Skip to main content

Terima Kasih Sayang (Bab 6)

Kompang dipalu pengantin baru

Duduk bersanding tersipu malu
Kompang dipalu pengantin malu
Moga bahagia ke anak cucu

Kami doakan moga bahagia
Selamat sejahtera hingga akhir zaman

Mempelai tersenyum manis
Air mawar direnjis-renjis
Bunga manggar indah berseri

Oh….. senyum tawa dan gembira
Sanak saudara semua oh indahnya

Merahnya inai di jari
Tanda kasih dah termateri
Ikatan raja sehari

Oh…. Hari yang dinanti-nanti
Sudahlah menjelma kini kekal dan abadi

Selamat pengantin baru
Moga kekal ke anak cucu
Selamat pengantin baru

Siti tersenyum. Anak gadisnya itu akhirnya menamatkan zaman bujangnya. Selepas ini, Sara akan dijaga oleh suaminya. Semoga pilihannya tepat. 

Apa yang penting adalah keikhlasan. Sara dah lama berhenti berharap. Cuma kadang-kadang teringat.

"Sara hanya tunggu sampai Hisyam habis belajar jek. Kalau Syam teruskan juga niat nak jadi kaya tu, Sara takkan tunggu."

"Tapi itu yang Fariq nak."

"Syam nak kahwin dengan Fariq ke dengan Sara? Siapa yang sepatutnya bagi syarat?"

"Syam rasa tak layak kalau Syam tak berusaha ke arah itu."

"Syarat Sara cuma dua, terima Sara seadanya dan ikhlas sayangkan Sara."

"Syam ikhlas."

"Tapi Hisyam tak terima Sara seadanya."

Hisyam tetap dengan tekadnya walaupun Sara menghalangnya. Salahkah aku jadi orang kaya? Bukan harta aku pun. Harta yang diwarisi. Tak berusahapun untuk memilikinya. Aku tak banggapun. Aku hanya ingin mempertahankan sahaja.

"Datuk dan nenek Sara tu pemurah. Memang suka bantu orang. Sebab tu harta mereka tak pernah habis. Kalau ada syarikat yang dah nak bangkrup, dia akan bantu. Bila syarikat tu dah bangun semula, tuan punya syarikat takkan pernah lupakan jasa mereka suami isteri. Atuk dan nenek pun antara yang dia bantu. Dulu kami berempat sama-sama membesar di rumah anak yatim. Dia kagum dengan orang- orang kaya yang selalu menderma di tempat kami. Diapun tanam hasrat nak lakukan hal yang sama bila dia dah besar. Masa belum kayapun dia rajin menderma, apatah lagi bila dah hidup senang. Masa dia sakit dia amanahkan pada atuk buat hal yang sama. Tapi atuk tak kuat macam datuk Sara tu. Nenekpun sama. Tapi, kami tetap jaga amanah mereka untuk  jaga Azmi dulu."

Dan itulah yang cuba Sara amalkan sekarang. Semoga dia kuat macam arwah datuk dan neneknya. Dia bukan sahaja mewarisi harta, dia juga mahu mewarisi sifat pemurah  yang ada pada mereka. Insha Allah.

"Maknanya Sara dah tahu. Tapi dia tak cakap apa-apa pun. Patutlah masa abang beritahu tu dia tak cakap apa-apapun."

"Dia pendam sorang-sorang je selama ni. Ni semua salah abang. Kalau abang tak ikut hati dan perasaan, ini takkan terjadi." Luah Fariq kesal.

"Yang dah berlalu tu biarlah. Sara pun dah kahwin. Kita doakan je dia bahagia dengan pilihan hati dia." Balas Fariqa.

"Kisah cinta dia yang tertangguh tu dah tak tertangguh lagi.  Kisah kita dah habis, kita tengok pulak kisah anak-anak kita." Celah Amri."

"Rasa macam drama pulak. Mula dengan kisah mama dan papa, lepas tu kisah kita, lepas ni,kisah anak-anak, kisah cucu-cucu pulak."

"Inilah drama kehidupan Am. Kitalah pengarah, kitalah penulis skrip dan kita jugalah pembawa wataknya." Kata Fariq.

