Kali ini memang betul-betul terus balik. Memang itu janjinya dulu. Dah 15 tahun usia perkahwinan mereka. Bererti dah 15 tahun juga Badrul mengikut isterinya tinggal di London. Sara nak habiskan setahun lagi pengajiannya dan akan sambung degree di Malaysia pula. Fariq dan Fariqah, walaupun dah jadi adik beradik, mereka jarang dapat bertemu.
Siti dan Badrul adalah sepasang kekasih yang terpisah, mendapat peluang kedua untuk bersama. Sara adalah anak tunggal Siti bersama arwah suaminya dulu, Azmi. Dan Fariq dan Fariqa adalah anak kembar Badrul bersama bekas isterinya Liyana. Walaupun dah lama berpisah,hubungan mereka tetap baik demi anak-anak.
Kehadiran Badrul dalam hidup Siti seakan sukar diterima Sara. Biarpun tak pernah mengenal ayah kandungnya yang meninggal di usianya 2 bulan, mamanya selalu 'hadir'kan papa kandungnya itu. Bila Badrul dah jadi papanya, jarang dengar mamanya menyebut tentang ayah kandungnya. Apatah lagi selepas lahirnya 2 orang adik kembarnya, seolah ayah kandungnya semakin dilupakan.
"Sayang okey ke tinggalkan Sara sorang-sorang kat London ni? Atau sayang nak tunggu dia habis study dulu."
"Sara tu macam mama dia juga. Degil susah nak bawa bincang. Kalau tunggu dia habis belajar entah bila. Itupun kalau boleh nak sambung lagi. Siti suruh dia sambung kat Malaysia jek."
" Hai, mengata diri sendiri nampaknya." Usik Badrul.
"Dah memang kenyataan. Abang juga yang selalu cakap Siti ni degil. Dah menurun kat anak tu. Jangan si kembar tu pun mengikut sudah." Luah Siti. Badrul ketawa sahaja.
Memang sejak dah makin besar ni, makin banyak ragamnya. Namun, dialah yang paling manja. Kalau dia balik bercuti, memang wajib dia paksa mama tidur dengannya malam pertama dia sampai.
"5tahun je. Sampai habis degree." Pujuk Sara.
"Tak payah. At the end, habis belajar jaga business mama. Yang penting ilmu tu, bukan sijil pun." Siti membantah kemahuan anak kesayangannya itu.
"Lagipun, mana boleh jauh sangat dengan mama."
"Alah mama ni. Selama ni Sara sekolah 'boarding school'. Jauh juga kan?"
"Itu berpisah district je? Ni berpisah benua. No. Mama tak izinkan." Tegas Siti.
"Perlu ke kita pindah balik Malaysia? Kawan-kawan Sara semua kat sini."
"Mama dan papa Azmi dah berjanji 20 tahun saja di sini. " Jawab Siti sayu.
"Tapi mama balik seorang. Papa tinggal seorang kat sini. "
"Kan mama dah cakap papa ada kat sini." Siti memegang dada anaknya.
"By the way Iqa dan Fariq tengah further study kat Johor, Malaysia. Course yang Sara minatpun ada kat situ. "
Mesti akward kan? Bagaimana rupa diaorang sekarang. Itulah, bila mereka ke London, asingkan diri. Sengaja taknak balik bercuti dengan pelbagai alasan. Sara menggaru kepala yang tak gatal. Macam mana aku nak biasakan diri nanti?
Mereka seakannya saling berkejaran. Di atas jalan raya itu sekumpulan lebih kurang 4 motor sedang mengejar seorang penunggang sebuah motor berkuasa besar. Sebuah kereta tiba- tiba muncul dan menekan hon berpanjangan. Hal itu menyebabkan kumpulan motor itu berhenti mengejar dan motor berkuasa besar itu terus pergi. Kereta itu terus mengejar dan menekan hon beberapa kali.
Sara tiba di rumah di mana dia dan Fariqa tinggal bersama. Seketika kemudian, kereta Fariq pun sampai. Bila tiba-tiba sampai ni mesti ada hal yang nak digaduhkan. Fariqa dah faham sangat dengan dua beradiknya ini. Seorang asyik nak marah, seorang lagi degil nak mampus.
"Sebab tulah sibuk nak bawa motor. Nak merempit." Marah Fariq.
" Diorang yang tiba-tiba datang." Alasan Sara.
"Ni mama dan papa tau tak Sara bawa motor ni. Mesti tak tahu kan?"
