"Tangguh jek. Siapa kata Sara dah putus?"
"Habis, Sara tak kisah pasal diorang bet tu?"
"Alah itu cerita lamalah Iqa. Hisyam dah beritahu masa kiteorang mula kawan lagi. Sara siap minta 'share' lagi."
"Habis tu nape tak jadi pulak?"
"Dia kan nak ke UK. Pastu nak kerja kat sana. Lama mungkin 4-5 tahun kat sana. Malaslah nak berharap sangat. Buatnya dia jumpa orang lain, Sara jugak yang frust. Kalau ada jodoh kami nanti, adalah. Iqa tu, bila nak ada bf? Ibu asyik tanya jek tau."
"Sabarlah. Tunggu habis belajar."
"Iqa, kalau belajar ni sampai bila-bila takkan habis. Sara carikan nak?"
"Eh, tak payah! Biar dia datang dengan sendirinya.."
"Okeylah. Let's have dinner. Abang ajak dinner sama. Dia nak celebrate birthday Ain.Ajak kita sekali."
"Abang ni nak dating pun ajak kita."
"Iqa jugak cakap, selagi belum kahwin, adik2 tetap priority utama abang." Ungkit Sara.
Perlahan-lahan hati dah boleh mula menerima. Walaupun ada masa cemburu tu nampak sangat. Tapi lebih jelas nampak cemburu seorang adik yang diketepikan.
Petang Sabtu itu, Sara memilih untuk beriadah dengan berbasikal di taman rekreasi di kawasan rumahnya. Basikalnya melalui sebuah padang bola sepak. Tiba- tiba bola itu bergolek depannya. Sara menekan brek. Nasib baik tak jatuh.
"Sorry Sara. Ada orang tak reti main bola tersepak keluar."
"Kau memang sengajakan Ady?" Marah Sara.
"Kau ni kalau jumpa aku asyik nak marah jek. Iqa tak cycling sekali ke?"
"Dia ada program khidmat masyarakat kat Melaka."
" Rajin betul Iqa tu kan? Sebab tulah susah nak ajak dating?"
"Dah 3 tahun kan kau 'try' tak dapat. Give up jelah." Balas Sara.
"Eh, sepupu aku ada sorang macam dia. Study no 1, kerja-kerja khidmat ni dia memang selalu join. Tapi time cuti jelah. Apa kata kita kenalkan diorang."
"Banyaklah kau. Kau nak bet lagi macam kau buat aku dengan Hisyam dulu?"
"Alah, kau tahu kan yang dulu tu kiteorang main-main jek." Bangkit Ady. Sara ketawa.
"Dah tu, kawan-kawan kau dah panggil tu. Aku pergi dulu, baru 5km ni. Target aku 10 km petang ni.."
" Eh, aku serius tau. Tak dapat jadi suami, jadi sedarapun jadilah."
" Kau cakap dengan Fariq dulu." Balas Sara lantas berlalu dari situ.
Selepas habis 10 km berbasikal, Sara mengayuh untuk balik ke rumah. Tiba-tiba ada sebuah kereta keluar dari simpang. Kali ni memang tak sempat nak mengelak. Sara terjatuh. Si pemandu keluar dari keretanya.
"Maaf tak nampak." Lelaki itu meminta maaf. Ish, nasib baik handsome. Kalau tak aku dah hayun dengan helmet ni.
"Lah, Sarah. Jumpa lagi. Kau ni Amri bukan tak pandai main bola jek. Drive pun hauk." Bebel Ady.
"Kau lagi. Dah habis main bola ke?"
"Si Amri ni sibuk nak balik awal. Kau okey tak ni? Nak aku call Fariq ke?"
"Eh, tak payah. Kau buat apa kat area sini?"
"Kau ni, aku kan tinggal area sini jugak."
"Dahlah jom, aku hantar balik. Amri kau angkat basikal dia letak belakang." Arah Ady. Sara malas nak banyak bicara. Lagipun badannya agak sakit akibat terjatuh tadi.
Sampai di hadapan rumah, kereta Fariqa ada di dalam pagar. Maknanya dia dah balik dari Melaka. Rupanya diapun baru sampai. Belum masuk rumahpun lagi.
"Kenapa ni?"
