara awak cakap macam pure melayu.  Tak terbelit langsung lidah.  Kan dah lama kat negeri orang putih, mesti lidah pun terbelit-belit kan?”

“Hahaha!  Awak ni kelakarlah.”  Johan ketawa.

“Janganlah prejudis sangat.  Tak semua orang melayu, tinggal lama-lama kat negara orang akan lupa asal-usul dia tau.”

“Baiklah encik Johan.  Minta maaf.”

“Comellah awak ni.”  Puji Johan sambil tersenyum.

“By the way, awak kat UK ni belajar atau bekerja?” 

“Dua-dua.”  Jawab Ayra jujur.  Sambil belajar, dia juga menjalankan business secara online.  Menjadi supplier barang-barang dari UK untuk pasaran di Malaysia.  Hasil pendapatannya itu digunakan untuk kegunaan pelajaran dan peribadinya biarpun dia tahu papa tak pernah lupa masukkan wang untuknya setiap bulan.  Ayra memilih untuk berdikari. 

Pertemuan yang singkat itu tidak terhenti di situ.  Masing-masing selesa untuk berkawan.  Tambahan pula Johan mempunyai ramai lagi kenalan yang mempunyai minat yang sama seperti mereka.  Seni.  Dan Johan turut mengajak Ayra menyertai kumpulan yang disertainya.  Mereka akan bertemu sebulan dua kali.  Dan masa itu dengan jujurnya mereka akan mempersembahkan karya masing-masing dan memberi komen yang membina.  Hanya sekadar suka-suka.  Ada juga ketikanya, jika ada yang sudi nak taja, mereka akan buat pameran dan jualan hasil seni mereka.  Mereka ini bukan orang biasa-biasa, berseni hanya kerana minat.  Biasanya hasil jualan seni masing-masing akan disumbangkan kepada pihak-pihak yang berkeperluan.

“Johan, I’ve a good news.” Brandon begitu teruja nak beritahu.

“What is it?”  Johan jadi tak sabar nak tahu.

“A big company agreed to sponsor us.  Our biggest exhibition is coming up.”

Alhamdulillah.  Johan mengucap rasa syukur ke hadrat Allah.  Mudah-mudahan hasil jualan kali ini dapat menampung kos pembedahan seorang kanak-kanak yang menghidap kanser yang ditemui di hospital 2 bulan lepas.

Dua minggu ini mereka begitu sibuk dengan persiapan.  Letih jangan ceritalah.  Kebetulan pula Ayra sendiri sedang bercuti.  Dia pun turut sama sibuk.  Sampai lupa nak fikirkan kesihatan sendiri.  Ada masa terabai makan ubat.  Dan ada masa dia terlupa temujanji dengan doktor. Senang cerita dia terlupa yang dia sendiri juga seorang cancer fighter.  Dan dia tak pernah ceritakan pada sesiapa, walaupun Johan.

Esok adalah hari pameran tersebut.  Penaja program tersebut turut menyenaraikan beberapa nama syarikat besar yang akan jadi tetamu dalam program tersebut. Mereka mungkin akan menjadi penaja untuk program seterusnya. 

“Johan!”

“Ayra.  Something happened to her.” 

Ayra segera dibawa ke hospital kerana tiba-tiba sahaja tidak sedarkan diri.  Johan terpaksa tinggalkan program dan temankan Ayra di hospital.  Tak tentu arah Johan jadinya.  Ayra seorang gadis yang ceria.  Rajin membantu.  Antara orang yang paling sibuk.  Dia juga antara yang banyak mengeluarkan perbelanjaannya sendiri.  Katanya, itu infaq untuk arwah mak tirinya.

“Kan akak dah pesan.  Jaga diri.  Jangan lupa makan ubat.  Jangan lupa dapatkan rawatan susulan ikut jadual.  Kalau akak tahu tak jaga diri, akak sendiri yang akan ke UK bawa  Ayra balik.”  Terngiang-ngiang suara Areeana memberi amaran.

“Kalau adik tak sayang diri sendiri, ingat orang yang sayangkan adik.”  Terdengar pula suara Aqeed membebel.

“Ikut hati, memang papa dan mama berat nak lepaskan Ayra sorang-sorang kat sana.  Tapi, kalau itu yang buatkan Ayra happy, mama lepaskan.  Tapi, mesti janji dengan mama. Jaga diri.”  Suara lembut mama pula menerpa dalam fikiran.

“Kenapa awak tak beritahu saya awak sakit.  Kalau saya tahu, saya tak bagi awak buat kerja-kerja macam ni.  Biar awak duduk diam melukis saja.  Awak buat saya risau tau.  Kawan-kawan semua risau.”  Ish, kenapa suara ni macam dekat sangat ni?  Ini bukan suara papa.  Dengan perlahan kelopak mata dibuka.  Wajah siapa ni?  Siapa ni? 

“Awak dah sedar.”

“Err..saya kat mana ni?”  tanya Ayra.

“Hospital.  Awak tak ingat?  Awak tiba-tiba pengsan masa angkat barang tadi.”  Cerita Johan.

Johan?  Eh, aku pengsan!  Matilah aku kalau family aku tahu.  Janganlah dia ni beritahu sesiapa.  Tapi, kalau betul macam tekaan aku sebelum ni yang dia ni spy papa, confirm sekejap lagi sampai rombongan dari KL.  Huhu….kau ingat KL-UK tu seminit sampai?

“Awak okey?”

“Err..okey.  Penat agaknya.”

“Awak nak tipu saya ke?”

“Tipu apa?”  Ayra tak faham.

“Lepas awak pengsan tadi saya terus bawa awak ke sini.  Tak lama lepas tu ada seorang doktor entah dari mana datang.  Rupanya dia doktor yang rawat awak sepanjang awak kat sini.  Doktor yang awak perlu jumpa 2 minggu sekali.  Doktor yang beritahu saya yang awak sepatutnya ambil ubat di farmasi dua minggu lepas sebab kalau ikutkan description sebelum ini, ubat awak dah habis.”  Panjang bebelan Johan.  Ayra terdiam.

“Ayra.  Saya tahu awak ikhlas nak bantu.  Tapi, janganlah sampai awak abaikan kesihatan awak.  Awak sendiripun seorang cancer fighter.  Dalam game kita bukan sahaja fight, kita kena strike dan jangan lupa untuk defend.  Awak fight, awak lawan sakit tu.  Awak strike, awak serang sakit tu, awak taknak kerana sakit awak nampak lemah.  Tapi dalam masa yang sama awak tetap kena defend diri awak.”

