Skip to main content

Terus Mencintai (Bab 8)

 Adam menghirup cawan kopi di atas meja. Alamak, dah habis pulak. Adam menekan interkom di atas meja. 

"Sari, minta Maya buatkan secawan lagi black coffee untuk saya."

"Maya dah balik encik Adam. Kan dah pukul 6." Beritahu Sari, pembantu peribadinya. Adam menjeling jam tangannya. Dah pukul 6?.

" Kalau macam tu awak jelah buat. Lepas tu awak boleh balik. Nanti letak je kopi tu atas meja, saya nak solat asar jap." Arah Adam.

Sari akur. Dia terus ke pantry untuk bancuhkan air untuk boss. Ariq masuk.

"Tak balik lagi Sari? Boss tak balik lagi ke?"

"Sekejap lagi. Encik Adam minta buatkan air dulu."

"Takpe awak buat je. Nanti biar saya yang hantar ke bilik dia. Lepas tu awak baliklah yer."

"Encik Adam suruh letak je atas meja, sebab dia nak solat asar."

"Yelah."

Pintu diketuk perlahan. Ariq masuk bersama mug air kopi. Diletak atas meja. Menanti Adam yang sudah di tahiyyat akhir. Adam memberi salam lalu membaca doa. 

"Tak habis lagi ke? Dah 6 lebih ni."

"Dato' Othman nak teruskan juga saman tu. Nak cari material baru untuk kuatkan pembelaan."

"Buang masa dato' ni. Dah tahu bekas isteri dia tu ada banyak bukti dan ramai saksi. Mengaku je dan minta maaf, kan selesai masalah."

"Biasalah, ego tinggi. Biar mahkamah cakap dia bersalah. Nama nak mengaku salah tak mungkinlah. Aku dah nasihat banyak kali. Lawyer datin pun dah offer selesai luar mahkamah. Dato' yang degil."

"By the way ni kopi kau. Aku dah suruh Sari balik. Kau ni lain kali tengok-tengoklah masa tu. Kesian Sari nak kena tunggu. Kalau dulu okeylah sikit, dia belum ada anak. Kesian anaknya, menunggu mak tak balik- balik."

"Sejak Maya kerja kat sini, Sari dah lama tak buat air untuk aku. Lama tak rasa air tangan dia." Bicara Adam lalu menghirup kopi tersebut. Adam menggeleng.

"Tak sama macam Maya buat."

"Amboi, berlagak. Dulu kopi Sari nilah yang kau ketagih sangat tau. Bila dia cuti bersalin, barulah orang lain berkesempatan bancuhkan air untuk kau. Masa tu barulah Maya masuk. Dah ada Maya, dah taknak orang lain dah. Walaupun Sari dah naik kerja."

"Kau tak tahu. Kopi yang Maya buat ni lain sikit tau.  Dia pahit tapi akan manis di akhirnya."

"Lepas minum kopi dia terus dapat ilham tau." Tambah Adam.

"Kau ni macam dah angau tau. Dah jatuh hati  dengan 'tea lady' ke?"

"Apa salahnya?"

"Habis tu Elina kau nak campak mana?"

"Campak kat kaulah."

"Kau jangan, aku ambil betul-betul nanti." Balas Ariq.

"Ambillah kalau dia nak. Dengan aku pun belum tentu dia nak. Dia tu maintenance tinggi tau. Ambil kes pun yang berprofile tinggi." 

"Dari zaman belajar mengurat tak dapat- dapat. Dah give up ke?" Tanya Ariq.

"Entahlah, nak mengurat PA dah kahwin pulak. Mengurat 'tea lady' jelah." Seloroh Adam. Ariq ketawa. 

Jam hampir menunjukkan pukul 7 malam. Adam mengemas mejanya. Dia mula beransur balik. Ariq dah bergerak balik 10 minit yang lalu. 

"Lepas habis kes dato' Othman ni, kau pergi Sabah yer, ambil kes rebut tanah tu. Dato' Hakimi suruh kau yang handle kes tu. Mungkin dalam 3 bulan. Nanti kau ajak PA akulah. Biar Sari ganti PA aku. Kira macam kita tukar suka sama suka. Sari tu baru bersalin, kesian nanti kena pisah dengan anak."

"Eleh, kesian konon. Sebab kau tahu Sari kerja lagi pantas dan cekap kan? Aku boleh upah baby sitter lah untuk dia."

"Eh, jangan membazir. Kau bawa jek Danish tu. Lagipun dia kan lelaki, senang kau nak ajak lepak-lepak ke." Pantas Ariq menolak cadangan itu.

Dua bulan berlalu.

Adam menghirup udara segar pagi itu. Selepas dua bulan dia kini kembali ke Kuala Lumpur. Mujurlah kes habis awal dapatlah dia balik awal. Tak sabar nak ke pejabat. Rindu dengan keharumannya. Rindu dengan kepahitan yang akan manis akhirnya.

"Apa? Berhenti?"

"Ye encik Adam. Dua minggu lepas." Beritahu Sari.

