Skip to main content

Lamunan Terhenti (Bab 5)

Sara berhenti betul-betul hadapan pintu pagar. Dua orang budak kembar berlari ke arahnya. Nak berebut duduk depanlah tu.  Mereka macamtula perangai dua orang adik kembarnya tu. Samalah perangai macam Fariq dan Fariqa masa kecil dulu.

"Dah sekolah menengah  pun perangai tak berubah lagi yer.." Usik Sara.

"Ijal tu. Dahlah suka tolak." Adu Fariza. Kembarnya, Farizal hanya menjelir lidah.

"Cubalah tolak ansur sikit. Gili-gilir.  Kalau hari ni Ijal, esok Iza pulak. Tak payah rebut. Awak berdua dah besar. Kalau jatuh, malu orang tengok." Tegur Sara.

"Alah, kak Sara bukannya hari-hari jemput kiteorang. Kalau abang Lee yang jemput kami tak berebut pun. Kalau mama jemputpun kami tak berebut sebab ada papa." Balas Farizal.

"Ada je jawapan yer. Dah tali pinggang pakai."

Kereta pun menyusur pergi. Hari itu Sara pulang untuk makan tengahari, jadi dapatlah singgah menjemput adik-adiknya di sekolah. Kadang-kadang kalau Fariqa nak jumpa papa, dia pula yang mengambil tugasan menjemput adik-adiknya  itu.

"Minggu depan mama  dan papa nak ke London. Kami kat sana lama. Mungkin 2 bulan. Sara uruskan adik2 ya." Pinta Siti.

"Lamanya sampai 2 bulan."

"Saja nak lepaskan rindu." Alasan  Siti.

"Yelah.." Sara akur. Tiada bantahan. Dah makin dewasa makin matang. Manja pun dah kurang. Lebih bertanggungjawab dengan setiap yang diarahkan.

"Minggu depan maknanya kak Saralah yang kena jumpa cikgu untuk ambil rekod exam adik2." Tambah Badrul.

Seminggu kemudian.

Tak sabar nak jumpakan cikgu kelas mereka dengan Sara. Awal-awal lagi dah sibuk promosikan cikgu kelas mereka yang handsome. Sara layankan saja adik-adiknya. Manalah tahu, memang betul handsome. Tak dapat jadi boyfriend, cuci matapun jadilah.

"Ooh..kakak. Ingatkan mak. Muda betul maknya."

" Mak Ayah takder kat Malaysia. Tu yang saya ganti tu."

"Saya cikgu Zamani. Cikgu kelas 2B ni. Kita tengok rekod  abangnya  dulu yer, Farizal Hasanul." Dan Zamani pun memberikan penjelasan panjang lebar pada Sara. Sara mendengar dengan teliti. Sempat juga mencuci mata menikmati keindahan ciptaan Tuhan.

"Wah! Kak Sara betul2 cuci mata ya tadi." Usik Farizal.

"Tak berkedip langsung mata." Usik Fariza pula.

"Pandailah korang."

"Eleh, macam kami tak nampak tadi." Farizal mengusik lagi.

"Ala, cuci mata jek." Balas Sara.

"Hah, mengaku pun." Kata Fariza.

"Dah cerita sini, habis kat sini."

"Ye ke habis kat sini? Kak Sara ada bagi no phone kan tadi?" Farizal tak henti mengusik.

"Mestilah. 2 bulan ni kan mama dan papa takder kat Malaysia. Jadi kalau  ada apa-apa hal mestilah  dia kena call akak." alasan Sara.

"Kalau tkder apa-apapun boleh call jugakan?" Farizal mengajuk kata-kata cikgu Zamani. Sara tersenyum. Muka merona merah.

"Kak Sara dah blushing." Dua beradik itu terus mengusik.

"Dah.. ni kak Sara hantar rumah nenek yaa. Kak Sara nak balik office." Sara segera menamatkan topik yang mambuat mukanya rasa panas.

Dua bulan berlalu.

"Siapa jemput hari ni?" Tanya cikgu Zamani.

