Skip to main content

I LOVE YOU



Semua orang mengucapkan tahniah. Syakira Nabila hanya tersenyum. Memang ini yang dia impikan selama ini. Surat tawaran menjawat jawatan pensyarah di UIA itu
ditatap lama. Dan panggilan telefon dari ibunya dua hari lepas masih terngiang-
ngiang lagi isi perbualannya. Kahwin. Dia tahulah umurnya memang bukan muda
lagi. Dan dia sendiri tak pernah kisah soal jodoh. Dia juga menyerahkan hal ini pada ibunya. Tak pernah letakkan ciri-ciri pilihan. Tapi, kenapa ibunya pilih Shahril
Haiqal? Sepupunya sendiri. Lebih muda pulak tu. Anak mak uda. Aduhai...ibu
saudara bermulut 'laser'. Kalau nak mengata, dia tak kira siapa. Kakak sendiri pun
laju dia mengata. Ibu mungkin tak terasa apa, dah biasa. Berpuluh tahun kenal adiknya itu. Ibu selalu cakap, mulut dia je macam tu, tapi hatinya baik. Ayat klise kan??
"Apa salahnya? Haiqal tu baik budaknya. Sebab tu mak berani lepaskan Syahira ikut dia kerja di London." Bicara ibunya.
"Angah tak biasa tinggal di luar negara." Alasan pertama Syakira Nabila.
"Lama-lama nanti biasalah." Balas Hajah Jamiah.
"Dia lebih muda dari angah." Alasan kedua Syakira Nabila.
"Arwah ayah dulupun lebih muda dari mak." Hajah Jamiah membidas lagi alasan
Syakira Nabila.
"Angah tak cintakan dia." Alasan seterusnya.
"Angah juga yang cakap mak dulu kan? Cinta boleh dipupuk lepas kahwin." Dush!
Terkena balik.
"Angah dah ada pakwe." Ooopssss.....termenipu pulak.
"Jangan tipu mak." Tegas suara hajah Jamiah.
"Angah tak sedia lagi." Alasan yang paling klise.
"Dah 28 tahun masih tak bersedia lagi? Tak cukup lagi kumpul duit? Mak dah ada
peruntukan khas untuk perkahwinan anak-anak mak. Arwah abah dah sediakan
semua." Hajah Jamiah ada saja jawapannya. Mak ni dah macam lawyer pun ada.
Ada jek jawapan dia. Syakira Nabila terdiam. Tak tahu lagi nak guna alasan apa.
Takkan nak berterus terang dengan ibunya yang dia tak suka mak uda. Yes, kerana mak uda. Kerana mak uda Syakira menolak perkahwinan dengan Shahril Haiqal.
"Kau bukan tak tahu, mak uda kan memang laser." Pujuk Syahira.
"Sampai kakak sendiri pun dia nak laser kan? Dulu masa arwah abah sakit,
menjenguk pun payah. Apa lagi nak menolong. Mak sampai tak amik tahu hal
keliling sebab jaga arwah abah. Bila abah meninggal, laju mengata ' panjanglah
langkah dia lepas ni'.... kalau bukan telinga aku sendiri yang dengar mungkin aku
boleh buat tak tahu jek. Bila nampak aku ada kat situ, pandai pulak dia terkulat-kulat kat situ." Luah Syakira Nabila geram. Syahira tak berani nak menjawab. Bukan dia
tak kenal angah. Seorang yang sangat keras hati. Dia cuma kalah dengan mak
sahaja. Dengan arwah abah dulu banyak sangat yang tak sependapat. Namun,
mereka berdua sangat rapat. Sampaikan angah sanggup nak berhenti pengajian
sebab nak jaga abah. Tapi, abah halang. Dia nak angah teruskan cita-citanya
menjadi pengajar.
Setuju dengan perkahwinan ini bererti aku dah langgar prinsip yang aku kuat
pertahankan selama ini. Setuju dengan perkahwinan ini bererti aku terpaksa
melepaskan cita-cita yang telah ada dalam genggaman. Setuju dengan perkahwinan
ini bererti aku akan meletakkan orang yang aku tidak suka lebih tinggi darjatnya.
"Entahlah, akupun terkejut jugak bila dia beritahu aku dia suruh mak dia merisik kau. Bukan mak uda yang nak bermenantukan kau, tapi Haiqal tu yang nak kau jadi isteri dia." Cerita Syakira.
"Dia mimpi aku ker?" Tafsir Syakira Nabila. Ada tawa kecil di hujung kata-katanya.
"Ye kot." Syahira turut tertawa.
"Aku tanya jugak, kenapa dia pilih kau. Dia cakap, sebab dia dah bersedia." Cerita
Syahira.
"Misteri betullah Haiqal ni. Patutlah taknak bila aku suruh panggil aku Kak Kira..."
"So, kau dah setuju ke belum?" Tanya Syahira. Syakira tidak terus menjawab. Dia
mengeluh berat.
"Kau sendiri tahu kan, aku ni selalu kalah dengan mak. Mak tu pulak, apa saja
alasan aku laju je dia bidas. Dah macam lawyer dah."
"Sebenarnya aku tak pernah memilihpun siapa jodoh aku. Tapi........" Terhenti.
"Sebab mak uda?" Teka Syahira. Syakira tidak menjawab
"Kenapa tak terus terang je dengan mak?" Tanya Syahira. Sekali lagi Syakira
mengeluh berat. Selepas menerima panggilan ibunya, hujung minggu itu juga
Syakira balik ke kampung dan berbincang 4 mata dengan ibunya. Dipanggil pula
along sekali untuk membincangkan hal ini. Bila along pun dah menyebelahi mak...
hmmm tipislah harapan. Hanya along saja yang boleh ubah pendirian mak.
"Mak harap angah setuju dengan perkahwinan ni. Satu ni je yang mak minta dari
angah. Lepas ni mak tak minta apa-apa lagi."
Kata-kata itu bukan bicara yang biasa. Tidak berbisa, namun menyentuh rasa.
Memang itu yang menewaskan keegoan, kedegilan, kekerasan Syakira Nabila.