"Habis tu, Sara nak pergi kelas macam mana? Sara bukan ada lesen."
"Kalau pasal lesen, lesen motorpun Sara takder kan? Kenapa tak pergi dengan Iqa?"
"Jadual kami tak sama." Alasan Sara.
"E-Hailing banyak kat JB ni." Bidas Fariq. Sara mencebik.
"Hah, tulah. Kalau abang marah buat muka. Samalah awak dua beradik ni." Tak pasal Fariqa terkena tempias kemarahan Fariq.
"Tiba-tiba Iqa pulak kena."
"Dah abang malas nak bebel panjang. Bukan korang suka pun."
"Tau takper." Sara terus bangkit dari sofa dan berlalu ke biliknya. Fariq hanya menggeleng kepala. Fariqa tak tau nak cakap apa.
"Dah 6 lebih ni. Abang balik dulu. Nanti lepas maghrib abang datang. Abang bungkuskan makan malam. Iqa dan Sara jangan keluar. Tunggu sampai abang datang."
Beberapa minit selepas Fariq pulang. Sara pun keluar dari biliknya.
"Apa lagi ni Sara? Kamu berdua ni asyik bertekak jek."
"Sara kena kejar kat atas jalan tadi. Dia ingat Sara berlumba pulak."
"Siapa pulak yang kejar?"
"Dua hari lepas, ada beberapa motor himpit motor Sara kat parking. Susah sangat nak keluar, Sara tarik jelah keluar. Motor- motor diorang jatuh. Sara biarkan je. Padanlah dengan muka diorang, parking motor ikut suka. Hari ni, diorang tunggu. Nak ajak gaduh. Sara malas nak layan, terus blah. Diorang follow. Tu yang nampak macam berlumba." Cerita Sara.
"Sara kenal tak siapa?"
"Diorang kenal Sara tak? Sara kenal tak siapa orangnya?"
"Tak sure diorang tau ke tak. Sebab sebelum ke parking Sara dah pakai helmet. Tapi Sara rasa macam pernah tengok yang seorang tu. Rasanya housemate abang. Dia pernah ikut abang datang sini."
" Untuk seminggu dua ni takyahlah bawa motor. Naik dengan Iqa jek. Nanti bagi Iqa jadual Sara, kita arrangekan yer. Nanti Sara kena marah, Iqa pun kena tempias tau."
"Abang tu macam orang tualah" Rungut Sara.
"Mama, papa dan ibu dah amanahkan dia jaga kita. Kalau apa jadi kat kita, dia yang kena marah nanti."
"Yelah, tapi dia tu terlalu mengawal. Sara boringlah. Nak pergi tengok movie pun mesti dengan dia sekali." Sara merungut lagi. Fariqa ketawa..
"Dahlah, dah nak malam ni. Pergi mandi. Solat."
"Iqa nak masak ke malam ni? Atau kita nak makan luar?"
"Lepas maghrib nanti makanan sampai."
"Abang nak datang sini ke?" Teka Sara. Fariqa angguk. Sara mencebik. Kena sambung bebellah maknanya. Fariqa ketawa saja. Sebelum ni Fariq tak macam ni. Semenjak diamanahkan jaga Sara yang keras kepala dan degil ni, memang kuat membebel. Tapi memang patut pun Sara membentak, dia punya control tu macam jaga bini. Itu tak boleh ini tak boleh. Tak pasal-pasal akupun terkena tempiasnya.
"Sara mana tau. Tiba-tiba jek diorang kejar. Sara dah minta maaf dan offer nak bayar ganti rugi, walaupun sebenarnya Sara tak salah."
"Biasalah, orang perempuan mana ada salah."
"Punca orang perempuan salah, lelaki jugak." Bidas Sara.
"Yelah, yelah. Sara menang. Tapi abang taknak Sara bawa motor lagi. Sementara belum dapat lesen ni pergi kelas dgn Iqa atau abang. Sara cuma takder lesen kan? Boleh drive kan? Motor tu jual balik. Beli kereta. Rupanya mama dan papa tak tahu Sara beli motor tu. Mengucap panjang mama dengar. Siaplah kena bebel dengan mama nanti."
Sara menggaru kepala yang tak gatal. Aduh, matilah aku.
"Semua milik Sara mama dah letak dalam akaun Sara. Nenek Maria cakap, ini semua hak Sara. Dia cuma pemegang amanah jek. Sara pun dah 21, dah besar dan pandai jaga diri. Jangan pulak habiskan duit ni dalam sehari. Memang duit ni hak Sara, tapi Sara kena bijak."