"Mama dan papa kot. Kak Sara takder cakap pulak nak datang." Jawab Fariza. Farizal dah tersengih-sengih. Adalah tu dialog nak dibahannya.

"Apasal awak tersengih-sengih? Apalah yang ada dalam fikiran dia tu?"

"Eh, saya tak cakap apa- apa." Nafi Farizal.

"Sudahlah. Jom balik dengan saya. Parents awak ajak saya lunch kat rumah awak." Ajak Zamani.

"Betul ke ni cikgu?" Tanya Farizal dan Fariza serentak.

"Betullah. Takkanlah saya nak main-main hal macam ni. Jomlah cepat. Kak Sara memang suruh bawa awk berdua balik. Takder orang nak jemput awak berdua hari ni."

Selesai makan, mereka solat Zohor bersama. Kecuali Sara yang memilih untuk solat sendiri di biliknya.

Mereka duduk sambung berbual di ruang tamu. Fariza dan Farizal awal- awal lagi sudah dihalau ke bilik masing-masing. Tidak mahu mereka sibuk dengan urusan orang dewasa.

"Kalau cikgu serius dalam hal ni,kami tak halang. Segalanya terserah pada Sara."

"Sayapun serahkan segalanya pada Sara. Tapi kami baru kenal 2 bulan pakcik dan makcik okey ke?"

"Janji Sara bahagia." Balas Siti.

Zamani tersenyum ceria. Sara diam sahaja. Malas nak bercinta atau berkawan lama-lama. Umurpun bukan bertambah muda. Sebelum mama kahwinkan dengan anak anty Damia yang poyo tu, lebih baik pilih cikgu sekolah ni. 

"Betul ke? Bila rombongan cikgu tu nak datang?" Tanya Amri bila Fariqa memberitahu Sara akan dipinang.

"Hujung bulan ni. Mungkin mereka akan bertunang dalam setengah tahun. Mama dah tak sabar anak kesayangan dia tu nak kahwin."

"Tak payahlah tunang. Terus nikah je." Saran Amri.

"Eh, macam dia pulak yang nak terima menantu."

"Bukan apa, dalam tempoh bertunang ni, macam-macam hal boleh berlaku. Just imagine, dalam masa bertunang tu, tiba-tiba Hisyam muncul. Sara memang dah give up ke dengan Hisyam tu?"

"Dia tak kata pun nak tunggu Hisyam tu."

"Kalau macam tu kenapa dia reject Ady?"

"Dah hati dia tak nak. Nak buat macam mana."

"Fariq dah tau?"

"Entah! Dahlah kot. Mesti ibu dah cerita dengan dia."

"Sebenarnya ada cerita pasal Fariq tu. Tapi, abang tak pasti Iqa nak percaya ke tidak. Ady beritahu abang dia undur diri bukan pasal Hisyam, tapi pasal Fariq. Dan abang rasa atas sebab yang sama kenapa Hisyam pergi."

Fariqa terdiam. Betul ke apa yang didengar ni? Amri dah cakap, terpulang samada nak percaya atau tidak. Tapi bila mengingatkan Fariq pernah meluah perasaannya terhadap Sara, perkara ini tidak mustahil.

"Betul ke Sara tu jutawan?"

"Mana abang tau?"

"Abang ada terdengar masa Ady gaduh dengan Fariq."

"Diorang bergaduh?! Abang tak pernah cerita pun."

"Ni yang abang nak cerita ni, tapi jawab dulu soalan abang. Betul ke Sara tu jutawan."

"Iqa tak sure sangatlah hal tu. Tapi, nenek pernah cakap keluarga arwah ayah kandung Sara memang orang yang sangat kaya. Tapi semuanya mati muda Umur tak panjang. Tinggal Sara sorang je waris yang tinggal. Kalau ikut apa yang nenek cerita, Sara tu lebih kaya daripada mama dan papa." Cerita Fariqa.

" Mungkin sebab itulah Hisyam pergi dan Ady undur diri. Mereka rasa rendah diri." Tafsir Amri.

