Skip to main content

PERAMPAS HATI


Nor Zahira membuat perbentangan yang sangat meyakinkan.  Pasti selepas ini ramailah yang ingin menawarkan jawatan di syarikat masing-masing.  Wow!  Itu yang dapat didengari dari tadi.  Bukan mudah anak melayu menempah nama  yang besar di lapangan antarabangsa.  Bukan kerana anak Malaysia mahupun anak melayu tidak hebat, tapi mungkin juga kerana propaganda global yang sering memandang rendah kepada masyarakat yang dianggap kerdil ini.
“Congratulations!”  Ucap Dr. Rahman.
“Eh, uncle!”  Zahira sedikit terkejut dengan kehadiran dr.Rahman di situ.
“Tulah, asyik sangat bercakap kat atas pentas tu, sampai tak perasan uncle duduk barisan depan tadi kan?”
“Sorrylah uncle.  Nervous sangat tadi.  Bila boss cabar Ira suruh buat presentation ni.  Kalau tak Ira pun tak berani.”
“Nak kena cabar baru berani? “
“Memanglah uncle.  Selalunya buat presentation dalam meeting room jek.  Ni kena bagi talk pulak dalam seminar kat dalam dewan besar ni.  Lepas tu kena cakap full English.”
“But you have proved to your boss you can do it, right?”
“By the way, uncle tak cakap pun nak datang sini.  Uncle ada kerja ke kat UK ni?”
“Uncle settlekan pasal klinik uncle tu.  Lepas ni dah tak payahlah ulang-alik UK – KL lagi.”
“Habis tu Ira macam mana?  Takkan uncle langsung taknak tengok Ira kat sini?”
“Uncle tunggu Ira balik Malaysia jelah.  Dah dekat 2 tahun ni.  Belum kaya lagi ke?”
“Sabarlah.  Kan Ira dah cakap, Ira tunggu cukup 5 tahun.”  Balas Zahira.
“Tak kesian kan ibu sorang-sorang kat Malaysia?”
“Eyda kan ada.  Dia dah janji nak tolong tengok-tengokkan ibu.Qiela  pun selalu jugak temankan ibu kan.”
“Ira bukan tak tahu ibu Ira tu.  Dia bukan nak bergaul dengan masyarakat luar sangat.  Duduk kat rumah je.  Uncle ajak tinggal je dengan kami dia taknak.  Sebab segan katanya.  Sebab dah tak kerja dengan keluarga kami lagi. Qiela pun sibuk juga sekarang ni sejak ada butik.  Harapkan Aqil datang jengah sekerap yang boleh.  Tapi, Eyda tu memang setiap hari ada datang jengah.”
“Ira suruh tinggal kat sini dengan Ira pun ibu taknak.  Company pun ada sediakan rumah kat sini.”
“Ira, uncle ada hal yang lebih penting nak beritahu Ira ni.  Kita jumpa malam ni.  Uncle tunggu Ira kat restoran favourite kita.”
“Okey.”  Tanpa banyak bicara Zahira setuju dengan permintaan Dr.Rahman.

Dr. Rahman adalah bekas majikan ibunya.  Ibunya bekerja sebagai pembantu rumah keluarga Dr.Rahman.  20 tahun yang lalu, Zahira dan ibunya, Sumayyah mengikut keluarga ini menetap di UK.  Waktu itu, isteri Dr.Rahman iaitu Dr. Ariana melanjutkan pelajaran sambil bekerja di sini.  Dan doktor Rahman pula bekerja di hospital dan membuka klinik di sini.  Selepas 12 tahun mereka balik ke Malaysia dan Zahira pula ketika itu masih belajar.  Sebaik tamat pengajian dia mendapat tawaran pekerjaan di tempat dia bekerja part-time sebagai pelukis plan.  Dengan usaha gigih dan tak pernah jemu untuk belajar, dia kini memegang jawatan Project Director biarpun baru dua tahun bersama syarikat yang dimiliki oleh warga US ini.

“Ira tak pernah terfikir ke nak cari ayah Ira?”  Soalan dari doktor Rahman itu membuatkan Zahira yang sedang menyedut minuman terhenti.
“Kenapa tiba-tiba uncle tanya macam tu?”
“Ira dah putus asa?”  Dr. Rahman tidak terus menjawab soalan dari Zahira.
“Entahlah uncle.  Ira tak tahu nak mula macam mana?  Ira cuma tahu namanya sahaja.  Dan ibu sendiripun dah tak nak sebut lagi pasal ayah. Walaupun Ira tahu yang ibu harap sangat dapat jumpa ayah balik. Gambar papa yang satu-satunya tu pun dah lama hilang.”
“Sebenarnya gambar tu tak hilang.  Ada pada uncle.”
“Hah?”  Zahira terkejut mendengar pengakuan itu.
“Uncle pernah cakapkan yang uncle takkan putus asa.  Dan ternyata usaha uncle tu tak sia-sia.”
“Apa maksud uncle?” Zahira tak faham.
“Orang yang uncle cari tu sebenarnya tak jauh pun dari uncle.”
“Ira masih tak faham.” Zahira masih bingung.
“Cuma uncle harap Ira tak terkejut dengan apa yang uncle nak beritahu ni.”
“Selain ibu, ayah Ira ada isteri lain.  Dan isteri dia tu sebenarnya ada pertalian dengan saudara dengan uncle. Tak berapa dekat.  Mak kami sepupu.  Hubungan kami memang tak rapat, sebab mereka sekeluarga tinggal di luar negara.  Masa wedding diorang pun uncle tak pergi.”
“Maknanya ayah tinggalkan kami sebab dia kahwin lain?”  Tafsir Zahira.
“Uncle tak pasti.  Tapi, apa yang uncle pasti, ibu Ira sebenarnya isteri kedua.  Sebab kedua-dua anaknya lebih tua dari Ira.”  Jawapan dari Dr. Rahman benar-benar mengejutkan.  Zahira terkedu.  Mungkinkah sebab isteri ayah tahu dia kahwin lain.  Dia marah. Dan suruh ayah buat pilihan.  Dan ayah pilih isteri pertamanya.  Sebab itukah ayah menghilang?
“Ira.  Uncle tahu macam-macam yang uncle fikirkan sekarang.  Sebab tu uncle cadangkan Ira balik Malaysia.”
“Untuk apa?  Pergi jumpa dia dan mengaku Ira ni anak dia?  Kalau dia tak terima macam mana?  Ira tak tahu kenapa dia tinggalkan kami dulu.  Uncle ibu isteri kedua uncle.  Dah jadi persepsi masyarakat yang selalu melabelkan isteri kedua ni sebagai perampas, perosak rumah tangga orang….”  Zahira dah mula beremosi.
“Fikirkan ibu Ira.  Ibu perlu tahu hal sebenar.  Ira je yang layak untuk beritahu ibu hal ni.  Dan Ira perlu tahu kenapa ayah Ira tinggalkan Ira dulu.  Ira kena balik Malaysia.”
“Entahlah uncle. Ira buntu sekarang ni.”  Zahira tak tahu nak cakap apa.
“Uncle boleh tolong Ira dapatkan kerja dengan Tengku Hakimi, pemilik syarikat Triple H Holdings.”
“Triple H Holdings?  Itu tempat kerja Eyda.  And Tengku Hakimi tu bakal mertuanya.”
“Yes, memang tak salah.  Ayah Ira banyak berurusan dengan syarikat Tengku Hakimi.  In fact, mereka sebenarnya business partner.  Dan mereka bakal besan.”  Jelas dr. Rahman.  Zahira terkejut.  Dr. Rahman dah dapat agak reaksi itu.  Tengku Hazran, tunang Eyda adalah anak tunggal Tengku Hakimi.  Dan Eyda tu pula hanya dua beradik dengan abangnya.  Jadi maksudnya……
“Ya, betul.  Eyda tu sebenarnya kakak Ira.”  Dr. Rahman mengiyakan apa yang Zahira tafsirkan.  Sekilas Zahira mengimbau kembali saat perkenalan mereka.  Mereka sama-sama belajar di University of Bristol di UK.  Eyda adalah pelajar senior 2 semester dengannya.  Dalam satu majlis nama mereka dipanggil.  Nor Zahira keliru kerana nama mereka hampir sama. Nor Zahida.  Binti pula sama.  Kawan-kawan mula menggelar mereka ‘adik beradik’.  Dan sejak itu hubungan mereka menjadi rapat.  Dan Eyda memang menjaganya seperti adiknya sendiri.  Dan Eyda sendiri telahpun memanggil ibu Zahira ‘ibu’.  Satu kebetulan yang tak pernah Zahira fikirkan selama ini. Dan sewaktu ibu Zahira mengambil keputusan untuk balik Malaysia, Eyda sanggup menghabiskan masanya setahun lagi untuk menemani Zahira di UK.  Perancangan asal dulu pun mereka nak sama-sama bekerja di UK sebelum balik Malaysia.  Tapi, keluarga tunangnya dah sediakan jawatan untuknya.  Dan Zahira pula nak kumpul pengalaman dahulu.  Biarpun risaukan Zahira yang akan keseorangan, dia akur juga kemahuan keluarganya.
“Ira sayang Eyda uncle.  Kalau ayah tak boleh terima Ira nanti macam mana?  Persahabatan kami.”  Zahira mula bimbang.
“Ikut cakap uncle.  Balik Malaysia.  Kenali betul-betul papa dan mama Eyda tu.  Selama ni pun Ira Cuma kenal Eyda sahaja kan.  Dan Eyda dah cukup rapat dengan ibu.
**********************"*************"**"**
SAMPAI sahaja di rumah Zahira terus masuk ke biliknya.  Mood tak baiklah tu.  Eyda dah mentertawakan sahabat baiknya itu.  Ibu memandang Eyda tanda ingin tahu kenapa dengan anak tunggalnya itu.
“Biasalah ibu.  Bergaduh dengan anak boss.  Si dia cakap A, si dia lagi sorang cakap B.  Last sekali boss suruh C.  Bila kena duduk semeja ada jek yang nak digaduhkan ibu.”  Cerita Eyda.  Kadang-kadang Eyda tersepit antara tunang dan kawan baik.  Tapi seperti biasa Eyda akan menyebelahi kawan baiknya.  Lagilah Tengku Hazran jadi geram. 
“Kita kan belum kahwin lagi.  So, Eyda kena lebihkan adik saya sebelum abang. Nanti dah kahwin baru saya lebihkan abang  ye.”  Alasan Eyda jika Tengku Hazran mengungkit.
“Kadang-kadang aku tengok korang ni dah macam suami isteri tau bergaduh.  Hujung-hujung berbaik semula dengan menghasilkan idea yang mantap.  Confirm daddy akan accept idea dengan hati yang berbunga.” Ungkit Eyda.  Zahira mencebik.
“Bercakap tu jangan ikut sedap mulut jek tau.  Tunang awak tu tau.”
“Eleh, aku kenal sangat kau tu.  Kau tu sayang aku lebih dari diri kau sendiri kan?  Kalau kau ada hati dengan dia pun kau takkan terima dia walaupun dia melamar kau sekalipun.”
“Eee…kau ni kan. Bercakap tak pasang insuran langsung.”  Marah Zahira.  Eyda ketawa sahaja.  Namun, dalam hati ada rahsia yang dia sembunyikan.  Pertunangannya dengan Tengku Hazran adalah atas dasar persahabatan keluarga mereka.  Selama hampir 5 tahun bertunang ni pun tak pernah sekalipun mereka berbincang tentang langkah seterusnya.  Ibubapa mereka sendiripun tak pernah mendesak biarpun usianya kini dah masuk 28 tahun dan Tengku Hazran pula dah 34 tahun.

