6 tahun telah berlalu. Siti kembali menjejakkan kaki semula ke tanah air tercinta Malaysia. Kalau diturut hati yang masih kecewa dan merindu, tak bersedia lagi untuk kembali ke sini. Namun, demi amanat suami tercinta dia balik semula, biarpun lelaki itu tidak dapat ikut bersama.
Macam nak runtuh airport hari itu mendengar jeritan keterujaan Damia apabila dapat bertemu kembali dengan sahabat baiknya itu. Mereka berkawan sejak kecil lagi. Dan ibu Siti adalah jiran yang menjaganya kerana ibubapanya bekerja.
Si kecil hanya tersenyum melihat aunty kesayangannya itu. Walaupun 6 tahun Siti di luar negara, setiap tahun Damia akan datang mengunjungi dan hampir setiap hari video call.
"Hi, Sara!" Damia mencuit manja pipi Sara.
"Ingatkan dah tak ingat Sara."
"Amboi, bercakap macam budak besar yer. Not bad your BM. Mesti kena kerah dengan mama."
"Mestilah. Kalau cakap english mama tak bagi ikut." Rengek manja Sara.
" Ni, aku terus hantar ke rumah suami kau lah. Aku dah kemas-kemas."
" Ye ke kau kemas? Bukan ke Azmi dah hired cleaning service?"
" Memanglah yer. Tapi rumah tu kan kadang- kadang jadi homestay untuk staf-staf yang datang seminar kat KL ni. Jadi aku checklah kot ada apa-apa yang rosak ke? Lagipun family kau dah dua hari kat rumah tu."
"Hah, ye ke? Tak sabarnya nak jumpa ibu."
Selepas nikah, Siti dan suaminya berpindah ke London. Suaminya ada buka perniagaan di sana biarpun sudah sukses di Malaysia. Tujuannya ingin membawa isterinya jauh dari kekecewaan hati. Perniagaan di Malaysia diserahkan pada Damia untuk menguruskannya. Biarpun ada awalnya Damia tak berani, namun oleh kerana Azmi tinggalkan Damia bersama orang- orang kepercayaannya, Damia mampu mengurusnya dengan baik dan menjadi isteri kepada salah seorang daripada mereka.
Selesai urusan di mahkamah, Liyana memandu pulang ke rumah keluarganya. Ibu dan ayah dah takder. Rumah tu hanya orang gaji dan keluarga yang tinggal untuk dijaga. Mulai hari ini, Liyana akan mulakan hidup baru. Mungkin inilah jalan yang terbaik untuknya dan Badrul. 6 tahun melayari hidup berumahtangga, dikurniakan sepasang anak kembar, namun ianya masih tidak dapat memberinya ketenangan jiwa.
Aku tahu kisah percintaan mereka, sepatutnya aku menolak untuk dijodohkan. Apabila mengetahui Siti berkahwin dengan Azmi, kawan baik Badrul, aku begitu yakin cinta Badrul akan jadi milikku isterinya. Tapi aku silap. Cinta Badrul untuk Siti tak pernah padam. Di depannya aku, namun di hatinya Siti.
"Puan, anak-anaknya takder puan?"
" Diorang ada kat rumah nenek diorang. Nanti esok baru datang sini. Lagipun barang-barang mereka yang nak dibawa ke sini saya tak kemas lagi." Balas Liyana.
"Oh, ya malam ni saya tak nak makan di rumah yer. Akak masak untuk family akak jek."
"Bilik saya dah kemas. Nak saya bawakan beg puan ke bilik ke?"
" Eh, takper. Nanti saya bawa sendiri. Sayapun nak ke bilik ni, nak berehat."
Badrul tiba di rumah ibunya. Anak-anak berlari mendapatkannya. Dan bertanya mana ibu mereka. Badrul tidak terus menjawab.
"Ayah penat tu. Biar ayah rehat dulu." Suara datin Maria mencelah. Dua kanak-kanak itu akur.
" Dah selesai ke?"
"Dah mak. Saya cuba juga pujuk Liyana tadi, tapi dia dah tetap dengan pendirian dia."
"Dia dah ada orang lain ke?"
" Kan dia dah cakap, bukan itu sebabnya." Tegas Badrul.
"Sebab apa? Sebab Siti?"
"Mak, Siti tak salah apa-apapun Mak."
" Memang Siti tak salah. Mak yang salah sebab paksa kau kahwin dengan Liyana. Tapi Siti kan dah kahwin. Tak ada bezapun, kau tetap tak boleh kahwin dengan dia. Takkan kau nak paksa Azmi ceraikan dia pulak. Mak tahu Azmi tu dulu kawan baik kau. Tapi, kau sendiri yang putuskan hubungan dengan dia lepas dia kahwin dengan Siti."