"Kalau dia memang nak pergi, kenapa Hisyam suruh tunggu? Kalau alasan dia sebab nak cari duit agar setaraf dengan Sara, ingatkan Sara boleh terima? Mesti dia lagi marah. Sara bukan orang yang peduli harta tu semua. In fact Sara tak pernah kisah pun. Kalau tak buat apa dia kerja? Lebih baik duduk rumah je goyang kaki." Tegas Fariqa tak puas hati.

Fariqa mencari masa untuk bertemu dengan Fariq. Hanya untuk mendengar penjelasan. Tapi mahu ke Fariq berterus-terang? Atau apa yang Amri cerita tu tak benar? Dalam dilema jadinya. Nak percayakan suami atau abang kembar sendiri.

"Sara tak join kita lunch sekali ke?"

"Tak. Iqa tak beritahu dia pun. Memang Iqa nak jumpa berdua je dengan  abang." Jawab Fariqa.

"Ada hal penting ke ni?"

"Abang tau pasal Iqa nak kahwin?"

"Dengan cikgu tu kan? Dia dah fikir masak-masak ke? Dia baru lagi kenal kan dengan cikgu tu?"

"Habis tu abang nak buat apa? Jumpa dia? Warning dia macam apa yang abang buat pada Hisyam dan Ady? Macamtu?"

"Abang cuma taknak mereka ambil kesempatan. Kita tak tahu niat dia apa."

"Habis niat abang apa? Warning semua lelaki yang nak dekat dengan Sara? Macam tu?" Soal Fariqa bertubi. Fariq terdiam.

"Abang tahu yang abang dan Sara takkan mungkin dapat bersama. Abang tak dapat, jangan halang orang lain bang. Kalau Sara tau ni, mesti dia sangat kecewa dengan abang. Abang pun dah kahwin dengan Ain. Tumpukan perhatian pada isteri abang. Jangan ganggu kehidupan Sara. Macam yang Iqa pernah cakap, Sara tu bijak. Dia tak mudah ditipu. Berilah peluang untuk dia bahagia. Dia bukan orang yang mudah nak sayang seseorang. Nak terima papa dalam hidup dia pun makan masa bertahun. Nak terima Hisyam dulu pun lama jugak. Bila dia dah terima, kena tinggal pula."

3 tahun yang lalu.

"Kau ingat aku tak tahu. Kau bukan ikhlas pun dengan adik aku. Sebab kau tahu kan dia kaya. Kau nak kikis harta dia."

"Apa kau merepek ni Ariq? Aku ikhlas berkawan dengan Sara. Aku betul-betul sayangkan dia. Aku memang nak hidup bersama dia." Nafi Hisyam.

"Niat kau sebenarnya, kau nak hidup senang dengan harta adik aku kan?" Tuduh Fariq.

"Aku betul-betul cintakan Sara. Aku tak ingatpun yang kau pernah cerita dia pewaris tunggal atuk dia." Tekan Hisyam.

"Buktikanlah. Selagi kau tak setaraf dengan dia, jangan mimpi kau nak kahwin dengan dia." Tegas Fariq.

"Baik. Kalau kau nak macam tu, aku sahut cabaran kau." Tekad Hisyam.

"Selagi kau tak kaya kau jangan berhubung langsung dengan adik aku." 

Begitu terang dan jelas amaran itu. Patutlah Hisyam terus menghilang macam tu saja. Sampai hati Fariq buat macam tu. Tergamak dia korbankan perasaan hati Sara, hanya kerana tak mahu orang lain di samping Sara. Memang betul kata Fariqa, sepatutnya perhatiannya lebih  kepada isterinya Ain.  Seorang wanita yang begitu tulus mencintainya. 

"Dah dinner ke?" Tanya Zamani.

"Sara tak makan malam. Petang tadi dah makan." Jawab Sara.

"Diet ke?" Usik Zamani.

"Ha'ahh. Takut  baju pengantin tak muat." Sara berseloroh.

"Man yang kena diet ni. Tadi test baju nikah, ketat seluarnya."

"Kalau tak muat seluar, pakai kain pelekat jelah."

"Kalau Sara tak kisah, Man okey jek."