Adam kecewa, tak dapat lagilah nak rasa 'black coffee' air tangan Maya. Hilanglah satu lagi sumber ilhamku. Tak tahu mengapa dia benar rasa kehilangan. Kenapalah aku tak terus terang je dengan Maya dulu yang aku dah jatuh hati kat dia. Kerana dialah aku dah tak terkejar-kejar lagi si Elina tu. Sampai dia pulak yang sibuk terkejar-kejarkan aku. Hai Maya, mungkinkah kita akan berjumpa semula?

Setiap kali keluar, Adam sering berharap akan terserempak dengan gadis itu, Namun dah dua tahun ianya tetap hanya tinggal harapan. Akhirnya Adam akur dengan takdir, kalau ada jodoh mereka pasti bertemu. Manalah tahu dah berpindah ke pejabat baru ni, nasib pun baru.

"Tahniah! Akhirnya dapat kau buka firma guaman sendiri." Ucap rakan seperjuangan.

"Tahniah Ariq. Aku harap kau berdua sukses." Ucapnya lagi. Ariq dan Adam tersenyum gembira. 

"Congrats new bosses." Ucap Elina.

"Thanks Elina. You datang dengan siapa ni?"

"Dengan Hazrul, dia new lawyer kat tempat I. Yang lawan dengan you pasal kes saman malu Dato' Othman tu."

"New lawyer ke new boyfreind?" Usik Ariq.

"Tunang oranglah tu."

"Relaxlah, baru tunang. Classmate kita dulu tu kan?" Usik Ariq  lagi.

"Tak baik tau you ni. Tunang orang pun maknanya he has someone." Balas Elina.

"Cantik tak tunang dia?" Tanya Ariq.

"Entah. Tak pernah jumpa. Lagipun dia tu tak pernah cerita hal peribadi, cerita pasal kerja je." Jawab Elina.

"Hai, Adam diam jek dari tadi. Takkan bosan kat majlis sendiri kot." Tegur Elina.

"Nothing, just hope I meet someone I know." Balas Adam  dalam hati. Entah kenapa dia membayangkan Maya ada di majlis pembukaan pejabatnya itu. Kalau dia ada pun sebagai apa? 

"Sedap tak cream puff ni?"

"Hmm sedap. Ada rasa cinnamon."

"Sari cakap dia beli kat cafe tak jauh dari office kita ni. So, ada masa nanti bolehlah kita lepak sana. Cari Maya."

"Maya? Siapa Maya?" Sampuk Elina. 

"Eh  tak..I cakap Adam ni macam tak bermaya jek. Tu I suruh dia makan. Isi perut." Ariq  buat cerita lain.

Dua bulan berlalu.

Sumayyah dah bersiap-siap nak ke kafe pagi itu. Minggu itu dia bermalam di rumah neneknya. Dalam 4 orang adik beradiknya, dia yang paling rapat dengan datuk dan neneknya.  Cucu sulunglah kata kan.

"Hari ni kakak balik rumah mama ke?" Tanya Badrul.

"Ye. Ayah tu yang sibuk sangat suruh balik." Jawab Sumayyah.

"Dia dah rindulah tu. 10 tahun berjauhan, ni dah ada depan mata dia nak tengoklah hari-hari."

"Tulah, siapa suruh ikut mama duduk kat London tu lama-lama? Sampai sanggup berhenti jadi cikgu."

"Itulah cinta. Rela berkorban apa saja." Sampuk Siti.

"Tapi Hazrul tak macam tu pun. Masa belum dapat, bukan main lagi. Bila dah bertunang ni buat tak tahu jek."

"Eh, hari tu kata faham, dia sibuk kerja." Sindir Badrul.

"Mula-mula sabarlah. Ni dah tiga tahun, mama dan papa dah sibuk tanya bila nak kahwin."

"So, sekarang ni kakak dah hilang sabar ke?" Tanya Siti serius.

"Kakak tak nak fikir langsung. Sekarang ni fikir pasal bisiness jek." Balas Sumayyah.

"Hari ni, Hanz' Cafe nak lancarkan menu baru. Black Coffee. Kami juga akan berikan 2000 cawan percuma. Nanti kakak suruh staff kakak hantar ke sini. Yang instant pun ada tau, tinggal tuang air panas jek." Cerita Sumayyah teruja.

"Adam's Taste?" Adam membaca tulisan pada cawan kopi yang dibawa oleh Ariq.

"Cafe yang aku selalu pergi situ, lounge menu baru hari ni. Owner baru. HiNama kopi baru tu Adam's Taste. Ia 'black coffee'. Dia ada edarkan minuman percuma.  Kau rasalah. Kalau kena dengan tekak kau, kau beli jek yang instant banyak-banyak. Lepas tu, kalau nak minum,kau tinggal tuang air panas jek."

Adam mencapai cawan kopi itu. Dia menghirup air tersebut. Terhenti, dia menghirup lagi. Terhenti lagi. Seolah cuba menghadam rasanya.  Dan selepas ituAdam menghirup lagi sehingga habis.

"Ni kedai yang jual creampuff tu kan?

"Ya." Jawab Ariq sepatah.

"Jom kita ke sana petang ni." Ajak Adam.