" Mak, doakan lah yang baik-baik untuk anak mak ni. Kalau tak dapat buka pintu hati Liyana untuk kembali jadi isteri saya, sekurang-kurangnya doakanlah saya boleh bunuh cinta saya pada Siti. Saya taknak lagi ada orang yang kecewa dengan saya mak." Lantas berlalu dan pergi ke anak-anaknya.
Semua salah mak Badrul. Kalaulah mak terima sahaja jodoh kau dengan Siti kan senang. Liyana pun tak tanggung rasa makan hati selama ni.
"Yana dah fikir masak- masak mak. Isteri mana yang tak makan hati mak, kalau hampir tiap malam suaminya akan tenung gambar kekasih lama sebelum tidur. Dan kadang-kadang tu mengigau sebut namanya. Selama nipun Yana cuba bertahan demi mummy dan daddy. Sekarangpun mereka dah takder."
"Anak-anak macam mana? Yana tak fikir pasal mereka?" Tanya datin Maria.
" Insha Allah, nanti mereka akan faham."
Seminggu sudah berada di Malaysia. Sara pun dah mula bersekolah, dan Siti pun mula ke pejabat.
"Ini senarai nama syarikat yang ada potensi yang bagus. Tiga syarikat ni pula, perlukan owner baru. Diorang kena scam, perjalanan syarikat okey, cuma sekarang ada masalah financial yang agak kritikal, sebab tu nak cari new investor. Ada satu company yang sangat menarik perhatian aku. Badzmi Holdings."
" Badzmi?"
"Ring the bell?"
"Ini syarikat yang kita part time lepas SPM tu kan?"
"Hai takkan ingat yang itu jek? Inilah syarikat di mana kau jumpa suami kesayangan dan ex-boyfreind kau." Ungkit Damia.
"Hmm..okeylah nanti aku go through fail ni semua. " Siti segera beralih topik.
"Tukar topik nampak." Usik Damia. Siti diam sahaja.
" By the way, kau lama tak kat Malaysia ni? Kalau ikut takwim syarikat hujung bulan depan kita ada family day. Bolehlah join sekali."
"Kalau ikut perancangan 6 bulan."
"Lama jugak tu. Patutlah kau suruh Sara sekolah kat sini. Yelah mesti dia bosan kan hari-hari kena ikut pergi kerja."
" Aku nak kau dapat seorang peguam untuk handle semua kes jual beli syarikat, investment dan sebagainya ni."
"Company memang ada peguam. Ada 5 orang."
"Tak, aku nak peguam khas untuk ini sahaja. Aku taknak dia urus kerja lain. 10k sebulan for six months. Lepas tu, dia boleh berhenti kalau dia nak atau lantik dia jadi peguam yang keenam syarikat." Bicara Siti tegas.
"Nanti aku cuba tanya kalau lawyer-lawyer kita tu ada kenalan yang layak." Akur Damia.
Siti menjeling jam di tangan. Dah janji dengan Sara tadi nak jemput dia di sekolah. Siti segera meminta diri. Pemandu yang diupahnya memandu membawa kereta ke sekolah tadika Smart Kid. Dah 11:20 pagi. Mesti budak kecil tu membebel kerana menunggu lama. Sekolah habis jam 11:00 pagi.
Liyana yakin, dia memang tak salah orang. Itu memang Siti. Dia dah balik Malaysia ke? Cepat sangat pula dia pergi. Tak sempat pula nak menegur.
" Cepatnya ibu datang hari ni."
"Ibu cuti. Kita kena kemas barang-barang kamu berdua kat rumah ayah. Ayah cakap dia nak jual rumah tu."
"Ibu, kenapa kita tak tinggal lagi dengan ayah?" Tanya si anak lelaki, Fariq.
"Sebab ayah nak jual rumah ke?" Anak perempuannya Fariqa pula bertanya.
"Ayah nak teman nenek." Alasan Liyana.
"Kalau macam tu, kita tinggal jelah dengan nenek." Cadang Fariq. Liyana tersenyum. Kamu masih terlalu kecil untuk faham ini semua anak-anakku.
Adakah salah aku? Akukah yang terlalu terburu-buru? Sekurang-kurangnya aku dapat tidur lena. Tidak perlu mengintai si suami yang masih menatap gambar gambar kekasih hati, tidak lagi terjaga tengah malam kerana terdengar suami menyebut nama orang lain. Aku cuma mahukan ketenangan. Demi menjaga hati orang tua aku setuju menjadi isteri Badrul. Kini mummy dan daddy dah takde. Tiada lagi hati yang perlu aku jaga.
Kuat betul cinta Badrul untuk Siti. Dan Liyana tahu, Siti berkahwin dengan Azmi kerana tak mahu Badrul menolak jodoh aturan orang tuanya. Dan lepas nikah, mereka terus pindah ke luar negeri, dan tak tahu langsung khabar mereka.