"Suka hatilah. Jangan pakai boxer je sudah." Sara ketawa.

"Sempat lagi ni nak kecilkan pinggang. Kita kan nak bertunang dulu. Ada dua bulan lagi."

"Man dah cakap dengan family pasal kita nak ke London tu?"

"Mereka okey jek. Lagipun, inilah masanya Man nak sambung study yang dah lama tertangguh tu. Tapi, Man tetap nak kerja part time tu. Man taknaklah nanti orang cakap Man ambil kesempatan pada isteri pulak."

"Up to you. Sara tak paksa pun." Balas Sara.

Sara rasa dia tidak silap memilih Zamani. Lelaki ini amat memahami hatinya. Zamani mengundangnya ke majlis pembukaan rumah anak yatim pada hari dating pertama mereka. Melihat kesungguhan Zamani menyantuni para tetamu dan anak yatim yang ada sedikit menyentuh hati. Menjadi imam sewaktu waktu solat Zohor pada hari itu. Mereka sama-sama singgah di sebuah surau bila tiba waktu maghrib. Kemerduan suara lelaki itu membaca ayat-ayat suci al-quran menggamit hatinya. Mama pernah cakap, dulu kenapa mama pilih papa tapi bukan ayah, kerana mama jatuh cinta bila dengar papa mengaji. Adakah aku mengalami hal yang sama?

'Dah hampir waktu isya'. Kita bergerak lepas solat isya' ye?'  Satu pesanan ringkas dari Zamani masuk. 

Masa tu rasa macam dah jatuh cinta. Namun cinta pada Allah yang utama. Sara mendirikan solat dengan tenang. Dan bila mendengar suara alunan ayat-ayat suci alquran itu sekali lagi hatinya diusik.

"Hati awak tu ibarat emas yang jauh ke dalam tertanam. Dan saya takkan putus asa untuk terus menggali dan mendapatkannya. Kalau orang nak cakap saya ni 'gold digger', saya mengaku memang ye. 'Gold' yang saya nak tu, hati awak." Antara ucapan romantis yang pernah Zamani ucapkan. 

"Masa Ady sibuk nak ajak kahwin tu, memang Sara confuse antara nak terima atau tunggu Hisyam. Papa suruh buat solat sunat istiharah. Masa tu memang takder muka Hisyam atau Ady. Cuma yang Sara ingat, hari ketiga tu Sara mimpi hantar Fariza dan Farizal ke sekolah." Cerita Sara pada Badrul.

"Insha Allah, segala apa yang tertangguh takkan tertangguh lagi."

"Insha Allah. Terima kasih papa. Papa doakan Sara ya." Balas Sara.

"Papa sentiasa doakan anak-anak papa." Ujar Badrul ikhlas. Siti datang bersama sedulang minuman panas.

"Hai, sekarang ni mama rasa terabai pula. Semua hal cerita dengan papa, mama dah jadi orang no 2 sekarang." Siti seolah berjauh hati.

"Mana ada. Awak tetap no 1 di hati Sara ni." Sara memegang lembut pipi isterinya. 

"Nanti dah kahwin terus terkeluar dari senarai." Tambah Siti. 

"Alah mama ni. Mama mana boleh terkeluar. Mama sentiasa no.1 di hati Sara.  Takkan ada orang lain boleh ganti mama." Luah Sara ikhlas. Seikhlas kasih sayangnya buat mama dan papa.

Semenjak Fariq dan Fariqa mendirikan rumah tangga, memang Sara dah nampak berubah. Lebih matang membuat keputusan. Lebih bertanggungjawab soal keluarga. Manja pun dah kurang. Hubungan dengan Farizal dan Fariza pun nampak makin rapat. Kalau sebelum ini, dia endah tak endah je perihal adik-adiknya. Dulu dia anggap adik+adiknya itu rampas mama dari dia.  Lama- lama dia akur untuk berkongsi kasih sayang. Ternyata usia telah mendewasakan.

"Lama ke Sara kat sana nanti?" Tanya Fariqa.

"Sampai Man habis study. Maybe 4@5 tahun."