Kompang dipalu, pengantin baru. Duduk bersanding tersipu malu. Hajah Jamiah
tersenyum. Syakira Nabila tetap mengukir senyuman walaupun bukan ini yang dia
harapkan. Bernikah dengan budak lelaki yang berlari kepadanya kerana dibuli
pelajar senior semasa mereka sekolah dulu. Lelaki yang sedari kecil lagi sudah
dianggap seperti adiknya sendiri. Sekilas memandang ibunya. Sekilas memandang mak uda yang kini sudah menjadi ibu mertuanya. Hanya keluhan kecil dalam hati.

"So, bila nak balik London boss?" Tanya Syahira.
"Kau baliklah dulu. Aku nk bawa my sweetheart pergi honeymoon dulu." Jawab
Shahril Haiqal romantis sambil mencuit pipi mulus Syakira Nabila yang duduk di
sebelahnya.
"Lama kamu cuti Haiqal?" Tanya Hajah Jamiah.
"Sebulan mak. Nak temankan Kira dulu, biar dia serasi tinggal kat London nanti."
"Amboi, lamanya boss." Celah Syahira.
"Angah, senyap je. Tak sihat ke?" Tanya hajah Jamiah bila dilihat anak keduanya itu diam sahaja tanpa bicara. Hanya tersenyum, angguk atau geleng bila ditanya.
"Takder apa. Pening sikit." Alasan Syakira. Hajah Jamiah tahu, itu bukan jawapan
yang sebenar. Dan Syakira tahu, ibunya tahu dia menipu.
"Nak abang picitkan tak?" Tanya Shahril Haiqal prihatin. Syakira tersenyum sambil menggeleng.
"Bawalah Kira rehat kat dalam Haiqal. Meja ni biar mak dengan Ira yang kemas."
Arah hajah Jamiah.
"Jom sayang." Shahril Haiqal memegang mesra tangan isterinya. Syakira Nabila
hanya menurut. Dengan langkah perlahan mereka seiringan berjalan menuju ke
bilik mereka yang tidak jauh dari ruang makan itu. Sebaik sahaja daun pintu bilik itu
tertutup, hajah Jamiah terus mengemas meja makan. Dia tak mahu menyesal
dengan tindakannya memaksa Angah kahwin dengan Haiqal. Dia akan sentiasa
mendoakan yang terbaik untuk anaknya itu. Mungkin dengan cara ini, angah dapat
terima semula mak udanya dalam hatinya.
"Entahlah along. Aku pun tak faham. Beria-ia dia suruh aku kahwinkan dia dengan Kira tu. Kalau dia berkenan pada Ira tu aku tak heran lah. Sama-sama kerja." Bicara mak uda sewaktu dia datang ke rumah menyampaikan hasrat Shahril Haiqal.
"Aku tak berani nak buat keputusan Uda. Aku kena tanya Kira tu dulu."
"Suruh dia terima jelah. Dia nak tunggu apa lagi. Dah 28 tahun." Desak mak uda.
"Aku tanya dulu. Mana tau dia dah ada seseorang." Balas hajah Jamiah.
"Kalau dah ada, cakap dia jangan tunggu lama-lama. Kahwin je terus. Nak tunggu
apa lagi?" Balas mak uda dengan nada tak puas hati.
"Along jangan sampai orang cakap, Kira tu anak dara tak laku pulak."
"Biarlah apa orang nak kata." Balas hajah Jamiah.
"Kau kena ingat long, yang malu nanti bukan kau je tau." Ungkit mak uda. Terdengar satu keluhan kecil dari hajah Jamiah.
Syakira baring mengiring ke arah kanan. Membelakangi Shahril Haiqal. Tiba-tiba
terasa ada tangan yang melingkari tubuhnya. Pelukan hangat itu sedikitpun tidak
menimbulkan apa-apa perasaan. Ya, Allah bantulah hambaMu ini. Bagaimana aku hendak lalui kehidupanku selepas ini? Menjadi isteri kepada lelaki yang selama ini
aku anggap sebagai adik. Aku memang sayangkan dia. Sedari kecil hubungan
mereka memang rapat. Balik saja sekolah, rumah Syakira Nabila tempat dia
melepak. Syahira sekelas dengan Shahril Haiqal.
"Terima kasih sayang." Bisik Shahril Haiqal ke telinga Syakira Nabila. Syakira
memusingkan badannya. Kini mata mereka bertentangan. Syakira Nabila cuba
mencari sesuatu. Kenapa Haiqal? Kenapa kak Kira yang kau pilih? Macam mana
aku nak terima hakikat ini? Shahril Haiqal tersenyum. Syakira Nabila turut tersenyum kerana dia cuba mewujudkan rasa bahagia di pandangan mata Shahril Haiqal.

