Tanpa kusedari airmata lelaki ini mengalir. Kenapa mak usu buat macam tu? Kenapa mak usu setuju kahwin dengan
papa? Mak usu kenapa mesti khianati
janji mak usu pada orang yang mak usu sayang?
Mak usu tak kesian ke dengan dia?
“Along nak mak usu amik ke petang ni?”
“Takpelah maksu.
Nanti along naik teksi jek. Nanti
maksu nak kena patah balik pulak ke sini.”
Rayyan Irsyad menolak baik pelawaan mak usunya, yang kini sudah menjadi
ibu tirinya.
“Mama, cepatlah.”
Jerit si kecil dari dalam kereta.
Marissa hanya tersenyum. Dia
menghulurkan wang RM50 pada Irsyad.
“Eh, takpelah maksu.
Duit semalam ada baki lagi.”
Irsyad menolak.
“Semalam Along naik motor.
Hari ni kan nak kena naik teksi. Nak duit lagi kan.” Marissa terus meletakkan wang RM50 kedalam
saku anak buahnya itu. Irsyad tersenyum.
“Eh, anty! Apa khabar
anty?” Kawan Irsyad, Hariz muncul di
situ.
“Alhamdulillah.” Jawab Marissa sambil tersenyum. “ Okeylah.
Maksu pergi dulu. Nak hantar si
kecik dua orang tu pulak.”
Marissa segera meminta diri.
Sebaik sahaja kereta Marissa meluncur pergi, Irsyad dan Hariz mula
bergerak menuju ke kelas mereka. Sambil itu mereka berbual-bual kosong.
“Motor kau kenapa?”
“Pancit. Maksu yang
nak hantar. Taknaklah melawan. Nanti jadi anak derhaka pula.” Jawab Irsyad sambil tertawa kecil. Teringat bebelan maksunya pagi tadi yang
bersungguh nak hantar.
“Sebut pasal anak derhaka ni, ada satu benda yang aku dah
lama nak tanya.”
“Tanya apa?” Irsyad
tak faham.
“Dah 3 bulan maksu kau tu kahwin dengan papa kau kan? Dan selama tu jugak, adik-adik kau dah
panggil maksu kau tu mama. Tapi kenapa
kau masih nak panggil dia maksu? Kau tak
suka ke maksu kau ganti tempat arwah umi kau?”
Tanya Hariz serius.
“Sampai bila-bila pun memang takkan ada sesiapa pun yang
layak ganti tempat umi aku. Tapi orang
yang paling layak untuk jaga kami adik beradik, aku pilih maksu aku.”
“Jadi kau rasa maksu kau tak patut kahwin dengan papa
kau?” Tanya Hariz lagi.
“Maksu aku memang tak sepatutnya kahwin dengan papa aku. Bukan sebab dia tak layak. Tapi papa aku yang tak layak untuk maksu
aku. She deserves someone better.” Jawab Irsyad lantas melajukan gerakan kakinya
dan berlalu meninggalkan Hariz yang terkesima seketika mendengar jawapan kawan
baiknya itu.
Memang Irsyad banyak berahsia sejak akhir-akhir ini. Mungkin dia terlalu rindukan arwah uminya
kot. Itu yang selalu Hariz tafsirkan
tentang kawan baiknya itu. Apa yang dia
tahu Irsyad memang sangat rapat dengan maksunya itu. Dan dia sendiripun agak rapat dengan
Marissa. Kalau nak ke mana-mana Marissa
selalu tolong hantarkan. Mungkin betul
kata Irsyad, anty Marissa sepatutnya berkahwin dengan orang yang lebih sepadan
dengannya. Atau mungkin sebaya
denganya. Beza umur papa Irsyad dengan
anty Marissa 15 tahun. Dan mereka
berkahwin pun kerana aturan keluarga.
Kerana kesiankan anak-anak setelah kematian Mardiyana kerana
kanser.
Marissa tiba di klinik lewat dari biasa. Biarpun ini kliniknya sendiri, dia tetap akur
dengan jadual yang dia sendiri buat.
Bersama 3 orang rakannya, dia membuka klinik ini. Marissa sanggup meletak jawatan sebagai
doktor tetap di sebuah hospital kerana ingin menumpukan sepenuh perhatian pada
kliniknya itu. Supaya dia dapat mengatur
waktu tugasannya sendiri.