“Saya tak suka dipandang sebagai seorang pesakit.  Saya akan nampak lemah.  Sebab tu saya lari jauh dari keluarga saya.  Saya nak nampak kuat.”  Ayra bersuara.

“Saya faham.  Tapi macam saya cakap tadi.  Apa-apa pun awak tetap kena defend diri awak.  Kena jaga diri.  Tiba masa makan ubat, awak makan.  Tiba masa dapatkan rawatan, awak dapatkan.”  Nasihat Johan.

Sebaik dibenarkan keluar dari hospital, Ayra seolah menjauhkan diri daripada Johan.  Dia tak jawab panggilan telefon.  Mesej tidak dibalas.  Rakan-rakan lain cuba hubungi pun dia tak jawab.  Johan bersangka baik.  Mungkin sebab Ayra sibuk dengan peperiksaan.  Kalau diikutkan sebelum ni dia memang dalam cuti dua minggu.  Study weeks katanya.  Dan katanya juga hampir semua peperiksaan dijalankan atas talian.  Mungkin kerana itu dia sukar dihubungi.

“As far as I knew, the exam over a week ago.”

Ke mana pula dia pergi?  Balik Malaysia ke?  Yelah, lepas exam kan semester break.  Cuti panjang sikit dari biasa.  Tak mustahil kan dia balik Malaysia.  Tapi, kenapa dia tak beritahu aku?  Dia tak tahu ke yang aku rindu sangat kat dia ni.  Rindu?  Rindu sebagai seorang sahabat atau ……  Ish!  Lain pula perasaan bila jadi macam ni.  6 bulan berkawan dengan dia.  Ada masa tunggu habis kelas.  Semata-mata nak pergi hiking sama-sama.  Ada masa tunggu dia selesai urusan di perpustakaan, semata-mata nak lunch sama-sama.  Ada masa bangun awal pagi, semata-mata nak jogging bersama.  Walhal sebelum ni, lepas Subuh sahaja dah mengadap bantal semula.

“Jauh termenung.”

“Eh, awak!”  Punyalah excited mendengar suara itu.  Dan bila menoleh, lagilah lebar senyuman.

“Awak kemana?  Puas saya call, saya cari awak kat rumah, tunggu depan uni.  Awak sengaja nak lari dari saya ke?”  soal Johan bertubi.  Ayra ketawa.

“Ini semua salah awak.”

“Salah saya?”  Johan tak faham.

“Mama dan papa terbang ke sini bila tahu saya masuk hospital.  Dua minggu saya duduk dalam kawalan mereka.  Ni baru bebas dari ‘penjara’.  Terus saya cari awak kat sini.  Tepat tekaan saya.  Awak ada kat sini. Hebat kan saya?” panjang cerita Ayra.

“Mungkin sebab aura cinta saya kot.”

“Eh, ke situ pulak dia.  Jangan perasan ye.”  Balas Ayra.

“Macam mana mama dan papa tahu pasal awak masuk hospital.  Saya takde hubungi sesiapa pun.  Tak berani nak buka handphone awak.”

“Yelah tu.  Bukan ke awak ni sebenarnya spy papa saya?  Awak yang tiba-tiba muncul depan saya 6 bulan lepas.  Jadi kawan baik saya, dalam diam awak hantar laporan pasal saya pada papa dan mama di Malaysia.  Kalau bukan awak, macam mana mereka boleh tahu semua aktiviti saya selama ni.”  Tebak Ayra yakin.

“Eh,mana ada!”  Pantas Johan menafikan.

“Saya ikhlas tau kawan dengan awak.  Tak de sesiapa pun yang upah saya untuk dekati awak.  Seminggu saya perhatikan awak, hari saya tegur awak tu awak tahu tak rasa nak gugur jantung takut awak tak layan.”  Cerita Johan terus terang.  Ayra ketawa.  Macam rasa hilang segala sakit bila bersama lelaki ini.  Namun Ayra taknak menaruh sebarang harapan.  Lebih-lebih lagi Johan dah tahu yang dia adalah seorang pesakit kanser.

“Dan awak pun tahu saya dah lama nak ‘try’ awak.  Awak yang buat-buat tak layan.”  Bicara Johan perlahan.

“Apa awak cakap?”  Ayra pura-pura tak dengar.

“Takde apa.  Kawan-kawan kita asyik tanya pasal awak.  Awak okey ke?”  Johan beralih topik.

“Awak….takder cerita apa-apa kan pasal sakit saya?”

“Kenapa awak minta saya rahsiakan hal ni?”  Johan tidak terus menjawab soalan Ayra.

“Kalau mereka tahu awak sakit, mesti diorang akan…”

“Layan saya macam pesakit?  Sebab itulah saya tak mahu orang tahu saya sakit.  Saya taknak nampak lemah di mata mereka.  Saya nak saya dilayan macam biasa.  Saya taknak rasa menyusahkan orang lain.”  Tegas Ayra.

“Bukan itu untuk kebaikan awak juga.  Kalau awak pengsan macam hari tu macam mana?  Sekurang-kurangnya ada orang yang akan ingatkan awak makan ubat, jumpa doktor.”

“Cukuplah awak sorang yang tahu.  Dan awak sorang jelah yang ingatkan saya pasal itu.  Okey? Puas hati?”  balas Ayra.  Johan menggeleng kepala.  Susah juga layan orang degil ni.

“Kenapa? Nak cakap saya degil?” 

“Tahu pun yang diri tu degil.”  Jawab Johan.  Mereka tertawa.

“Apa-apapun awak kena jaga diri.  Saya akan ada untuk awak.  Kalau awak perlukan apa-apa, awak cakap dengan saya.  Please.  Saya tahu awak boleh jaga diri awak.  Walau macam manapun, saya akan tetap jaga awak.”  Bicara Johan ikhlas.

“Terima kasih.  Awak memang seorang kawan yang baik.”

“Kalau boleh, saya taknak jadi kawan baik awak.  Tapi saya nak lebih daripada itu.  Saya nak ….”

“Please!  Jangan teruskan.  Kita kawan sahaja.  Okey?”