"Jatuh basikal." Ady tolong jawabkan. Sara hanya tersenyum. Dia tahu Ady masih ada simpan perasaan kat Iqa. Cuma Iqa je yang takder perasaan.
"Basikal ni nak letak mana?" Tanya Amri yang sedang mengangkat basikal Sara. Fariqa memandang ke arah mana datangnya suara itu.
"Letak je tepi tu." Suruh Sara.
"Terima kasih sebab tolong Sara." Ucap Fariqa.
"Kasihmu kuterima." Usik Ady.
Selama hampir seminggu, sekuntum mawar merah akan terselit si pintu pagar. Sara tersenyum mengusik. Fariqa malas nak layan usikan Sara yang mengatakan bunga itu dari secret admire yang sedang mengintainya.
"Ntah2 mengintai Sara. Sara kan famous kat kampus kita. Iqa ni minah study, minah khidmat masyarakat, mana ada masa nak jumpa-jumpa orang."
"Yang macam Iqa nilah rare. Susah nak 'mengurat'. Kalau dapat, satu kejayaan besar tau. Lagi satu Iqa kan suka bersukan. Ntah-ntah ada mamat kat courth badminton tu ada yang mengintai Iqa." Balas Sara.
"Dahlah Sara, jangan nak buat Iqa perasan ok. Iqa nak buat assigment ni, dah jangan kacau." Fariqa mendorong Sara keluar dari biliknya. Sara ketawa. Hah, tak tentu arah dibuatnya. Fariqa memang tak suka diusik soal perasaan. Fokusnya memang pada belajar saja.
Tidak dinafikan emosinya sedikit terganggu akhir- akhir ini. Bukan hanya kerana bunga, tetapi kerana kata- kata romantis yang dihantar melalui whats'up dari nombor yang tidak dikenali. Siapa? Nak kata kawan kawan sekelas, masing- masing dah ada pasangan. Yang ada no phone dia Sara, abang, rakan sekelas..dan Ady? Ady ke yang hantar semua ni? Bukan dah give up ke?
Pagi Isnin mereka akan ke kuliah bersama kerana setiap hari Isnin mereka ada kelas pada waktu yang sama. Hari itu Fariqa yang pandu kereta. Baru sahaja keluar dari kereta ada seorang berlari ke arahnya. Rakan sekelasnya.
"Permohonan kita dah lulus. Prof nak jumpa group kita. Jom pergi." Fariqa ditarik pergi.
"Eh,nanti! Yang kau kalut sangat ni kenapa?" Tanya Sara. Menghalang mereka dari terus pergi.
"Mestilah kena cepat. Pukul 8:00 ni ada kelas. Prof nak jumpa sebelum masuk kelas." Jelas Nadia lalu terus menarik Fariqa pergi. Aish, tak sempat nak tanya apa-apa. Perut dah lapar ni. Kesian Iqa tak sempat sarapan. Keluar awal tadi ingatkan nak sarapan kat foodcourt sama-sama. Makan sendirilah nampaknya.
"Sendiri je ke?"
"Ramai kat foodcourt ni. Tak nampak ke?" Balas Sara tanpa menoleh kearah orang yang menegurnya itu.
"Betullah cakap Ady. Awak ni macam ni."
"Macam ni macam apa?" Soal Sara geram sambil menoleh kearah lelaki itu. Eh, mamat ni.! Sara terdiam seketika.
"Sara kan? Saya Amri, kita ada jumpa Sabtu lepas. Saya yang tersepak bola pada awak, dan saya jugak yang hampir nak langgar awak."
"Ya saya ingat! Bukan hampir nak langgar.tapi dah langgar pun. Terpaksa betulkan kat kedai."
"Minta maaf sekali lagi. Berapa kosnya? Saya bayar."
"Takder apalah. Sikit je. Awak student sini ke? Tak pernah nampak."
"Saya alumni. Datang sini nak jumpa lecturer lama. Kebetulan hantar Ady tadi, nampak awak dengan kakak awak. Mana dia? Dah masuk kelas ke? Awal lagi kan?"
"Dia jumpa prof Rahimi."
"Oh, prof muda yang handsome tu? Rasanya favourite siswi kat sini tu. Patutlah kakak awwk kalut semacam ye."
"Mana tau dia kalut? Awak nampak ke tadi?"
