Skip to main content

GOLD DIGGER

 

TERSERGAM indah hotel bertaraf 5 bintang ini di tengah ibukota yang sibuk ini.  Dua beradik yang sememangnya terlewat gara-gara terpaksa berdepan dengan kesesakan lalulintas sebentar tadi membuatkan keduanya kelam kabut.  Badrul Amin dan adiknya Raif Amir dah sampai di tingkat 15, Raif dah meluru keluar.  Tiba-tiba……

Maaf encik.  Itulah ucapan yang terkeluar dari bibir seorang gadis yang sedang berdiri bersama troli house keeping betul-betul di depan bilik 15-09.  Badrul Amin geleng kepala.  Masa nilah dia nak terjatuhlah, itulah, inilah..

“Eh, kita silap tingkatlah.  Office tingkat 09, bilik 15. Dah! Jom cepat!”

Tak tahulah kenapa.  Bayangan gadis itu asyik berlegar-legar dalam fikirannya.  Terngiang-ngiang di telinga suara gadis itu meminta maaf. Raif Amir seakan dah gila bayang.  Aku mesti cari dia kat hotel esok. Itu tekad Raif Amir.  Badrul Amin dah pening kepala.  Ish!  Takkan lah adik bongsunya itu dah jatuh cinta dengan budak hotel tu.  Bukan nak menghina atau merendah-rendahkan pekerjaan tu, cuma dia taknak pisang berbuah dua kali.

“Perempuan kampung jek.  Setakat kerja arkitek, belum hebat lagi.  Itu tak menjadikan dia setaraf dengan keluarga kita.”  Kata-kata sinis ibunya suatu masa dahulu.  Dan dia sendiri masih memegang prinsip itu.

“Takde maknanya cinta.  Mama tahulah sangatlah ‘gold digger’ macam ni.”  Tambah Datin Bariah.

“Arwah Raisha yang dulu kerja arkitek pun mama reject.  Ini lagilah budak house keeping.”  Badrul Amin merungut sendiri.

 

Raif Amir menunaikan janjinya.  Dia memandu masuk ke dalam perkarangan hotel itu.  Badshah Hotel, nama baru untuk hotel ini.  Sebelum ini dikenali dengan nama Warna Berseri Hotel.  Diambil alih oleh seorang jutawan.  Maklumlah, dalam keadaan ekonomi yang tak menentu sekarang ni, kalau takde duit memang mudah jatuh kalau tidak bijak menguruskan dengan baik.  Ish, panjang pulak melalut.  Tujuan aku datang hotel ni, nak cari gadis semalam.

“Encik Raif.  Buat apa kat sini?  Nak bincang pasal proposal semalam ke?”

Terserempak pula dengan encik Shah Iskandar, MD hotel

“Eh, tak!  Saya nak cari orang.  Maksud saya nak jumpa orang.”

“Oooh…”

“Staff sini.  Semalam terlanggar dia, habis semua barang berterabur. Sabun, shampoo.  Tak sedap hati.  Tak sempat minta maaf.”  Raif Amir berterus-terang sahaja.  Mungkin dengan cara ini lebih mudah dia nak jumpa budak semalam.

“Takde apalah encik Raif.  Tak sengaja kan?”

“Tak bolehlah macam tu encik  Shah.  Saya rasa bersalah sangat.”

“Siapa yer namanya?  Encik Raif perasan tak name tag dia?  Staff sini semua orang pakai name tag.”

“Alamak!  Yang tu saya tak perasan pulak.”

Gagal bertemu dengan gadis impian.  Raif Amir sedikit hampa.  Takpe, aku akan cuba lagi.  Kalau perlu tunggu 24 jam kat hotel tu pun aku rela. Insha Allah, ada jodoh kami pasti akan bertemu.  Sebelum tutup pintu hati untuk orang lain, aku nak buka seluas-luasnya untukmu.

“Kau ni, dah macam prince charming.  Pergi ke desa mencari puterinya, Cinderella.”  Usik Badrul.

“Kau ni, bukannya nak bagi sokongan.  Kau bahan aku lagi ada.”  Marah Raif.

“Kau ni sungguh-sungguh ke dengan budak house keeping tu?”  tanya Badrul sebaik tawanya reda.

“Aku bukan main-main tau.  Aku siap buat solat hajat tau.”

Dah 10 hari Raif berulang ke hotel tu.  Nak cari orang yang dicari.  Raif singgah di sebuah coffee house.  Pekena Mocha ais jap.  Dahaga betul tengahari ni.  Nak duduk office lama-lama pun bosan.  Lagi-lagilah nak berdepan dengan dua orang abangnya tu.  Nasib baiklah abang no.3 si Badrul tu tak macam tu. Kadang-kadang rasa macam kami yang adik-adik ni yang lagi matang.

Tiba-tiba lain macam denyutan jantung berdetak.  Raif memandang sekilas ke arah gadis yang baru sahaja menghulurkan menu padanya. Raif Amir terkedu seketika.  Dah tak dengar apa-apa lagi dah.  Dah macam di awang-awangan pula rasanya.

“Encik?  Encik okey ke?”  Tanya gadis restoran itu.

“Eh, awak bukan kerja kat hotel Badshah tu ke?” Tanya Raif tanpa fikir panjang.

“Kita pernah jumpa ke?”

“Awak tahu tak dah dua minggu saya cari awak.  Hari-hari saya pergi hotel tu cari awak.”

“Kenapa?”  Batrisya tak faham.

“Saya nak minta maaf kat awak.”  Raif berterus terang.

“Minta maaf? Sebab?”

“Sebab saya dah terlanggar awak. Habis berterabur barang-barang awak.  Tak sempat nak minta maaf, dan tak sempat nak tolong.”  Raif mengingat kan.

“Oh, ya! Yang terlanggar saya dekat depan bilik 15-09 tu.”

“Hah! Yang tulah. Nasib baik awak ingat.” Ceria Raif mengetahui gadis itu mengingatinya.

“Perkara kecil sahaja encik….?”

“Raif Amir.  Panggil sahaja saya Raif.”  Raif Amir memperkenalkan diri.

“So, Raif nak order apa?”

“Saya nak order awak sahajalah.”  Raif bergurau.  Batrisya ketawa.

“Mocha -Cream Ice, regular.” Batrisya mencadangkan.

“Sounds great.  Join saya minum?”  ajak Raif.

“Hmm. Okey.  Deal dengan big boss sekejap.”

Batrisya di situ hanya membantu dan menyokong kawannya yang baru sahaja membuka perniagaan di situ.  Tak tahulah kenapa, baru sahaja kenal tapi berbual macam dah bertahun kenal.  Selepas hampir dua jam berbual, mereka saling bertukar no telefon.  Berjanji akan berhubungan antara satu sama lain.

Raif Amir tersenyum bahagia.  Sebaik sahaja sampai di rumah, mamanya menegur dan mengajak makan malam bersama.  Raif Amir, seperti biasa dia akan menolak pelawaan itu.  Begitulah Raif Amir sejak 3 tahun lalu.  Dia takkan duduk semeja makan bersama keluarga.  Dia akan turun lewat atau tak makan malam langsung. 

Batrisya tersenyum sendiri.  Sambal baring di atas katil, mata memandang tv, tapi hati entah ke mana pergi.  Baru kenal sehari, berbual bersembangpun hanya dua jam.  Sepanjang jalan pun asyik voice message.  Risau betul dia bila tahu aku bawa motor.  Tapi, asyik voice message. Hakikatnya, sebaik lelaki itu masuk restoran tadi pun, hatinya rasa bergetar semacam.  Inikah yang dikatakan………………

Kali ini aku akan lebih tegas mempertahankannya.  Aku taknak pisang berbuah dua kali.  Tak cukupkah 3 tahun ini melihat penderitaan aku? Raisha, maafkan saya kerana saya terlalu lemah ketika itu.  Dan mengambil masa yang lama untuk kejar awak.  Mungkinkah takdir akan berubah kalau saya lebih awal kejar awak?  Mungkinkah takdir akan berubah kalau saya lebih tegas dengan keputusan saya sendiri?

Hubungan Raif dan Batrisya bertambah erat.  Mereka senang berbual dan bersembang santai.  Kalau tak di talian, mereka akan bertemu di hujung minggu.  Raif lebih senang menjemput Batrisya daripada membiarkan gadis itu menunggang motorsikalnya. Dahlah perempuan, tunggang pula motorsikal cc tinggi macam tu.

“Kenapa pilih motor?  Kenapa bukan kereta?”

“Sama macam kakak saya.  Risau sangat saya bawa motor.”  Batrisya tidak terus menjawab.  Dia tertawa kecil.  Teringat leteran kakaknya bila tahu dia beli motor berbanding kereta.

“Itu tandanya dia sayangkan awak.”  Balas Raif.

“Maknanya awak pun sayangkan sayalah?”  Alamak. Dah keluarkan soalan tu, dia sendiri pula yang tersipu malu.

“Jom saya hantar awak balik rumah.  Dah lewat ni.  Esok sahaja awak ambil motor awak kat hotel tu.”

“Eh, tak payahlah.”

“Kenapa awak taknak saya tahu rumah awak kat mana yer?  Dah 3 bulan lebih kita berkawan.  Awak mesti suruh saya hantar ke hotel je.”  Tanya Raif sedikit hairan.

“Kan saya dah cakap, saya tinggal kat situ.”

“Awak serius?  Baik betul boss awak bagi tinggal free kat hotel.”

“Kan saya dah cakap sayalah boss.”  Balas Batrisya tergelak.

“By the way, esok awak free tak? Saya nak ajak awak pergi somewhere special.”

“Wow!  Sounds nice.  Tapi tak bolehlah.  Esok pihak hotel ada program luar.”

“Program apa?”  Raif berminat nak tahu.