"Eh, Ain mana?" Fariqa baru tersedar yang kakak iparnya tiada bersama.

"Mama suruh rehat kat bilik. Abangpun risau, aktif sangat. Dengan perut macam tu."

"Aktif semacam tu, anak lelaki kot." Tafsir Amri.

"Ooh! Kalau aktif,lelaki. Habis tu yang tak aktif macam Iqa ni, perempuanlah?"

"Teori mana abang guna ni?" Fariqa macam tak puas hati. Fariq ketawa sahaja melihat adiknya.  Nasib kaulah Amri dapat isteri anak no. 2...hahaha....

Siapapun yang Sara pilih, Siti terima. Yang penting adalah kebahagiaan anaknya. Sara bukan seorang yang terbuka untuk bercerita apa saja tentang dirinya. Dia memang suka menyimpan perasaan. Kalau dah benar-benar keliru dengan perasaan sendiri, barulah dia akan meluah. 

Dia bukan tak tahu,  awal perkahwinannya dengan Badrul dulu, Sara tak boleh terima. Sering berjauh hati. Sebab itu dia pilih untuk sekolah berasrama. Dah balik Malaysia, barulah nampak perubahannya. Mungkin kerana dah semakin dewasa, semakin matang pemikirannya.

"Sara ke mana? Puas mama 'call' tapi tak dapat. Ingatkan jumpa Zamani, diapun tak tahu Sara ke mana. Dia pun risau,cuba 'call' Sara tak dapat." Risau betul Siti. Tak pernah Sara buat macam ni.

"Mama jangan marah dulu yer. Ni ada hadiah untuk mama. Sedondon dengan papa, cantikkan?"

"Nak ambil hati mama lah tu."

" Mestilah pa. Untuk papa pun ada ni. Pasal Zamani tu, nanti  Sara call. Memang ada hal nak cakap pun dengan dia. Sebenarnya Sara jumpa seseorang tadi. Panjang bersembang sampai tak ingat waktu."

"Jumpa siapa?" Tanya Siti dan Badrul serentak.

"Hisyam." Jawab Sara sepatah.

"Hisyam?!!!" Siti dan Badrul terkejut.

Berderau darah. Hati dah berdebar-debar bila mendengar mulut Sara menyebut nama itu. Siti tiba-tiba teringat kata-kata Sara sebelum kenal dengan Zamani dulu.

"Sara memang dah berhenti menanti, tapi mana tahukan tiba-tiba berubah hati bila tiba- tiba jumpa kembali. Cinta pertama kan susah nak lupakan. Cinta pertama kan memori yang indah. Tak salahkan kalau memori itu berulang. Peluang kedua jangan disia-siakan, kerana ia mungkin peluang terakhir."

Fariqa ingat lagi, Sara pernah cakap dia dan Hisyam tak pernah putus pun, cuma tangguh je. Fariqa yang turut ada sama di situ pun mempunyai debaran yang sama. 

Apa jua pilihan Sara, terletak pada tangannya. Ini adalah kebahagiaan dia. Dia mungkin akan mengecewakan seseorang untuk mencari kebahagiaannya.  

Fariq jadi serba tak kena bila mendapat mesej daripada Fariqa mengatakan Sara terserempak dengan Hisyam. Dia baru buka cafe tak jauh dari pejabat Sara. Oleh kerana dia tahu Sara suka Black Coffee, itu jadi 'signature' cafe itu. 

"Mama, Sara ada perkara yang nak bincang.  "Kita sembang lepas dinner nanti ye." 

Malam itu Sara menyampaikan hasrat hatinya.  Siti tiada bantahan. Cuma risaukan Zamani. Boleh ke dia terima keputusan Sara ni!?

"Mama masih ingat Sara pernah beritahu mama yang Sara 'confuse' dengan perasaan Sara terhadap abang?" Siti angguk perlahan.

"Jadi mama tahu kan kenapa Sara terima Hisyam dulu?"