Marissa mencatat sesuatu pada buku hariannya. Terpandang cincin di jari manisnya. Dan jari-jari yang masih merah berinai. Usia perkahwinannya dengan abang Hadif baru
mencecah 3 bulan. Marissa masih tak
dapat nak tafsirkan keadaan hidupnya sekarang.
Adakah dia bahagia dengan pilihannya ini? Adakah ini yang dinamakan kebahagiaan. Dia tahu abang Hadif terlalu sayangkan kak
Long. Sampai hari nipun dia masih lagi
tersasul membahasakan dirinya sebagai abang Long. Biarpun dah banyak kali ditegur oleh ibu
bapanya. Oppo A5 atas meja
berbunyi. Panjang umur. Baru disebut-sebut…
“Ris, abang balik lewat malam ni. Petang nanti Ris amik si kecik dua orang tu
ya.”
“Yelah. Abang ada
bawa kunci rumah tak?”
“Tak. Abang tak drive
hari ni. Ahmad amik abang tadi. Balik nanti abang naik cab jek.” Jawab Hadif.
Biasanya memang itu sahajalah komunikasi mereka. Bila nak balik. Jemput anak-anak. Bagi duit kat anak-anak. Bagi belanja dapur. Cerita urusan kerja. Sampai bila harus macam ni? Marissa merenung skrin telefon nya sekali
lagi. Lampu dah malap.” Panggilan dah lama dimatikan.
“Doktor. Ada
pesakit.” Beritahu pembantu klinik yang
bertugas pagi itu.
“Okey. Bawa dia
masuk.”
Kanak-kanak kecil yang takut dicucuk itu berjaya dipujuk
oleh doktor Marissa. ibu kanak-kanak itu
memang sering membawa anaknya ke klinik itu kerana dia suka cara doktor Marissa
memujuk kanak-kanak yang takut nak makan ubat atau dicucuk oleh doktor. Contoh, anaknya sendiri.
“Amboi, dah bercincin berinai ni. Doktor baru kahwin ke?” Tanya puan Nora.
“Ya, dah 3 bulan.”
“Mesti dengan doktor Izham kan?” Teka puan Nora yang sememangnya sangat kenal
dengan doktor Izham. Doktor Izham lah
yang mengesyorkan klinik ini padanya dua tahun lalu.
“Taklah. Dengan orang
lain.” Jawab Marissa tersenyum
hambar. Puan Nora tak mahu bertanya
lebih bila menyedari soalannya tadi mungkin telah menyentuh privasi doktor
Marissa.
Seperti biasa jam 5 petang Marissa sudahpun meninggalkan
klinik. Dia akan memandu menuju ke rumah
mertuanya yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Waktu pagi Marissa akan menghantar si kembar
itu ke sekolah. Tengahari bapa mertuanya akan menjemput mereka dari sekolah. Biasanya Hadif yang akan
mengambil anak-anaknya di rumah ibubapanya.
Dan Marissa pula akan terus pulang ke rumah dan bersedia untuk
menyiapkan hidangan makan malam. Macam
tulah arwah kak Long dulu. Balik kerja
dia akan terus pulang ke rumah. Memang
tiada lagi mana-mana persinggahan. Dia
akan terus memasak untuk keluarga.
Rayyan Hazran dan Rayhana Hazrin takkan makan malam kalau bukan umi
mereka yang masak. Dan sekarang ni,
mereka takkan makan kalau bukan mama yang masak. Itu yang kadang-kadang buatkan Rayyan Irsyad
kurang sabar dengan adik-adiknya.
Kalau Hadif ada urusan kerja, Marissa akan tumpang masak di
rumah mertuanya untuk si kembar itu.
Mujurlah ibu mertuanya dah masak sangat dengan perangai si kembar yang
berusia 8 tahun itu. Kalau nak balik
rumah dulu, berulang kali pula nak berpatah balik. Hakikatnya memang inilah rutin kak Long dulu.
“Singgah sini balik tak nanti?” Tanya mak Hasnah sewaktu menantunya sudah pun
bersedia untuk mengambil anak-anak kembarnya di sekolah.