"Eh,taklah. Saya agak je. Kan belum pukul 8:00. "
"Pandai je awak ni kan. Dia ada hallah. Kakak saya dan group dia ada projek menghasilkan mesin potong plastik dari bahan terbuang. Dan permohonan untuk pemasaran dah diluluskan. So, sekarang diorang mungkin nak bincang cari dana untuk hasilkan banyak lagi mesin tu."
"Oooh!" Amri terangguk-angguk.
"Eh, buat apa cerita dengan awak yer. Bukan ada hasilpun."
"Apa salahnya? Mana tau saya boleh carikan penyumbang dana
untuk projek ni."
"Apa benefit yang awak nak?"
"Bijak awak ni ya." Amri tersengih.
"Dah agak dah. Mesti ada udang di sebalik batu ni."
"Bukan sebalik batu. Tapi sebalik mee. Sedap boleh makan. Maknanya, semua orang akan dapat benefitnya."
"Oh...interesting. Silakan duduk. Kita boleh bincang panjang hal ni."
Petang itu mereka balik bersama. Sempat singgah di sebuah kedai runcit. Fariqa nak masak katanya. Sara ikutkan saja.
"Sara lupa nak beritahu. Minggu ni Sara nak balik KL. Iqa nak balik sekali tak? Kalau nak balik juga, Sara drive jek."
Mestilah nak balik. Kan long weekend. Tak ajak abang ke?"
"Kalau dia balik pun, mesti dia nak ke Melaka dulu hantar Ain. Anyway, berapa budget untuk projek Iqa tu?"
"Tanya-tanya ni,nak sponsor ke?"
"Insha Allah. Tapi kan Sara dah janji dengan mama akan beritahu dia. So, kena bincang dulu dengan mama. But, I have someone who is willing to help you and your friends."
"Siapa?"
"I'll tell you. Sekarang ni kita balik dulu ya."
Selepas menghantar Fariqa ke rumah ibunya, Sara terus ke rumah mama. Rindu. Sentiasa merindui insan kesayangannya itu.
"Kalau kak Sara balik, mesti mama jadi hak dia seorang." Itu yang selalu dirungutkan oleh adik-adiknya.
"Papa kan ada." Badrul cuba memujuk anak-anaknya.
"Kamu berdua hari-hari jumpa mama. Kak Sara sebulan sekali jek,tupun kadang -kadang 2 bulan sekali. Mengalah jelah." Balas Sara.
Sara memeluk Siti. Kalau ada beban fikiran dalam kepala waktu itu, pastinya ianya terus hilang sebaik dapat memeluk insan kesayangannya itu.
"Sekarang memanglah peluk mama jek. Nanti dah kahwin, bye-bye lah mama."
"Tak baik tau mama cakap macam tu. Apapun, you still no.1." Bidas Sara.
"Hisyam apa khabar?"
"Entahlah. Senyap jek 3 bulan ni. Dah jumpa orang lain kot."
"Kalau dia tak call, Sara lah yang call."
"Sorry, not me. Dia yang tak jadi nak bertunang. Maknanya dia tak yakin dengan diri sendiri. "
"So, sekarang dah ada orang baru ke?"
"On the way." Seloroh Sara.
Siti bukan tak tahu, Sara sendiripun berbelah bagi nak bertunang dengan Hisyam. Tiba-tiba tak jadi pula. Nak tangguh pula. Katanya taknak tunang, tiba masa kahwin terus. Tapi,Fariq dan Fariqa mesti kena kahwin dulu. Taknaklah langkah bendul. Walaupun mereka sebenarnya sama umur, tapi Fariq&Fariqa lahir awal 6 bulan daripada Sara.
Satu mesej masuk. Fariqa membacanya. Bibir mengukir senyuman. Kemudian jari mula menaip bagi membalas mesej tersebut.
"Amboi, senyum sorang2. Boyfriend ke tu?" Usik ibunya.
"Ish. Takdelah. Ini, Sara yang mesej. Dia cakap mama setuju dia sponsor projek kakak tu."
"Ibu rasa ni dah kali ketiga dia tolong kakak."
" Kakak tau, ibu selalu pesan jangan ambil kesempatan. Kakak tak minta, dia yang nak tolong. Kalau tak bercerita dengan dia, merajuk. Ibu tak tahu Sara kalau merajuk macam mana."