Friend zone detected.  Hampa dan kecewa.  Mungkin Ayra perlukan masa.  Mungkin dia anggap Johan cuma kasihankan dia.  Yelah, orang sakit kan..  Ayra tidak perlukan itu semua.  Biarlah dia teruskan hidup tanpa memikirkan itu semua.  Cukuplah sekali hatinya kecewa.  Dia yang meyakinkan, dia juga yang meninggalkan.  Dan rentetan dari kisah itulah yang membuat Ayra tak pedulikan keadaan keliling.  Setuju dengan ramalan yang penyakitnya tidak ada penawarnya.  Semangat yang hilang dikembalikan sebaik datangnya Areeana dalam hidupnya. 

“Awak jangan cepat mengalah Ayra.  Awak kena kuat lawan sakit awak ni.  Insha Allah.  Mungkin makan masa, tapi awak jangan pernah berputus asa.  Saya akan sentiasa akan bersama awak.”  Bicara doktor Ariff Haikal memberi semangat.

“Ini semua salah awak.  Kalau saya takt ahu kan senang.”

“Apa awak merepek ni.  Kan bagus kita tahu awal.  Cepat kita dapatkan rawatan, lagi cepat ianya berakhir.”

“Berakhir dengan apa?  Dengan kematian?”

“Ish awak ni!  Janganlah cakap macamtu.”  Pujuk doktor Ariff lagi.  Kekasih hati yang dikenali 6 bulan lalu. Dan dia juga lelaki yang membuat pengesahan tentang penyakit yang dihidapi olehnya.

Dan sebulan selepas itu.

Maafkan saya Ayra.  Saya sayangkan awak.  Tapi saya takut saya tak kuat.  Tak kuat untuk hadapi kehilangan awak. Jaga diri awak baik-baik ya.  Saya mungkin seorang doktor.  Tapi, saya tak mampu nak merawat sakit awak.  Maafkan saya.

Ariff Haikal

Menitis airmata Ayra setelah sekian lama.  Maafkan saya Johan.  Saya tak takut kematian.  Saya taknak hadapi lagi sekali satu kehilangan.  Jangan berikan saya harapan, kalau satu hari nanti awak yang mengecewakan.  Tak perlu ada cinta, kalau jiwa tak sanggup hadapi kehilangan.  Biarlah kita hanya berkawan.  Itu lebih baik kan?  Luka di tangan ada doktor boleh tolong rawati, luka di hati doktor pakar pun tak boleh ubati.  Atau aku kena cari doktor ajaib?

Tiba-tiba sahaja dah 6 bulan berlalu.  Dah setahun Ayra jauh merantau.  Dah fikir nak balik Malaysia.  Dia tahu, memang ada sesuatu yang tertinggal.  Hatinya.  Johan memang baik.  Sangat baik.  Johan menjaganya dengan baik.  Biarpun ada beberapa kali Johan cuba meluahkan perasaannya, Ayra mengelak.  Tak tahulah sampai bila dia perlu mengelak.  Johan memang tak mendesak.  Hatinya yang dah retak.

“Ayra.”  Satu suara memanggil.  Kenapa aku rasa macam pernah dengar suara ini.  Ini bukan suara Johan.  Brandon?  Bukan. Atau Robbie?  Eh, dah kenapa pulak dia nak panggil aku?  Josh?  Macam-macam nama pula yang terkeluar.  Ayra menoleh.

“Happy birthday sayang.”

“Kakak.”  Ayra melonjak riang.  Tak sangka pula kakaknya, Areeana tiba-tiba muncul di depan mata.  Ada abang Mad.  Abang Aqeed dan isterinya.  Dan di sebelah tu………

“Ariff?”

“Hi, sayang.  Happy birthday.  These are for you.”  Ariff menghulurkan sejambak bunga beserta sekotak coklat.  Mereka yang lain tersenyum mengusik.

“You buat apa kat sini?”

“Nak jumpa you lah.”  Jawab Ariff tersenyum.  Tanpa sebarang reaksi muka bersalah.  Hanya reaksi seorang perindu yang dah terlalu lama tak jumpa kekasih hati.

“Let’s celebrate your birthday.” Ajak Areeana.

“Can we wait?  Adik tengah tunggu kawan.”

“Siapa?  Johan?” teka Areeana.

“Akak kenal Johan?”  Ayra terkejut.

“Mestilah kenal.  Dia kan spy papa.”

“What?!”  Ayra betul-betul terkejut.

“Dia yang beritahu kami adik tunggu kat sini.”  Tambah Areeana.

“Tu pun dia sampai.”  Aqeed menunjuk ke arah Johan yang baru sampai.

Ayra menahan perasaan.  Demi menjaga hati kakak dan abangnya.

Tak tahulah sekarang nak cakap apa perasaannya sekarang.  Ada dua pesalah yang menagih perhatiannya.  Dan dalam masa yang sama, Ayra perlukan penjelasan dari keduanya. Dan dalam masa yang sama perasaan marah, ingin tahu, sedih, kecewa…hai entahlah….

“Kenapa adik akak ni?  Macam tak happy je jumpa kak Na.”

“Ish akak ni!  Mana ada.  Ayra happy sangat jumpa akak tau.  Thanks tau sebab buat surprise party ni.  Sempatlah jemput kawan-kawan Ayra.”

“Johan yang banyak tolong.”  Beritahu Areeana.  Ish, tiba-tiba rasa nak marah sahaja bila dengar nama lelaki itu disebut.  Sebenarnya lebih kepada perasaan kecewa.  Sampai hati dia tipu aku selama ni.

“Kak Na kenal sangat adik akak.  Mesti ada sesuatu yang mengganggu fikiran adik ni.”

“Ayra okey.  So, macam mana dengan misi akak?  Dah dapat jumpa ke family ayah dan ibu akak.  Family mak?”  Ayra segera beralih topik.

“Alhamdulillah.  Tak susahpun nak cari mereka.  Tapi, tulah…mereka sedih sangat bila dapat tahu yang ayah, ibu dan mak dah takde.  Lebih-lebih lagi keluarga ayah dan ibu.  Rupanya, ibu tu memang dari kecil kerap sakit.  Dia pernah terkena demam panas  masa umur dia 15 tahun.  Sejak itu memang dia kerap sangat jatuh sakit.  Dan ibu meninggal dulu pun atas sebab yang sama.  Nenek, mak kepada mak akak pula dah meninggal dunia setahun lepas.  Arwah sempat pesan pada paklong cari mak.  Alhamdulillah, nenek sempat beritahu paklong yang dia dah ampunkan semua dosa emak.”  Cerita Areeana sayu.