"Err...okey." Ariq setuju, walaupun sebenarnya masih hairan. Dah banyak kali diajak, Adam asyik dengan alasan sibuk, malas, lain kali. Kali ini dia pulak yang ajak. Selepas minum kopi 'Adam's Taste' terus dapat ilham  ke? Atau kopi ni memang dibuat khas untuk orang nama Adam?

"Nampaknya 'sales' Adam's Taste meningkat. So maknanya, formula cik Sumayyah menjadilah ye."

"Alhamdulillah. Ingatkan saya seorang jek yang suka rasa macam tu. Rupanya ramai yang berkenan. Nampaknya saya kena arahkan kilang kita produce lagi instant Adam's Taste ni. Stok pun dah tinggal sikit."

Dah  tiga hari singgah di kafe itu. Masih tidak ditakdirkan untuk bertemu.

"Maaf  encik, stok Adam's Taste dah habis. Kalau nak juga, tunggu 30 minit. Kalau buat secara manual, boss kami jek yang boleh buat rasa yang sama. Tapi sekarang ni  dia takder kat office. Dia pergi kilang. Ni baru on the way nak balik."

"Bagi black coffee biasa jelah dik. And sepinggan Cinnamon Creampuff." Ariq membuat pesanan. Pemuda yang mengambil pesanan itu angguk. Dan berlalu selepas mencatat sesuatu.

"Setiap kali kita datang sini kau mesti minta Adam's Taste tak nak try yang lain. Lepas tu, setiap kali loceng pintu masuk tu bunyi, kau mesti menoleh. Dan mata kau tu asyik keliling jek kafe ni macam cari seseorang. Kau cari siapa sebenarnya?"

"Maya."

"Aku dah agak dah. Kau ni betul- betul dah angaulah. Hari tu kata dah move on."

"Memang aku dah move on, tapi rasa Adam's Taste ni yang ingatkan aku balik pada dia. Rasanya yang sama. Dan bagi aku ilham setiap kali lepas minum. Kau ingat tak apa budak pekerja tu cakap semalam? Dia cakap Adam's Taste tu formula rahsia boss dia."

"Tapi, nama boss dia kan Su, bukan  Maya."

"Sumayyah. Ada kan Maya tu."

"Maya tu bukan nama penuhnya Nurmaya ke?"

"Entah, aku tak ingat. Tapi, insinct aku kuat mengatakan Sumayyah tu adalah Maya yang aku cari."

"Your  coffee sir. And cinnamon cream puff. On the house, boss belanja.  Dia baru sampai, bawa stok Adam's Taste." Pelayan datang  bersama hidangan yang dipesan.

"Boss awak dah datang? Tak nampak pun ada orang masuk."

"Boss ikut pintu belakang. Sebab dia bawa stok kan. Hah, itu pun dia." Pelayan itu menunjuk ke arah majikannya yang baru keluar dari pintu dapur. Adam tersenyum. 

"Maya." Tiba-tiba sahaja nama itu terkeluar dari mulutnya. Sumayyah menoleh. Dah lama orang tak panggil dia dengan nama itu.

Dah dua tahun,akhirnya bertemu kembali. Teruja sangat. Macam-macam nak ditanya.

"Puan Sara tu dermawan yang terkenal tau.  Umum tahu dia tu jutawan. Macam mana anak jutawan boleh tercampak kat office tu jadi 'tea lady'?"

"Yang jutawan tu mama saya. Saya orang biasa je."

"At least kalau awak nak mula dari bawah pun kenapa tea lady?"

"Kenapa tidak? Pekerjaan yang halal kan?" Balas Maya.

"Saya ni suka cabaran. Suka cuba macam- macam dan buat macam- macam untuk dapatkan duit. Habis belajar, saya buat macam-macam kerja. Nak terus buka business, nenek suruh cari pengalaman dulu. Lagipun tak tahu nak business apa.  Puan Seri Liyana, mak tiri encik Kamal, boss firma guaman tu nenek tiri saya. Masa tu itu je jawatan yang ada, saya terima jelah." Cerita Maya.

"Wow! Puan Seri Liyana, idola saya tu. Semua buku dia saya beli. Bolehlah minta awak dapatkan  autograf nanti."

"Insha Allah. Dulu bercita-cita nak jadi lawyer macam dia. Tapi belajar 6 bulan dah give up. Tukar ambil business, nk ikut nenek Siti. jadi pelukis, tak berbakat pulak." Cerita Sumayyah ketawa. Rancak betul perbualan mereka. Walhal dua tahun lalu taklah rapat mana. Hanya berkomunikasi apabila perlukan kopi sahaja.

"Adam's Taste tu 'trial' jek. Saja nk test market. Kalau laku, ianya akan jadi 'signature' kafe ni."

Adam tersenyum sorang- sorang. Indahnya ciptaan Tuhan. Hati berbunga ceria. Penantian berakhir dengan pertemuan. Kenapa walaupun aku tahu dia dah bertunang aku nak  juga berkawan dengan dia? Adakah sebab aku tahu tunang dia adalah Hazrul?

"I was your junior dulu. Tunang saya satu batch dengan encik Adam rasanya."

"Siapa tunang awak?" Tanya jugalah, walaupun ada sedikit rasa kecewa.

