Pelukan itu terasa menghangatkan. Bila malam semakin larut, rasa sejuk semakin menggigit.
"Jomlah minum. Abang dah bancuh teh strawberi untuk kita." Adam mengajak isterinya masuk. Sumayyah akur.
"Sayang, jomlah kita pergi petik strawberi kat Korea." Adam buka lagi tajuk yang sama.
"Dah petik kt Cameron ni cukuplah. Tak payahlah pergi jauh-jauh." Sumayyah tak setuju.
"This is for our honeymoon, sayang."
"Kan kita tengah "honeymoon" ni?" Balas Sumayyah. Masih ingat lagi sewaktu Adam meluahkan isi hatinya di bumi Cameron Highland.
"Betul tekaan saya. Maya kat sini."
"Adam buat apa kat sini?"
"Cari awaklah. Walaupun Ariq beritahu saya ada jumpa kat JB, tapi hati saya kuat mengatakan awak kat sini." Jawab Adam.
"Nak buat apa cari saya?"
"Nak ajak awak kahwin." Adam tidak berbasa basi lagi.
"Hah?!" Sumayyah terkejut mendengar lamaran itu.
"Saya tahu awak tunang orang. But I'll take the risk. Biarlah apa orang nak kata pasal saya, saya tak peduli. Saya dah lama suka kat awak. Sejak awak kerja buat kopi untuk saya lagi. Saya dah cukup menyesal sebab tak beritahu awak masa tu. Saya cuma nak beritahu yang saya ikhlas sayangkan awak. Walaupun mungkin awak reject saya lepas ni. Saya akan terus mencintai awak."
Mama menerima dengan hati terbuka. Cuma papa yang agak kecewa. Hazrul terima dengan baik biarpun kecewa, pastinya bila ada pengganti, dia akan lebih menghargai. Atuk dan nenek merestui.
Puas dipujuk, akhirnya Sumayyah setuju. Itupun lepas didesak atuknya. Mulanya Sumayyah nak tangguh dulu kerana neneknya dah seminggu demam. Risau nak tinggalkan Malaysia.
Takdir yang menentukan pertemuan dan perpisahan yang tak disangka. Siti meninggal dunia ketika tidur. Dan Badrul sepuluh minit selepas itu ketika sedang menangis meratapi pemergian yang dikasihi. Janji sehidup semati yang termateri telah pasti.
Hidup perlu diteruskan. Namun, ianya dah tak sama seperti dulu. Bukan tak reda, tapi terkilan. Kalau dia tak ke Korea, dia akan berada di samping arwah nenek. Akan dapat memberikannya khidmat terakhir menjaganya. Akan dapat menatap wajahnya buat kali terakhir. Dulu, lepas nenek Sara meninggal, Sumayyah memilih untuk tinggal di Malaysia bersama atuk dan nenek. Kini dia dah hilang kedua-duanya.
"Dia masih dalam bilik atuk dan nenek. Tak mahu turun." Jawab Adam, bila Sara bertanya tentang Sumayyah.
"Dah dua minggu macam tu. Mamapun nak kena balik rumah ni. Papa dah asyik call je. Pandai-pandailah Adam pujuk ya." Bicara Sara.
Dugaan apakah ini. Baru 3 bulan kahwin. Inikah karma untuk aku kerana rampas hak orang lain?
"Maya dah cakap Maya tak nak, tapi abang nak juga pergi kan. Kalau kita tak pergi malam tu, kita sempat naik flight pagi. Dan kita sempat balik Malaysia. Dan Maya akan dapat tengok atuk dan nenek sebelum mereka dikebumikan."
Terasa seperti melanggar sesuatu. Atau mungkin seseorang. Sumayyah keluar dari kereta. Allahuakhbar, orang rupanya. Berterabur kuih-kuih di atas jalan.
"Akak okey ke?" Sumayyah membantu wanita itu untuk bangun. Dan membantu mengutip barang-barang yang jatuh.
