Skip to main content

HATIKU MILIKMU


Doktor Irdina baru sahaja sedar dari lena.  Terlewat bangun pula hari ini.  Ini semua gara-gara panggilan dan teks pesanan yang tak berhenti mengganggu tidurnya malam tadi.  Nak dimatikan handphone nya bimbang kalau-kalau ada panggilan kecemasan dari hospital.  Betul juga apa yang pernah diberitahu sahabatnya doktor Dafina, dia perlu satu lagi handphone yang digunakan khas untuk kerja.  Tapi, leceh pula nak mengkelek banyak sangat handphone. Eleh, boleh kan masukkan dua sim dalam 1 handphone.  Ahh, malaslah nak fikir semua ni. 
“Peminat misteri?”  Teka dr.Dafina.
“Peminat misteri okeylah.  Kalau peminat fanatik tu yang aku seram.  Tak mustahil dia boleh buat apa sahaja.”
“Apa mesej dia?”
“Dia tulis: Hatiku milikmu, tapi hatimu milik orang lain.”
“Hahaha! Dah macam tajuk lagu Siti Nordiana, HATIKU MILIKMU.”  Dr.Dafina ketawa.
“Dia miscalled aku banyak kali.  Then, dia hantar whatsapp macam tu berulangkali.”  Cerita Dr. Irdina lagi.
“Tapi, kan.  Aku rasa aku tahu siapa orangnya.”
“What?  This is interesting. Siapa?”  Dr Dafina teruja nak tahu.
“Encik Rhaid.”
“Rhaid??  Bapa budak yang kau dermakan hati tu?”  Dr. Dafina terkejut mendengar tafsiran itu.
“Sebab?” Dr. Dafina inginkan alasan.
“Instinct.”
“Instinct sebab kau memang suka kat dia kan?”  Usik dr. Dafina.  Dr. Irdina tersenyum malu.
“Eh, aku suka sikap penyayang dia je tau.  Single father yang sangat tenang melayan karenah anak kecil dia tu.”  Dr. Irdina cuba berdalih dari hakikat sebenar. Dr. Dafina ketawa.
“Kalau betul, apa salahnya.  Kau pun suka kat dia.  Wife dia mana? Bercerai ke? atau meninggal?”
“Irina tu anak saudara dia.  Anak abang sulungnya. Itu jek yang aku tahu. Dato’ Khalil tak cerita banyak pasal bapa kandung Irina.”
Dr.Irdina tersenyum lagi.  Mengimbas kembali saat Rhaid meluahkan perasaannya terhadap dr.Irdina.  Dia datang ke hospital dan mengajak dr. Irdina makan tengahari bersama dengan alasan Irina merengek rindukan ‘mama’ angkatnya itu.  3 bulan juga mereka tidak bertemu.  Selepas pembedahan pemindahan hati dulu, dr.Irdina cuti rehat selama hampir sebulan.  Dan Irina pula berada dalam pemantauan doktor selama 2 bulan.  Dan selepas itu masing-masing sibuk dengan urusan sendiri.
Mula-mula jumpa tu, memang macam nak cari gaduh.  Entah apa-apa jek mamat ni.  Dahlah terkantoi buat panggilan misteri beberapa malam lepas.  Gara-gara, dia letak handphone bersepah dan bila dr.Irdina hubunginya semula, Irina yang jawab panggilan itu. 
“Ya, memang pun.  Saya derma hati saya tu bukan percuma.  Memang saya yang minta 500 ribu tu.  Puas hati?  Itu yang encik Rhaid nak dengar kan?”  Balas Dr.Irdina geram.  Sengaja mengaku macam tu.  Duit yang dato’ Khalil bagi tu dia sumbangkan kepada pertubuhan Yayasan Hati hospital ini.
“Habis tu saya macam mana?”  Balas Rhaid pula.
“Macam mana apa pulak?”  Dr.Irdina tak faham.
“Hati saya ni.”
“Kenapa dengan hati encik Rhaid?”  bertambah keliru dengan mamat sorang ni.
“Hati saya ni dah kena curi.  Awak dah bagi sebahagian dari hati awak pada Irina, saya nak sebahagian lagi tu.”
“Encik Rhaid..jangan buat saya confuse boleh tak?”
“Saya cintakan awak Irdina.”  Luah Rhaid tanpa menunggu lebih lama lagi.
6 tahun kehilangan insan yang disayangi.  Memang sukar untuk hatinya menerima cinta lain.  Kehadiran Rhaid dalam hidupnya mengubah segalanya.  Hatinya seakan telah terbuka untuk menerima insan lain dalam hatinya.  Namun dia masih belum bersedia berkongsi kisah ini pada ibubapanya.  Dia tahu, pasti mereka gembira mendengarkan hal ini.  Mereka bimbangkan anak gadis mereka yang seakan sudah putus asa disayangi dan menyayangi.  
Irdina menjeling jam tangannya.  Dah hampir 10 minit dia menanti.  Rhaid memang tak pernah datang tepat pada masa yang dijanjikan.  Tapi, Irdina pula seorang yang sangat menjaga masa.  Kalau janji jam 10:00, jam 09:30 dia dah sampai.  Dia tak suka kelam kabut.  Itulah kontra perangai dua pasangan bercinta ini.  Namun, itu tidak sedikit pun menggugat rasa cinta di hati masing-masing.
“Mama!”  Terdengar satu suara kanak-kanak yang cukup dikenalinya.  Irdina menoleh.
“Hai, sayang!”  Irdina mendepangkan tangannya. Rina terus lari ke dalam dakapannya.
“Buat apa kat sini?  Dengan siapa?  Dengan papa ke?”  Tanya Irdina bertubi.
“Dengan ayah.”
“Ayah?”  Irdina tak faham.  Seorang lelaki dewasa menghampiri mereka.
“Radhi.  Ayah kandung Rina.”  Lelaki itu memperkenalkan diri.
“Irdina.”  Irdina memperkenalkan diri.
“Tahu.  Rina banyak bercerita pasal doktor kesayangannya ni. Jom, kita minum-minum sekejap.”  Radhi mengajak Irdina ke restoran KFC yang memang ada di depan mata dalam ‘mall’ itu.
“Err, sebenarnya saya tengah tunggu kawan ni.”  Irdina cuba menolak ajakan itu secara baik.
“Alah, mama. Jomlah.” Rina merengek memujuk.
“Hmm, bolehlah. Tapi, mama tak boleh lama tau.  Mama what’sapp kawan mama sekejap.”  Irdina memang cepat cair dengan pujukan Rina.
Radhi mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian dan kerelaan Irdina berkongsi hati dengan anaknya.  Dia kagum dengan sifat penyayang yang ada dalam jiwa doktor muda ini.  Dia sendiripun tak mampu lakukannya.  Dia sendiri telah mengabaikan tanggunjawab terhadap anak kandungnya selama 10 tahun usia anaknya.  Kesal. Ya, memang dia kesal.  Dan kerana itulah dia kembali ke Malaysia.  Dia ingin membawa Irina tinggal bersamanya di Australia.  Namun, dia perlukan masa untuk menyuarakan hasrat hatinya.
“Handsome juga ayah kandung Rina tu.  Tak jauh beza dengan si Rhaid tu.”
“Amboi!  Bercakap macam dia tu tak bersuami ya.”  Marah Irdina.   Dafina ketawa.
“Bukan kau kata nak lunch dengan Rhaid ke tadi?”  Dr.Dafina beralih topik.
“Hmm, entahlah si mamat tu.  Tiba-tiba jek ada urgent meeting. Kebetulan terserempak dengan Rina tadi, so lunch dengan diaorang sekali.  Si Rina tu yang beria suruh ayah dia teman sampai ke sini.”
“Oh ya! Pukul 3 ni kita ada meeting dengan dr.Joshua.  Operation puan Hashimah akan diteruskan juga atas permintaan keluarga.  Mereka sanggup tanggung risiko.  Tapi, dr. Joshua macam tak setuju.  Dr. Andrew nak teruskan juga. “ Irdina pula beralih topik.