“Setiap minggu, Badshah Hotel akan sponsor makan tengahari untuk sebuah rumah kebajikan terpilih. Minggu ni saya dah janji nak join sekali.  Maybe dalam 4-5 jam kat situ.” Terang Batrisya.

“Kalau macam tu saya ikut awak.” Raif menawarkan diri nak ikut sekali.

“Seriuslah?”

“Seriuslah.  Saya lebih happy bila ada dengan awak.”  Balas Raif tanpa berselindung.  Batrisya pula yang tersenyum malu.

“Okey, boleh.  Tapi awak tak perlu jemput saya.  Kita jumpa sahaja kat tempatnya.  Saya naik van hotel.  Masa balik baru saya boleh tumpang awak.”

Badrul Amin tak tahu nak cakap apa.  Bukan dia tak pernah ingatkan Raif Amir tentang apa yang pernah berlaku dahulu.  Tapi, dalam masa yang sama dia gembira melihat perubahan adiknya itu.  Kalau dulu, dia berhenti tersenyum selepas kematian Raisha.  Dia hanya berbicara bila perlu.  Nak ajak bersembang, hanya aku sorang sahajalah yang bercakap.   Badrul tahu betapa kecewanya Raif dengan keluarganya sendiri.

Penampilan dirinya sendiri pun dah berubah.  Nampak jauh lebih kemas dari sebelum ini.  Setiap hari dia memilih untuk memakai kemeja yang baru dibeli dan dipilih oleh Batrisya.  Tali leher yang sama dipakai setiap hari kerana itu adalah hadiah dari Batrisya.  Hanya sekali sekala dia akan pakai tali leher warna biru muda itu.  Mungkin waktu itu dia sedang rindukan Raisha.  Batrisya tahu atau tidak pasal Raisha yer.  Mungkinkah kalau Batrisya tahu pasal Raisha, dia akan undurkan diri?  Macam mana dengan Raif nanti.  Mampukah dia menghadapi kehilangan orang dia sayang sekali lagi?

Mereka baru sekali bertemu.  Itu pun Badrul ingat-ingat lupa macam mana wajah si gadis yang telah mencuri hati adiknya itu. Kalau jumpa lagi sekali, mungkin boleh ingat. Hanya dapat mengecam melalui gambar-gambar dari handphone Raif.  Ada juga Photo-Album gambar mereka berdua.  Memang adik aku dah angau dengan si gadis bernama Batrisya itu.

Dalam kesibukan memikirkan hal adiknya itu, matanya tiba-tiba terpandang sesuatu.  Rasanya dia tak silap.  Bezanya orang yang di depan matanya ni sekarang tidak berpakaian seperti dalam gambar-gambarnya.  Sering berpakaian simple dan natural beauty.  Tapi yang ni lain.  Sambil memaut lengan lelaki lebih separuh abad itu, dia tertawa ceria.  Pakaiannya bukan biasa-biasa.  Nak nampak setaraf dengan lelaki itu.  Badrul tidak memandang lagi.

Raif pernah cerita, Batrisya sering mengelak bila nak dihantar ke rumah.  Katanya dia tinggal di hotel. Hmmm, tak mustahillah kan.  Tengoklah siapa yang dia dampingi tadi. Mungkin kerja house-keeping tu cuma nak ‘cover’ sahaja.  Kalau lah betul seperti apa yang aku fikirkan ni, macamana dengan adik aku.  Mampukah dia terima keadaan ini.  Atau aku yang patut hentikan semua ini.  Takkan aku nak jadi macam along atau angah?

“Thanks Bad.  Dalam tiga orang abang aku, kau sorang je yang betul-betul faham aku.  Kau tak pernah putus asa dengan aku.  Aku bertahan dalam rumah ni pun sebab kau.  Kalau ikutkan rasa kecewa aku ni, dah lama aku keluar dari rumah ini.”  Bicara Raif Amir suatu ketika dahulu.  Kematian Raisha benar-benar memberi impak yang besar dalam keluarga mereka.  6 bulan Raif hilangkan diri.  Tak pasti ke mana dia pergi.  Sampai hari ini, Raif masih tak pernah bercerita ke mana dia pergi.  Dia balik dan mengemas pakaian dan hendak keluar dari rumah.  Puas Badrul pujuk. 

Raif hampir meninggalkan segala-galanya.  Dia mengalah, kerana masih ada rasa hormat kepada kedua orang tuanya.  Biarpun hakikatnya dia sangat kecewa dengan mamanya yang telah menghina dan berbicara perkara yang menyebabkan Raisha begitu kecewa sehingga sanggup keluar rumah berjalan kaki.  Raif yang disuruh ke atas mengambil sesuatu, terkejut bila dia kembali ke ruang tamu, Raisha sedang melangkah keluar dari rumah.

HOTEL BADSHAH memilih rumah anak-anak yatim pada minggu ini. Rumah Bahagia Bersama itu ditubuhkan dua tahun lepas oleh seorang usahawan dari Johor.  Rumah yang menempatkan anak-anak yang kehilangan ibu, bapa, dan ada juga yang hilang kedua-duanya.  Selain sponsor makan tengahari, pekerja hotel ini turut membantu menceriakan kanak-kanak ini.

“Sedap suara awak menyanyi.” Puji Raif.  Batrisya hanya tersenyum.

“Nah!  Awak Nampak penat sangat tu.  Lepas tolong agih-agihkan makanan, terus naik pentas.”  Raif menghulurkan air mineral kepada Batrisya.

“Okey je.  Takdelah penat sangat.” Balas Batrisya sambil menyambut huluran dari Raif.

“Setiap minggu ke awak akan ikut program ni?”

“Taklah.  Kalau takde urusan lain, saya ikutlah.  Biasanya staff catering jek yang akan terlibat dengan program ni.”  Jawab Batrisya.

“Alhamdulillah, satu program yang baik dari Badshah Hotel.”  Puji Raif Amir.

“By the way, awak nak ajak saya ke mana sebenarnya hari ni?” Batrisya beralih topik.

“Nak ajak awak balik kampung.  Rancangnya nak balik hari, tapi fikir-fikir balik penat pula nanti.  Awak nak tak kita plan betul-betul hari dan tarikh?  Kita bermalam kat sana.  Tapi awak jangan risau, saya akan ajak Badrul dan tunangnya.”

“Insha Allah.  Nanti awak beritahu nak pergi bila.  Senang saya nak susun jadual saya.”  Batrisya setuju.  Eh, cepatnya aku setuju.  Tak fikir panjang lagi yer.  Mana sahaja Raif ajak pergi, tak membantah.  Senang cerita, memang susahlah nak berpisah.  Sepertinya pasangan yang sudah wajib bernikah.  Namun dalam kehidupan setiap manusia ada kisah.  Ada satu kisah dalam kehidupannya yang belum sudah.  Ada masa dia ingin lepaskan ia pergi, namun keluh kesah mengundang resah.

“Balik kampung?”  Badrul terkejut.

“Ya, balik kampung.  Bawa jumpa mak dan ayah aku.”

“Kau biar betul. Kau memang serius ke ni?”  tanya Badrul sekali lagi.

“Ya.  Aku memang serius.  Aku nak kahwin dengan dia.”  Tekad Raif.

“Kau tak takut mama dan papa tak setuju?”

“Aku dah nekad Badrul.  Apa nak jadi, jadilah.  Kalau dulu aku lemah.  Aku mengalah. Dan aku kehilangan Raisha.  Tapi kali ini, aku akan kuat pertahankan cinta aku.”

“Kau cintakan dia.  Dia pulak macam mana?  Kau dah luahkan kat dia?  Dan diapun dah balas cinta kau?”  Soal Badrul bertubi-tubi.

“Yang kau ni macam tak puas hati kenapa?” 

“Aku tak nak kau kecewa lagi Raif.”  Luah Badrul perlahan.

“Kau baru kenal Batrisya tu 5-6 bulan.  Masih awal lagi.” Tambah Badrul.

“Kau kenal tunang kau kat majlis tahlil arwah Raisha.  Dua bulan lepas tu kau terus bertunang. Belum setahun kau dah ada tarikh nikah.  Itu kau tak cakap terlalu awal pulak.” Balas Raif tegas.

“Errr…aa..aku…” Badrul termati kata-kata.

“Macam ni sahaja lah.  Kalau kau rasa kau tak boleh nak ikut, tak payah ikut.  Aku ajak Farhah saja.  Mesti mak dan ayah akupun rindu best friend anak dia tu.”

“Aku ikut.”  Laju Badrul mencelah. Diam-diam dah hampir 6 bulan mereka berkawan.  Maknanya dah 3 bulan Badrul memendam rahsia.

Setelah perancangan dibuat dengan baik, mereka telah bersetuju untuk bercuti selama 7 hari.  3 hari bercuti di kampung. 3 hari lagi mereka merancang untuk ke Langkawi.  Itupun Raif yang sibuk nak ikut, memandangkan Batrisya memaklumkan yang dia nak ke Langkawi selepas ikut Raif ke kampungnya.  Dan Badrul dan juga tunangnya, Farhah setuju untuk ikut sama.  Maklumlah, masing-masing anak boss, laju sahaja management luluskan.

“Baik betul boss dia.  Cuti sampai seminggu.” Badrul sedikit sangsi.

“Dia tak pernah cuti kot.  Sebabtu boss dia okey jek dia nak cuti seminggu.” Balas Raif tanpa sedikit pun rasa sangsi terhadap cinta hatinya.

“Kita pergi jemput Farhah dulu kan?”  tanya Raif enjin kereta dihidupkan.

“Eh, tak payah.  Dia tunggu kat hotel tempat Batrisya.  Dia tidur sana semalam.”

Batrisya menanti di lobi hotel.  Dia tak kenal lagi yang mana satu Farhah.  Raif baru mesej mengatakan Farhah ada menginap di hotel tersebut.  Sedang leka menunggu sambal bermain game di handphone, ada seseorang menegurnya.