"Saya bawa akak ke klinik ye. Luka ni." Ajak Sumayyah.
"Takpelah sikit jek."
"Atau at least biar saya hantar akak balik." Sumayyah bersungguh nak bantu. Rasa bersalah amat sangat.
"Kuih-kuih ni biar saya bayar ganti rugi." Tambah Sumayyah.
"Eh, tak payahlah dik. Dah memang takder rezeki akak hari ni."
"Allah memang tak bagi rezeki melalui kuih-kuih ni, tapi Allah bagi melalui saya. Jom, saya hantar." Sumayyah memapah wanita itu ke keretanya. Dia meletakkan barang-barang ke boot kereta.
"Nama saya Sumayyah. Panggil Maya je, Siapa nama akak?" Sumayyah mulakan perbualan.
"Marlia. Panggil kak Lia jek."
"Jauh juga akak berjalan ni ya."
"Nak cari rezeki."
"Sebelum ni ada basikal. Tapi dah kena curi. Dengan kuih-kuih sekali dia ambil." Cerita Marlia. Tersenyum. Biarpun menghadapi kesusahan, bibirnya masih mampu untuk mengukir senyuman.
"Maaflah, rumah akak agak terceruk sikit. Ni macam nak hujan ni, Maya singgah dulu ya?"
Melangkah masuk ke dalam rumah itu. Ia tidak semewah rumah sendiri. Sumayyah duduk di atas lantai. Matanya masih keliling memandang isi rumah itu. Pandangannya terhenti di suatu sudut.
"Maaflah, duduk kat lantai je. Hujan makin lebat ni, harap-harap tiadalah yang bocor." Marlia datang bersama dulang minuman. Sepinggan kuih karipap.
"Hmm, sedap kopi ni kak. Boleh lawan 'staff' saya ni. Dia orang kalau buat 'black coffee' guna yang instant jek." Cerita Sumayyah. Marlia tersenyum.
"Itu gambar anak-anak ke?" Sumayyah mengalih pandangan Marlia. Marlia angguk bagi menjawab soalan itu.
"Mereka tinggal dengan bapa diaorang. Akak dah berpisah dengan suami akak dua tahun. Anak-anak ikut suami. Akak taknak mereka hidup susah dengan akak. Terpaksalah terima hakikat, menanggung rindu." Airmata Marlia mengalir. Pantas diseka. Kalau boleh, tak mahu Sumayyah nampak."
Perkenalan yang singkat. Namun banyak pengajaran yang dapat diperolehi. Inilah pertemuan yang ditakdirkan.
"Kita selalu tak nampak pengorbanan suami. Sebab kita rasa kita je betul. Bekas suami curang sebab nak cari duit lebih. Akak tahu matlamat tak menghalalkan cara, tapi dia korbankan hati dan perasaan dia. Lagipun, isteri dia tu baik. Dia tak tahupun pada awalnya, dia nak undur diri. Akak yang tak bagi. Akak cuma nak dia jaga suami dan anak-anak akak. Kami berpisahpun kerana akak yang ego. Akak yang tak mahu bermadu. Orang nampak memang suami yang salah. Tapi akak dah reda dengan semua ni. Tak dinafikan akak masih rindukan dia, tapi akak dah lepaskan dia. Kalau Maya ada suami,jagalah dia baik-baik."
Apa khabar Adam sekarang. Aku yang minta dia jangan cari aku. Aku perlukan masa untuk bertenang.
"Ayah akak tak restu. Kami kahwin lari. Inilah karma kerana menyusahkan hati orang tua. Lepas ex-husband kahwin dia pindah Kuantan. Dia suruh pindah juga, supaya dekat dengan anak-anak. Tapi akak taknak jauh dari ayah akak. Lagipun akak nak biarlah anak-anak ada hubungan yang baik dengan mak tiri dia orang."