Azmi mewarisi harta keluarganya. Ibubapanya meninggal di usianya yang masih muda. Kemalangan jalan raya di malam raya. Azmi dijaga oleh ibubapa Badrul. Hubungan mereka memang cukup akrab. Semua hal mereka buat bersama. Hakikatnya, mereka jatuh cinta pada orang yang sama.
"Kita kahwin. Lepas tu kita pergi London, jauh dari sini." Cadang Azmi.
"Mungkin dengan cara ni,Badrul takkan desak kau lagi. Kau tahu kan datin Maria dah ada calon untuk Badrul tu." Saran Damia pula.
"Kalau kau taknak kahwin dengan encik Azmi pun, Badrul tetap akan kahwin juga. Dah tu takkan kau terus nak bercinta dengan suami orang?"
"Saya cuma taknak awak kecewa.."
"Kau sendiri cakap dengan Badrul supaya jangan tolak restu orang tua. Mungkin dengan cara ini akan patahkan hati Badrul. Dan akan dapat lupakan kau. Dan kau dapat lupakan dia.
Kau salah Damia. Cinta di hati aku masih untuk Badrul. Aku berdosa pada suamiku. Abang maafkan Siti. Sebab itulah Siti taknak balik Malaysia. Cinta yang sudah menjadi memori itu akan singgah di fikiran. Abang pula tak ikut sama. Siti memegang dadanya. Memegang di mana hati terletak.
"Abang tau kan? Abang akan sentiasa di sini. Maafkan Siti kerana susah untuk menyayangi abang sebagai suami. Kehadiran Sara adalah atas rasa tanggungjawab sebagai isteri. Biarpun hakikatnya, Siti sentiasa sayangkan abang macam seorang adik yang menyayangi abangnya. Dan abang tak pernah berkecil hati atas hal itu biarpun abang tahu.
"Kisah cinta tu memang dah jadi memori. Tapi, tak mustahil memori mungkin akan berulang."
"Abang, Siti dah cakap kan? Jangan ungkit lagi hal tu?"
"Okeylah sayang. Abang janji, abang takkan sebut lagi hari ni." Azmi mengangkat tangan tanda bersumpah.
Memang abang tak sebut lagi hal itu. Esoknya, lusa dan selamanya. Siti memandang wajah Sara yang sudah terlena di sisinya itu.
Dan hari seterusnya, pagi- pagi Siti akan hantar Sara ke sekolah, dan kemudian dia akan ke pejabat.
"Hari ni ada meeting pasal investment ke 10 syarikat yang berpotensi tu. And encik Halim dah appoint seorang lawyer untuk handle perkara ni. Aku dah kosongkan satu bilk untuk dia. Pukul 10 nanti dia datang. Dia ada hal sikit pagi ni, jadi tak dapat datang awal." Beritahu Damia.
"Ok." Balas Siti ringkas.
"By the way dah decide company mana yang kau nak beli?"
"Aku tak nak beli company, kita invest jek dulu. Kalau dah stabil, baru kita offer untuk beli. Apa-apa hal biar aku bincang dengan lawyer tu dulu macam mana. Ni, kita sibuk nak invest sana sini, company kita macam mana? "
"Semua lancar boss."
"Kalau semua dah okey, yang kau suruh aku balik Malaysia kenapa?"
"Amboi kau dah lupa? Azmi janji akan balik setahun sekali. Aku tunggu 6 tahun tau. Harta suami kau tu dah lah banyak. Kalau aku ni tak amanah, tau2 balik Malaysia dah habis semua harta."
"Terima kasihlah sahabatku. Jagakan harta suami aku. Akupun survive jugak nak handle company dia kat sana. Bila dah betul-betul stabil barulah aku berani nak tinggalkan. 6 tahun tak balik, takkanlah nak balik sekejap je."
Mengaku sajalah Siti yang kau sebenarnya masih belum sedia lagi untuk balik Malaysia. Kau balik juga sebab Azmi nak suruh tengok-tengokkan business dia kat Malaysia ni. Dan diapun pernah cakap yang kalau boleh dia mahu dapatkan semula 'Badzmin Holdings kan? So, inilah peluangnya kan? Kenapa masih teragak-agak? Sebab tak mahu berurusan dengan Badrul ke?
"Ini bilik puan ye. Sekejap lagi saya minta PA saya hantar fail-fail yang saya cakap tu. Mengenai kontrak kerja tu, kita sain dalam pukul 2 ye. Boss ada urusan di office lain, lepas lunch baru dia balik office." Damia membawa peguam syarikat yang baru dilantik khas itu ke bilik untuknya.
"Terima kasih. Tak payahlah panggil puan. Panggil Liyana sahaja."
"Saya macam pernah jumpalah awak ni. Tapi tak ingat kat mana."
"Alah KL ni bukan besar mana. Mungkin kita pernah jumpa kt butik berebut baju." Balas Liyana sambil berseloroh. Damia ketawa.