“Dr. Andrew dan dr. Joshua ni asyik tak agree jek.”  Dr. Dafina menggeleng kepala.
“Mereka tu kan pakar.  Setiap pendapat mereka beserta dengan teori dan fakta. Setiap point perlu diambil kira.  Kita ni bercakap pasal nyawa orang, memang banyak perkara yang perlu dikaji dan selidik sebelum membuat sebarang keputusan.”  Balas Dr Irdina.
“Hmm, tak lama lagi, kau pun macam dioarang juga kan?”
“Lama lagi. 5-10 tahun lagi agaknya.”  Balas Dr. Irdina merendah diri.
“Make it earlier.  Pergi jelah UK sambung belajar.”
“Mak aku tu dah bising.  Dia bagi aku sambung kat sini pun dah cukup baik dah.”
Ya, memang itu cita-cita dan harapannya.  Menjadi pakar kanser.  Kanser , baginya adalah pembunuh dalam diam.  Ada masa dia mudah dikesan, ada masa dia lambat dikesan.  Ada masa dia boleh disembuhkan.  Ada masa dia tiada lagi harapan.  Pelbagai jenis kanser yang dia dalami. Simptom, cara merawat dan cara menghindar.  Dan kanserlah yang telah meragut nyawa insan kesayangannya 6 tahun lalu.  Dan telah menutup pintu hatinya untuk menerima mana-mana lelaki.  Bukan tidak pernah ada yang cuba mengintai, namun dia belum mampu mengasihi sebagaimana dia mencintai Adam.  Arwah Adam.
Rhaid, lelaki itu yang telah berjaya memecahkan tembok hatinya.  Dia tak tahu kenapa, dia begitu mudah menerima lamaran cinta lelaki itu.  Mungkinkah kerana jiwanya yang terlalu dekat dengan Rina?  Atau inilah yang dinamakan cinta.  Irdina akui, dia memang rasa bahagia setiap kali berbicara tentang lelaki itu.  Dan dia sendiri akui, dia telah bersedia membawa hubungan ini lebih jauh lagi.  Sejak akhir-akhir ini mereka memang sering berbicara tentang masa hadapan.  Sudah berbicara tentang memberikan Rina adik sebagai teman.  Irdina tersenyum sendiri.  Apakah 6 bulan terlalu singkat untuk dia ‘melepaskan’ Adam yang sudah terpahat dalam jiwanya selama 6 tahun pemergiannya.
“Mungkin dah tiba masanya kita terus terang dengan keluarga tentang hubungan kita.  Kita bertunang?”  Rhaid memberi usul.  Irdina terkedu seketika.  Betulkah apa yang dia dengar?
Dua minggu berlalu.
Cincin sudah tersarung di jari.  Irdina kini sudah menjadi tunangan orang.  Perancangannya diikat selama setahun.  Irdina langsung tak nampak Rhaid sebaik majlis ringkas itu selesai.  Yang ada hanya Radhi yang baru sampai bersama anaknya, Rina.  Rina berlari ke bilik untuk bertemu dengan Irdina.
“Papa mana?”  Tanya Irdina separuh berbisik ke telinga Rina.
“Papa outstation.  Ayah ada kat luar.”  Jawab Rina tanpa mengawal suaranya.  Irdina segera menekup perlahan mulut si kecil itu.  Irdina dah tersenyum malu apabila Dafina dah mengekek ketawakan dia.
Dah dua hari Rhaid tidak menghubungi dan berjaya dihubungi.  Selepas memaklumkan yang keluarganya akan datang merisik sekaligus bertunang dua hari lepas, Rhaid terus tidak menghubunginya lagi.  Sampaikan Irdina memikirkan yang perkara ini mungkin tak jadi.  Kalau tak jadi, apa nak jawab kat mak dan abah yang sangat teruja bila mengetahui anak ketiganya ini sudah bersedia menamatkan zaman bujangnya.
Telefon pintar Samsung Galaxy A70 miliknya berbunyi memberitahu ada satu mesej ‘what’sapp’ masuk.  Nombor yang tiada dalam simpanan memori telefonnya itu.  Namun, melalui aplikasi ‘TrueCaller’ dia melihat nama Rhadi.  Irdina berkerut dahi. Eh, ada apa-apa jadi kat Rhaid ke?  Pantas Irdina membaca mesej dari Rhadi itu.  Menggeletar tangan Irdina sebaik membacanya.  Hampir sahaja telefon itu terlepas dari tangannya.   Airmatanya mula berkandung.  Apa erti semua ini?
“Eh, Dina!  Kenapa ni?” Dafina terkejut melihat sahabatnya itu tiba-tiba terjelepuk di atas kerusi.  Dia nampak tak bermaya.  Dafina yang masuk ke dalam bilik Irdina itu untuk menyerahkan sebuah fail segera mendapatkan Irdina yang nampak pucat.  Kenapa ni?  Mujurlah dua sahabat ini tidak pernah mensyaratkan apa-apa prosedur untuk masuk kebilik masing-masing.  Kalau nak masuk redah ajelah.
“Kenapa ni?”  Dafina risau.  Macam nilah keadaan Irdina sewaktu dia diberitahu pembedahan keatas Adam tidak berjaya 6 tahun lalu.  Separuh hatinya bagaikan telah pergi.  Irdina menghulurkan telefon pintarnya pada Dafina.
“What’sapp dari Radhi.  Kau bacalah.”  Airmata Irdina mengalir.  Why Rhaid? Why you did this to me?
Dua bulan berlalu.  Irdina masih tidak mahu membuka mulut hal ini pada ibubapanya.  Hanya Dafina sahaja tempat dia meluahkan segala rasa.  Dia tak mahu ibubapanya risaukan dia.  Namun, bagi Dafina tidak sepatutnya Irdina berdiam diri dan mengelak dari bertemu Radhi.
“Jadi, kau sebenarnya bertunang dengan Radhi?  Bukan Rhaid?”
“Kenapa?  Kenapa dia tipu aku? Selama ni dia main-mainkan perasaan aku.  Dia yakinkan aku yang keluarganya akan datang merisik.  Dan terus bertunang.   Kalau Radhi tak hantar mesej tu, sampai ke sudah aku tak tahu yang  aku sebenarnya bertunang dengan orang lain.”
“Kau tak nak beritahu mak dan abah kau?”  Dafina bangkitkan lagi hal itu.
“Apa aku nak cakap pada mereka nanti Fina? Aku yang beria cakap aku dah bersedia nak kahwin.  Aku yang cakap pada mereka keluarga dato’ Khalil nak datang merisik aku.  Aku tahu mereka gembira sangat bila dapat tahu aku dah bersedia nak kahwin.  Takkan tiba-tiba aku sendiri yang nak putuskan pertunangan ni. Then, what? Mengharap aku bertunang dan berkahwin dengan Rhaid?”
“Mungkin kau patut berterus terang dengan Radhi.”  Usul Dafina lagi.
“Dia ada call aku banyak kali ajak jumpa.  Aku tak sedia lagi Fina.  Rhaid pernah cerita pada aku, kerana kecewa ditinggalkan isteri , dia tinggalkan Rina dengan keluarganya di Malaysia ni.  Lepas tu dia kembali ke Australia sebab nak cari isteri dia tu.  10 tahun dia tunggu, tiba-tiba nak kahwin dengan orang lain.  Aku tak fikir dia memang nak kahwin pun.  Mungkin dia setuju ni pun sebab keluarga.  Ataupun kerana dia tahu aku rapat dengan Rina.  Macam mana kalau tiba-tiba isteri dia muncul.  Macam mana dengan aku masa tu nanti?”
“Sebab tu, kau kena juga jumpa dia.”  Balas Dafina.
“Mama…” tiba-tiba terdengar satu suara yang memang tidak asing baginya memanggil.  Irdina menoleh ke arah dari mana datangnya suara itu.  Dapat dilihat dengan jelas Rina sedang berlari ke arahnya.
“Jangan lari sayang.”  Kata Irdina.
“Rindu mama.”  Rina terus memeluk Irdina.