"Hazrul Haiqal."

Sumayyah tersenyum. Kenapa aku rasa happy sangat bila terjumpa dia? Sebelum ni takder perasaan apa-apa pun setiap kali masuk ke biliknya hantar kopi. Hanya rasa berdebar-debar bimbang kalau kopi yang dibancuh itu tak kena dengan selera Adam. 

"Hai, kak. Tersenyum sorang- sorang dari tadi. Ingat abang Haz ke?" Tegur Sadiq,adiknya.

Haz??..Eh! Lupa pulak, pasal mamat tu. Dah 3 bulan tak jumpa. Call pun rasanya dah dekat sebulan. Walhal tinggal dalam daerah yang sama. Rasa sakit hati pulak dengan dia ni. Masa belum dapat bukan main. Setiap hari call, setiap sejam hantar mesej. Setiap kali birthday, mesti jadi orang yang pertama wish. Lepas dah tunang, lupa semua. Semangat nak  ambil hati pun macam dah hilang.

"Dulu sibuk belajar, lepas tu sibuk sebab baru nak jadi peguam. Sekarang ni dah ada firma sendiri. Dah jadi boss pun. So, nak tunggu apa lagi. Awak tu bukan makin muda." Tegur papa bila berbicara soal kahwin.

"Biarlah diaorang bincang bang. Lagipun, kakakpun baru start business.," Celah Sara. Sumayyah tersenyum. Kalau soal jodoh, mama memang kurang mendesak.

"Dah 3 tahun kan bertunang.." Tambah Zamani.

"Kalau papa tak sabar sangat, cakaplah sendiri dengan bakal menantu papa tu. Kakak ni perempuan, tak mungkinlah kakak nak desak-desak dia." Balas Sumayyah.

Papa memang selalu sangat tanya. Dia jugalah yang  banyak mendesak terima Hazrul dulu melihatkan kesungguhan lelaki itu. Dia memang bersungguh dulu, sekarang ni entahlah, mungkin sengaja nak uji kesetiaan aku.

Menghirup  secawan Adam's Taste. Sumayyah tersenyum. Rasanya dah dapat idea untuk nama baru kafe ni. Han'z Cafe dibeli 6 bulan lalu dari pemilik asal. Memang dia bercadang nak tukar nama, tapi takder idea.

"Hi, boss senyum sorang-sorang pagi ni. Dapat idea baru ke?" Tegur seorang pelayan, Suria.

"Boss biasalah, lepas secawan Adam's Taste mesti ada idea baru. Kalau datang macam tak bermaya, lepas minum Adam's Taste terus bermaya." Sampuk seorang lagi.

"Hah, itulah ideanya." Sumayyah teruja nak beritahu.

"Idea apa boss?" Tanya dua pekerjanya itu serentak.

"Nama baru untuk cafe ni?

"Nama baru? Apa dia?"

"Adamaya." Jawab Sumayyah.

"Lepas minum Adam's Taste terus bermaya." Tambah Sumayyah.

" Wow, kreatif! Tapi,encik Hazrul tak jealous ke nanti?" Zharif seakan sangsi dengan idea itu.

"Kenapa pulak dia nak jealous?"

"Boss tak perasan ke? 'Adamaya' tu macam gabungan nama boss dengan kawan boss yang lawyer tu, encik Adam. Lagipun, dia jek yang panggil boss dengan nama Maya tu." Jelas Zharif akan maksudnya.

" Tapi kan,  boss lebih glamour dengan nama Sue?" Kata Suria.

"Sejak encik Adam tu selalu datang sini, orang lebih kenal boss dengan nama 'Maya'." Balas Zharif.

"Terdengar-dengar nama saya diseru ni." Sampuk satu suara.Serentak mereka bertiga menoleh. Adam.

"Eh, encik Adam. Kami tengah bincang pasal. Adam's Taste ni hah." Suria memberi alasan. Tersenyum. Hai, baru disebut dah sampai. Telinga menangkap bunyi loceng tadi, tapi tidak pula menoleh ke pintu masuk kerana sedang berbual dengan boss.

"Awal hari ni." Tegur Sumayyah.

"Saya nak ke Putrajaya pagi ni. Ada trial, mungkin tak sempat nak singgah nanti. Kena minum Adam's Taste dulu. Kalau tak..."

"Tak bermaya nanti." Sambung Zharif. Mereka ketawa. Sumayyah tersenyum. Dah kata dah  nama Adamaya tu memang menarik. Marah-marah pun, nak juga hati Hazrul tu. Tapi, dia peduli ke? Datang  ke kafe pun tak pernah. Sekarang ni pun  lebih banyak jumpa Adam dari jumpa dia.

"Kau ni dah berapa lama sebenarnya tak jumpa Sue?" Tanya Hakim, kembar Hazrul.

"Aku sibuklah. Dia tak bising yang kau pulak yang bising kenapa?" Bidas Hazrul.

"Takderlah. Aku tengok kau lebih banyak habiskan masa dengan Elina. Setahu aku kau baik dengan Elina tu sebab nak sakitkan hati Adam kan? Sebab kau tahu Adam suka dia. Kau  ni macam budak-budaklah. Kes dengan Adam tu dah lamalah. Dari zaman kita belajar. Profesional lah sikit."

