Skip to main content

Siapa Pilihanmu( Bab 7)

 Tamat sahaja tingkatan 5 Siti dan Damia dah mula ke sana dan ke mari mencari pekerjaan. Ada jawatan kosong sebagai kerani fail di sebuah syarikat. Dan juga pembersih pejabat. Tak kisahlah, janji dapat duit.

"Ok, Siti duduk dalam bilik ni. Nanti Siti fikirkanlah cara terbaik untuk susun fail-fail ni. Cara yang lebih sistematik. Sebelum ni, kita susun ikut huruf, ni boss suruh susun balik ikut tahun dan huruf. Jadi lepas ni, senang nak cari kalau dia nak refer fail client lama." Nora, pembantu peribadi big boss.

"Boss jarang ada kat office. Maklumlah orang banyak syarikat. Ada dua orang,encik Azmi dan encik Badrul. Sebab tu nama syarikat ni 'Badzmi'. Kira gabunganlah tu." Sambung Nora.

"Damia pula macam mana?"

"Damia bersih-bersihkan pejabat. Buat2kan air masa staff meeting. Nanti dia duduk dalam bilik ni juga. So, bolehlah,dia tolong-tolong Siti sekali." 

Siti tersenyum. Nora tahu daripada adiknya yang juga guru kepada Damia dan Siti, betapa rapatnya mereka berdua ni. Mereka seusia,  tapi Siti nampak lebih matang. Mungkin kerana Siti adalah anak sulung dalam 5 orang adik beradik dan Damia pula anak tunggal. Kedua-duanya anak anggota polis. Mereka tinggal di bangunan perumahan polis yang sama.  Sebab itulah mereka berkawan sejak kecil, apatah lagi rumah mereka pun sebelah-sebelah je. Ibu Damia  seorang guru. Dan ibu Siti pula hanya suri rumah dan ada juga menjual kuih untuk tambah  pendapatan.

Bila ada hari cuti, Siti dan Damia akan sama-sama duduk di tepi pantai. Melukis adalah hobi mereka. Siti ingin menjadi pelukis grafik. Jika ada rezeki ingin melanjutkan pelajaran lebih tinggi lagi. Buat masa ini dia lebih kepada mencari wang untuk membantu keluarga. Ada juga lukisan mereka yang dibeli. Dapatlah tambah sedikit pendapatan. 

Sejak kecil lagi Siti dan Damia dah buat macam-macam kerja untuk dapatkan wang kalau inginkan sesuatu. Mereka tak suka bebankan orang tua mereka.

Siti dan Damia tiba awal pagi itu. Telinga mereka menangkap bunyi suara lelaki sedang mengaji. Menjeling jam di pergelangan tangan. Baru 07:15. Jarang para pekerja di syarikat ini datang seawal ini.

"Kau ingat tak? Puan Nora pernah cakap, kita datang awal2 kena hati-hati." Damia dah fikir yang bukan-bukan.

"Dia cakap kalau ada dengar orang mengaji pagi2 ni, tu maknanya, malam tadi big  boss tidur sini. Dia akan mengaji lepas subuh sampai pukul 08:00. Maknanya,  kita memang kena berhati- hati. Behave ourself." Balas Siti.

"Bos yang mana satu? Encik Azmi ke encik Badrul?"

"Badrul." Tiba- tiba satu suara menerpa dari belakang. Dua-dua terjerit kecil kerana terkejut.

"Saya Azmi." Azmi memperkenalkan diri.

" Ni mesti Siti dan Damia kan? Puan Nora ada beritahu pasal awak berdua yang selalu datang awal.

"Saya masuk office dulu ye." Azmi minta diri lalu pergi.

"Fuh.! Handsome nya boss kita tu. Pandang kau pun tak berkelip mata." Komen Damia.

"Amboi, tajamnya  mata."

"Betul  apa aku cakap. Dia dah jatuh cinta pandangan pertama tu." Damia mengusik lagi.

"Dah, jomlah sarapan  dulu. Aku ada bawa nasi lemak dan karipap. Telur rebus."  Siti segera beralih topik.

"Taknak ajak boss join ke?" Damia mengusik lagi. Siti mencebik. Malas  nak layan Damia yang tak habis mengusik.

Pagi itu ada mesyuarat. Jadi, Siti dan Damia membantu buatkan minuman pagi itu. Dan menghidangkan kuih yang dibawa oleh puan Nora. Puan Nora kata, mesyuarat kali ini akan melibatkan semua pihak. 

Tiga bulan berlalu.

"Akak tengok, boss tu rajin betul datang sini.  Selalunya, sebulan sekali pun payah." Kata salah seorang pekerja di situ.

"Adalah yang dia nak tengok tu." Balas puan Nora.