“Wah! Besar beg.”  Tegur Hj Shamsudin, Manager hotel tersebut.

“Eh, tuan haji.”  Batrisya tersenyum.

“Saya baru ternampak semalam. Encik Raif Amir, dari Ramdhan Holdings yang hantar balik.  Rupa-rupanya Batrisya lah yang dia cari-cari 6 bulan lepas tu?” Hj Shamsudin tersenyum mengusik.

“Dengar cerita jugak banyak kali dia ikut program amal makan tengahari tu.”  Tambah tuan Haji Shamsudin.

“Pasang spy ke?” Tanya Batrisya.

“By the way, nampak serius Batrisya dengan dia. Tan Sri Badshah dah tau ke?”

Mendengar nama itu, sepantas kilat Batrisya memandang haji Shamsudin.  Gelabah semacam. 

“Tuan Haji ada beritahu dia ke?”

“Taklah.  Kalau saya beritahu pun belum tentu dia percaya. Sebab…..”

“Dia takkan percaya kalau dia tak lihat sendiri.”  Pintas Batrisya. Haji Shamsuddin tertawa kecil.

“Saya tahu dia tak da kat Malaysia sekarang ni.  Tapi, kat hotel ni banyak CCTV.”  Haji Shamsudin mengingatkan.

“Maaf, ni Batrisya ke?”  seseorang datang menegur.

“Ye saya. Farhah ke?”

Perbualan mereka tamat di situ.  Haji Shamsudin kembali ke pejabatnya.  Batrisya dan Farhah tidak menunggu lama.  5 minit menanti di lobi, kereta Raif pun muncul.  Zup !  Ke Kedah kita.  Perjalanan memakan masa hampir 5 jam.  Raif dan Badrul memandu secara bergilir.  Batrisya dan Farhah rancak bercerita.  Padahal mereka baru sahaja berkenalan pagi tadi, tapi berbual macam dah kenal dari kecil.  Cepat betul mereka serasi.  Cuma Badrul sahaja yang masih sangsi.  Peristiwa dia terlihat Batrisya dengan seorang lelaki yang agak berusia, dengan imej pakaian yang jauh berbeza.  Dia masih simpan lagi gambar itu.  Dia tak pernah lagi tunjukkan pada sesiapa, walaupun tunangnya sendiri.

Nyamannya kawasan kampung ini.  Jauh dari hiruk pikuk bandar.  Dengan sawah terbentang luas.  Apatah lagi padi sedang menunggu masa untuk dituai.  Rindunya pada ketenangan ini.  Batrisya tersenyum.  Kereta berhenti di sebuah halaman rumah.  Rumah kampung itu sangat indah pada pandangan matanya.  Haji Helmi dan Hajah Habsah keluar menyambut tetamu.  Tak sabar nak bertemu mata dengan bakal menantu.

Batrisya menghulur salam pada Hajah Habsah, tapi disambut dengan satu pelukan.  Anehnya rasa pelukan ini.  Rasa seperti dia sedang memeluk ibunya sendiri.  Aku terlalu rindukan mama mungkin.  Dah 10 tahun kan mama meninggal dunia kerana kanser.  Hakikatnya aku rindukan pelukan seseorang yang bernama ibu.

“Al Hamdulillah Raif.  Abah suka tengok perubahan kamu. Sejak kamu kenal Batrisya ni, kamu Nampak lebih ceria.”

“Al Hamdulillah abah.  Saya sayang sangat dia abah.  Tapi, tulah tak luahkan lagi hasrat hati nak peristerikan dia.”

“Tak cepat sangat ke?  Kau kan baru je kenal dia.  Tak sampai setahun pun lagi.”  Celah Badrul.

“Benda baik Bad.  Tak baik kita lambat-lambatkan.  Kau pun dah nak kahwin juga kan?  Sekalikan je.” Cadang haji Helmi.

“Abah okey ke?”  Tanya Raif lembut.  Menghormati perasaan orang tua itu yang mungkin sangat merindukan anak sulungnya yang telah pergi menyambut seruan Illahi.

“3 tahun abah tunggu saat ini Raif.  Abah sendiri pun taknak kau berterus-terusan meratapi pemergian Raisha.  Kau ni dah macam anak abah sendiri.”  Menitis jua airmata lelaki tua itu.

Selesai membantu di dapur, hajah Habsah menyuruh dua anak gadis itu berehat di bilik.  Perjalanan 5 jam tadi, ditambah pula sibuk menyiang udang, ayam dan ikan di dapur.  Bilik yang mereka tumpang berehat itu asalnya bilik Raisha.  Farhah termenung seketika.  Masa zaman belajar sama-sama dahulu, dia sering mengikut Raisha pulang ke kampung.  Bila cuti semester sahaja dia akan habiskan separuh daripada cutinya di sini.  Mereka memang sangat akrab.  Belajar di university yang sama.  Dan di situ jugalah mereka berkenalan dengan Raif. 

“Arwah meninggal kerana kemalangan.  Masa tu arwah dah bekerja di bandar.  Gaji bagus, dah siap belikan rumah lagi.  Pak haji dan Mak Aji dah tinggal pun kat sana beberapa bulan.  Sawah padi kat sini pun upah orang yang kerjakan.  Adik-adik arwah pun dah bersekolah kat sana.  Tapi, umurnya tak panjang.  Allah lebih sayangkan dia.  Keluarganya balik semula kekampung.  Rumah, kereta arwah, Raif yang uruskan.  Sebenarnya, sejak arwah meninggal dunia, Raif yang gantikan tempat arwah. Urusan adik-adik arwah nak belajar, dia yang uruskan.  Sampaikan saya kawan baik arwah ni pun tak tahu nak bantu apa.  Bila tanya dengan pak aji dan mak aji, mereka mesti jawab, Raif dah uruskan.”

Batrisya tak berehat lama di bilik.  Dia keluar mencari Hajah Habsah.  Seronok berbual dengan insan ini.  Hajah Habsah pun rancak berbual.  Macam-macam cerita yang keluar dari mulutnya.  Batrisya tersenyum.  Rindunya mendengar suara ibu membebelkan si anak.  Maklumlah, kedua-duanya adik Raisha lelaki.  Memang susah betul kalau di suruh membantu di dapur.  Tapi kalau tangkap ikan, berbasikal ke kedai, panjat pokok kelapa, itu memang mereka tak banyak cakap.

 

“Kalau mak aji nak tanya ni jangan marah tau.”

“Tanya apa tu mak aji?”  Soal Batrisya lembut.

“Sya dengan Raif tu serius ke?” Tanya hajah Habsah.  Batrisya dah tersipu malu.

“Tak tahulah nak cakap mak aji.  Tapi, terus terang memang saya suka berkawan dengan dia.  Orangnya happy, ceria, macam orang takde masalah.  Tapi, tulah.  Saya sendiripun baru tahu yang selama ni dia tu ……”  terhenti.  Hajah Habsah tersenyum.

“Sebab tulah mak aji nak sangat ucap terima kasih kat Sya.  Sya dah bawa kebahagiaan dalam hidup dia.  3 tahun lamanya dia menderita rindukan seseorang.  Sya jagalah dia baik-baik ye. Kalaulah dah terpaksa, Sya tak boleh nak terima dia, Sya cakap baik-baik dengan dia.”  Menitis airmata insan itu.  Batrisya terharu. Betapa sayangnya mereka pada Raif.  Keluarga angkat dia mungkin boleh terima aku.  Bagaimana pula dengan keluarganya yang sebenar.

Selepas 4 hari 3 malam di rumah keluarga Raisha, mereka pun meneruskan perjalanan ke Langkawi.  Perancangan asalnya Batrisya nak pergi sendiri, kerana dia nak jumpa kakaknya.  Dah pastilah Raif tidak membenarkan si buat hati pergi sendiri.

Mereka memilih menginap di sebuah hotel yang pastinya menghadap pantai.  Selesai berurusan di kaunter, dua kunci bilik berada di tangan Batrisya.  Dia beriya nak belanja menginap di hotel 5 stars ni.  Badrul mula kembali berfikir yang bukan-bukan.  Banyak betul duit dia ni.  Ish, rasa bersalah pula duduk menginap percuma, menggunakan duit…..

 

“Awak jangan risaulah.  Kakak saya yang sponsor penginapan kita di hotel ni.”  Bicara Batrisya bila Raif berkeras mahu kongsi bayar.

“Kakak awak?  Siapa kakak awak?”  Tanya Raif.

“Hah, tu pun dia.”  Batrisya menunjuk ke satu arah.  Belum sempat Batrisya bergerak ke arahnya, dia sudah mula dikerumuni peminat-peminatnya.  Yang nak bergambar lah. Yang nak autographlah.  Wartawan pun ada.”

Seorang dari kru datang menghampiri Batrisya. 

“Ini no biliknya.  Dia ada shoot sampai kul 12 malam ni.  Tapi, kalau nak jumpa sekejap, pukul 8-9 malam dia free.” 

“Wow!”  Farhah teruja.

“She’s your sister.  Nanti nak ikut yer jumpa dia.”  Pinta Farhah.

“Oooh, adik superstar.  Patutlah ….”  Oooops…

“Patutlah apa?”  Tanya ketiga-tiganya serentak.

“Err…patutlah, boleh sponsor hotel kita…” sambung Badrul sedikit tergagap.

Qasrina, bukan biasa-biasa.  Dialah designer, dia jugalah modelnya.  Moto Qasrina, ‘Nice on Me, Nice on You’.  Seorang yang sangat mysterious, jarang bercerita soal keluarga, sebab itu tak ramai tahu, Batrisya itu adiknya.

“Busy yer sekarang.  Kalah PM.  Nak jumpa kakak sendiri pun susah.” Rungut Batrisya.