“Insha Allah kak.  Semoga mereka semua aman di sana.  Aamiin yrb.”

“Satu perkara yang akak dapatkan jadikan pengajaran dalam hidup kita ni. Marah macam mana pun, kecewa macam mana pun, besar mana pun kesalahan seseorang tu.  Janganlah sekali-kali kita buang ahli keluarga kita dari hidup kita.  Air dicincang takkan putus.  Jangan sampai kita menyesal di kemudian hari.”  Luah Areeana.  Ayra terdiam.

“By the way, jangan nak tukar topik.  Cepat, cerita dengan akak.  Apa yang ganggu fikiran adik ni?”  cepat-cepat Areeana beralih topik sebaik terasa airmatanya seakan ingin keluar.  Ayra memandang kakaknya.  Sekilas memandang ke arah doktor Ariff Haikal yang sedari tadi asyik mencuri pandang.  Dan dia sendiri asyik mencuri pandang ke arah Johan yang seakan tidak berani bertentang mata dengannya.  Orang dah buat salah.  Macam tulah.

“Macam mana doktor Ariff tu boleh ikut akak sampai ke sini?  How do you know him?”

“Hmmm, berahsia sangat kan dengan boyfriend.  Terpaksalah dia beranikan diri jumpa papa dan mama.”

“Maksud akak….dia datang jumpa papa dan mama?  Dia datang rumah ke?” Ayra terkejut.

“Ya. Kebetulan akak dan abang Mad pun ada masa dia datang tu. Dia mengaku yang adik kekasih dia.  Mulanya memanglah mama dan papa tak percaya.  Yelah, adik tak pernah cerita apa-apa pun dengan mama dan papa.  Then, dia tunjuk gambar-gambar adik dengan dia.  Dan memang akak plan nak ke sini surprise kan adik.  So, kami ajaklah dia sekali.”  Cerita Areeana.

“Kenapa?  Ada sesuatu yang tak kena ke?”  tanya Areeana sebaik melihat reaksi adiknya selepas dia menceritakan tentang pertemuan dan perkenalan dengan doktor Ariff Haikal.

“Kak, kami dah break-off dah lama dah.  Dah 4-5 tahun macam tu.  Dan selama itu jugalah Ayra tak jumpa dia.” Terang Ayra.

“Seriously?”

“Betul.  Dan sebabkan dialah Ayra putus asa dalam hidup Ayra dulu. Lepas kami tahu pasal sakit kanser tu, dia bersungguh-sungguh berikan harapan pada Ayra.  Lepas tu, dia tinggalkan Ayra macam tu je.  Atas alasan takut hadapi kehilangan.  Ayra jadi takut untuk disayangi kak.”  Tiada setitis pun airmata yang mengalir.  Mungkin kerana dia telah puas menangis suatu ketika dahulu.

“Buat apa dia muncul semula sekarang ni?  Nak bagi harapan lagi sekali?  Lepas tu tinggalkan?  Apa guna ada cinta kalau untuk ditinggalkan?”

“Mungkin dia ada penjelasan dia sendiri.  Adik dah tanya dia?  Dia ada beritahu pada papa dan mama, dia sambung belajar.  Nak jadi doktor pakar kanser.  Sebab dia nak jaga adik dan rawat adik.”  Cerita Areeana.

“Tapi dia dah hancurkan hati adik akak ni.” Luah Ayra kecewa.

“Perasaan adik bila jumpa dia semula?”

Ayra tidak dapat menjawab soalan itu.  Tak tahu nak cakap apa.  Dia memang kecewa.  Kalau betul dia tinggalkan aku sebab nak sambung belajar, dia boleh sahaja beritahu aku kan?  Kenapa dia pilih untuk hancurkan hati aku?  Johan.  Johan lebih mengecewakan.  Kenapa dia tak mengaku sahaja yang dia memang spy papa?  Aku kenal papa.  Dia memang takkan biarkan aku sorang-sorang kat UK ni.  Aku tak kisahpun kalau dia beritahu aku hal sebenarnya.  Selama ini dia kawan dengan aku semata-mata kerana diupah.  Dia tak ikhlas pun berkawan dengan aku.  Setahun aku tertipu.

“Awak masih marahkan saya?  Saya call awak tak jawab.  Mesej tak reply. Saya ke taman cari awak, takde.  Sebab tu saya datang sini cari awak.”

“Buat apa awak nak cari saya.  Tugas awak kan dah selesai.  Saya pun dah nak balik Malaysia.  Saya akan ikut kakak dan abang saya balik lagi 2 minggu.” Jawab Ayra acuh tak acuh.

“Saya tahu awak masih marah.  Please, dengar dulu apa yang saya nak cakap.”

“Saya tak nak dengar apa-apa penjelasan pun dari awak.  Awak memang tak ikhlas pun selama awak berkawan dengan saya.  Awak cuma buat kerja awak kan?  Saya tak pernah kisahlah kalau awak mengaku yang awak ni spy papa saya sekalipun.  Masa first time kita jumpa pun saya dah terfikirkan hal tu.  Yang buat saya marah sekarang ni, awak tipu saya.  Bukan sekali tau saya tanya awak, tapi awak tetap nak nafikan.”  Berdas-das tembakan padu daripada Ayra.

“Saya tak pernah tipu tentang perasaan saya pada awak Ayra.  Betul. Memang papa awak hantar orang untuk jadi spy awak.  Tapi, bukan saya.  Saya yang minta tugas tu dari kawan saya, bila saya dapat tahu awaklah orang yang dia nak jaga tu.  Saya pernah beritahu kan seminggu saya perhatikan awak sebelum saya bertindak berani datang tegur awak.  Lagipun, papa awak tak pernah beritahu pun awak sakit, sampailah kejadian awak pengsan tu.  Masa tu baru saya tahu pasal sakit awak tu.”

“Tapi awak tetap amik upahnya kan?  Kalau awak ikhlas nak jaga saya, awak takkan harap upah tu kan?  Saya ada tanya papa.  Papa cakap awak minta papa masukkan duit ke satu akaun di Malaysia. Atas nama seorang perempuan.  Nur Jannah Athirah.  Siapa perempuan tu? Isteri awak?”

Johan tidak terus menjawab.  Dia hanya menggeleng kepala menafikan bahawa perempuan itu bukan isterinya.

“Dah tu siapa?”  tanya Ayra.