"Hakikat  yang sebenarnya Sara tak pernah pun jatuh cinta dengan Hisyam. Dan Sara sebenarnya dah lama dah putus dengan dia. Sara tak berterus terang dengan Fariq dan Fariqa sebab Sara dapat rasakan ada sesuatu yang mereka rahsiakan dari Sara. Semalam Fariq mengaku yang dia pernah 'terjatuh' cinta pada Sara. Dia rasa tak boleh tengok Sara dengan orang lain.  Dia mengaku dah sedar kesalahan dia , dan mahu berubah. Patutlah masa dalam fasa bertunang dulu, Ain selalu makan hati. Dia pernah cakap; 'kadang-kadang rasa macam Fariq tu macam terpaksa je terima Ain.'. Jadi Sara dah buat keputusan. Lepas kahwin nanti, Sara nak tinggal di London untuk beberapa tahun lepas Zamani habis belajar. Bukan tak percaya pada abang, cuma Sara tidak yakin pada diri sendiri. Cuma Sara harap Zamani setuju dengan cadangan ini dan mama restui keputusan Sara."

"Sara berharap dengan berjauhan ni kami sama -sama dapat jaga hati kami dan orang yang kami sayang."

Tak tahulah apa pengajaran dari kisah kali ini. Yang pasti jangan permainkan soal hati. Kalau sudah mengalah dengan kehendak hati, janganlah terfikir untuk berubah hati. Kisah hati akan berterusan generasi demi generasi.

Setiap kisah hati tak sama, Siti dan Badrul berkasih biarpun pada awalnya Siti berkeras tak mahu terima lelaki itu. Bila hati dah sayang, cinta pula terhalang. Akur dengan perpisahan. Takdir menentukan memori kasih mereka berulang. Begitulah indahnya kisah mereka yang kini bahagia. 

Kisah Liyana baru bermula biarpun dah 20 tahun memilih perpisahan. Dia mencintai Badrul sewaktu dinikahkan, tetapi sayang hanya bertepuk sebelah tangan. Memilih untuk bersendirian kerana itu yang lebih membahagiakan. Akhirnya sekali lagi hati terjatuh cinta. Biarpun suaminya itu, 10 tahun lebih muda, itu tak menghalang cinta mereka.

Fariq terlalu obses dengan perasaan sendiri. Memilih untuk menerima orang lain tapi tak mahu lupakan perasaan pada Sara. Semoga dia dapat memberikan perhatian dan kasih yang sepatutnya pada Ain.

Kisah hati Fariqa dan Amri begitu pantas. Menjalin hubungan cinta dan terus memilih untuk berumah tangga. Dan kini sedang menanti kehadiran cahayamata.

Perasaan bersama Zamani sangat istimewa. Hati sentiasa rasa berbunga. Semoga kebahagiaan ini akan kekal selamanya. Sekilas Sara memandang ke arah suami pilihannya. Semoga lelaki ini adalah pilihan yang tepat untuknya. Dan semoga aku kuat mempertahankan cinta ini.

Cinta ibarat cahaya matahari. Cahaya tetap menuju ke arah kita, biarpun kita melindunginya dengan payung akan tiba masa kita terpaksa lepaskan payung itu. 

Terima kasih sayang
Ku ucap pada mu
Kerana menyambut tangan ku
Yang hampir layu

Badai cinta melanda
Mengarah arus
Menjadikan pantai yang indah
Kian bercelaru


Marilah oh sayang ku
Dekat pada ku
Sayangilah diri ku ini
Seadanya aku

Tak sanggup lagi
Menyebut kata rindu
Kamar hati ku yang sayu


Fikirlah sayang
Fikirlah seharusnya
Janganlah engkau khianati

Cinta ini

Istana yang ku bina
Mahligai cinta
Menjadi lambang
Pepohonan redup kasih ku

Marilah oh sayang ku
Dekat pada ku
Sayangilah diri ku ini
Seadanya aku

Tak sanggup lagi
Menyebut kata rindu
Kamar hati ku yang sayu


Fikirlah sayang
Fikirlah seharusnya
Janganlah engkau khianati
Cinta ini
Janganlah engkau khianati
Cinta ini
Janganlah engkau khianati
Cinta ini
...