Pasti mama tak senang hati sekarang ni. Last jumpa hari tu pun aku merajuk taknak cakap dengan dia. Maafkan kakak mama.
"Akak dah sakitkan hati ayah. Tak berani nak balik pada dia. Dapat tengok dia dari jauh pun jadilah."
Patutlah masa aku kata nak ke Hotel Magika tu excited dia nak ikut. Tapi taknak masuk.
"Puas pujuk, dia taknak. Dia takut nak jumpa ayah dia." Cerita salah seorang eksekutif di situ.
"Ooh..saya ingat kafe yang saya nak buka tu, nak minta dia tolong uruskan. Kalau, ada isu macam ni, terpaksalah saya cari lokasi baru."
"Eh, jangan macam tu puan. Kafe puan dah viral sampai Pahang ni tau. Manalah tau Adam's Taste boleh kalahkan kopi perisa strawberi kat Cameron ni."
Adam's Taste mengingatkan kembali pada memori bersama suami tersayang.
"Suami dah tau belum?"
"Tau apa?"
"Ni." Marlia menunjuk ke arah perut Sumayyah.
"Akak tau?" Sumayyah terkejut.
"Akak ni dah dua kali mengandung. Simptom Maya tu lebih kurang akak je. Masa cerita pasal Adamaya Cafe tu, ketara sangat yang Maya tu hantu kopi. Ni, bau serbuk kopi pun taknak. Asyik minum teh jek." Balas Marlia.
"Dah jumpa doktor? Dah berapa bulan dah?"
"Baru lagi."
" Ni, dah berapa lama Maya tak balik?"
"Sebulan."
"Berapa lama nak merajuk ni?"
Perlu ke aku merajuk? Tiada siapa yang sepatutnya dipersalahkan. Ini semua adalah takdir. Takkan aku nak salahkan takdir pula.
"Kalau memang ditakdirkan takkan jumpa, memang takkan jumpa. Apa yang berlaku cuma asbab. Mungkin kerana Allah tahu Maya tak kuat menghadapi kehilangan dia. Maka dia takdirkan Maya tak dapat jumpa dia buat kali terakhir."
"Maya merajuk dengan mama sebab taknak tunggu Maya balik Malaysia. Kita disyorkan agar jenazah itu disegerakan untuk dikebumikan. Daripada Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
أَسْرِعُوا بِالْجَنَازَةِ فَإِنْ تَكُ صَالِحَةً فَخَيْرٌ تُقَدِّمُونَهَا عَلَيْهِ وَإِنْ تَكُنْ غَيْرَ ذَلِكَ فَشَرٌّ تَضَعُونَهُ عَنْ رِقَابِكُمْ
Maksudnya: “Segerakanlah dengan jenazah. Sekiranya dia merupakan jenazah yang soleh, nescaya dia merupakan suatu kebaikan yang kamu hantarkan ia padanya. Namun sekiranya dia tidak soleh, maka itu suatu keburukan yang kamu pikul di atas bahu-bahu kamu.”[1]
Riwayat al-Bukhari (1315) dan Muslim (944)
Menyegerakan pengebumian jenazah di dalam hadith di atas termasuk proses memandikan, mengkafankan, mengangkat serta mengusungnya ke tanah perkuburan. (Lihat Fatawa Syeikh Ilisy, 1/155)
Justeru, perbuatan yang terbaik adalah kita segerakan kecuali tempoh yang tidak lama untuk menunggu. Oleh itu, segerakanlah. Setelah itu, bagi mereka yang datang selepas itu, maka bolehlah pergi ke perkuburan untuk melakukan solat jenazah dan mendoakan untuk si mati.
Maafkan kakak mama,papa, maafkan Maya abang. Maya tahu abang tak putus berdoa untuk Maya. Sebab itulah Allah takdirkan pertemuan Maya dengan kak Lia.
"Maya janji Maya akan balik KL tapi dengan satu syarat."
"Syarat?"
"Syarat ni akak yang kena penuhi." Pinta Sumayyah.