“Taklah mak. Along
sorang-sorang jek tu kat rumah. Entah
makan apa jek nanti. Nak suruh ke sini,
motor dia pancit. Tak sempat panggil
orang tadi.”
“Suruhlah Hadif belikan dia kereta. Mak risau dia bawa motor. Bukan tahu perlahan. Dah macam mat rempit.” Usul mak Hasnah. Marissa hanya tersenyum. Memang itulah persepsi masyarakat, kalau naik
motor saja dikatakan mat rempit.
“Ris dah suruh dia bawa kereta kak Long tu. Dia yang taknak. Dia cakap kalau jammed susah.”
“Dah tau taknak jumpa jammed, keluarlah awal.” Bebel mak Hasnah lagi. Marissa hanya tersenyum. Dah masak sangat dengan perangai ibu mertuanya
yang memang kuat membebel. Kadang-kadang kata-katanya menusuk ke hati. Tapi, Marissa terima sahaja. Dari dulu lagi dia dah nampak hal itu, namun
tak pernah sekali pun arwah kak Long merungut pasal itu. Semoga aku jadi macam kak Long.
Malam itu Marissa sudah terlena. Dia menunggu juga sampai ke tengah
malam. Tapi Hadif masih belum
pulang. Marissa yang terlena di ruang
tamu itu tersintak apabila mendengar pintu rumah diketuk bertalu-talu. Pasti Hadif yang balik. Irsyad dah keluar dari biliknya bersama kayu
besbol di tangannya. Dia dah bersedia
nak buka pintu.
“Along.” Panggil
Marissa lembut.
“Takpe. Biar maksu
uruskan. Along pergilah sambung tidur.”
“Tapi….”
“Takpe. Dia kan suami
maksu.”
Ya memang dia suami maksu.
Tapi adakah dia layan dan jaga maksu seperti seorang suami? Along malu ada ayah macam tu. Ya, memang maksu dah pesan pada Along jangan
ada perasaan macam tu pada papa. Kerana
sayangkan maksu lah Along jadi benci dengan sikap papa. Langsung tak bersyukur dapat isteri yang baik
macam maksu. Kesian maksu. Sepatutnya sekarang ni maksu dah hidup
bahagia dengan doktor Izham, bukan menderita menjadi isteri papa macam sekarang
ni. Tak sepatutnya maksu setuju
permintaan atuk dan nenek. Bukan Irsyad
tak tahu kenapa maksu setuju walaupun dia hakikatnya masih terlalu sayangkan
doktor Izham.
Pejam celik, dah hampir 6 bulan usia perkahwinan
mereka. Perkara inilah yang Marissa nak
elakkan. Tapi, siapa yang boleh tolak
takdir Allah. Tanda dua garisan itu
telah memberi jawapan. Macam mana dia
nak jelaskan pada Hadif nanti. Boleh ke
Hadif terima nanti? Perlukah aku
berterus terang dengan dia? Takkan aku
nak rahsiakan pula. Dia memang perlu
tahu hal ini. Tak mungkin dia tak tanya
apa-apa bila melihat perut aku yang makin membesar nanti. Tak mungkin dia tak nampak semua itu nanti
walaupun selama aku menjadi isterinya dia kurang memberi perhatian pada aku.
“Maksu okey ke?
Nampak pucat jek.” Tegur
Irsyad. Nampak jelas sangat wajah
Marissa yang nampak lesu sejak beberapa hari ni. Bila memasak di dapur asyik
terbatuk-batuk. Kalau pagi-pagi tu asyik
muntah-muntah.
“Maksu kalau tak sihat, tak payahlah buat ni semua. Along
boleh buatkan.” Irsyad pantas membantu Marissa yang sedang menceduk nasi goreng
dari dalam kuali ke dalam mangkuk.
“Maksu buat sarapan jek.
Along bukan tak tahu adik-adik along tu.”
“Maksu tak payahlah manjakan sangat budak-budak tu. Nanti naik lemak.” Bicara Irsyad geram.
“Along pun, janganlah garang sangat dengan adik-adik.” Pesan Marissa. Irsyad diam sahaja.
“Maksu nak rehat sekejap.
Along panggil adik-adik sarapan ya.
Nanti diorang dah siap panggil maksu.
Maksu hantar diaorang pergi sekolah.”
“Takpe. Maksu rehat
jek. Taulah Along uruskan budak-budak tu.”
