Skip to main content

STOP BEING SLOW

 

ADAM meneliti akaun yang dibuat oleh pembantu akauntan syarikatnya itu.  Mursyid menunggu respond dari boss aka kawannya itu.  Adam masih tidak berkata apa-apa biarpun dah hampir 30 minit dia membaca.

“Kau ni baca akaun ke, baca isi hati orang yang buat akaun ni.”  Mursyid bersuara.  Adam yang hakikatnya berada di awang awangan kembali ke alam nyata.  Mursyid ketawa.


“Kalau suka cakap jelah.  Nanti lama-lama diambil orang.”  Usik Mursyid.

“Bagus kerja dia ni.  Bersih dan kemas.  Dah boleh ambil alih kerja kau lah lepas ni.”

“Amboi!  Terus nak caras kerja aku.”

“Kau pun dah malas sekarang ni aku tengok.  Semua urusan kau suruh dia.”  Balas Adam.  Mursyid ketawa.

“Kerja dia bagus. Walaupun baru jek kerja kat sini.  Baru tak barulah, dah makan dua tahun jugak.”

“Aku dengar dia pun ada workshop sendiri kan?”

“Amboi nak korek rahsia nampak.”  Mursyid mengusik lagi.

“Takdelah. Dua hari lepas kereta aku tu tiba-tiba meragam.  Dia yang tolong aku.  Then, secretary aku ada cakap yang dia ada bengkel kereta.  Betul ke?”

“Masa interview hari tu dia ada cerita yang dia memang ada bengkel sendiri.  Tapi, partner dia yang uruskan.  Dia part time kat situ masa dia belajar.  Habis belajar, owner balik negeri.  So, dia dengan partner dia ambil alih bengkel  tu.”  Cerita Mursyid.

“Banyak sangat kau tahu ni.  Boleh percaya ke?”

“Lepas ni kalau nak ke mana-mana kau bawalah dia. Kalau kereta kau tu meragam, senang sikit.”  Mursyid mengusik lagi.

FARAH ELINA.  Seorang gadis lasak.  Ayu, tapi berpewatakan seperti lelaki.  Bukan tomboy, tapi memang agak kasar.  Rakan-rakan perempuan suka kalau keluar dengannya.  Rasa selamat sikit. Walaubagaimanapun perwatakannya, itulah yang Adam suka.

Farah Elina menghidupkan enjin keretanya.  Baru beberapa bulan ni sajalah baru dia memandu kereta. Sebelum ini dia lebih selesa menunggang motorsikal kuasa besarnya.  Setelah ditegur beberapa kali oleh abang angkatnya yang juga partner businessnya, dan dinasihati oleh sahabat baiknya, barulah dia nak memandu kereta.

“Lecehkan kalau jammed”

“Kau bukan minah bangun lambat.  Kau keluarlah awal.”  Bebel Hazim, abang angkatnya itu.

“Yelah.  Kau pulak sekarang dah jadi minah office. Kalau malas sangat nak drive, aku boleh jemput kau setiap hari.  Office kita bukan jauh sangatpun.  Lagipun aku kan boss, boleh masuk lambat.”  Bebel Norlyn pula.

NORLYN kawan baiknya sejak zaman sekolah lagi.  Dia seorang peguam.  Kenal rapat dengan Hyrul.  Peguam yang selalu mengganggu hidupnya.  Sejak ibu meninggal, Farah Elina banyak berdikari sendiri biarpun Dato’ Hafiz tak pernah lupa tanggungjawabnya sebagai papa.  Dan bila arwah pula meninggal lagi lah bertambah ‘gangguan’ dari keluarga papanya itu.

“Apa yang abang tiri kau nak tu tak susah pun.  Kau tu je yang menyusahkan diri.”

“Aku selesa dengan hidup aku sekarang.  Aku dah kerja, dan aku dah ada business.  Aku tak ganggu hidup dia.”

“Kau masih berdendam?  Kau masih marah apa yang dia buat pada arwah ibu dulu?”  Tebak Norlyn.

“Sakit Lyn.  Sakit.  Arwah ibu aku kahwin dengan papa sebab kesiankan aku.  Tapi, dia tuduh arwah ibu aku rebut harta papa.  Doktor sendiri cakap, sebelum tu arwah ibu sangat kuat melawan sakitnya.  Lepas dia kahwin, dia tertekan.  Tertekan dengan perangai abang tiri aku tu.”  Luah Farah Elina kecewa.

“Aku tahu kau sedih.  Tapi dia kan dah minta maaf.  Dan dia dah menyesal atas perbuatannya dulu.  Kawan dia sendiri yang rawat ibu kau masa tu.  Barulah dia percaya pasal penyakit ibu kau tu.”

“Entahlah Lyn.  Hati aku masih sakit.”

“Dah berapa tahun.  Aku tak fikir ibu nak anak-anak dia berpecah belah macam ni.”

Adam terduduk mendengar perkhabaran itu.  Langsung dia tak sangka kawan baiknya sendiri akan menganiaya syarikat yang sudah hampir 10 tahun dibina ini.  Adam betul-betul tak sangka.  Farah Elina dipanggil masuk ke biliknya.  Bersama orang-orang penting yang lain.  Mursyid hilang bersama hampir 80 % wang syarikat.  Beberapa projek bakal tertangguh.  Apa yang perlu dilakukan?  Semua yang menghadiri mesyuarat tergempar itu diwajibkan memberi cadangan.