“Eyda, Ira sudah-sudahlah tu bersembang.  Jom, masuk.  Dah lewat malam sangat ni.”  Terdengar suara si ibu memanggil dari dalam rumah.  Malam itu Eyda bermalam di rumah Zahira.  Sejak Zahira balik Malaysia Eyda sering bermalam di rumah sahabatnya itu.  Rindu jugalah sebab dua tahun juga berpisah.  Persahabatan mereka ni sangat istimewa.  Tanpa Eyda ketahui yang Zahira itu adalah adiknya.  Mungkin kerana itulah sewaktu kali pertama mereka bertemu Eyda dah jatuh sayang pada gadis ini.  Mungkin kerana tak pernah ada adik.  Dan diusik pula dengan kawan-kawan sebagai adik-beradik kerana nama yang hampir sama dan binti pun sama.  Ini adalah perjalanan takdir yang diatur Allah tanpa kedua-duanya sedari mereka sebenarnya ada pertalian darah.  Dan sekarang yang tahu hal ini hanya Zahira.  Zahira pula tak tahu macam mana nak ceritakan hal sebenar.  Dia terlalu sayangkan persahabatan ini.  Pelbagai tafsiran yang bermain dalam fikirannya.  Mungkinkah bila Eyda tahu yang ibunya adalah isteri kedua papa, dia akan marah.  Benci.  Tak suka.  Dan mungkin akan membuang terus dirinya.   Selagi Eyda belum tahu, dia nak menghabiskan masa yang ada ini sebaiknya.
“Perasan juga perangai dia sejak balik Malaysia ni ibu.  Manja semacam. “  Eyda menceritakan sedikit tentang Zahira pada ibu Zahira.
“Dia rindu sangatlah tu.  Sejak dia kawan dengan Eyda, dia memang nampak lain.  Dia rasa disayangi sangat-sangat.  Yelah, ibu dia ni bukan suka sangat bergaul dengan orang luar.  Jadi dia banyak ikut perangai ibu.  Bila dah kenal dengan Eyda barulah dia tu pandai bawa diri.  Sampaikan berani duduk UK tu sorang-sorang.”  Balas ibu Zahira.
“Ibu pun, jomlah sekali-sekala ikut kami keluar sama-sama.  Ini asyik terperap jek kat rumah.”  Usik Eyda.
“Takpelah.  Ibu tak biasa lagi tempat ni.  Mujurlah ada anak-anak doktor Rahman dan Eyda selalu datang jengah masa Ira kat UK dulu.  Mereka ajak tinggal sama, ibu segan sebab dah tak kerja dengan keluarga diorang lagi.” Ibu Zahira menolak baik pelawaan itu.