Sebaik sahaja daun pintu bilik tertutup rapat, Irsyad segera
naik ke tingkat atas memanggil adik-adiknya.
Entah apalah yang dibuat di bilik lama sangat. Nak ke sekolah macam nak pergi fashion
show. Hmm, dah agak dah. Masuk sahaja ke bilik itu, kedua-duanya
sedang bermain walaupun sudah siap berpakaian sekolah. Nampak sahaja muka Irsyad terjengul di muka
pintu, masing-masing terkejut. Selalunya
mama yang akan menjengah dan memanggil mereka turun sarapan. Irsyad melihat keadaan bilik yang
bersepah. Kalau maksu tengok ni makin
pening kepala dibuatnya.
“Dalam masa 5 minit Along nak bilik ni kemas. Lepas tu dua-dua turun bawah sarapan. Kalau dalam 5 minit korang tak turun, siap.” Irsyad memberi amaran. LIntang pukang dua beradik itu mengemas
semula permainan yang ditaburkan.
“Mama mana?” Tanya Rayyan Hazran si kembar lelaki.
“Mama dah pergi kerja ke?”
Tanya Rayhana Hazrin, si kembar perempuan.
“Maksu ada rehat kat dalam bilik belakang tu. Maksu tak sihat. Takyah kacau maksu.” Jawab Irsyad tegas.
“Dah, makan cepat.
Nanti Along hantar pergi sekolah.” Arah Irsyad. Hazran dan Hazrin yang sememangnya tak berani
melawan alongnya itu hanya menurut.
Sekilas memandang bilik kecil yang tertutup pintunya. Mengharap Marissa keluar dan ‘menyelamatkan’
mereka dari along, si Raksasa.
Raksasa. Itulah gelaran mereka
terhadap abang mereka. Dulu Irsyad tak
macam ni. Dia baik sangat dengan
adik-adiknya. Selalu bergurau senda
bersama-sama. Petang-petang rajin
melayan adik-adiknya main di taman atau berbasikal. Sejak maksu kahwin dengan papa, along dah tak
macam tu. Along selalu marah-marah.
“Apasal kau skip kelas prof Adam pagi tadi?” Tanya Hariz sebaik habis kelas dengan puan
Haiza.
“Aku sampai lambat tadi.
Maksu aku tak sihat. So, aku
terpaksa hantar adik-adik aku pergi sekolah.”
“Papa kau?”
“Papa aku tu lepaskan diri dia jek.” Rungut Irsyad perlahan.
“Hah! Kau cakap apa?” Hariz suruh Irsyad ulang ayatnya.
“Takde apalah.”
Irsyad tertinggi suara tanpa sengaja.
“Eh, kenapa tiba-tiba nak marah ni?” Hariz terkejut.
“Sorry. Tak sengaja
tertinggi suara.” Irsyad memohon
maaf. Sebenarnya dia teringat hal dalam kereta
pagi tadi. Geram betul dia dengan
adik-adiknya itu. Macam manalah aku nak
buat diorang ni faham. Maksu tetap
maksu. Aku taknak panggil mama bersebab.
#throwback
“Ingat, maksu tu tak sihat.
Kau berdua jangan sibuk nak minta itu ini. Nak suruh masak itu ini. Makan jek apa yang nenek masak. Dulu kalau Umi sakit, papa pesan apa? So, buat jek perkara yang sama.” Tegas Irsyad dalam menasihati adik-adiknya.
“Mama lah. Along ni,
maksu kan dah jadi mama kita. Kan nenek
dan atuk dah pesan.” Tegur Hazran.
“Suka hati Alonglah.”
Marah Irsyad. Terkejut Hazran. Tak pasal-pasal merembes airmata
budak tu. Hazrin terdiam seribu bahasa
melihat Hazran dimarahi.
“Hoi! Penat aku cakap
dengan kau.” Rungut Hariz. Irsyad
kembali ke alam nyata.
“Sorry. Kau cakap apa
tadi?”
“Aku tanya kau, maksu kau sakit apa? Demam ke?”
“Entahlah. Aku ajak
pergi klinik, dia cakap Cuma demam biasa jek.
Lagipun dia penat sangat. Dah dia
tu doktor, dia tahulah kot sakit dia apa.”