“Akak dah suruh ikut akak kan?  Awak yang nak juga duduk kat hotel tu kan?”  bangkit Qasrina.  Batrisya ketawa.

“By the way, kawan Sya kirim salam.  Dia nak ikut jumpa akak tadi, tapi dia penat sangat.  Dah tumbang, kejut-kejut pun takleh nak bangun.  Dia sempat kirim salam jek.”

“Ooh,yang kat lobi tadi tu ke?”  Qasrina cuba mengenalpasti.

“Yes.”

“So, which one?”  tanya Qasrina.   Batrisya tak faham.

“Which one apa?”  atau mungkin sebenarnya buat-buat tak faham.

“Come on sis. Jangan nak buat-buat ‘blurr’ bila akak tanya ye.  I saw two couples there.  So, which one is your partner?”

“Mana ada…”  Batrisya  tersipu malu.

“Hmm, akak rasa mesti yang baju biru sama dengan Sya tadi kan?”  Qasrina membuat andaian sendiri.

“Qas, kita dah nak shoot ni.” Celah pembantu peribadi Qasrina.

“Okey, Sya balik dulu.  Janji yer breakfast esok.  Sya bawa Farhah sekali nanti.”

“Hmm, ingat kalau bawa geng akak tak tanya-tanya lagi?”  Usik Qasrina.

“Mana ada.  Memang nak ajak dia. Dia tu fans akak tau.”

“Tau dah.  Dia pakai baju akak kan tadi.  Orang lain sokong kakak, adik sendiri jangan harap.  Dapat free jek pun tak pakai.  Tapi, sibuk minta hotel free.”  Qasrina mengusik lagi adiknya.

“Okey, nanti Sya pakai breakfast esok.”  Janji Batrisya.

Keluar sahaja dari bilik Qasrina, Batrisya terus turun ke lobi.  Ada janji dengan Raif nak makan malam bersama.  Farhah dah beritahu yang dia taknak makan. Badrul pula taknak kacau daun katanya.  Mereka berdua memilih untuk cari makanan di luar hotel.  Lagipun, Batrisya sendiri taknak terserempak dengan kakaknya atau mana-mana kru Qasrina.  Kecohlah nanti mereka bercerita.  Kalau ada yang kepoh lagi, dia up pula kat media social, habislah aku.  Dapat pula Tan Sri Badshah tahu.  Matilah nak menjawab….

“Tak sangka ya. Adik orang popular rupanya awak ni.”

“Alah, awak ni. Takyah lah cakap pasal hal ni. Lagipun sebelum kakak saya join bidang ni, kami dah sepakat, tak nak exposed sangat.”  Balas Batrisya.

“Okey, sorry. Saya tak ungkit lagi dah. Jangan marah-marah.  Jangan spoil malam romantic kita ni.”  Ayat terakhir yang terkeluar dari mulut Raif itu membuatkan Batrisya tersipu malu.  Hmm, memang romantic.  Saja minta meja tepi pantai.  Western food dinner. Dengan lilin terpacak di tengah-tengah meja.

“Sya, saya sayangkan awak.  Dan saya nak hubungan kita bukan sekadar kawan.”  Ucap Raif.  Saat itu Batrisya tak tahu dia sudah berada di mana.  Entah di awan mana dia tersangkut.

Malam itu berlalu tanpa Batrisya memberikan jawapan pasti.  Batrisya tidak dapat melelapkan mata.  Dia mula terfikir. Kalaulah Raif tahu aku dulu macam mana, dia akan terima ke aku?  Selama ini, aku tak pernah terfikir pun hal ini akan berlaku.  Tak pernah nak cari cinta.  Cinta itu yang datang dengan sendirinya.  Walaupun dihujani dengan wang ringgit dan kemewahan, masih ada sesuatu yang hilang dalam dirinya.  Masih ada yang belum dapat memenuhi ruang dalam hatinya.  Kerana hati ini bukan miliknya, dan dia mahu mencari pemilik hati yang sebenar.  Adakah Raif orangnya?  Batrisya bangun dari katil, terus menuju ke bilik air.  Mengambil wudhu’ dan menunaikan solat sunat.

“I love you too.”  Ucap Batrisya dalam hati.

“Awak ada cakap sesuatu ke?”  Tanya Raif.  Eh, dia ni boleh dengar ke?  Cakap dalam hati kot.  Ke betul tekaan aku?  Dialah pemilik hatiku.  Tapi…..

“Raif, kita kan baru je kenal.  Belum setahun pun.  Masih banyak lagi yang awak tak tahu pasal saya.  Awak rasa awak boleh terima ke kalau…..”

“Saya terima awak seadanya Batrisya.  Saya tak kisah siapa pun awak sebelum ni.  Saya tak peduli apapun anggapan abang-abang saya terhadap awak.  Saya dah nekad Sya.  Sya cinta terakhir saya.”

Farhah ada beritahu, sejak kematian Raisha, tak pernah lagi dia tengok Raif tersenyum.  Mereka memang selalu terserempak, memandangkan tempat kerjanya satu bangunan.  Sebab tulah dulu, Raisha selalu ajak lunch sama kalau singgah jumpa Raif.  Bahagianya mereka waktu itu.  Tapi sayang.  Jodoh tak panjang. Pastinya Allah dah sediakan jodoh yang lebih baik.  Farhah cakap, pak aji dan mak aji pun gembira sangat jumpa Batrisya.  Mereka rasa macam anak mereka yang balik kampung.  Mereka nampak semula kegembiraan di wajah Raif.  Nampak Raif yang dahulu sewaktu Raisha masih ada.  Farhah sendiri pun gembira sangat dapat kenal rapat dengan Batrisya. 

Batrisya mengeluh perlahan.  Mengecewakan Raif, bererti aku akan mengecewakan banyak hati.  Keluarga Raisha, Farhah. Hmmm, kalau Badrul tu tak pastilah.  Dia suka ke tak suka aku berkawan dengan adik dia.  Atau dia nak jaga hati adik dia yang baru bangkit dari satu kekecewaan hidup.

Percutian yang amat bermakna bagi Raif.  Dia asyik tersenyum sepanjang jalan.  Masa 5-6 jam memandu tu masa 5 minit sahaja dibuatnya.  Langsung tak mahu tukar pemandu.  Matapun asyik mencuri pandang orang di belakang.  Geram Badrul dibuatnya.  Nak dimarah, nanti dia pula kena marah balik. Farhah tak suka orang lelaki kuat membebel.  Dia cakap membebel tu hak mutlak orang perempuan, kalau lelaki yang membebel nampak buruk. Hahahahah…..Farhah, Farhah…nasib baik aku sayang kau….

Sebaik sahaja sampai di rumah, Raif nampak kereta abang sulungnya ada di ruang parking.  Badrul mengerling ke arah adiknya.  Dah tahu sangat.  Raif memang nampak dah berubah.  Namun, perasaan marah terhadap Fakhrul dan Badree masih berbaki.

“Seronok bercuti.”  Sindir Badree, abang keduanya.  Raif tak cakap apa.  Dia terus naik ke bilik di tingkat atas.  Fakhrul berdiri di tengah-tengah anak tangga.  Seolah menghalang perjalanan Raif.

“Along, angah kenapa ni?  Bukan ke kami dah maklum awal pasal percutian ni.  Along pun dah approve kan?”  celah Badrul bila dia Nampak wajah tak puas hati abang-abangnya.

“Kau pergi bercuti dengan siapa?”  tanya Badree tegas.

“Dengan siapa pun, ada masalah ke?”  Badrul tidak terus menjawab.

“Kau bercuti dengan budak kerja hotel tu kan?  Dia tu tak faham Bahasa ke?  Kan aku dh sound dia hari tu?”  marah Fakhrul.

“Kau buat apa?”  Raif tersintak.  Apa yang Fakhrul dah buat?  Sebab itu ke Batrisya masih ragu-ragu nak terima aku.

“Eh, sabar Raif.”  Badrul segera menahan adiknya yang bertindak agresif bila dengar hal berkaitan Batrisya.

“Hei, kau ni tak faham-faham lagi ke?  Orang macam tu tak setaraf dengan keluarga kita.  Mama takkan restu.”  Marah Fakhrul.

“Gold digger.”  Celah Badree.

“Kau sebut lagi perkataan tu, aku tumbuk muka kau.”  Raif memberi amaran.

“Sabar Raif.”  Badrul memaut erat lengan adiknya.  Dia taknak timbul pergaduhan yang lebih teruk.  Dahlah mama dan papa takde ni.

“Memang betul aku cakap.  Perempuan dekat dengan kau pasal harta jek.”  Badree langsung tak peduli dengan amaran Raif.  Raif tertawa kecil. Badrul tak faham.  Eh, kenapa adik aku ni?  Takkan terus gila kot…ah..sudah.

“Kaya? Harta? Itu yang korang fikirkan?  Harta yang dah takde, kan?”

“Apa yang kau merepek ni?”  Fakhrul tak faham.

“Kau ingat aku bodoh.  Aku diam je selama ni, aku tak tahu.  Sebab tulah papa duduk kat luar negara tak balik-balik.  Sebab dia tak sanggup tengok business yang dia bina berpuluh tahun dulu, lingkup depan mata dia.”

“Kau jangan nak mengarut.”  Badree cuba menafikan.

“Berapa banyak hutang syarikat sekarang?  Korang melabur yang bukan-bukan.  Projek sana-sini terbengkalai.  Sampai sanggup korang nak jual resort keluarga kita, sebab nak bayar hutang-hutang tu semua kan?”  Raif mula menunjuk taringnya.

“Kau biar betul.  Betul ke ni along? Angah?” Terkejut Badrul mendengarnya.

“Mana kau tahu semua ni?”  Fakhrul tak faham.