Sekelip mata jadi jutawan. Hanya dengan mencapai usia 21 tahun. Nenek cerita, ayahnya adalah anak boss besar. Macam ayah, dia juga meninggal dalam usia yang muda. Nenek cakap, atuk kandungnya itu orang kaya, harta tak habis makan 7 keturunan. Dan Sara baru keturunan ketiga. Kalau tidak bijak memang setakat ni jelah harta atuk tu. Kata mama.
"Orang tua arwah Azmi amanahkan sebahagian hartanya pada Azmi dan sebahagian lagi cucunya. Memandangkan Sara satu-satunya anak Azmi mak serahkan amanah ni pada Siti. Bila tiba masa Siti serahkanlah pada dia." Jelas datin Maria sewaktu memberikan dokumen penyerahan harta kepada Siti selaku pemegang amanah.
"Ini memang hak dia. Sayapun tak berhak nak halang apa-apa. Cuma mampu beri nasihat jek. Dia nak belajarpun kira dah cukup baik." Ujar Siti.
" Kita memang tak boleh nak halang. Itu memang hak dia. Tapi ini dah berkaitan soal keselamatan. Kan lebih baik dia upah driver jek." Saran Badrul.
"Fariq akan bawa dia amik lesen kereta nanti. Diapun dah setuju nak jual motor tu." Balas Siti.
"Makin besar makin bermacam ragam. Saya yang kat KL ni pun dah pening. Apalagi Abang dan Kakak yang mengadap dia hari-hari." Siti memicit kepala yang berdenyut.
"Dahlah tu sayang. Tak payah nak pening-pening sangat. Awak bukan tak tau Sara tu. Degil macam mana pun dia, dia takkan lawan cakap mama dia. Hujung bulan ni dia balik kan? Cakaplah elok2, lembut-lembut.
Dua bulan berlalu. Ini hari pertama Sara memandu sendiri ke kampus. Kebetulan Fariqa pula tidak sihat hari itu. Tiba di tempat letak kereta, dia pun keluar dari perut kereta. Seorang pelajar lelaki mendatanginya.
"Drive sendiri nampaknya." Tegur lelaki itu. Sara diam tak menjawab.
"Sombong yer. Iqa mana?"
"Kat rumah. Demam.." Jawab Sara ringkas.
"Kereta baru ke?" Tanya Hisyam, lelaki tersebut.
"Eh, kau ni nak apa sebenarnya?" Soal Sara geram.
"Relaxlah Sara. Jangan marah. Saja nak ucap selamat pagi. Dah sarapan belum? Jomlah kita sarapan sama-sama."
"Aku memang belum sarapan.Tapi aku tak ingin sarapan dengan kau." Balas Sara geram.
"Janganlah marah Sara. Dah dua bulan dah, takkan kau masih marah. Aku dah minta maafkan?"
"Dua bulan lepas, aku pun minta maaf kan? Tapi kau dan kawan-kawan kau kejar aku kat highway jugak kan?" Bentak Sara.
"Okey, aku tahu kami bersalah. Bahayakan kau masa tu. Kita orangpun dah teruk kena marah dengan Fariq. Okey, kalau kau nak, kami 4-4 datang minta maaf."
"Hoi, kau buat apa ni?" Fariq tiba-tiba muncul.
"Kan aku dah cakap jangan kacau adik aku." Marah Fariq.
"Aku bukan nak gaduh, nak berkawan jek"
"Dahlah abang tak payah layan dia. Jom, sarapan." Sara terus menarik Fariq pergi dari situ.
"Dia kacau Sara ke?"
"Takdelah. Saja nak buat baik. Malas nak layan."
"Apalah Sara ni. Orang nak buat baik, tak baik jual mahal. Iqa cakap dia demam. Betul ke?"
"Ish, mestilah betul. Minah tu kalau tak sihat tak mungkin dia akan ponteng kelas tau. Pagi kelas Sara sampai pukul 11 jek. Lepas tu pukul 2:30. Nanti pukul 11 baru nak bawa dia ke klinik."
"Eh, abang takde kelas pagi ni. Biar abang yang hantar."
"Abang takder kelas, kenapa datang pagi-pagi ni?"
"Nak tengok Sara ler. Iqa call abang beritahu Sara drive sendiri. Abang nak make sure Sara sampai kampus pagi ni."