Jawab Irsyad.
“Papa kau ada kat sini tak?”
“Ada. Papa aku tu
bukan amik tahu pun. Sibuk dengan kerja
jek.” Rungut Irsyad.
“Bro, relakslah.
Mungkin dia betul-betul sibuk.”
“Sibuk pun, ingatlah sikit anak isteri. Ni isteri sakit pun dia buat tak tahu
jek. Tetap nak maksu buat semua benda.” Sambung Irsyad. Geram pula mengingatkan jawapan ayahnya
sewaktu dia menghubungi ayahnya dan memberitahu maksu tidak sihat. ‘dia kan
doktor, pandailah dia check diri sendiri.’
“Hoi! Kau ni, asyik berangan jek.” Hariz naik geram.
“Aku nak pergi jumpa prof Adam ni. Nanti kita sambung sembang.” Irsyad terus berlalu pergi. Meninggalkan Hariz yang masih penuh tanda
tanya dalam hatinya.
Dua bulan berlalu.
Marissa memegang perutnya yang kini sudah berisi janin.
Kandungannya kini dah berusia 3 bulan.
Dah nampak sedikit berisi badannya.
Sampai bila aku nak diamkan hal ini.
Kalau perut ini makin membesar, apa aku nak jawab nanti. Berterus terang sahajalah. Macam mana penerimaan dia nanti? Dah seminggu Hadif ke USA atas urusan
kerja. Marissa masih tak tahu macam mana
nak beritahu Hadif.
Hadif sudah tiba di lapangan terbang. Apa yang didengar tadi masih lagi
terngiang-ngiang di telinganya. Tak
mungkin. Tapi itulah kenyataannya.
Patutlah dia nampak lain macam sikit sejak akhir-akhir ini. Terutama selera makannya.
“Tahniah bro. Dengar
citer wife kau dah pregnant.”
“Siapa beritahu kau?”
Tanya Hadif.
“Wife aku kan kerja dengan doktor Marissa tu.” Jelas Ruslan, rakan niaga Hadif. Watie, isteri Ruslan. Ish, dia ni tak boleh simpan rahsia
betul. Walhal, Marissa dah pesan jangan
cakap dengan sesiapa. Watie tahu pun
sebab dia ternampak pregnancy kit test tu atas meja Marissa sewaktu dia
menghantar fail pesakit pada Marissa.
Dan dia pun mulalah sibuk bertanya pada Marissa.
Turun sahaja dari teksi, Hadif terus meluru masuk ke rumah. Dia tahu Marissa ada di rumah kerana
keretanya ada dalam parkir. Bagus, mak
dan ayah pun ada. Hadif tersenyum
sinis. Biar mak dan ayah jadi saksi hari
ini.
Marissa yang sedang meletakkan dulang minuman di atas meja
terkejut melihat suaminya yang tiba-tiba muncul di muka pintu. Dan bertambah terkejut melihat air muka Hadif
yang langsung tak manis.
“Kenapa ni?
Balik-balik muka nak marah je?”
Tanya Marissa lembut.
“Kau mengandung kan?”
Tanya Hadif tanpa menjawab soalan Marissa.
“Siapa beritahu abang?” Marissa terkejut mendengar soalan
itu.
“Aku tanya kau.
Jawab.”
“Abang, kita bincang dalam bilik.” Ajak Marissa lembut.
“Tak payah masuk bilik.
Ni depan mak dan ayah aku. Depan
anak-anak aku ni. Aku nak kau
mengaku. Kau mengandung kan?”
“Abang, please.”
Marissa merayu.
“Tak. Kau jawab
soalan aku. Kau mengandung kan?”
“Ya. Tapi….”
“Anak siapa?” Pintas
Hadif.
“Hadif, apa kamu merepek ni.
DIa kan isteri Hadif. Hadif
suaminya, dah tentulah anak Hadif.
Kenapa tanya soalan macam tu?”
Marah puan Hasnah.
“Ya, memang dia isteri saya. Memang kami suami isteri. Tapi
itu hanya atas dokumen mak. Selama 8
bulan ni saya tak pernah sentuh dia.
Saya tak pernah tidur dengan dia.
Kami tak sebilikpun. Jadi, macam
mana anak dalam tu anak Hadif.” Hadif
membuka rahsianya sendiri.