“Itu je cara yang terbaik buat masa ni,  Kita cuba cari investor untuk beberapa projek yang dalam progress sekarang ni.  Dari keuntungan yang kita dapat nanti baru kita mampu untuk projek yang lain.”  Kata putus dibuat.

Tengahari esok Adam akan berjumpa dengan encik Razak dari Raz Holdings.  Farah Elina diminta memproses semula akaun untuk beberapa projek.

Adam datang tepat pada masa yang ditetapkan. Dalam keadaan kelam kabut tengahari itu, dia sendiri terlupa membawa fail akaun projek yang ingin dikemukakan kepada encik Razak.  Aduh!  Kalau encik Razak sampai dahulu sebelum Farah Elina, matilah aku.  Fikirannya memang agak terganggu sejak kebelakangan ini.  Rasa tidak percaya dianiaya kawan sendiri itu masih menguasai dirinya.  Nak salahkan siapa kalau Encik Razak sampai dahulu.

“Maaf saya  terlewat sedikit.  Masih banyak urusan sebenarnya.  Inipun saya tak banyak masa.  Saya harap tak lama lah perbincangan kita ni.  Boleh saya tengok fail akaun yang saya minta?”  Razak tak bertangguh.  Terus ditanyakan perkara yang ingin dikemukakan.

“Err, sebenarnya…”

“Boss, ini failnya.”  Farah Elina muncul tepat pada waktunya.  Razak terpaku seketika melihat gadis itu.  Farah Elina langsung tidak memandang ke arahnya.  Farah Elina segera meminta diri.

“Encik Razak….encik Razak.”  Panggil Adam.

“Err…oh..sorry.  Siapa tadi tu?”

“Akauntan saya, Farah Elina.”  Beritahu Adam.  Razak tersenyum.

“So, mesti dia yang buat paper work ni?”  Teka Razak.  Adam angguk mengiyakan.

“Saya setuju invest dalam projek encik Adam.  Tapi, saya ada syarat.”

“Apa syaratnya??”

 

TAKKAN mungkinlah Adam setuju dengan syarat itu.  Namun, Razak mendesak agar Adam tanyakan juga.  Bagaikan ada satu muslihat yang tidak dapat dipastikan apakah dia.  Dan tak mungkin Farah Elina setuju.  Atau mungkinkah dia setuju.  Razak bukan orang sebarangan.  Dia menguruskan banyak syarikat.  Takkan Farah Elina nak menolak bila rezeki datang bergolek ke arahnya.

“Kenapa kau tak tanya saja pada Elina tu?”  Tanya abang Adam, Azam.  Selepas Mursyid pada Azam lah tempat Adam luahkan perasaan.  Azam tidak terus menjawab.

“Sebab kau takut Elina setuju?  Dan kalau dia setuju kau akan kehilangan dia?  Kau yakin ke dia akan kekal dengan syarikat kau kalau Razak sendiri beritahu dia hal ini?”

“Elina tu pekerja aku.  Aku taknak ambil kesempatan.  Mungkin ini peluang untuk syarikat aku....”

“Dan ini juga mungkin peluang yang lebih baik untuk Elina.” Sampuk Azam.  Sekali lagi Adam terdiam.

Banyak projek tertangguh kerana kekangan kewangan buat masa ini.  Adam semakin buntu.  Memang buat masa ini tawaran Razak adalah yang terbaik.  Orang-orang selalu cakap bukan senang Razak nak invest dalam mana-mana projek.  Permintaannya terlalu tinggi.  Tapi kali ini lain.  Dia cuma nak Farah Elina.

“Kita masih belum dapat teruskan projek-projek tu.  Kita masih mencari investor.”  Beritahu Adam.

“Perbincangan dengan encik Razak dua minggu lepas macam mana?”  Tanya Farah Elina.  Adam terdiam.  Dan macam mana pulak dia tahu aku jumpa Razak.  Oh, ya dia yang hantar fail hari tu. Kat situlah Razak jumpa Farah Elina.

“Encik Adam.”  Panggilan Farah Elina itu mematikan lamunannya.

“Dia ada syarat.  Tapi, saya tak setuju.”  Jawab Adam dengan nada yang agak lambat.

“Ada kaitan dengan saya ke?” Tanya Farah Elina yang seolah dapat menangkap sesuatu.  Adam terdiam.  Tidak terus menjawab soalan itu.

“Betul ke?”  Tanya Farah Elina lagi.

“Memang betul.”  Tiba-tiba Azam menyampuk.

“Azam.”  Adam menghalang Azam memberitahu Farah Elina hal sebenar. Farah Elina memandang Adam.

“Tak. Takde apa.”  Adam cuba menafikannya.

“Terus terang sahaja dengan saya.  Encik Razak cakap apa.”  Pinta Farah Elina.

“Dia setuju jadi investor kalau awak setuju kahwin dengan dia.”  Azam yang menjawab.

“What?”  Farah Elina terkejut.  Ada sedikit riak tidak puas hati.

“Kenapa encik Adam tak beritahu saya awal-awal  tentang hal ni?”  Farah Elina agak marah.  Namun dengan nada yang masih menunjukkan dia hormatkan Adam sebagai bossnya.

“Saya taknak kaitkan hal peribadi dengan hal kerja.”

“Kalau dia nak awak dia patut jumpa awak sendirilah.”  Sampuk Azam.  Adam tak tahu nak cakap apa apabila dilihat reaksi kurang senang di wajah Farah Elina.

