Skip to main content

Cinta Yang Tertangguh (Bab 4)

 5 tahun, akhirnya aku akan balik ke Kuala Lumpur. Berkhidmat untuk papa dan mama. Dah habis belajar barulah Fariqa buka mulut pasal Amri pada keluarga. Sebelum ni hanya Fariq dan Sara yang tahu. Siapa yang akan mengalah tak pasti lagi. Samada Fariqa yang akan tinggal di Johor atau Amri yang akan mencari peluang pekerjaan di Kuala Lumpur. Buat masa ini bercinta dari jarak jauh.

Jauh termenung. Entah apalah  yang difikirkan. Tak pastilah keputusan ini yang terbaik atau tidak. Dia tahu dia hanya jadikan hubungan ini sebagai eksperimen jek. 

"Kita cuba jelah dulu. Kaupun single kan sekarang?"

"Aku kan dah ada Hisyam."

"Hisyam tinggalkan kau dah 3 tahun. Takkan kau nak harapkan dia lagi. Kalau dia sungguh-sungguh dulu, dia teruskan majlis pertunangan tu."

"Pasal tu, aku yang minta tangguh."

"Please Sara at least we try." Rayu Ady. Tak dapat kakak, adikpun jadilah. Lagipun Hisyam pernah pesan jagakan Sara. Tolong tengok-tengok kan Sara. Takkan nak tengok sahaja.

"Mama, tak balik sekali ke?" Tanya Badrul bila dilihat hanya Sara  yang turun dari kereta.

"Mama ada meeting dgn anty Damia. Dia minta papa yang jemput  dia. Kejap lagi dia call lahtu."

"Minum petang dah siap. Pergilah minum. Ada kuih ketayap. Mama cakap Sara suka kuih tu."

"Papa tak minum sekali ke?Jomlah teman Sara, nanti mama balik, minum lagi sekali."

"Oh...okey.." Tak banyak bicara, Badrul terus setuju ajakan Sara.  Jarang sekali Sara berbicara dengannya.

"Macam mana kerja dengan mama?" Badrul memulakan perbualan.

"Betullah anty Damia cakap, mama tu kalau kat office, serius jek. Nak berguraupun, kena ikut time. Kalau tak siaplah dapat 'side eyes'" Cerita Sara. Badrul tersenyum. Siti memang macam tu. Dari muda lagi dah macam tu, Badrul yang jadi bosspun takut nak tegur. Punyerlah serius kalau tengah buat kerja. 

Badrul mengambil sebiji kuih ketayap itu dan diletak atas pinggan. Gulungan dibuka. Intinya dimakan terlebih dahulu. Kemudian digulung semula. Lalu dimakan. 

"Jadi betullah cakap mama. Cara papa makan kuih ketayap macam tu." Sara ketawa kecil. Badrul tersenyum.

"Sara pun sama kan?" Balas Badrul.

"Mama cakap kita berdua banyak persamaan. Terutama bab makan. Kalau makan telur mata, telur kuning mesti cair. Tak suka makan seafood, kecuali ikan. Suka ayam masak kicap, tapi tak makan kicap yang tak dimasak. Kalau makan sandwich, nak sandwich sardin jek. Kan?"

"Betullah tu." Badrul ketawa.

"Sebenarnya Sara banyak ikut arwah ayah Sara. Arwah tu kawan baik papa dari kecil. Kami memang banyak persamaan. Persamaan yang Sara sebut tadi tu, itu adalah antara  sifat arwah Azmi."

"Kalau rindu ayah, tengok papa jelah." Ujar Sara. Badrul tersenyum. Sara diam. 

"Kenapa ni? Ada yang ganggu fikiran Sara ke? Mama cakap Sara banyak membisu sejak balik KL. Ada tertinggal sesuatu atau seseorang ke kat JB?"

"Rindu Hisyam ke?" Soal Hisyam lagi.

"Buat apa nak rindu orang yang tak ingat kita?" Jawab Sara dengan nada suara kecewa.

"Frust je bunyinya. Tapi, hari tu Sara cakap cuma tangguh je kan?"

"Memanglah tangguh. Tapi kalau dah 3 tahun senyap jek,malas nak mengharap." Balas Sara.

"Sara tanya ni, papa jangan marah ye."

"Tanya apa?"

"Papa marah tak bila ayah kahwin dengan mama?"

"Marah. Marah sangat. Kecewa. Geram. Macam-macam perasaan ada. Tapi, mula-mula sahaja rasa macam tu. Lama-lama papa sedar. Ayah buat apa yang papa tak dapat buat iaitu membahagiakan orang yang papa sayang."

"Kalau ayah masih hidup, dan tak mahu lepaskan mama, macam mana?"