“Saya pernah tanya awak adakah awak ni sebenarnya spy papa saya.  Awak nafikan.  Hakikat sebenar, awak memang spy papa. Hari ini saya tanya adakah Nur Jannah Athirah tu isteri awak,  awak geleng kepala.  Susah saya nak percayakan awak lagi Johan.  Awak dah hancurkan kepercayaan saya pada awak.  Macam saya cakap tadi, saya tak pernah kisah pun kalau dari awal lagi awak beritahu yang awak ni spy papa.  Sebab saya kenal papa saya.  Kalau awak takde jawapan siapa sebenarnya Nur Jannah Athirah tu, awak baliklah.  Saya tak perlu pun apa-apa penjelasan dari awak.”

Johan tak mampu menghalang Ayra masuk semula ke rumahnya.  Dia membiarkan sahaja gadis itu pergi.  Betullah, dia memang dah mengecewakan Ayra Shafia.  Johan tak mahu berterus terang tentang Jannah.  Kenapa?

Kenapa aku nak menangis untuk lelaki yang telah menghancurkan hatiku.  Ariff Haikal, lelaki pertama yang mengetuk pintu hatiku dan dia jugalah yang pertama menghancurkan hatiku. 

“Awak tak malu ke nak panggil saya sayang?  Awak dah tinggalkan saya 5 tahun dulu.”  Marah Ayra.

“Saya tahu saya salah.  Saya cuba nak lupakan awak, tapi saya tak mampu.  Dan saya dihantui rasa bersalah.  Sebab tu saya ambil keputusan nak sambung belajar.  Saya nak jaga awak dalam keadaan saya betul-betul bersedia.”

“Entahlah.  Saya tak tahu nak cakap apa.  Beri saya masa.”  Balas Ayra.

“Awak dah ada orang lain?”  tebak Ariff Haikal.

“I don’t have the answer now.  Just give me some times.”

Johan. Seorang sahabat.  Kawan yang banyak membantu sepanjang setahun di UK.  Sentiasa mengingatkan tentang kesihatan dirinya.  Mungkin juga kerana itulah tugasan dia.  Di mana keikhlasan?  Wujud ke keikhlasan tu?  Kenapa aku kecewa sangat?  Kalau betul pun dia spy papa, dia dah jalankan tugasnya dengan baik kan?  Kau rasa selamat setiap kali dia bersama kau.  Tapi, siapa Nur Jannah Athirah?  Siapa perempuan itu padanya?  Isteri dia?  Bekas isteri?  Atau kekasih hati.  Tapi kenapa aku peduli.  Biarlah siapa pun dia.

Memilih cinta yang pertama yang kecewa, atau memilih si dia yang telah mengecewakan buat kali kedua.  Hati memang tak pernah mengaku mencintai, namun rasa kecewa apabila kepercayaan dikhianati.  Atau memilih lepaskan keduanya, dan hanya sendiri sambil menunggu masa dipanggil Illahi.  Atau mungkinkah rasa rindu yang akan memberitahu apa sebenarnya yang dimahukan oleh si hati.

Dan hari ini, Ayra Shafia memilih untuk kembali ke Malaysia.  Meneruskan kehidupan tanpa memikirkan apa-apa lagi tentang hati dan perasaan.  Biarpun hakikatnya dia mengharapkan satu keajaiban.  Akan wujudkah doktor cinta.  Atau hanya doktor pakar kanser yang setia.

Doktor Ariff Haikal dah balik lebih awal. Dan dia menitipkan pesan agar jangan putuskan ikatan yang ada antara mereka.  Jangan wujudkan kebencian mahupun permusuhan.

“Walaupun awak mungkin tak pilih saya, percayalah.  Saya akan tetap akan jaga awak.  Biar saya jadi doktor awak.”  Bicara Ariff sebelum dia berangkat pulang ke Malaysia.

30 minit lagi, mereka akan masuk ke balai pelepasan.  Ayra masih memikirkan kata-kata Ariff Haikal.  Masih mencari jawapan.  Atau sudah ada jawapan yang belum diungkapkan.

“Ayra.”  Satu suara yang sangat dikenali.  Ayra Shafia menoleh.  Memang tepat tekaannya.  Johan.

“5 minit.  Please.”  Pinta Johan.  Ayra memandang ke arah kakaknya.  Areeana mengangguk tanda membenarkan dan memberi semangat.

“Awak masih taknak balik Malaysia ke?”  soalan pertama Ayra Shafia.

“Nur Jannah Athirah tunggu awak.”  Tambah Ayra Shafia.

“Dia takkan tunggu saya.”

“Siapa dia sebenarnya?”  tanya Ayra.

“Nur Jannah Athirah binti Johari.  Kakak kepada Johan Azhari bin Johari.”

“Kakak awak?”  Ayra dapat meneka.

“Dia tak tunggu saya.  Cuma tunggu duit saya je.  Selagi hutang saya tak selesai.  Saya tak dibenarkan balik Malaysia.”  Terang Johan.  Ayra tak faham.

“Saya berhutang nyawa dengan kakak saya.  Kerana saya emak dan abah saya meninggal dunia.  Kakak saya salahkan saya. Puas saya minta maaf.  Dia taknak maafkan saya.  Macam-macam saya buat untuk dapatkan kemaafan dia.  Sampai akhirnya dia cakap, kalau saya nak dia maafkan saya, bayar dia RM100 juta. Dan jangan balik Malaysia selagi saya tak langsaikan hutang tu.”

“What?”  Ayra terkejut.

“So, kakak awak samakan nilai nyawa mak dan abah awak dengan RM100juta?”

“Itu hak dia.  Saya tak kisah itu semua.  Saya perlukan masa untuk langsaikan hutang tu.”

“Sebab tulah awak tak pernah balik Malaysia selama 10 tahun ni?  Dan awak buat macam-macam kerja, dan macam-macam business sebab nak cari 100juta tu?”  tebak Ayra.  Johan angguk.

“Saya sayangkan hubungan kita Ayra.  Saya tak paksa awak tunggu saya.  Namun, saya amat berharap awak tunggu saya.  Saya ikhlas dan tak pernah pun saya tipu tentang perasaan saya.  Kita pernah berjanjikan?  Saya berpegang pada janji itu.”