“Takpe.  Kalau macam tu biar saya sendiri jumpa dia.”  Farah Elina terus bangkit dari tempat duduknya.  Adam cuba menghalang, namun Azam menegah.

“Kenapa kau beritahu dia?”  Adam naik berang.

“Kalau hal berkaitan Farah Elina kau boleh tegas macam ni.  Kenapa tidak dengan hal lain?  Tengok sajalah sekarang ni.  Kalau kau betul-betul sukakan dia, kau dah halang dia.  Kau dah tolak aku ketepi.  Tapi kau tu penakut bila datang soal hati dan perasaan.  Kalau Farah Elina tu ada perasaan kat kau, mesti sekarang ni dia cukup kecewa dengan kau.”

“Aku nak halang dia tadi.  Kau yang halang aku.”  Marah Adam.

“Kau cuma nak halang dia jumpa Razak.  Tapi kau tetap akan pendam perasaan kau kan?”

“Kalau aku takde perasaan sekali pun, aku takkan gunakan pekerja aku demi kepentingan syarikat.  Hal perkahwinan adalah hal masa depan.  Aku tak berhak tentukan hidup orang lain.”

“Tapi kalau dia sukakan Razak tu, dia ada hak untuk tahu kehendak Razak tu.” Balas Azam.  Adam terdiam.  Kenapa Farah Elina tergesa-gesa pergi bila Azam memberitahu hal yang sebenar.  Mungkinkah benar apa yang Azam tafsirkan.  Mereka kenal ke?  Razak memang terpaku melihat Farah waktu mereka bertemu tempoh hari.  Razak yang seolah tidak bersungguh pada asalnya menjadi bersemangat selepas bertemu mata dengan Farah Elina.

Farah Elina memasuki pejabat Radhiah Holdings.  Dia ke Raz Holdings tadi, tetapi pekerjanya mengatakan di sini. Langkahnya terhenti seketika di hadapan pintu lif.  Perlukah aku jumpa Razak?  Tiba-tiba hati berbelah bagi.  Alah, pergi jelah.  Berani dia buat syarat macam tu.  Nak cari gaduh ke?

“Maaf encik Razak.  Saya dah cuba halang.” 

“Eh, takper. Kalau cik ni yang datang memang takde siapa boleh halang.  Awak boleh keluar.”  Balas Razak.  Setiausahanya berlalu keluar.

“Selamat datang cik Farah Elina.  Sila duduk.”  Pelawa Razak lembut.

“Tak payah nak buat baik lah.  Kau tahukan kenapa aku datang sini.”  Marah Farah Elina.

“Okey, abang tahu Farah marah.  Apa kata Farah duduk dulu.  Kita bincang dulu elok-elok.”  Razak masih berlembut.

“Kenapa buat syarat macam tu?”  Farah Elina masih marah.

“Kalau tak buat macam tu, Farah takkan datang sini kan?”

“Dah tahu Farah memang taknak datang sini.”  Balas Farah Elina geram.

“Kita bincang soal business dulu.  Bukan abang tak mahu terus setuju dengan proposal encik Adam tu.  Abang perlu dapat persetujuan pemilik syarikat yang sebenar.  Farah tahu kan yang abang ni cuma pemegang amanah.  Abang tahu Farah masih marah lagi dengan apa yang abang buat dulu.  Abang tahu memang susah sangat Farah nak maafkan abang. Abang dah cukup menyesal dengan perbuatan abang dulu.  Hidup abang takkan tenang selagi Farah tak maafkan abang.  Please Farah.  Farah dengar dulu apa yang abang nak cakap.  Ini bukan sahaja membantu syarikat encik Adam, tapi ini juga soal masa depan kita.”

“Apa kena mengena dengan kita?”  Farah Elina masih marah.

“Abang tahu Farah masih marahkan abang.  Sebab tu abang lantik Norlyn sebagai peguam bagi proses ni.  Farah dengar apa yang dia terangkan.”

Amboi mamat ni.  Boleh pulak guna kawan baiknya sendiri dalam hal ni.  Memang Norlyn dah banyak kali berpesan dan menasihati Farah Elina tentang hal ni.  Farah Elina tidak kata apa lagi.  Dia terus meninggalkan pejabat Razak.  Dia terus ke pejabat Norlyn.  Lebih baik dengar dari Norlyn daripada memandang Razak.

Adam masih lagi tidak senang hati.  Sampai ke lewat petang Farah Elina masih tidak pulang ke pejabat.  Mungkinkah dia marah?  Sampai terlupa yang aku ni boss dia.  Adam mengeluh perlahan.  Dah banyak kali jarinya menekan nombor Farah Elina yang telah disetkan sebagai no favoruit.  Nombor tidak dapat dihubungi.  Tak senang duduk dibuatnya.  Sehinggalah malam itu dia mendapat mesej melalui aplikasi whatsapp di telefonnya.  Farah Elina meminta maaf kerana tidak pulang semula ke pejabat.

“Jangan risau, saya dah selesaikan semuanya.  Esok encik Razak akan datang ke pejabat untuk berbincang.”  Adam berkerut dahi.  Biar betul Farah Elina ni.  Apa yang dibincangkan sehingga Razak bersetuju bekerjasama.