6 bulan berlalu.
Syakira Nabila baru sahaja selesai menggosok pakaian kerja suaminya. Kemeja
berwarna biru. Sedondon dengan warna cardigan pilihannya untuk ke universiti esokShahril Haiqal datang memeluk dari belakang. Syakira Nabila sedikit terkejut dengan tabiat biasa Shahril Haiqal itu. Memang suka buat serang hendap. Lepas tu ketawa puas hati bila melihat isterinya terkejut.
"Sayang, cuti nanti kita ke Australia nak?"
"Tak nak balik kampung ke?" Bangkit Syakira Nabila. Shahril Haiqal hanya
tersenyum. Begitulah dia setiap kali dibangkit hal balik kampung.
"Hmmm...kalau sebut je balik kampung, mesti bagi respond macam tu." Ungkit
Syakira Nabila.
"Sayang pun sama. Setiap kali abang ajak bercuti, mesti bangkit pasal balik
kampung."
"Abang ni macam tak suka dengan kampung sendiri." Tafsir Syakira Nabila. Shahril Haiqal ketawa.
"Dahlah. Malas nak cakap dengan abang." Syakira Nabila meninggalkan suaminya
di bilik pakaian mereka itu.
"Merajuk ke sayang?" Shahril Haiqal mengekori isterinya. Syakira Nabila buat tak
tahu jek. Shahril Haiqal membuat pelbagai aksi supaya Syakira ketawa.
"Janganlah merajuk sayang." Shahril Haiqal cuba memujuk. Syakira Nabila diam
sahaja. Lama pulak rajuknya kali ini. Selalunya Syakira Nabila cepat kalah melihat
aksi kebudak-budakan Shahril Haiqal. Atau sebenarnya malas nak layan. Macam
mana aku nak bermanja dengan dia kalau dia sendiri manja terlebih. Atau hati yang
tak cuba menerima hakikat.

"Entahlah, aku tak tahu."
"Dah 6 bulan. Takkanlah takder sikit pun rasa sayang?" Ungkit Syahira. Syakira
Nabila diam sahaja.
"Sebab kau dah set dalam minda kau yang dia tu bukan pilihan kau. Angah kena
belajar terima dia."
"Aku memang sayangkan dia. But as a brother, not husband." Syakira Nabila
bersuara kembali.
"You should renew your mindset." Nasihat Syahira.
"Aku rindu mak. Aku nak balik kampung." Luah Syakira Nabila.
"Atau kau nak jauh dari dia?" Tafsir Syahira.
"Kau ni sama je dengan Haiqal. Macam dah suka kampung sendiri." Balas Syakira
Nabila. Syahira ketawa.
"Tengok tu. Respond pun sama."
"Kau tanyalah dia, kenapa dia tak nak balik kampung."
"Malas." Balas Syakira Nabila geram.
"Itulah masalah angah. Suka sangat pendam perasaan. Haiqal tu suami kau. Dialah tempat kau luahkan rasa hati. Ajar hati untuk mencintai."

Ajari aku tuk bisa menjadi yang engkau cinta
Agar kubisa memiliki rasa
Yang luar biasa untukku dan untukmu
Kuharap engkau mengerti
Akan semua yang kupinta
Kerna kau cahaya hidupku malamku
Tuk terangi jalan ku yang berliku
Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku......
-by Anuar Zain.....

"Kira...Kira..." satu suara memanggil. Syakira Nabila tersintak dari lamunan.
"Ada surat ni." Syasya menghulurkan sepucuk surat. Syakira Nabila menyambut
surat itu. Tersenyum melihat sampul surat itu. Syakira Nabila bertugas di bahagian
pentadbiran Biro Kebajikan Pelajar Malaysia, yang berpejabat di Universiti of London Force itu. Dan kelima-lima kakitangan biro itu adalah orang Malaysia.
"Your husband ok ke?" Tanya Syasya bila mendapat tahu isi surat itu adalah surat
tawaran menjadi pensyarah di sebuah universiti di Perth, Australia.
"Entahlah. I saja jek apply, tak sangka pulak dapat."
Balas Syakira Nabila.

Apa kata dia kalau dia tahu? Syakira Nabila mula terfikir. Dan masa buat
permohonan dan menjalani temuduga secara video online pun, Syakira Nabila tak
terfikir langsung hal ini.
"Aku tak tahu apa yang aku fikirkan masa tu." Luah Syakira Nabila pada Syahira.
"Kau ada terfikir nak tinggalkan dia ke?" Tafsir Syahira.Syakira Nabila terkedu
mendengar soalan itu.
"Angah memang langsung takda perasaan sayang pada dia?" Soal Syahira serius.
"Entahlah...kadang-kadang Angah rasa bersalah, sebab angah tahu, dia sayang
sangat kat angah. Tapi, kadang-kadang angah rasa dia tak adil. Angah tak tahu
kenapa dia beria-ia sangat nak kahwin dengan angah. Dan kenapa dia tak bincang
dulu dengan angah sebelum suruh mak uda masuk meminang angah." Luah Syakira Nabila.
"Entahlah, angah rasa selama hampir setahun ini, angah dah layan dia cukup baik. Angah tak pernah tolak apa jua kehendak dia. Walaupun ada masa kehendak dia tu angah tak suka. Dan walaupun ada masa kehendak angah dia buat endah tak
endah."
Syahira pula yang terdiam membisu. Perlukah dia masuk campur dalam urusan
rumahtangga kakaknya. Kalau dia tidak lakukan sesuatu, akan berterusankah
hubungan mereka begini.
Perkahwinan tanpa cinta, boleh bahagia ke? Penting sangat ke rasa cinta itu. Kasih sayang memang sudah lama wujud antara mereka. Apakah kesudahan kisah
mereka?