“Rina dengan siapa ni?”
“Dengan ayah.”  Jawab Rina sambil menunjuk ke satu arah. Radhi menghadiahkan senyuman pada Irdina.
“Aku rasa kau dah tak boleh lari ni.” Bisik Dafina perlahan.  Irdina terdiam.  Radhi menghampiri mereka bertiga yang berada di meja hujung di dalam kafe itu.
“Not today and not now. Kita kan ada meeting lepas ni.”  Balas Irdina perlahan.
“Sorry, kacau doktor-doktor ni tengah makan.  Saya melawat kawan sakit tadi, Rina ajak cari mama dia.  Tahu-tahu jek dia yang mama dia ni ada kat sini.”  Radhi berbicara penuh sopan.
“Hmm, macam ni ajelah encik Radhi.  Saya tak boleh lama ni.  Ada meeting sekejap lagi.”  Irdina dah bangun dari tempat duduknya.
“Oh,ya ke? Maaf.”
“Sabtu ni ajak Rina ke tempat kita jumpa hari tu.  Rasanya ada perkara yang perlu kita bincangkan kan?  Saya tunggu pukul dua kat sana.”  Irdina akhirnya nekad mengatur temujanji.  Radhi tersenyum.
Pertemuan yang dinantikan akhirnya dirancang dan akan berlaku.  Mungkin sudah tiba masanya untuk meluahkan segalanya.  Irdina perlu tahu kenapa.  Dia yakin, Irdina sendiri terkejut dengan tindakan keluarganya itu.  Yalah, jumpa pun baru sekali, tiba-tiba dah masuk merisik sekaligus bertunang.
“Rapat betul awak dengan Rina tu kan?  Cemburu saya.”  Radhi membuka bicara sambil memandang ke arah Rina yang sedang gembira bermain tidak jauh dari mereka duduk.
“Cemburu?”  Irdina tak faham.
“Ya.  Sebab dengan dia awak nampak happy.  Macam-macam benda awak cerita dengan dia.  Tapi, bila dengan saya, awak diam je.  Awak tak suka ke keluar dengan saya?”  Luah Radhi.  Irdina mengeluh perlahan.
“Awak sebenarnya tak setuju ke dengan pertunangan ini?”
“Awak pun sama?”  Balas Irdina tanpa menjawab soalan Radhi.
“Kenapa awak fikir macam tu?”  Radhi juga tidak menjawab soalan Irdina.
“Sebab awak masih ada isteri.”  Balas Irdina.  Radhi terdiam.
“Kalau tiba-tiba dia balik, macam mana?”  Soal Irdina serius.
“Dia takkan balik.”
“Awak yakin?  10 tahun ni awak tunggu dia. Tak mungkinlah dengan hanya dengan satu pertemuan awak dah berubah hati.”  Bidas Irdina.
“Saya ikhlas cintakan awak Dina.” Luah Radhi.
“Saya tak berani ambil risiko.”
“Isteri saya takkan balik.”  Sambung Radhi.
“Kenapa awak begitu yakin sekarang, sedangkan selama 10 tahun ni awak masih mengharapkan dia?”
“Sebab dia sebenarnya dah meninggal dunia.”  Jawapan Radhi itu membuatkan Irdina terkejut.
“Dah 10 tahun.” Sambung Radhi.
“Tapi, keluarga awak cakap….”
“Ya, memang itu yang saya beritahu mereka.  Sebab masa tu saya tak boleh terima hakikat yang isteri saya dah takde.  Arwah isteri saya orang Switzeland.  Perkahwinan kami tidak direstui oleh kedua-dua keluarga.  Selepas kami kahwin, kami bawa diri ke Australia dan kami nekad putuskan hubungan terus dengan keluarga.  Bila arwah disahkan mengandung, saya nekad.  Lepas dia bersalin saya nak bawa dia balik Malaysia.  Dia tak setuju.  Kami akan bertengkar setiap kali saya bangkitkan hal ini.  Sampailah sewaktu dia nak melahirkan.  Dalam perjalanan tu, saya begitu bodoh, bangkitkan lagi hal ini.  Dia marah dan tumbuk saya.  Saya hilang kawalan, kami kemalangan.  Saya cedera parah, dan tak sedarkan diri hampir sebulan.”  Radhi berhenti bercerita.  Airmatanya gugur segera diseka.
“Maaf, kalau awak taknak….”
“Awak kan bakal isteri saya.  Awak kena tahu tentang saya.”  Pintas Radhi.
“Nurullizah, itu nama yang saya pilih sebagai nama islamnya. Arwah meninggal sebaik sahaja melahirkan Rina.  Dia sendiri pun cedera parah waktu itu.  Sebab itu saya tak mampu nak maafkan diri sendiri.  Saya tak pernah percaya dia dah meninggal.  Sebab tu saya beritahu keluarga saya yang saya nak cari dia.  Puas kawan-kawan dan jiran-jiran yakinkan saya. 10 tahun saya abaikan Rina.”  Sambung Radhi.
“Saya ikhlas Irdina.  Sejak 8 bulan lepas barulah saya dapat kekuatan untuk menghubungi semula keluarga saya.  Bila dapat tahu Rina sakit dan orang lain yang dermakan hati, saya rasa sangat berdosa.  Ayah apakah saya ni? Hampir setiap hari saya buat video call dengan Rina.  Saya gembira sangat, sebab keluarga saya tak pernah biarkan dia terlupakan saya.  And dia memang banyak bercerita pasal mama angkat dia.  Honestly, masa tu saya memang dah jatuh cinta pada awak.  Dan pertemuan kita yang sekali hari tu telah meyakinkan hati saya.  Saya tahu, mungkin ini janggal bagi awak.  Saya harap awak berikan kita peluang.  Kita ada tempoh setahun untuk mengenali hati budi masing-masing.  Saya dah yakin dengan hati saya dan saya tahu awak masih ragu-ragu.  Saya cinta kan awak seikhlas hati saya.  Saya tak harap pun awak balas balik cinta saya.  Apa yang saya harapkan ialah, saya dapat membahagiakan awak.”  Luah Radhi.  Irdina mati kata-kata.
Irdina termenung jauh. Mengelamun. Tersenyum sendiri.  Ada satu memori yang singgah di fikirannya dan telah membuatnya tersenyum.  Senyuman mati tiba-tiba.  Hatinya berbelah bahagi.  Apatah lagi dia masih gagal menghubungi Rhaid.  Dan sekarang ini dia sendiri pun sudah berputus asa untuk menghubungi lelaki itu.  Kalau betullah antara dia dan Radhi ada jodoh, ke mana lagi Rhaid nak lari.
“Hai, susah betul nak jumpa doktor Irdina ni.  Sampai terpaksa umpan si kecik tu.”  Keluh Rhaid. Sekilas menjeling ke arah Rina yang sedang asyik bermain di taman permainan itu.  Irdina tertawa kecil.  Memang dia agak sibuk dua tiga minggu ni.
“Sorrylah cik abang sayang.  Dina memang sibuk sangat.”
“Sayang, bila saya boleh masuk meminang awak?”  Tanya Rhaid serius.
“Awak serius ke?”
“Eh, mestilah serius.  Awak tu dahlah susah nak dapat.  Kita tak payah bertunang lama-lama.  Kalau boleh datang merisik sekaligus nikah.”
“Amboi! Teruklah you ni.”  Irdina ketawa.
“Serius sayang.  I dah tak sabar nak hidup dengan you tau.”
Aaah! Itu semua palsu.  Harapan palsu.  Dia mainkan perasaan aku.  Dengan mudah dia serahkan aku pada orang lain.  Di mana sebenarnya aku di hati dia. Radhi.  Aku setuju memberi peluang kerana Rina.  Mungkin kerana kami berkongsi hati, aku tak boleh jauh dari dia.  Sentiasa wujud perasaan rindu pada kanak-kanak itu.  Irdina tersenyum apabila mengingat kembali kaletahnya.
“Meninggal?  Bukan ke Rhaid cakap wife dia lari tinggalkan dia?”  Dafina tidak faham sebaik mendengar cerita Irdina.