Liyana mula membelek fail-fail yang baru diterima. Tiba-tiba pandangan matanya tertumpu pada satu fail. Badzmin Holdings. Ini syarikat Badrul. Kenapa dia nak jual pulak? Tak pernah pula dia bercerita tentang masalah kerjanya semasa mereka masih lagi suami isteri.
Damia yakin dia tak salah orang. Rasanya itu memang isteri Badrul. Damia masih ingat wajah pengantin perempuan yang bersanding dengan Badrul 6 tahun lalu. Dia hadir ke majlis itu atas permintaan Siti. Dan dia masih ingat wajah itu, kerana dia yang temankan Siti bertemu dengan bakal isteri Badrul waktu itu. Alamak buatnya Siti tak setuju dengan perlantikan dia macammana? Fail-fail dah bagi dia tengok. Damia mula menggaru kepala yang tak gatal.
"Dah.tunggu apalagi, puan Siti dah masuk office tu. Panggillah Liyana jumpa puan." Tegur Suhaimi,suami Damia.
Damia bersama Liyana masuk ke bilik Siti. Damia memperkenalkan Liyana kepada Siti. Mereka bersalaman. Tiada seorangpun daripada mereka mengungkit kisah silam mereka. Masing - masing bertindak profesional dan hanya berbicara soal kerja.
" Saya akan mulakan dengan Badzmi Holdings. Memandangkan puan lebih berminat untuk invest, saya akan buatkan offer letter. Dan kalau dia berminat dengan tawaran puan, saya akan teruskan dengan surat perjanjian."
"Kenapa mesti Badzmi Holdings dulu?" Tanya Siti.
" Sebab saya kenal owner syarikat ni." Jawab Liyana. Damia tersenyum. Memang tepat tekaan aku. Tapi takkan Siti tak perasan langsung.
"Your husband kan?" Bicara Siti dalam hati.
"Okey, awak buatlah apa yang patut. Kalau boleh tak perlu libatkan saya, biar puan Damia yang urus semua. Lagipun saya dah serah kuasa pada dia."
Jam sudah hampir 5 petang. Telefon pintar Oppo A031 milikny itu berbunyi. Tertera nama Liyana di skrin kecil telefon itu. Badrul segera menjawab. Dah3 bulan bercerai, inilah kali pertama Liyana menghubunginya. Selalunya dia yang telefon untuk tanyakan hal anak-anak.
" Kenapa abang tak jual syarikat? Abang ada masalah kewangan ke? This is your last company yang abang jual tau."
" Yana kan tahu, business2 abang sebelum ni partner dengan Azmi. Dan yang pandai hal-hal business nipun dia. Abang ni cuma rakan kongsi jek. "
" Habis tu, lepas ni abang nak buat apa?"
"Kerjalah apa yang abang memang pakar."
"Mak bagike? Kan dia pernah cakap pelukis ni takder masa depan."
"Mak tu dah cukup rasa bersalah dengan penceraian kita. Dia dah tak mahu membantah kemahuan abang."
" Kalau Siti belum kahwin, mesti mak setuju kan abang kahwin dengan dia. Yelah, dulukan dia tak mahu bermenantukan pelukis. " Ungkit Liyana. Badrul terdiam. Liyana menepuk sedikit mulutnya yang lancang.
"By the way, Yana nak beritahu ni, Siti ada di Malaysia tau. Tapi, boss Yana cakap 6 bulan jek. Then,dia balik London semula. " Liyana beralih cerita. Masih berkaitan Siti.
"Mana Yana tau?"
"She's my big boss. Puan Damia cakap, dia balik cuma nak jumpa keluarga dan tengok-tengok syarikat. And syarikat Badzmi Holdings adalah salah satu syarikat yang dalam perhatian.
"Siti offer nak invest instead of beli syarikat tu. Yana nak tau, berapa tawaran abang? Nanti Yana terus bincang dengan puan Damia."
"Abang memang taknak buat business lagi. Abang dah janji dengan mak abang yang abang akan uruskan rumah-rumah dan bangunan sewa family kami."
" Tapi, abang tak sayang ke? Setahu Yana, Badzmi Holding was your first baby kan?"
"Samalah macam Azmi. Kami sama-sama buka syarikat tu. Masa dia keluar dari syarikat, satu sen pun dia tak amik. The truth is sebahagian dari company tu, milik Azmi. Jadi abang rasa, tak salah kalau isteri dia nak ambil syarikat tu kan?"
"So, what is your planning?"
" Macam ni jelah. Beritahu Siti, abang serahkan syarikat tu pada dia. Abang perlukan duit untuk bayar hutang syarikat."