"Habis belajar nanti kamu berdua nak kerja kat mana?"
"Mama suruh kerja kat syarikat mama. Mama nak pencen. Nak teman ayah. Ayahkan tak kerja sejak balik Malaysia ni. Uruskan rumah-rumah sewa nenek."
Hari Isnin, mereka bertolak balik ke Kuala Lumpur. Banyak lagi urusan yang perlu diselesaikan lagilah di tahun akhir ni, macam2 latihan praktikal nak kena buat. Aktiviti dengan kelab lagi.
"Iqa tengok Sara banyak termenung jek sejak balik ni. Kenapa? Ada masalah ke?"
"Sara teringat papa."
"Papa?" Tanya Fariqa hairan. Dia tahu Sara bukan rapat dengan papa pun. Bercakappun jarang.
"Semalam masa nak balik, papa demam. Sara tak pergi pun jenguk dia kat bilik. Terus balik. Tak beritahupun pada Iqa. Sorry."
"Hai, takkan pasal tu je? Mesti ada hal lain ni." Fariqa yakin ada hal lain yang mengganggu fikiran Sara.
"Sebenarnya, Sara teringat Hisyam. Dulu dia selalu nasihatkan Sara pasal papa. Bila ingat3 balik, memang betul apa yang dia cakap."
"Dia cakap apa?"
"Macam-macam. Satu darinya, papa adalah orang yang bahagiakan mama. Apa-apa jadi kat papa, mesti buat mama sedih. Sara nampak sangat mama susah hati semalam. Dulu mama cerita, ayah tak pernah beritahu sakitnya. Tiba-tiba jek nak operation. Ayah pergi dalam keadaan mama tak bersedia lagi. Sara taknak jadi apa-apa kat papa. Sara taknak mama sedih. Selama ni Sara ingat papa yang rampas mama dari Sara. Sebenarnya, Sara yang rampas mama."
"So, Sara nak cakap yang Sara dah boleh terima papa?" Teka Fariqa. Sara angguk. Fariqa mengucap rasa syukur.
"Dah hampir 20 tahun mereka bersama. They deserve a happines not sadness." Ujar Sara. Fariqa tersenyum. Nampaknya adiknya ini dah makin matang.
Sekarangpun nampak dah kurang membentak. Mungkin kerana dah kurang dikawal. Lagipun semenjak dia baik dengan Hisyam pun dia dah nampak berubah. Kalau nak buat apa-apa dia akan beritahu atau minta pandangan. Tak macam masa mula-mula tinggal serumah dulu. Kadang- kadang tu satu hari tak berbual, sekarang dah akrab.
"Eh, dah balik. Kenapa tak cakap, boleh Iqa tunggu tadi."
"Sara balik dengan Amri."
"Amri? Bf baru ke?
" Amri, sepupu Ady. Alah, yang langgar Sara 3 bulan lepas."
"Terjumpa dengan dia kt bilik puan Aida tadi. Dia pun nak ke rumah Ady, tu yang dia ajak tumpang."
"Dia yang ajak tumpang, Sara yang dapat upah?" Mata Fariqa tertumpu pada sejambak bunga di tangan Sara.
"Eh, ni bukan Sara punya.Ni, secret admire Iqalah bagi. Ada kat pintu pagar. Dah advance dah sekarang. Selalu sekuntum,hari ni sejambak."
"Ya ke? Iqa baru jek masuk rumah. Tak nampakpun masa masuk tadi."
"Dia ada tunggulah tu tadi. Iqa dah balik baru dia letak."
"Ish, takutlah macam ni. Kalau gentleman, datang jelah jumpa terus. Ni dah 3 bulan buat macam ni. Mula-mula excited, sekarang dah seram pulak."
"Yelah, nanti Sara cakap dengan dia."
"Sara tahu ke siapa?"
"Eh..tak..tak tahu...Sara masuk bilik dulu. Belum solat Asar." Cepat-cepat Sara beredar sebelum ditanya lebih lanjut lagi.
Dia nak mengelaklah tu. Mesti dia tahu sesuatu ni. Saja taknak beritahu. Dia ingat aku tak nampak dia ketuk kepala tadi. Marah diri sendirilah tu sebab terlepas cakap.