"Entahlah, papa tak tahu nak jawab macam mana. Lama-lama papa dah terima hakikat, mama bukan jodoh papa. Tapi, Allah bagi papa peluang kedua. Dan papa bertemu jodoh dengan mama." Jawab Badrul.

"Bila kita dah gagal tunaikan janji, reda jelah kan kalau kita kehilangan." Ujar Sara.

"Ada kaitan dengan Hisyam ke ni?" Tafsir Badrul. Sara memandang papanya. Entah kenapa dia begitu terbuka nak bercerita dengan Badrul petang ini. Selalunya, nak berbual pun tidak.

  "Selama dia takder ni, Sara agak rapat dengan sorang kawan baik Hisyam ni, Ady. Mulanya kami baik macam tu je,  tapi semenjak Iqa bercinta dengan Amri, sepupu dia, dia dah lain. Selalu ajak 'couple'. Sara ingat dia main- main, rupanya dia serius. Dia cakap, kalau Sara setuju, masa keluarga Amri datang neminang Iqa, dia nak bawa keluarga dia sekali untuk Sara." Luah Sara.

"Sara masih nak tunggu Hisyam ke?"

"Sara taknak tunggu dia. Dan Sara pun tak berani terima Ady. Taknak berikan dia harapan. Yang penting Sara tak percaya diri sendiri. Takut nanti, dah terima Ady, Hisyam pulak balik, hati  berubah pulak."

"Buat solat sunat istiharah. Minta petunjuk. Insha Allah, ada pilihan yang akan ditunjukkan oleh Allah." Nasihat Badrul. 

Malam itu Ady menghubunginya. Diapun tak mahu mendesak. Berikan masa untuk Sara buat keputusan.

"Kau yakin dengan keputusan kau ni? Kalau tiba-tiba Hisyam balik macam mana?"

"Sara tak buat keputusan lagi."

"Okeylah, katakan dia dah setuju, lepas tu Hisyam pun balik."

"Aku takkan paksa Sara. Kalau dia nak balik pada Hisyam, aku step out lah." Balas Ady.

"Kau sekarang ni nak jaga jodoh orang ke?"

"Aku memang dari dulu jaga jodoh orang. Iqa tu dulu, 3 tahun aku try, tak dapat. Engkau 3 bulan jek. Tup- tup dah nak kahwin. Kau tahu itu maksudnya apa? Kalau dah memang bukan jodoh, memang bukanlah."

"Kau sebenarnya betul-betul sukakan Sara atau kau kesian tengok dia tunggu Hisyam tu?" Soal Amri menguji.

"Aku tak fikir dia tunggu Hisyam. Dia cuma tunggu seseorang yang betul-betul ikhlas. Dan orangnya mungkin aku."

"Entahlah, aku pun tak tahu nak fikir macam mana. Kalau dengan orang lain, mungkin aku sokong kau. Lelaki apa tinggalkan buah hati terkontang- kanting macam tu. Tapi ini kawan baik kau. Korang kawan dari sekolah menengah kot. Kalau Hisyam boleh terima, ini memang salah dia, takper. Kalau dia salahkan kau?"

Perbualan mereka terhenti bila ada satu pangilan masuk. Amri menerima panggilan dari insan kesayangannya. 

"Ady cakap, Sara tak cakap apa-apapun lagi. Iqa tanyakanlah. Dia taknak tanya, sebab dia taknak Sara rasa didesak."

"Yelah, nanti jumpa kat office esok Iqa tanya."

"So, kita ni macam mana?" Amri beralih topik.

"Ibu izinkan pindah JB, tapi ibu suruh kerja dulu dengan mama dalam setahun. So, setahun nanti kita PJJ lah."

"Bolehlah sayang. Janji dapat kahwin." Balas Amri. Dan panjang lagi bicara mereka berdua. Kedua-duanya sudah berada di awang-awangan. Ady dan Sara masih dalam kesamaran. Terutamanya Sara.

"Awak tunggu saya. Lepas 5 tahun saya balik. Kita terus kahwin, takyah tunang."

"Kenapa mesti UK? Kat Malaysia ni, takder kerja ke?"

"Please sayang. 5 tahun jek. Awak pun 20 tahun kat London boleh survive. Takkanlah saya tak boleh."

"Saya lahir dan membesar di sana. Family saya semua kat sana." Balas Sara geram. Boleh pula nak samakan situasi mereka.

"Insha Allah, saya boleh jaga diri." Hisyam begitu yakin.

"Kalau macam tu, kita tak payah bertunang. Saya tak nak terikat. Buatnya awak jumpa orang lain, penat jek saya tunggu awak."