"Apa dia?"
Dua minggu kemudian.
"Saya nak jumpa boss boleh?" Tanya Adam.
"Encik ni siapa?" Tanya pemuda di kaunter itu kembali.
"Saya Adam."
" Kak Lia!" Jerit pemuda bernama Azmir itu.
"Lia? Bukan Sumayyah ke?" Adam hairan.
"Puan Maya owner, Puan Marlia manager branch sini."
"Adam kan?" Tegur Marlia.
"Eh,mana puan tahu?"
"Hari-hari tengok kat wallpaper laptop Maya. Dia ada kat bilik. Tak sihat. Ini kuncinya, no bilik ada tulis kat situ. Bawakan sarapan ni sekali untuk dia. Dia belum makan tu." Marlia menghulurkan kad kunci pintu bilik dan bungkusan makanan pada Adam.
"Ok, terima kasih." Adam terus pergi. Tak sabar nak jumpa isteri.
"Eh, betul ke itu suami dia? Buatnya salah orang."Azmir jadi risau.
"Akak taulah."
Hari-hari Maya mengadap muka dia kat laptop. Itu yang dia kata tak rindu? Hari tu macam-macam syarat bagi kalau nak suruh dia balik.
"Saya akan buka kafe kat Hotel Magika, akak jadi manager."
"Tapi..."
"No tapi-tapi. Akak nak saya balik pada family akak pun kena baik dengan family akak."
"Err..."
"Esok kita jumpa ayah akak yer. Maya dah jumpa dia.Dia rindu sangat kat akak."
"Janji yer?" Sumayyah menghulur jari kelingking.
Berat rasa nak bangun. Sumayyah mencapai telefonnya. Rakaman suara Adam membaca surah Yusof dipasang.
"Nanti, dah sihat sikit kita balik jumpa papa yer." Bicara Sumayyah sambil mengusap perutnya.
Adam masuk ke dalam perut lif. Dia menekan butang nombor 3. Harap-harap sangkaannya tepat.
"Dulu arwah nenek jatuh cinta dengan arwah atuk sebab dengar dia mengaji, mamapun jatuh cinta dengan papa kerana sebab yang sama. Cubalah kamu cuba pula." Cadang Sara.
Adam membacakan Surah Taha lalu dihantar pada Sumayyah. Untuk pertama kalinya, selepas sebulan dia tidak balas satupun mesej daripada Adam, kali ini satu teks ringkas dari Sumayyah.
'bacalah surah Yusof'
"Sadiq kan cakap dia buka cawangan Adamaya kat sana. Kau taknak ke sana ke?" Tanya Ariq.
"Aku tak sure dia dah bersedia nak jumpa aku ke tak." Adam sangsi. Tapi bila mendapat teks ringkas itu, Adam yakin dia perlu bawa Sumayyah balik.
Terdengar kunci pintu terbuka. Sumayyah yakin mesti Marlia. Bawa sarapan kot. Dia cakap kalau tak larat nak turun, dia bawakan sarapan.
"Sayang."
"Abang?!" Sumayyah terkejut. Adam terus menghampiri isterinya. Terubat rasa rindu yang berbuku.
"Maafkan Maya bang." Sumayyah mencium tangan suaminya. Menitis air mata kerinduan.
"Kita balik ye sayang? Abang akan bacakan surah Yusof hari-hari untuk anak kita." Pujuk Adam. Sambil mengusap perut isterinya.
"Boleh. Tapi sebelum balik KL kita pergi petik strawberi dulu ye." Sumayyah setuju bersyarat.
Kisah Hati 3 Generasi.
Sara, Fariq dan Fariqa sama-sama dapat cucu. Ketiga-tiganya lelaki. Perjalanan hidup masih jauh dan takkan berhenti. Bermula dengan Siti diikuti Sara dan kemudian Sumayyah. Inilah kisah hati.
Comments
Post a Comment