"Aku dengan Elina tu urusan kerjalah. Takde kene mengena dengan Adam. Lagipun aku dah dapat kalahkan dia masa kes Dato' Othman tu. So, kami dah even."

"Kau tahu kes tu tak kuat. Memang kau boleh menang."

"Tak kau nak apa sebenarnya ni?"

"Aku cuma nak kau jaga tunang kau. Jangan sampai kena kebas pulak nanti. Kau bukan tak tahu, kawan-kawan kita termasuk  aku pernah try nak mengurat dia dulu. Cuma nasib kau yang baik sebab papa dia tu cikgu kita dulu, dan kau favourite student dia, so dia suka kau."

"Kawan-kawan tahu kan kami dah bertunang? Tak mungkinlah diorang nak sailang aku pulak."

"Tapi, aku tahu macam mana kau layan dia. Kau suka abaikan dia. Tak macam masa nak mengurat dulu. Tak macam masa belum bertunang dulu. Ini bukan exam Haz. Sebelum exam, pulun baca buku,  siang malam berjaga. Dah habis exam, kau biar jek buku tu. Buku takder perasaan, manusia ada."

Kena kebas dengan Adam baru kau tahu.  Dia ada singgah di Han'z Cafe baru- baru ini dan terjumpa dengan Adam dan Ariq. Dan Ariq  ada cerita yang Adam selalu datang. Boleh dikatakan setiap hari.

"Eh, encik Hazrul! Cari boss ke? Dia tak masuk siang hari ni. Ada orang nak sewa untuk birthday malam ni."

"Ada buat event? Bukan selalunya Shahril yang host."

"Selalu memang Shahril,  tapi ni kawan dia. Sebab tu dia yang host."

"Kawan dia siapa?"

"Adam." Satu suara mencelah. Hazrul menoleh. Hakim.

"Dia ada jemput aku datang malam ni. Tapi, aku tak dapat datang. Ni, nanti kirimkan hadiah ni yer. Beritahu encik Adam, saya kena pergi Penang. Petang ni saya naik flight." Hakim menghulurkan sebuah beg kertas pada Zharif.

"Okey, aku gerak dulu. Tak boleh tunggu lama-lama. Kau pun jangan tunggu lama -lama." Sempat Hakim menepuk-nepuk bahu Hazrul sebelum dia pergi. Hazrul pun berlalu. Zharif diam. Lain macam jek. Cemburu ke? 

Telefon berbunyi. Ada panggilan masuk. Sumayyah mencapai telefon miliknya. Hazrul? 

"Malam ni I ada kerja. Haz datang kafe malam ni."

"Nak jumpa sekejap jek. Kita jumpa sekejap jek. Lepas makan Haz hantar pergi kafe." Pujuk Hazrul.

"Dah lebih 4 bulan tak jumpa, takkanlah nak dating sekejap je?"

"Kalau macam tu Su takyah pergi kerja, kita pergi dating jek. Staff Su kan ada."

"Ooooh, kalau Haz, Su suruh tinggal kerja pasal dating tak boleh. Kalau Su,  boleh pulak nak suruh tinggal kerja."

"Amboi, perli nampak."

"Betulkan Su cakap?"

"Okeylah sayang. Su menang. Nanti Haz datang kafe yer." Hazrul mengalah. Sumayyah terdiam. Macam dah lama tak dengar suara lelaki itu memanggilnya sayang.

Bila terasa ada saingan mulalah menggelabah. Sentiasa ada rasa tak senang. Kalau sebelum ni,  susah sangat nak luangkan masa, sekarang ni hampir setiap hari ajak 'lunch' bersama.

"Cantik bunga. Dari encik tunang ke?" Usik Suria. 

"Boss cakap tak suka bunga. Lebih-lebih lagi bunga hidup. Nanti kesudahannya layu. Lebih baik bagi makanan, boleh makan." Celah Zharif.

"Sebab tu encik Adam suka bagi coklat." Balas Suria.

"Boss suka yang mana?" Usik Zharif.

"Ish awak ni! Mestilah saya suka tunang saya."

"Encik Adam, tak suka?" Tanya Suria

"Dia tu kawan jelah." Jawab Sumayyah. Teringat pula perbualannya dengan adik lelakinya, Sadiq.

"Berubah? Mana ada berubah. Berubah sebab rasa tergugat je tu. Tengoklah malam tu. Tak pernah-pernah bagi bunga tiba-tiba bawa bunga. Lepas tu asyik nak berkepit jek. Dengan abang Adam tu, macam musuh dibuatnya, padahal ex-classmate. Sadiq dah korek rahsia pasal diorang dengan abang Ariq tau. Diaorang memang tak berapa ngam."

Patutlah tak banyak berbual malam tu. Bila aku nak amik gambar tak senyum. Lepas tu merajuk bila tahu aku bagi hadiah kat Adam. Sebab tulah tak sabar ajak aku tinggalkan majlis.