Biarpun keadaan seakan sudah sedikit pulih, dan Adam sudah mampu bernafas lega, namun hatinya masih tidak tenang.  Sampai bila dia harus memendam perasaan cinta yang kian mekar di hatinya.  Mungkinkah Farah Elina akan menerimanya. Sukar ditafsir perasaan gadis ini kerana dia kelihatan terlalu serius dalam urusan kerjanya.  Lebih-lebih lagi selepas Mursyid takde.  Dia takde masa untuk diri sendiri ke?  Bila cuti dia akan habiskan masa di bengkelnya.

“Jangan tunggu lama-lama.  Nanti dikebas orang baru kau tahu.  Aku dengar Razak tu nak kahwin.  Entah-entah dia nak kahwin dengan Farah kot.”

“Razak nak kahwin?”  Adam tersintak.  Azam tersenyum sinis.  Entah bila lah agaknya adiknya ini nak bangun dari tidur.  Kalau suka cakap sajalah suka.  Sekurang-kurangnya kau dah berterus terang.  Kalau dia tolak, itu kira nasiblah.  Daripada terus pendam perasaan, jiwa sendiri yang rasa sakit.


Selesai urusan kerja Norlyn mengajak Farah Elina minum petang bersama.  Memandangkan masing-masing agak sibuk kebelakangan ini, agak lama mereka tidak dapat meluangkan masa bersama.


“Kau masih marah lagi dengan Razak ke?”  Norlyn membuka topik yang Farah Elina tak suka nak bincangkan.  Farah Elina tidak menjawab.

“Elina, janganlah marah lama-lama.  Perkara kan dah lama berlaku.  Dia pun dah minta maaf.  Dia dah cukup menyesal dengan perbuatan dia dulu.”

“Aku malaslah cakap pasal dia.”  Balas Farah Elina.

“Kau tahu tak.  Adik dia cakap yang dia nekad takkan kahwin kalau kau tak maafkan dia dan terima dia.”

“Nak kahwin, kahwin jelah.  Apa ada kena mengena dengan aku.?”  Marah Farah Elina.

“Farah Elina..boleh tak kau simpan sikit ego kau tu?”  Norlyn pula yang naik marah.

“Eh, aku tahulah apa yang ada dalam hati kau sekarang ni.  Kau tu sebenar sayangkan dia walaupun mulut kau kata benci.  Lepas arwah papa kau meninggal siapa yang jaga kau?  Walaupun dia jaga kau dari jauh.  Aku cakap ni sebagai kawan baik kau tau.  Aku sayangkan kau.  Aku taknak kau terus hanyut dengan keegoan kau tu sendiri.  Kalau kau taknak fikir perasaan Razak tu, kau fikir pula perasaan orang lain.  Orang yang dekat dengan Razak tu.  Orang-orang lain yang sayangkan kau.”

Kereta yang dipandunya itu kini berhenti betul-betul di hadapan pintu pagar rumah banglo 2 tingkat itu. Farah Elina tak pasti samada perlu atau tidak dia masuk ke dalam rumah itu.  Pintu pagar automatic itu tiba-tiba terbuka dengan sendirinya.  Ke mana lagi Farah Elina nak lari kalau mama Razak sendiri yang datang menghampiri.  Tak mungkinlah dia memandu pergi.  Farah Elina keluar dari perut kereta.  Dia menghulurkan tangan untuk bersalam.  Namun wanita sebaya ibunya itu terus memeluknya.  Entah mengapa airmatanya mengalir. Ya Allah rindunya aku dengan pelukan seorang ibu.  Maka gugurlah keegoanya di ketika itu.

“Along! Guess what?” Adik bongsunya tiba-tiba meluru masuk bilik kerjanya.

“What?” Balas Razak tanpa menoleh ke arah adiknya.

“Kak Farah is here.”

“Serius ke?”  Razak segera berpaling.

“Sebut saja nama kak Farah laju dia menoleh.” Usik Radzi.  Seketika kemudian terdengar namanya diseru.

Razak dan Farah Elina berbincang di halaman rumah.  Mama dan adik-adiknya memberi ruang untuk mereka berbincang.  Farah Elina memandang sekilas Razak yang asyik tersenyum sedari tadi.

“Gatallah tu.  Tak sabar nak kahwin ke?”

“Mestilah. Ingatkan tak dapat kahwin.”

“Yang abang niat sampai macam tu kenapa?  Tak kesian diri sendiri ke?”

“Mungkin itu kifarah untuk abang.  Abang dah lukakan hati Farah kan.”  Balas Razak.

“Abang tak fikir ke perasaan tunang abang?” Tanya Farah Elina lagi.  Razak terdiam.

“Kalau boleh cepatkan jelah. Takyah tangguh-tangguh lagi.  Sebelum saya ubah fikiran.”

“Eh, janganlah.  Okey, nanti abang bincang dengan mama.” Pintas Razak pantas.  Farah Elina ketawa.  Razak tersenyum. Alhamdulillah.

“Terima kasih kerana dapat maafkan abang dan terima abang.”  Ucap Razak ikhlas.  Farah Elina tersenyum ikhlas.  Terima kasih untuk pelukan mama tadi.  Dapat menghilang rasa rindu.

Melihat mereka tersenyum Farah Elina tahu mereka cukup bahagia.  Bahagia bukan sahaja kerana Farah Elina menerima keluarga ini, mereka juga gembira kerana Razak bakal mengakhiri zaman bujangnya.  Umur pun bukan muda lagi.   Salah akulah ni kot.

Kebahagiaan bukan sesuatu yang boleh dijual beli.  Ianya lahir dari keiklasan hati.  Mungkin dah tiba masa aku keluar sini.  Lama sangat membawa diri.  Mungkin dah tiba masa kembali kepada yang sepatutnya.