"Alah, taknaklah macam tu. Sekurang-kurangnya ikatan pertunangan tu akan membuatkan saya lebih gigih berusaha untuk dapatkan awak." Pujuk Hisyam.

"Kalau ada jodoh, kita akan bersama."

Macam mama  dan papa, walaupun masing-masing kahwin dengan orang lain, jodoh mereka bertaut kembali. Mama ada cakap setiap manusia ada perjalanan hidup yang berbeza, yang baik jadi ikutan, yang tidak baik dielakkan. 

"Kenapa mama setuju kahwin dengan  ayah? Mama tahu kan papa dan ayah kawan baik?"

"Ayah yang ajak mama kahwin. Mama kahwin jelah."

"Mesti ada sebab kan mama terima ayah?"

"Terus terang memang masa tu mama  tak nak papa harapkan apa-apa  lagi kat mama. And mama percayakan ayah."

"Papa&,ayah rebutkan mama kan dulu? Tapi, papa yang menang. Anty Damia yang cerita."

"Pandai jelah anty Damia tu. Apa yang mama tahu ayah ikhlas nak kahwin dengan mama. Sebab tu mama terima dia."  Jelas Siti.

"Ni kenapa tanya macam ni? Tiba-tiba jek." Siti dapat agak ada sesuatu yang tak kena pada anaknya. Sara memandang mamanya. Memang mama tahu kalau ada sesuatu yang terpendam dalam hati.

"Ada kawan Hisyam nak meminang Sara. Sara tak pernah janji apa-apa pada Hisyam. Orang yang nak meminang Sara tu sepupu Amri, bakal suami Iqa."

"Si Ady kan? Kawan baik Hisyam, yang sama-sama datang dengan Hisyam dulu."

"Memang dia. Hari tu dengan Amri pun dia ada."

"Sara memang taknak tunggu Hisyam ke?"

"Sara memang tak pernah janji nak tunggu. Tapi Ady tu nampak bersungguh-sungguh.  Kalau Sara setuju, tiba-tiba Hisyam balik. Sara takut serba salah pulak nanti."

Malam itu, sebagaimana yang disarankan papanya, Sara laksanakan solat sunat istiharah.Belum dapat jawapan atau bayangan, tetapi hati sedikit tenang dan beban di kepala sedikit berkurangan.

Ke pejabat pagi itu sebagaimana yang telah dirutinkan semenjak balik KL ni. Mama dah nak bersara. Padahal muda lagi. Katanya nak teman papa. Lagipun mama dah mula kerja sejak umurnya 17 tahun lagi.

Pagi itu mama ada 'online meeting' dengan  admin company  di London.  Kali  ini, Siti minta Sara turut serta.  Sara hanya jadi pemerhati, Siti yang banyak berbicara.

"Jual jelah mama. Nanti mama yang pening nak jaga banyak-banyak syarikat." Saran Sara.

"Hari tu dia yang tak bagi jual. Katanya nanti takder alasan nak balik London." Ungkit Siti.

"Masa tu tak tengok lagi kepayahan mama." Alasan Sara.  

"Sara jumpa Iqa. Bincang pasal projek kondo Dato' Ali tu. Dah siap, arrange meeting dengan Dato' Ali. Dah dua minggu dah ni."

"Mama cakap hari tu tak jadi." 

"Dato' Ali tu dah bayar 50%. Dia nak kita jugak buat." Jelas Siti.

"Yelah." Sara angguk tanda akur.

"Oh, ya! Majlis abang dan Iqa kan dah dekat.  Sara buat soranglah projek tu. Bagi kakak honeymoon dulu. Boleh kan Sara handle sorang?"

"Insha Allah, boleh mama."

"Betul boleh? Atau Sara pun nak pergi honeymoon jugak?"

"Nak pergi siapa?"

" Dengan siapa tu....apa namanya...Ady kan?"

"Eh,, mana mama tau ni?"

"Yelah, sekarang dah taknak cerita dengan mama. Cerita dengan papa jek." Siti mencebik, kononnya berjauh hati.

"Papa cerita apa je kat mama?" Sara ingin tahu apa yang mamanya tahu.

"Kenapa? Ada yang mama tak boleh tahu ke?"

"Ada.lah." Balas Sara lalu ketawa.

Hari yang dinanti telahpun tiba. Hari ini adalah hari pernikahan Fariqa dan Amri. Fariq dan Ain telah bernikah terlebih dahulu. Majlis persandingan akan diadakan serentak.

Sara datang menghampiri Ady. Ady akur dengan keputusan Sara.

"Aku tak tunggu Hisyam. Aku cuma tak sedia lagi nak ganti cinta aku yang hilang."

"Aku faham dan terima keputusan kau. Aku pum akan undur diri. Cinta kau tak hilang. Cinta kau, hanya cinta yang tertangguh. Nanti dia akan sampai." Balas Ady.