“Panjang ceritanya.  Dia accident teruk 10 tahun lepas.  Dia tak percaya wife dia dah meninggal.  Lama juga dia nak dapat pulihkan semangat dia. Dia kat Malaysia ni setahun sahaja.  Tujuan dia balik Malaysia ni sebab nak serasikan diri dengan Rina.  So, samada kami jadi kahwin atau tidak, dia tetap akan balik Australia bersama Rina.  Aku setuju untuk beri peluang pada dia sebab Rina.”
“Macam mana dengan Rhaid?  Kau masih sayangkan dia kan?”  Tanya Dafina.
“Aku dah penat tunggu dia bagi aku penjelasan.  Rina pun ada cerita yang papa Rhaid dah jarang balik rumah.  Radhi cakap mungkin sebab dia nak biasakan diri jauh dari Rina.  Lagipun, kalau dia dah memang tak nak aku, seribu kali sayang pun tak guna Fina.  Aku ni bukan sesiapa pun pada dia.” Luah Irdina.  Dafina memeluk bahu kawannya itu.  Irdina bersandar ke bahu sahabat baiknya itu.
“Thanks Fina.  Kau selalu ada dengan aku.  Aku ni dah banyak sangat susahkan kau sebab terpaksa hadap masalah perasaan aku ni dari dulu sampai sekarang.”
“Jangan cakap macam tu.  Kita ni kenal dah lama tau.  Dari sekolah rendah lagi.  Kau dah lupa siapa yang jadi posmen kau dengan arwah Adam dulu?”
“Kerana arwah kita jadi rapat.”  Tambah Irdina.
“Aku rindu dia Fina.”  Airmata Irdina mengalir.  Cinta pertama terkubur kerana kematian.  Cinta kedua terkubur tanpa batu nisan. Tanpa alasan.  Sehingga kini masih tiada jawapan.
“Aku pun rindu dia.  Dia kan abang aku.”  Tanpa sedar airmata Dafina turut mengalir.  Rindukan abang sulungnya yang meninggal dunia kerana kanser.
#throwback
“Fina boleh tolong Along?”
“Tolong apa?” 
“Kalau jadi apa-apa kat Along, tolong tengok-tengokkan Dina.  Bila dia dah jumpa orang yang boleh jaga dia, masa tulah baru Fina ‘lepaskan’ dia.” Pinta Adam.
“Along masih belum beritahu dia pasal penyakit along ni?”  Tanya Dafina.
“Along cuba nak beritahu dia, tapi along tak sanggup nak tengok dia menangis.” Jawab Adam.
“Along kena beritahu dia.  Dia perlu bersedia untuk hadapi apa jua kemungkinan.” Tegas Dafina.
“Korang kan nak pergi sambung belajar.  Along taknak perkara ni mematahkan semangat dia untuk sambung belajar.  Fina harapan along untuk berikan dia kekuatan.  Along tahu adik along mampu lakukannya.”
Dafina memejamkan matanya.  Bahunya terasa berat.  Rupanya Dina terlena di bahunya.  Dafina tersenyum.  Along pernah cakap, Irdina ni tidur pun nampak cantik. Gambar curi yang ada dalam handphone adiknya ditenung lama.  Hmmm, bila hati dah berbunga rasa cinta, semuanya indah belaka.  Tapi memang betulpun, Irdina ni memang cantik. Lemah lembut.  Bukan takde rakan-rakan seuniversiti yang nak ‘couple’ dengan dia dulu.  Semuanya ditolak dengan baik.  Hatinya tertutup rapat.  Lambat nak ‘move on’ kata orang. Aku akan sentiasa doakan kebahagiaan kau sahabatku.  Aku nak sangat jumpa Rhaid ni.  Tapi, dia perlu menjaga airmuka sahabatnya.  Betullah kata Irdina, kalau orang dah taknak, buat apa nak terhegeh-hegeh lagi.
Petang itu.
Irdina sudah bersedia untuk pulang.  Hari ni Dafina on call, jadi dia ikut Irdina balik rumah. Sebab rumah Irdina lebih dekat dengan hospital.  Jadi apa-apa hal boleh sampai ke hospital lebih pantas.  Irdina melihat matanya di cermin pandang belakang keretanya.  Mana Dafina ni?  Ambil handphone ke pergi kedai beli handphone baru?  Tiba-tiba cermin tingkap diketuk.  Mengucap panjang Irdina kerana terkejut.  Wajah manis di luar kereta itu memetik suis senyum di bibirnya.
“Hai, sayang! Buat apa kat sini?  Rindu mama ye?”  Irdina membuka pintu kereta.  Rina terus mendepangkan tangannya tanda nak minta peluk.
“Peluk anaknya je.  Ayah dia taknak peluk ke?”  Satu suara menyapa.
“Belum halal lagi.”  Jawab Irdina selamba.  Radhi ketawa.
“Buat apa kat sini?  Melawat kawan mana pulak yang sakit kali ni?”  Tanya Irdina.  Radhi ketawa.  Dia tahu Irdina menyindirnya kerana dia sering gunakan alasan itu untuk konon-konon terserempak.  Hmm,nampak sangat kan yang cik tunang awak tu memang bukan senang nak dibawa ke sana ke sini selagi belum tiba masanya.
“Surprise.”  Radhi menghulurkan ‘a bouquet of chocolates’ dan jambangan bunga pada Irdina.  Ada pula belon tertulis ‘Happy Birthday’.
“Eh, hari ni bukan birthday sayalah.”  Irdina tidak terus menyambut huluran itu.
“Ambil jelah dulu.”
“Yalah.”  Irdina menyambut huluran itu.
“Birthday awak lagi  2 hari kan?  Tapi lagi dua hari awak takde kat sini kan?  Ada kursus kat Langkawi.”
“Mana tahu ni?” Irdina hairan.
“PA awaklah yang bagitahu.”  Radhi mencuit manja pipi Rina.
“Eh, encik Radhi?  Buat apa kat sini?”  Sapa Dafina yang baru muncul di situ.
“Hmm, mestilah nak jumpa buah hati pengarang jantung.”  Dafina sendiri yang menjawab soalan itu.  Radhi ketawa.  Irdina pula yang tersenyum malu.
“So,ke Langkawi esok drive ke?”  Tanya Radhi.  Beralih topik. Tiba-tiba segan pula nak beraksi romantik dengan cik tunang bila ada Dafina di situ.
“Drive sendiri jek.  Dafina lambat sehari. Dia naik flight. Balik ke sini nanti baru dia teman saya drive.”
“Jauh tu. Nak saya jadi driver tak?”  Radhi nampak risau.
“Don’t worry.  Doktor Irdina ni sebut sahaja mana tempat kat semenanjung Malaysia ni.  Semua dia dah redah.”  Dafina cuba meredakan kerisauan Radhi.
“Betul tu.  Saya okey.  Kalau ada apa-apa awak orang yang pertama saya akan call.”  Janji Irdina.
                Malam itu Irdina ingin tidur awal dari biasa.  Esok nak memandu jauh.  Jadi dia perlukan rehat yang cukup.  Radhi bersungguh nak temankan dia sampai ke Langkawi.  Risau sangat.  Irdina tersenyum sendiri.  Ada memori yang singgah di fikirannya waktu itu.
                “Jangankan kata nak bawa kereta. basikal pun Dina tak berani.”
“Apalah Dina ni. Nanti abang Adam ajar nak?”
“Ajar apa?”  Irdina tak faham.
“Ajar naik basikal lah.  Takkan nak ajar bercinta pula.”
“Yang itu tak payah diajar.  Umur baru 15 tahun pun dah dilamun cinta.”  Celah Dafina. Pap!  Satu tamparan hingga ke bahunya.  Dafina ketawa.  Dia tahu Irdina malu diusik begitu.
“Lepas SPM nanti, kita sama-sama ambil lesen kereta nak?  So, nanti senanglah kita nak ‘enjoy’ dengan kereta abang Adam kesayangan kau ni.”