“Awak nak berhenti?”

“Lepas semua projek ni selesai.  6 bulan lagi.”  Jawab Farah Elina.

Farah Elina nak berhenti?  Kenapa Adam jadi tak tentu arah ni?  Aku akan kehilangan dia sebelum sempat aku memilikinya.  Salahkah aku memendam terlalu lama?   Kalau aku cakap dengan dia pun, belum tentu dia akan terima aku.  Biarlah aku pendam sahaja perasaan aku? Sanggupkah aku terus menunggu dan membisu? Tunggu lama-lama pun tak guna.  Lebih baik teruskan hidup mencari kehidupan yang lebih baik. 

Kad undangan terletak di atas meja.  Dari Razak yang singgah ke pejabat sebentar tadi.  Adam sedikit cemburu melihat kemesraan Farah Elina dan Razak sebentar tadi.  Sebelum berangkat balik tadi sempat dia mengusik Farah Elina yang sibuk dengan tugasannya.  Bukankah mereka tak semesra ini sebelum ni. Jangan-jangan ………

Adam memandang kad undangan di atas meja.  Tidak sanggup rasanya melihat nama Farah Elina tertera di atas kad itu.  Adam mencapai sampul surat itu.  Jiwanya tiba-tiba rasakan mati. Gerak-geri terhenti.  Degupan jantung bagaikan tersekat.

Adam tak tentu hala jadinya.  Dah beberapa jam dia duduk diam dalam keretanya yang diparking tidak jauh dari rumah Farah Elina.  Dan hakikatnya ini bukan kali pertama.  Sejak dua minggu yang lalu, setiap malam dia akan ada di situ. Apa kau buat ni Adam?  Tinggal sehari sahaja lagi.  Kau tunggu apa?  Kalau kau memang tak berani, biarkanlah dia dengan kehidupan dia.  Dia pun akan tinggalkan syarikat tak lama lagi.

Tok! Tok! Cermin tingkap kereta diketuk.  Adam tersintak. Farah Elina?  Alamak!  Macam mana dia boleh perasan aku ni.

“Encik Adam buat apa kat sini?”

“Elina. Saya…”  Adam nekad.  Dia terus keluar dari keretanya.  Farah Elina tak faham.  Sewaktu nak keluar rumah tadi dia ternampak kereta Adam.  Dia sangkakan Adam tertidur atau tak sedarkan diri.

“Saya cintakan awak Elina.  Saya sayangkan awak.”

“Hah!”  Farah Elina terkejut mendengar pengakuan itu.

“Sebenarnya sejak dari awal kerja dengan syarikat saya lagi.  Tapi, saya ni tak pandai nak luahkan perasaan saya.  Bila saya dapat tahu awak nak tinggalkan syarikat, tinggalkan saya jiwa saya rasa mati.”  Luah Adam.  Farah Elina terdiam.

“Elina, saya tahu awak setuju kahwin dengan Razak kerana syarikat kita tu kan?”   Tafsir Adam.

“Saya tak beritahu awak pasal permintaan Razak tu dulu sebab saya takut kalau-kalau awak terima dia.  Saya takut kehilangan awak.” Sambung Adam.

“Saya ingat saya boleh terima bila awak kahwin dengan Razak.  Ternyata saya silap.”  Adam meluah kesal.

“Kalau betullah encik Adam sukakan saya.  Sayangkan saya.  Kenapa baru sekarang beritahu saya? Dan kalau encik Adam taknak saya kahwin dengan Razak, kenapa sekarang?”  Farah Elina akhirnya bersuara.

“Majlis tinggal beberapa jam je lagi.  Encik Adam tak pernah terfikir ke pengakuan encik Adam ni boleh menyebabkan seseorang tu berubah fikiran.  Kalau betullah encik Adam sayangkan saya, cintakan saya…encik Adam patut beritahu saya awal-awal lagi.”  Luah Farah Elina.  Adam hanya membisu.

“Kita jumpa kat office nanti.  Jangan lupa datang majlis esok.”  Pesan Farah Elina sebelum berlalu meninggalkan lelaki itu sendirian.

Dengan langkah longlai letih dan lesu, Adam balik ke rumah.  Sempat dia menghantar mesej pada abangnya untuk datang ke rumah.  Azam sudah menanti di rumah.  Dia dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena ni.

“Aku dah buat sesuatu yang bodoh Zam.”

“Kau buat apa ni?  Kau dah bunuh orang ke?”  Azam cemas.  Adam menggeleng.  Azam ni kadang-kadang fikirannya dia jauh sangat perginya.

“Aku jumpa Elina.”

“Lepas tu?” Azam tak sabar nak tahu.

“Aku mengaku aku cintakan dia.”

“Itu memang bodoh.  Kau tahu kan dia nak kahwin esok.” Marah Azam.

“Aku tak tahulah Zam. Bila aku nampak je dia tadi, aku tak fikir panjang.  Aku terus luahkan perasaan aku.” 

“Apa reaksi dia?”

“Terkejutlah.  Apa lagi?”  Balas Adam.

“Dia cakap apa?”  Tanya Azam lagi.

“Jangan lupa datang majlis esok.”

Dua hari kemudian.