Perkara ini memang dah lama Eyda nak tahu.  Ibu Zahira seolah takut untuk berkawan.  Dia lebih selesa dengan orang yang dekat dengannya sahaja.  Masa mula berkenalan dahulupun, dia memang kurang bercakap.  Bila dia dah selalu datang ke rumah, lama-lama ibu Zahira dapat menerima kehadirannya.  Dan dia tidak lagi kekok bila dipanggil ibu.  Sejak hari pertama mereka kenal lagi, Eyda dah membiasakan diri dengan memanggilnya ibu.  Dan tentang ayah Zahira pula dia tidak pernah tanya lagi selepas Zahira menjawab..’Aku tak pernah kenal ayah aku.   Sebelum aku lahir lagi dia dah takde.’  Eyda tak berani nak tanya maksud ‘takde’ tu dah meninggal dunia atau mereka ditinggalkan.  Sebab dia tahu Zahira tidak selesa bila ditanya tentang ayahnya.
Eyda pulang ke rumahnya selepas menikmati makan malam di rumah Zahira.  Kalau bergaduh dan bertekak dengan Tengku Hazran, pasti Eyda akan ikut Zahira balik rumah.  Malas nak sambung dengar bebelan tunangnya itu.  Lebih baik dengar Ira yang membebel.  Manis lagi tengok perempuan membebel berbanding lelaki.  Eyda tersenyum sendiri.  Nampaknya esok pagi-pagi dah kena datang menjemput si tuan puteri di rumah.  Eyda pun suka jek sebenarnya.  Boleh tumpang sarapan.  Dari dulu lagi ibu Zahira tak pernah lupa bekalkan sarapan untuk anaknya yang memang selalu abaikan makan paginya.
“Kesian ibu.  Kena masak lebih hari ni.”
“Eleh, kesan konon.  Memang kau suka kan?”  Ejek Zahira.
“Ira, tak baik cakap macam tu.”  Lembut suara ibu menegur anaknya. 
“Terima kasih ibu sebab menyebelahi anak ibu ini.”  Eyda memeluk lengan ibu Zahira.  Zahira mencebik.  Suka hati jek nak amik ibu kita.
“Mama dah tanya banyak kali.  Bila nak datang rumah.  Dah 6 bulan kau balik sini kan?”  Ungkit Eyda.  Zahira tersengih sahaja.  ya, Allah, kalau sebelum ini aku tak sabar nak berjumpa dengan mama Eyda.  Bertahun-tahun bersahabat dengan Eyda.  Banyak kali berbual melalui video call.  Tapi, bila aku dapat tahu mama Eyda tu sebenarnya isteri pertama ayah, aku jadi takut. 
“Sebab tu uncle kata, dekatkan diri dengan mereka.  Kenal betul-betul mereka.  Barulah Ira boleh buat keputusan yang betul.”  Itu nasihat doktor Rahman.  Bila belum tahu dengan dah tahu, pasti lain uncle.
Mereka bertembung di hadapan pintu lif.  Dengan hormat Zahira menyapa Tengku Hakimi.  Tengku Hakimi tersenyum dan membalas sapaan Zahira. Eyda dan Tengku Hazran dah hilang dari pandangan.  Itu satu hal.  Yang dia pun hilang dengan bekalan aku tu kenapa.  Bebel  Zahira dalam hati.
“Ira dulu pernah tinggal di UK kan?”
“Ya Tengku, lebih 15 tahun jugak.”  Akui Zahira.
“In that case, saya hantar awak sahajalah ke sana.  Awak ikut Tengku Hazran.”
“Err, saya?  Dengan Tengku Hazran? Untuk apa Tengku”
“Awak ni, panggil saya uncle Kimi sahaja sudahlah.  Kita bukan dalam meeting pun.  Awak tukan kawan baik bakal menantu saya.  So, awak dah macam anak saya jugalah.”
“Sorry.  Saya janggal sikit.”
“Setakat panggil uncle Kimi, takkan janggal sangat.  Lainlah kalau saya suruh panggil daddy.”  Usik Tengku Hakimi.  Zahira tersenyum malu.  Tengku Hazran ketawa kecil.
“Jom, ikut saya ke office.  Kita sambung pasal hal nak ke UK tu.” Arah Tengku Hakimi sebaik sahaja pintu lif terbuka di tingkat yang dituju.  Tanpa bantahan Zahira mengikut langkah Tengku Hakimi.
Dengar nak kena ke UK tu memang seronok.  Tapi, bila dengar kena pergi dengan Tengku Hazran tu, semangat sedikit hilang. Yang Eyda ni pun, masa nilah sibuk dengan urusan projek di Sarawak.  Nak guna alasan aku faham cara orang UK bekerja, Eyda pun lama jugak kan belajar kat UK dulu.  Sanggup tunggu adik dia ni habis belajar.  Lepas tu sama-sama merancang nak bekerja di UK selama 10 tahun baru nak balik Malaysia.  Tup tup, kena balik Malaysia.  Puas dipujuk balik sekali, Zahira hanya mampu berjanji dari 10 tahun diturunkan 5 tahun.
“Wow!  Hebat.”  Puji Tengku Hazran.  Zahira memandang lelaki itu sekilas.  Dia ni ikhlas ke puji aku.  Bukan ke selalunya dia akan tentang cadangan aku habis-habisan.  Bila dah puas bertekak, baru dia akan terima usul aku.
“Kenapa pandang saya macam tu?”  Tanya Tengku Hazran.  Zahira segera berpaling ke arah lain.  Ish! Nampak pulak dia aku tengah merenung dia.  Merah sikit muka menahan malu.
“Awak baru perasan ke yang saya ni handsome?”  Usik Tengku Hazran.  Zahira mencebik.  Masuk bakul angkat sendiri.  Getus Zahira dalam hati.
“Dalam hati tu mesti tengah mengumpat saya kan?  Mesti cakap saya ni perasan.”  Tebak Tengku Hazran.
“Memang pun awak tu perasan.”  balas Zahira.  Tengku Hazran ketawa.  Zahira berkerut dahi.  Peliklah mamat ni.  Sejak sampai UK 5 hari lepas, perangai dia ni nampak lain sikit.  Tak cari gaduh, bicara pun sopan je.  Rajin pula ajak bersembang. Mengusik pun boleh tahan.  Tak habis dengan ‘pickup line’.  Takkan dia nak mengurat aku kot.  Dia tu tunang kawan baik aku.  Kakak aku pulak tu.  Aku ni seboleh-boleh nak menjaga hubungan baik kami sejak tahu dia tu kakak aku.  Dan kerana itu juga aku rahsiakan hubungan kami yang sebenar.  Ini kalau dia tahu tunang dia macam ni….
“Kerja kita kat sini dah habis kan?  So, dah bolehlah kita ambil flight ticket kan?”  Zahira beralih topik.
“Eh, nantilah dulu.  Saya nak awak bawa saya jalan-jalan kat UK ni.  Saya dah bagitahu daddy.  Dan daddy dah benarkan.”
“Eh, awak yang nak berjalan, saya pulak yang terlibat sama?  Saya dah rindu ibu sayalah.”
“Oh, anak manja ye.  Hari tu tinggalkan ibu sampai 2 tahun boleh jek.”  Ungkit Tengku Hazran.
“Eyda ni memang tak boleh simpan rahsia kan?”
“Dia tu sayang sangat kat awak.  Semua hal awak dia akan cerita kat saya.  Dia cakap awak menghilangkan rasa rindu dia pada seorang adik.”
“Dia ada adik?”  Zahira terkejut mendengar bicara Tengku Hazran.
“Takde.  Cuma dia teringin ada seorang adik.  Dan dia rasa awaklah orang yang paling dekat dengan dia.”
“Risau jugak saya.” Tambah Tengku Hazran.
“Risau?” Zahira tak faham.
“Mana tau awak berdua ni….”  Tengku Hazran gelak.
“Hei! Tak baik tau!”  Zahira dapat agak apa yang Tengku Hazran maksudkan.
“Janganlah marah. Saya bergurau jek.  So, jadi ya.  Bawa saya jalan-jalan UK.”  Tengku Hazran segera beralih topik.
“Yalah. Saya call ibu saya dulu.  Saya dah beritahu dia yang kerja saya kat sini dah selesai.”
Kenapa dia nampak lain sangat ni?  Dan perasaan aku ni.  Kenapa berdebar-debar semacam jek.  Tak mungkinlah.  Dia tunang Eyda kot.  Dah 5 tahun mereka bertunang.  Dah tentu keluarga mereka dah ada perancangan untuk perkahwinan mereka.  Takkan mungkin aku akan khianati orang yang aku sayang.  Aku takkan mungkin mementingkan diri sendiri.
5 tahun Eyda.  5 tahun bukan waktu yang singkat.  Walaupun dalam tempoh 5 tahun ni hanya 2 tahun sahaja yang kau betul-betul banyak menghabiskan masa dengan dia sebagai tunang.  Semasa di UK dulu selalu jugak  kau ajak aku jumpa dia.  Walaupun sekejap.  Itupun hanya di airport.  Melayan encik tunang makan dan minum.  Sebelum dia terbang semula ke destinasi lain.  Keluarga mereka agak rapat.  Sejak kecil lagi mereka sudah mengenali antara satu sama lain.
“Masa papa aku sakit dulu, keluarga dia yang banyak tolong kami.  Papa nak bangkit semula pun, daddy yang banyak tolong.”  itu cerita Eyda suatu masa dulu.  Papa sakit?  Sakit apa ya? Zahira memang seorang yang tidak suka bertanya hal peribadi, kerana dia sendiripun banyak merahsiakan hal peribadinya.  Baginya, kalau orang tu nak bercerita biarlah dia cerita sendiri, tapi bukan kerana aku yang sibuk bertanya nak tahu.
“Jauhnya termenung. Teringat kekasih hati ke?”  Usik Tengku Hazran.
“Memang pun.”  Jawab Zahira selamba.
“Awak dah ada kekasih?”  Tengku Hazran bertanya.  Eh, kenapa lain macam je nada suara dia?  Takkan dia cemburu kot.  Ei, jangan nak perasanlah Zahira.
“Kenapa?  Orang macam saya ni tak layak ada kekasih hati ke?”
“Err, takdelah.  Eyda tak pernah cerita pun.”
“Tak semua dia perlu cerita dengan awak kan?”  Bidas Zahira.  Tengku Hazran jadi seolah tak keruan.
“Inilah kekasih hati saya.”  Entah kenapa, pantas pula tangan menunjukkan gambar yang terpapar sebagai wallpaper smartphone miliknya.  Tengku Hazran tersenyum lega.  Gambar Zahira bersama ibunya.
“Bawa sini.”  Tengku Hazran tiba-tiba merampas telefon milik Zahira.
“Eh, awak nak buat apa?”  Zahira cuba mendapatkan semula telefonnya dari tangan Tengku Hazran.  Ish, dahlah tinggi menggalah.  Confirm tak dapat capai bila Tengku Hazran mengangkat tinggi tangannya.
“Nak skodeng.  Ada gambar pakwe tak.”
“Hmm, tengoklah.”  Zahira mengalah.  Tengku Hazran menurunkan tangannya.  Namun dia begitu berhati-hati agar Zahira tidak mengambil apa-apa tindakan di luar jangkaan.  Tengku Hazran menekan skrin pada ikon gallery.  Satu-persatu gambar diteliti.
“Ini siapa?”  Soal Tengku Hazran serius.
“Itu abang angkat saya.  Ibu saya bekerja dengan keluarganya.  Kenapa?  Kenal ke?”
“Handsome.  Takkan abang angkat jek?”  Tengku Hazran tersenyum mengusik.
“Merepeklah awak ni.”  Zahira berjaya merampas semula telefonnya di tangan Tengku Hazran.
“Berapa umurnya?”
“Sebaya Eyda.”  Jawab Zahira jujur.
Ish, dah kenapa dengan Tengku Hazran ni.  Tiba-tiba sahaja mood ke laut.  Tadi bukan main happy lagi mengusik sana sini.  Bergurau senda.  Tiba-tiba jadi pendiam saja ni.  Yang pasti, selepas dia tengok gambar abang Long dalam handphone aku tadi, mood dia dah lain.

