Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2024

Lamunan Terhenti (Bab 5)

Sara berhenti betul-betul hadapan pintu pagar. Dua orang budak kembar berlari ke arahnya. Nak berebut duduk depanlah tu.  Mereka macamtula perangai dua orang adik kembarnya tu. Samalah perangai macam Fariq dan Fariqa masa kecil dulu. "Dah sekolah menengah  pun perangai tak berubah lagi yer.." Usik Sara. "Ijal tu. Dahlah suka tolak." Adu Fariza. Kembarnya, Farizal hanya menjelir lidah. "Cubalah tolak ansur sikit. Gili-gilir.  Kalau hari ni Ijal, esok Iza pulak. Tak payah rebut. Awak berdua dah besar. Kalau jatuh, malu orang tengok." Tegur Sara. "Alah, kak Sara bukannya hari-hari jemput kiteorang. Kalau abang Lee yang jemput kami tak berebut pun. Kalau mama jemputpun kami tak berebut sebab ada papa." Balas Farizal. "Ada je jawapan yer. Dah tali pinggang pakai." Kereta pun menyusur pergi. Hari itu Sara pulang untuk makan tengahari, jadi dapatlah singgah menjemput adik-adiknya di sekolah. Kadang-kadang kalau Fariqa nak jumpa papa, dia pula ...

Cinta Yang Tertangguh (Bab 4)

 5 tahun, akhirnya aku akan balik ke Kuala Lumpur. Berkhidmat untuk papa dan mama. Dah habis belajar barulah Fariqa buka mulut pasal Amri pada keluarga. Sebelum ni hanya Fariq dan Sara yang tahu. Siapa yang akan mengalah tak pasti lagi. Samada Fariqa yang akan tinggal di Johor atau Amri yang akan mencari peluang pekerjaan di Kuala Lumpur. Buat masa ini bercinta dari jarak jauh. Jauh termenung. Entah apalah  yang difikirkan. Tak pastilah keputusan ini yang terbaik atau tidak. Dia tahu dia hanya jadikan hubungan ini sebagai eksperimen jek.  "Kita cuba jelah dulu. Kaupun single kan sekarang?" "Aku kan dah ada Hisyam." "Hisyam tinggalkan kau dah 3 tahun. Takkan kau nak harapkan dia lagi. Kalau dia sungguh-sungguh dulu, dia teruskan majlis pertunangan tu." "Pasal tu, aku yang minta tangguh." "Please Sara at least we try." Rayu Ady. Tak dapat kakak, adikpun jadilah. Lagipun Hisyam pernah pesan jagakan Sara. Tolong tengok-tengok kan Sara. Takk...

Terpaut Sayang (Bab3)

 "Tangguh jek. Siapa kata Sara dah putus?" "Habis, Sara tak kisah pasal diorang bet tu?" "Alah itu cerita lamalah Iqa. Hisyam dah beritahu masa kiteorang mula kawan lagi. Sara siap minta 'share' lagi." "Habis tu nape tak jadi pulak?" "Dia kan nak ke UK. Pastu nak kerja kat sana. Lama mungkin 4-5 tahun kat sana. Malaslah nak berharap sangat. Buatnya dia jumpa orang lain, Sara jugak yang frust. Kalau ada jodoh kami nanti, adalah. Iqa tu, bila nak ada bf? Ibu asyik tanya jek tau." "Sabarlah. Tunggu habis belajar." "Iqa, kalau belajar ni sampai bila-bila takkan habis. Sara carikan nak?" "Eh, tak payah! Biar dia datang dengan sendirinya.." "Okeylah. Let's have dinner. Abang ajak dinner sama. Dia nak celebrate birthday Ain.Ajak kita sekali." "Abang ni nak dating pun ajak kita." "Iqa jugak cakap, selagi belum kahwin, adik2 tetap priority utama abang." Ungkit Sara. Perlahan...

Salah Jatuh Cinta (Bab2)

 Kali ini memang betul-betul terus balik. Memang itu janjinya dulu. Dah 15 tahun usia perkahwinan mereka. Bererti dah 15 tahun juga Badrul mengikut isterinya tinggal di London. Sara nak habiskan setahun lagi pengajiannya dan akan sambung degree di Malaysia pula. Fariq dan Fariqah, walaupun dah jadi adik beradik, mereka jarang dapat bertemu.  Siti dan Badrul adalah sepasang kekasih yang terpisah, mendapat peluang kedua untuk bersama. Sara adalah anak tunggal Siti bersama arwah suaminya dulu, Azmi. Dan Fariq dan Fariqa adalah anak kembar Badrul bersama bekas isterinya Liyana. Walaupun dah lama berpisah,hubungan mereka tetap baik demi anak-anak.  Kehadiran Badrul dalam hidup Siti seakan sukar diterima Sara. Biarpun tak pernah mengenal ayah kandungnya yang meninggal di usianya 2 bulan, mamanya selalu 'hadir'kan papa kandungnya itu. Bila Badrul dah jadi papanya, jarang dengar mamanya menyebut tentang ayah kandungnya. Apatah lagi selepas lahirnya 2 orang adik kembarnya, seolah ...

Memori Kisah Hati (Bab 1)

 6 tahun telah berlalu. Siti kembali menjejakkan kaki semula ke tanah air tercinta Malaysia. Kalau diturut hati yang masih kecewa dan merindu, tak bersedia lagi untuk kembali ke sini. Namun, demi amanat suami tercinta dia balik semula, biarpun lelaki itu tidak dapat ikut bersama.  Macam nak runtuh airport hari itu mendengar jeritan keterujaan Damia apabila dapat bertemu kembali dengan sahabat baiknya itu. Mereka berkawan sejak kecil lagi. Dan ibu Siti adalah jiran yang menjaganya kerana ibubapanya bekerja. Si kecil hanya tersenyum melihat aunty kesayangannya itu. Walaupun 6 tahun Siti di luar negara, setiap tahun Damia akan datang mengunjungi dan hampir setiap hari video call.  "Hi, Sara!" Damia mencuit manja pipi Sara. "Ingatkan dah tak ingat Sara."  "Amboi, bercakap macam budak besar yer. Not bad your BM. Mesti kena kerah dengan mama." "Mestilah. Kalau cakap english mama tak bagi ikut." Rengek manja Sara. " Ni, aku terus hantar ke rumah su...