"So, ni kira balik kampung halaman lah ni."

"Lebih kuranglah. Mak abang Man cakap Man memang dah lama nak sambung belajar tapi keadaan tak mengizinkan. Simpan duit, ada je yang nak guna. Adiknya nak kahwinlah, nak tebus tanahlah..macam-macam halangan. Jadi, dah alang- alang nak ke sana, sambunglah belajar kat sana."

Dan masa berlalu begitu pantas. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.  Adakah ini  waktu yang tepat? Tapi selagi tak berterus terang hati rasa tak tenang. Tapi kenapa sekarang? Atau perlu ke untuk aku beritahu. Hisyam pergi kerana aku.

"Hari  nikah Sara lusa. Abang dah gila ke? Buatnya tiba-tiba tukar fikiran. Atau tiba-tiba je Hisyam muncul? Apa reaksi Sara?" Fariqa terkejut bila mengetahui Fariq berterus terang dengan Sara.

"Dia tak cakap apa-apa. Dia terus tinggalkan abang kat cafe tu."

"Abang sedar tak yang abang bukan sahaja halang jodoh  dia dengan Hisyam dan  Ady sahaja. Abang juga dah ganggu dia dengan Zamani!"

Telefon Fariqa berbunyi. Dari mama. Fariqa menjawab panggilan itu.

"Sara ada dengan Iqa ke? Dari pagi mama call tak dapat."

"Takder pula."

"Mama risaulah. Mama memang tak bagi dia keluar seminggu  ni. Tapi semalam dia keluar. Dia cakap nak jumpa abang, dia keluar pagi, malam baru balik. Ni, pagi-pagi dia dah keluar. Mama  ingat dia curi- curi jumpa Zamani, tapi Zamani ada kat kampung sekarang ni. Sekarang dia pun dah risau, dia pun tak dapat call Sara." Luah Siti.

"Ok, nanti Iqa cuba call dan tolong carikan. Apa-apa nanti Iqa call." Janji Fariqa.

Aduh, ke mana  pula  Sara ni? Takkan ubah fikiran kot. Nak tunggu Hisyam? Buatnya Hisyam tak balik. Betullah  kata Iqa aku tak patut beritahu sekarang!

Sara sedang memilih  tudung yang sesuai dengan baju yang baru dibeli. Pasti mama suka. Ini kan warna kesukaan mama. Mesti kurang sikit marahnya sebab langgar larangan jangan keluar rumah lepas tu off handphone. Entah kenapa hari ini rasa nak sendirian.

Sara memesan minuman sejuk. Kopi hitam ais. Minuman kegemaran ayah dan papa. Atas faktor kesihatan papa dah kurang minum kopi, Sara pun terikut-ikut. Dah jadi anak papa sekarang, usik mama. Ruginya tak rapat dengan papa dari dulu. Banyak perangai papa yang sama dengannya, ikut arwah ayah. Bila dah terlalu rapat dengan seseorang itu, dalam sedar tak sedar banyak persamaan yang menyebabkan keakraban.

"Apa yang papa kesalkan, kali terakhir kami jumpa tu, papa tengah marahkan dia." 

Sara teringat pula pada Ady dan Hisyam. Mereka berdua agak akrab.  Kenal dari sekolah menengah. Persahabatan yang lama itu juga antara sebab kenapa susah sangat hati nak terima Ady, biarpun dia dapat lihat keikhlasan dan kesungguhan Ady. Sara pun taknak jadi pemusnah persahabatan itu.

Air kopi ais terhidang atas meja. Sara mengucap terima kasih. Lelaki yang meletakkan gelas air itu menjawab 'sama-sama kasih'. Sara kenal suara itu. Dia mengangkat kepala. Mata mereka bertentangan. Hisyam??.....

Entah mengapakah hatiku bergetaranBila bertemu lagi, oh, kekasih lamaKucuba selindungkan api keresahanNamun perasaan ini berapi di dalam
Kukira engkau sudah melupakanKerna itulah engkau nampak tenangLainlah aku walau ketika iniMasih membara ingatanku terhadapmu

Lamunan terhenti...hati berkata memang dah berhenti menanti, tapi siapa tahu bila bertemu sekali lagi, mungkin akan berubah hati.