Tengku Hazran menghantar Zahira sampai depan pintu bilik hotelnya.  Walaupun bersungguh Zahira melarang, Tengku Hazran tetap berkeras.  Macamlah jauh sangat bilik mereka.  Daun pintu billk sudah terkuak.  Zahira masih berdiri di muka pintu.
“Dahlah.  Awak baliklah bilik awak.”  EIsh, seram pulak aku tengok mamat ni.  Macam nak ikut masuk bilik pula.
“Kenapa? Takut saya masuk sekali ke?”  Tengku Hazran kembali mengusik.  Zahira tersenyum.  Tak tahu mengapa, hatinya merasa lega melihat Tengku Hazran dah kembali pada mood asalnya.
“Last, saya nak tanya.”
“Tanya apa lagi?  Esok kita nak pergi Scotland kan.  Nanti lambat bangun macam mana?”  Bebel  Zahira.  Tengku Hazran tertawa kecil.
“Betul ke awak dengan abang angkat awak tu takde hubungan istimewa?”
“Good night Tengku Hazran.”  Zahira tidak menjawab.  Dia terus menutup pintu.  Membiarkan Tengku Hazran terpinga menanti jawapan.  Seminit juga dia terpaku di situ.  Nampaknya Zahira takkan keluar lagi.  Tengku Hazran melangkah malas menuju ke biliknya.  Satu whatsapp masuk.  Tengku Hazran tersenyum.
“He just like a brother to me.” 
Selepas 10 hari di UK, kini tiba masa untuk balik.  Sepanjang perjalanan kedua-duanya membisu.  Zahira jadi tak sabar nak jumpa Eyda.  Ada perkara yang perlu dibincangkan.
“Saya harap, awak tak marahkan saya.”  Itu ucapan Tengku Hazran sebelum masuk semula ke dalam kereta syarikat yang menjemput mereka di lapangan terbang.  Kereta itu menghantar Zahira terlebih dahulu.
Teruja betul Eyda melihat Zahira sudah tiba.  Dia hanya melambai Tengku Hazran dari dalam rumah.  Masuk sahaja rumah Zahira terus menarik Eyda masuk ke biliknya.  Kerana hari dah agak lewat malam, ibu Zahira dah tidur.  Memang sengaja Zahira menyuruh Eyda tunggunya di rumah.
“Apa yang kau cakap dengan Hazran?”  Tanya Zahira tegas.
“Cakap apa?”  Eyda tak faham.
“Kau jangan buat-buat tak faham. Apa yang kau cakap sampai dia begitu berani nak luahkan perasaan cinta dia? Kau cabar dia?  Kau berdua main-mainkan aku?”
“So, dia dah cakap dengan kau?” Soal Eyda teruja.
“Dia dah beritahu kaulah?”  tanya Eyda lagi.
“Yes.”
“Dia luahkan perasaan cinta dia kat kau?” Eyda mengulang soalan yang sama.
“Yes.”
“And you said yes?”
“NO.”  Jawab Zahira keras.
“Kau ni dah kenapa?  Dia tu tunang kau.”  Marah Zahira.
“Tunang je kan?”
“Eyda, kau buat apa ni?”  Suara Zahira mula mengendur.  Apakah sebenarnya permainan Eyda ni.
“Okey, cuba kau cerita dengan aku sampai kau marah sangat ni? Dia buat apa kat kau?”
“Masa kat airport kat UK tadi dia bagi aku bunga ros.  Bukan sekuntum, tapi 100 kuntum.”
“Then?”  Eyda tak sabar nak tahu.
“Dia proposed aku.  Kau rasa, aku tak terkejut?  Dan kau ingat aku akan teruja bila tunang kawan baik aku melamar aku?  Kau ingat aku suka digelar perampas tunang kawan baik sendiri.  And I know kau ada cakap sesuatu yang menyebabkan dia berani buat macam tu kan?”
“Kau patut tahu aku macam mana.  Kau tahu yang aku takkan terima tunang sesiapapun.  Aku takkan jadi perampas.  Walaupun Hazran tu tunang orang lain sekalipun.  Kenapa kau buat aku macam ni?”
“Sebab aku yakin, Hazran sukakan kau.”
“Aku tak pernah terfikir langsungpun aku akan jatuh cinta dengan dia.  Never.” Tegas Zahira.
“I met someone else.”
“What?”  Volume suara Zahira naik 1 bar.
“Aku memang kenal si dia dah lama.  Cuma sejak dua tahun kebelakangan ni perasaan kami jadi lain.  Lebih-lebih lagi kami selalu jumpa.  Aku Cuma beritahu kat Hazran, kalau dia suka atau cintakan seseorang, dia patut luahkan.  Bukan cuba nafikan. Sebab semakin kuat dia cuba nafikan, semakin dalam perasaan itu.  Kerana itulah yang berlaku pada aku dengan si dia.  Memang aku rasa bersalah terhadap Hazran, sebab tu aku cuba tolak perasaan aku tu.  Aku cuba elak tak jumpa si dia, tapi takdir selalu menemukan kami.”  Luah Eyda. 
“So, untuk buang rasa bersalah kau tu, kau tolak aku pada Hazran? Macam tu?”  Zahira masih marah.
“NO,aku takkan aniaya kau.  Sebab aku yakin Hazran cintakan kau.”
“Then kau expect aku akan terima dia dengan mudah.”
“Kalau sebelum ni aku yakin yang Hazran sorang jek cintakan kau.  Tapi, dengan reaksi kau hari ni, aku yakin yang kau juga dah jatuh cinta kan?”
“NO. Aku takkan jatuh cinta pada tunang orang.”
“Kalau macam tu , aku putuskan pertunangan kami.”  Balas Eyda.
“Then, what? Kau nak aku pula bertunang dengan dia? Kahwin dengan dia?  Then satu office kecoh yang aku ni perampas.  Perampas tunang kawan baik sendiri.”
“Diorang takkan tuduh kau sebagai perampas kalau mereka tahu yang aku sebenarnya dah kahwin. Aku dah nikah.”
“Apa?  Kau …”
“Yes aku dah nikah.  Aku bukan ke Sarawak.  Tapi, aku ke Thailand.”
“Kau nikah di Thailand?   Kau kahwin dengan suami orang ke sampai kau perlu membelakangkan keluarga, mama dan papa kau?”  Terkejut Zahira mendengar pengakuan Eyda.
“Aku tahu kau tengah marah sekarang ni.  Kau bertenang dulu.  Nanti kita bincang lagi.  Kirimsalam ibu.  Aku cakap dengan dia tadi aku nak tidur sini.  Nanti dia tercari-cari pula.”
“Kau nak balik dah malam-malam ni.”  Masih ada rasa prihatin terhadap sahabatnya itu.  Eyda memeluk Zahira.  Airmata kedua-duanya mengalir.
“Aku sayangkan kau.  Aku tahu apa yang terbaik untuk kau.  Tapi, kalau aku salah buat pilihan untuk kau, aku minta maaf.  Jaga diri baik-baik.”  Eyda mencium dahi Zahira lama.
“Lepas ni aku takkan masuk campur urusan hati dan perasaan kau lagi.”
“No.  Kau mesti masuk campur.  Kau kakak aku.  Kau tetap kena jaga aku sampai bila-bila .   Aku sayangkan kau.  Aku minta maaf sebab marah-marah kau.”  Zahira terus memeluk Eyda.  Erat.  Ingin sahaja diberitahu hal hubungan mereka yang sebenar.
“Tidur sini.”  paksa Zahira.  Eyda tersenyum.  Saja je cakap nak balik tadi.  Diapun tak berani nak drive dah lewat malam ni.  Dia tahu Zahira takkan mungkin benarkan dia balik malam ni.
Selesai sahaja solat subuh, Eyda dah minta diri untuk balik.  Dan Zahira pula sambung tidur.  Dia pun dah mendapatkan keizinan untuk tidak ke pejabat hari ini.  jam 10 handphone berbunyi.  Nada bunyi lagu ini panggilan dari Tengku Hakimi.
“Ira, boleh datang pejabat sekarang? Ada hal penting ni.”
“Boleh Tengku, bagi saya 1 jam.”
“Okey takpe.  Saya pun masih menunggu Hazran ni.”
Hai, apa yang penting sangat ni?  Katanya semalam bagi berehat satu hari.  Tiba-tiba suruh datang office sekarang.  Usai bersiap Zahira keluar dari biliknya.  Ibunya sedang berehat di ruang tamu.
“Ibu sorry.  Boss panggil masuk office pulak pagi ni.  Tapi, dia cakap sekejap je. Nanti tengahari ibu takyah masaklah.  Nanti Ira belikan makanan.”
“Takpelah, tak payah beli. Ibupun bukan ada buat apa-apa.  Sebelum pergi office sarapan dulu.  Penat ibu dengan Eyda buang kulit udang tadi.”  Balas ibu Zahira.
“Wah! Nasi goreng udang ke?”  Tebak Zahira.
“Tapi, tak sempat lah ibu.  Ira tapau jelah ye.”
“Ibu dah siapkan bekal kat atas meja tu.  Jamah je dulu sikit.”
“Okey ibu ku sayang.  Sumayyah, Sumayyah….”  Balas Zahira lalu menyanyikan lagu untuk ibunya.
Kenapa hati aku berdebar-debar ni.  Sebab terserempak dengan Tengku Hazran ke?  Tiba-tiba rasa bersalah pula pada lelaki yang berdiri di sebelahnya di dalam perut lif ini.    Dia tersenyum lebar bila nampak aku tadi.  Kami senasib sebab tiba-tiba sahaja dihubungi Tengku Hakimi untuk masuk ke pejabat.
“Bawa bekal?”
“Hmm, tak sempat sarapan tadi.”
“Mesti tengah tidur tadi kan?”
“Sibuklah.”  Marah Zahira.  Tengku Hazran tersenyum.
Ting!  Lif berhenti di tingkat tempat dituju.  Zahira mendahului Tengku Hazran keluar dari perut lif.  Langkah seiringan mereka masuk ke dalam pejabat.  Mereka disuruh segera masuk ke bilik Tengku Hakimi.  Zahira sedikit terkedu bila dilihat papa Eyda, eh, kan papa aku jugak tu.  Dato’ Badly tersenyum pada Zahira. Hampir menitis airmata Zahira.
“Ira tahu apa-apa pasal ni?”  Tanya Tengku Hakimi sambil menunjukkan whatsapp yang diterima oleh dato’ Badly dari Eyda. 
“Bawa bekal apa tu?” Tegur dato’ Badly sambil menjeling ke arah beg kertas yang dikelek Zahira dari tadi.
“Er, sorry terus ke sini tadi.  Tak sempat singgah letak kat office saya.”
“Sorry, Tengku.”  Mata Zahira kembali membaca mesej dari Eyda.  Zahira menekup mulutnya.  Patutlah pagi-pagi dah sibuk nak balik pagi tadi.
Eyda berterus terang dengan papa tentang pernikahannya itu. Dan dia memilih untuk menghilangkan diri dari keluarga untuk beberapa bulan atau mungkin tahun.  Tunggu dia dah bersedia.  No telefonnya sudah tidak diaktifkan lagi.
“Kalau dia ada hubungi awak, tolong beritahu saya.  Suruh dia balik.  Kami takkan marah dia.  Tolong ya Ira.  Mama dia risau sangat tu.”
“Betul tu Ira.  Cakap pada dia daddy tak marah.  Balik saja.”  Tambah Tengku Hakimi.
Eyda, kenapa kau buat macam ni? Kenapa mesti larikan diri?  Kau terus terang sahaja kan senang.  Sekarang ni tak pasal-pasal aku dah terlibat sekali.  Sekilas memandang Tengku Hazran di sebelahnya.  Sejak dalam bilik daddynya tadi dia tak bercakap sepatah pun.  Nak kesian ke?  Luahan hati dia kat airport semalam tu, betul atau main-main.  Kalau dia kecewa, maknanya dia sayangkan Eyda.  Jadi, mungkin perasaan dia terhadap aku tu sebenarnya hanya mainan perasaan dia sahaja.
Telefon berbunyi.  Zahira kembali kea lam nyata.  Panggilan dari dato’ Badly.  Tak pernah-pernah lelaki itu menghubunginya.   Tak sampai 5 minit pun terpisah, takkan dah rindu kat anak yang belum diketahuinya ni.
“Oh, ya ke?  Takpe, kalau dato’ sudi makan jelah.  Nasi goreng udang.  Ibu saya yang masak.”
Bekalan makanannya tertinggal di bilik Tengku Hakimi.  Beriya dato’ Badly nak turun dan hantarkan kepada Zahira yang sudah turun ke tingkat bawah menuju ke tempat letak kereta.
Zahira berjalan menuju ke keretanya yang diletakkan secara kebetulan bersebelahan kereta Tengku Hazran.  Lelaki itu berlari anak mengejar Zahira yang sengaja melajukan langkah kakinya.  Dia tahu gadis itu cuba mengelak darinya.
“Laju juga awak jalan ya.” Tengku Hazran memintas dan berdiri menyandar di pintu kereta Zahira.
“Awak nak apa?  Saya nak balik ni.”
“So, awak dah boleh terima saya?”
“Senangnya awak cakap ya.  Awak ni takde perasaan ke?  Tunang awak baru lari kot.  Dah kahwin dengan orang lain pulak tu.”
“Dah takde jodoh.  Terima jelah.”
“Senangnya hati awak berubah ya.”
“Saya memang tak pernah cintakan dia.  Tapi, saya tak nafikan yang saya sayangkan dia.  Kami kenal dari kecik.”
“Awak tak rasa sedih ke?”
“NO. Saya happy untuk dia.  Sekurang-kurangnya dia berani mengambil tindakan.  Bukan macam awak.”
“Kenapa pulak dengan saya?”  Soal Zahira tak puas hati.
“Awak cuba nafikan yang awak pun sukakan saya.”
“Perasan.”  Zahira mencebik.
“Zahira, saya ikhlas cintakan awak.  Saya tahu memang susah awak nak terima saya macam tu sahaja selepas apa yang berlaku.  Memang selama ni saya tak pernah cintakan Eyda tapi saya ambil berat pasal dia.  Dia tu dah macam adik saya sendiri. Dan saya dah dapat rasakan dia dah ada orang lain.  Saya Cuma tunggu dia berterus terang dengan saya.  Tapi, saya tak sangka yang dia akan ambil keputusan macam ni. “
“Saya nak balik.  Saya penat.” Zahira tak mahu dengar lagi. Dia ingin segera pergi dari situ.  Pintu kereta dah dibuka dan tunggu masa sahaja untuk dia membolosi ke dalam perut keretanya.
“Saya tahu dia dengan siapa?  Saya banyak kali nampak mereka keluar berdua.  Dan pernah saya terserempak mereka berdua bawa ibu awak keluar.  Masa tu awak masih di UK.”
Kata-kata itu membuatkan langkah Zahira terhenti.  Siapa?  Zahira memandang meminta jawapan. Tengku Hazran menghulur tangan.  Zahira tak faham.  Takkan nak bawa aku lari kot.
“Handphone awak.”