Siti betul ke kau ada di sini? Patutlah rasa rindu ini terasa makin kuat. Ah,kenapa aku nak simpan rasa ini lagi? Dia kan dah ada Azmi. Tapi Azmi kan dah pernah janji dia sangggup apa sahaja untuk aku. Tidak! Aku sendiri yang putuskan hubungan kami dulu.Tak mungkin dia akan lepaskan Siti untuk aku. Dan tak mungkin Siti akan tinggalkan dia untuk aku.
"Kau memang kawan tak guna. Sanggup kau nikah dengan kekasih kawan baik kau sendiri."
"Kau pun akan kahwin dengan orang lain kan? Aku cuma nak rawat luka hati dia yang kecewa." Balas Azmi.
"Aku akan bawa Siti jauh dari sini. Aku tahu, siksa hati dia bila dapat tahu yang kau nak kahwin dengan orang lain."
"Tapi aku tetap boleh kahwin dengan dia kan?"
"Itu yang dia taknak. Mak ayah kau tak restu hubungan kamu berdua."
"Ahhh." Jerit Badrul sambil menumbuk Azmi sekali lagi. Siti yang berdiri tak jauh dari mereka segera berlari ke arah mereka.
"Bad, awak buat apa ni? Abang, abang okey ke?" Siti mendapatkan Azmi yang sudah jatuh ke atas tanah.
"Kenapa Siti? Kenapa awak nikah dengan dia Siti? Awak tau kan saya sayangkan awak?"
"Percintaan kita tiada restu Bad. Lagipun awak akan jadi suami orang tak lama lagi. Terimalah hakikat yang kisah cinta kita dah jadi memori."
Segalanya dah berlalu, kisah kita memang dah jadi memori. Namun, ianya adalah memori terindah dalam hidup ku. Kau masih dalam hatiku Siti. Aku masih tak mampu lepaskan kau dari hatiku. Aku rindu padamu. Ingat sikit Badrul. Dia isteri kawan baik kau. Kalau Siti balik, mesti Azmi pun ada kan? Dia masih marah dengan aku ke?
"Kau lepaskan Siti. Tolonglah." Rayu Badrul.
"Apa yang kau merepek ni. Aku datang jumpa kau ni cuma nak beritahu yang aku tak dapat datang majlis kau. Aku dah janji dengan Siti. Aku akan bawa dia jauh dari sini."
"Kalau kau pergi kita putus kawan." Ugut Badrul sambil mencengkam leher baju Azmi.
"Okey, kalau itu yang kau nak. Aku tetap akan pergi sebab itu yang Siti nak. Aku memang akan dahulukan isteri aku. Majlis kau lagi seminggu jek. Terimalah hakikat. Antara kau dengan Siti memang takder jodoh. Mungkin akan ada, tapi bukan sekarang."
Siti tak mahu Badrul membantah kehendak orang tuanya. Sebab itu dia segerakan pernikahannya dengan Azmi. Dia nak Badrul kecewa dan lupakan dia. Dan demi nak menjaga hati Siti, Azmi akurkan kemahuan itu, biarpun terpaksa memutuskan persahabatan yang telah lama terjalin.
"Kalau betul encik Azmi nak kahwin dengan saya, baiklah saya setuju. Tapi, saya ada syarat."
"Apa syaratnya?"
"Pertama kita mesti nikah sebelum Badrul. Dan lepas nikah kita pergi jauh dari sini." Pinta Siti.
"Saya tak mahu Badrul derhaka pada orang tuanya. Dah banyak kali dia ajak saya lari. Saya tak mahu orang tuanya malu. Dan saya juga takut, akhirnya saya termakan dengan pujukan dia. Saya pun taknak keluarga saya malu." Jelas Siti.
"Biarlah apa dia nak kata. Dia nak benci ke, saya tak kisah. " Tambah Siti.
Liyana dan Damia duduk berbincang berdua. Liyana masih tak bercerita mengenai kemahuan Badrul. Kalau boleh,dia nak berbincang sendiri dengan Siti.
"Macam mana dengan meeting dengan Badzmi Holdings semalam? " Damia membuka topik.
"Dia setuju tak dengan offer kita?"
" Mengenai hal itu, Badzmi Holdings ada offer lain. Kalau boleh saya nak bincang sekali dengan puan Siti. "
"Suami awak ada nak request apa2 ke?" Tanya Damia.
"Suami?" Liyana tak faham. Maknanya sedari awal lagi dia dah perasanlah aku siapa. Cuma aku yang tak perasan dia siapa. Yang aku ingat Siti sahaja.
"Encik Badrul tu dulu, boss saya. Masa awak kahwin saya ada datang majlis yang meriah tu." Cerita Damia.
" Meriah macammanapun tak menjamin kebahagiaan berpanjangan." Balas Liyana.
"Eh, kenapa cakap macam tu pulak?" Lain macam je bunyinya.
" Dah 3 bulan kami berpisah. Dan baru bercerai secara sah 2 minggu."