"Mesti pandang Siti takpun Damia." Usik seorang lagi yang dipanggil Kak Sal.

"Eh, apa pulak saya? Mesti pandang Siti. Kalau datang sini asyik ke bilik fail jek."

"Yang mana satu? Encik A ke encik B?"

"Dua-dua tu sama je." Jawab Damia.

" Siti cakap apa-apa tak? Dia suka yang mana?" Kak Sal sibuk nak tahu.

"Amboi, sempat bergossip ye. Laporan kewangan September dah siap ke?"

"Eh, mestilah dah siap puan Nora. Saya dah suruh Rina letak atas meja dalam bilik boss."

"Damia dan Siti ada plan apa-apa tak hari minggu ni?" Tanya Kak Sal.

"Takda apa-apa plan setakat ni. Selalunya kalau hari cuti Siti ajak ke pantai,atau taman ke, sebab dia nak melukis."

"Dia memang selalu melukis ke?" Celah puan Nora. 

"Berminat dan berbakat. Suruhlah lukis apa saja. Insha Allah menjadi." Cerita Damia.

"Result SPM keluar nanti dia dah plan nak ambil Diploma Rekabentuk Grafik.  Dia nak belajar melukis guna komputer pulak."

"Kamu berdua kan 'kembar', so awakpun akan ambil course yang sama ke?" Tanya puan Nora.

"Saya ni minat je ada, bakat takder. Minat pun mungkin sebab saya rapat dengan Siti. Saya ni, banyak ikut dia." Jawab Damia.

"Lagipun dari kecil lagi kami berdua ni buat macam-macam sebab nak cari duit. Antaranya ialah dengan lukisan."

"Jual lukisan ke?" Teka Kak Sal.

"Dulu, masa sekolah, bila nak raya je, kami jual kad Hari Raya yang dihasilkan sendiri. Lukisan Siti cantik-cantik,  bukan kawan -kawan je,cikgu pun kadang-kadang beli. Masa hari ibubapa, sekolah akan buka galeri dan jual lukisan-lukisan murid-murid untuk tabung PIBG. Cikgu selalu minta dia buat beberapa lukisan, sebab selalunya lukisan dia yang laku. So, dia dapatlah sedikit hasilnya." Cerita Damia lagi.

Tengahari itu, Siti dan Damia makan bekalan yang dibawa bersama di ruang makan. Dah seminggu Siti seolah kurang berselera makan. Mungkin kerana memikirkan ayahnya yang sedang sakit dan kemungkinan akan pindah rumah.

"So, apa keputusannya?" Damia memecah kesunyiaan.

"Kami akan pindah hujung bulan ni. Tak jauh dari tempat tinggal kita sekarang. Ibu cadang nak buka warung dengan duit pampasan tu." Jawab Siti.

"Surat tawaran sambung belajar tu dah sampai semalam, kaupun sama kan?" Soal Damia lagi.

"Aku rasa aku tak boleh pergilah. Aku kena ada kat sini  dengan mak aku." 

"Ibu tahu tak pasal surat tawaran tu?"

"Mestilah tak. Kalau dia tahu mesti dia suruh pergi. Tapi aku tak sangguplah. Nak jaga adik-adik. Ayah lagi."

"Mama kan ada." Damia memaksudkan ibunya sendiri.

"Kita dah bukan berjiran lagi. Lagipun mama kan  kerja. Nanti susahkan dia pulak."

"Kalau kau tak nak pergi, akupun tak pergi jugalah. Kau tahu kan selama ni aku ikut kau."

"Mama tak bising ke nanti?"

"Aku tak cakap dengan dia lagi."

"Macam nilah. Apa kata kita sambung kat private college je?"

"Mahal tu."

"Memanglah mahal, tapi kau akan ada masa dengan keluarga. Kita buat kerja part time macam kat sekolah dulu."

"Puan Nora ada beritahu apa-apa tak pasal sambung belajar ni?" Tanya Siti.

"Takde pulak. Kenapa?" Jawab Damia.

"Aku rasa kita patut resign lah. Kita kan nak sambung study, mana boleh kerja."

"Memanglah, tapi bukan sekarang. Tunggulah kelas dah start nanti. Yang kau ni tak sabar-sabar nak berhenti kenapa? Sejak akhir-akhir ni asyik sebut nak berhenti je. Kau nak lari dari siapa ni? " Damia mula rasa curiga.

"Mana ada kau ni." Siti menafikan.

"Aku bukan baru kenal kau sehari tau. Reaksi muka kau tu aku dah boleh baca dah. Ada masalah share dengan aku, bukan pendam je."