“Nampaknya takde bezapun awak dengan kakak awak kan?  Awak bersusah payah nak cari 100juta sebab awak pun sama nilaikan nyawa mak dan abah awak sama dengan 100juta tu.  Awak tak pernah terfikir ke untuk balik je Malaysia.  Jumpa kakak awak.  Mata bertentang mata.  Mungkin itu sebenarnya yang kakak awak nak.  Kakak saya pernah cakap, marah macam manapun, sedih macam mana pun, besar mana pun kesilapan, jangan sesekali buang orang yang kita sayang.  Kita takkan boleh nak benci orang yang kita sayang.  Jangan menyesal kalau satu hari nanti orang tu betul-betul pergi daripada hidup kita.”  Balas Ayra lebar.

“Adik, jom kita masuk.”  Suara Aqeed memanggil.

“Saya nak balik.  Balik pada keluarga saya.  Saya sayangkan keluarga saya.  Abang Aqeed dan Kak Areeana tu cuma adik beradik tiri saya, tapi kasih sayang mereka melebihi dari apa yang sepatutnya saya miliki.  Nur Jannah Athirah tu kakak kandung awak.  Dan dia sahajalah yang awak ada.  Fikir-fikirkanlah.  Awak tak perlu balik Malaysia untuk saya.  Tapi, awak baliklah demi kakak awak.”  Bicara akhir Ayra Shafia sebelum berlalu pergi meninggalkan Johan Azhari di situ.

Saya takkan tunggu awak.  Tapi, andai kata awak nak balik Malaysia awak beritahu saya.  Kalau saya muncul di airport nanti, mungkin itu tandanya antara kita ada jodoh.  Dan kalau saya takde, mungkin jodoh saya sebenarnya dengan doktor Ariff Haikal.  Mungkin dialah sebenarnya doktor ajaib saya.

3 bulan berlalu.

Hari ini ada temujanji dengan doktor.  Rawatan yang berterusan, usaha yang tak pernah padam, kesetiaan menanti jawapan.  Doktor Ariff Haikal tersenyum.  Wajah gadis yang sentiasa dicintainya itu mengukir senyuman di bibirnya.  Ayra Shafia membalas senyuman itu.  Kali ini doktor Ariff sudah benar-benar bersedia menerima apa jua kemungkinan.  Dia tidak putus memberi harapan kepada Ayra Shafia.  Kebekuan hatinya pada doktor Ariff nampaknya dah sedikit berkurang berbanding sewaktu mereka kali pertama bertemu sekali lagi selepas hampir 5 tahun tak bertemu.

Ajal maut dan jodoh pertemuan adalah di tangan Allah.  Tiada siapa yang boleh nafikan. Ayra Shafia sudah boleh berlembut dengan Ariff Haikal.  Dan dalam masa yang sama dia turut merindukan Johan.  Sepanjang 3 bulan dia balik ini pun, hanya sekali sahaja dia menghubungi Ayra Shafia.  Itupun sebab nak tanya samada Ayra Shafia sudah selamat sampai ke Malaysia atau belum.  Patah hati?  Tak mungkin.

“Kalau awak nak saya balik Malaysia, saya akan balik.  Untuk awak, saya akan balik.  Tapi, bukan sekarang.”

“Awak tetap dengan pendirian awak kan?  Nak cukupkan RM100juta tu.  Awak masih nilaikan nyawa mama dan papa awak dengan nilai tu?”  berang sebenarnya.

“Saya ada janji yang perlu saya tunaikan.”  Balas Johan Azhari.  Ayra Shafia diam.

“Saya tak paksa awak tunggu saya walaupun memang itu yang saya harapkan.  Andai kata ada jodoh awak dengan Ariff, saya terima dengan hati terbuka.  Andai ada jodoh antara kita, kita akan kahwin.”

“Sudahlah, saya malas nak cakap dengan awak lagi.  Selagi awak takde keputusan, awak jangan call saya.”  Talian dimatikan.  Itulah perbualan mereka yang terakhir.  Mungkinkah sebab itu dia membisu selama 3 bulan ini.

Selepas 3 bulan, barulah Ayra Shafia bersetuju keluar dating dengan doktor Ariff Haikal.  Selama 3 bulan ni dah banyak kali Ariff ajak keluar makan malam bersama.  Ayra Shafia menolak setiap ajakannya.  Ariff begitu ceria malam itu.  Dia takkan lepaskan peluang kali ini.  Dia amat berharap pintu hati Ayra Shafia akan terbuka kembali untuknya.  Selama dia belajar sebelum ini, Ayra Shafia menjadi kekuatannya.  Dia tak berani nak ambil tahu perkembangan Ayra Shafia sebelum ini, kerana dia takut’ menerima kenyataan.  Dan perpisahan ini sebenarnya yang memberinya kekuatan untuk kembali mencari Ayra Shafia.

“Awak cakap dinner biasa je.  Sampai ber’candle’ light dinner bagai ni.”

“Saja.  Tak salahkan?  Untuk orang yang saya sayang.  Walaupun orang tu dah ada orang lain di hati…”

“Siapa cakap saya dah ada orang lain?”

“Maksudnya, memang takderlah ya?  Ada peluang lagi lah kan?”  Balas Ariff tanpa menjawab soalan Ayra.  Ayra Shafia terdiam.  Memang tiada ke?

“Ayra. Saya tahu, awak kecewa sangat dengan saya.  Sendiri dah cukup menyesal dengan perbuatan saya sendiri.  Saya pergi sebab saya sangat takut waktu itu.  Saya rasa diri saya tak guna sangat.  Saya seorang doktor, tapi saya tak cukup ilmu untuk jaga awak. Saya amat berharap awak terima saya kembali.  Berikan peluang kedua untuk kita.  Sudikah awak jadi isteri saya?” Ariff Haikal meluahkan perasaan.  Sebentuk cincin terletak di atas meja.  Kali ini, Ayra Shafia betul-betul terdiam.  Memandang wajah lelaki di hadapannya.  Adakah keikhlasan di wajahnya?  Johan, awak cakap kalau tiba masanya tiada orang nak kahwin dengan kita, kita kahwin.  Hari ini, ada orang nak kahwin dengan saya.  Cinta untuk Ariff Haikal pernah terpadam suatu ketika dahulu.  Mungkinkah cinta akan berputik semula?

Jangan jadi orang yang menyesal.  Penyesalan yang perlu kita hindarkan iaitu menyesal kerana lambat melakukan apa yang harus dilakukan.  Menyesal kerana melakukan sesuatu yang tidak seharusnya dilakukan. Menyesal kerana tidak memulakan apa yang seharusnya dimulakan. Kerana  sesungguhnya kekesalan itu menyakitkan.  Siapakah yang akan menyesal dengan keputusan yang telah diputuskan.  Mungkinkah Johan?  Atau Ayra Shafia?  Atau apakah Ariff Haikal yang akan menangis kekesalan.