Lamunan terhenti..





Comments

Popular posts from this blog

ISTERI BOSS

Balqis masih mengadap komputer riba di atas meja belajarnya. Jarum jam sudah menunjukkan hampir ke pukul 1 pagi. Nadia yang baru pulang dari kerja ‘part-time’ di 7 eleven agak terkejut. Selalunya jam 11 malam Balqis dah tumbang. Kalau nak bangun study pun dia akan bangun seawal 4 pagi dan seterusnya akan berjaga sehingga masuk waktu subuh. Hmmm…sejak balik dari cuti semester baru-baru ni Balqis nampak berbeza. Suka termenung. “Aku nak tanya ni. Kau jangan marah tau.” Kata Nadia satu hari. “Macam serius je bunyinya.” “Memang serius pun.” Balas Nadia. “Pasal apa?” “Pasal kau.” Jawab Nadia. Balqis berkerut dahi. Kenapa pula dengan aku? Tanya Balqis dalam hati. Jangan-jangan….. “Kau nampak lain.” “Maksud kau? Aku dah gemuk ke? Atau aku dah kurus?” Tanya Balqis berseloroh. Walhalnya dalam hatinya berdebar juga menunggu soalan dari Nadia. Nadia ni bukan saja BFF aku, ada masa dia ni boleh jadi BFF mak aku jugak ni. Sama-sama suka korek rahsia pasal aku. “Muka kau ...

DENDAM SEORANG ISTERI

Apa yang kau dah buat? Kenapa Mia berdendam dengan kau sampai macam tu sekali? Apa yang kau dah buat? Cuba kau ceritakan hal sebenar. Kalau kau diam je macam ni, macam mana aku nak tolong kau. Hakimi meraup muka dengan kedua telapak tangannya. Ketika hati sedang berbunga cinta, kenapa ini yang terjadi? Apa yang lebih membimbangkan, Mia tu tak sihat. Selepas bertengkar semalam, Mia tiba-tiba pengsan. Bila dia sedar, dia marah-marah dan tak mahu ada doktor dalam rumahnya. Hakimi akurkan sahaja. Esok paginya, Mia hilang. “Aku rasa bersalah sangat. Selama ni aku sia-siakan peluang yang aku ada. Kesabaran dia, memang mencabar aku. Dia terlalu baik. Aku nak dia benci aku. Tapi, dalam masa yang sama, aku semakin menyayangi dia. Aku cuba untuk tak pedulikan dia. Tapi, bila dia balik lambat, aku jadi risau. Tak tentu arah. Memang aku tak cakap apa-apa. Bila nampak saja wajahnya menjengul di muka pintu, betapa leganya hati aku bila dia sampai ke rumah dengan selamatnya.” “...

Bagaimana Untukku Jatuh Cinta

 Calon terakhir untuk hari ini.  Mohd Rafiq Harraz. 30 tahun. Masih bujang. Aneesa memandang wajah pada foto bersaiz kecil itu.  Eh, ini senior aku ni!  Abang handsome yang menjadi rebutan masa sekolah dulu.  Aku ada dengar cerita yang mengatakan dia dah jadi jutawan, dah tu apasal minta kerja jadi pengawal peribadi pulak ni? "Alah,rumors je tu. Saya orang biasa jek. Sedang cari kerja. Baru resign sebab company tutup." "Macam ni sahajalah, sebab saya kenal abang, saya akan hired abang. Tapi kerja abang bukan setakat bodyguard jek tau, abang juga adalah driver dan assisstant saya. You have to be with me 24 hours. You kena tinggal dengan I, I mean at my family's house. Saya akan beri cuti sebulan after six months, is it okey with you?" "Okey, saya okey je." "Sorrylah, it's my father's rules. Selagi saya tak kahwin dia nak saya sentiasa dikawal. Nak gerak bebaspun terbatas." "So, sebelum ni ada bodyguard jugalahye?" "Yes, ...