"Haz tak suka Su baik sangat dengan Adam tu. Yes, I am jealous. Lagipun dia tu dah ada someone. Nanti someone dia tu jealous pulak." Hazrul pernah akui itu. Tapi, kalau dia tak suka Adam, kenapa nak halang aku baik dengan Adam pulak. Dia pelanggan aku. Takkan aku nak 'banned' dia dari datang kafe pulak. Lagipun Adam takder pun tunjuk yang dia suka kat aku. Dia kan dah ada someone.

Sumayyah masuk ke dalam biliknya. Dan seminit kemudian, Adam pun masuk. Terus ke kaunter. 

" Macam biasa yer. Take away." Pesan Adam

"Seminggu tak nampak. Encik Ariq cakap encik Adam pergi Cameron Highland."

"Ye, ada kerja kat sana. Ni, tolong bagi boss yer." Adam menghulur sebuah beg kertas pada Zharif.

"Eh! Boss ada. Nak saya panggil ke?" 

"Eh, takper. Sayapun nak cepat ni. Kirim salam jek kat dia." Balas Adam.

Sebaik sahaja Adam keluar dari kafe, Zharif terus ke bilik Sumayyah. Mengetuk pintu perlahan. Masuk sebaik terdengar suara Sumayyah menyuruh masuk.

"Hah,Zharif macam tau-tau jek saya nak jumpa awak. Pukul 11 nanti 'signboard' baru sampai. Shahril pulak sibuk kat branch baru kita. Nanti awak tengok diaorang pasang ye."

"Baik boss. Ini dari encik Adam, dia datang tadi. Tapi sekejap jek. Nak pergi courth agaknya." Zharif menghulurkan beg kertad kiriman Adam. Sambil senyuman terukir di bibir, Sumayyah menyambut huluran itu.  Zharif meminta diri untuk keluar. Sumayyah menjengah ke dalam beg tersebut. Sebiji bantal besar berbentuk strawberi. Dan sekotak buah strawberi. Hati berbunga ceria menerima hadiah itu. 

Sumayyah balik ke rumah Siti malam itu. Tak mahu berdepan dengan ayahnya. Dia bukan tak tahu, kalau bergaduh, memang Hazrul suka mengadu dengan ayahnya. Nak harapkan mama tolong 'back up' dia ke JB pulak.

"Sadiq cakap, bergaduh dengan Hazrul."

"Hai, Sadiq pun tahu??"

"Gaduh pasal apa ni?" Tanya Siti.

"Alah, hal kecil jek nek." Jawab Sumayyah.

" Eh, kalau dah lari ke sini, mesti perang besar ni." Celah Badrul.

"Mana ada lari? Kakak memang nak jumpa atuk dengan nenek." Bidas Sumayyah sambil memeluk neneknya.

Memang hal kecil je pun. Yang nak cemburu tak tentu pasal tu kenapa? Tukar nama kafe pun takkan nak minta izin dia kot. Bukan business dia, business aku. Dahlah proses tukar nama tu makan masa. Dah siap, senang-senang jek nak suruh tukar balik. 

Dah seminggu Sumayyah tidak masuk kafe. Setiap hari Hazrul datang mencari di kafe. Namun, hampa.

"Boss tak beritahu ke dia ke mana?" Tanya Zharif pada Suria.

"Takder pulak. Dia cuma hantar mesej jek beritahu dia tak masuk kafe minggu ni. Pasal gaji, nanti encik Sadiq uruskan."  Jawab Suria.

"Kan aku dah cakap  hari tu. Mesti tunang dia tak puas hati pasal 'Adamaya' tu." Ungkit Zharif.

"Tak pernah tengok boss marah- marah m acam tu." Bangkit Suria.

Adam susah hati. Dah cuba telefon banyak kali,tapi gagal dihubungi. Apatah lagi Hazrul datang marah-marah dia. Dan Elina cakap...

"Dia cakap you nak rampas tunang dia."

"Eh, mana ada. Sumayyah tu dulu kerja dengan I. Kami  berkawan jelah. Lagipun I memang suka ajak 'client' minum kat kafe tu."

"Alah, you berdua ni macam budak-budaklah. Bergaduh dari zaman belajar,sampai masing-masing dah jadi peguam yang sah."

"Dia yang macam budak-budak. Kalah masa trial dalam kelas jek. Bukan kat mahkamah pun."

"You tahu kan 50% markah kena tolak."

"Salah siapa? Dia yang tak cukup input nak salahkan I pulak." Balas Adam geram. Agaknya masa tulah tengah kemaruk nak mengurat Maya. 

Maya. Oh,  Maya! Manalah awak sekarang ni. Rasa rinduku melayang-layang. Mengingatkan engkau seorang. 