“Zaideen, penyiasat yang kau upah siasat pasal Raisha dulu.  Orang yang sama kau upah untuk follow Batrisya.  Aku sailang.  Aku upah dia siasat apa yang kau orang nak buat pada Batrisya.  Tapi, benda lain yang dia dapat.  Mestilah dia gelabah.  Nak bayar upah dia pun korang tak mampu kan?”  balas Raif dengan angkuhnya.  Baru padan dengan muka korang.

“So, lepas ni korang jangan ganggu lagi Batrisya.”  Raif memberi amaran. 

Tahulah Badrul kenapa Raif masih tak boleh lagi nak berbaik dengan abang-abangnya itu.  Raif terus naik ke biliknya.  Fakhrul dan Badree terdiam.  Badrul memandang kedua-duanya.  Mereka tak tahu nak cakap apa lagi.

Sampai sahaja di hotel, Batrisya terus ke dobi.  Basuh pakaian yang belum dicuci. Sebahagiannya telah dicuci di Langkawi.  Sementara menanti kerja siap, Batrisya duduk bermain handphone.  Bosan main game, dia mula menonton video. Kemudian scroll pula media social.  Jarinya terhenti.  Terpandang satu gossip yang hangat.  Terbeliak matanya.

“Amboi, besar mata.  Tengok apa tu?”  Satu suara menegur.  Batrisya menoleh.  Haji Shamsudin. Dan di sebelahnya, Tan Sri Badshah.

“Assalamua’laikum sayang.”

“Wa’alaikumussalam. Err…bila balik Malaysia?”  terkejut. Habislah….

“Mahal saya bayar gaji staff hotel ni, kenapa Batrisya buat sendiri semua ni tuan Haji?”  Tan Sri Badshah memandang Haji Shamsuddin.

“Err…ni kan barang peribadi.  Biarlah Sya buat sendiri.”  Pintas Batrisya.

“Jom…kita pergi bilik.  Tuan haji nanti minta sesiapa hantar kat bilik saya ya.”  Batrisya terus menarik lengan tan Sri Badshah dan mereka segera beredar dari situ.

Naik lenguh jari asyik menekan nama Batrisya pada screen telefonnya.  Tiada jawapan dari pihak di sana.  Wassap pun tak balas.  Handphone tertinggal ke?  Nak ke rumah, tak tahu rumahnya di mana.  Dia cakap dia tinggal di hotel. Tapi, tak pernah beritahun no bilik.  Atau pergi sahaja ke hotel.  Hmm, mungkin dia tidur keletihan.  Raif tak sabar nak jumpa Batrisya.  Nak tahu apa yang abang-abangnya cakap pada Batrisya. 

Seusai solat subuh, sekali lagi Raif cuba menghubungi Batrisya, tapi masih juga tak berjawab.  Telefon yang berdering itu terbiar di atas meja.  Ketika bersama dengan Tan Sri Badshah, handphone ditinggalkan di bilik. Seperti biasa, dia tidak akan bermalam di Badshah Hotel. 

Letih sangat rasa badan.  Tan Sri Badshah, pagi-pagi lagi dah keluar.  Tak reti penat lelaki ini.  Umur dah 50 lebih.  Masih lagi kuat dan bertenaga.  Padahal baru lepas dalam kapal terbang 12 jam.  Drive pula 2 jam.  Tak sabar nak jumpa kesayangan katanya.  Haji Shamsuddin ada cakap apa-apa tak yer?  Atau, encik Shah Iskandar?  Ish, penatlah.

Batrisya menepuk dahi.  Handphone kat bilik.  Mesti Raif call pagi-pagi ni tak dapat.  Mesti dia risau.  Aku pun risau jugak ni.  Buatnya dia cari kat hotel.  Habislah, kantoi.  Nak kena balik hotel ni.  Telefon tiba-tiba berbunyi.  Dari receptionist.

“Tan Sri beritahu, ada mesyuarat di Badshah Hotel jam 11 pagi ni.  Dan encik Shah Iskandar pun ada call.  Cik Batrisya kena datang hari ni.”

Aduh! Dahlah tak bawa motor semalam.  Kau ingat Tan Sri bagi kau bawa motor? Terpaksalah panggil teksi.  Batrisya dah turun di lobi hotel. Dia dah pesan tadi minta receptionist dapatkan teksi untuknya.  Tapi, sampai sahja di bawah encik driver dah tunggu. Hmm, mesti Tan Sri Badshah yang suruh dia ni berpatah balik.

Raif mula menyalahkan telefonnya.  Mungkin rosak agaknya.  Keluar sahaja dari bilik, telinganya dapat menangkap satu suara yang sudah lama tidak didengari.  Dan dia kenal sangat suara itu.  Itukan suara papa dan mama.  Bila mereka balik?  Terdengar papa ketawa besar.  Happy semacam saja papa hari ni.  Macam orang takde masalah.

“Pagi ni papa akan jumpa sendiri dengan tan Sri Badshah.  Dia dah janji yang dia akan tolong papa dan syarikat kita.”  Antara dialog yang Raif dengar dari papanya, dato’ Nawawi. Awal betul papanya bergerak ke pejabat.  Dua abangnya tu biasalah, tumpang bersarapan.  Walhal, isteri masing-masing ada je kat rumah.

“Bad, pinjam phone kau.  Aku call Sya dari tadi tak dapat.  Mana tau dia jawab kalau guna no lain.  Ntah2 dia merajuk sebab ada orang warning bukan-bukan kat dia.”  Bicara berbaur sindiran.  Badree dan Fakhrul yang ada sama di situ diam sahaja.

“Eh, nanti!”  Badrul cepat-cepat nak ambil semula yang sudah ada di tangan Raif.

“Eh,apasal kau ni?  Kau ada sorok apa-apa dari aku ke ni?”

“Eh,mana ada.”  Nafi Badrul.

“Korang tunggu apa?  Kan papa suruh korang masuk office cepat.  Papa dah tunggu tu.”  Bagaikan menghalau, Badrul menyuruh abang-abangnya segera pergi.  Sejak semalam, memang kedua-dua lelaki itu kurang berbicara lepas rahsia mereka dah terbongkar.

“Kau cakap betul dengan aku.  Apa yang kau sorokkan dari aku?”  tanya Raif tegas sebaik kedua-dua abangya itu telah pergi.

Raif melihat gambar itu.  Betulke apa yang dia lihat?  Tak mungkin.  Tak mungkin.  Ini mungkin…. Ish, tapi…  tak! Aku kena tanya Batrisya sendiri.  Batrisya selalu cakap, jangan mudah percaya dengan apa yang kita lihat.  Sebab kita tak nampak apa yang tersurat daripada apa yang tersirat.  Dia pernah cakap, awak tak tahu siapa saya.  Kalau awak tahu, belum tentu awak sukakan saya macam apa yang awak cakap.  Ini ke maksudnya?

Batrisya tiba di hotel.  Tak nampak kelibat haji Shamsudin atau Shah Iskandar. Batrisya memakai hud, seolah tak mahu dilihat.  Singgah juga di meja receptionist. Bertanya kalau-kalau ada orang cari dia.

“Hai, tersorok-sorok ni kenapa?”

“Ish, tuan haji ni.  Terkejut saya.”  Batrisya mengurut dada.

“Tan Sri dah masuk office ke?”

“Dah.”  Jawab haji Shamsudin.

“Selalu kalau tan Sri balik Malaysia tak nampak muka kat hotel ni.”

“Encik Shah tu suruh saya masuk hari ni.  Kelam kabut tau saya bersiap. Dahlah tak bawa motor.”  Adu Batrisya.  Haji Shamsudin ketawa.

“Eh, okeylah tuan haji.  Nak naik bilik.  Nak bersiap.”  Batrisya ingin berlalu.

“Hmm takde.”

“Hah?  Apa yang takde?”  Batrisya tak faham.

“Encik Raif takde datang cari.  Kalau itu yang Batrisya nak tanya pada receptionis ni.”

Batrisya tak cakap apa-apa.  Dia terus berlari menuju pintu lif.  Pintu dah hampir nak tertutup.  Mujurlah orang yang berada di dalam perut lif itu terperasankan seseorang yang sedang berlari menuju ke arah pintu lif.  Pintu lif terbuka semula.  Alamak!  Ni abang-abang Raif ni.  Yang warning aku jangan kawan dengan adik dia lagi. Peduli apa aku kan?  Hahahaha…oops, lelaki yang lagi seorang ni.  Rasanya sebaya Tan Sri Badshah ni.  Hah! Ni, ayah mereka ke?  Batrisya tersenyum hormat tanda terima kasih kerana menunggunya.  Dato’ Nawawi membalas senyuman itu.

“Jaga papa.  Orang perempuan zaman sekarang ni bukan boleh percaya sangat.  Senyum senyum tu ada makna.”  Sindir Badree.

“Betul tu papa.”  Sambut Fakhrul.

Batrisya malas nak berbalas kata.  Hormat pada orang tua.  Takkan nak bergaduh pula kat sini.  Macam yang dia buat tempoh hari.  Sepatah Badree cakap, 10 patah dia balas. Hahahah….dato’ Nawawi tak faham apa yang anak-anaknya cuba sampaikan. Salah ke berbalas senyuman.  Apa ke jauh sangat fikiran mereka ni.  Badree berbisik sesuatu ke telinga ayahnya.  Ayahnya memandang Batrisya.

“Awak Batrisya? Girlfriend Raif?” tanya dato’ Nawawi. 

“Err..ya saya Batrisya.  Kawan Raif.” Akui Batrisya.

“Saya memang nak jumpa awak.  Can we talk?” Pinta dato’ Nawawi.

“Yeah!  Sure.  Bila tu?”  berani sahaja Batrisya setuju dengan permintaan itu.

“Now.”

“Papa kita ada meeting dengan tan Sri sekarang ni.”  Celah Badree.