" Nak make sure Sara sampai kampus bukan hospital?"
" Ada ke situ pulak. Abang tau Sara pandai bawa kereta, cuma takder lesen jek sebelum ni. Dah jomlah sarapan. Sekejap lagi awak nak masuk kelas."
Begitulah mereka, sekejap bergaduh, bertekak...sekejap lagi berbaik, bergurau senda, berpakat buli Fariqa. Dah namapun adik beradik. Walaupun berbeza ibu berlainan bapa kandung perkahwinan papa dan mama yang menyatukan mereka.
Malam itu.
"Aku bukan nak kacau dia. Aku cuma nak berkawan jek."
"Kau ni masa aku nak try Iqa kau tak marahpun, ni bila Hisyam nak "try" Sara, takkan kau tak boleh adjust."
"Siapa aku cakap aku tak marah kau 'try' Iqa? Aku tahu korang ni semua player besar kat kampus ni. Jangan nak buat hal."
"Aku seriuslah, aku memang nak berkawan dengan adik kau. Kau boleh belasah aku kalau kau tahu aku main-main." Hisyam bersungguh-sungguh.
Fariq tiba di rumah adik2nya. Fariqa dibawa ke klinik seperti yang dirancang. Sempatlah mereka bersembang mengenai kawan-kawan sekelas dan serumah Fariq yang sibuk nak berkawan dengan Sara.
"Betul jugak kata Ady tu. Masa dia minta no phone Iqa, laju jek abang bagi. Tak tanya Iqa pun lagi. Dengan Sara, banyak pulak alasan yer." Ungkit Fariqa.
"Sara ni lain. Kalau dia tahu, dia marah abang nanti."
"Ooh, habis abang ingat Iqa tak marah?"
"Sebenarnya, abang takut Hisyam tu nak gunakan Sara tu je. Hari tu abang ada terlepas cerita.. Abang beritahu dia yang Sara tu millionaire. Manalah tau, dia kawan dengan Sara pasal nak duit jek." Fariq menyuarakan kebimbangan hatinya.
"Abang, Sara tu bijaklah. Takkan mungkin dia tu mudah dipergunakan. Abang jangan risau sangatlah. Biarkan jelah kalau dia nak berkawan. Abang perhatikan jek." Pujuk. Fariqa.
Sara tak jadi nak balik rumah pukul 11 pagi itu. Fariq beritahu ibunya ada di JB. Jadi Fariq terus hantar Fariqa ke hotel tempat ibunya menginap. Sara memilih untuk ke perpustakaan.
"Hai!"
"Awak lagi. Awak nak apa?"
"Nak awakler." Jawab Hisyam
"Abang saya dah warning kan? Jangan kacau saya lagi."
"Sara, please." Rayu Hisyam sambil buat muka comel.
"Ish, penatlah." Rungut Sara.
"Penat?! Kenapa penat? Awak berlari ke?"
"Ya. Lari dari awak." Jawab Sara.
"Kalau macam tu, takyahlah lari lagi. Mesti tak penat ."
"Kawan je ye? Jangan minta couple pulak."
"Kalau couple pun apa salahnya?"
"Awak nak kawan ke tak ni?"
"Okey..okey...kawin....eh kawan.."
Dan beberapa bulan kemudian.
"Abang ni kenapa? Tak tentu arah je Iqa tengok."
"Sara mana?"
"Kan Iqa dah cakap tadi, dia keluar dengan Hisyam." Jawab Fariqa.
"Dah berapa lama diorang couple?"
"Sara cakap, kawan jek. Sara cakap, dah habis belajar baru nak cari boyfreind."
"Kalau dah keluar berdua tu, couple lah maknanya tu."
"Yang abang nak marah-marah ni kenapa? Bagilah Sara tu bebas sikit. Dia kawan pun dengan kawan abang jugak kan?"
"Lepastu kalau gaduh abang yang kena jadi orang tengah." Rungut Fariq.
"Cara abang marah ni kan,macam Sara tu girlfreind abang. " Tebak Fariqa. Fariq terdiam. Fariqa merenung abangnya. Fariq lari dari renungan itu. Dia tidak berkata ya atau tidak.
"Abang! Abang dah gila ke? Dia tu adik kita!'
"Walaupun kita tak sama mak dan ayah. Mama Sara dah kahwin dengan ayah kandung kita. So, abang taukan kita ni adik beradik?"
"Abang tau. Tapi abang tak boleh nak halang perasaan ini." Luah Fariq.