Cerai?? Ini mesti kena beritahu Siti ni. Tapi, kalau dia tahupun untuk apa? Walaupun dia tak pernah cintakan Azmi, dia sangat setia dengan lelaki itu. Bak kata Sara,'mama cakap papa sentiasa di sini' sambil memegang dadanya.
Siti menjemput anaknya di sekolah. Sara sedang rancak bercerita dengan kawan-kawannya sehingga tak sedar mamanya dah sampai.
"Seronoknya bersembang." Tegur Siti.
"Eh, mama!" Sara terus memeluk mamanya. Siti tersenyum. Dua orang kawan Sara menghulur tangan untuk bersalam.
"Comelnya. Siapa namanya ni?" Siti mencuit manja pipi salah seorang dari mereka.
"Mereka ni kembar tau mama. Fariq dan Fariqa." Sara memperkenalkan kawan-kawannya.
"Balik dengan siapa ni? Siapa ambil?"
"Nenek datang sekejap lagi. "Beritahu Fariq.
"Okeylah. Anty balik dulu yer. Bye."
Siti meminta diri.
"Mama, Sara rindulah dengan aunty Damia. Nak ikut mama pergi office." Pinta Sara.
"Yelah, tapi kita balik makan dulu. Opah dah masak tu. " Balas Siti. Sarah bersorak keriangan.
Tak lama selepas itu, datin Maria pun sampai. Fariq dan Fariqah berlari mendapatkan nenek mereka. Selepas ibubapa mereka berpisah mereka akan tinggal di rumah nenek mereka dan petang Liyana akan menjemput mereka balik.
"Eh, Sara! Buat apa kat sini?"
"Jumpa aunty Damia. Aunty Yana kerja kat sini jugak ke?" Tanya Sara petah. Liyana angguk. Kanak-kanak ini memang ramah orangnya. Pasti ikut perangai ayah. Dia ingat lagi semasa ke tadika untuk sambut birthday anak-anaknya, berkenalan dengan Sara. Dia mendekati Sara kerana inilah kanak-kanak yang dia nampak dipimpin Siti.
"Eh, sayang. Tak mahulah kacau aunty nak kerja."
"Mana ada kacau. Sara nak cari aunty Damia. Terserempak pula dengan aunty Yana ni. Inilah ibu Fariq dan Fariqa." Jadi dua orang kanak-kanak itu adalah anak-anam Badrul. Patutlah masa tengok Fariq tadi aku rasa macam seseorang.
"Anty Damia ada meeting kat luar. Dia tak balik office lepas tu." Beritahu Sara.
" Damia cakap awak ada hal nak cakap pasal Badzmi Holdings. Awak ambil failnya dan kita bincang di bilik."
"Baik puan." Liyana akur dan tunduk hormat.
"Encik Badrul tetap nak jual. 50% dari harga yang ditawarkan. 50% lagi dia pulangkan semula pada encik Azmi, suami puan." Beritahu Liyana.
"Kan Azmi dah beritahu semua tu hadiah untuk kamu suami isteri." Balas Siti.
" Jadi puan sebenarnya memang ingat lagilah siapa saya?"
"Ingat. Cuma bila kat pejabat saya lebih suka cerita soal kerja je." Jawab Siti. Liyana angguk tanda faham.
" Macam ni sajalah. Memang Azmi ada cakap, kalau boleh dapatkan syarikat tu. Tapi, saya tak patut pulak rampas macam tu je. Saya nak syarikat tu terus maju. Saya akan bantu dari segi kewangan. Biarkan suami awak terus menguruskan syarikat tu."
"Ex. Ex-husband." Celah Liyana.
"Ex? Awak dah bercerai?!" Siti terkejut.
Kereta yang dipandu berhenti tak jauh dari rumah itu. Dia kenal kereta itu. Dah 6 tahun, nampaknya Badrul masih setia memandu kereta itu. Siti membatalkan niatnya untuk bertemu dengan datin Maria sebagaimana yang diamanahkan suaminya. Azmi sudah mengangga datin Maria macam emaknya sendiri. Aku yang pisahkan mereka. Teringat pula perbualan dengan Liyana tadi.
"Saya tanya awak samada awak sedia lepaskan dia. Tapi saya terlupa tanya dia, apakah dia sedia lepaskan awak dari hatinya. Saya gagal dapatkan cintanya. Dia masih tak dapat lupakan awak."
"Maafkan saya Yana."
"Tak perlu minta maaf. Sayapun silap kerana terlalu nakkan hak orang lain."
"Hatinya bukan hak saya." Balas Siti.
"Hati saya lebih tenang sekarang. Saya cuma harap anak-anak faham satu hari nanti.