"Busy nampak." Tegur Syahira. Shahril Haiqal tersenyum.
"Aku nak siapkan paperwork ni cepat. Tak sabar nak balik rumah ni."
"Kira masak special ke?" Tafsir Syahira. Shahril Haiqal menggeleng.
"Aku nak bawa dia ke satu tempat yang special." Jelas Shahril Haiqal tanpa dipinta.
"Wah! Ada apa-apa yang istimewa ke?" Syahira sibuk nak tahu.
"Tak ada apa. Saja nak memujuk orang sedang merajuk." Jawab Shahril Haiqal.
"Merajuk?!" Syahira agak terkejut. Syakira bukan orang kuat merajuk. Kalau buat
orang merajuk, itu Syahira percaya.
"Entahlah, sejak akhir-akhir ni dia kuat betul merajuk. Lama pulak tu. Kadang-
kadang sampai 2-3 hari merajuk." Cerita Shahril Haiqal.
"Kau tahu apa yang dia nak kan?" Bangkit Syahira.
"Maksud kau, balik kampung?" Teka Shahril Haiqal akan maksud Syahira.
"Kalau setakat cuti seminggu tak bangkrap company ni." Sindir Syahira kerana
Syakira Nabila cakap Shahril selalu gunakan alasan sibuk. Business baru nak up.
Hmmm...macam-macam lagilah. Terdengar satu keluhan kecil. Shahril Haiqal beralih pandangan ke arah Syahira yang duduk berhadapan dengannya. Jari-jarinya
dilepaskan dari melekat di papan kekunci laptop di atas mejanya itu.
"Kau tahu kan sebabnya." Bangkit Shahril Haiqal.
"Kau patut fahamkan dia, bukan aku." Tegas Syahira.
"Angah tu anak yang paling rapat dengan mak. Anak yang paling kerap balik jenguk mak berbanding kami yang lain. Kau pun kena faham dia."
"Tapi, sekarang dia dah jadi isteri aku kan." Ungkit Shahril Haiqal.
"Kau sedar tak yang kau ni pentingkan diri sendiri?" Syahira naik geram dengan
sikap acuh tak acuh Shahril Haiqal.
"Maksud kau?" Shahril Haiqal tak faham. Syahira tersenyum sinis. Ok, aku akan
cakap. Biar kau sedar.
"Kau yang nak jauh dari mak kau, tapi kenapa kau heret sekali Angah? Kalau kau
taknak balik, biarlah dia balik jumpa mak. Masa nak kahwin dulu, pandai pula kau
guna mak kau untuk merisik kakak aku. Ada kau bincang dengan kakak aku? Takda kan? Sampai sekarangpun aku tak tahu kenapa kau beria-ia sangat nak kahwin
dengan dia. Pernah kau beritahu dia?" Syahira nampak begitu serius.
"Did she say anything to you?" Tafsir Shahril Haiqal.
"She's trying so hard for this marriage. What about you? Like i said, kau kena fahamkan dia. Dan kau kena faham dia." Balas Syahira.

Syakira Nabila tersenyum menyambut kepulangan suaminya. Seperti biasa segelas minuman dihidang. Melihat pakaian kerja yang masih melekat di badan, Shahril
Haiqal tahu, Syakira baru sampai rumah. Tidak sempat berehat dia sudah siap
menghidangkan minuman dan bersilat di dapur menyiapkan hidangan makan malam. Hmmm, tulah nak surprise sangat. Ni, kalau tak makan silap-silap merajuk lagi.
Dinner malam ni pun nak memujuk sebenarnya.

"Kira mandi dulu ye." Syakira Nabila berlalu meninggalkan suaminya di ruang tamu
itu. Shahril Haiqal meneguk minuman yang terhidang di atas meja itu. Menjeling jam di dinding. Dah hampir sangat waktu maghrib. Dia bangun dari sofa itu pantas, lalu
tanpa sengaja dia terlanggar beg tangan isterinya. Habis berterabur barang-barang di dalamnya. Terpandang sepucuk surat.