“Nak buat apa?”
“Awak nak tahu tak siapa orangnya?”
“Maksud awak, seseorang yang saya kenal.”
“Mungkin lebih dari sekadar kenal. Sini handphone awak tu.”
“Nah.”  Tanpa lengah Zahira menghulurkan handphone miliknya.
Zass…laju Zahira memecut keretanya menuju ke rumah doktor Rahman. Betul kea pa yang Tengku Hazran beritahu ni. Eyda dengan abang Aqil?  Tapi, tak mustahil kan. Selama 2 tahun aku takde, mereka yang selalu jengah ibu.  Jadi, aku ke antara penyebab semua ini? Sebab aku yang biarkan ibu sorang-sorang kat Malaysia dan mengharapkan kawan baik aku dan keluarga angkat aku tengok-tengokkan ibu.  Dan kekerapan mereka berjumpa yang buatkan mereka saling jatuh cinta.  Dan akulah penyebabnya. Tak selesai satu perkara, satu perkara lain pula yang datang.
“Kenapa nak salahkan diri sendiri?  Dah memang jodoh mereka kan?  Cuma cara mereka tu sahaja yang tak betul.”
“Ira tetap rasa bersalah ibu.”  Luah Zahira.
“Kalau nak cakap pasal rasa bersalah ni, ibu lagi rasa bersalah.  Dari dulu lagi, ibu ni tak berhenti rasa bersalah.”
“Ibu, kenapa ni?”  Zahira tak tentu arah bila ibunya tiba-tiba sahaja  menangis.
“Ibu teringatkan ayah ke?” Entah kenapa, tiba-tiba sahaja hal itu yang terdetik dalam fikirannya.
“Ayah Ira tu baik orangnya.  Kami kahwin dulu pun sebab dia nak jaga maruah ibu.  Ibu dah boleh terima dah kalau dia dah taknak kan ibu.  Kami kahwin pun atas rasa simpati.  Lagipun dia dah ada keluarga, buat apa ibu nak sibuk-sibukkan lagi.”
“Jadi ibu tahu ayah dah ada isteri lain?”  Zahira ingin kepastian.  Sumayyah angguk.
“Ayah Ira dulu ada urusan kerja di Sarawak selama 2 tahun.  Dia selalu ke kawasan perkampungan ibu bila hari minggu.  Dia dan kawan-kawannya akan mandi sungai atau memancing di situ.  Tapi, budak-budak kampung tak suka.  Yalah, rasa tergugat agaknya bila anak-anak gadis kampung tu lebih tertarik pada mereka. Pernah sekali tu ayah Ira kena pukul. Mujur ada ayah ibu tolong. ”  Ibu Zahira membuka cerita.
Satu hari tu, satu kemalangan telah berlaku.  Berlaku kebakaran di kampung itu.  Datuk dan nenek Zahira iaitu ibubapa Sumayyah terkorban. Kebakaran berlaku sewaktu mereka sedang tidur. Sumayyah sahaja yang berjaya diselamatkan oleh orang kampung.
“Waktu tu, ibu terpaksa menumpang di rumah tok batin. Ibu memang tak selesa.  Sebab ibu tak suka dengan anak lelakinya.  Tok batin cadangkan kami dikahwinkan mengikut adat.  Ibu taknak.  Ibu lari.  Dan ayah Ira yang tolong ibu. Masa tu ibu belum islam lagi.  Ayah Ira hantar ibu ke kelas.  Selepas 3 bulan, kami nikah.  Sebelum nikah, ayah Ira ada bagitahu ibu yang dia sebenarnya sudah ada isteri dan 2 orang anak. Ibu terima, sebab ibu taknak lagi balik ke kampung.  Ayah Ira jaga ibu dengan baik.”
Selepas ayah pergi tak balik-balik ibu dah redha.  Apatah lagi bila ibu dapat tahu ayah ada tinggalkan duit yang agak banyak dalam bank untuk keperluan ibu.  Mungkin sebab ayah memang nak tinggalkan ibu. Tapi, ibu nak juga jumpa ayah.  Bila duit dah mula tinggal sedikit, ibu mula bekerja mengumpul wang dan pergi ke Kuala Lumpur mencari ayah.
“Sebab hampir ditipu, ibu jadi takut nak berkawan dengan orang. Ibu trauma.  Dengan keluarga doktor Rahman dulu pun ibu makan masa lama untuk terima tawaran kerja dengan mereka. Tapi disebabkan ibu fikirkan masa depan anak ibu, ibu setuju ikut mereka berpindah ke UK.” Tambah Sumayyah lagi.
“Kalau ditakdirkan ibu jumpa balik dengan ayah, apa yang ibu nak buat?”
“Ibu Cuma nak beritahu dia tentang kewujudan Ira. Itu sahaja sudah cukup.” Jawab Sumayyah.
Selepas kejadian tertinggal bekal makan di bilik Tengku Hakimi tempoh hari, dato’ Badly kerap menghantar mesej pada Zahira. Selain bertanya kalau-kalau Eyda ada menghubunginya, dato’ Badly mesti selitkan tajuk nasi goreng udang yang sedap tu.  Ada juga dia berbunyi nak ajak datin ke rumah. Sabar dulu papa, Ira belum bersedia lagi nak temukan papa dengan ibu.  Apa kata mama nanti. Atau mungkinkah bila dah berjumpa nanti ayah dah tak kenal ibu.
“Memandangkan Eyda pun tak tahu ke mana pergi. Saya nak awak yang uruskan projek di Sarawak tu.  Awak pergi dengan Hazran.”  Tengku Hakimi menghulurkan satu fail pada Zahira.
“Tengku Hazran tak masuk ke hari ni?”
“Tak.  Dia demam.” Jawab Tengku Hakimi.
“Dia dah ke klinik?” Eh, tiba-tiba concern terlebih ni.
“Hai, gaduh-gaduh pun prihatin jugak ya awak ni.”  Usik Tengku Hazran.  Ish, Tengku Hakimi ni.  Buat malu aku jek.  Kan dah panas rasa muka ni.
“Degil.  Samalah macam awak kan? Tak suka pergi jumpa doktor.”
“Eh, pandai je Tengku ni.  Siapa cakap saya tak suka pergi jumpa doktor.  Selalu tau jumpa doktor. Cuma tinggal tak jatuh cinta dengan doktor jek.”  Zahira membalas usikan Tengku Hakimi. 
“Sebab tunggu doktor cinta kot.”  Satu suara mencelah.  Dato’ Badly.  Zahira menoleh.  Hai, kena lagi.  Panas dah muka ni menahan malu.
“Hah Badly, baguslah kau datang ni.  Aku baru jek bincang pasal projek kat Sarawak tu.  Aku suruh Ira dan Hazran yang sambung projek tu.  Sambil-sambil tu berbincang sekali pasal nak bermenantu.”
Aduh!  Tengku Hakimi ni sengaja jek tau.  Dah dua minggu jugalah Tengku Hazran banyak membisu.  Merajuk dengan aku ke?  Atau sedang meratap sedih kehilangan tunang tersayang.  Hari tu beriya cakap, ‘I’m happy for her.’
“Nampaknya tak tercapailah hasrat kita nak berbesan.” Tengku Hakimi dah mula lagi.
“Takpelah. Zahira ni kan dah macam adik beradik dengan Eyda tu.  Maknanya, dia ni dah jadi anak aku juga.”  Sambung dato’ Badly.  Okey, now I’m really speechless.  Tak tahu nak balas apa.  Redha sahaja diri dijadikan bahan usikan dua kawan baik ni.  Tengku Hazran awak sepatutnya ada kat sini untuk back up saya. Eh, apa pula Tengku Hazran! Eyda.  Sampai hati buat aku kena buli dengan ayah dan bakal ayah mertua tak jadi kau ni.
Enjin kereta sudah dihidupkan.  Punat penghawa dingin sudah ditekan.  Menunggu sejuk seketika.  Handphone berbunyi.  Siapa ni? ‘Bakal Imamku’?. Siapa pulak yang dah hack handphone aku ni? Hmm, ni mesti Eyda.  Takpun si pemanggil ni sendiri.
“NI mesti awk punya kerja kan?”
“Hai, tak beri salam tak apa..terus marah kita ni kenapa?”
“Dah agak dah.”
“Singgah rumah petang ni boleh?”  Tengku Hazran tak pusing jauh.  Terus memberitahu tujuan asal dia menghubungi Zahira.
“Nak buat apa?”
“Rindu.”
“Malas nak layan.”  Zahira mencebik.
“Ni mesti tengah mencebik kan?”  Teka Tengku Hazran.  Faham sangatlah dengan perangai Zahira tu. Dah terbayang-bayang wajah comelnya sedang mencebik seperti kanak-kanak kecil.
“Singgahlah.  Ada hal sikit nak bincang pasal projek kat Sarawak tu.  Nak awak prepare kan untuk saya.”
“Kenapa tak ke pejabat jek?”
“Saya kan demam.”
“Dah tau demam tu, rehat sahajalah.  Tak payah sibuk hal kerja.”
“Tak boleh.  Awak kena prepare dokumen penting ni dulu.  Awak singgah jek.  Jangan risaulah.  Saya bukan duduk sorang.  Mummy ada.  Takpun awak balik dengan daddy nanti.”
“yalah- yalah.  Nanti saya singgah.”  Mengalah juga akhirnya.
SARAWAK
Sampai sudah ke tempat asalku ini.  Sempatlah membesar sehingga usia 5 tahun.  Kemudian merantau ke Kuala Lumpur cari ayah.  Ibu bekerja di sebuah restoran bersebelahan sebuah klinik.  Di situlah berkenalan dengan keluarga doktor Rahman.  Dan dia mengajak ibu bekerja dengan keluarga mereka sebagai pembantu rumah.  Doktor Rahman menjanjikan tempat tinggal.  Itu lebih baik dari tumpang tinggal di bilik kecil di restoran itu.  Kerana memikirkan keselesaan anaknya ibu setuju.
“Apa yang sedang awak fikirkan?”  Tegur Tengku Hazran.
“Ibu.”  Ringkas jawapan Zahira.
“Eyda pernah cerita yang awak ni lahir di Sarawak.  So, ini ke kampung awak?”
“Entahlah. Saya tak membesar lama di Sarawak. Umur 5 tahun saya dah ikut ibu ke Kuala Lumpur.  Membesar di sana dan mengikut keluarga doktor Rahman ke UK lebih 10 tahun.”
“Ibu saya dulu orang asli Sarawak.  Lepas masuk islam semasa nak kahwin dengan ayah saya.”  Sambung Zahira.
“Awak selalu sebut pasal ibu sahaja.  Ayah awak?”
“Dia tinggalkan kami masa saya masih dalam kandungan lagi.  Dah bertahun-tahun saya tak fikir pasal nak cari dia.  Tapi, bila saya dapat tahu di mana dia….” Terdiam seketika.  Tengku Hazran tenang menunggu Zahira meneruskan cerita.
“Saya balik Malaysia sebab saya nak cuba dekati dia.  Tapi saya tak berani nak berterus terang dengan dia. Nak ke dia terima saya?  Kalau dia nakkan saya, kenapa dia tinggalkan kami sejak dari mula lagi.  Saya juga takut, kalau saya mengaku pada dia, dan keluarga dia tak boleh terima kami dua beranak.  Saya taknak ibu terluka.  Dan saya juga taknak persahabatan saya terjejas kerana ini.”  Sambung Zahira.
“Eyda?”  Tengku Hazran terus dapat meneka.
“Saya tak tahu kenapa saya beritahu awak hal ini.  Mungkin sebab saya percayakan awak.  Dan saya harap awak janganlah khianati kepercayaan saya ni.”
“Ira, uncle Badly tu baik orangnya. Dia pernah terlibat dalam kemalangan dan lumpuh seluruh anggota badan 20 tahun lalu.  Mungkin masa dia dah pulih dan datang cari awak dan ibu awak, awak dah takde di tempat awak dan ibu awak ditinggalkan.”
“Atau dia memang nak tinggalkan ibu.  Ibu pernah cakap yang mereka kahwin kerana ayah nak selamatkan ibu dari dikahwinkan dengan orang yang dia tak suka.”  Tafsir Zahira.
“Awak kena berterus terang dengan uncle Badly.”
“Saya kan ada. Biar saya jek berterus terang dengan dia.”
“Berterus terang apa?”
“Berterus terang nak minta dia walikan awak untuk nikah dengan saya.”  jawab Tengku Hazran.
“Awk ni…”  Kan tak pasal-pasal satu penumbuk hinggap di lengan.
“Saya seriuslah.  Bukan ke kita akan dapat selesaikan dua masalah sekaligus.”
“Saya taknak kahwin dengan awak selagi Eyda tak balik.”
“So, kalau dia balik awak naklah kahwin dengan saya?”  Soal Tengku Hazran.  Aduh panas muka.  Apa yang aku cakap tadi hah?
“Betul ya?  Janji?”
“Awak ni, suka perangkap saya kan?” Marah Zahira.  Eleh, marah konon.
“Saya taknak tunggu lama-lama lagi Ira.  Bertunang pun taknak.  Nak nikah terus.  Trauma tau tunang-tunang ni.  Balik dari Sarawak ni saya terus jumpa ibu.  Lepas tu kita sama-sama berterus terang dengan uncle Badly.  Boleh?” Bicara Tengku Hazran. 
“Awak ni perampas tau.” Balas Zahira geram.
“Perampas?”  Tengku Hazran tak faham.
“Awak tu dah rampas hati saya.”  Selepas mengeluarkan bicara itu, Zahira terus lari dari situ. Malulah tu.  Tengku Hazran tersenyum puas.
Bila duduk bertentangan hati dah mula tidak keruan. Apatah lagi selepas membuat pengakuan tadi, Tengku Hazran asyik memandang ke arahnya.  Ish, jadi tidak selesa pula. Awal sangat ke aku terima dia ni?
“Janganlah tengok saya macam tu. Saya ubah fikiran nanti.” Ugut Zahira.  Tengku Hazran ketawa.
“Okey, saya tak tengok sekejap jek.  Saya nak ambil fruit salad.  Awak nak tak?”
“Taknaklah. Dah kenyang.”
“Makan sikit je tadi dah kenyang.  Ke sebab kenyang tengok muka saya yang handsome ni?”  Tengku Hazran mengusik lagi.  Zahira mencebik.  Tengku Hazran ketawa sahaja.  Dia bangkit dari tempat duduknya.  Dan waktu itu juga handphone Zahira berbunyi.  Nombor yang tidak dikenali dan juga tiada dalam memori handphonenya.
“Oooh, dating ya.”  Mukadimah si pemanggil.
“Eyda!”
“Shhh, jangan jerit.  Nanti Hazran tanya bukan-bukan.”
“Kau kat mana ni?”
“Tak jauh dari kau.  Kau whatsapp kat nombor ni kau stay mana.  Malam nanti aku cari kau.  Jangan dating pulak malam nanti.”
Malam itu.
Ish, minah ni.  Janji pukul 09:00.  Sekarang dah pukul 09:30.  Zahira dah tak tentu arah.  Beriya susun ayat tadi tak mahu keluar makan malam.  Sampai cik abang Hazran sanggup tapaukan makanan.  Bimbang si buah hati kelaparan.  Ting Tong….