Adam masuk ke pejabat seperti biasa.  Lain rasanya melangkah ke pejabat hari ini.  Seawal jam 8:00 pagi lagi Adam dah sampai biarpun waktu kerja bermula 08:30 pagi. Tak ramai yang dah tiba pagi ini.  Adam memandang ruang kerja yang selalu digunakan oleh Farah Elina untuk berbincang dengan orang-orang bawahannya.  Melalui bilik Farah Elina.  Terbayang Farah Elina melalui cermin kaca.  Terlihat wajahnya yang serius.

“Cari saya ke?”

“Eh, Elina?”  Adam terkejut.  Dua tiga kali dia menggosok matanya.  Ini mimpi ke apa ni?  Aku betul-betul dah gila bayang ke?

“Tak payahlah nak gosok mata tu.  Ini bukan mimpi.” 

“Awak buat apa kat sini?”  Adam hairan.

“Kerjalah.  Hari minggu kan dah habis.  Hari ini hari Isnin.”  Balas Farah Elina.

“Awak tak cuti ke? Honeymoon ke?”

“Kenapa encik Adam tak datang majlis hari tu?”  Soal Farah Elina semula.  Adam terdiam.

“Maknanya encik Adam tak bersungguhlah cintakan saya?  Itu hanya alasan kan?  Sebab encik Adam ingat saya setuju kahwin dengan Razak sebab nak selamatkan projek-projek syarikat yang tergendala tu kan?”  Tebak Farah Elina.  Adam tiada jawapan.

“Saya tak kahwin pun dengan Razak.”

“Apa?  Jadi majlis tu….”

“Majlis berjalan seperti yang dirancang.  Dan saya memang bukan pengantinnya.”

“Maksud awak?”  Adam tak faham.

“Masa Razak datang hantar kad undangan tu, encik Adam buka tak sampul tu?”  Tanya Farah Elina.  Adam menggeleng.

“Razak tu abang saya.  Tak mungkinlah saya akan kahwin dengan dia.”

“Abang??”   Adam tak faham.

“Arwah ibu kahwin dengan arwah papa dia.  Hubungan kami memang tak baik.  Sebab saya terlalu marahkan dia.  Bila dia dapat tahu saya kerja dengan syarikat yang perlukan bantuan dia, dia sengaja buat syarat macam tu.  Sebab dia nak saya datang jumpa dia.”  Jelas Farah Elina.

“So, lepas ni encik Adam tak perlu nak rasa bersalah.  Dan tak perlu berpura-pura kononnya cintakan saya.  Syarikat pun dah semakin stabil sekarang.  Lepas projek-projek gabungan dengan Razak selesai, saya akan berhenti.  Maknanya lebih kurang 6 bulan dari sekarang.”  Tambah Farah Elina.

Adam.  Terus termati kata-kata.  Tak ada bicara yang terkeluar dari mulutnya.  Farah Elina melaksanakan tugasan seperti biasa.  Seperti tiada apa masalah yang menimpa.

“Encik Adam ada apa-apa nak cakap ke?”  Tanya Farah Elina.  Adam menggeleng.

“So, saya masuk bilik saya dulu.  Ada banyak kerja nak buat.”  Farah Elina terus berlalu masuk ke dalam biliknya.  Dari cermin kaca transperasi itu Adam dapat lihat dengan jelas Farah Elina mengambil tempat duduknya.  Komputer riba yang baru dikeluarkan dari beg sandangnya, mula dihidupkan.  Matanya langsung tidak memandang ke arah Adam yang sedang memerhatikannya.  Adam akhirnya melangkah pergi ke biliknya yang terletak selang dua pintu.  Bilik Mursyid masih kosong.  Terbayang wajah si Mursyid yang sedang mentertawakannya.

“Kau ni harap ‘dean list ‘ jek tiap semester.  Top student.  Assigment semua tip top.  Tapi bab mengayat awek memang penakut.”  Itu yang selalu Muryid katakan padanya.

Sebaik Adam berlalu pergi, Farah Elina berhenti berpura-pura sibuk.  Kalau betul dia bersungguh-sungguh hari tu, mesti perasaan aku dah jadi lain. Aaah, malas nak fikirlah.

Farah Elina meneruskan kerjanya.  Ada enam akaun projek yang sedang berjalan setakat ini.  Oleh kerana dia dah kerjakan akaun ini separuh jalan, biarlah dia yang habiskan.  Lagipun projek pun dah hampir nak selesai.  Dah penat jadi akauntan, berangan nak jadi CEO pulak.  Farah Elina tersenyum sendiri.

“Razak tu abang saya.”  Terngiang-ngiang kata-kata itu di telinganya.  Adam terpandang sampul surat di atas meja.  Kad undangan ke majlis perkahwinan dari Razak yang tak pernah dibuka. Dia mengeluarkan kad dari sampul surat itu.  Adam mengeluh resah.

“Jangan risau.  Tak perlu rasa bersalah.”  Teringat lagi kata-kata Farah Elina.

“Azam;”  Adam terus teringat abangnya.  Kenapa Azam tak beritahu aku hah?  Kan dia datang majlis Razak tu.  Maknanya dia tahu bukan Farah Elina yang kahwin dengan Razak.

Azam ketawa berdekah-dekah apabila perkara itu benda pertama yang ditanya sebaik sahaja mereka bertemu muka.  Adam jadi geram.

“Aku dah lama tahulah yang Razak tu abang Elina. Aku ingat kau bersungguh. Tapi kau tak datang pun majlis Razak tu. Dan secara tidak langsung kau dah tunjukkan pada Elina tu yang kau tak bersungguh-sungguh masa kau lafazkan kata-kata cinta kau tu.”