Lirik Terus Mencintai - Siti Nordiana


Oh kasihku takkan hilang
Bila kau ingat kepadaku
Oh cintaku tak akan pudar
Bila kau selalu di sampingku

Rasa rinduku melayang-layang
Mengingatkan engkau seorang
Menyemai kasih di dahan cinta
Haruskah aku terus menangis

Mengapa rindumu padaku
Tak sebesar rasa sayangku padamu
Mengapa cintamu padaku
Tak bisa seluas lautan

Rasa rinduku melayang-layang
Mengingatkan engkau seorang
Menyemai kasih di dahan cinta
Haruskah aku terus menangis

Mengapa rindumu padaku
Tak sebesar rasa sayangku padamu
Mengapa cintamu padaku
Tak bisa seluas lautan

Sungguh, sungguh kutak bisa
menahan besarnya rinduku padamu
Sungguh, sungguh kutak bisa
Memaksa dirimu mencintaiku

Mengapa rindumu padaku
Tak sebesar rasa sayangku padamu
Mengapa cintamu padaku
Tak bisa seluas lautan
Tak bisa seluas lautan


Nampaknya, aku tak mampu nak lupakan dia. Mungkinkah aku perlu untuk merebut kasihnya? Ke mana agaknya Maya pergi?

The Pinggan Cafe, Johor Bahru. Hidangan sudah tersedia atas meja.  Doa dibaca. Sebaik saja doa diaminkan, Ariq meraup muka. Dan terpandang seseorang yang baru sahaja masuk.

"Maya!" Jerit Ariq. Sumayyah menoleh. Menghampiri Ariq.

"Serata KL Adam cari awak. Rupanya kat JB."

"Dia cari saya? Kenapa?"

"Dia tu susah hati. Lagi-lagi lepas Hazrul datang jumpa dia."

" Dia takut kalau awak betul- betul tak nak jumpa dia. Dia ikhlas nak kawan dengan awak. Dia sebenarnya memang dah suka kat awak sebelum dia tahu awak tunang Hazrul lagi. Sejak di pejabat encik Kamal lagi. Dia frust betul bila balik dari Sabah, awak dah berhenti. Setiap hari dia berharap terserempak dengan awak. Dua tahun dia mengharap, bila dia baru nak move on, dia rasa Adam's Taste tu, dia kembali berharap. Memang dia kecewa bila tahu awak dah bertunang. Walaupun dia tahu awak bertunang dengan Hazrul, dia tak pernah niat nak rampas awak dari Hazrul." 

"Elina tu?"

"Dia tu classmate kiteorang yang paling cantik. Ramai yang suka kat dia. Tapi, dia reject semua. Memang masa belajar Adam kejar2 dia, tapi sejak kenal awak, dia dah tak heran dengan Elina tu. Lagipun ada rumors mengatakan dia 'couple' dengan Hazrul. But it was rumors. Bila tau dia dah bertunang, kami taulah cerita tu tak betul." Cerita Ariq. Sumayyah terdiam. 

"Jadi Haz tiba-tiba jadi loving  dan caring sebab taknak kalah dengan Adam? You two are using me to show  who is better?"

"Haz, memang sayangkan Su. Adam dah ada Elina. He never likes you. Dia  baik  dengan Sue pasal nak sakitkan hati Haz je." Balas Hazrul membela diri.

"So, samalah macam Haz kan? Baik dengan Sue sebab nak menunjuk 'you're the best man'.  Kita dah 3 tahun bertunang. Haz tak pernah se'caring' ni selepas kita bertunang. Kalau betul-betul Haz sayangkan Su Haz  takkan  abaikan Sue. Sampai Sue rasa give up dengan  Haz. Tapi  atuk dan nenek  selalu pesan suruh sabar."

"I'm sorry Sue. I never thought I've hurt you so much. Let's start it over. I promise, I'll change." Hazrul memujuk.

"I just need time." Balas Sumayyah. Kenapa aku perlukan masa? Adakah kerana aku dah berubah hati? 

"Maya! Maya!" Panggil Ariq. Sumayyah tersentak. Kembali ke alam nyata.  

"Sorang kan? Jomlah makan sekali. Banyak ni, saya sorang pun tak habis makan ni. Saya janji tak cerita lagi pasal lelaki dua orang tu. By the  way Maya kat JB ni ada urusan kerja ke?"

"Ada reunion dengan ex-classmate."

"UiTM ke?"

"Ye."

"Silap-silap ex- student my mum ni. Hajah Asmidar."

What a small world. Tujuan Ariq ke Pinggan Cafe kerana ianya viral di media sosial. Ibunya memilih untuk berehat di bilik. Seolah membukanya ruang untuk berbicara dengan Sumayyah dengan lebih terbuka.

"So, awak asal sini?"

"Saya membesar di JB.Sebab my mum kerja sini. My parents memang asal KL. Lepas pencen terus balik KL."

"My mum dulu student UTM, Skudai. Sebab tu dia tak kisah saya study kat JB ni. My father lah bising sikit. So, my mum buka business kat sini. So, adalah alasan dia nak selalu ke JB ni."

Hazrul singgah lagi di ADAMAYA CAFE hari itu.Dan terserempak dengan Adam.   Mereka bertukar senyuman. Walaupun mereka tahu Sumayyah tiada di kafe, mereka tetap mengharap dapat bertemu Sumayyah.

" Memang aku suka dia. Tapi aku tak pernah niat nak rampas dia dari sesiapa.  Walaupun kau. Kita sama-sama dah dewasa. Apa yang berlaku dulu, itu hal kita masa belajar." Luah Adam.

"Dulu aku tak buat researh pun pasal tengah kemaruk dengan dia. Bila dah dapat aku abaikan dia." Balas Hazrul.