Setiap kali balik cakap ada bunga kat pintu pagar. Padahal waktu kami balik selang beberapa minit je. Masa aku nak masuk tadi tak nampakpun bunga.
"Asyik dapat bunga jek? Bagilah coklat ke buah ke? Boleh makan." Rungut Fariqa satu hari. Selang 2 hari dapat sekotak coklat. Memang betul sangkaan aku. Sara mesti tahu.
"Rabu ni tak payah pergi program khidmat masyarakat tu, boleh tak?"
"Ada nak ajak ke mana-mana ke?" Tanya Fariqa.
"Nak minta tolong sesuatu."
"Apa dia?"
"Setujulah dulu. Kalau dah setuju, Sara beritahu."
Malam itu Fariqa mendapat mesej daripada seorang lelaki yang mengakui sebagai orang yang selalu menghantar bunga padanya. Dia berjanji akan memperkenalkan dirinya. Dia ajak berjumpa. Mulanya Fariqa tak berani nak kata setuju, tapi bila lelaki itu ajak jumpa di dalam kawasan universiti dan Fariqa boleh ajak kawan, Fariqa setuju. Hmm, dia tahu nama kafe yang ada dalam UTM ni, maknanya dia students jugak ke?
Fariqa memilih hari Rabu memandangkan dia ada janji nak keluar dengan Sara. Jadi, bolehlah suruh Sara temankan.
Mana Sara ni ? Aku dah minta Nadia hantar ke sini. Janganlah mamat tu sampai dulu. Tapi tadi aku nampak dia dengan seorang mamat kat car park. Nak terus pergi kt dia takut kacau pulak orang tengah dating.
"Eh, Iqa! Buat apa sini? Amboi, bukan main lawa lagi. Nak pergi dating ke? Patutlah tak join program hari ni."
"Aku tengah tunggu adik aku ni. Dia suruh tunggu sini. Dia nak ajak pergi Senai." Jawab Fariqa.
"Kau pun tak join program hari ni. Kau ada dating jugak ke Fahmi?"
"Plan asal memang macam tu. Buah hati aku nak datang dari Melaka. Ni dia baru call takder tiket pulak. Esok baru sampai sini."
"Habis ni, nak pergi mana?"
"Dah pakai macam ni, pergi kutip sampah kat taman ler."
"Aku ikut kau ler." Tekad Fariqa.
"Hai, tak jadi dating ke?"
Mata hanya memandang Fariqa yang berlalu pergi bersama Fahmi. Rakan sekelas yang Sara nampak mereka ke cinema bersama.
"Kiteorang kan kena direct roleplay untuk charity tu. So, nak tengoklah ceritanya macam mana. Ambil ilham. Lagipun bukan kami berdua jek. Satu group pergi." Jelas Fariqa sewaktu dia bertanya hubungannya dengan Fahmi.
Sara memusing tombol pintu. Daun pintu terkuak. Televisyen menyala.
" Eh, bukan Iqa ikut Fahmi ke tadi? " Sara terkejut kerana Fariqa ada di rumah.
"Dia nak pergi gotong royong. Iqa tumpang dia balik rumah. Tunggu Sara lama sangat. Dahlah suruh tunggu kat bustop dekat dengan kediaman siswa. Orang yang lalu lalang pun tengok semacam je."
"Sorry, kereta tak boleh start. Ni pun Amri yang hantar balik."
" Tak reti2 nak call?"
"Sorry, kebetulan phone pun mati. Masa Sara sampai tadi, Sara nampak Iqa dengan Fahmi. Ingatkan Iqa pergi gotong royong."
"Pakai cantik-cantik ni nak pergi gotong royong? Agak2lah." Balas Fariqa. Sara tersenyum. Lalu menghulurkan sejambak bunga di tangannya kepada Fariqa.
"Nah, Amri suruh bagi. Dia kirim salam."
"Dah kenapa pulak?"
" Sebenarnya, dialah 'secret admire' Iqa tu." Jelas Sara. Fariqa ketawa.
"Jangan nak buat Iqa perasan okey. Hari-hari keluar dengan Sara, bagi bunga, tiba-tiba 'admire' kat Iqa pulak." Fariqa tidak percaya.