“It’s okey. You two go first.  Lagipun korang lebih faham kan pasal hal yang kita nak bincangkan ni.  I’ll be up later.  Please, shall we?”  dato’ Nawawi menekan butang lif.  Mereka turun di tingkat 5. 

Raif masih termangu.  Tak mungkinlah. Dia taknak percaya apa yang ditafsirkan oleh Badrul.  Tiba-tiba Raif teringat pula kata-kata PI yang pernah diupah oleh along dan angah.  Dan yang kemudiannya diupah olehnya pula.

“Apa yang kau dapat siasat pasal dia? Kau beritahu aku.”  Marah Raif.

“Relaxlah bro.  jangan marah sangat.  Aku tak dapat cari apa-apa pun.  Batrisya ni macam ada orang jaga kau tau.  Setiap kali aku nak follow dia, mesti ada jek yang menghalang.  Aku memang susah nak tahu dia pergi mana.”

Batrisya dan dato’ Nawawi masuk ke dalam lif sebelah.  Mereka turun ke tingkat bawah semula.  Batrisya mengajak dato’ Nawawi berbincang di café.  30 minit juga lamanya.  Mereka tamatkan perbualan dan membawa haluan masing-masing.  Dato’ Nawawi naik ke tingkat 9.  Batrisya pula ke meja receptionist sekali lagi.

“Eh, kat sini lagi?  Bukan ke encik Shah Iskandar dah suruh ke atas sekarang?”

“Saya dah nak naik tadi.  Tapi, dato’ Nawawi nak bincang sekejap.”

“Pasal anak bongsunya ke?”  tanya Haji Shamsuddin.

“Amboi!  Kalah paparazzi.”

“By the way, ‘madu’ awak tau tak tan Sri balik Malaysia?”

“Mestilah dia tahu.  Dia yang jemput semalam kat ‘airport’.  Kata paparazzi, takkan tak tahu gossip?”

“Gossip? Gossip apa?”  haji Shamsudin tak sabar nak tahu.

“Ni. Gambar tan Sri dengan ‘madu’ saya tu.  Takkan tak tahu?”

“Saya manalah baca gossip-gossip ni Batrisya.”  Balas Haji Shamsudin membela diri.

“Tan Sri tahu tak ni?”

“Hmm, I’m not sure.  Tapi kalau dia tahu ni, silap hari bulan dia cancel meeting pagi ni.  Alamak, encik Shah dah call.  Saya naik dulu.”  Batrisya terus berlari ke pintu lif.  Sempat tak ni nak tukar baju.  Tiba-tiba ternampak pula seseorang berlari mengejar nak masuk ke pintu lif.  Dengan pantas Batrisya menekan butang.  Pintu kembali terbuka. My ‘madu’.  Mungkinkah ‘perang’ akan meletus?

“He loves me more.”

“No, he loves me more.  He calls me ‘Sayang’.” Balas Batrisya.

“Hahaha..he called me ‘Baby’”

Itulah antara dialog mereka setiap kali ‘berperang’.  Haji Shamsudin geleng kepala dan tertawa kecil.  Pening nak jaga dua ‘madu’ ni setiap kali Tan Sri balik Malaysia.

Dan akhirnya Raif ambil keputusan untuk ke hotel cari Batrisya.  Mungkinkah segalanya akan terbongkar?  Mungkinkah Raif akan dapat tahu siapa Batrisya sebenarnya?  Dia gadis yang aku cinta. Terlalu cinta. Aku akan rebut cintamu.  Sebab inikah Batrisya masih ragu-ragu menerima cintaku.  Aku tahu dia pun sama macam aku.  Tapi……

Tiba di hotel, Raif ternampak dato’ Nawawi, Badree dan Fakhrul.  Lain macam je muka dua orang abangnya itu. Merah padam.  Kena marah ke?  Tan Sri Badsha mengiringi mereka ke kereta.  Tak nampak kelibat Batrisya.  Raif mengelak dari terserempak dengan mereka.

“Haji, suruh ‘baby’ saya turun.  Ada perkara yang saya nak bincangkan dengan dia.”  Arah tan Sri Badshah.

“Yang lagi sorang?”

“Dia ada kerja tu.  Biarkan je dulu.”

Raif berselindung di sebalik tembok.  Adakah ‘baby’ yang dimaksudkan itu Batrisya. Seorang gadis turun.  Memakai topi besar atas kepala, seolah menyembunyikan wajahnya.  Raif yakin, itu bukan Batrisya.

“Encik Raif.  Buat apa tersorok-sorok belakang tembok ni?”  tiba-tiba haji Shamsudin muncul di situ.

“Nak jumpa Batrisya ke?  Tak puas ye cuti seminggu bersama?  Masih rindu?”  Usik tuan Haji Shamsudin. Raif tersengih.

“Kenapa ni encik Raif?  Lain macam je cara nak jumpa Batrisya.  Saya ni bukan apa.  Saya ni ditugaskan untuk jaga dia.”  Haji Shamsudin seolah memberi amaran halus.  Raif terfikir.  Betullah kata PI tu.  Batrisya seolah-olah dijaga.

“Boleh saya tanya sesuatu?”  Raif mula bersuara.

“Tanya apa?”

“Siapa sebenarnya Batrisya tu?”

“Maksud encik Raif?”  Haji Shamsudin tak faham.

“Hotel ni.  Siapa?”  Raif sendiri pun tak tahu nak tanya macam mana.

“She’s the owner.”  Beritahu haji Shamsudin.

“What?”

“Sekejap.  Encik Raif berkawan dengan dia dah lebih 6 bulan rasanya.  Encik Raif tak pernah tahu atau tanya?”  Haji Shamsudin hairan.  Berdating bagai nak apa.  Tapi tak tahu status Batrisya tu.

“Dia pernah cakap.  Tapi, saya ingat dia main-main.”

“Kenapa pula encik Raif tak percaya?”  soal Haji Shamsudin.

“First saya jumpa dia, dia tolak troli house-keeping tu.  Second time saya jumpa dia, jadi pelayan kat restoran.  Then, bila saya datang office, saya tak nampak pun bilik atau pejabat yang tertera nama dia.  Lepas tu masa saya ikut dia pergi rumah-rumah kebajikan tu, budak-budak catering tu selamba jek arah itu ini kat dia.”  Jawab Raif yang masih sangsi.

“Satu perkara yang encik Raif perlu tahu pasal Batrisya ni, apa-apa berkaitan hal peribadi, dia suka buat sendiri.  Kalau nampak dia tolak troli tu, maknanya dia kemas bilik dia.  Kenapa dia takde kat office, macam saya cakap tadi, she’s the owner.  Tapi bahagian management, saya dan anak saya yang uruskan, Shah Iskandar tu anak saya.  Hanya kalau ada hal-hal tertentu sahaja baru dia akan terlibat.  Tak ramai pun staff kat situ tahu dia tu owner.  Dia selalu kat sini , sebab dia tinggal kat sini.  Bila pergi rumah-rumah kebajikan tu, dia memang taknak pergi sebagai boss.  Tak fun katanya.  Dia nak happy-happy tak protocol sangat.  So, budak-budak catering tu dia buat macam member je.”  Sedikit penerangan tentang Batrisya.

“Jadi, Batrisya dengan Tan Sri tu…”

“Dia boyfriend saya.”  suara Batrisya muncul.

“Maksud awak.”  Ya Allah, kecewanya mendengarkan kata-kata yang keluar dari mulut Batrisya itu.  Jadi betullah anggapan Badrul?  Jadi tepat tuduhan Badree dan Fakhrul?

“Dia yang selama ni limpahkan saya dengan kemewahan, kesenangan dan jaga saya.”  akui Batrisya.  Perlahan-lahan haji Shamsudin beredar dari situ.

“Sebab itu ke awak berat nak terima cinta saya?”  Tebak Raif.  Batrisya menggeleng.  Adakah selama ini memang Batrisya tak ada apa-apa perasaan terhadapnya.

“Tan Sri Badsha tu cinta hati saya.  Cinta pertama saya.  Insan yang amat saya sayangi. Hinggalah saya bertemu awak.  Kasih sayang saya terbahagi. Macam manapun, sayang saya untuknya tak akan boleh terhapus.  Kalau awak suruh buat pilihan pun, dia tetap akan jadi pilihan utama saya Raif.”  Bicara Batrisya tenang.

“Tengok ni.”  Batrisya menunjukkan gambar pada skrin handphone miliknya.

“Ini ‘madu’ saya.  Kami berkongsi kasih dengan lelaki yang sama.  Dia dipanggil ‘baby’ dan saya pulak dipanggil ‘sayang’.”

“Tapi, ini bukan ke….?”

“Yes.   She’s my ‘madu’.  And she’s also my sister, Qasrina.”

“Sekejap….kalau awak berkongsi kasih dengan lelaki yang sama…it’s that mean Tan Sri Badsha is your father?”  Raif terus dapat meneka.

“Yes, tepat sekali encik Raif.”

Mendengarnya Raif terdiam.  Tertawa kecil.  Menggeleng kepala.  Batrisya tak faham.  Hai, dah kenapa si Raif ni.

“Selama ni, abang-abang saya tuduh awak ni ‘gold digger’.  Mereka cakap yang awak kawan dengan saya kerana harta.  Tapi, sekarang ni saya rasa, sayalah ‘gold digger’.”

“Sebab?” Batrisya tak faham.

“Ayah awak tu bukan orang biasa-biasa Sya.  Saya jadi segan.  Siapalah saya ni.”  Bicara Raif merendah diri.

“Tapi awak kata awak cintakan saya?” 

“Awak pun sama?”  Raif memandang Batrisya.  Batrisya takut main tarik tali lagi.  Kalau Raif lari macam mana?

“Awak memang gold digger pun.  Hati saya ni ibarat emas, dan awak dah gali.” Hanya bicara dalam hati.