"Hmmm.....special lauk malam ni. Ada apa-apa yang istimewa ke?" Tanya Shahril
Haiqal sewaktu mereka hendak menikmati hidangan makan malam.
"Special? Mana ada special. Biasa jelah." Nafi Syakira Nabila.
"Special lah ni kalau ada udang kara ni. Mesti singgah supermarket baru balik ni
kan."
"Kira ada mesej abang tadi kan?" Syakira Nabila mengingatkan. Shahril Haiqal
hanya tersenyum.
"Sayang masih merajuk dengan abang ke?" Tanya Shahril Haiqal.
"Buat apa nak merajuk lama-lama?" Balas Syakira Nabila selamba.
"Sayang, abang ada buat salah ke? Abang perasan sejak akhir-akhir ni sayang asyik merajuk je dengan abang. Silap cakap sikit, cepat terasa hati."
"Kita makan dulu boleh?" Syakira Nabila tak mahu bincangkan hal itu.
"Sayang nak tinggalkan abang ke?" Soal Shahril Haiqal serius.
"Abang ni kenapa? Kita depan rezeki ni kan. Kalau abang tak lapar, Kira lapar. Boleh tak nak bincang apa-apa tunggu lepas makan." Syakira masih lagi bersabar dan
berlembut. Bersabar dengan sikap Shahril Haiqal yang sering mendesak kalau dia
ingin tahu sesuatu.
"Are you hiding something from me?" Shahril Haiqal terus mendesak.
"Abang nak cakap apa sebenarnya?" Syakira Nabila meletakkan sudu. Berhenti
menyuap makanan.
"Kira sayang abang?"
"Sayang." Jawab Syakira Nabila sepatah.
"Kalau sayang, kenapa tak pernah cakap 'i love you' pada abang? Kalau abang
cakap 'i love you' kenapa tak jawab 'i love you too'?" Ungkit Shahril Haiqal.
"Hal tu pun nak jadi isu ke?" Syakira Nabila mengeluh kecil.
"Syakira Nabila, I love you so much. I'll do anything for you. Kira tak suka abang ke?"
"Abang ni dah kenapa sebenarnya? " Syakira semakin tak faham.
"I want you to share everything with me. And i'll do the same thing." Luah Shahril
Haiqal.
"Do you?" Soalan seakan menyindir.
"Kenapa sayang tak pernah tanya kenapa abang nak kahwin dengan sayang?"
"Ada beza ke? Abang langsung tak bincang apa-apa dengan Kira, terus suruh mak
abang merisik. Sekarang ni kita dah jadi suami isteri, tak ada beza Kira tahu atau
tidak." Tegas Syakira Nabila.
"Jadi Kira sebenarnya tak setuju dengan perkahwinan ni?"
"Yes...memang Kira tak setuju. You are younger than me. For all these years, i love you as a brother. Kira dah dapat surat tawaran sebagai pensyarah di UIA, tapi Kira
terpaksa lepaskan sebab kena ikut abang ke sini. Kira setuju dengan perkahwinan ni sebab mak dan tak mahu mak abang canang yang bukan-bukan pasal keluarga
Kira. For almost a year, i tried very hard to be a good wife for you. Did you do the
same thing? Kira buat apa saja yang abang nak, tapi abang? Kira nak ajak balik
kampung pun abang buat endah tak endah. Abang fikir happy abang je, habis tu
happy Kira? Seolah tak penting untuk abang." Ambik kau! Nak sangat aku luahkan
apa yang aku rasa kan? Shahril Haiqal terdiam. Syakira Nabila meninggalkan meja makan.
Syakira Nabila tertidur dalam kelaparan. Puas Shahril Haiqal pujuk suruh makan,
tapi dia tak mahu. Shahril Haiqal mencium dahi isterinya. 'Take care sayang'.

Hmmm....dah agak dah mesti dia akan ke sini. Ish, kalau ikutkan hati malas nak
masuk campur. Tapi, tak sampai hati tengok angah tu. Dah ler tak sihat, si suami
pulak buat hal. Dah tiga hari tak masuk pejabat. Ingatkan tak sihat. Bila datang nak melawat, rupanya dah tiga hari tak balik rumah. Kau ni, cakap beria-ia konon sayang sangat kakak aku.
"Betullah cakap kau. Memang aku pentingkan diri sendiri. Aku pentingkan hati aku,
tapi aku langsung taknak jaga hati dia. Aku rasa bersalah sangat pada dia. Aku
mengaku sayangkan dia, tapi aku tak jaga hati dia. Aku taknak balik kampung,
sebab nak jauh dari mak aku. Tapi, tak adil aku nak dia buat hal yang sama." Luah
Shahril Haiqal.
"Bukan ini caranya kau nak selesaikan masalah. Aku sayangkan kakak aku. Dan aku nak dia happy. Kalau kau betul-betul sayangkan dia, selesaikan masalah ni secara baik. Aku tak perlu faham masalah kau. Kira yang perlu faham." Balas Syahira.
"Masa aku datang rumah semalam, aku tengok dia tengah kemas-kemas baju. Tak
pastilah samada dia nak balik Malaysia atau nak ke Australia." Tambah Syahira.
"Lagi satu, dia tak berapa sihat. Doktor bagi MC tiga hari. Kalau kau rasa kau dah
tak nak jaga dia, aku boleh jaga kakak aku." Sambung Syahira.
"Dia pesan kat aku, kalau jumpa kau, bagi ni." Syahira menghulurkan kunci rumah.
Shahril Haiqal mencapainya. Syakira nak tinggalkan rumah ke? Shahril Haiqal terus berlari pergi dari situ.