“Boleh jek.  Along tak kisah.  Yang penting, dapatkan lesen dulu.  Dah ada lesen nanti, jangan katakan pinjam, nak belikan sorang satu pun boleh.”  Balas Adam.
Irdina tersenyum lagi.  Kereta Perodua Myvi SE 1.5 berwarna kuning milik Adam masih tersimpan kemas dalam gajar kereta.  Itulah kereta yang dia dan Dafina gunakan sepanjang mereka belajar di kampus dulu.  Seminggu sekali dia akan keluar memandu kereta itu berjalan-jalan.  Semangat Adam yang tertinggal dalam kereta itu membuatkan dia terasa Adam masih ada di sisinya. 
“I can see a smile on your face.” Kata Dafina.
“Kenapa? Tak boleh ke aku senyum?”  Tanya Irdina sambil matanya fokus pada pemanduannya.  Sekilas matanya memandang ke arah jambangan bunga mawar merah yang terletak kemas di tempat duduk belakang.
“Hmm, muka aku taknak tengok.  Tapi, mata tu dari tadi meliar tengok belakang.  Takut bunga jatuh tergolek ke?”  Usik Dafina.  Irdina ketawa.
“Bila Radhi buat surprise macam ni, aku teringat arwah Adam.”  Ungkit Irdina sebaik tawanya reda.
“Hmm, tiap-tiap tahun buat surprise.  Aku ni pulak kena jadi penyimpan rahsia.  Kena pastikan kejutan dia tu berjaya.” 
“Walaupun kena surprise setiap tahun, tak pernah sekalipun aku dapat hidu apa yang dia nak buat. Kaupun kuat betul simpan rahsia.”  Irdina mengimbau lagi kenangan silam itu.  Bibirnya mengukir senyuman.  Ada airmata yang bergenang di tubir matanya.
“Adam dah tak de Dina. Kau kena move on.  Kau kena belajar terima cinta lain.  Kau kena buka pintu hati kau untuk terima lelaki lain.”  Pujuk Dafina.
“Aku dah move on Fina.  Aku dah terima cinta lain.  Aku dah buka pintu hati aku untuk terima lelaki lain.  Tapi, lelaki itu dah kecewakan aku.”  Airmata itu gugur juga.  Dafina jadi serba salah.  Bukan niatnya nak buat sahabatnya itu dihambat derita lagi.
“Kau masih sayangkan Rhaid?  Kau nak aku jumpa dia?”  Dafina nekad nak berdepan dengan Rhaid.
“Dah tak guna rasa sayang tu.  Tak guna aku terus mencintai, kalau dia sendiri yang lepaskan aku pada orang lain. Mungkin dia ada alasan.  Apapun alasan dia, dia tak patut buat aku macam ni.  Sejauh mana dia nak lari?  Selama mana dia nak mengelak dari aku.  Bila aku dah jadi isteri abang dia nanti, mampukah dia berdepan dengan aku tanpa memberi apa-apa penjelasan pada aku. “
Airmata tiba-tiba mengalir lagi apabila teringat perbualan dengan Dafina petang tadi.  Irdina memandang jambangan bunga hadiah dari Radhi petang tadi.  Mampukah hati aku menerima semua ini.  Dia tak pernah memaksa aku menerima dia.  Dia hanya minta diberi peluang.  Aku terima hubungan ini kerana mama dan papa.  Aku terima hubungan ini kerana Rina.  Aku akan bahagia ke?
“Kenapa Adam tak pernah beritahu Dina pasal ni?”
“Adam taknak Dina susah hati.” Alasan Adam yang sedang terlantar di atas katil hospital.
“Adam jahat. Dina benci Adam.”  Irdina menangis.  Dan Irdina terlena sambil airmata masih membasahi pipi.
“Saya rindu awak.  Al-Fatihah.”
RASA APAKAH YANG PERLU HADIR
ANDAINYA RASA RINDU TAK PERNAH MEMINGGIR
RASA APAKAH YANG PERLU ADA
ANDAINYA RASA RINDU SENTIASA BERAJA
PERLUKAH MENERIMA SEADANYA
ATAU MENERIMA SEPENUH JIWA
TENTERAMKAH HATI
ANDAI JAWAPAN TAK PERNAH JELAS
TENTERAMKAH HATI
ANDAI KASIH TAK PERNAH IKHLAS
Rhaid menghempaskan badannya ke atas katilnya yang sudah dua bulan ditinggalkan.  Sengaja sibukkan diri dengan urusan kerja.  Balik rumah pun sekali sekala sahaja.   Bukan tak rindu, tapi dia perlu bersedia.  Dia akan kehilangannya juga nanti.  Irina akan ikut ayahnya berpindah ke Australia.  Itu yang pernah abangnya beritahu sewaktu dia baru balik ke Malaysia.  Difikir semula, ada baiknya.  Tidaklah perlu aku selalu berjumpa dengan Irdina.  Dan aku yakin, dia pun tak akan mahu jumpa aku lagi lepas ni.  Lepas apa yang aku dah buat.  Kalau lah dia tahu niat aku.
“Itu ajelah kerjanya kan?  Balik dahlah sekali sekala.  Duduk memerap je.  Jom turun makan.”  Terdengar suara si ibu.  Rhaid bangun dari pembaringan. Dia akur juga ajakan ibunya.
“Wah!  Ikan pari masak asam pedas.  Mama ni macam tahu-tahu jek Rhaid balik hari ni.”  Senyum terbit di bibir Rhaid.
“Hari-hari masak asam pedas ni.  Abang kau hari-hari nak belajar masak ni.  Katanya Irdina suka makan asam pedas.  Konon, kalau dah kahwin nanti, senanglah dia nak masakkan untuk isteri dia.”  Cerita datin Radhiah ceria.  Nampak sangat dah tak sabar nak bermenantu.
“Awak tu bila lagi?  Abang Radhi tu dah nak kahwin buat kali kedua dah.” Suara dato’ Khalil mencelah.  Rhaid hanya tersengih.
“Sunyi jek rumah ni. Mana Rina dengan abang?”  Rhaid beralih topik.
“Diorang ke Langkawi.”
“Amboi!  Bercuti tak ajak.”
“Nak ajak macam mana?  Dah awak tu sibuk memanjang.”  Balas datin Radhiah.  Rhaid tersengih lagi.
“Hari ni birthday Dina. Dina ada kursus kat sana.  Diorang nak pergi buat ‘surprise’ kat sana.”  Dato’ Khalil membuka rahsia.
“Hmm, patutlah beria sangat suruh saya pilihkan hadiah semalam.”  Kata datin Radhiah.
“Kebetulan kan?  Birthdate mereka sama.” Bangkit dato Khalil.
“Ya tak yalah. Hari ni birthday Radhi.  Saya tak wish lagi.”
“BIarlah.  Nanti-nanti jek boleh wish.  Radhi beritahu saya yang dia nak cepatkan majlis mereka.  Kiranya dia nak melamar Dina malam ni.  So, jangan kacau dia.  Mesti dia tengah sibuk duk menyusun ayat tu.”  Cerita dato’ Khalil.
“Tapi, bukan katanya bertunang setahun ke?  Ni kan baru 8 bulan.”  Celah Rhaid.
Langkawi.
Betul ke keputusan aku ni? Dia okey ke?  Kalau dia tak setuju macam mana?  Aku juga yang cakap aku taknak paksa dia.  Tenang Radhi.  Kau tanya jek dulu.  Dah ada jawapan nanti, barulah kau fikirkan hal yang seterusnya.
“Thank you.  Cantik baju ni.  Patutlah sibuk suruh pakai baju ni.  Ada romantic dinner rupanya.” Ungkapan yang terkeluar dari mulut Irdina diiringi sekuntum senyuman manis.  Di tepi pantai itu ada sebuah meja beralas kain putih.  Sekuntum mawar merah di dalam gelas di tengah-tengah meja.  Dua kerusi yang beralas warna merah hati.  Ada bantal kecil berbentuk hati tersangkut di kepala kerusi. 
“Tak marah kan?”  Balas Radhi.
“Fina dengan Rina mana?”  Sengaja Irdina beralih topik.  Ingin menghilangkan rasa gugup.