Entah mengapakah hatiku bergetaran
Bila bertemu lagi oh! kekasih lama
Ku cuba selindungkan api keresahan
Namun perasaan ini berapi di dalam
Ku kira engkau sudah melupakan
Kerna itulah engkau nampak tenang
Lainlah aku walau ketika ini
Masih membara ingatanku terhadapmu
"Ayah, jomlah masuk. Fariq menarik tangan ayahnya. Kakinya terhenti seketika bila ternampak Siti di depan mata. Siti pun turut terkedu.
Mereka sama- sama terserempak di hadapan pintu pagar. Patutlah rasa nak cepat hari ini. Rupanya nak terserempak.
"Siti apa khabar?"
"Alhamdulillah. Sihat."
"Bila balik Malaysia?"
"Dah 3 bulan."
"Saya ke office nanti yer. Nak jumpa Azmi. Boleh bincang sekali pasal Badzmi Holding."
" Azmi tak balik. Saya dengan anak je."
"Datin ada di rumah?"
"Ada. Dia tak ke mana, duduk kat rumah jek. Masa budak2 ni balik nanti dia jemput."
"Takperlah. Nanti saya jumpa dia. Bawa Sara sekali."
Masih adakah lagi rasa cinta, masih adakah lagi rasa rindu? Mengapa masih lagi aku menunggu cintamu? Liyana tinggalkan aku kerana aku tak dapat lupakan kau. Mungkinkah cinta kita akan bersatu? Segalanya hanya tinggal memori. Tapi, macam mana dengan Azmi?
Siti berhenti di hadapan rumah datin Maria. Betul ke tindakannya ini? Tapi, inikan amanah Azmi.
"Datin tak pernah benci awak. Dia pun terpaksa akur kehendak Dato' Rahman. Sebenarnya, dia yang suruh saya kahwin dengan awak."
"So, kata-kata manis abang tu tipulah?."
"Eh, yang tu betul. Memang abang dan Badrul dua-dua sukakan Siti, tapi Siti lebih sukakan dia kan. Jadi abang mengalah. Kalau datin tak suruhpun, memang abang nak kahwin dengan Siti. Datin sayangkan Siti. Maksud abang dia sayang orang yang anak dia sayang. Janji dengan abang, apa-apa berlaku pada abang beritahu dia. Kenalkan Sara pada dia.
Datin Maria terkejut dengan kedatangan Siti. Bukan main gembira Fariq, Fariqah dan Sara. Macam dah lama tak jumpa. Padahal hari-hari jumpa di sekolah.
"Maafkan saya. Disebabkan saya Azmi tinggalkan keluarga angkatnya di Malaysia ni."
"Eh, makcik tak kisah. Sekurang-kurangnya dia bahagia. Makcikpun tumpang happy. Ni kenapa dia tak ikut balik? Call pun takder. Awal-awal dulu, ada jugak call."
"Datin, Azmi pernah cakap yang datin ni macam mak dia sendiri. Dan saya rasa datin patut tahu hal ni?"
"Hal apa?"
"Sebenarnya Azmi dah meninggal dunia. Kanser hati. Dia mati di meja pembedahan 5 tahun lalu."
Airmata gugur lagi. Apatah lagi melihat datin Maria yang meraung kesedihan. Kenapalah kau tunggu 5 tahun?
Kalau macam tu bolehlah Siti dan Badrul bersama semula. Dah 6 tahun kamu berdua terpaksa berpisahkan? Tidak semudah itu. Apa yang ada di hati kami sekarang tak sama dengan dulu.
Urusan jual beli syarikat berakhir dengan baik. Siti jadi serba salah. Apatah lagi Liyana sepejabat dengannya. Takkanlah tiba-tiba nak pecat pula.
"Balik London? Kan kau cakap 6 bulan? Ni baru 4 bulan."
"Urusan aku kat sini dah selesai. Tujuan aku balik nak jumpa datin Maria dan kenalkan Sara seperti yang suami aku pesan. Dan bonus lagi, dapat Badzmi Holdings. Aku dah beritahu Liyana aku nak dia yang ambil alih kalau Badrul betul memang taknak teruskan. Cuma aku nak kau bantu Liyana. Tolong jangan kuburkan syarikat ni. It has a lot of memories for us."
"Kau tak terfikir ke untuk kembali pada Badrul? Diapun dah bercerai kan?" Damia membuka topik.
"Dia patut balik pada Liyana. Besarkan Fariq dan Fariqa sama -sama. "
"Dan kau nak terus jadi orang ketiga? Kau tak ingat apa yang Liyana cakap? Badrul susah nak lupakan kau. Selalu mengigau sebut nama kau. Kau nak Liyana makan hati lagi?" Tegas Damia.
"Sebelum balik London, aku nak bawa mak dan adik-adik pergi bercuti. Aku nak ke Cameron Highland. Kau nak ikut tak?" Siti beralih topik. Damia tahu Siti nak mengelak dari bercerita hal itu.