“Boleh ke awak terima saya seadanya Raif?  Saya ni lahir dalam keluarga yang mewah.  Tak macam kakak, dia seorang yang sangat berdikari.  Walaupun papa dan mama boleh adakan apa sahaja yang dia nak, dia memilih untuk berusaha.  Tak macam saya.  Bebas.  Boros.  Liar.  Tukar pakwe macam tukar baju. Dari kecil, sombong.  Selalu hina orang miskin.  Sampai sekarang saya malu dengan diri saya sendiri.”

“Tapi, itu dulukan?  Awak dah berubah.” Kata Raif.

“Sebab tulah saya susah nak terima seseorang dalam hidup saya.  ye betul, memang saya dah berubah.  Sebab Allah tarik nikmat sihat saya.  Saya disahkan ada kanser hati. Kalaulah saya takde kanser hati, mungkin saya lebih teruk dari apa yang awak lihat sekarang.”  Sambung Batrisya. 

“Mengenangkan saya ada masa yang singkat untuk hidup, saya mula berubah.  Buat kerja-kerja amal.  Bantu kawan-kawan meniaga.  Hanya tunggu masa sahaja. Kalau tak dapat penderma yang sesuai, saya akan ……..”

Handphone di tangan berbunyi.  Dari Tan Sri Badsha.  Batrisya terdiam seketika.  Menjawab panggilan dari ayahnya yang mahu dia ke satu lokasi.  Batrisya minta diri untuk pergi.  Dan berjanji akan menghubungi.  Dan meninggalkan pesanan, ‘beri saya masa’…apakah itu sebenarnya satu harapan.

Malam bertamu.  Tan Sri Badsha merasakan ada sesuatu yang tak kena pada anak bongsunya itu.  Selalunya kalau dia balik Malaysia, memang pagi petang siang malam dengar anaknya itu berceloteh.  Mulalah masing-masing baby dan sayang hatinya itu nak bergaduh dan berebut itu ini.  Tapi kali ini, nampak jelas dia banyak mengalah dengan Qasrina.

Batrisya termenung sambal merenung luar jendela.  Fikirannya sedikit terganggu.  Memikirkan besarnya harapan insan-insan yang menyayangi Raif.  Yang tak mahu Raif kecewa sekali lagi.  Kegembiraan mereka melihat perubahan Raif.  Kegembiraan mereka melihat keceriaan Raif.  Dan aku yang dikatakan membawa segala perubahan itu.

“Maaf Dato’.  Kenapa sebenarnya dato’ nak sangat bercakap dengan saya ni? Maksud saya, perkara apa yang dato’ nak bincangkan?”  tanya Batrisya dengan penuh rasa hormat.  Jangan-jangan dato’ ni pun nak halang aku berkawan dengan Raif.

“Jangan risau.  Saya tak macam abang-abang Raif tadi tu.”  Bicara awal dato’ Nawawi.  Batrisya masih tak dapat tangkap apa yang cuba dato’ Nawawi suarakan.

“Saya cuma ucap terima kasih.  Terima kasih sangat-sangat.  Kehadiran awak dalam hidup Raif telah merubah dia 100%. 3 tahun dia jadi seorang yang pendiam, takkan bercakap kalau tak ditanya.  Dah takde lagi senyuman di bibirnya.  Dia dah hampir nak tinggalkan kami.  Farhah minta keluarga Raisha pujuk.  6 bulan dia hilang selepas Raisha meninggal dunia.” Cerita dato’ Nawawi.

“Raif bukan tak boleh terima qada’ dan qadar.  Bukan dia tak boleh terima kematian Raisha dengan reda.  Tapi, dia tak boleh terima apa yang keluarga kami buat pada arwah Raisha sehinggakan dia terlibat dalam kemalangan jalan raya malam tu.”

“Maksud dato’?”  Batrisya tak sabar nak tahu kisah selanjutnya.

“Isteri saya sangat cerewet.  Pemilih.  Nak berkawan dengan orang kaya-kaya sahaja.  Orang yang berpangkat dato’ atau tan sri. Tengku-tengku.  Begitulah isteri saya. Dua anak lelaki saya tu sama sahaja.  Arwah Raisha bukan oran sembarangan.  Dia seorang arkitek yang sangat berjaya.  Awalnya isteri saya restui.  Tapi, bila dia tahu yang Raisha tu berasal dari kampung, dia tak boleh terima.  Malu katanya.  Nanti kalau orang tanya menantu dia berasal dari mana, dia malu nak jawab dari kampung. Dia buat helah, ajak Raisha datang rumah.  Buat helah, supaya dia ditinggalkan berdua di ruang tamu.  Konon ada hadiah untuk Raisha, dia suruh Raif ambil.  Dalam kesempatan itulah teruk Raisha dihina, dimaki, dicerca.  Maruahnya dipijak-pijak.  Raisha terus keluar rumah.”  Dato’ Nawawi terdiam seketika.  Malu nak bercerita kejahilan anak isterinya sendiri.

“Bila Raif datang semula ke ruang tamu, tengok Raisha takde.  Masa tu dia dah rasa tak sedap hati.  Dia terus berlari keluar.  Tak nampak bayang Raisha.  Dia cari kunci kereta takde. Dan keretanya pun kena blok.  Dia tahu tu mesti kerja abangnya.  Dia terus berlari mencari Raisha.  Kebetulan dia terserempak dengan Badrul yang dalam perjalanan nak balik rumah.  Mereka sama-sama cari Raisha.  Bila dia nampak Raisha, dia panggil namanya.  Tapi, Raisha terus lari dan tak toleh kiri kanan.  Masa tulah dia dilanggar kereta.”  Sambung dato’ Nawawi sugul.  Batrisya terdiam.  Selama ni pun Raif hanya cakap Raisha kemalangan.  Dan tak pernah ceritakan apa-apa.

“Saya tak sanggup kehilangan Raif lagi.  Saya berjanji yang saya akan lebih tegas dengan isteri kali ini. Dia mesti kena terima siapapun pilihan Raif.  Mungkin sekarang ni pun dia dah sedar.  Jangan nak bangga sangat dapat menantu kaya, besan berharta.  Bila kami dah tersepit macam ni, takde sorang pun nak datang bantu.”  Luah dato’ Nawawi kecewa.

“Alhamdulillah terserempak dengan tan sri Badsha.  Dan dia sedia nak bantu.”

“Dah lama ke dato’ kenal tan sri?”

“Kami pernah berurusniaga dua tiga tahun lepas.  Dia pernah offer nak beli resort family kami.  Tapi, masa tu kami sayanglah.  Harta keluarga kan.  Sekarang ni, itu jelah harapan kami.  Tanya tan sri kalau dia masih berminat.  Insha Allah, semoga segalanya berjalan dengan lancar.”  Cerita dato’ Nawawi tanpa berselindung.  Entah mengapa mudah sangat dia mempercayai gadis ini.  Mungkin kerana dia yakin gadis ini adalah penyelamat.

“Sudah-sudahlah tu termenung.”  Tegur Qasrina.  Batrisya kembali ke alam nyata.  Segala imbasan kisah pagi tadi dengan dato’ Nawawi terus melayang di bawa angin.

“Kalau suka cakap jelah suka.  Jangan nak main Tarik tali sangat.  Nanti si Raif tu give up, terus angkat kaki, awak gigit jari.”  Usik Qasrina.

“Raif? Siapa Raif?”  Tan Sri Badsha terdengar perbualan anak-anaknya.

“Takde siapa.  Kakak ni memang suka mengarut.”  Pantas Batrisya cuba menyembunyikannya.

Jauh Raif termenung.  Merenung luar jendela.  Kenapa sampai sekarang Batrisya masih tak call.  Ke aku yang patut call dia.  Kenapa rasa janggal yer sekarang?  Sebelum ni selamba je call dia.  Tak kira waktu.  Tengah malam.  Awal pagi.  Kadang tu bersembang sampai tak ingat waktu.  Memang ada perasaan rendah diri bila dapat tahu siapa Batrisya sebenar.  Dalam masa yang sama hati sangat merindui.  Rindu sangat.  Raif memandang jam di dinding.  Jam 11 malam.  Kalau dikira-kira kali terakhir dia berbicara dengan Batrisya 10 jam yang lalu.  Kenapa rasa lama sangat?  Masa apa sebenarnya yang Batrisya mahukan? Kalau bersungguh cintakan Batrisya takkan nak termenung sahaja.  Aku kena lakukan sesuatu.

Ini tekad aku.  Takkan menyerahkan hatiku kepada sesiapapun selagi aku tidak bertemu pemilik hatiku.  Sanggup ke aku terima kalau Raif mengundur diri? Handphone berbunyi.  Tertera nama Raif di skrin handphone.  Ish, kenapa rasa serba salah pulak nak angkat ni?  Kau janji nak call dia tadi kan?  Hah, sekarang dia pulak call kau.  Jawab Batrisya.  Jawab.  Tak sempat nak jawab. Loceng pintu berbunyi.  Tan Sri Badshah bangun dan buka pintu sebaik mengetahui Haji Shamsudin yang datang.  Tapi dia tak datang seorang.

“Maafkan saya.  Saya yang paksa tuan haji bawa saya jumpa tan sri.  Sekaligus saya nak jumpa dengan Batrisya.”

Dah takde tapis tapis lagi.  Takde bunga-bunga bicara.  Tiada mukadimah yang Panjang berjela.  Dengan nekad, Raif meluahkan isi hatinya terhadap Batrisya di hadapan tan sri Badshah.  Menyatakan keikhlasan hatinya menyayangi Batrisya.  Ingin membuktikan kesetiaannya menunggu jawapan dari Batrisya.  Sanggup susah senang Bersama.  Dan jika perlu, dia sanggup mendermakan hatinya.

“Kanser hati?”  tan sri Badsha memandang anaknya.