“Entahlah.  Tadi ada kat sini.”  Jawab Radhi.  Berpura tak tahu.  Padahal mereka bertiga dah berpakat. 
“Jom, kita makan dulu.  Ni, special saya bawa dari rumah.”  Radhi membuka penutup mangkuk makanan.  Irdina tersenyum lebar.
“Asam pedas?  Seriuslah.  Bawa dari Johor ni?”
“Yang ni special lebih sikit.  Sebab saya sendiri yang masak.  Berbulan-bulan tau belajar buat ni.”
“Thank you.  Terharu saya.  Awak buat saya rasa bersalah tau.”
“Eh, kenapa pulak?” Radhi tak faham.
“Yalah, macam-macam awak buat untuk happy kan saya.  Tapi, saya tak buat apa-apa pun.”
“Tengok awak happy je pun dah cukup membahagiakan saya.  Kan saya pernah cakap.  Saya tak harap apa-apa pun dari awak selain mengharapkan awak bahagia.”
“Thank you.”  Ucap Irdina ikhlas.
“Happy birthday doktor Irdina.  Doktor hatiku.”
“Happy birthday to you too.”  balas Irdina.
“Eh, mana tau?”  Radhi terkejut.
“Mama call tadi.  Dia call awak tak dapat. Dia nak wish ‘happy birthday’ kat awak.”  Jelas Irdina bagaimana dia tahu.
“Sebab tu saya rasa bersalah. Sebab saya takde sedia apa-apapun untuk awak.  So, make a wish. I’ll try to make it happen.”
“Be my wife?”  Tanpa menunggu lebih lama lagi Radhi terus melamar.  Irdina terkedu.
“Saya tahu.  Saya janji dengan awak setahun.  Saya terpaksa balik Australia lagi 2 bulan.  Dan saya harap sangat saya dapat bawa awak dan Rina sama-sama.”  Bicara Radhi lagi.  Irdina masih tidak memberi apa-apa jawapan.
“Awak tak setuju ke?” Tanya Radhi berhati-hati.  Bimbang kalau-kalau soalannya menimbulkan perasaan tidak selesa di hati Irdina.
“Awak suruh mama dan papa awak jumpa mak dan ayah saya.  Kalau mak dan ayah saya setuju, saya ikut jek.”  Jawapan Irdina menerbit senyuman di bibir Radhi.
 Dua  minggu kemudian.
30 hari lagi.  So, this is it Irdina.  Dah tak payah lagi fikir pasal arwah Adam mahupun Rhaid.  Keputusan dah dibuat.  Kenapa ya?  Sejak aku buat keputusan untuk setuju berkahwin, hati aku sering rasa berdebar-debar.  Mungkinkah ada sesuatu yang akan berlaku.
“Doktor, lagi satu jam doktor ada mesyuarat dengan team doktor Rashid.  Doctor Cindy EL.  So, they need your help.  You have to join a surgery in two hours.”  Pembantu peribadinya, Siti memberi maklumat akan jadualnya hari itu.
“Okey. Doktor Fina terlibat sekali ke?”  Tanya doktor Irdina.
“No.”  Jawab Siti ringkas.
“In that case, saya pergi breakfast dulu.  Apa-apa you cari kat bilik doktor Dafina.”
“Baik doktor.  Saya keluar dulu.”  Siti meminta diri.  Doktor Irdina angguk.  Dia mencapai telefon pintarnya.  Nombor Dafina yang sudah disetkan sebagai nombor favourite terus dihubungkan.
Doktor Irdina membuka daun pintu.  Satu figura berdiri tegak di hadapannya saat itu.  Terkedu seketika. 
AKU TELAH MERASAKAN PAHITNYA KAU TINGGALKAN
PERNAHKAH DI HATIMU MENCINTAIKU
Sebaris lirik lagu Hatiku Milikmu dendangan Siti Nordiana itu benar-benar bertepatan dengan perasaan dia alami saat ini.
“Awak nak apa Rhaid?”
“Saya perlukan penjelasan.”
“Penjelasan?  Saya rasa saya yang perlukan penjelasan dari awak.”  Sinis bicara Irdina.
“Saya minta maaf.”
“Saya tak suruh awak minta maaf.  Saya nakkan penjelasan Rhaid.  Selama ni awak memang tak pernah cintakan saya ke?”  Soal Irdina serius.
“Saya…”  Rhaid tak dapat meneruskan kata-katanya.
“Oh, jadi betullah.  Sebelum ni awak Cuma berpura-pura sayangkan saya.  Awak perdayakan saya. Awak yakinkan saya untuk terima awak.”
“Saya tak pernah tipu soal hati dan perasaan saya Dina.”
“Lapan bulan Rhaid.  Lapan bulan awak buat saya penasaran.  Saya tak tahu apa salah saya.  Mudah sangat ke saya ni jatuh cinta.  6 tahun saya cuba lupakan arwah Adam.  Awak yang yakinkan saya.  Tapi, awak juga yang hancurkan hati saya.”  Ya, memang marah. Perasaan marah, sedih bercampur.
“Saya mengaku saya salah.”
“Saya tak nak pengakuan awak.  Saya nak dengar penjelasan awak.”  Tegas Irdina.
“Saya buat ni semua kerana mama dan papa. Dan juga abang saya.  Masa awak jumpa awak jumpa abang Radhi tu, saya ada kat situ.  Saya tipu pasal meeting tu.  Saya tengok muka abang saya ceria sangat.  Itulah first time saya tengok dia macam tu selama dia balik ke Malaysia.  Dan masa saya nak beritahu mama dan papa pasal nak merisik awak tu, dia terlebih dahulu dah luahkan perasaan dia terhadap awak.  Mama dan papa teruja sangat nak jadikan awak menantu.  Masa tu saya mati kata-kata.  Entah macam mana saya terus cadangkan mereka terus meminang awak.”  Cerita Rhaid.
“Wow!  Mudahnya awak buat keputusan kan?  Ada awak fikirkan perasaan saya?  Awak tipu saya Rhaid.  Awak yakinkan saya yang pinangan itu untuk awak. Lepas tu awak diam macam tu je.  Awak langsung tak call saya.  Tak jawab mesej saya.  Tiba-tiba sahaja saya dapat mesej dari Radhi.. ‘terima kasih kerana sudi terima saya.’  Ada awak fikir perasaan saya masa tu?”  Irdina benar-benar melepaskan perasaannya saat ini.
“Hati saya pun sakit Dina.  Sakit kerana terpaksa sakiti awak. Sakit kerana terpaksa lepaskan awak.”
“Hati saya lebih sakit Rhaid.  Awak korbankan cinta awak untuk abang dan orang tua awak.  Tapi, awak dah buat saya sakit Rhaid.  Kalaulah awak berterus-terang dengan keluarga awak, mungkin semua ni tak akan terjadi.”
“Saya menyesal Dina.  Saya cuba untuk terima semua ini.  Saya ingat saya mampu, tapi rupanya tidak.  Semalam mama cakap awak dah setuju nak cepatkan tarikh perkahwinan awak.  Betul ke?”
“Kalau betul kenapa?  Awak yang dah memilih untuk ‘pass’ saya kat abang awak kan?”  Sinis bunyi kata-kata dari Irdina itu.
“Kita betulkan keadaan Dina.  Please, saya masih sayangkan awak.”  Rayu Rhaid.
“You are too late Rhaid.  Saya dah buat keputusan.  Apapun yang terjadi saya akan tetap pilih Radhi.  Kalau awak datang balik lebih awal dari ini, mungkin keputusan saya boleh berubah.”  Irdina bangun dari tempat duduknya.  Dan terus berlalu meninggalkan Rhaid di situ.  Dafina terkedu.  Rupa-rupanya Radhi ada tak jauh dari tempat Irdina dan Rhaid berbincang tadi.  Dafina yang pada asalnya ingin hentam Rhaid cukup-cukup membatalkan niatnya.  Memang dia diam sahaja semasa Rhaid dan Irdina berbincang tadi.  Dafina terus berlalu dari situ dan mengejar Irdina yang sudah semakin jauh melangkah.