“Aku tak nak jadi penghalang.”

“Elina suruh kau datang kan?”  Balas Azam.  Adam terdiam lagi.  Azam menggeleng kepala.

“Dahlah, malas nak layan kau punya ‘slow’ ni. Aku dah jumpa orang yang boleh ganti tempat Mursyid.  Dia pun dah langgar syarat perjanjian, secara automatik hak dia terhadap saham-saham dalam syarikat tu tidak sah.  Aku dah dapatkan partner untuk kau.  Cuma kau dah kena carilah pengganti Elina.  Dia pun dah tak lama kat bilik akauntan tu.”  Azam beralih ke soal kerja.  Cakap lebih-lebih pasal perempuan dengan Adam ni  memang buang masa.

Angin yang menderu meniup wajah nan sayu.  Daun-daun kering melayang-layang lalu jatuh menyentuh rumput.  Pohon yang dahulunya penuh merimbun daunnya semakin berkurangan.  Dan ia sebenarnya memberitahu masa kian berlalu tanpa menunggu.  Entah apa yang mengganggu fikiran lantas langkah kakinya membawa dia ke taman permainan itu.  Tidak ramai orang membuang masa disitu pada petang ini.  Mereka lebih memilih taman permainan yang baru 2 meter dari situ.  Di taman itu turut disediakan beberapa peralatan bersenam.,

Di sinilah suatu ketika dulu dia menghabiskan masa bersama Mursyid.  Sampai hati kau Mursyid.  Kita bukan berkawan sehari dua.  Kenapa kau sanggup khianati aku.  Kau tahu yang aku lebih sayangkan kau dari wang ringgit.  Kalau kau perlukan duit, aku boleh usahakan untuk kau.

“Sampai hati kau buat aku macam ni.”  Suaranya terkeluar dari kerongkong.  Sayu.

“Sampai hati?  Encik Adam juga sampai hati.” Ada satu suara di telinganya.

“Encik Adam tak halang pun saya pergi.  Encik Adam cakap sayangkan saya.”  Suara itu berbunyi lagi.

“Kalau itu yang membahagiakan awak, apa yang saya boleh buat.”  Adam bersuara lagi.  Seolah menjawab suara tadi.

“Kalau betul sayangkan saya, berusahalah lebih sikit.”  Balas suara itu.

“Tapi……” Bicara Adam terhenti. Farah Elina betul-betul ada di sebelahnya. Dia sangkakan suara tadi hanyalah khayalannya sahaja.  Lidah Adam memang kelu.  Tiada lagi bicara yang keluar dari mulutnya.

“Betullah apa yang encik Mursyid pernah cakap dengan saya dulu.”

“Dia cakap apa?”

“Cakap yang encik Adam ni kalau pasal hal perempuan memang ‘slow’.”

#throwback

“Saya tahu awak tahu, tapi awak sengajakan buat-buat tak tahu.”

“Apa encik Mursyid ni?  Saya tak faham.”

“Elina, saya tahu awak tahu yang Adam tu memang sukakan awak.”  Balas Mursyid.

“Pandai jek encik Mursyid ni.”

“Saya kenal dia dah lama Elina.  Saya tahu dia sukakan awak. Tapi, dia tu memang slow. Kalau bab perempuan, cinta, awek memang slow.”  Tambah Mursyid.

“Saya tahu awak pun suka dia kan?”  Usik Mursyid.  Aduh, merah pulak muka menahan malu.

“Satu jek saya nak minta dari awak.  Jangan give up dengan dia.”  Pinta Mursyid.

Memang dah berputus asa pun ni. Encik Mursyid pun takde nak nasihatkan dia.  Sorry encik Adam.

“Esok awak last day kan?”  Adam memecah sunyi.

“CEO baru pun nak masuk kerja esok kan?”  Jawab Farah Elina tanpa menjawab soalan Adam.

“Saya balik dululah.” Farah Elina bangun dari tempat duduknya.  Adam tak bersuara, apa lagi nak menghalang.  Kau memang ‘slow’ Adam.

Esok.

Kau memang akan biarkan dia pergi ke?  Kenapa awal pagi? Sebab dia tahu yang aku akan sibuk dengan CEO baru tu.  Dia sengaja nak elak jumpa aku ke?  Adam terus masuk ke bilik Farah Elina.  Ada sebuah kotak di tangannya.

“Please Farah Elina.  Jangan pergi tinggalkan saya.  Saya sayangkan awak.”  Bicara Adam.  Tapi, bicara itu hanya dalam hati.  Farah Elina memandang.  Dia mengharap Adam berbicara sesuatu.  Ternyata hampa. Adam terdiri kaku di muka pintu.  Farah Elina meminta laluan kerana dia ingin keluar dari bilik itu.

“No, please.  Please don’t go.”

“Dah lambat encik Adam.”

“Saya sayangkan awak.  Kalau awak marah pasal saya tak datang wedding Razak hari tu, saya minta maaf.  Saya tak mampu nak tengok orang yang saya sayang kahwin dengan orang lain.”

“Tapi, kalau encik Adam bersungguh-sungguh encik Adam datang majlis tu.  Halang perkahwinan saya. Lepas tu semua orang ketawakan encik Adam sebab salah pengantin.”

“Awak suka orang ketawakan saya.”

“Saya pergi dulu.”  :Farah Elina terus melangkah keluar. Laju langkah kaki Adam mengejar.  Tapi, eh….