Syakira Nabila sedang lena. Shahril Haiqal mencium dahi isterinya. Agak panas.
Betullah, isterinya tidak sihat. Syakira Nabila tersedar kerana terasa ada sesuatu
menyentuh dahinya.
"Abang."
"Sorry, abang tinggalkan sayang. Sayang sakit sorang-sorang kat rumah." Bicara
Shahril Haiqal lembut.
"Sikit jek." Balas Syakira Nabila.
"Kita pergi klinik yer." Ajak Shahril Haiqal.
"Dah pergi."
"Dah makan?"
"Belum. Tak larat nak masak." Jawab Syakira Nabila. Lagilah rasa bersalah.
"Sorry, hari tu Kira pergi klinik tak beritahu abang. Dalam nota abang , abang cakap nak tenangkan fikiran. Jadi Kira tak nak susahkan abang."
"Maafkan abang sayang." Shahril Haiqal terus memeluk isterinya.
"Kita pergi makan ya. Sayang siap-siap." Sekali lagi ciuman melekap ke dahi.
"Barang-barang nak ke Australia Kira dah siap kemas, tapi...."
"Takper, kita bincang balik nanti." Pintas Shahril Haiqal.
Restoran Rasa Sayang, milik rakyat Malaysia yang bertapak di bumi London ini
menjadi pilihan Syakira Nabila bila ditanya. Rindu nak makan rendang. Nak masak
sendiri belum khatam lagi belajar dengan mak. Berselera betul Syakira Nabila
makan. Shahril Haiqal tersenyum bahagia. Namun, dia tahu dia perlu berkorban
agar senyuman manis di bibir isterinya berkekalan.

"Sayang, ada perkara yang abang nak cakap. Sayang tak perlu cakap apa-apa.
Sayang dengar je." Bicara awal Shahril Haiqal sebaik dia menghidupkan enjin kereta sewaktu mereka ingin pulang.
"Masa abang dan Ira nak terbang ke London nak sambung belajar, sayang pesan
kat kami : 'belajar betul-betul. Jangan leka main cinta pulak.'. Lepas tu abang jawab: 'Haiqal takkan main cinta kat London, Kira. Sebab cinta hati Haiqal ada kat Malaysia.' Bila sayang tanya siapa, abang jawab Kira lah orangnya. Kira ketawa. Lepas tu
Kira cubit perut abang. Mungkin Kira ingat abang bergurau, hakikatnya tidak sayang. Sejak tingkatan empat lagi, abang dah simpan niat nak jadikan Kira isteri abang.
Kira lindungi abang sekali. Tapi abang nak lindungi Kira sayang seumur hidup abang. Masa di London abang usaha gigih sambil belajar abang kerja. Tamat pengajian,
abang terus kerja. Kumpul duit, berkongsi dengan kawan-kawan buka business. Bila business dah stabil, abang yakin yang abang dah bersedia untuk kahwin. Abang tak fikir panjang. Abang terus suruh mak abang merisik Kira. Memang abang silap, tak bincang dulu dengan sayang. Abang mengaku, memang abang pentingkan diri
sendiri. Sebab abang ingat sayang pernah cakap, sayang takda apa-apa syarat
untuk bakal suami sayang, yang penting restu mak." Luah Shahril Haiqal. Syakira
Nabila diam sahaja.
"Bukan abang tak suka balik kampung. Bukan abang sengaja nak jauhkan diri dari
keluarga. Lepas abang tahu yang abang ni anak angkat, perasaan abang jadi lain.
Bukan abang tak ingat jasa mak dan ayah abang. Abang rapat sangat dengan mak. Dah besar panjang pun kadang-kadang tidur berkepit, peluk cium. Bila dah tahu
abang ni anak angkat, abang tak boleh buat semua tu. Hukum agama. Abang tak
nak rasa serba salah dengan mak." Sambung Shahril Haiqal. Suasana dalam kereta sunyi sepi. Hanya bunyi desiran penghawa dingin.
"Abang minta maaf sebab baca surat sayang. Bila baca surat tu abang dapat
rasakan yang sayang nak tinggalkan abang..."
"Abang..." Syakira Nabila bersuara.
"Shhh...please sayang. Bagi abang habis cakap dulu." Pinta Shahril Haiqal.
"Abang taknak sayang lepaskan lagi cita-cita sayang tu. Kalau sayang ...." Terhenti.
Airmata lelaki itu hilang keegoannya.
"I love you sayang. I love you. If you really want to go..."
"Abang!!! Bas tu...."....Gedegang...Bang...

Dua ambulan laju membawa dua mangsa kemalangan itu ke hospital. Salah seorang dari mereka agak parah di bahagian kepala. Kedua-duanya tidak sedarkan diri.
Syahira bergegas ke hospital. Selepas penerangan dari pihak bertugas, dia
mendapatkan Syakira Nabila segera.
"Haiqal mana? Mana abang Ngah?" Soalan Syakira Nabila sebaik ternampak
Syahira. Syahira duduk di sisi katil Syakira Nabila. Tak sampai hati nak beritahu.
Dua berita yang pasti amat mengejutkan.
"Abang Ngah ada kat bilik sebelah. Dia ok."
"Ok? Ira jangan nak tipu Angah. Kalau dia ok, dia mesti ada kat sini." Syakira Nabila tak percaya kata-kata adiknya itu.
"Angah, tenang. Abang Ngah memang ada kat sebelah. He's in coma." Terang
Syahira.
"What?!"
"And, one more thing...." Terhenti.
"What?"
"You just lost your baby."
"Angah pregnant?!" Terkejut. Pengsan sekali lagi. Syahira segera memanggil
jururawat yang bertugas.