“Apa semua ni Rhaid? Kenapa tak berterus-terang je dulu?”
“10 tahun abang hilang.  Mama dan papa terlalu rindukan abang.  Mereka happy sangat bila abang balik.  Sebelum jumpa Dina, abang nampak kurang ceria.  Tapi masa abang jumpa Dina kali pertama hari tu, abang nampak happy sangat.  Rhaid takut, kalau abang kecewa, abang akan tinggalkan kami lagi.  Dan tak tahu bila lagi abang akan balik.”
“Rhaid nak berkorban untuk kami.  Tapi, sekarang Rhaid sendiri dah menyesal kan?”  Balas Radhi.  Rhaid terdiam.
“Apa pun alasan Rhaid, tak sepatutnya buat Dina macam tu.  Rhaid dah mainkan perasaan dia.  Rhaid buat dia rasa tak dihargai dan tidak disayangi. Dan abang tahu, Dina sedia beri abang peluang kerana Rina.  Kalaulah Rhaid berterus terang sahaja dulu, semua ni takkan terjadi.  Tujuan abang balik Malaysia untuk Rina.  Jatuh cinta dengan Dina tu hanya kebetulan.  Samada dia terima abang atau tidak, abang akan tetap balik semula ke Australia.”
“Rhaid minta maaf abang.  Rhaid ingat Rhaid mampu lupakan dia.  Mampu lepaskan dia.  Tapi…”
“Rhaid masih sayangkan dia kan?” Pintas Radhi.  Rhaid angguk perlahan.
Seminggu berlalu.
Dah seminggu berlalu.  Tiada seiapa yang tahu ke mana Irdina pergi.  Mak dan abah dah risau.  Lebih-lebih lagi selepas mendengar penjelasan dari Radhi.  Mungkinkah anak mereka terlalu kecewa atas apa yang berlaku? Daripada melihat derita anaknya, mereka lebih sanggup tidak gembira. Mereka hanya mahu Irdina bahagia.  Kematian arwah Adam dahulu telah merampas separuh dari jiwanya.  Hati anaknya itu sentiasa merindui lelaki itu.
“Dina dah buat keputusan kan?”
“Tapi, Dina masih sayangkan Rhaid kan?”
“Then, what?  Abang nak kita putus tunang? Then, nak ‘pass’ Dina balik pada Rhaid?  Abang ingat Dina ni bola ke?”  Marah Irdina.
“Abang tak cakap pun macam tu.  Itu bukan maksud abang ajak Dina bincang ni.”  Balas Radhi. 
“Dina penat.  Dina nak rehat.”  Irdina tidak mahu berbincang lagi.
“Sabar dulu sayang.”
“Jangan panggil sayang kalau abang sebenarnya tak ikhlas pun sayangkan Dina.”  Tegas Irdina.  Pintu kereta telah dibuka.  Radhi menahan.
“Nur Alya Irdina, abang  tak pernah tipu bila abang cakap sayangkan Dina.  Abang sentiasa ikhlas.  Abang nak Dina bertenang.  Sekarang ni Dina tengah marah, tertekan, keliru.  Abang nak Dina ambil masa untuk tenangkan fikiran. Abang akan sentiasa ada untuk Dina.  Kalau Dina nak ubah fikiran, abang takkan marah.  Macam yang abang pernah cakap, abang tak pernah harap apa-apa dari Dina melainkan kegembiraan Dina.  Dina gembira itu dah cukup untuk abang.  Buat keputusan dengan tenang ya.  Abang balik dulu.  Drive carefully. Abang janji abang takkan ganggu Dina selagi Dina tak buat keputusan.”  Radhi membuka pintu kereta, memberi laluan Irdina masuk ke dalam perut keretanya.
Itu kali terakhir mereka bertemu.  Mereka sekeluarga dah berkumpul.  Abang sulung Irdina dah marah-marah.  Tak puas hati betul dengan dua beradik yang menjadi punca kehilangan Irdina.  Dato’ Khalil dan datin Radhiah tak bicara apa-apa. Puan Dahlia, emak Irdina yang banyak menyabarkan anak sulungnya.
“Fina. Takkan Dina takde beritahu Fina apa-apa?”  Soal Irshad, abang soal Irdina.
“Sebab dia tahu akan kena tanya macam nilah dia tak beritahu Fina dia ke mana.” Jawab Dafina.
“Dina ni pun satu.  Dia tak tahu ke yang orang semua risaukan dia.”  Bentak Irshad geram.
“Sabar Irshad.”  Tegur encik Darwish, abahnya.
“Maaf saya mencelah.”  Radhi bersuara.
“Saya rasa Irdina tak hilang.  Dia Cuma perlukan masa dan ruang untuk bertenang.”  Radhi menyuarakan pendapatnya.
“Kalau dia tak hilang, kenapa call tak jawab, whatssapp tak reply?”  Marah Irshad.
“Irshad.”  puan Dahlia menegur lagi anak sulungnya itu.
“Betullah apa yang Radhi cakap tu.”  Suara Irham, anak kedua encik Darwish dan puan Dahlia mencelah. Dia yang baru tiba tersengih di muka pintu.  Dan di belakangnya ada Irdina.
Rhaid yang teruja melihat insan kesayangannya itu segera ingin bangun, tetapi dato’ Khalil menghalang.  Dia tak mahu mereka terburu-buru.
“Dina minta maaf sebab buat semua orang risau.  Dina tak ke mana-mana pun.  Dina pergi Melaka  melawat adik Irhaz.  Lepas tu jalan-jalan kat Melaka tenangkan fikiran.  Bukan senang tau nak buat keputusan dalam keadaan yang tengah serabut, marah, stress.  Pasal tak jawab call tu, phone tertinggal kat hospital.”
“Yang Irhaz ni pun satu. DIa tak cakap pun dengan kita.”  Marah Irshad lagi.  Sebenarnya hatinya sangat lega bila dilihat adik perempuan yang satu-satunya ini berada dalam keadaan selamat.  Angah ni memang ada instinct kalau perihal Irdina. Dia boleh agak ke mana adiknya itu pergi.
“Kita tak tanya dia.  Dina ni pandai.  Dia beritahu orang yang kita takkan tanya. Kesian Fina, jadi mangsa keadaan.”  Ujar Irham.  Irdina memandang sahabat baiknya itu.  Sorry Fina.
Memang sudah tiba masanya dia buat keputusan. Sama ada memilih Radhi atau Rhaid.  Atau memilih untuk tidak memilih salah seorang dari mereka.  Sekilas memandang Rina yang terlena di pangkuan ayahnya.  Arwah Adam adalah lelaki pertama yang mengajarnya erti cinta.  Dia pergi dengan membawa kunci pintu hatinya.  Rhaid muncul dan telah membuka pintu hatinya untuk mencintai dan dicintai.  Lelaki yang membuat dirinya rasa dihargai dan disayangi.  Lelaki yang berjaya merobohkan tembok sedih di hatinya.  Radhi.  Irdina memberi peluang kepada lelaki ini kerana Rina.  Aah, terlalu banyak salah lelaki ini dalam hal ini.  Irdina memang tak boleh terima dia….
“Mak abah. Dina minta maaf.  Dina tahu, mak abah gembira sangat bila Dina beritahu Dina nak kahwin.  Dina tahu mak dan abah nak Dina happy.  Dina akan tunaikan harapan mak abah tu.”
“Dato’ datin.  Terima kasih sebab terima saya dalam keluarga dato’ dan datin.  Jangan pernah ada rasa terhutang budi pada saya.  Saya dermakan sebahagian dari hati saya pada Rina kerana saya dah jatuh sayang pada dia.  Saya pernah kehilangan orang yang saya sayang.  Saya faham perasaan dato’ dan datin bila tengok Rina sakit macam tu.  Dan dengan izin Allah kondisi saya mengizinkan pembedahan itu bejalan dengan baik.”