"Jangan nak mengarutlah bang. Lupakan perasaan tu. Ingat mama dan papa. Ingat ibu. Please bang, lupakan perasaan tu."
"Mungkin dah tiba masa abang cari kebahagiaan sendiri. Biar adik-adik abang jaga diri sendiri. Abang terlalu banyak habiskan masa dengan kami. We grew up together, abang takkan ada perasaan tu pada Iqa. Lagipun kita kembar. Beza dengan Sara. Selama lebih 15 tahun kita terpisah. First time kita jumpa balik hari tu, Iqa dah noticed benda ni. I tried to deny it, but today you admit it. That's why Iqa cakap, biarkan Sara dengan pilihan dia. Abang cari orang lain. Ain sukakan abang kan? Beri dia peluang. Lupakan perasaan abang pada Sara."
Seperti biasa, bila hari Rabu, Sara tidak akan pulang bersama Fariqa kerana kakaknya dan kawan-kawan dari Kelab Cintai Alam akan bersama unit beruniform dari sekolah terpilih akan membuat khidmat masyarakat. Sebab itulah abang Ady give up dengan dia kot. Ajak dating asyik kena reject jek, cerita Hisyam. Fariqa belum jatuh cinta kot. Hisyam menanti di luar perpustakaan.
"Sorang je?"
"Iqa takder, sebab tu saya ajak pergi hari ni. Kalau Iqa ada, mesti dia taknak."
"Fariq tau tak?"
"Eh, tak pernah-pernah tanya pasal abang Fariq, tiba-tiba tanya pulak ni."
"Awak tak beritahu ke dengan dia kita berkawan? Macam-macam dia soal saya."
"Biasalah, abang kan memang macam tu. Protective. Mungkin abang saya tu over protective sikit."
"Awak tau tak dia tengah couple dgn Ain, junior course dia."
"Iqa ada cerita jugak. Hari tu bersungguh cakap taknak ada gf. Nak habis belajar dulu."
"Habis, adiknya dah langkah bendul." Usik Hisyam.
"Siapa? Iqa mana ada bf."
"Bukan Iqa. Awakler.."
"Saya? Saya dengan siapa? Dengan awak? Jangan nak perasan ye." Marah Sara. Hisyam ketawa. Hai, dah berbulan selalu keluar berdua, masih taknak mengaku lagi?
Malam itu.
"Abang serius ke dengan budak Ain tu?"
"Seriuslah, kalau dah sampai nak bertunang tu."
"Bertunang? Bila?"
"Habis semester akhir nilah." Jawab Fariqa
"Amboi! Tak sabar-sabar."
"Baguslah dia dah ada tunang. Jaga tunang dia pulak. Taklah sibuk hal kita jek." Ujar Fariqa.
"Habis tu, siapa nak jaga kita?" Bangkit Sara.
"Hai, kata rimas."
"Dah terbiasa." Balas Sara.
"Kalau macam ni, Iqalah kena cari boyfriend cepat."
"Eh, apa kaitannya pulak?"
"Yelah, Sara kan dah ada Hisyam. Abang dengan Ain. Iqa takder pasangan."
"Bila masa pulak Sara couple dengan Hisyam ni? Kata kawan jek."
"Bukan couple. Bff jek. Yelah at least Sara ada Hisyam kalau abang takder."
"Selagi belum kahwin, his sisters is his priority." Tegas Fariqa. Sara ketawa. Nak kena carikan boyfriend Fariqa ni. Yang boleh terima dia yang sangat aktif dengan aktiviti kebajikan dan alam sekitar.
Betul kata Fariqa, aku mesti mula menyayangi orang lain. Antara aku dan Sara sememangnya tiada ikatan kecuali adik beradik. Mudah sangat aku dipermainkan perasaan sendiri. Semoga aku dapat menyayangi Ain lebih daripada dia menyayangi aku.
" Saya ada hal nak cakap ni."
"Ya saya tau. Sebab tu awak ajak keluar kan?" Balas Sara.
"Saya ada mohon Students Exchange Programme. Dan diterima."
"Wow! Congrats! Ke universiti mana? Bila nak pergi?"
"UK. Semester baru nanti."
"Berapa lama? 6 bulan."
"Lama jugak tu."
"Memang lama. Tapi saya takut."
"Takut apa?"
"Takut kehilangan awak."
"Awak ni..."