Fariqa tersenyum ceria. Kalau Sara terima Ady, pasti ada 6 pengantin bersanding hari ni. Sara tersenyum melihat persandingan abang dan kakaknya. Takpelah lambat sikit dari mereka. 

Ady dan Sara saling berpandangan. Sekilas memandang pengantin di pelamin. Ady kembali memandang Sara. Maafkan aku Sara. Aku tak cukup kuat menghadapi semua ini.  Kalau aku dah dapat hati kau, mungkin aku akan kuat untuk hadapi apa jua ujian yang datang. Aku  undur diri dulu. Kau tunggulah Hisyam. Kerana cinta dia lebih kuat untuk kau. Cinta kau dan dia tak pernah putus, hanya tertanggguh.




Comments

Popular posts from this blog

ISTERI BOSS

Balqis masih mengadap komputer riba di atas meja belajarnya. Jarum jam sudah menunjukkan hampir ke pukul 1 pagi. Nadia yang baru pulang dari kerja ‘part-time’ di 7 eleven agak terkejut. Selalunya jam 11 malam Balqis dah tumbang. Kalau nak bangun study pun dia akan bangun seawal 4 pagi dan seterusnya akan berjaga sehingga masuk waktu subuh. Hmmm…sejak balik dari cuti semester baru-baru ni Balqis nampak berbeza. Suka termenung. “Aku nak tanya ni. Kau jangan marah tau.” Kata Nadia satu hari. “Macam serius je bunyinya.” “Memang serius pun.” Balas Nadia. “Pasal apa?” “Pasal kau.” Jawab Nadia. Balqis berkerut dahi. Kenapa pula dengan aku? Tanya Balqis dalam hati. Jangan-jangan….. “Kau nampak lain.” “Maksud kau? Aku dah gemuk ke? Atau aku dah kurus?” Tanya Balqis berseloroh. Walhalnya dalam hatinya berdebar juga menunggu soalan dari Nadia. Nadia ni bukan saja BFF aku, ada masa dia ni boleh jadi BFF mak aku jugak ni. Sama-sama suka korek rahsia pasal aku. “Muka kau ...

DENDAM SEORANG ISTERI

Apa yang kau dah buat? Kenapa Mia berdendam dengan kau sampai macam tu sekali? Apa yang kau dah buat? Cuba kau ceritakan hal sebenar. Kalau kau diam je macam ni, macam mana aku nak tolong kau. Hakimi meraup muka dengan kedua telapak tangannya. Ketika hati sedang berbunga cinta, kenapa ini yang terjadi? Apa yang lebih membimbangkan, Mia tu tak sihat. Selepas bertengkar semalam, Mia tiba-tiba pengsan. Bila dia sedar, dia marah-marah dan tak mahu ada doktor dalam rumahnya. Hakimi akurkan sahaja. Esok paginya, Mia hilang. “Aku rasa bersalah sangat. Selama ni aku sia-siakan peluang yang aku ada. Kesabaran dia, memang mencabar aku. Dia terlalu baik. Aku nak dia benci aku. Tapi, dalam masa yang sama, aku semakin menyayangi dia. Aku cuba untuk tak pedulikan dia. Tapi, bila dia balik lambat, aku jadi risau. Tak tentu arah. Memang aku tak cakap apa-apa. Bila nampak saja wajahnya menjengul di muka pintu, betapa leganya hati aku bila dia sampai ke rumah dengan selamatnya.” “...

Bagaimana Untukku Jatuh Cinta

 Calon terakhir untuk hari ini.  Mohd Rafiq Harraz. 30 tahun. Masih bujang. Aneesa memandang wajah pada foto bersaiz kecil itu.  Eh, ini senior aku ni!  Abang handsome yang menjadi rebutan masa sekolah dulu.  Aku ada dengar cerita yang mengatakan dia dah jadi jutawan, dah tu apasal minta kerja jadi pengawal peribadi pulak ni? "Alah,rumors je tu. Saya orang biasa jek. Sedang cari kerja. Baru resign sebab company tutup." "Macam ni sahajalah, sebab saya kenal abang, saya akan hired abang. Tapi kerja abang bukan setakat bodyguard jek tau, abang juga adalah driver dan assisstant saya. You have to be with me 24 hours. You kena tinggal dengan I, I mean at my family's house. Saya akan beri cuti sebulan after six months, is it okey with you?" "Okey, saya okey je." "Sorrylah, it's my father's rules. Selagi saya tak kahwin dia nak saya sentiasa dikawal. Nak gerak bebaspun terbatas." "So, sebelum ni ada bodyguard jugalahye?" "Yes, ...