"Tapi puan cakap hari tu 6 bulan. Ni baru 4 bulan."
"Dah lama sangat saya tinggalkan business kat sana. Lagipun tujuan saya balik Malaysia nipun atas urusan keluarga dan ianya pun dah selesai."
"Puan tak nak balik dengan Badrul ke?" Liyana mengeluarkan soalan yang sama.
"Antara kami dah tinggal memori je."
"Memori yang mungkin berulang." Sambung Liyana. Siti terdiam.
"Sebelum balik London saya nak pergi holiday. Sara request ajak Fariq dan Fariqa.
Awak pun ye."
Cameron Highland.
"Eh, Yana mana? Kenapa Bad yang hantar budak-budak ni? Yana takder cakap apa-apa pulak tadi."
"Adik dia tiba-tiba call tadi. Ada hal urgent."
"Oh,ye ke? Ini kunci bilik yer." Siti menyerahkan kunci pada Badrul. Mata mereka berpandangan. Segera Siti lari dari pandangan itu.
Apakah mereka berdua akan manfaatkan masa yang ada ini. Atau memilih untuk terus menjadikan kisah cinta mereka hanya sekadar memori. Atau mungkin memori akan berulang?
"Kau tetap akan balik jugak?" Damia terkejut.
"Liyana dah bagi peluang untuk berbincang kan? Sampai sanggup plan Badrul yang temankan budak-budak tu ke Cameron Highland." Tambah Damia.
"Kan aku dah cakap. Memori berkasih kami tak mungkin berulang. Aku dah pack barang-barang, lusa aku akan fly balik ke London."
"Kau jangan main-main Siti. Kau tahu kan Azmi sendiripun pernah berharap yang kau dan Badrul akan bersama. Dan Liyanapun nak kau berdua bersatu kembali. Sekarang ni bukan aku saja tau. Datin Maria pun nak kau berdua bersama balik."
"Dahlah. Aku malas nak fikir lagi. Aku dah tetap dengan keputusan aku." Balas Siti tegas.
"Lagipun aku masih tak dapat lupakan Azmi." Tambah Siti.
"Kau memang tak dapat lupakan dia. Tapi bukan kerana kau cintakan dia. Kerana rasa bersalahkan? Sebab sampai akhir hayat dia pun, hati kau masih tak dapat cintakan dia sebab hati kau masih ingatkan Badrul, kan? Jangan tipu diri sendiri Siti. Kau sebenarnya memang berharap dapat bersama Badrul kan? Takdir dah beri kau peluang kedua. Kenapa kau nak sia-siakan. Liyana pun dah korban hatinya dan juga hati anak-anak demi nak melihat Badrul bahagia. Siti, please lah Siti. Jangan hampakan hati orang yang nak kau bahagia."
"Kadang-kadang tu cara dia berbual tu, seolah macam Azmi tu hidup lagi. Kalau tegur Sara tu mesti akan cakap 'ayah tak suka'. Kalau dengar betul-betul, dia tak pernah sebut perkataan 'arwah'." Mak Siti pernah bercerita hal itu sewaktu sama-sama bercuti di Cameron Highland.
" Tapi makcik tau anak makcik. Dia tu sayang Azmi macam abang. "
Hati masih berbelah bagi. Siti dan Sara akan kembali ke London esok. Dan peluang kedua ini mungkin adalah peluang terakhir. Kalau Siti tolak untuk kembali bersama, aku pasrah. Aku takkan jatuh cinta lagi.
Siti merenung ke luar jendela. Sara memilih tempat duduk dekat dengan tingkap. Siti pula duduk di tempat duduk tengah. Orang di sebelahnya belum ada. Siti kembali teringat perbualannya dengan Damia sebelum dia masuk ke dalam perut kapal terbang.
"Aku nak bahagia. Tapi..."
"Tapi, apa?"
"Dia sendiri tak pernah tanya aku apa-apa. Berbincang hal kami pun tkder. Hanya bercerita soal kerja dan anak-anak." Jawab Siti.
Penumpang sebelahnya duduk lalu bertanya.
"London musim sejuk ke sekarang?" Tanya lelaki itu. Siti menoleh sambil menjawab
"Belum lagi." Jawab Siti
"Bad?" Siti terkejut.
"Awak buat apa kat sini?" Tanya Siti terkejut.
"Kejar awak ler." Jawab Badrul.
"Kejar saya?" Siti hairan dengan jawapan itu.
"Ya. Saya dah biarkan awak pergi sekali, dan kali ni saya akan ikut sekali." Balas Badrul.
"Saudari Siti Nur Haznina, sudikah awak hidupkan kembali kisah cinta kita."
"Saya ingatkan awak takkan tanya."
"Sudi tak?"
"Sudi saudara Badrul Haikal."
Dan memori indah tercatat sekali lagi.
Comments
Post a Comment