Skip to main content

Posts

Showing posts from 2024

Suratan atau Kebetulan

 Hidup mesti diteruskan. Nak buat apa meratap nasib hidup yang berkesudahan begini. Ada dua perut yang perlu diisi. Meneruskan kerjaya sambil memegang title ibu tunggal. Ditinggal suami yang jatuh cinta dengan orang lain. Menolak untuk bermadu, cuma berharap bekas suami tak lupa pada anak yang masih kecil dan memerlukan kasih seorang ayah. Dapat bersama dua minggu sekali,mungkin memadai. Alhamdulillah masih ada ibu yang sentiasa ada memberi sokongan. Dan kakak yang tak putus memberi semangat. Buat masa ini janganlah disebut-sebut pasal perkahwinan. Trauma mendengarnya. "Kalau aku belum kahwin, aku masuk meminang kau." "Kau ni, mulut tu kalau bercakap tak jaga betul. Dengar isteri kau nanti, kecik hati dia." "Alah, dia tahulah kita kawan baik dari kecik lagi. Dan dia pun tahu yang kau pernah 'reject' aku dulu." " Itu tak bermakna kau boleh cakap yang bukan-bukan. Hati isteri ni kena jaga. Rizal tu dulu baik dengan isteri dia sebab kerja satu of...

Kisah Hati (Ending)

 Pelukan itu terasa menghangatkan. Bila malam semakin larut, rasa sejuk semakin menggigit.  "Jomlah minum. Abang dah bancuh teh strawberi untuk kita." Adam mengajak isterinya masuk. Sumayyah akur. "Sayang, jomlah kita pergi petik strawberi kat Korea." Adam buka lagi tajuk yang sama. "Dah petik kt Cameron ni cukuplah. Tak payahlah pergi jauh-jauh." Sumayyah tak setuju. "This is for our honeymoon, sayang." "Kan kita tengah "honeymoon" ni?" Balas Sumayyah. Masih ingat lagi sewaktu Adam meluahkan isi hatinya di bumi Cameron Highland. "Betul tekaan saya. Maya kat sini." "Adam buat apa kat sini?" "Cari awaklah. Walaupun Ariq beritahu saya ada jumpa kat JB, tapi hati saya kuat mengatakan awak kat sini." Jawab Adam. "Nak buat apa cari saya?" "Nak ajak awak kahwin." Adam tidak berbasa basi lagi. "Hah?!" Sumayyah terkejut mendengar lamaran itu. "Saya tahu awak tunang orang...

Terus Mencintai (Bab 8)

 Adam menghirup cawan kopi di atas meja. Alamak, dah habis pulak. Adam menekan interkom di atas meja.  "Sari, minta Maya buatkan secawan lagi black coffee untuk saya." "Maya dah balik encik Adam. Kan dah pukul 6." Beritahu Sari, pembantu peribadinya. Adam menjeling jam tangannya. Dah pukul 6?. " Kalau macam tu awak jelah buat. Lepas tu awak boleh balik. Nanti letak je kopi tu atas meja, saya nak solat asar jap." Arah Adam. Sari akur. Dia terus ke pantry untuk bancuhkan air untuk boss. Ariq masuk. "Tak balik lagi Sari? Boss tak balik lagi ke?" "Sekejap lagi. Encik Adam minta buatkan air dulu." "Takpe awak buat je. Nanti biar saya yang hantar ke bilik dia. Lepas tu awak baliklah yer." "Encik Adam suruh letak je atas meja, sebab dia nak solat asar." "Yelah." Pintu diketuk perlahan. Ariq masuk bersama mug air kopi. Diletak atas meja. Menanti Adam yang sudah di tahiyyat akhir. Adam memberi salam lalu membaca doa...

Siapa Pilihanmu( Bab 7)

 Tamat sahaja tingkatan 5 Siti dan Damia dah mula ke sana dan ke mari mencari pekerjaan. Ada jawatan kosong sebagai kerani fail di sebuah syarikat. Dan juga pembersih pejabat. Tak kisahlah, janji dapat duit. "Ok, Siti duduk dalam bilik ni. Nanti Siti fikirkanlah cara terbaik untuk susun fail-fail ni. Cara yang lebih sistematik. Sebelum ni, kita susun ikut huruf, ni boss suruh susun balik ikut tahun dan huruf. Jadi lepas ni, senang nak cari kalau dia nak refer fail client lama." Nora, pembantu peribadi big boss. "Boss jarang ada kat office. Maklumlah orang banyak syarikat. Ada dua orang,encik Azmi dan encik Badrul. Sebab tu nama syarikat ni 'Badzmi'. Kira gabunganlah tu." Sambung Nora. "Damia pula macam mana?" "Damia bersih-bersihkan pejabat. Buat2kan air masa staff meeting. Nanti dia duduk dalam bilik ni juga. So, bolehlah,dia tolong-tolong Siti sekali."  Siti tersenyum. Nora tahu daripada adiknya yang juga guru kepada Damia dan Siti, bet...