"Okey, kita makan dulu. Sekejap lagi dah habis waktu rehat. Nak solat lagi." Segera Siti beralih topik. Damia akurkan sahaja. Biarkan sahaja Siti simpan ceritanya. Takper nanti dia akan cerita juga. Sekuat mana pun Siti ni, akhirnya akan tewas juga. Damia dah kenal sangat teman baiknya ini. Mereka berkawan sejak dari kecil lagi. 

Masa berlalu tanpa disedari, Siti menyuruh Damia meneruskan hasrat untuk sambung pengajian, namun dia memilih untuk menangguhnya demi keluarga. Damia berkeras tak mahu.  Kalau boleh nak sentiasa bersama Siti.

"Aku tak faham kau ni. Boss dah offer pinjaman untuk kita. Syaratnya mudah  je, habis belajar kerja lagi dengan diaorang."

"Sebab tulah aku taknak. Aku taknak terikat dengan syarikat. Aku nak kembangkan lagi sayap ke tempat lain." Bahas Siti.

"Kan ada kontrak. Habis kontrak, kalau rasa nak pergi, time tu kita dah ada pengalaman. Cantik sikit resume." Tegas Damia.

"Itu satu hal. Yang kau tolak pelawaan encik Azmi yang nak buat pameran lukisan-lukisan kau tu kenapa?"

"Aku nak jual sendiri. Biar aku berusaha sendiri." Tegas Siti.

"Habis tu kenapa taknak jual bila encik Badrul nak beli lukisan- lukisan kau?"

"Dia nak buat apa beli banyak-banyak. Nak buat paperwall kat bilik?" Balas Siti.

"Kau ni banyak alasan. Yang kau nak berhenti kerja kenapa?"

"Aku nak tolong ibu kat warong. Ibu dah start meniaga."

"Ibu cakap, Sani dan Said ada pagi. Ibu takder sebutpun pasal kau. Kau tahu kan kau takkan berjaya nak tipu aku. Cuba kau terus-terang dengan aku. Kan senang. Takpayah  aku nak paksa-paksa kau macam ni."

Damia ke tempat kerja seorang. Siti dah nekad dengan keputusannya untuk berhenti. Dan Damia pun taknak tunggu lama, seperti yang dijanjikan, dia akan berhenti dua minggu lagi.

"Bukan ke sepatutnya 2 minggu lagi? Kenapa hari ni dah takder? Awak suruh Damia jumpa kami berdua." Arah Azmi. Suraya angguk.

"Maaf, saya rasa boss patut tahu apa yang boss dah buat kat dia." 

"Maksud awak?" Azmi tak faham.

"Boss berdua, taburkan padanya macam-macam. Nak 'sponsor' sambung belajar lah, nak bukakan galeri, nak beli lukisan dia, nak buatkan pameran. Dua-dua berebut nak menangi hati dia kan? Boss ingat dia tu materialistik ke? Bila dah rasa terhutang budi, mesti tak sampai hati nak tolak kan?"

"Saya tak niat pun macam tu.  Terpulang pada dia nak pilih siapa. Saya ikhlas nak tolong dia." Balas Azmi.

"Itu bukan cara dia. Bukan dia tak suka dibantu, tapi dia tak suka diambil kesempatan. Kalau nak tolong, kerana kerja bukan kerna cinta." Tegas Damia.

"Lagipun dari awal lagi saya tahu dia pilih siapa. Sebelum boss jatuh cinta dengan dia, dia dah jatuh cinta dulu. Yang pasti bukan kerana kemewahan atau kekayaan."

"Kalau nakkan seseorang tu, ikhlas yang penting. Bukannya taburkan kemewahan, tawarkan kesenangan. Tunjukkan keikhlasan, bukan tunjuk duit siapa lagi banyak. Kalau dengan perempuan materialistik bolehlah. Untuk orang yang dah biasa dan tak pernah penat berdikari, boss berdua dah salah orang. Lagipun kami berdua ni budak lagi, tak faham sangat soal hati ni. " Tambah Damia.

"Siti bukan marah. Tapi dia takut tersilap langkah. Encik Azmi dan encik Badrul jauh lebih matang berbanding dengan kami, kalau betul-betul sayangkan dia, pujuklah elok-elok."

TB

"Dua-dua? Tapi itu rumors je kan? Kau tahu jelah orang-orang kan suka wat gossip." Balas Damia bila Siti menceritakan tentang dia perbualan beberapa orang di pejabat.

"Sebelum  ni bukan main payah nak nampak muka, sejak budak Siti dan Damia tu kerja sini. Hampir tiap hari ada kat sini."

"Rasanya diaorang tu rebutkan Siti. Siap nak bukakan galeri untuk orang tu. Yang encik Badrul siap offer nak beli lukisan-lukisan dia."