"Ya, Allah. Sara tak tipulah Iqa. Memang kiteorang selalu keluar sama, itu sebab dia nak tahu pasal Iqa. Dan kalau Iqa ada nampak bagi bunga, bunga tu untuk Iqa."
"Sara dah cakap dengan dia banyak kali, terus terang je dengan Iqa, tapi dia takut. Bila Iqa cakap Iqa dah semakin seram, barulah dia berani nak jumpa Iqa."
"Tapi, dia tak datangpun tadi." Pintas Fariqa.
"Dia datang tadi. Tapi dia nampak Iqa pergi dengan Fahmi. Dia 'frust' sangat." Cerita Sara. Fariqa diam sahaja. Dia terus masuk ke dalam biliknya. Panggilan Sara diabaikan.
Fariqa duduk di atas katil. Memandang ke arah telefon di atas meja. 'Kalau betul dia suka aku, dia akan call sebelum hari ini berlalu'.
Cinta itu ibarat cahaya matahari. Dia akan terus menyinari kita.Kita mungkin ingin mengelak cahaya matahari dengan berselindung di bawah payung, atau berlindung di bawah bumbung. Kita memang boleh terus mengelak. Tapi cahaya itu tetap menuju kearah kita. Kitapun lama-lama akan penat jugak pegang payung tu.
"Esok dia akan ke Sabah. Esok adalah penerbangannya yang pertama sebagai ketua pramugara. Jadi kenala tunggu 2 minggu lagi. Sebab lepas ke Sabah. Dia akan ke KL, ada kursus." Beritahu Sara. Fariqa diam saja.
"Okey.ini last.Lepas ni Iqa yang kena tahu jadual dia." Sara memandang Fariqa. Tersenyum.
"Ni nak makan kat mana ni? Ni jalan menuju ke pusat bandar ni.
Butang lif ditekan. 33A. Terletaknya Suasana Suite Cafe, di hotel tersebut. Seorang pelayan menghampiri. Sara menyebut namanya yang membuat reservation. Fariqa diam saja. Dah orang nak belanja
"Iqa duduk dulu. Sara nak ke tandas. Lepas tu, nak pergi kereta ambil purse."
Tak sampai seminit duduk, satu demi satu hidangan di atas meja. Fariqa tak faham. Set Romantic Dinner.
"Assalamua'laikum." Satu suara memberi salam.
"Maaf, tak sabar nak tunggu lagi 2 minggu."
"Sorry, bunga takde. Tapi coklat ada. Fererro Roche." Amri menghulurkan sekotak coklat pada Fariqa yang masih tergamam.
"Saya Amri Daniel. Sayalah secret admire awak." Amri memperkenalkan diri. Fariqa tersenyum.Mungkin dah tiba masanya dia tutup payung yang menghalangkan cahaya matahari.
Dua pinggan kuetiaw goreng sampai di atas meja. Dua gelas fresh orange. Sara memandang handphone nya.
"Alah dah okeylah tu." Kata Ady.
"So,kita dah berjayalah jadi match maker." Ady tersenyum bangga.
"Takyah nak excited sangat ya. Kalau Fariqa tak suka, balik ni tentu teruk aku kena bebel."
"Iqa tu bukan macam kau. Asyik nak marah je." Balas Ady.
"Fariqa dah melepas, kau jelah jadi pengganti. Atau kau nak tunggu Hisyam?"
"Entahlah. Dia pun senyap jek." Sara bersuara perlahan.
"Macam kecewa je bunyinya." Komen Ady.
Belum sempat Sara jawab apa-apa telefon Sara berbunyi. Sara tersenyum.
"Amri hantar Iqa balik. Maknanya kau balik dengan aku. Dahlah makan cepat."
"Okey, misi kita hari ini berjaya. Misi seterusnya ialah memikat Sara Atiqah pulak." Ady mengangkat kening sambil tersenyum. Sara mencebik.
Fariqa bagaikan di awangan. Tersenyum memanjang. Hatinya sangat bahagia. Memang betullah kata ibunya, belum jatuh cinta memanglah kata semua taknak. Bila dah jatuh cinta, semuanya indah belaka. Bila hati dah terpaut sayang. Rasa rindu melayang-layang.
Comments
Post a Comment