“Teruklah kau ni.  Kau buat apa kat sini?”
“Hello! Projek kat Sarawak ni kan projek aku. Aku nak tengok jugalah progress nya walaupun bukan aku yang uruskan.  Tak sangka pula daddy hantar kau berdua ke sini.  Tapi, bagus jugalah.  Kalau tak aku tak tahu yang kau dengan si Hazran tu….”
“Ewah!  Pandai nak tukar topik ye.  Yang kau tiba-tiba hilangkan diri tu kenapa?  Kau tahu tak yang semua orang risaukan kau.  Kau tak kesiankan papa dan mama ke?”  Bangkit Zahira geram.
“Kau baliklah.  Mereka dah tak marahkan kau.”  Nasihat Zahira.
“Yalah, tunggu aku dah bersedia.”
“So, apa cerita suami kau? Dalam diam ya.  Abang Long aku kau kebas.”  Zahira tak sabar nak tahu hal sebenar.
“Sepanjang dua tahun kau takde kat sini, kami memang selalu berjumpa.  Samada sengaja atau tidak.   Kalau Qiela sibuk, dia minta aku temankan dia ke rumah ibu.  Kau tahukan ibu macam mana.  Aqil tu lelaki.  Ibu tak selesa kalau berduaan sahaja dengan dia.  Dan kau juga tahu yang ibu tu memang susah sangat nak keluar rumah.  Ada satu hari tu, kami berjaya pujuk ibu.  Perasaan gembira tu tak tergambar kau tau tak.  Since that, memang perasaan aku terhadap dia jadi lain.  Kami cuba nafikan, tapi kami tak mampu menolak.”
“Jadi akulah yang bersalah dalam hal ni. Sebab aku yang harapkan kau dan dia tengokkan ibu aku.  Kerana nak tunaikan permintaan aku tu, korang jatuh cinta dan kahwin lari macam ni.”
“Eh, janganlah salahkan diri kau.  This is what we call love.  Lagipun bagi kami, ibulah yang menyatukan dua hati kami.”  Balas Eyda. Zahira mencebik.
“Kau akan tahu apa itu rasa cinta yang sebenar.  Bila hati kau dah dirampas oleh dia, kau takkan mampu menafikan lagi perasaan kau.”  Sambung Eyda.
Mereka berbual dan bercerita lagi. Mereka saling meluah perasaan rindu dan menceritakan perkembang terkini masing-masing. Tanpa mereka sedar hari semakin lewat. Jam dah hampir ke pukul 11 malam.
“Insha Allah.  Nanti aku jenguklah mama tu.  Dulu kau pun dah tolong jaga ibu. Mama pun selalu call aku tanya kalau-kalau kau ada call aku.  Kaupun call lah mama.  Dia risau tau pasal kau.”
Ting Tong. Loceng berbunyi.  Eyda dan Zahira saling berpandangan.  Siapa pula datang bilik malam-malam ni.  Aqil ke?  Tadi Eyda dah pesan dia akan call bila dia dah bersedia nak balik.  Ke Aqil tak sabar nak balik ni.  Zahira melihat dari lubang pada pintu bilik itu.  Alamak!  Apa pula dia nak malam-malam n?
Eyda segera bersembunyi di belakang pintu sebaik Zahira memberitahu yang datang tu Tengku Hazran.
“Sorry ganggu awak.”
“Memang mengganggu pun.  Nak apa ni?  Kenapa tak call ke? Mesej ke?  Tiba-tiba jek muncul depan pintu.”
“Saya dah call banyak kali.  Awak yang tak jawab.”  Balas Tengku Hazran.  Zahira tersengih. Memang dia ada mendengar bunyi handphone tadi.  Tapi sengaja diabaikan kerana terlalu gembira sangat berbual dengan Eyda.
“Awak kemas-kemas barang.  Esok pagi-pagi kita kena balik KL.”
“Hah!  Balik KL?  Kenapa?”
“Saya dah whats’app awak tadi.  Uncle Badly accident petang tadi.  Daddy baru call beritahu.  Uncle teruk juga.”
“Papa dan mama accident.”  Eyda terus keluar dari persembunyiannya.  Tengku Hazran terkejut.
“Papa dan mama okey tak?”  Tanya Eyda risau.
“Kita kena balik KL.  Kita tengok sendiri.  Daddy pun tak cakap banyak tadi.”  Tengku Hazran jawab juga soalan Eyda walaupun dia terkejut Eyda ada di situ.  Eyda terus keluar dari bilik itu dan tanganya terus mendail nombor suaminya.
“Dia nampak kita tadi.”
“So, all this while dia ada kat sini.”
“Awak dah lupa ke? Projek kat Sarawak ni kan projek besar dia yang pertama.  So, dia nak juga tengok progress.” 
“Hmm, yelah.  Awak tidur awal.  Kita nak kejar first flight esok.”
KUALA LUMPUR
Sebaik sahaja tiba di KLIA, tanpa melengah mereka terus mengambil teksi dan menuju ke hospital.  Eyda tak berhenti menangis dari semalam.  Risau, rasa bersalah bersilih ganti.  Zahira cuba bertenang biarpun dia juga risaukan ayahnya.  Ayah tunggu Ira.  Tengku Hakimi memberitahu yang dato’ Badly masih lagi dirawat rapi di wad ICU.
Eyda memeluk mamanya erat.  Rasa bersalah sangat dengan insan yang amat disayanginya itu.  Airmata mengalir lagi.  Sekilas datin Faziah memandang Zahira.  Mereka bertukar senyuman.  Zahira menghampiri dan menghulurkan tangan untuk bersalam.  Tetapi datin Faziah memilih untuk mencium dahinya.
“Terima kasih sebab bawa balik anak mama ni.”  Ucap datin Faziah.
“Papa macam mana?”  Tanya mama Eyda pada anaknya.
“Tadi daddy cakap doktor  dah izinkan papa ke wad biasa.  Papa dah sedar, tapi dia lemah sangat.”  Jawab Eyda.
“Eyda.  Papa dah nak dipindahkan tu.  Jom kita tengok papa dulu sekejap.”  Tengku Hazran mencelah perbualan mereka.
“Eyda pergilah.  Mama nak berbual-bual dulu dengan Zahira.  Boleh kan Ira?”
“Er, boleh jek anty.”
“Mama.  Panggil mama.  Kalau Eyda panggil ibu Ira dengan panggilan ‘ibu’, apa salahnya kan kalau Ira panggil mama Eyda , mama.”