Siti tersenyum. Begitulah egonya hatinya cuba menafikan hati yang dah suka pada boss sendiri. Jauh manapun dia berlari, lelaki itu tetap mwncarinya. Bila hati dah sayang, tak mampu nak lepaskan. Terima kasih sayang, kerana sabar dalam perjuangan cinta kita.




Comments

Popular posts from this blog

ISTERI BOSS

Balqis masih mengadap komputer riba di atas meja belajarnya. Jarum jam sudah menunjukkan hampir ke pukul 1 pagi. Nadia yang baru pulang dari kerja ‘part-time’ di 7 eleven agak terkejut. Selalunya jam 11 malam Balqis dah tumbang. Kalau nak bangun study pun dia akan bangun seawal 4 pagi dan seterusnya akan berjaga sehingga masuk waktu subuh. Hmmm…sejak balik dari cuti semester baru-baru ni Balqis nampak berbeza. Suka termenung. “Aku nak tanya ni. Kau jangan marah tau.” Kata Nadia satu hari. “Macam serius je bunyinya.” “Memang serius pun.” Balas Nadia. “Pasal apa?” “Pasal kau.” Jawab Nadia. Balqis berkerut dahi. Kenapa pula dengan aku? Tanya Balqis dalam hati. Jangan-jangan….. “Kau nampak lain.” “Maksud kau? Aku dah gemuk ke? Atau aku dah kurus?” Tanya Balqis berseloroh. Walhalnya dalam hatinya berdebar juga menunggu soalan dari Nadia. Nadia ni bukan saja BFF aku, ada masa dia ni boleh jadi BFF mak aku jugak ni. Sama-sama suka korek rahsia pasal aku. “Muka kau ...

DENDAM SEORANG ISTERI

Apa yang kau dah buat? Kenapa Mia berdendam dengan kau sampai macam tu sekali? Apa yang kau dah buat? Cuba kau ceritakan hal sebenar. Kalau kau diam je macam ni, macam mana aku nak tolong kau. Hakimi meraup muka dengan kedua telapak tangannya. Ketika hati sedang berbunga cinta, kenapa ini yang terjadi? Apa yang lebih membimbangkan, Mia tu tak sihat. Selepas bertengkar semalam, Mia tiba-tiba pengsan. Bila dia sedar, dia marah-marah dan tak mahu ada doktor dalam rumahnya. Hakimi akurkan sahaja. Esok paginya, Mia hilang. “Aku rasa bersalah sangat. Selama ni aku sia-siakan peluang yang aku ada. Kesabaran dia, memang mencabar aku. Dia terlalu baik. Aku nak dia benci aku. Tapi, dalam masa yang sama, aku semakin menyayangi dia. Aku cuba untuk tak pedulikan dia. Tapi, bila dia balik lambat, aku jadi risau. Tak tentu arah. Memang aku tak cakap apa-apa. Bila nampak saja wajahnya menjengul di muka pintu, betapa leganya hati aku bila dia sampai ke rumah dengan selamatnya.” “...

Bagaimana Untukku Jatuh Cinta

 Calon terakhir untuk hari ini.  Mohd Rafiq Harraz. 30 tahun. Masih bujang. Aneesa memandang wajah pada foto bersaiz kecil itu.  Eh, ini senior aku ni!  Abang handsome yang menjadi rebutan masa sekolah dulu.  Aku ada dengar cerita yang mengatakan dia dah jadi jutawan, dah tu apasal minta kerja jadi pengawal peribadi pulak ni? "Alah,rumors je tu. Saya orang biasa jek. Sedang cari kerja. Baru resign sebab company tutup." "Macam ni sahajalah, sebab saya kenal abang, saya akan hired abang. Tapi kerja abang bukan setakat bodyguard jek tau, abang juga adalah driver dan assisstant saya. You have to be with me 24 hours. You kena tinggal dengan I, I mean at my family's house. Saya akan beri cuti sebulan after six months, is it okey with you?" "Okey, saya okey je." "Sorrylah, it's my father's rules. Selagi saya tak kahwin dia nak saya sentiasa dikawal. Nak gerak bebaspun terbatas." "So, sebelum ni ada bodyguard jugalahye?" "Yes, ...