“Farah Elina binti Fadzlan Hakim.”  Nama itu yang tertera pada surat yang baru sahaja sampai ke tangannya.

“Saya berhenti jadi akauntan jek.  Saya tak cakap pun saya akan tinggalkan tempat ni.”

“Awak takkan tinggalkan saya?  Walaupun saya ‘slow’?”

“Saya bukan suka orang ketawakan encik Adam.  Tapi saya akan happy melihat kesungguhan encik Adam.”  Farah Elina menjawab soalan yang tergantung sebentar tadi.

“Now, I am your business partner.”  Farah Elina adalah CEO yang baru.

“Be my partner in life.  Marry me.  Nikah dengan saya.” Adam melamar.

“Hah?”:  Farah Elina terkejut. Hampir terlepas kotak yang masih di tangannya itu.

“Sorry for being so slow.  But  I really love you Farah Elina.”

“You are slow, but I don’t know why I still love you.Kalau encik Adam tak lamar saya tadi, saya sendiri yang melamar encik Adam.”  Balas Farah Elina.  Adam ketawa.

“Thank you sebab tak berputus asa dengan saya.”

“Stop being so slow please.”  Kata Farah Elina.  Adam menggaru kepala yang tak gatal.  Tersengih. Farah Elina tersenyum.

“Stop.”  Pinta Adam tiba-tiba.  Senyuman Farah Elina termati.  Tak faham

“Stop being so cute. Melting.”  Adam ketawa.  Siapa kata mamat ‘slow’ tak pandai bagi ‘pickup line’.

 

Comments

Popular posts from this blog

ISTERI BOSS

Balqis masih mengadap komputer riba di atas meja belajarnya. Jarum jam sudah menunjukkan hampir ke pukul 1 pagi. Nadia yang baru pulang dari kerja ‘part-time’ di 7 eleven agak terkejut. Selalunya jam 11 malam Balqis dah tumbang. Kalau nak bangun study pun dia akan bangun seawal 4 pagi dan seterusnya akan berjaga sehingga masuk waktu subuh. Hmmm…sejak balik dari cuti semester baru-baru ni Balqis nampak berbeza. Suka termenung. “Aku nak tanya ni. Kau jangan marah tau.” Kata Nadia satu hari. “Macam serius je bunyinya.” “Memang serius pun.” Balas Nadia. “Pasal apa?” “Pasal kau.” Jawab Nadia. Balqis berkerut dahi. Kenapa pula dengan aku? Tanya Balqis dalam hati. Jangan-jangan….. “Kau nampak lain.” “Maksud kau? Aku dah gemuk ke? Atau aku dah kurus?” Tanya Balqis berseloroh. Walhalnya dalam hatinya berdebar juga menunggu soalan dari Nadia. Nadia ni bukan saja BFF aku, ada masa dia ni boleh jadi BFF mak aku jugak ni. Sama-sama suka korek rahsia pasal aku. “Muka kau ...

DENDAM SEORANG ISTERI

Apa yang kau dah buat? Kenapa Mia berdendam dengan kau sampai macam tu sekali? Apa yang kau dah buat? Cuba kau ceritakan hal sebenar. Kalau kau diam je macam ni, macam mana aku nak tolong kau. Hakimi meraup muka dengan kedua telapak tangannya. Ketika hati sedang berbunga cinta, kenapa ini yang terjadi? Apa yang lebih membimbangkan, Mia tu tak sihat. Selepas bertengkar semalam, Mia tiba-tiba pengsan. Bila dia sedar, dia marah-marah dan tak mahu ada doktor dalam rumahnya. Hakimi akurkan sahaja. Esok paginya, Mia hilang. “Aku rasa bersalah sangat. Selama ni aku sia-siakan peluang yang aku ada. Kesabaran dia, memang mencabar aku. Dia terlalu baik. Aku nak dia benci aku. Tapi, dalam masa yang sama, aku semakin menyayangi dia. Aku cuba untuk tak pedulikan dia. Tapi, bila dia balik lambat, aku jadi risau. Tak tentu arah. Memang aku tak cakap apa-apa. Bila nampak saja wajahnya menjengul di muka pintu, betapa leganya hati aku bila dia sampai ke rumah dengan selamatnya.” “...

Bagaimana Untukku Jatuh Cinta

 Calon terakhir untuk hari ini.  Mohd Rafiq Harraz. 30 tahun. Masih bujang. Aneesa memandang wajah pada foto bersaiz kecil itu.  Eh, ini senior aku ni!  Abang handsome yang menjadi rebutan masa sekolah dulu.  Aku ada dengar cerita yang mengatakan dia dah jadi jutawan, dah tu apasal minta kerja jadi pengawal peribadi pulak ni? "Alah,rumors je tu. Saya orang biasa jek. Sedang cari kerja. Baru resign sebab company tutup." "Macam ni sahajalah, sebab saya kenal abang, saya akan hired abang. Tapi kerja abang bukan setakat bodyguard jek tau, abang juga adalah driver dan assisstant saya. You have to be with me 24 hours. You kena tinggal dengan I, I mean at my family's house. Saya akan beri cuti sebulan after six months, is it okey with you?" "Okey, saya okey je." "Sorrylah, it's my father's rules. Selagi saya tak kahwin dia nak saya sentiasa dikawal. Nak gerak bebaspun terbatas." "So, sebelum ni ada bodyguard jugalahye?" "Yes, ...