Eyda berlalu meninggalkan mama dan Zahira.  Datin meminta Zahira duduk dekat dengannya.  Hati Zahira berdebar-debar.  Biasalah kan.  Perkataan ‘mak tiri’ tu ada kala menggerunkan.
“Ira.” Datin Fazia memegang lembut pipi Zahira.
“Ira anak Sumayyah kan?  Isteri papa.”
“Mana ibu tahu?”
“Jadi betullah kan?  Ira ni sebenarnya anak papa?  Dan Ira dah tahu akan hal ni?”
“Ira baru je tau beberapa bulan lepas.”
“Kenapa Ira tak terus terang je dengan kami?”
“Ira tak berani.  Ira tak pernah tahu kenapa papa tinggalkan kami dulu.  Ira bimbang kalau-kalau papa tak boleh terima Ira ni anak dia.  Dan Ira risau kalau-kalau persahabatan Ira dan Eyda akan jadi retak bila dia tahu yang ibu ni perampas suami orang.”
“Perampas?  Kenapa nak guna istilah itu untuk isteri kedua?”  Datin Fazia tidak setuju dengan tafsiran itu.
“Mama tahu papa kahwin lain.  Mama tak marah ke?”
“Terus terang mama cakap, takde isteri yang nak perkara macam ni berlaku.  Tapi, bila dah berlaku siapalah mama yang nak menafikan takdir.”
“Kalau bukan kerana mama, kenapa papa tinggalkan kami?”
“Papa sakit Ira.  Papa accident sewaktu kami sekeluarga ziarah keluarga mama di Australia.  Papa tak sempat beritahu mama apa-apa pasal ibu Ira.  Papa lumpuh seluruh anggota badan.  Bercakap pun tak boleh.  Mengambil masa yang lama untuk sembuh seluruhnya.  Lebih 5 tahun.  Lepas papa dah pulih sepenuhnya barulah kami balik Malaysia.  Dan barulah papa beritahu mama pasal ibu Ira. Memang mama kecewa.  Tapi, bila memikirkan yang ibu Ira ditinggalkan dalam keadaan tengah mengandung, mama jadi simpati.  Masa nak lahirkan Eyda dulu, papa takde dengan mama.  Dia ke German.  Tapi, sekurang-kurangnya dia balik pada mama 2 minggu selepas itu.  Tapi ibu Ira, hilang khabar berita papa 5 tahun.  Kami ada ke Sarawak cari ibu Ira, tapi tak jumpa.  Papa tak tahu macam mana nak cari. Papa tak tahu nak cari siapa.”
Allah tak temukan Sumayyah, Badly dan Fazia.  Tetapi Allah telah temukan Nor Zahira dan Nor Zahida.  Dan mereka menjadi sahabat baik, biarpun mereka tak tahu hakikat yang mereka itu sebapa.  Oleh kerana mereka tak pernah tahu yang mereka ada adik beradik perempuan, mereka abaikan sahaja biarpun mereka berbintikan nama yang sama.
“Kali pertama jumpa Ira kat pejabat Tengku Hakimi, dia beritahu mama. Dia rasa dia dah jumpa anak dia.  Dia cakap muka Ira sama macam Sumayyah.  Tapi, dia bimbang kalau Ira taknak terima dia.  Marahkan dia.  Papa tak berani nak tanya. Tanya Eyda pun, Eyda takde jawapan.  Dia cakap Ira memang tak suka cerita pasal ayahnya. Jadi, papa jadi semakin tak berani.  Sampailah dia rasa nasi goreng udang tu.  Walaupun dah lama, dia yakin.  Nasi goreng udang tu, hasil air tangan Sumayyah.  Banyak kali dia bagi hint nak datang rumah.  Tapi katanya Ira banyak mengelak.  Nak tanya Eyda, dia pulak dah hilangkan diri. Sampailah kami jumpa doktor Rahman dan Doktor Ariana. Mereka datang rumah bila dapat tau yang anak mereka dah kahwin lari dengan Eyda.  Dan dari merekalah kami tahu kat mana rumah ibu Ira.”
Mungkin kerana jiwa yang tak tenteram.  Ditambah dengan rasa bersalah, Dato’ Badly mula diserang panic.  Dia jadi bimbang, risau takut kalau-kalau Sumayyah tak mahu maafkan dia. Dan dia hilang fokus untuk memandu dan………………………..
“Mama, ada orang nak jumpa.”  Suara Eyda dari muka pintu menarik untuk Zahira dan mamanya menoleh.
“Ibu?” Zahira terkejut.
“Sumayyah?”   Datin Faziah dapat mengagak.  Pasti doktor Rahman yang bawa dia ke mari.