"Untung Siti tu, tapi susahlah nanti nak pilih. Yelah,  bos-bos kita tu kan kawan baik. Nanti tak pasal-pasal kerana perempuan, bergaduh."

"Kalau aku, baik pilih encik Azmi. Dia kan jutawan muda. Yatim piatu pulak tu. Takyah kisah nak jaga hati mertua. Encik Badrul tu pulak, mak ayah yang kaya. Dato' tu kan cerewet."

"Itu kata- kata dia orang jek. Tak semestinya betul."

"Betul atau tidak, aku memang dah stress sekarang ni. Aku dah tak boleh kerja kat situ. Menghadap muka dia orang. Aku tak boleh."

"Sebab kau dah jatuh hati dengan salah seorang antara mereka kan?" Tebak Damia. Siti terdiam.

"Siapapun pilihan kau, aku tetap sokong kau." Ujar Damia.

"So, siapa pilihan kau?"











Comments

Popular posts from this blog

ISTERI BOSS

Balqis masih mengadap komputer riba di atas meja belajarnya. Jarum jam sudah menunjukkan hampir ke pukul 1 pagi. Nadia yang baru pulang dari kerja ‘part-time’ di 7 eleven agak terkejut. Selalunya jam 11 malam Balqis dah tumbang. Kalau nak bangun study pun dia akan bangun seawal 4 pagi dan seterusnya akan berjaga sehingga masuk waktu subuh. Hmmm…sejak balik dari cuti semester baru-baru ni Balqis nampak berbeza. Suka termenung. “Aku nak tanya ni. Kau jangan marah tau.” Kata Nadia satu hari. “Macam serius je bunyinya.” “Memang serius pun.” Balas Nadia. “Pasal apa?” “Pasal kau.” Jawab Nadia. Balqis berkerut dahi. Kenapa pula dengan aku? Tanya Balqis dalam hati. Jangan-jangan….. “Kau nampak lain.” “Maksud kau? Aku dah gemuk ke? Atau aku dah kurus?” Tanya Balqis berseloroh. Walhalnya dalam hatinya berdebar juga menunggu soalan dari Nadia. Nadia ni bukan saja BFF aku, ada masa dia ni boleh jadi BFF mak aku jugak ni. Sama-sama suka korek rahsia pasal aku. “Muka kau ...

DENDAM SEORANG ISTERI

Apa yang kau dah buat? Kenapa Mia berdendam dengan kau sampai macam tu sekali? Apa yang kau dah buat? Cuba kau ceritakan hal sebenar. Kalau kau diam je macam ni, macam mana aku nak tolong kau. Hakimi meraup muka dengan kedua telapak tangannya. Ketika hati sedang berbunga cinta, kenapa ini yang terjadi? Apa yang lebih membimbangkan, Mia tu tak sihat. Selepas bertengkar semalam, Mia tiba-tiba pengsan. Bila dia sedar, dia marah-marah dan tak mahu ada doktor dalam rumahnya. Hakimi akurkan sahaja. Esok paginya, Mia hilang. “Aku rasa bersalah sangat. Selama ni aku sia-siakan peluang yang aku ada. Kesabaran dia, memang mencabar aku. Dia terlalu baik. Aku nak dia benci aku. Tapi, dalam masa yang sama, aku semakin menyayangi dia. Aku cuba untuk tak pedulikan dia. Tapi, bila dia balik lambat, aku jadi risau. Tak tentu arah. Memang aku tak cakap apa-apa. Bila nampak saja wajahnya menjengul di muka pintu, betapa leganya hati aku bila dia sampai ke rumah dengan selamatnya.” “...

Bagaimana Untukku Jatuh Cinta

 Calon terakhir untuk hari ini.  Mohd Rafiq Harraz. 30 tahun. Masih bujang. Aneesa memandang wajah pada foto bersaiz kecil itu.  Eh, ini senior aku ni!  Abang handsome yang menjadi rebutan masa sekolah dulu.  Aku ada dengar cerita yang mengatakan dia dah jadi jutawan, dah tu apasal minta kerja jadi pengawal peribadi pulak ni? "Alah,rumors je tu. Saya orang biasa jek. Sedang cari kerja. Baru resign sebab company tutup." "Macam ni sahajalah, sebab saya kenal abang, saya akan hired abang. Tapi kerja abang bukan setakat bodyguard jek tau, abang juga adalah driver dan assisstant saya. You have to be with me 24 hours. You kena tinggal dengan I, I mean at my family's house. Saya akan beri cuti sebulan after six months, is it okey with you?" "Okey, saya okey je." "Sorrylah, it's my father's rules. Selagi saya tak kahwin dia nak saya sentiasa dikawal. Nak gerak bebaspun terbatas." "So, sebelum ni ada bodyguard jugalahye?" "Yes, ...