Dua bulan kemudian.

Pelamin dihias indah.  Ayra Shafia melihat jam di dinding.  Dua jam lagi dia akan sampai.  Ayra membetulkan tudungnya.  Mak andam dari butik pengantin Aura, membantunya membetulkan solekannya yang agak tebal.  Dia tak mahu tebal sangat.  Nak nampak biasa sahaja.

Johan Azhari tiba akhirnya di Malaysia.  Johan memandang sekeliling.  Mencari kelibat Ayra Shafia.  Kenapa Ayra takde?  Dia tak tunggu aku ke?  Johan memandang sekali lagi.  Pandangannya terhenti.  Berdiri di hadapannya kini adalah orang yang sangat dirindui.  Dia termati kata-kata.  Dia amat berharap dia tidak bermimpi.  Terlepas beg galas di bahu.  Airmatanya mengalir.  Melihat lelaki di sebelahnya.  Suaminya kah?

“Maafkan kakak Johan.  Akak tak patut buat Johan macam tu.  Akak tak reda dengan ketentuan Allah.”

“Johan pun salah jugak kan?  Johan sepatutnya datang jumpa akak dari dulu lagi.”

“Kalau Ayra tak datang jumpa akak, sampai bila-bila akak tak sedar kesilapan akak.”  Airmata Nur Jannah Athirah mengalir laju.

“Ayra datang jumpa akak?”  Johan terkejut.

“Ya.  Dia yang ingatkan akak pasal reda Allah.  Kita ni adik beradik.  Kita cuma ada antara satu lama lain je.  Akak harap sangat tidak terlewat lagi untuk kita perbaiki kesilapan kita yang silam.”

“Ayra juga yang ingatkan Johan pasal hubungan kita ni kak.  Air dicincang takkan putus.”  Johan tersenyum.  Tapi, mana Ayra?

“Ayra tak dapat datang.  Ada majlis.”

“Majlis apa?”  tanya Johan laju.

“Majlis persandingan.  Kalau Johan tak penat, kita teruslah ke sana.  Tapi, kalau Johan penat.  Jet leg kata orang tu.  Johan balik rumah dulu.  Bersanding pukul 02:00 petang ni.”

Persandingan? Persandingan siapa?  Ayra Shafia?  Siapa lagi?  Kakak dan abangnya dah kahwin.  Berderau darah mendengarnya.  Johan memaksa bibirnya untuk tersenyum.  Dia dah janjikan.  Dah ada orang nak kahwin dengan dia.  Kami pun dah berjanji tidak menunggu antara satu sama lain.

“Kita terus pergi.”  Tekad Johan.

Johan tak pernah tahu di mana rumah Ayra Shafia.  Menurut Nur Jannah Athirah, akan memakan masa perjalanan lebih kurang 40 minit.  Jannah ajak singgah dahulu ke rumahnya memandangkan hanya akan mengambil masa 15 minit.  Hati Johan memberontak tak sabar.  Tapi, demi nak jaga hati kakaknya, dia ikutkan sahaja.  Nak halang?  Dah terlambat.  Kakaknya cakap hari ini hanya majlis persandingan.  Pengantin dah nikah lama dah.

“Saya takkan tunggu awak.  Tapi, andai kata awak nak balik Malaysia awak beritahu saya.  Kalau saya muncul di airport nanti, mungkin itu tandanya antara kita ada jodoh.  Dan kalau saya takde, mungkin jodoh saya sebenarnya dengan doktor Ariff Haikal.  Mungkin dialah sebenarnya doktor ajaib saya.” kata-kata yang terngiang-ngiang di telinganya saat ini.

“Jomlah masuk.  Pengantin dah atas pelamin tu.”

“Takperlah. Akak masuk dulu.  Johan tunggu kat luar sekejap.”  Balas Johan.

“Hmm, baiklah.  Ayra pun atas pelamin rasanya tu.  Nanti kalau akak beritahu dia Johan tunggu dia kat luar ni.”

“Eh, janganlah kak.  Kacau jek orang nak bersanding. Marah pihak lelaki nanti.”  Johan menghalang niat kakaknya.

“Siapa?  Doktor Ariff?  Johan kenal jugak ke?”

“Jadi betullah Ayra kahwin dengan Ariff?”  tebak Johan.  Nur Jannah Athirah dan suaminya saling berpandangan.  Johan tak tahu ke?  Katanya kawan baik.

“Kak Jannah.  Thank you for coming.  Kenapa kat luar je ni?  Masuklah.”

“Akak nak masuklah ni.  Ni best friend awak ni yang taknak masuk.”  Jawab Jannah sambil menunjuk ke arah adiknya.  Ayra menoleh.  Terdiam seketika apabila bertentang mata dengan Johan.  Lama tak jumpa.  Hampir setengah tahun.

“Lah…ikut jugak. Tak jet leg ke?”

“Akak masuk dulu.  Sembanglah dengan bff awak ni.”  Nur Jannah Athirah berlalu masuk bersama suaminya.

“Awak buat apa kat sini? Awak kan tengah bersanding.”

“Memangpun.  Ternampak dari jauh kereta kak Jannah.  Tu yang saya keluar.”  Jawab Ayra ceria.

“Tak elok tau macam tu.  Nanti apa pula kata pengantin lelaki.”

“Abang-abang saya okeylah.”  Balas Ayra.

“Abang-abang?”  Johan tak faham.

“Yelah.  Abang Mad dan abang Aqeed tukan abang-abang saya.”

“Doktor Ariff?”

“Dia pun tengah sibuk makan tu.”

“Eh, nanti!  Saya tak faham.  Bukan awak ke pengantinnya?”  Johan jadi tak faham.

“Oooooh….patutlah muka tak manis.  Awak ingat saya yang kahwin yer?”  Ayra Shafia tertawa kecil.

“Kalau bukan awak siapa lagi?”  Johan semakin tak faham.

“Ini majlis abang dan kakak sayalah.  Majlis mereka dulu kan buat kat kampung je.  Ini niat nenek.  Nak buat majlis kat rumah ni.  Tunggu lepas kak Na habis pantang, terus buat majlis ni.  Dan kebetulan pulak sama tarikh awak balik. So, tak dapatlah jemput awak.  Tapi saya dah ‘hantar’ wakil yang lebih istimewa kan?”  Ayra menghadiahkan senyuman.