Puan Hasnah isitighfar panjang. Terduduk orang tua itu mendengar kata-kata
anaknya itu. Dia memandang Marissa,
mengharap menantunya itu berbicara sesuatu.
Bicara untuk membela dirinya. Dia
tak percaya Marissa akan membuat perbuatan yang dilaknat Allah itu. Tak mungkin Marissa berzina.
“Abang, please. We
have to discuss this privately.” Marissa
meminta sekali lagi.
“Tak payah. Dengar
sini Marissa Irdina binti Yasser, aku ceraikan kau dengan talak 1”
“Hadif.” Sekali lagi
puan Hasnah terjelepuk. Longlai jadinya
insan tua itu.
“Baiklah. Kalau itu
keputusan abang. Terima kasih.” Marissa redha dengan keputusan itu. Dia ingin berlalu untuk mengemas pakakainnya
yang disimpan di bilik tingkat atas. Dan
ketika itu juga Irsyad sampai. Dia dah dengar sedikit kekecohan dari luar tadi.
“Maksu. Kenapa ni?”
Tanya Irsyad bila dilihat Marissa menangis.
“Papa dah ceraikan maksu.
Maksu nak kemas baju maksu. Maksu
kena keluar dari rumah ni.” jawab
Marissa lalu naik ke tingkat atas.
“Apa ni papa? Apa
yang papa dah buat?” Tanya Irsyad ingin
tahu.
“Maksu kesayangan kau tu dah mengandung.”
“Dah tu kenapa? Apa
salahnya?” Irsyad kurang faham.
“Kau sendiri tahu yang aku tak tidur sebillk dengan maksu
kau tu. Selama 8 bulan ni aku tak pernah
sentuh dia, tak pernah tidur dengan dia.
Mustahil anak dalam perut dia tu anak aku.”
“Papa yakin itu bukan anak papa? Papa sanggup buat ujian DNA lepas bayi tu
keluar nanti?” Soal Irsyad keras.
“Yang kau beriya sangat back-up perempuan tu kenapa?”
“Maksu tak bersalah.”
Tegas Irsyad.
“Patutlah kau rapat sangat dengan maksu kau kan. Mesti kau pun bersubahat sama. Mesti kau tahu yang maksu kau tu masih
berhubung dengan doktor Izham.” Tafsir
Hadif sambil tersenyum sinis.
“Oh, jadi papa tahulah yang maksu bercinta dengan doktor
Izham dulu.”
“Ya. 10 tahun
diaorang bercinta. Sejak dari zaman sekolah lagi.”
“Kalau papa tahu, kenapa papa setuju kahwin dengan maksu?” Tekan Irsyad.
Hadif termati kata-kata.
“Sebab papa pentingkan diri sendiri. Sebab papa tahu, maksu sorang jek yang boleh
jaga kami bertiga. Papa tak pernah
terfikir ke, kenapa mudah sangat maksu
lepaskan cinta 10 tahun dia tu semata-mata kerana papa. NO.
Papa tak pernah fikirkan hal orang lain.
Papa hanya fikirkan hal papa sendiri jek. Lepas umi meninggal dunia, papa abaikan
kami. Maksu yang jaga kami. Maksu terpaksa tinggal kat sini sebab budak
berdua ni yang mengada-ngada sangat. Nak maksu buat semua yang arwah umi buat.”
“Kalau dia masih nak berhubungan dengan doktor Izham tu,
kenapa dia setuju kahwin dengan papa?”
Hadif masih tak mahu mengaku silapnya.
“Papa masih tak tahu salah papa kan? Sebab selama ni Along
dan maksu berusaha tutup salah papa.”
“Apa yang papa dah buat?”
Tanya Hadif sinis.
“3 bulan lepas umi meninggal dunia, birthday umi. Malam tu papa balik, mabuk. Pagi esoknya papa
mengadu kepala papa sakit sangat. Seolah
kena pukul dengan kayu. 3bulan maksu tak
datang rumah. Budak berdua ni buat hal
lagi. Sakitlah, demamlah. Lepas tu atuk dan nenek minta tok mama dan
tok abah kahwinkan maksu dengan papa.
Dan maksu setuju. Doktor Izham sampai jadi tak betul, sampai kena rawat
kerana tekanan perasaan yang melampau.