“Fina terima kasih banyak-banyak.  Aku sayang kau.  Dari dulu sampai sekarang, kau tak pernah jemu jaga aku.  Aku tahu, kau jaga amanah arwah abang Adam yang nak kau jaga aku.  Aku dah jumpa orang yang boleh jaga aku.  Kau dah boleh ‘lepaskan’ aku.  Tapi, aku takkan lepaskan kau.”  Irdina memeluk sahabat baiknya itu.  Menitis jugalah airmata.
“Rhaid.  Terima kasih sebab berjaya yakinkan saya yang masih ada lagi lelaki lain untuk saya.  Terima kasih sebab buka pintu hati saya untuk terima cinta lain.  Terima kasih juga sebab cinta awak yang buat saya boleh ‘move on’”
“Abang Radhi. I hate you.  Terlalu banyak salah abang pada Dina.  Dina minta maaf.  Dina tak boleh terima.”
Irdina menghirup air coklat panas yang dah suam.  Tersenyum.  Si kecil dalam perut bergerak-gerak.  Dah masuk 7 bulan dah.  Mana encik suami ni.  BIla dah masuk 7 bulan ni, dia dah tak bagi Irdina drive sendiri.  Dia yang akan datang jemput.  Tengahari ni katanya nak makan sama-sama.  Dah lewat setengah jam ni.  Tadi cakap lepas zohor terus gerak ke sini.
“Eh, mummy tak pergi lunch lagi?”
“Daddy tak sampai lagilah aunty Fina.  Mummy dah lapar ni.  Nasib baik ada bawa bekal hot chocolate.”
“Encik suami tak sampai lagi ke?” Tanya Fina terkejut.  Selalunya suami Irdina tak pernah lewat kalau bertemujanji.  Maklum sahajalah dapat isteri yang sangat jaga masa, memang pantang betul kalau orang lambat.  Tapi, bila suami sendiri lambat tak boleh nak cakap apalah.  Bebel lebih-lebih nanti, jadi isteri derhaka pulak.  Itu kata Irdina.  Dafina tertawa kecil.
“Kau nak makan apa-apa tak?  Aku pergi belikan.”
“Takpelah. Dia baru je whatsapp ni.  Dia dah nak sampai.”  Irdina menolak baik tawaran Dafina.  Tok! Tok!  Terdengar pintu diketuk.  Irdina menyuruh masuk.
“Doc, your husband is here.”
“Ok. Let him come in.”
“But, he asked you to come out.”
Hai, macam-macam lah dia ni.  Wife tengah sarat ni, datanglah sini pimpin tangan wanita yang awak gila-gilakan sangat ni.  Sampai berebut adik beradik.  Haha… Irdina tersenyum sendiri.
“Surprise!” 
Irdina terkejut.  Hmm, patutlah lambat. Bukan main lagi berpakat dengan warga hospital ya.
“Happy birthday sayang.”  Ucap si suami lantas mencium dahi isterinya.
“Happy birthday to you too.” Balas Irdina.
“Dina benci abang. Banyak sangat salah abang pada Dina.  Abang janji nak bahagiakan Dina.  Tapi, kenapa abang nak undur diri.  Abang janji nak Dina bahagia, tapi kenapa suruh Dina buat keputusan sedangkan Dina dah nekad untuk kahwin dengan abang.  Ya, memang abang bersalah. Abang buatkan Dina semakin lupakan arwah Adam. Abang dah buatkan Dina rindu bila tak bertemu.  Abang buat Dina asyik teringat-ingat kat abang.  Abang buat Dina yakin yang masih ada orang yang hargai Dina. Dan abang salah lagi sebab dah buat Dina jatuh cinta pada abang.  Dina tak boleh terima bila abang suruh Dina fikir balik keputusan Dina.”
Dafina tahu, Irdina cukup bahagia sekarang.  Dia sanggup ikut Irdina berpindah kerja ke Australia semata-mata ingin memastikan sahabat baiknya itu baik-baik sahaja.  Along, doakan Irdina. Dah lama sangat dia derita merindu.  Dia dah jumpa penawar hatinya. 
“Terima kasih sebab bukan sahaja sanggup berkongsi hati dengan Rina, juga sudi menyerahkan hatimu pada abang.”
“Hatiku milikmu.”  Balas Irdina.  Radhi tersenyum.

17 Julai 2019







Comments

Popular posts from this blog

ISTERI BOSS

Balqis masih mengadap komputer riba di atas meja belajarnya. Jarum jam sudah menunjukkan hampir ke pukul 1 pagi. Nadia yang baru pulang dari kerja ‘part-time’ di 7 eleven agak terkejut. Selalunya jam 11 malam Balqis dah tumbang. Kalau nak bangun study pun dia akan bangun seawal 4 pagi dan seterusnya akan berjaga sehingga masuk waktu subuh. Hmmm…sejak balik dari cuti semester baru-baru ni Balqis nampak berbeza. Suka termenung. “Aku nak tanya ni. Kau jangan marah tau.” Kata Nadia satu hari. “Macam serius je bunyinya.” “Memang serius pun.” Balas Nadia. “Pasal apa?” “Pasal kau.” Jawab Nadia. Balqis berkerut dahi. Kenapa pula dengan aku? Tanya Balqis dalam hati. Jangan-jangan….. “Kau nampak lain.” “Maksud kau? Aku dah gemuk ke? Atau aku dah kurus?” Tanya Balqis berseloroh. Walhalnya dalam hatinya berdebar juga menunggu soalan dari Nadia. Nadia ni bukan saja BFF aku, ada masa dia ni boleh jadi BFF mak aku jugak ni. Sama-sama suka korek rahsia pasal aku. “Muka kau ...

DENDAM SEORANG ISTERI

Apa yang kau dah buat? Kenapa Mia berdendam dengan kau sampai macam tu sekali? Apa yang kau dah buat? Cuba kau ceritakan hal sebenar. Kalau kau diam je macam ni, macam mana aku nak tolong kau. Hakimi meraup muka dengan kedua telapak tangannya. Ketika hati sedang berbunga cinta, kenapa ini yang terjadi? Apa yang lebih membimbangkan, Mia tu tak sihat. Selepas bertengkar semalam, Mia tiba-tiba pengsan. Bila dia sedar, dia marah-marah dan tak mahu ada doktor dalam rumahnya. Hakimi akurkan sahaja. Esok paginya, Mia hilang. “Aku rasa bersalah sangat. Selama ni aku sia-siakan peluang yang aku ada. Kesabaran dia, memang mencabar aku. Dia terlalu baik. Aku nak dia benci aku. Tapi, dalam masa yang sama, aku semakin menyayangi dia. Aku cuba untuk tak pedulikan dia. Tapi, bila dia balik lambat, aku jadi risau. Tak tentu arah. Memang aku tak cakap apa-apa. Bila nampak saja wajahnya menjengul di muka pintu, betapa leganya hati aku bila dia sampai ke rumah dengan selamatnya.” “...

Bagaimana Untukku Jatuh Cinta

 Calon terakhir untuk hari ini.  Mohd Rafiq Harraz. 30 tahun. Masih bujang. Aneesa memandang wajah pada foto bersaiz kecil itu.  Eh, ini senior aku ni!  Abang handsome yang menjadi rebutan masa sekolah dulu.  Aku ada dengar cerita yang mengatakan dia dah jadi jutawan, dah tu apasal minta kerja jadi pengawal peribadi pulak ni? "Alah,rumors je tu. Saya orang biasa jek. Sedang cari kerja. Baru resign sebab company tutup." "Macam ni sahajalah, sebab saya kenal abang, saya akan hired abang. Tapi kerja abang bukan setakat bodyguard jek tau, abang juga adalah driver dan assisstant saya. You have to be with me 24 hours. You kena tinggal dengan I, I mean at my family's house. Saya akan beri cuti sebulan after six months, is it okey with you?" "Okey, saya okey je." "Sorrylah, it's my father's rules. Selagi saya tak kahwin dia nak saya sentiasa dikawal. Nak gerak bebaspun terbatas." "So, sebelum ni ada bodyguard jugalahye?" "Yes, ...