Tangisan di sudut matamu. Menitis mengalir di pipi. Kerinduanmu dan jua kerinduanku, hanya untuk sementara. Walau jauh dari pandangan mata, kau tetap satu di kalbu. Oooohhh, moga direstui jalinan cinta antara kita....oooohhhhu...moga direstui..cinta kita kan abadi...kasihku...kesedihanmu..kan pulih bila hujan reda.....-ELLA-

"Doktor cakap Haiqal dah sedar. Tapi keadaan dia agak teruk. But he insist to meet you." Beritahu Syahira. Dengan bantuan kerusi roda, Syakira Nabila dibawa ke bilik di mana Shahril Haiqal berada.
"Janji dengan abang, jaga diri baik-baik. Kalau buat kerja, jangan sampai tak ingat
makan. Jangan delete alarm yang abang dah set tu."
"Abang..." Syakira Nabila menangis di atas dada suaminya. Tak sanggup kehilangan lelaki yang disayanginya itu.
"Abang ada satu permintaan."
"Apa dia?"
"Boleh cakap tiga perkataan tu." Pinta Shahril Haiqal. Syakira Nabila memandang
tepat ke anak mata suaminya.
"I love you." Ucap Syakira Nabila sambil menggenggam tangan suaminya. Shahril
Haiqal tersenyum.
"Sejuk hati abang dengar. Lepas ni, abang boleh pergi dengan aman." Luah Shahril Haiqal.
"Abang, jangan cakap macam tu."
"Maaf sayang." Dalam keadaan yang sangat lemah, tangan Shahril Haiqal berusaha untuk menyentuh pipi isterinya. Doktor, jururawat dan Syahira yang turut berada di
situ turut sebak. Airmata Syahira turut laju mengalir. Dengan perlahan tangan itu
jatuh terkulai.
"Abang!!!!".......Syahira segera mendapatkan Syakira Nabila yang begitu longlai.
Sekali lagi dia tidak sedarkan diri.
Syakira membuka mata. Teringat Shahril Haiqal yang sudah takda. Airmatanya
mengalir. Aku buat apa kat sini. Siapa yang uruskan jenazahnya. Abang, tunggu Kira.
"Abang!" Jerit Syakira Nabila. Dia terbangun dan duduk.
"Sayang." Terdengar suara suaminya. Tidak, aku bermimpi. Syakira Nabila
menampar pipinya.
"Eh, sayang kenapa ni?" Shahril Haiqal menahan tangan Syakira Nabila dari terus
menampar dirinya sendiri.
"Ini mimpi ke apa ni?" Syakira jadi bingung.
"Sayang tunggu sekejap. Abang panggil doktor."
"Doktor??...Jap, Kira confuse ni."
"Sayang, kita accident. Sayang ingat tak?" Shahril cuba mengingatkan.
"Ya, itu Kira ingat. Tapi, bukan abang cedera parah ke?" Syakira Nabila masih
bingung.
"Abang cedera sikit je. Sayang tu, lama betul tidur. Entah mimpi apalah tu."
"Jadi, abang memang tak apa-apalah?"
"Ya, sayang. Abang ok. Sayang pun ok. Doktor cuma cakap sayang tidur lama sikit, mungkin sebab sayang demam and perlukan rehat. Baby kita pun ok."
"Baby?" Syakira Nabila terkejut.
"Patutlah asyik merajuk je, bawa budak rupanya." Shahril Haiqal tersenyum
mengusik.
"Abang panggil doktor dulu yer."
"Abang, jangan tinggalkan Kira." Syakira Nabila menarik tangan suaminya. Langkah Shahril Haiqal terhenti.
"Apa yang Kira cakap malam tu memang betul. Tapi itu semua sebelum kita
kahwin." Luah Syakira Nabila.
"Tapi, Kira dah pilih untuk tinggalkan abang kan? Dua bagasi besar dah siap untuk
ke Australia.."
"Abang..."
"Abang sayang Kira. Kalau Kira nak pergi, abang tak halang. Cuma.. "
"Abang...bagi Kira cakap boleh?" Pintas Syakira Nabila.
"Kira tak cakap pun Kira dah terima offer tu. Kira apply sebab universiti tu ada
branch kat sini. Then, Kira dapat tahu yang Kira kena kerja di Australia dua tahun
dulu baru boleh tukar branch."
"Habis tu, bagasi tu? Kunci rumah? Kenapa suruh Ira bagi abang?" Shahril Haiqal
tak faham. Tiba-tiba rasa perit di perut. Shahril Haiqal menjerit kecil.
"Aduh, sakitnya yang." Shahril Haiqal menggosok perutnya yang baru lepas dicubit.
"Abang keluar rumah, tak bawa kunci kan? Kira bagi Ira sebab ingat abang masuk
office. Yang pasal bagasi besar tu...Siapa yang plan nak bercuti ke Australia? Siapa
yang book trip 'A week in Australia'? Siapa yang taknak balik kampung, tapi nak
pergi Australia? Bagasi besar tu, siapa yang beli? Siapa yang asyik tanya 'dah
kemas baju belum'?" Syakira Nabila menyoal bertubi. Dah tak macam orang sakit
intonasinya. Shahril Haiqal menepuk dahi. Aduhai, macam mana boleh lupa ni?
"Umur tu baru 27, tapi benda penting semua lupa." Bebel Syakira Nabila. Shahril
Haiqal tertawa kecil.
"I love you sayang." Ucap Shahril Haiqal.
"I love you too." Balas Syakira Nabila.
"Yes! Yes! Yes!" Shahril Haiqal bersorak gembira. Syakira Nabila berkerut dahi tak
faham.
"Ingat senang ke nak dengar Syakira Nabila cakap macam tu?"
"Kalau ucapan tu penting sangat untuk abang, Kira akan cakap setiap hari. Puas
hati?" Balas Syakira Nabila.
"I love you sayang. And i'll always will." Ucap Shahril Haiqal ikhlas.
"Love you sayang." Ucap Shahril Haiqal lagi.
"Dah pergi panggil doktor cepat." Arah Syakira Nabila. Shahril Haiqal ketawa. Dia
sudah memegang tombol pintu.
"Abang." Lembut suara Syakira Nabila memanggil. Shahril Haiqal menoleh.
"I love you." Ucap Syakira Nabila. Shahril Haiqal tersenyum bahagia.
"I love you too." Shahril Haiqal menghantar 'flying kiss'. Menangkap dan dilekatkan
pada hati. Apabila kita hampir kehilangan seseorang, barulah kita sedar sedalam
mana kasih padanya. Semoga Allah merestui kisah 'I Love You' Syakira & Haiqal.