Dia terlalu sedih dengan keputusan maksu. Papa nak tahu kenapa maksu setuju kahwin
dengan papa?” Irsyad memandang papanya
dengan penuh rasa getaran marah teramat sangat.
Apatah lagi melihat wajah angkuh papanya itu.
“Sebab maksu rasa dia dah tak layak untuk doktor Izham. Sebab dia rasa dia dah takde apa-apa
lagi." Berat hati nak luahkan. Namun maruah maksu perlu dipertahankan.
"Sebab malam papa mabuk tu, papa dah rogol maksu.” Irsyad sengaja menekankan perkataan rogol itu. Seisi rumah terkejut. Hazran dan Hazrin tak faham melihat kekecohan itu.
"Sebab malam papa mabuk tu, papa dah rogol maksu.” Irsyad sengaja menekankan perkataan rogol itu. Seisi rumah terkejut. Hazran dan Hazrin tak faham melihat kekecohan itu.
“Tak. Kau tipu.” Hadif
tak percaya dengan apa yang dia dengar.
“Along saksinya papa.
Tapi along dah terlambat. Along
yang pukul kepala papa malam tu. Along ajak maksu report polis, tapi maksu
taknak. Maksu fikirkan masa depan kami
tiga beradik kalau papa masuk penjara.
Maksu fikirkan maruah keluarga atuk dan nenek. Dan yang paling penting,
maksu fikir dia dah takde apa-apa yang istimewa untuk doktor Izham.” Sambung Irsyad.
Hadif terus berlari ke bilik Marissa di tingkat atas. Marissa sedang mengemas pakaiannya.
Hadif terus berlari ke bilik Marissa di tingkat atas. Marissa sedang mengemas pakaiannya.
“Ris, betul ke apa yang Along cakap? Malam tu….” Bicara Hadif terhenti sebaik
Marissa berpaling menoleh ke arahnya.
Airmata Marissa sudah membasahi pipi.
“Malam tu...Saya merayu pada abang.
Saya minta abang lepaskan saya.
Saya cakap dengan abang, saya bukan kak Long. Abang tak dengar rintihan saya. Saya tak berdaya nak lawan abang.” Akui Marissa.
Hadif terduduk atas lantai.
“Betullah abang cakap.
Selama 8 bulan ni abang memang tak pernah sentuh saya. Abang tak pernah tidur dengan saya. Abang
memang tak pernah buat tu semua. Abang tak pernah buat dalam keadaan sedar. Setiap kali abang balik
dalam keadaan mabuk, Along akan bersedia dengan kayu basebol dia. Dia trauma sebab dia tak sempat selamatkan
saya malam tu. Jadi, saya terpaksa
relakan diri saya jadi ‘kak Long’ setiap kali abang ….” Marissa tak sanggup nak meneruskan
kata-katanya. Marissa sendiri ambil ubat
untuk cegah kehamilan, tetapi Allah itu Maha Berkuasa.
“Marissa, abang…”
“Abang dah lafazkan cerai.
Lepas anak ni keluar, kita selesaikan di mahkamah.” Pintas Marissa.
“Maafkan abang.”
“Selama ni, saya berusaha untuk jaga aib abang. Tapi, abang dengan mudah pijak-pijak maruah saya
depan mak dan ayah abang. You really
broke my heart. Satu je pesan saya.
Please, stop drinking. Mak dan ayah abang mesti kecewa kalau mereka tahu. And I’m sure
kak Long mesti sedih tengok abang macam ni.
Kesiankan anak-anak. Terutama
sekali Along. Dia benci sangat kat
abang. Dapatkan balik kasih sayang dia.”
2 tahun berlalu.
Adik minta maaf kak Long.
Lama adik tak datang ziarah kak Long.
Rindu kak Long. Kak Long kan mak
no.2 adik. Semua rahsia adik ada pada
kak Long. Semua rahsia kak Long ada pada
adik.
“Abang Long tu obses dengan kak Long.”
“Eleh, perasan.” Marissa mencebik.
“Betul. Sebenarnya
kak Long perasan hal tu lepas kami kahwin.