“Saya dan Ariff jadi pengapit jek.  Menyibuk atas pelamin. Nak tunggu diri sendiri bersanding entah bila.”  Tambah Ayra Shafia.  Johan tak tahu nak gambarkan perasaannya macam mana sekarang ini.  Mungkinkah ini masanya.  Johan tertawa sendiri.

“Kalau macam tu, kita kahwin.? Kita bersanding bersama-sama atas pelamin kita sendiri. Sudi tak awak jadi isteri saya.”  Johan terus melamar.  Ayra Shafia terdiam.  Kebetulan doktor Ariff pun keluar.  Johan pula terdiam.

“Saya nak balik dulu.  Ada emergency call dari hospital.”  Beritahu Ariff.  Bertukar senyuman dengan Johan.

“Awak ada jawapan tak?”  Tanya Johan.

“Awak dah terlambat.  Kalaulah awak cepat sikit.”

“Maksud awak, awak dah terima doktor Ariff ke?”  Johan bernada kecewa.

“Awak dah terima lamaran dia ke?”  teka Johan lagi.  Ayra angguk perlahan.  Johan memaksa untuk dirinya tersenyum.

“Dia melamar saya 2 bulan lepas. Dan…..”

“Tahniah!  Semoga awak berbahagia dengan pilihan awak.”  Pintas Johan sambil menahan airmata.  Ish, kenapa rasa nak menangis ni.

“Dia lamar saya. Saya tak cakap pun saya terima. Saya masih ingatkan awaklah.Tapi tulah.  Awak lambat sangat.  Kalau tak bolehlah kita bersanding 3 pengantin hari ni.”

Johan tertawa kecil.  Senyuman yang terpadam tadi kembali mekar.

Awak mungkin bukan doktor yang boleh merawat penyakit.  Awak mungkin bukan doktor yang boleh merawat luka.  Tapi awaklah doktor ajaib yang berjaya mengembalikan rasa cinta dalam jiwa saya.  Syukur Alhamdulillah.  Saya dah ada nurse ajaib.  Dan sekarang saya dapat doktor ajaib.

 "Awaklah sebenarnya doktor ajaib. 10 tahun saya cuba baiki hubungan saya dengan kakak. Kami seolah olah tersalah makan ubat. Awaklah doktor yang beri kami ubat yang betul. Jadi awaklah doktor ajaib."

 

 

 

 

 

 

Comments

Popular posts from this blog

ISTERI BOSS

Balqis masih mengadap komputer riba di atas meja belajarnya. Jarum jam sudah menunjukkan hampir ke pukul 1 pagi. Nadia yang baru pulang dari kerja ‘part-time’ di 7 eleven agak terkejut. Selalunya jam 11 malam Balqis dah tumbang. Kalau nak bangun study pun dia akan bangun seawal 4 pagi dan seterusnya akan berjaga sehingga masuk waktu subuh. Hmmm…sejak balik dari cuti semester baru-baru ni Balqis nampak berbeza. Suka termenung. “Aku nak tanya ni. Kau jangan marah tau.” Kata Nadia satu hari. “Macam serius je bunyinya.” “Memang serius pun.” Balas Nadia. “Pasal apa?” “Pasal kau.” Jawab Nadia. Balqis berkerut dahi. Kenapa pula dengan aku? Tanya Balqis dalam hati. Jangan-jangan….. “Kau nampak lain.” “Maksud kau? Aku dah gemuk ke? Atau aku dah kurus?” Tanya Balqis berseloroh. Walhalnya dalam hatinya berdebar juga menunggu soalan dari Nadia. Nadia ni bukan saja BFF aku, ada masa dia ni boleh jadi BFF mak aku jugak ni. Sama-sama suka korek rahsia pasal aku. “Muka kau ...

DENDAM SEORANG ISTERI

Apa yang kau dah buat? Kenapa Mia berdendam dengan kau sampai macam tu sekali? Apa yang kau dah buat? Cuba kau ceritakan hal sebenar. Kalau kau diam je macam ni, macam mana aku nak tolong kau. Hakimi meraup muka dengan kedua telapak tangannya. Ketika hati sedang berbunga cinta, kenapa ini yang terjadi? Apa yang lebih membimbangkan, Mia tu tak sihat. Selepas bertengkar semalam, Mia tiba-tiba pengsan. Bila dia sedar, dia marah-marah dan tak mahu ada doktor dalam rumahnya. Hakimi akurkan sahaja. Esok paginya, Mia hilang. “Aku rasa bersalah sangat. Selama ni aku sia-siakan peluang yang aku ada. Kesabaran dia, memang mencabar aku. Dia terlalu baik. Aku nak dia benci aku. Tapi, dalam masa yang sama, aku semakin menyayangi dia. Aku cuba untuk tak pedulikan dia. Tapi, bila dia balik lambat, aku jadi risau. Tak tentu arah. Memang aku tak cakap apa-apa. Bila nampak saja wajahnya menjengul di muka pintu, betapa leganya hati aku bila dia sampai ke rumah dengan selamatnya.” “...

Bagaimana Untukku Jatuh Cinta

 Calon terakhir untuk hari ini.  Mohd Rafiq Harraz. 30 tahun. Masih bujang. Aneesa memandang wajah pada foto bersaiz kecil itu.  Eh, ini senior aku ni!  Abang handsome yang menjadi rebutan masa sekolah dulu.  Aku ada dengar cerita yang mengatakan dia dah jadi jutawan, dah tu apasal minta kerja jadi pengawal peribadi pulak ni? "Alah,rumors je tu. Saya orang biasa jek. Sedang cari kerja. Baru resign sebab company tutup." "Macam ni sahajalah, sebab saya kenal abang, saya akan hired abang. Tapi kerja abang bukan setakat bodyguard jek tau, abang juga adalah driver dan assisstant saya. You have to be with me 24 hours. You kena tinggal dengan I, I mean at my family's house. Saya akan beri cuti sebulan after six months, is it okey with you?" "Okey, saya okey je." "Sorrylah, it's my father's rules. Selagi saya tak kahwin dia nak saya sentiasa dikawal. Nak gerak bebaspun terbatas." "So, sebelum ni ada bodyguard jugalahye?" "Yes, ...