Comments

Popular posts from this blog

ISTERI BOSS

Balqis masih mengadap komputer riba di atas meja belajarnya. Jarum jam sudah menunjukkan hampir ke pukul 1 pagi. Nadia yang baru pulang dari kerja ‘part-time’ di 7 eleven agak terkejut. Selalunya jam 11 malam Balqis dah tumbang. Kalau nak bangun study pun dia akan bangun seawal 4 pagi dan seterusnya akan berjaga sehingga masuk waktu subuh. Hmmm…sejak balik dari cuti semester baru-baru ni Balqis nampak berbeza. Suka termenung. “Aku nak tanya ni. Kau jangan marah tau.” Kata Nadia satu hari. “Macam serius je bunyinya.” “Memang serius pun.” Balas Nadia. “Pasal apa?” “Pasal kau.” Jawab Nadia. Balqis berkerut dahi. Kenapa pula dengan aku? Tanya Balqis dalam hati. Jangan-jangan….. “Kau nampak lain.” “Maksud kau? Aku dah gemuk ke? Atau aku dah kurus?” Tanya Balqis berseloroh. Walhalnya dalam hatinya berdebar juga menunggu soalan dari Nadia. Nadia ni bukan saja BFF aku, ada masa dia ni boleh jadi BFF mak aku jugak ni. Sama-sama suka korek rahsia pasal aku. “Muka kau ...

DENDAM SEORANG ISTERI

Apa yang kau dah buat? Kenapa Mia berdendam dengan kau sampai macam tu sekali? Apa yang kau dah buat? Cuba kau ceritakan hal sebenar. Kalau kau diam je macam ni, macam mana aku nak tolong kau. Hakimi meraup muka dengan kedua telapak tangannya. Ketika hati sedang berbunga cinta, kenapa ini yang terjadi? Apa yang lebih membimbangkan, Mia tu tak sihat. Selepas bertengkar semalam, Mia tiba-tiba pengsan. Bila dia sedar, dia marah-marah dan tak mahu ada doktor dalam rumahnya. Hakimi akurkan sahaja. Esok paginya, Mia hilang. “Aku rasa bersalah sangat. Selama ni aku sia-siakan peluang yang aku ada. Kesabaran dia, memang mencabar aku. Dia terlalu baik. Aku nak dia benci aku. Tapi, dalam masa yang sama, aku semakin menyayangi dia. Aku cuba untuk tak pedulikan dia. Tapi, bila dia balik lambat, aku jadi risau. Tak tentu arah. Memang aku tak cakap apa-apa. Bila nampak saja wajahnya menjengul di muka pintu, betapa leganya hati aku bila dia sampai ke rumah dengan selamatnya.” “...

Bagaimana Untukku Jatuh Cinta

 Calon terakhir untuk hari ini.  Mohd Rafiq Harraz. 30 tahun. Masih bujang. Aneesa memandang wajah pada foto bersaiz kecil itu.  Eh, ini senior aku ni!  Abang handsome yang menjadi rebutan masa sekolah dulu.  Aku ada dengar cerita yang mengatakan dia dah jadi jutawan, dah tu apasal minta kerja jadi pengawal peribadi pulak ni? "Alah,rumors je tu. Saya orang biasa jek. Sedang cari kerja. Baru resign sebab company tutup." "Macam ni sahajalah, sebab saya kenal abang, saya akan hired abang. Tapi kerja abang bukan setakat bodyguard jek tau, abang juga adalah driver dan assisstant saya. You have to be with me 24 hours. You kena tinggal dengan I, I mean at my family's house. Saya akan beri cuti sebulan after six months, is it okey with you?" "Okey, saya okey je." "Sorrylah, it's my father's rules. Selagi saya tak kahwin dia nak saya sentiasa dikawal. Nak gerak bebaspun terbatas." "So, sebelum ni ada bodyguard jugalahye?" "Yes, ...