Dia langsung tak boleh tengok kak Long sakit. Dan dia sanggup buat apa saja yang kak Long
suruh. Mula-mula tu kak Long risau jugak. Nak tak nak kena hadap jugalah, sebab dah
jadi suami. Sebab tulah Along tu lambat
dapat adik. Sebab abang Long tu pernah
hampir bertumbuk dengan doktor masa kak Long sakit nak bersalin. Sebenarnya dia dah okey. Cuma kak
Long risau.”
“Risau kenapa?”
“Kalaulah ditakdirkan kak Long pergi dulu. Macam mana dia nanti. Kak Long takut penyakit dia datang
balik. Sebab tu kak Long nak sangat Marissa
dan Izham cepat-cepat kahwin. Kalau
apa-apa jadi kat kak Long, kamu berdua boleh tolong tengok-tengokkan keluarga
akak.”
Menitis airmata.
Rupanya masa tu kak Long baru dapat tahu yang dia ada kanser tahap
4. Memang sedang menunggu masa. Maafkan adik kak Long. Adik sayang kak Long.
“Marissa.”
“Izham?” Marissa
terkejut.
Sepanjang doktor Izham dirawat, hampir setiap hari Irsyad
akan datang melawat. Mengikuti
perkembangan kesihatan doktor Izham. Dia
yang datang memberi semangat. Dan dia
sentiasa mengingatkan bahawa maksu tak bersalah. Namun Irsyad tetap tidak mahu memberitahu hal
sebenar. Sehinggalah Hadif sendiri datang menemuinya dan mengakui segala
kesilapannya. Dan meminta Izham jangan
sesekali menyalahkan Marissa. Izham tahu
cintanya ini terlalu kuat untuk Marissa.
“Iz tak pernah berhenti mencintai Rissa. Hati Iz hanya milik Rissa seorang. Hati Iz dan
Rissa adalah satu.”
“No, saya tak layak untuk terima cinta awak. Saya dah khianati awak Iz. Lagipun, saya dah
ada anak dengan abang Hadif. Saya dah
setuju untuk nikah semula dengan dia.
Move on Iz.”
“Awak tipu.” Izham
tidak percaya dengan kata-kata yang keluar dari mulut Marissa.
“Saya yakin awak akan jumpa perempuan yang jauh lebih baik
dari saya.”
Memang berat langkah kaki nak melangkah pergi. Namun, dia terpaksa. Kemahuan mama dan abah akan ditunaikan. Maafkan saya Izham. Saya cintakan awak, tapi, cinta itu bukan
milik kita.
"Ris setuju nikah dengan abang?"
"Ya." Marissa jawab ringkas.
"Sebab abah suruh?"
"Ris ikhlas." Balas Marissa.
"Ris cintakan abang?"
"Hmm." Marissa angguk. Hadif senyum.
"Sebab Raisya kan?" Tebak Hadif. Raisya nama anak mereka.
"Untuk kebahagiaan semua orang." Jawab Marissa.
"Marissa bahagia?" Tanya Hadif.
"Insha Allah."
"Ris setuju nikah dengan abang?"
"Ya." Marissa jawab ringkas.
"Sebab abah suruh?"
"Ris ikhlas." Balas Marissa.
"Ris cintakan abang?"
"Hmm." Marissa angguk. Hadif senyum.
"Sebab Raisya kan?" Tebak Hadif. Raisya nama anak mereka.
"Untuk kebahagiaan semua orang." Jawab Marissa.
"Marissa bahagia?" Tanya Hadif.
"Insha Allah."
Di hari pernikahan.
Marissa sudah duduk di pelamin kecil di ruang tamu. Menunggu dinikahkan dan disarungkan
cincin. Sekilas memandang ke arah bakal
suaminya Hadif. Hadif memandangnya dan
tersenyum. Marissa tidak memandang lagi.
“Marissa setuju tak abah nak nikahkan ni?” Tanya Hj Yasser. Marissa angguk tanda setuju.
“Ahmad Izham bin Tarmizi….”
“Hah!” Marissa
mengangkat muka. Memandang abahnya. Dan Hadif tersenyum. Jangan risau adikku, abang akan tetap jadi ayah Raisya walaupun kita tidak menjadi suami isteri. Abang Long nak jadi macam adik. Membahagiakan orang lain.
Marissa Irdina & Ahmad Izham. Inilah cinta yang
sebenarnya.
171219
Comments
Post a Comment