“Sya cerita tak habis tadi.” 

“Betul ke kamu ikhlas ni?  Atau sebab harta?”  Qasrina cuba menguji.

“Hei, selama kite orang berkawan, dia tak tahu pun Sya anak tan sri.”

“Oooh, pandai membela.  Dah tu yang sibuk nak tarik tali tu kenapa?  Mengaku sahajalah yang awak pun cintakan dia.”  Balas Qasrina.

“Lupa yer tengah bincang hal serius ni?”  tan sri Badsha mencelah di tengah perbalahan dua beradik itu.

“Raif.  Memang betul, Batrisya ada kanser hati.  Dulu.  Dia dah ada penderma hati.”  Cerita tan seri Badsha.

“Dia ni dulu pesakit yang degil.  Lepas dia tahu dia ada kanser memang dia berubah 360 darjah.  Memang dah tak fikir pasal sakit dia.  Dia banyak buat kerja amal. Tolong orang.  Alhamdulillah, dia kekal dengan sikap tu walaupun dia dah sembuh sekarang.  Dia sangat aktif. Sampailah akhirnya dia terlantar sampai 3 bulan kat hospital.  At that time,  kami memang dah rasa memang takde harapan.  Dengan kurusnya nampak tulang.  Tapi kami tak pernah berhenti berdoa.  Dan Allah jawab doa kami.  Ada seorang mangsa kemalangan yang telah dermakan hatinya pada Batrisya.”  Sambung tan sri Badsha.

“Saya rasa tidak adil.  Papa saya happy, anak dia sembuh dan sihat kembali.  Namun, saya yakin ada seorang bapa, sebuah keluarga yang bersedih kerana kehilangan insan tersayang.  Saya tak nak banyak.  Cukuplah sekali sahaja saya dapat membahagiakan keluarga penderma hati saya tu.  Nekad saya.  Saya nak bahagiakan mereka,sebelum saya bahagiakan diri saya sendiri.”  Ujar Batrisya.  Kali ini Raif terdiam.  Hilang seketika kata-kata.  Kecewa.  Buatnya family tu suruh Batrisya kahwin dengan anak lelaki mereka.  Macam mana?  Mungkinkah itu yang sedang Raif fikirkan.

“Raif, awak okey ke?”  tanya Batrisya.

“Macammana?  Sanggup ke nak tunggu?”  soal Qasrina menguji.”

“Saya sanggup tunggu awak sampai bila-bila walaupun mungkin akhirnya saya akan kecewa.  Tak kisahlah, yang penting awak bahagia Batrisya.”  Luah Raif ikhlas.

“Boleh saya tanya sesuatu?”  Pinta Raif.  Tan Sri Badsha angguk.

“Masa Batrisya sakit dulu, dirawat di hospital mana? Tahun bila? Bulan berapa?’  tanya Raif bertubi.  Tan Sri Badsha dan anak-anaknya saling berpandangan.

“Please, don’t get me wrong.  Arwah Raisha meninggal dunia seminggu selepas kemalangan.  Di HJKL. Lebih tiga tahun yang lalu. Hatinya telah didermakan pada seorang pesakit di hospital yang sama.”

Adakah ini satu kebetulan? Atau inikah yang dikatakan dejavu.  Kali pertama bertemu mata, hati bergetar.  Wajahnya terbayang-bayang.  Lahir satu rasa kerinduan yang tak mampu dihalang.  Saat itu rasa cinta terus datang sebelum sempat berkenalan lebih panjang.  Setiap kali bertemu hati rasa rindu terubat.  Walaupun hakikatnya dia amat menyenangi insan di hadapannya itu.

Batrisya tidak menunggu jawapan pasti.  Dia memang terlalu menyintai lelaki itu.  Biarpun sedikit sangsi dengan kesahihan pemilik hatinya.  Mungkinkah ianya benar.  Rasa kasih terhadap ibubapa Raisha cepat benar hadir, biarpun baru sekali bertemu.  Mungkin juga kerana itu mudah sangat rasa senang dengan Farhah yang baru dikenali.  Bercerita bersembang bagaikan dah berkenalan lama.  Inilah kebetulan yang Allah hadiahkan untuk umatnya yang sentiasa berdoa padaNya.

Hakikatnya Batrisya sendiri sangsi dengan nekadnya apabila cuba menafikan cinta.  Sebelum bertemu Raif memang dia tidak kisahpun kalau dia diminta berkahwin dengan sesiapapun asalkan dia dapat membahagiakan keluarga itu.  Bersama Raif, hatinya berbelah bagi.  Antara rasa cinta dengan nekad yang dicipta.  Kalaulah bukan mereka yang Batrisya cari.  Mungkinkah dia akan menerima lamaran Raif dan hentikan pencarian.  Atau teruskan pencarian dan biarkan Raif terus menanti.  Mencari sesuatu yang tak pasti atau meneruskan hidup bersama insan yang mencintai.

Dua bulan berlalu.

Majlis persandingan yang meriah.  Maklumlah pengantinnya selebriti terkenal.  Model yang sangat perahsia. Pernah digossipkan dengan ayah sendiri kerana terlalu berahsia.  Qasrina tersenyum bahagia.  Sekilas memandang adiknya di sebelah.  Akhirnya kau mengalah juga.

“Congratulation!  Gold digger.” Ucap Qasrina pada si pengantin lelaki.  Lelaki itu tak faham.  Apa maksud Qasrina.  Adakah kerana dia tidak keluarkan satu sen pun untuk majlis ini. Hanya hadiahkan mas kahwin.  Bukan dia taknak, Tan Sri Badsha yang menolak.  Qasrina ketawa melihat wajah cuak lelaki itu.

“Hati Batrisya tu ibarat emas.  Kau kena gali dan gali sedalam-dalamnya baru kau dapat memilikinya.  So, kau dah berjaya gali ‘emas’ tu.  Maknanya kaulah ‘gold digger’ dalam kisah ni.”  Jelas Qasrina akan maksudnya.  Tersenyum.  Raif tersenyum lega. The real ‘gold digger’ is here.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Comments

Popular posts from this blog

ISTERI BOSS

Balqis masih mengadap komputer riba di atas meja belajarnya. Jarum jam sudah menunjukkan hampir ke pukul 1 pagi. Nadia yang baru pulang dari kerja ‘part-time’ di 7 eleven agak terkejut. Selalunya jam 11 malam Balqis dah tumbang. Kalau nak bangun study pun dia akan bangun seawal 4 pagi dan seterusnya akan berjaga sehingga masuk waktu subuh. Hmmm…sejak balik dari cuti semester baru-baru ni Balqis nampak berbeza. Suka termenung. “Aku nak tanya ni. Kau jangan marah tau.” Kata Nadia satu hari. “Macam serius je bunyinya.” “Memang serius pun.” Balas Nadia. “Pasal apa?” “Pasal kau.” Jawab Nadia. Balqis berkerut dahi. Kenapa pula dengan aku? Tanya Balqis dalam hati. Jangan-jangan….. “Kau nampak lain.” “Maksud kau? Aku dah gemuk ke? Atau aku dah kurus?” Tanya Balqis berseloroh. Walhalnya dalam hatinya berdebar juga menunggu soalan dari Nadia. Nadia ni bukan saja BFF aku, ada masa dia ni boleh jadi BFF mak aku jugak ni. Sama-sama suka korek rahsia pasal aku. “Muka kau ...

DENDAM SEORANG ISTERI

Apa yang kau dah buat? Kenapa Mia berdendam dengan kau sampai macam tu sekali? Apa yang kau dah buat? Cuba kau ceritakan hal sebenar. Kalau kau diam je macam ni, macam mana aku nak tolong kau. Hakimi meraup muka dengan kedua telapak tangannya. Ketika hati sedang berbunga cinta, kenapa ini yang terjadi? Apa yang lebih membimbangkan, Mia tu tak sihat. Selepas bertengkar semalam, Mia tiba-tiba pengsan. Bila dia sedar, dia marah-marah dan tak mahu ada doktor dalam rumahnya. Hakimi akurkan sahaja. Esok paginya, Mia hilang. “Aku rasa bersalah sangat. Selama ni aku sia-siakan peluang yang aku ada. Kesabaran dia, memang mencabar aku. Dia terlalu baik. Aku nak dia benci aku. Tapi, dalam masa yang sama, aku semakin menyayangi dia. Aku cuba untuk tak pedulikan dia. Tapi, bila dia balik lambat, aku jadi risau. Tak tentu arah. Memang aku tak cakap apa-apa. Bila nampak saja wajahnya menjengul di muka pintu, betapa leganya hati aku bila dia sampai ke rumah dengan selamatnya.” “...

Bagaimana Untukku Jatuh Cinta

 Calon terakhir untuk hari ini.  Mohd Rafiq Harraz. 30 tahun. Masih bujang. Aneesa memandang wajah pada foto bersaiz kecil itu.  Eh, ini senior aku ni!  Abang handsome yang menjadi rebutan masa sekolah dulu.  Aku ada dengar cerita yang mengatakan dia dah jadi jutawan, dah tu apasal minta kerja jadi pengawal peribadi pulak ni? "Alah,rumors je tu. Saya orang biasa jek. Sedang cari kerja. Baru resign sebab company tutup." "Macam ni sahajalah, sebab saya kenal abang, saya akan hired abang. Tapi kerja abang bukan setakat bodyguard jek tau, abang juga adalah driver dan assisstant saya. You have to be with me 24 hours. You kena tinggal dengan I, I mean at my family's house. Saya akan beri cuti sebulan after six months, is it okey with you?" "Okey, saya okey je." "Sorrylah, it's my father's rules. Selagi saya tak kahwin dia nak saya sentiasa dikawal. Nak gerak bebaspun terbatas." "So, sebelum ni ada bodyguard jugalahye?" "Yes, ...