" Saya serius Sara. Saya betul-betul suka kat awak. Saya takut kalau-kalau terlepas awak di tangan sesiapa." Pintas Hisyam.
"Kan saya dah cakap, saya nak berkawan jek."
"Saya tau. Tapi kita dah lama sangat berkawan, perasaan saya dah jadi lain. Apa kata kita bertunang dulu? Sebelum saya ke UK." Pinta Hisyam. Sara tiada jawapan.
Soal hati dan perasaan tak boleh buat main Sara. Kau tahu, kau dan Fariq tak mungkin bersatu kerana kau berdua adik beradik. Dan Fariq pun akan bertunang dengan orang lain. Kau cuba terima Hisyam sebab nak nafikan perasaan kau yang terjatuh cinta pada abang sendiri. Kadang-kadang kau memang tak dapat nak kawal perasaan cemburu, tapi Hisyam hadir sebagai pengawal keadaan tanpa disedari.
Cinta tidak semua menjanjikan kebahagiaan. Cinta juga boleh menyakitkan. Apalagi apabila jatuh cinta pada orang yang salah. Rasa sayang juga boleh membahagiakan.
Siti dan Badrul sedang dalam perjalanan pulang dari pejabat. Telefon pintar milik Siti berbunyi. Tertera nama Sara pada skrin kecil telefon itu.
"Mama sihat?"
"Mama sihat. Sara tu sihat ke tidak? Tak pernah- pernah call mama waktu macam ni. Selalu call malam atau pagi."
"Rindu sangat. Dah dua bulan kan tak balik. Hari minggu ni Sara nak balik. Sara balik seorang. Nanti Sara naik flight. Mama ambil kat airport yer."
Sara tak mahu lepaskan pelukannya. Sampaikan mamanya tak boleh bergerak langsung. Asyik nak berkepit jek. Sampaikan adik-adiknya marah kerana cemburu. Kali ini mereka berdua tak boleh dekat langsung dengan mama mereka.
"Lain macam ye balik kali ni. Asyik nak berkepit jek dari tadi. Kenapa ni?" Tanya Siti sambil mengusap lembut kepala anaknya.
"Mama, kalau Sara tanya, mama jangan marah ye."
"Tanya jelah."
" Mama bercinta dengan papa. Tapi mama kahwin dengan ayah dulu?"
"Jodoh belum sampai."
"Mama tak rasa ke yang mama mungkin telah jatuh cinta pada orang yang salah?"
"Bukan orang yang salah, tapi masa yang tak tepat." Jawab Siti.
"Anak mama ni dah jatuh cinta ke?" Teka Siti. Sara tidak terus menjawab.
"Cinta tu penting ke untuk bahagia?"
"Itu hanya salah satu sebabnya. Yang penting kita ikhlas dalam menjalin sesebuah hubungan."
"Ikhlas macam ayah?"
"Ya, ikhlas macam ayah." Siti angguk mengiyakan.
"Tak jawab lagi soalan mama. Anak mama ni dah jatuh cinta ke?"
"Mungkin..tapi..." Terhenti.
"Tapi, apa?"
"Cuti semester nanti abang nak bertunang kan? Boleh tak lepas tu, Sara pula nak bertunang?"
"Betul ke ni??" Siti seakan tak percaya.
"Serius."
Hisyam teruja bila mendengar Sara kata dia dah setuju dengan cadangan untuk bertunang. Hisyam tersenyum gembira sebaik menamatkan perbualan dengan Sara di telefon.
"Alhamdulillah. Sara dah setuju nak bertunang."
"Wow! Terus bertunang. Tahniah. Nampaknya kau menang pertaruhan ini." Ady mengucap tahniah.
"Apa kau cakap ni?" Tanya Fariq keras. Hisyam dan Ady terkejut.
"Kau memang tak guna." Tumbukan singgah ke muka Hisyam.
"Fariq sabar dulu. Dengar dulu." Hisyam cuba menenangkan Fariq.
"Aku taknak kau jumpa adik aku lagi. Kalau aku tahu kau jumpa dia lagi, teruk kau aku kerjakan."
Majllis pertunangan diteruskan. Cincin sudah tersarung di jari manisnya. Satu ikatan perjanjian telah termeterai. Sara memilih untuk menangguhkan terlebih dahulu pertunangannya. Dalam kehidupan pelbagai kesalahan yang mungkin berlaku. Samada jatuh cinta pada orang yang salah atau masa yang salah. Salah jatuh cinta.
Comments
Post a Comment