Ya, Allah kau berikanlah kami peluang merampas kembali kebahagiaan kami yang telah lama hilang.  Berilah kami peluang bertemu dan bercakap dengan papa.  Terima kasih mama kerana sudi menerima kami biarpun kami sebenarnya telah merampas sebahagian dari hak mama.

“Tak baik tau cakap rampas-rampas.  Kita sama-sama berkongsi kasih.”  Kata Eyda.  Membebel panjang juga Eyda bila dapat tahu hal sebenar.  Namun hakikatnya dia sangat bahagia dengan kebenaran ini.  Hmm, tak pasal-pasal rupanya kahwin dengan saudara sendiri.
Dalam satu majlis kesyukuran, mereka semua berkumpul.  Mama, papa, ibu, Eyda dan Aqil, keluarga doktor Rahman, Tengku Hakimi pun ada bersama isterinya.
Mata Zahira melilau mencari si perampas hati itu.  Setelah dia rampas hati ini, dibiarkan sahaja kita sorang-sorang kat sini. Huh!

“Cari saya ye?”
“Huh! Perasan.” Zahira mencebik.
“Okey, kalau macam tu saya balik.” Merajuk kononnya.
“Eh, janganlah.”  Pantas Zahira menghalang.  Eleh, jual mahal konon. 
“So, kenapa lambat?”
“Mana ada lambat.  Saya tunggu awak keluar cari saya.” Jawab Tengku Hazran lalu bersandar di keretanya yang diparking di luar pagar.
“Jomlah masuk. Taknak makan ke?”
“Tengok awak je dah kenyang.”
“Mengadalah awak ni.”  Marah Zahira.  Marah-marah manja je.
“Pujuk dulu.”  Tengku Hazran pula buat aksi manja.  Nak tergelak dibuatnya.
“Wahai si perampas hati.  Jom masuk makan.”  Ajak Zahira lembut.  Cair…
“Oleh kerana saya dah rampas hati awak, saya ada sesuatu nak bagi kat awak.”
“Apa dia?”
“Hati saya.” Tengku Hazran membuat tanda ‘love’ menggunakan jarinya.
“Eh, mana dia?”  Tiba-tiba Tengku Hazran meraba-raba mencari sesuatu.
“Awak cari apa?” Tanya Zahira hairan.
“Saya tengah cari hati saya.” Jawab Tengku Hazran sambil mengenyit mata.
“Awak dah bagi saya tadi kan?”
“Ye ke saya bagi?  Ke awak rampas?”
“Siapa yang rampas cintamu…..”  Zahira menyanyikan sebaris lirik lagu UKs. Eleh, tahulah awak tu orang UK kononnya.
“Akulah si Perampas Hati.”  Balas Tengku Hazran.  Mereka ketawa.









Comments

Popular posts from this blog

ISTERI BOSS

Balqis masih mengadap komputer riba di atas meja belajarnya. Jarum jam sudah menunjukkan hampir ke pukul 1 pagi. Nadia yang baru pulang dari kerja ‘part-time’ di 7 eleven agak terkejut. Selalunya jam 11 malam Balqis dah tumbang. Kalau nak bangun study pun dia akan bangun seawal 4 pagi dan seterusnya akan berjaga sehingga masuk waktu subuh. Hmmm…sejak balik dari cuti semester baru-baru ni Balqis nampak berbeza. Suka termenung. “Aku nak tanya ni. Kau jangan marah tau.” Kata Nadia satu hari. “Macam serius je bunyinya.” “Memang serius pun.” Balas Nadia. “Pasal apa?” “Pasal kau.” Jawab Nadia. Balqis berkerut dahi. Kenapa pula dengan aku? Tanya Balqis dalam hati. Jangan-jangan….. “Kau nampak lain.” “Maksud kau? Aku dah gemuk ke? Atau aku dah kurus?” Tanya Balqis berseloroh. Walhalnya dalam hatinya berdebar juga menunggu soalan dari Nadia. Nadia ni bukan saja BFF aku, ada masa dia ni boleh jadi BFF mak aku jugak ni. Sama-sama suka korek rahsia pasal aku. “Muka kau ...

DENDAM SEORANG ISTERI

Apa yang kau dah buat? Kenapa Mia berdendam dengan kau sampai macam tu sekali? Apa yang kau dah buat? Cuba kau ceritakan hal sebenar. Kalau kau diam je macam ni, macam mana aku nak tolong kau. Hakimi meraup muka dengan kedua telapak tangannya. Ketika hati sedang berbunga cinta, kenapa ini yang terjadi? Apa yang lebih membimbangkan, Mia tu tak sihat. Selepas bertengkar semalam, Mia tiba-tiba pengsan. Bila dia sedar, dia marah-marah dan tak mahu ada doktor dalam rumahnya. Hakimi akurkan sahaja. Esok paginya, Mia hilang. “Aku rasa bersalah sangat. Selama ni aku sia-siakan peluang yang aku ada. Kesabaran dia, memang mencabar aku. Dia terlalu baik. Aku nak dia benci aku. Tapi, dalam masa yang sama, aku semakin menyayangi dia. Aku cuba untuk tak pedulikan dia. Tapi, bila dia balik lambat, aku jadi risau. Tak tentu arah. Memang aku tak cakap apa-apa. Bila nampak saja wajahnya menjengul di muka pintu, betapa leganya hati aku bila dia sampai ke rumah dengan selamatnya.” “...

Bagaimana Untukku Jatuh Cinta

 Calon terakhir untuk hari ini.  Mohd Rafiq Harraz. 30 tahun. Masih bujang. Aneesa memandang wajah pada foto bersaiz kecil itu.  Eh, ini senior aku ni!  Abang handsome yang menjadi rebutan masa sekolah dulu.  Aku ada dengar cerita yang mengatakan dia dah jadi jutawan, dah tu apasal minta kerja jadi pengawal peribadi pulak ni? "Alah,rumors je tu. Saya orang biasa jek. Sedang cari kerja. Baru resign sebab company tutup." "Macam ni sahajalah, sebab saya kenal abang, saya akan hired abang. Tapi kerja abang bukan setakat bodyguard jek tau, abang juga adalah driver dan assisstant saya. You have to be with me 24 hours. You kena tinggal dengan I, I mean at my family's house. Saya akan beri cuti sebulan after six months, is it okey with you?" "Okey, saya okey je." "Sorrylah, it's my father's rules. Selagi saya tak kahwin dia nak saya sentiasa dikawal. Nak gerak bebaspun terbatas." "So, sebelum ni ada bodyguard jugalahye?" "Yes, ...