"Sekarang ni terpulang pada dia nak pilih siapa."

"Dah tentulah dia akan pilih kau. Kau kan tunang dia." 

"Kalau dia dah pilih aku, dia tak minta aku masa." Balas Hazrul.

Kalau bulan madu saya nak kat Malaysia je. Saya tak suka pergi luar negara. Kalau ada apa-apa emergency  senang nak balik.

"Dulu lepas kahwin mama dan papa duduk London. Masa saya 5 tahun, nenek mama meninggal. Masa tu flight ticket takde. Dua hari lepas tu baru dapat balik Malaysia. Mama sedih sangat masa tu. Sebab tu saya tak suka pergi luar negara. Entahlah, setiap kali pergi luar negara, saya selalu fikir negatif."

"Kalau macam tu awak nak ke mana?"

"Saya nak pergi Cameron Highland. Nak pergi ladang strawberi." Jawab Sumayyah. 

Adam memandu kereta menuju ke Cameron Highland. Kalau dia jodoh aku, aku akan jumpa dia di sana. Dan aku akan luahkan isi hatiku. Tak kisahlah dia terima atau tidak. Kerana siapapun pilihan hatinya, aku akan memilih untuk terus mencintai.


Comments

Popular posts from this blog

ISTERI BOSS

Balqis masih mengadap komputer riba di atas meja belajarnya. Jarum jam sudah menunjukkan hampir ke pukul 1 pagi. Nadia yang baru pulang dari kerja ‘part-time’ di 7 eleven agak terkejut. Selalunya jam 11 malam Balqis dah tumbang. Kalau nak bangun study pun dia akan bangun seawal 4 pagi dan seterusnya akan berjaga sehingga masuk waktu subuh. Hmmm…sejak balik dari cuti semester baru-baru ni Balqis nampak berbeza. Suka termenung. “Aku nak tanya ni. Kau jangan marah tau.” Kata Nadia satu hari. “Macam serius je bunyinya.” “Memang serius pun.” Balas Nadia. “Pasal apa?” “Pasal kau.” Jawab Nadia. Balqis berkerut dahi. Kenapa pula dengan aku? Tanya Balqis dalam hati. Jangan-jangan….. “Kau nampak lain.” “Maksud kau? Aku dah gemuk ke? Atau aku dah kurus?” Tanya Balqis berseloroh. Walhalnya dalam hatinya berdebar juga menunggu soalan dari Nadia. Nadia ni bukan saja BFF aku, ada masa dia ni boleh jadi BFF mak aku jugak ni. Sama-sama suka korek rahsia pasal aku. “Muka kau ...

DENDAM SEORANG ISTERI

Apa yang kau dah buat? Kenapa Mia berdendam dengan kau sampai macam tu sekali? Apa yang kau dah buat? Cuba kau ceritakan hal sebenar. Kalau kau diam je macam ni, macam mana aku nak tolong kau. Hakimi meraup muka dengan kedua telapak tangannya. Ketika hati sedang berbunga cinta, kenapa ini yang terjadi? Apa yang lebih membimbangkan, Mia tu tak sihat. Selepas bertengkar semalam, Mia tiba-tiba pengsan. Bila dia sedar, dia marah-marah dan tak mahu ada doktor dalam rumahnya. Hakimi akurkan sahaja. Esok paginya, Mia hilang. “Aku rasa bersalah sangat. Selama ni aku sia-siakan peluang yang aku ada. Kesabaran dia, memang mencabar aku. Dia terlalu baik. Aku nak dia benci aku. Tapi, dalam masa yang sama, aku semakin menyayangi dia. Aku cuba untuk tak pedulikan dia. Tapi, bila dia balik lambat, aku jadi risau. Tak tentu arah. Memang aku tak cakap apa-apa. Bila nampak saja wajahnya menjengul di muka pintu, betapa leganya hati aku bila dia sampai ke rumah dengan selamatnya.” “...

Bagaimana Untukku Jatuh Cinta

 Calon terakhir untuk hari ini.  Mohd Rafiq Harraz. 30 tahun. Masih bujang. Aneesa memandang wajah pada foto bersaiz kecil itu.  Eh, ini senior aku ni!  Abang handsome yang menjadi rebutan masa sekolah dulu.  Aku ada dengar cerita yang mengatakan dia dah jadi jutawan, dah tu apasal minta kerja jadi pengawal peribadi pulak ni? "Alah,rumors je tu. Saya orang biasa jek. Sedang cari kerja. Baru resign sebab company tutup." "Macam ni sahajalah, sebab saya kenal abang, saya akan hired abang. Tapi kerja abang bukan setakat bodyguard jek tau, abang juga adalah driver dan assisstant saya. You have to be with me 24 hours. You kena tinggal dengan I, I mean at my family's house. Saya akan beri cuti sebulan after six months, is it okey with you?" "Okey, saya okey je." "Sorrylah, it's my father's rules. Selagi saya tak kahwin dia nak saya sentiasa dikawal. Nak gerak bebaspun terbatas." "So, sebelum ni ada bodyguard jugalahye?" "Yes, ...